Ahad, 27 Februari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


kerdau...dulu nak bagi biasiswa kena ikut procedure...tapi bila nak pilihanraya kali ini...boleh pulak bagi macam santa klaus bagi angpow....!!!

Posted: 27 Feb 2011 06:20 AM PST




Seorang penduduk kampung melahirkan rasa hairan bagaimana wang biasiswa yang sepatutnya dipohon mengikut prosedur tertentu, boleh diagihkan seperti angpau oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub kepada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi.

"Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

"Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

"Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa," jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

"Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

"Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

"Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul," ujarnya.

“Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?”....muakakaka...muka penipu tak ada...muka pembelit ada ..muka penyundal betina puaka lagi ada.......penghisap darah rakyat,....!!!!

Posted: 27 Feb 2011 06:10 AM PST



Betina Puaka Perdana Menteri Negara 1Malaysia sedang berucap...


cakap depan pengampu boleh la...itu pun sampai berpeluh nak coverline....betul ke ni..!!!..dah kelepet duit rakyat macam kepala emak dan bapak dia punya...dah pijak kepala laki...buat buat tak nampak pulak...nak membodohkan rakyat ingat ingat sikit ....bukan semua boleh di cucuk hidung...!!!!


Rosmah tak mahu lawan


Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau.

Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak "dakyah" dan "fitnah" Pakatan Rakyat.

"Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah.

"Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja," katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 – antara kubu kuat BN di Kerdau.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai menilai sendiri dirinya dan bukan mendengar semata-mata daripada kumpulan tersebut.

"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?" soalnya.


Bukan seronok-seronok

Berucap kepada kira-kira 200 penduduk setempat, Rosmah yang sering menghadapi pelbagai sindiran pembangkang tampil secara terbuka menjawab dakwaan-dakwaan terhadapnya.
Beliau antaranya menafikan mengawal suaminya Datuk Seri Najib Razak dan melakukan pemborosan dalam rawatanya bagi menyampaikan ucap utama dalam persidangan mengenai pendidikan di Arab Saudi baru-baru ini.

"Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah," katanya yang kerap berseloroh dalam ucapannya.

Berhubung lawatannya ke Riyadh, Rosmah menjelaskan beliau hadir ke sana kerana diberikan peluang dan pengiktirafan oleh negara luar yang diakwanya jarang diperoleh oleh rakyat Malaysia, apatah lagi seorang wanita.

Menurutnya, pemergiannya atas undangan kerajaan Arab Saudi itu mendapat sambutan menggalakkan, antaranya daripada anakanda raja dan permaisuri kerajaan itu sendiri yang mengucapkan terima kasih melalui panggilan telefon dan menjemputnya makan malam bersama.

"Saya bukan hendak membesarkan diri, tetapi saya hendak tunjukkan, saya pergi saya bukan untuk seronok-senorok, bukan hendak 'happy happy' (bergembira)," katanya lagi.
'Dia tak kerja, beritahu saya'

Justeru, beliau yang mengaku berpeluh-peluh berkempen datang ke kawasan Felda itu bagi membantu kempen Najib merayu penduduk Kerdau terus memberikan undi kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.
"Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia.

"Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya berseloroh.
Rosmah sebelum itu mengunjungi beberapa rumah di Felda tersebut bagi beramah-mesra dan bertanyakan masalah penduduk setempat.

Felda Jengka 25 merupakan antara tiga kawasan Felda di kawasan itu yang dianggap sebagai kubu kuat BN dan menjadi faktor yang menjamin kemenangan mereka selama ini.

Dalam pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac ini, calon BN atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra akan ditandingi calon PAS Hassanuddin Salim – seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

malaysiaKini

Bagusla... dah kaw tim iblis dan syaitan....najib laki bini puaka dan celaka lawat lubang neraka penghianat khalifah islam......!!!!

Posted: 27 Feb 2011 05:53 AM PST

Najib lawat kilang kenderaan tentera terbesar di Turki


sayang dan hormat benar najib kat Mustapa Kamal Ataturk nih ekk..sampai najib ngan laki dia siap gi kalung bunga kat lubang neraka Mustapa Kamal Ataturk.


Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama sesat UMNO   ni???

2011/02/23

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melawat kilang pengeluar kenderaan ketenteraan terbesar Turki, FNSS Savunma Sistemleri A.S. (FNSS Savunma) di Golbasi, kira-kira 30 kilometer dari sini.

Dalam lawatan kira-kira sejam itu, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia diberi taklimat mengenai operasi kilang berkenaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besarnya, K. Nail Kurt.
Perdana Menteri turut menyaksikan demonstrasi pelbagai kenderaan ketenteraan yang dikeluarkan firma terbabit, yang juga antara pengeluar kenderaan ketenteraan terbesar dunia.
Turut serta dalam lawatan berkenaan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada lawatan itu, majlis menandatangani perjanjian di antara DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) dan FNSS Savunma bagi usaha sama pengeluaran kenderaan ketenteraan di Pekan, Pahang.

Usaha sama berkenaan turut merangkumi bantuan latihan dan kepakaran serta pemindahan teknologi firma Turki itu kepada Deftech.

Kedua-dua pihak sudah menjalin kerjasama dalam bidang berkenaan sejak 2000. Pada majlis menandatangani itu, Deftech diwakili Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil manakala FNSS Savunma diwakili Kur, sambil disaksikan Najib.

Sementara itu, pada sebelah petangnya Najib dan rombongan melawat Muzium Anitkabar yang antara lain menempatkan makam pengasas Republik Turki, Mustapa Kamal Ataturk yang mana Perdana Menteri meletakkan kalungan bunga dan menandatangani buku pelawat.

Perdana Menteri kemudian mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan, sebelum menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara SME Corporation Malaysia dan Small and Medium Enterprises Development Organization (KOSGEB) Turki.

Pada sebelah malamnya, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Erdogan.

Setelah 53 Tahun Malaysia Merdeka...ada menteri UMNO haprak yang hanya menjengah duduk di tangga..rumah usang tidak di peduli....yang penting undi nak di beli...mana ada maruah menteri macam nie...!!!.

Posted: 27 Feb 2011 05:30 AM PST



Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Parlimen Bera sempat meluangkan masa menziarah seorang wagra emas Kalsom Yunus, 80, yang tinggal seorang diri di rumah yang usang dan kurang lengkap ketika melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Kuala Tekal di sini hari ini.

Ismail Sabri melawat kampung berkenaan untuk memastikan jentera kempen BN berada dalam keadaan sempurna dan dapat menjalankan kerja-kerja kempen. --fotoBERNAMA


Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama mendedahkan fakta yang tersangat jelas keadaan rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan - di negeri Pahang, negeri dimana datangnya seorang PM yang bongkak dan sombong menyatakan BN sahaja yang membawa kemajuan.

I help you, you help me. Mentang-mentang warga tua itu tak berupaya "to help you", then Najib tak pedulikan nasibnya.

Mana JKKK? Mana PPRT? Mana Jabatan Kebajikan?

Menteri yang bernama Ismail Sabri pun sekadar berkempen nakkan undi, bukan untuk membantu sepenuh hati. Kalau tak kenapa hanya duduk ditangga serambi, tak pergi jengah ke dapurnya, periuk dan kuali samada berisi? Itulah perangai sang menteri dari BN ini!

UMNO dah lah kaki buat fitnah...menuduh tak memasal memang pandai...rupa jaguh buat poster lucah merata rata...!!!!

Posted: 27 Feb 2011 05:19 AM PST

TAKTIK UMNO - `UMNO TUDUH PAS YANG KATA' DAN KEBANGGAAN POSTER LUCAH




TAKTIK yang digunakan oleh Umno di dalam PRK Dun Kerdau adalah menimbulkan satu isu kununnya `PAS tuduh'. Umno tuduh `PAS kata' itulah taktik yang Umno rasa boleh memburukkan nama PAS di mata para pengundi kununnya PAS memang kaki fitnah.

Sebagai contoh, isu sijil calon Umno iaitu Syed Ibrahim yang Umno tuduh `PAS dakwa bahawa calon Umno itu memiliki sijil Al-Azhar tipu.' Bila masa PAS berkata demikian? Sebutkan mana kenyataan rasmi dari pemimpin PAS yang membuat dakwaan begitu? Jika Umno mahu kutip dari sumber lain yang bukan dari sumber rasmi PAS, itu menandakan Umno buat kerja bodoh.

Pesuruhjaya PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri pelik di mana datangnya tuduhan kununnya PAS pertikaikan sijil calon Umno tersebut. Di petik melalui Harakahdaily, Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan PAS dengan isu tersebut. PAS bukan mahu berlawan dengan Sijil, PAS berlawan dengan dasar parti Umno. Saya telah ulas sebelum ini bahawa andainya calon Umno itu adalah `Syeikh Al-Azhar' sekalipun, jika ia menyokong dan menjadi ahli parti sekular yang korup itu, PAS tetap akan menentangnya. Apatah lagi, jika benar beliau bukan berkelulusan Al-Azhar.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat. Mungkin Umno mencedoknya dari media lain yang bukan media rasmi dari PAS. Terpulanglah pada Umno untuk mengarahkan calonnya itu mempamirkan sijil yang beliau miliki ke setiap pelusuk Dun Kerdau. PAS tidak hairan berapa buah lori yang boleh memuatkan Sijil calon Umno tersebut kerana PAS menentang Umno bukan kerana sijil atau orangnya.

Terpulang juga kepada MB Pahang, Adnan Yaakob samada ingin melekatkan sendiri poster aksi lucah beliau di setiap pokok di Dun Kerdau. Mungkin beliau berbangga kerana beliaulah satu-satunya MB berbangsa Melayu dan Islam yang berani melakukan aksi yang budak tadika PASTI pun malu untuk melakukannya. Mungkin poster itu nanti boleh menunjukkan betapa Umno penjaga maruah Melayu dan pejuang Islam yang tulin.


WFAUZDIN NS

Tiada ulasan: