Pulakdah! |
- Kebetulan Luar Biasa! Foto 14 Tahun Lalu Sebelum Mereka Berkahwin, Mereka Pernah Bertemu
- Telur Dalam Telur!
- Dua Jet Libya Engkar Arahan Ghadafi
| Kebetulan Luar Biasa! Foto 14 Tahun Lalu Sebelum Mereka Berkahwin, Mereka Pernah Bertemu Posted: 22 Feb 2011 09:42 AM PST Satu pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 20 tahun terkejut apabila menemui foto bercuti lama semasa mereka di zaman kanak-kanak - 14 tahun sebelum mereka bertemu. Gambar hitam dan putih yang diambil pada hari cuti Butlins tahun 1965 menunjukkan Mandy Knaggs ketika berusia empat tahun mengerling ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang kemudiannya menjadi pasangannya. Suaminya, Ray, yang juga berusia empat tahun pada masa itu, adalah seorang kanak-kanak misteri yang muncul di dalam gambar yang diambil oleh orang tua Mandy. ![]() Kebetulan yang luar biasa: Ray dan Mandy Knaggs dengan foto cuti lama mereka memaparkan ketika keduanya di zaman kanak-kanak pada hari cuti Butlins pada tahun 1965. Kejadian kebetulan ini menjadi lebih luar biasa apabila pasangan ini yang hanya tinggal tidak berjauhan di Billingham, Teesside, mendapati mereka hanya becuti di Filey pada satu masa yang sama - itulah kali pertama dan terakhir keluarga Ray melawat tempat percutian itu. Walaupun hanya beberapa meter jarak antara mereka di dalam foto tersebut, Mandy tidak pernah bertemu Ray sehinggalah lebih dari satu dekad kemudian. Takdir akhirnya berlalu, Mandy dan Ray menjadi remaja dan bertemu pada tahun 1979 - ketika mereka tinggal lebih berhampiran di Billingham - dan akhirnya pasangan itu berkahwin pada tahun 1985 dan kini memiliki lima anak. ![]() Kebetulan: Gambar ini diambil oleh orang tua Mandy, menunjukkan Ray di hadapan. Ia berlaku 14 tahun sebelum pasangan itu bertemu dan jatuh cinta. 'Selama bertahun-tahun kami hanyalah kanak-kanak yang tinggal berdekatan, tetapi kami pergi ke sekolah yang berbeza," kata Mandy, yang bekerja di farmasi Billchem. "Saya tidak ingat sempena hari cuti apa pada hari itu. Ibu atau ayah yang mengambil gambar, dan kami hampir tiada di dalamnya. Anda hanya boleh melihat kepala saya dan adik saya Julie dan Ray tepat di depan foto." "Ini lebih kepada fotonya dari saya! Dia tidak memandang kamera tetapi anda boleh mengenalinya. Dia memiliki gaya rambut keanak-anakkan yang selekeh, semua rambutnya turun di hadapan." ![]() Keluarga Knaggs : (Dari kiri) Liam, Ray, Ashleigh, Mark, Mandy, dan Jessica Louise. Selama bertahun-tahun selepas mereka berkahwin, foto kanak-kanak mereka di Butlins disimpan rapi - kebetulan yang luar biasa ini terus tersimpan - hingga pada satu hari ketika pasangan itu berkongsi foto-foto lama mereka. Mandy yang masih ingat saat itu mengatakan: "Oh tuhan, ia terkejut ketika ia melihatnya. Dia memandang gambar itu dan berkata, "Itu aku! Aku ketika empat tahun!" Dia terus berkata," Bagaimana kebetulan ini terjadi? " Ray percaya pada hal-hal rohani, tetapi aku tidak percaya tentang nasib. Tapi yang pasti dia (Ray) di sana. Anak-anak pasangan itu, Louise, 23, Mark, 20, Jessica, 18, dan si kembar 16 tahun Ashleigh dan Liam, semuanya bersetuju ini kisah yang luar biasa. Foto Butlins menjadi satu tajuk perbualan sekali lagi minggu lepas selepas Ray, yang bekerja di NETA Training di Stockton, sedang menyediakan buku skrap foto kehidupan Mandy sempena ulangtahun hari jadi ke-50. |
| Posted: 22 Feb 2011 12:13 AM PST ![]() Pesara peladang John Fellow, 68 tahun, ingin memasak telur dan memecahkan sebiji telur yang lebih besar berbanding ukuran telur ayam biasa. Namun ketika ia membuka pecahan telur secara hati-hati, Fellow melihat terdapat telur dengan ukuran lebih kecil di dalamnya. Fellow mengaku ini adalah pertama kali dia menemui telur di dalam telur, sehingga ia menjaganya untuk ditunjukkan kepada cucunya. "Ini sangat menakjubkan. Saya sedang memasak telur untuk sarapan dan menggunakan telur biasa yang saya beli di kedai berdekatan. Ukuran telur ini cukup besar, satu setengah lebih besar dari ukuran normal. Apa yang saya fikirkan ia berkemungkinan ada dua kuning telur. Rpa-rupanya ada telur kecil di dalamnya," kata Fellows, atuk yang mempunyai empat orang cucu yang tinggal di Weymouth, Dorset, England. Ketua Penasihat National Farmers Union England, Robert Newbery berkata kewujudan telur berganda itu adalah 'keunikan alam' dan selamat untuk dimakan. "Saya pernah mendengarnya sebelum ini tetapi kali ini ia luar biasa." ![]() Kemungkinan besar, induk ayam memiliki gangguan ketika memproduksi telur sehingga, jika mereka merasa ketakutan yang kuat, ini mempengaruhi keadaan telur, kata Newbery lagi. "Ini adalah khusus dari Alam Semulajadi." Douglas Russel dari Natural History Museum mengatakan, "Telur di dalam telur telah menarik perhatian ilmiah selama ratusan tahun. Banyak teori yang berusaha untuk menjelaskannya." Informasi yang sering muncul perihal telur di dalam telur adalah kemungkinan disebabkan normal rhythmic muscular atau peristaltik yang menggerakkan proses perkembangan telur kerana saluran telur mengalami kerosakan. Sumber : DailyMail |
| Dua Jet Libya Engkar Arahan Ghadafi Posted: 21 Feb 2011 05:03 PM PST ![]() VALETTA, Malta - Dua jet tentera udara Libya mendarat di Malta pada hari Isnin (21/2/2011) dan juruterbang mereka telah memohon suaka politik di tengah tindakan keras berdarah Kolonel Ghadafi terhadap para demonstran anti-kerajaan di Libya sehingga mengeluarkan arahan mengebom mereka, menurut sumber tentera. Dua juruterbang jet Mirage yang tidak mahu terlibat dalam operasi pembunuhan rakyat Libya itu telah mendarat di Malta International Airport tidak lama selepas dua helikopter awam mendarat bersama membawa tujuh orang yang dipercayai warga Perancis. Sebuah sumber tentera memahami suasanan kelam kabut menyebabkan penumpang telah meninggalkan Libya dengan terburu-buru sehingga hanya seorang sahaja yang memiliki pasport. Sumber yang tidak mahu dikenali itu berkata juruterbang jet - kolonel angkatan udara udara Libya - telah berkomunikasi dari udara mereka memohon suaka politik. Mereka telah melarikan jet itu dari sebuah pangkalan berhampiran Tripoli dan telah terbang rendah di atas wilayah udara Libya untuk mengelakkan daripada dikesan, menurut sumber itu.Pesawat itu kini di lapangan terbang Malta, jauh dari kawasan komersil, sedangkan juruterbang dan penumpang helikopter sedang disoal jawab oleh petugas imigresen lapangan terbang, tambah sumber itu lagi. Setelah seminggu protes, rusuhan anti-kerajaan semakin merebak sehingga ke ibukota Tripoli dengan pertempuran di dataran utama Tripoli untuk pertama kalinya. Kerajaan Eropah dan syarikat-syarikat minyak dan gas segera mengeluarkan warga negara masing-masing. |
| You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan