Pulakdah! |
- Sekitar Kemenangan 2-0 Malaysia Ke Atas Pakistan
- Mumia Merompak Di Amerika
- Patahkan Tangan Isteri Kerana Tukar Saluran TV
- 'Bersihkan Libya Rumah Demi Rumah' Ghadafi
| Sekitar Kemenangan 2-0 Malaysia Ke Atas Pakistan Posted: 23 Feb 2011 09:32 AM PST ![]() Pemain Malaysia Wan Zaharul Nizam meraikan gol pertama Malaysia semasa perlawanan bolasepak Kelayakan Sukan Olimpik menentang Pakistan di Stadium Shah Alam. Kedudukan separuh masa pertama Malaysia 2- 0 Pakistan. Reaksi pemain bolasepak Negara meraikan gol kedua pada separuh masa pertama menentang Pakistan dalam perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Shah Alam. Pemain Malaysia Mohamad Fandi Othman diasak pemain Pakistan semasa perlawanan bolasepak Kelayakan Sukan Olimpik menentang Pakistan di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.Pengadil Perlawanan, Liu Kwok Man melayangkan kad merah kepada pemain Pakistan, Ansar Abbas semasa perlawanan bolasepak Kelayakan Sukan Olimpik menentang Pakistan di Stadium Shah Alam. Pemain Malaysia Mohd Irfan Fazail diasak pemain Pakistan Manzoor Ahmad semasa perlawanan bolasepak Kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Stadium Shah Alam. Pemain pasukan Malaysia diasak pemain Pakistan semasa perlawanan bolasepak Kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Stadium Shah Alam. Malaysia menumpaskan Pakistan dengan aggregate 2-0 pada perlawanan pusingan pertama itu. Perlawanan timbal balik, pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan pada 9 Mac ini. Kredit : Bernama P/S : Pasukan Indonesia kalah dengan Turkmenistan 3-1 di tempat sendiri....sian... |
| Posted: 23 Feb 2011 04:09 AM PST ![]() Polis di Pennsylvania berharap dapat menyelesaikan kes rompakan bersenjata ini secepat mungkin. Seorang lelaki dengan menggunakan kain pembalut luka untuk membalut mukanya seperti mumia merompak sebuah stesen minyak dan beberapa kedai di desa Herminie, Westmoreland County di AS petang Isnin lalu. Pada sekitar jam 3:00 pagi, perompak yang bersenjatakan kapak telah masuk ke sebuah mini market Exxon Buy N' Fly dan melarikan diri dengan swang yang tidak didedahkan jumlahnya selepas mengancam pembantu jualan di situ. Bagaimanapun tiada yang cedera dalam serangan itu. Seorang penduduk memberitahu kepada stesen TV KDKA, dia berfikir kemungkinan suspek adalah warga tempatan. "Semua orang di sini kenal antara satu sama lain, kami tahu perniagaan masing-masing, jadi, ia (rompakan) mungkin agak sukar dilakukan, tanpa ada mengenali orang di sini," katanya lagi. ![]() Suspek seorang lelaki berkulit putih mempunyai ketinggian antara 5 kaki 5in dan 5 kaki 9in, berusia dalam lingkungan 30an, dan tanpa beberapa batang gigi. Selain dengan penyamaran khasnya, ia juga mengenakan baju sejuk bertudung kepala berwarna merah. |
| Patahkan Tangan Isteri Kerana Tukar Saluran TV Posted: 22 Feb 2011 09:37 PM PST ARAB SAUDI - Seorang wanita Saudi yang baru berkahwin telah menuntut cerai dari suaminya setelah ia dipukul dia dan patah tangannya hanya kerana dia menukar siaran kegemaran TV suaminya. Wanita itu berkata kepada suaminya bahawa ia "bosan" dengan ketagihan suaminya kepada rancangan Ghinwa TV Show yang menampilkan lagu-lagu Arab dan tarian gelek oleh gadis-gadis muda yang berpakaian seksi. ![]() Ghinwa TV Show Oleh kerana ia menyangkakan suaminya sekadar berkata tanpa memaksudkannya, dia merampas alat kawalan jauh dan menukar saluran TV. Tetapi rupa-rupanya ia telah kesalahan besar: suaminya menjadi marah dan bukan sekadar memukulnya tetapi mematahkan tangannya. Wanita malang itu kemudiannya menuntut cerai setelah ia dirawat di hospital. |
| 'Bersihkan Libya Rumah Demi Rumah' Ghadafi Posted: 22 Feb 2011 04:36 PM PST ![]() TRIPOLI - Pemimpin Libya Muammar Ghadafi memerintahkan pasukannya untuk menghancurkan setiap pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun. Dia juga memperingatkan kepada para demonstran bersenjata bahawa mereka akan dihukum dan berjanji memeranginya sampai akhir. Dalam ucapan yang tidak teratur di television, seperti dilaporkan AFP Selasa (22/1/2011), Ghadafi bersumpah untuk tetap berada di Libya sebagai pemimpin revolusi. Dia mengatakan akan mati sebagai syahid di tanah nenek moyangnya dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Bagi menghalang gerakkan rakyat, Gadhafi memerintahkan tentera dan polis untuk menghancurkan segala pemberontakan yang melawan pemerintahan kuku besinya selama empat dekad. Direkodkan ratusan orang telah terkorban dalam pemberontakan selama lapan hari ini. Ghadafi juga mengancam untuk membersihkan Libya "rumah demi rumah" dan "inci demi inci". Dalam siarang langsung, bekas kolonel angkatan darat yang kini berusia 68 tahun itu berkata, "Muammar Ghadafi adalah pemimpin revolusi; Muammar Gadhafi tidak memiliki posisi rasmi untuk berundur. Dia adalah pemimpin revolusi selamanya." "Ini negara saya, negara saya," teriaknya dalam ucapan kira-kira 75 minit yang berisi kata-kata pendek, hamburan kata-kata kemarahan dan diselangi dengan genggaman tinjunya. Walaupun telah terdapat laporan pihak tentera, polis dan militan yang telah membunuh demonstran yang tidak bersenjata telah tersebar luas, Ghadafi tetap mengatakan, "Kami belum menggunakan kekuatan". Tetapi, dia mengatakan, "Jika situasi semakin buruk, kami akan bertindak seperti undang-undang antarabangsa dan perlembagaan Libya." "Rakyat Libya bersama saya," katanya sambil menyeru mereka keluar pada hari Rabu. "Tangkap tikus-tikus itu," katanya terhadap demonstran anti kerajaan. "Pergilah dari rumahmu dan serang mereka walau di manapun mereka berada." "Setiap rakyat Libya yang membawa senjata melawan rakyat Libya akan dihukum mati," tambahnya lagi. |
| You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan