Khamis, 24 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Akuarium Terkecil Di Dunia

Posted: 24 Feb 2011 11:05 AM PST



Ia adalah tempat tinggal yang sempurna untuk ikan kecil: akuarium terkecil di dunia. Dicipta oleh seniman Rusia, Anatoly Konenko seorang pakar dengan miniatur, akuarium kecil dibuat daripada kaca dan mengandungi batu-batu kecil serta rumpai laut merupakan tempat tinggal sempurna untuk sekumpulan ikan kecil.

Dengan hanya 30mm lebar, tinggi 24mm dan 14 mm dalam - cukup untuk kuantiti 10 ml air atau kira-kira dua sudu air.

Air harus dimasukkan menggunakan jarum suntik dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu lanskap yang dibuat oleh artis Siberia ini.


2.jpg (634×367)

Konenko, yang menggelar hasil seninya 'mikro-miniatur', turut membuat jaring ikan yang sangat kecil dan digunakan untuk memindahkan ikan kecil ini - Baby Danios.

Orang dewasa biasanya menggemari ikan dengan tangki bersaiz lebih normal, tapi ikan kecil di dalam akuarium kecil Konenko ini juga turut dilengkapi pam udara yang dibina khas.


3.jpg (634×377)
Tangki hanya 30mm lebar, tinggi 24mm dan 14 mm dalam

Konenko yang juga seorang pelukis pernah mencatatkan dalam Guinness World Records kerana membuat buku yang terkecil di dunia.

Dia berkata: "Aku sudah melakukan microart selama 30 tahun, melakukan hal-hal terkecil di dunia.

'Tangki ini terhasil di atas rasa ingin tahu. "

Dia bekerja menggunakan mikroskop untuk sebahagian besar hasil kerjanya dan telah memenangi anugerah di negara asalnya serta seluruh dunia.

PRK Merlimau : Sekitar Pencalonan PAS, Yuhaizad Abdullah

Posted: 24 Feb 2011 09:47 AM PST



Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (atas) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas. (Petikan : Harakah)

Gambar sekitar pencalonan calon PAS malam tadi seperti di bawah.

PRK Merlimau

P2241865.JPG (1024×768)

PRK Merlimau

PRK Merlimau

PRK Merlimau

Hisyamuddin Hussein Onn Kena Jawab Tuduhan Gay

Posted: 24 Feb 2011 05:26 AM PST

Aku malas nak ulas pasal dakwaan blogger UMNO ini berkenaan seorang Menteri Kabinet Malaysai yang berasal dari Johor seorang gay. Nanti kena dakwa, bak kata edyes!?
Tolong jangan dakwa saya, saya takut.

Tapi aku nak ulas sikit berkenaan dakwaan itu yang kononnya dari Bahagian UMNO sendiri:

1. Dia kata Menteri ini ada hubungan dengan seorang mamat Jambu.

2. Mamat jambu itu dahulunya kerja di syarikat korporat Bank besar di Kuala Lumpur, tetapi telah berpindah ke sebuah syarikat Pelaburan Antarabangsa.

3. Mamat jambu ini begitu rapat dengan Menteri itu dan boleh meminta RM20, 000 dengan mudah.

TETAPI yang pelik dia menafikan sesiapa yang berfikir jika Menteri itu adalah Dato Seri Hishamuddin Hussein, salah. Ia bukan Hishamuddin.

Lebih PELIK dia siap hitamkan gambar Menteri itu macam ni.


Apa dia ingat susah sangat nak cari gambar asal ke. Kat sini aku dedahkan gambar asalnya yang MEMANG menunjukkan ia adalah gambar Hishamuddin Hussein Onn.


Apa sebenarnya muslihat blogger UMNO ini?



SEGMEN : Tuan Direktor ! Pilih Kasih!

Posted: 24 Feb 2011 12:17 AM PST





TAJUK : JANDA 18 TAHUN

1 PELAKON LELAKI UTAMA : AMAT - FaizalFredley
1 PELAKON PEMBANTU LELAKI : HUSIN - Darxniq
1 PELAKON WANITA UTAMA : LEHA - QASEH DALIA
2 PELAKON PEMBANTU WANITA : LEHA (dalam bayangan Amat sebelum tidur) - KHUMAERA
2 ANAK AMAT - 1. AREP 2. ASNI
1 PAK ANDAM - JAMAL

1 PELAKON SEBAGAI AYAH - LUTFI SYAFIQ
1 PELAKON SEBAGAI IBU - MIZZTINA

5 WATAK PENJAHAT - Geng Ngangkung
1. HANNY
2 . SCHA

SINOPSIS

Ada sorang duda anak2 yang tinggal di Kuala Lumpur.Duda ini bernama Amat. Amat sudah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya.

LOKASI 1
Di rumah orang tua.

Amat yang pulang ke kampung sempena cuti sekolah. Amat sedang berbual bersama ibu & ayahnya selepas makan di depan TV.

Ayah : Aku lihat engkau ni dah 3 tahun menduda. Kau tak mahu kahwin lagi ke?.

Ibu : Iyelah amat. Kesian emak tengok anak-anak kau tu. Mereka masih kecil lagi,masih perlukan kasih seorang ibu. Kau selalu sibuk di pejabat. Sunyi lah budak2 tu.

Shoot menunjukkan ke arah 2 orang anak Amat yang sedang menyusu botol sambil menonton siaran Pilih Kasih.

Amat : Nanti lah mak...ayah. Rasanya masih baru lagi arwah Ayu meninggalkan kami.

Ayah : Macam ni lah. Ayah rasa kau kena fikirkan pasal anak-anak kamu juga. Ayah tak paksa kau suruh kahwin. Cuma ayah nak kau jumpa Husin esok. Dia ada pesan dengan ayah nak jumpa kau kalau kau balik.

Ibu : Betul cakap ayah kau tu. Emak dengan ayah tak paksa kau kahwin. Cuma kesian dengan budak2 tu. Dah pergi tidur. Esok kau jumpa Husin ye..beriya-iya benar nak jumpa kau.

Amat : Baiklah mak..ayah. Esok nanti Amat jumpa Husin. Macam mana nak jumpa dia ayah?

Ayah : Biasanya Husin selalu sarapan kat Warong Pak Akob. Cuba kau pergi Warong Pak Akob esok. Untung-untung dia ada esok.


LOKASI 2
Keesokkan harinya, di Warong Pak Akob.

Husin : Assalamualaikum Amat!

Amat : Waalaikum salam, wah makin sihat kau Sin. Pergi gym lagi tak?.

Husin : Biasa la aku...pergi tetap pergi. Cuma kadang2 rajin...kadang malas. Aku memang nak jumpa kau lama dah Amat.

Amat : Bapa aku ada juga cakap dengan aku. Apa halnya kau nak jumpa aku. Kalau pasal ngangkung aku dah tak nak campur lagi..

Husin : Shhh...kau jangan cakap kuat2. Aku pun dah taubat dah. Tak ngangkung-ngangkung lagi.

Amat : Taubat ke...tau buat! Haha (sindir).

Husin : Betul. Kat kampung kita ni dah ada geng ngankung baru. Tu sana tu..(sambil menunjuk ke sekumpulan 5 anak muda).

Amat : Kau biar betul Sin...3 lelaki 2 perempuan. Perempuan pun layan ngangkung jugak!?

Husin : Ia..bomoh Said yang cakap dengan aku. Yang 2 budak perempuan tu bukan calang2 Sin..hari tu kena 2nd Prize Kuda!.

Amat : Aik..? Kata dah tak ngangkung. Camana kau boleh tau pulak ni.

Husin : (Sambil tersipu-sipu) Eh' bukan aku tau...Bomoh Said yang cakap. Ah..biarlah budak2 tu. Aku nak jumpa kau bukan nak cakap pasal hal ni.

Amat : Ha..pasal apa.

Husin : Aku nak rekomen kau janda 18 tahun.

Amat : Aku belum sedia la Sin...

Husin : Apa yang kau tunggu lagi Mat, aku kesian kat anak-anak kau. Janda tu takde anak. Kira dia boleh jaga kau, anak-anak kau. Makan pakai kau sekeluarga ada orang yang jaga. Kau terima je la..

Amat : Nak ke dia kat aku yg dah tua ni, Sin?.

Husin : Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa! (kata-kata membodek). Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la..

Amat yang mula seronok pun bersetuju.

Amat : Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam.

Husin : Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap.

LOKASI 3
Di rumah Amat di KL.

Sebelum tidur Amat berangan. Terbayang suasana majlis resepsi perkahwinan yang dihadiri oleh orang2 kampung, ibu, ayah dan termasuklah geng-geng ngangkung 5 orang tadi tu.

Diatas pelamin, Amat duduk bersanding bersama seorang gadis muda jelita yang cantik. Maklumlah...baru 18 tahun.

Amat terus tersenyum di atas pelamin..hingga dia tertidur.




- 3 Bulan kemudian, pada hari perkahwinan Amat. -

LOKASI 4

Rumah pengantin perempuan.

Hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat segak dengan pakaian baju melayu putih bersampin hitam untuk upacara akad nikah.

Husin disebelahnya sebagai pengapit yang tersenyum hingga ke telinga setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu termasuk geng ngangkung 5 orang itu menyambut Amat dengan senyum lebar.

Majlis akad nikah berlangsung hinggalah tiba masa yang amat dinanti-nantikan oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.


(Situasi di atas dilakonkan tanpa dialog, hanya lakonan diiringi muzik/lagu bertemakan hari perkahwinan.)


Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda.

Amat : (Dengan muka teragak-agak) eh..eh siapa ni. (kerana menyangka ia gurauan dari pihak pengantin perempuan)

Pak Andam : Eh, masuklah...salam dengan isteri awak. Ha..Leha. Cepat cium tangan suami baru awak ye. Malu2 pulak.

Leha : Nak salam Abang Amat...(Sambil mulut memuncung seolah2 aksi cium!)

Bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itulah isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

Amat : Husinnnnnnnnnn! !!!!!"

(Jerit Amat sambil berlari keluar mencari Husin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat.

Amat : Kau tipu aku Sinnnn!!!" (jerit Amat sambil mencekik leher Usin.)

Husin : Tipu apa plak???" (tanya Usin bingung)

Amat :Kau kata 18 thn!!!!"

Husin : La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!

Amat : Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!


Cerita ini berakhir dengan adengan Amat mengejar Husin....dan isterinya Leha mengejar Amat. Geng ngankung 5 orang tadi sekadar gelakkan Amat dari rumah pengantin..

SEKIAN....

Ibu Rakam Video Bogel Anak Perempuan Untuk Cari Calon Suami

Posted: 23 Feb 2011 09:49 PM PST


Seorang ibu di Beijing telah mencetuskan kemarahan antarabangsa setelah ia meletakkan rakaman video bogel anak perempuannya yang berusia 26 tahun di dalam Internet demi untuk mencari calon suami kepada anaknya.

Seperti dilaporkan Times of India, sekitar 1.5 juta orang telah melihat video di dalam lima laman web mencari jodoh popular. Dalam rakaman video yang pertama kali muncul di laman web Ku6, anak perempuannya yang baru selesai mandi telah ditanya oleh ibunya, "Oh, lihat sudah berapa usia kamu dan masih lagi perlukan ibu untuk mencuci belakang mu? Biar ibu carikan calon suami untuk kamu... bagaimana ia dan kelayakan apa yang engkau mahukan - cakaplah "!

Kemudian anak perempuannya memperkenalkan diri sebagai Gan Lulu dan berkata, "aku belum mempunyai teman lelaki dan ia bukan kerana saya hodoh. Sayangnya tidak ada yang mahukan saya ... jadi sekarang, saya sedang mencari calon pasangan untuk berkahwinan. Tidak peduli sama ada kamu fikir saya istimewa atau tidak, saya orang yang agak berbeza saya, jenis yang bersendiri dan bukan jenis yang menyakitkan hati, jadi saya tidak percaya bahawa tidak ada orang yang mahukan aku .. "

Bagaimanapun banyak laman web berita dan blog membuat andaian bahawa anak perempuan di dalam rakaman adalah seorang pelakon Cina dan rakaman tersebut asli.

Lihat versi video yang sudah ditapis di sini.

Setia Hingga Ke Hujung Nyawa, Bagaimana Seekor Anjing Setia Menanti Kematian Temannya

Posted: 23 Feb 2011 04:21 PM PST

Anjing terkenal dengan sifat kesetiaan mereka kepada tuannya, tetapi kali ini ia kita dapat melihat bagaimana seekor anjing menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dengan haiwan sejenisnya.

Di sebuah jalan raya yang sibuk di Dazhi China, seekor anjing sanggup menemani temannya yang telah dilanggar sebuah kereta yang laju, anjing ini telah bergadai nyawa semata-mata untuk menjaga temannya.

Walaupun dengan pelbagai dengan bunyi hon dan kereta yang bergerak laju, anjing berwarna kuning keemasan ini tetap setia berdiri menjaga dan melindungi temannya yang sudah mati.


2.jpg (634×286)

3.jpg (634×286)
Malang: Anjing ini setia menemani temannya yang mati dilanggar kenderaan di sebuah jalan raya di China yang sibuk.


Anjing yang dilanggar kenderaan itu telah mati kerana mengalami luka yang teruk. Namun berkat bantuan kesetiaan anjing kuning keemasan yang setia menjaganya, rakannya yang sudah mati itu akhirnya diuruskan oleh seorang pejalan kaki dan menanamnya.

Sebaik sahaja tugas menjaga sahabatnya selesai, ia telah melihat seorang lelaki berhati-hati mengangkat temannya yang telah mati, barulah ia yang tidak mengalami sebarang kecederaan berlalu pergi.

Peristiwa ini mengingatkan kepada kisah Greyfriars Bobby, seekor anjing bernama Skye Terrier Skye menjadi terkenal di Edinburgh pada abad ke-19 selepas dilaporkan menghabiskan selama 14 tahun menjaga makam pemiliknya, John Gray hingga ia mati pada tarikh 14 Januari 1872.

Setahun kemudian, Lady Burdett-Coutts mempunyai monumen peringatan dan air pancut yang dibina di selatan George IV Bridge, di ibukota Scotland untuk memperingatinya.

Dan pada tahun 2005 ada sebuah filem Hollywood telah membuat sebuah filem berkisahkan peristiwa Skye Terrier dengan tajuk 'The Adventures of Greyfriars Bobby'.

4.jpg (634×446)
Petikan dari filem 'The Adventures of Greyfriars Bobby'.

Tiada ulasan: