Ahad, 13 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


PRK Merlimau : Revolusi Jalan Raya Merebak Ke Rumah Siapa? - SIRI 2

Posted: 13 Feb 2011 09:37 AM PST

Kembali lagi kita di Merlimau untuk mengikuti perkembangan 'revolusi jalanraya' sempena PRK Dun Merlimau yang akan datang tidak lama lagi. Sebelum itu saya ingin membawa perhatian semua pembaca kepada gambar atas bersama dengan nombor yang saya tandakan bagi memudahkan pemahaman pembaca :
1. Jalan Sidang Samad, jalan utama kampung.
2. Jalan masuk ke rumah seseorang.



Ini adalah pandangan dari hadapan jalan 'utama' masuk ke rumah seseorang (dipercayai pemimpin UMNO). Dihadapan jalan masuk ini, dihiasi dengan jalur gemilang dan bendera BN.


Sekarang kita sudah memasuki ke dalam jalan 'utama' untuk masuk ke rumah seseorang ini. Dari bau premix dan warna jalan yang masih hitam. Pasti di sini juga sudah berlaku revolusi jalanraya seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.


Cuma bezanya, revolusi jalanraya sebelum ini berlaku di jalanraya utama, tetapi nampaknya revolusi jalanraya ini sudah merebak sehingga ke rumah pemimpin UMNO ini. Oh..jangan buruk sangka tuan-tuan. Mungkin ini persepsi saya sahaja. Mungkin revolusi jalanraya ini hasil dari jualan dodol asli, kerisek kelapa, memborong pisang, kelapa biji dan sebagainya. Mungkin rumah ini bukan rumah penyokong UMNO. Ok..cuba kita lihat lebih dekat lagi.


Ya..nampaknya, bendera BN berkibar megah di situ. Sah lah tuan-tuan ini memang merupakan pemimpin UMNO. Ya tuan-tuan, revolusi jalanraya Merlimau sudah merebak sehingga ke rumah ini.


Sekarang kita jenguk ke jalan nombor 1 tadi. Jika sudah lupa lihat gambar yang pertama di atas ya tuan-tuan.


Nampaknya jalan masuk ke Kg Sidang Samad, Merlimau ini sudah berlaku kerosakan. Kali terakhir ia dinaik taraf ialah pada 2009. Ya...2 tahun yang lalu. Mesti ada yang cakap, "Itu tandanya kerajaan Ali Rustam bertanggungjawab. Lihat jalan ini, kami menaik tarafnya 2 tahun lalu." Bagus betulkan tuan-tuan. Kerajaan negeri bertanggungjawab menaikkan taraf jalan ini 2 tahun lalu.
TAPI...hasil kerja naik taraf 2 tahun lalu tu sudah rosak. Jalan masuk ke kampung ini bagai dibuat daripada tepung. Baiklah. Kita lupakan perkara itu. Cuma yang kita hairan...kenapa revolusi jalanraya di Merlimau tidak sampai di sini. Laluan keluar masuk penduduk kampung Sidang Samad?. Sedangkan jalan masuk rumah 'sebelah' sudah berlakunya revolusi. Jawapannya mudah. Sebab di Kg Sidang Samad ini adalah fix deposit untuk BN tuan-tuan. Naik taraf atau tidak naik taraf kami akan berikan undi kami untuk BN.


Kita lihat jalan masuk ke sebuah rumah salah seorang penduduk di Merlimau. Rumah ini juga tidak jauh dari rumah nombor 2 itu.


Begitu juga rumah ini. Adakah mereka ini tidak mahu menuntut supaya revolusi jalanraya juga berlaku di halaman rumah mereka?.

Laporan perkembangan revolusi jalan raya di Merlimau akan saya pantau sehinggalah tiba ke hari pengundian. Dpercayai revolusi jalan raya ini akan bertukar menjadi revolusi bantuan-bantuan tidak lama lagi. Cukup laporan setakat ini dahulu dan nantikan laporan seterusnya hanya dari blog pulakdah. Terima kasih.

Sekitar Pengkebumian ADUN Kerdau

Posted: 13 Feb 2011 02:09 AM PST

TEMERLOH, 13 Feb -- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada Datin Rozlifah Ahmad (kanan), balu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim sejurus tiba untuk menziarah Allahyarham dan keluarga di rumah mereka di Kerdau, di sini hari ini. Zaharuddin, 64, meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 7.15 petang semalam.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menatapi wajah jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim buat kali terakhir di rumahnya di Kerdau, di sini hari ini.


Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim diusung keluar dari rumah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Taram di Kerdau, di sini hari ini.


Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dibawa turun ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Paya Taram di Kerdau, di sini hari ini.


Datin Rozlifah Ahmad menjirus air di pusara suaminya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Taram di Kerdau, di sini hari ini.



Sumber : Bernama

Senda Ahad : Cadar Untuk Bakal Pengantin

Posted: 13 Feb 2011 12:31 AM PST

1.jpg (640×479)

Belasungkawa : Datuk Zaharuddin Abu Kassim

Posted: 12 Feb 2011 08:26 PM PST

KUANTAN, 12 Feb -- Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Kerdau, Temerloh Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh dalam bilik air petang semalam. Sebelum meninggal dalam perjalanan ke Hospital Temerloh dan beliau pernah dua kali di masukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung juga tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November 2010.


Kelihatan Datuk Zaharuddin Abu Kasssim dan isterinya Datin Muzlifah Ahmad pada majlis persandingan Adun Kerdau pada 2 Okt 2010.

Tiada ulasan: