Pulakdah! |
| Lelaki Paling Bodoh Di Britain? Posted: 17 Feb 2011 11:00 PM PST ![]() Seorang penganggur yang terlalu obses dengan tatu akhirnya mengambil langkah 'mengerikan' kekasihnya - apabila membuat tatu TENGKORAK pada wajahnya. Penganggur "Mad Dog" Deon, berusia 27 tahun mempunyai pendapat tersendiri tentang imej tengkorak pada wajahnya. Dia hadir untuk menerangkan karya seninya - tatu yang ke 37 - hari ini di Jeremy Kyle Show. ![]() Face-off ... Deon dan teman wanitanya Catherine ketika dalam rancangan TV Jeremy Kyle Show. Kekasihnya Catherine, 31 tahun yang juga muncul dalam rancangan dengan episod "Mengapa Teman Lelaki Saya Merosakkan Wajahnya" turut mengeluh tentang keputusannya itu. Dia pada mulanya menganggap Deon bergurau ketika ia berkata hendak membuat tatu. Dia memberitahu hos Jeremy: "Minggu lalu, dia ada berkata hendak keluar membuat tatu tengkorak di wajah saya. Saya sangkakan dia bergurau. Dia keluar dan kembali dengan tatu di wajahnya .." ![]() Deon, berasal Walsall, mula membuat tatu pertamanya ketika berusia 17 tahun - menambah: "Saya tidak peduli bagaimana rupa saya. Saya adalah saya, jika mereka tidak suka saya, mereka boleh terus melakukannya." Kyle bagaimanapun berkata: "Saya sedang berusaha untuk menerima orang yang memiliki tatu tengkorak pada wajahnya." |
| Edisi Bongkar - Bagaimana Blog Ini Cecah Pendapatan 4 Angka Sebulan Posted: 17 Feb 2011 08:50 PM PST Aku pernah ditanya beberapa rakan kenapa tiada lagi ruang pengiklanan dalam blog ni. Aku jawab sebab melambatkan loading dalam blog kalau terlalu banyak widget. Lagi pun blog aku bukannya popular seperti blog tukar tiub yang mempunyai PR 4. Atau MiLo SuaM yang dapat rangking tinggi dalam Top Rangking Cenangau. Blog ini juga tidak sepopular blog Ben Ashaari yang popular dikalangan adik-adik blogger. Namun dalam kerendahan itu...aku bersyukur kerana blog ini dikunjungi ramai pengunjung yang 'baik hati'. Hasil dari kehadiran pengunjung yang sedikit sebanyak ini membantu menggerakkan blog ini. Membantu aku bergerak setiap kali ada PRK setakat ini. Dari Hulu Selangor, Galas, Tenang, Merlimau dan insya'Allah ke Kerdau. Membantu aku bertemu dan mengenali blogger otai seperti Sayuti Omar. Membantu aku melihat sendiri realiti pilihanraya di Malaysia dihadapan mata. Ya, untuk kenal SPR bukan melalui PRU...tetapi PRK. Lihat bagaimana seluruh jentera kerajaan tiba-tiba menjadi jentera BN. Menjadi jentera UMNO bahagian dan sebagainya. Apapun di bawah aku sertakan pendapatan melalui Innity semalam. Ketika hangat isu petugas UPP tembak remaja, entri aku yang aku ulas daripada info TPU. Menghasilkan pendapat tertinggi sehari seperti dibawah. Jika setiap hari blog ini jana pendapatan harian seperti di bawah, sebulan sudah cecah pendapatan RM 2K!. TAPI hakikatnya bukanlah sebanyak itu setiap hari. Biasanya dalam sehari dalam purata RM30-RM40. Contoh purata sehari yang blog ini dapat adalah seperti di bawah. Kalau sebulan mungkin lebih sikit dari gaji amah Pak Rais Yatim. Cukup dulu untuk edisi bongkar bagaimana blog ini menghasilkan pendapatan sampingan. Kalau ada sebarang pertanyaan 'rahsia' blog ini menjana duit. Sila komen di bawah. |
| You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan