PENYAPU SIAL |
- Tampung BIAWAK HIDUP...Punca KWSP Beri Dividen Rendah
- TOLAK ISLAM ......JELAS MAHATHIR DAN UMNO YANG MENGKAFIRKAN DIRI SENDIRI...
- Jangan terkejut jika nanti ada 5 juta ahli PKR umum keluar parti....muakakakaka....!!
- muakakakakka....Macam urus sekolah tadika.....UPM tarik balik keputusan, kekal kemenangan calon Pro Mahasiswa
- pukimak najib nie mencabar rupanya... ...nak aku panggil malaikat maut cabut nyawanya.....muakakakaka.....dasar pemimpin tak bermoral....!!!!
| Tampung BIAWAK HIDUP...Punca KWSP Beri Dividen Rendah Posted: 23 Feb 2011 12:53 PM PST ![]() Terpaksa menampung kegagalan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) merupakan antara punca utama dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berada pada kadar yang sepatutnya, Tindakan kerajaan yang sering menggunakan KWSP untuk menjadi penyelamat kepada projek-projek besar GLC yang gagal dilaksanakan, mengakibatkan beban besar terpaksa ditanggung oleh KWSP yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan awam. Kalau kita lihat kembali bagaimana KWSP seolah-seolah dipaksa menyelamatkan dan membawa keluar syarikat berkaitan kerajaan. Ini sebenarnya punca kerugian KWSP dan di sinilah ketirisannya. Di sinilah berlakunya pulangan yang agak buruk. Keuntungan dalam pasaran ekuiti dimakan oleh pelaburan dalam GLC. Kita masih boleh ingat suatu ketika dahulu ia (membiaya) Pos Malaysia, Sime Darby, Bakun,.. Semalam KWSP mengumumkan dividen 5.8 peratus kepada 11 juta pencarum di negara ini walaupun pendapatan kasarnya telah meningkat 40 peratus. Pulangan dividen itu dilihat tidak wajar memandangkan peningkatan bursa saham adalah sebanyak 19.3 peratus sedangkan dividen KWSP hanya naik 0.15 peratus dari tahun 2009. Semalam penasihat DAP, Lim Kit Sing turut melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman itu kerana ia tidak selaras dengan kenaikan 40 peratus pendapatan KWSP sebanyak RM24.06 bilion berbanding RM17.22 bilion pada tahun 2009. Malah perkara tersebut diakui oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman bahawa pencapaian itu menggambarkan tahun memberangsangkan yang mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan tersebut mencecah rekod tertinggi dalam sejarah. Hal ini , menguatkan lagi hujahnya bahawa keuntungan KWSP tidak dapat disalurkan melalui dividen kerana beban yang ditanggung oleh KWSP. Kalau lah pelaburan itu dalam aset ekuiti atau dalam saham, sepatutnya pulangan mesti tinggi. Ini jelas menunjukkan pelaburan KWSP dalam pelaburan-pelaburan yang mana KWSP terpaksa melabur dan wang KWSP digunakan. Ini yang menjadi pertikaian ketika ini. Kita boleh lihat negara-negara yang lain memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi,.. Antara projek yang dikatakan terpaksa dibiayai oleh KWSP ialah projek Empangan Bakun. Dalam projek ini yang berjumlah RM7.3 bilion, RM5.75 bilion daripadanya dibiayai oleh KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Penggunaan akaun KWSP itu menimbulkan kegusaran banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat. |
| TOLAK ISLAM ......JELAS MAHATHIR DAN UMNO YANG MENGKAFIRKAN DIRI SENDIRI... Posted: 23 Feb 2011 04:19 AM PST SIAPA YANG KAFIRKAN UMNO, MAHATHIR ATAU NIK AZIZ ? APABILA membaca Utusan Malaysia Online, sekali lagi Mahathir berjaya mempamirkan kejahilannya di usia yang semakin senja. Amat malang sekali, di usia sebegini Mahathir masih buta tentang Islam namun masih mahu bercakap tentang hukum Islam. Maka, memang tepatlah kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa orang seperti Mahathir yang masih setia kepada Umno ini adalah golongan Jahil. Beliau cuba menafsirkan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yang sering menyebut bahawa barangsiapa yang menolak Islam itu adalah kafir. Itu jugalah yang disebut di dalam Amanat Haji Hadi suatu ketika dahulu. Tuan Guru Nik Aziz dan juga Tuan Guru Hj Hadi tidak pernah mengkafirkan orang-orang Umno, tetapi Mahathir mempunyai tafsirannya sendiri. Berikut adalah tafsiran Mahathir seperti yang dipetik di dalam Utusan Malaysia Online:- "Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO. "Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir (Utusan Malaysia Online). Nah, lihat. Siapa yang sebut Umno Kafir? Bukankah Mahathir yang sebut? Saya mahu tanya Mahathir dan juak-juaknya, jika tolak Islam, apakah hukumnya? Masihkah beriman dengan Islam atau kafir? Jawab sendiri. Apa yang Mahathir sebut di atas, seolah-olah Mahathir mengakui sememangnya Umno tolak Islam. Jadi, penyokong-penyokong Umno patut marah kepada Mahathir. Mengucap tiga Syahadah seperti yang Mahathir sebut itu adalah satu hujah paling bebal dari seorang bekas PM yang mengaku Islam. Beliau bukan sahaja jahil dari segi agama, bahkan jahil tentang dasar parti PAS yang beliau sendiri kenal lama dengan parti ini. PAS adalah sebuah parti atau wadah untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Tiada parti lain yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya di negara ini melainkan PAS. Bahkan, sekutu PAS seperti PKR dan DAP juga tidak meletakkan dasar sama seperti PAS tetapi mereka membantu PAS di dalam perjuangannya terutamanya di dalam nilai-nilai murni yang dituntut di dalam Islam seperti kebebasan kehakiman, penghapusan rasuah, keadilan dan beberapa nilai yang baik untuk sejagat. Ini tidak ada pada Umno jauh sekali dasar Islamnya. Umno bukan sebuah parti Islam, tetapi sebuah parti sekular yang bersifat nasionalis. Islam di dalam Umno dihadkan di dalam beberapa perkara iaitu ditempelkan sepertimana wanita menempel gincu pada bibirnya. Berapa lama gincu itu boleh bertahan? Kena semangkuk sup, gincu itu akan hilang. Islam adalah Syumul, mesti dilasksanakan secara menyeluruh dan ini lah yang PAS mahu perjuangkan. Jika Umno tidak mahu menegakkan Islam, sekurang-kurangnya Umno menyokong usaha PAS ini tetapi ini tidak berlaku. Jika Umno tidak mahu bersama PAS, tetapi PKR dan DAP sanggup membantu PAS, apakah PAS mesti memilih Umno juga sebagai rakan semata-mata Umno itu parti Melayu? Saya teringat apa yang diperkatakan oleh MP dari Shah Alam, YB Khalid Samad yang bertanya, jika ada kawan kita orang Melayu Islam mengajak kita pergi kedai arak untuk minum arak, di dalam masa yang sama ada kawan kita bukan Melayu Non Muslim mengajak kita kena teh tarik, agak-agak mana satu yang mesti kita ikut? Melayu Islam itukah atau bukan Melayu Non Muslim itu? Apa pula kena mengena dengan tiga Syahadah seperti Mahathir perkatakan itu? Islam hanya mengucap dua kalimah Syahadah, beriman dengan Allah dan Rasulnya. Apa yang Allah suruh diikut dan apa yang Allah larang dijauhi. Rasul pembawa apa yang Allah perintahkan, selepas ketiadaan Nabi dan Rasul, maka para sahabat serta Alim Ulamak. Al-Quran yang sama digunapakai bukan Al-Quran yang ingin ditafsir semula seperti yang pernah Mahathir ingin lakukan dahulu. Saya tidak hairan Mahathir boleh menghina PAS atau Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau suatu ketika pernah menghina Nabi dan hukum hudud. Siapa tidak ingat Mahathir pernah berkata, Nabi tidak cukur janggut kerana di zaman dahulu tiada pisau cukur. Jika Hudud dilaksanakan maka orang-orang Islam akan mundur kerana ramai tangan orang Islam akan dipotong. Saya tidak tahu samada Mahathir sudahj bertaubat atau belum atas perkataan beliau itu, tetapi saya berharap beliau sudah bertaubat kerana usia beliau di penghujung senja. Jika Umno masih kabur dengan perjuangan PAS, adalah lebih baik Umno mengadakan muzakarah dengan PAS tentang Islam ini bukan muzakarah tentang perpaduan Melayu semata-mata atau berbincang hanya untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan sahaja. Silalah bermuzakarah, dan letaklah Al-Quran di tengah-tengah sebagai Hakim. Masalahnya, mahukah Umno? Jika tidak mahu, jangan salahkan jika ada yang mengatakan bahawa menyokong Umno itu sebagai Jahilliyyah. wfauzdin |
| Jangan terkejut jika nanti ada 5 juta ahli PKR umum keluar parti....muakakakaka....!! Posted: 23 Feb 2011 04:09 AM PST Agen UMNO tarik ahli PKR dikesan!!! KEADILAN Pahang mengesan kegiatan agen Umno-BN yang sedang aktif menghubungi anggota parti KEADILAN bagi tujuan memujuk mereka keluar parti, menjelang Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau. Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, agen tersebut dikenalpasti telah menghubungi anggota-anggota KEADILAN di Temerloh dan Kuala Krau, selain mensasarkan anggota parti di cabang-cabang lain seperti Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Ahmad Nizam berkata, dari maklumat yang diperolehi pihaknya, sekitar 500 individu yang dikatakan anggota KEADILAN akan mengiystihar keluar dari parti itu secara beramai-ramai. "Agen-agen UMNO dikatakan telah menjanjikan imbuhan berbentuk wang ringgit kepada mereka yang 'mengistiharkan' diri keluar dari Parti," ujarnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Temerloh dalam satu kenyataan media. Menurut Nizam, KEADILAN Pahang sekali lagi menegaskan bahawa taktik seumpama itu merupakan strategi perang saraf yang sudah lapuk. Mereka yang berbuat demikian katanya, kebiasaannya terdiri dari kalangan ahli Umno yang diupah untuk mengaku sebagai anggota KEADILAN. "Pada masa yang sama KEADILAN Pahang turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana anggota Parti yang bersekongkol dengan BN dan melanggar disiplin parti," tegas beliau Keadilandaily |
| Posted: 23 Feb 2011 03:36 AM PST Dalam perkembangan terbaru tidak sampai 24 jam, Universiti Putra Malaysia (UPM) tunduk desakan pelajar dan memutuskan untuk menarik balik arahan pembatalan status 33 calon termasuk kemenangan 10 pelajar yang dilabelkan sebagai kumpulan Pro Mahasiswa. Beberapa jam sebelum keputusan itu diumumkan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menggesa UPM agar menarik balik keputusan itu. Keputusan itu disahkan Timbalan Naib Canselor (TNC) UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar 12.30 tengah hari tadi. Dengan keputusan itu, Pro Mahasiswa mendapat semula kedudukan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). "Ia sudah selesai, kita ikut keputusan pada 21 Februari lalu. "Kita memang terima bantahan tapi dalam mesyuarat hari ini kita tolak semua bantahan itu, ia sudah selesai," kata Dr Mohd Fauzi. Difahamkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa induk UPM pagi tadi. Justeru Mohd Fauzi meminta supaya kumpulan Pro Mahasiswa tidak membuat bantahan memandangkan perkara itu sudah selesai. Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi MPP atas alasan berkempen secara berkumpulan. Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi. Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa. Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi. Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi. berita terdahulu.... ![]() UPM Hilang Akal, Batal Kemenangan Calon Pro Mahasiswa Kesemua calon barisan Pro Mahasiswa termasuk 10 daripada mereka yang memenangi pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) kelmarin dibatalkan kemenangan pihaknya atas alasan berkempen secara berkumpulan. Menurut jurucakap Pro Mahasiswa UPM, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, keputusan pembatalan kemenangan itu dimaklumkan melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi. Jelas Mohd Ramzul, kesemua calon Pro Mahasiswa yang bertanding dalam pilihan raya kampus 2010/2011 turut dibatalkan kelayakan bertanding. Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan pengurusan UPM belum berhasil. Calon-calon Pro Mahasiswa walaupun gagal menguasai pilihan raya kampus UPM kali ini tetapi memperlihatkan prestasi lebih baik berbanding sesi lalu. Salah satu syarat dikenakan sistem pilihan raya kampus ialah calon-calon tidak boleh bertanding secara berkumpulan atau berpuak. Label Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa tidak diiktiraf oleh pengurusan universiti-universiti awam. Jika langkah itu disahkan bermakna pengurusan UPM mengulangi keputusan yang dibuat ketika pilihan raya kampus sesi lalu apabila tujuh calon Pro Mahasiswa UPM dibatalkan kemenangan mereka, antara lain kerana menggunakan media baru untuk berkempen. "Kita di UPM calon yang menang seramai 11 orang tapi yang dibatalkan hanya 10 orang kerana seorang calon menang tanpa bertanding. "Setiap calon dihubungi HEP malam tadi dengan mengatakan kemenangan dibatalkan atas alasan berkempen secara berkumpulan dan kita dikehendaki membayar RM100 jika ingin membuat rayuan," kata Mohd Ramzul ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini. Katanya, pihak pengurusan HEP gagal menunjukkan resit pembatalan kepada calon Pro Mahasiswa sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia benar atau tidak. "Kalau ada pembatalan mesti ada orang yang buat bantahan dan kena bayar RM100, kita minta nak tengok resit tapi pihak HEP tak bagi. "Kita nak tahu siapa yang batalkan sebab kalau ada 33 calon bertanding bermakna mereka kena bayar RM3,300, tapi HEP tak bagi sebaliknya suruh kita buat rayuan dengan bayar RM100 setiap seorang," katanya. Mereka dibenarkan membuat rayuan sebelum 10 pagi ini. Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa. Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi. Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi. -TMI penyapu sial Pentadbiran U ingat Mahasiswa ni budak sekolah rendah agaknya? Mahasiswa dah buat keputusan, biarlah keputusan itu diadili sebaiknya. Desak TNC HEP dan pegawai2 terlibat ditukarkan jawatan!!! |
| Posted: 22 Feb 2011 03:02 PM PST ![]() |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan