PENYAPU SIAL |
- Saman ekor: Kerajaan tumpang sekaki dari kelemahannya sambil cari duit haram dari rakyat
- auta fakta...kalau polis letak parang ...sprm pulak terjun bunuh diri dan kini kastam pun lebih hebat bersandiwara....sudah hantam cukup cukup kata mati kerana serangan jantung....tu dia budaya pukimak 1 malaysia....rakyat di dahulukan di mamposkan.!!!!
- semakin dekat nak mampos semakin banyak merapunya ... Hidung besar yang menipu dan membelit semakin panjang....!!!
- Rompak rakyat dengan Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN
- muakakaka...saiful liwat meliwat dengan 10 jantan ...ramainya..semuanya berwajah DSAI....muakakakaka....patutlah kena buang sekolah dan nak bagi service percuma kat najib dan rosmah.....!!!!
- Mangsa tembakan kempen guna Facebook...Jom mari kita sokong....!!!!
- nanti nyanyuk tua nie akan kata PDRM pandai pandai sendiri bedil Ustaz Ibrahim Libya
- dari 3 melayu terkaya...kesemuanya haprak haprak kepada UMNO....selebihnya yang bukan melayu jadi terkaya kerana gadaian maruah melayu oleh UMNO pukimak....!!!!
- muakakaka....sah saifol berlaku curang....air mani tu kalau tak najib dan uncle pet yang punya....tentu rais yatim yang punya..?????.....!!!!
- mahafiraun....buat buat lupa atau sengaja pelupa untuk melepaskan diri dari tanggungjawab....!!!!
- MB Mad Said... Otak keluar dari kotak??
| Saman ekor: Kerajaan tumpang sekaki dari kelemahannya sambil cari duit haram dari rakyat Posted: 18 Feb 2011 12:05 PM PST ![]() Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor. Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung. Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu. Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang. Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu. Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu. Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap. Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi. Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya? Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya. Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu. Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan? Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini. Saya benar-benar kecewa. Yunus Sauman Sabin, Kuala Kubu Bharu, Selangor. penyapu sial selain dari penjenayah yang mengguna no plet palsu...pesalah jalanraya juga ada yang sememangnya menggunakan plet palsu untuk melepaskan diri dari di saman ...begitu juga mereka mereka yang lari bayar hutang dengan bank...mereka juga akan pakai plet palsu supaya kenderaan tersebut tidak dapat di tarik...secara tidak lansung mereka ada peluang melakukan kesalahan jalanraya...dan kalau kantoi...orang lain yang kena seperti kes saman ekor ini... kerajaan cuma tumpang sekaki untuk menyamun duit rakyat bila kantung dah kering...mai pakat pakat buat demo supaya di hapuskan saman ekor...sekali kerajaan berdolak dalik mengenai saman ini.... maka kita wajib menolak kerajaan yang ada ini di pru yang ke 13 nanti |
| Posted: 18 Feb 2011 11:50 AM PST Remaja Nampak Pak Cik Ditendang, Kenyataan Ketua Polis K'tan Meragukan ![]() Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan. Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman. "Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar. "Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. -metro Said Mati Kerana Serangan Jantung, Bukan Dikasari Anggota UPP KOTA BAHARU, 17 Feb (Bernama) -- Polis Kelantan Khamis mengesahkan Said Mat Hassan mati akibat serangan jantung dan bukan kerana dikasari anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil bedah siasat Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) petang Rabu mengesahkan bahawa tidak ada unsur jenayah pada mayat Said, 56, dan mangsa didapati meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada dalam keretanya. "Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mendapat serangan jantung," katanya kepada pemberita di sini. Semalam, Said ditemui dalam keadaan lemah, berwajah pucat dan mulutnya berbuih dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin oleh empat anggota UPP yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tumpat. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu. Salah faham yang tercetus kemudian menyebabkan beberapa individu termasuk anak saudara Said, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, datang ke hopsital itu dan menyerang anggota UPP berkenaan. Ekoran serangan itu, Ahmad Nizamuddin terkena tembakan amaran seorang anggota UPP yang cuba mempertahankan diri. Abdul Rahim berkata pihaknya masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan, selain mendapatkan keterangan individu tertentu berhubung serangan terhadap anggota UPP itu, namun, belum ada tangkapan dilakukan. Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPZ II Dr Wan Hazimah Wan Mohamad berkata pihaknya mendapati Ahmad Nizamuddin hanya terkena serpihan tembakan di bahagian dada kanan, dan dia kini berada dalam keadaaan stabil, malah mampu berjalan serta makan dengan baik. "Hasil pemeriksaan juga mendapati keadaan anggota badan beliau baik, termasuk di bahagian paru-paru yang tiada sebarang kesan kecederaan," katanya. -- BERNAMA Rakyat sudah muak dengan kes-kes di mana pihak PDRM mempertahan "jenayah" yang dilakukan oleh pihak mereka dan beberapa pihak penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, PBT dan UPP. Kes-kes berprofil tinggi seperti kes Aminul-rasyid, kes kematian Teoh Beng Hock, kes Kugan, kes polis memukul dan merompak seorang peniaga, kes polis menampar dan merompak wanita hamil dan lain-lain menjelaskan keadaan tersebut. Di dalam kes di atas, KP K'tan terlalu cepat membuat kenyataan SEBELUM melakukan SIASATAN RAPI mengenainya.....cuba cover-up...budaya malaun geng geng pukimak mereka...!!! Sudah sampai masanya integriti PDRM dan lain-lain agensi penguatkuasaan ini dipertingkatkan dengan melakukan "pembersihan total" terhadap pegawai-pegawai mereka yang bertindak tidak profesyenal disamping cuba berdusta dan melakukan cover-up terhadap apa kes sekalipun. Rakyat perlukan hanya mereka yang berwibawa, bukan yang hanya pandai menggunakan pistol dan kemudian bertindak liar meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka dengan menjadi rakyat sebagai mangsa. Diperburukkan dengan adanya pihak lain menjadi "pembela" perlakuan jenayah mereka. Mereka yang tidak profesyenal ini walaupun tidak ramai, namun cukup untuk mencacatkan kredibiliti polis. Rakyat satu hari tetap akan bangun menuntut kebenaran dan keadilan itu ditegakkan tanpa mengira siapa juga yang cuba menyekatnya. |
| Posted: 18 Feb 2011 11:40 AM PST ![]() BERKATALAH Mahathir bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. "Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas (Akhbar Sinar). Inilah hujah Mahathir sejak dulu, kini dan mungkin selamanya hingga apabila beliau berdepan dengan Malaikat Maut nanti. Hujah `gampang' ini tidak perlu dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz, memadaikita yang jahil ini ingin menjawabnya walaupun tidak mempunyai hidung besar yang menipu dan membelit. Memang tepat bahawa Tuan Guru Nik Aziz berjuang untuk memenangi Pilihanraya kerana dengan memenangi Pilihanraya saja maka PAS akan memiliki kuasa untuk melaksanakan hukum Islam. Apakah Mahathir sangka PAS akan memilih jalan lain selain dari jalan Pilihanraya untuk berkuasa? Mungkin Mahathir teringin melihat PAS mengunakan jalan `revolusi' untuk memerintah negara? Jika itu sangkaan Mahathir, beliau sudah terlalu tua sebenarnya. Tuan Guru Nik Aziz berjuang bukan untuk Islam? Jika bukan untuk Islam, maka untuk apa? Pernahkah kita mendengar Tuan Guru Nik Aziz memekik melolong menyebut `hidup Melayu' seperti yang lazim kita dengar di PWTC itu? Di mana pun Tuan Guru Nik Aziz berucap, beliau tidak pernah melupakan Al-Quran sebagai intipati ucapannya. Bahkan, di depan masyarakat Non Muslim pun Tuan Guru mempromosi ajaran Islam ini sehinggalah DAP semakin faham tentang Islam berbanding dengan pemimpin Umno, MCA, Gerakan dan MIC. Difitnah oleh Mahathir bahawa Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkafirkan orang Islam Umno. Secara terbuka itu bila dan di mana? Jika benar, mengapa setiap kali orang Umno masuk PAS, Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah mengarahkan agar mereka di`syahadah'kan kembali? Jika Tuan Guru Nik Aziz menyebut bahawa orang Umno itu masih Jahiliyyah, ada lojik dan betulnya. Mendokong parti sekular dan tidak mahu memahami perjuangan Islam itu tidak Jahiliyyahkah? Jika bukan Jahiliyyah, mungkin bodoh perkataan yang lebih sedap untuk didengar. PAS hanya menyebut apa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith tentang batas-batas Kufur seperti yang terkandung juga di dalam Kitab Mustika Hadith yang dikeluarkan oleh JPM sewaktu zaman Mahathir. Masakan Mahathir tidak membaca kitab yang diterbitkan dari pejabatnya sendiri. Disebut di dalamnya bagaimana seseorang itu boleh menjadi Kafir dengan beberapa sebab termasuk menghina hukum Islam termasuk hukum Hudud. Mereka yang menyebut bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di zaman ini, atau hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur dan sebagainya boleh menjadi Kafir. Mereka yang menghina Sunnah Nabi seperti beserban, berjangut kerana tiada pisau cukur juga boleh menjadi Kafir. Jika Mahathir terasa atau ada pemimpin Umno yang terasa, itu bukan salah PAS. Bukan PAS yang menjatuhkan hukum Kafir itu. Tuan Guru Nik Aziz ada membuat kiasan bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi untuk memperjuangkan Islam hatta dengan Syaitan sekalipun. Persoalannya, adakah boleh diterima akal Syaitan akan membantu untuk perjuangan Islam? Jawapannya sudah pasti mustahil. Ini membawa maksud, betapa kuatnya cita-cita PAS untuk memperjuangkan Islam dan boleh menerima sesiapa sahaja sebagai kawan untuk menegakkan ugama yang maha suci ini. Kalau Syaitan pun PAS kata boleh terima, masakan Umno yang bukan Syaitan PAS akan tolak. Masalahnya, Umno tidak mahu bekerjasama dengan PAS untuk perjuangan Islam bahkan Umno banyak menghalang cita-cita PAS dengan berbagai cara. PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini tidak pernah menghalang PAS dari berjuang untuk Islam. Mana mungkin PAS boleh paksa pemimpin DAP yang bukan Islam untuk terima Hukum Hudud kerana kewajipan untuk menegakkan hukum Islam terletak di tangan umat Islam sahaja. Sama juga seperti puasa, bolehkah PAS memaksa Karpal Singh atau Lim Kit Siang berpuasa? Peliknya, mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam tidak juga mahu kepada hukum Islam? Mengapa Mahathir mesti cabar PAS agar menentukan DAP terima Islam? Bukankah pelik? Mengapa Mahathir tidak mahu terima hukum Islam tetapi sebaliknya mahu agar DAP terima Islam? Mahathir kata PAS ingin tegakkan Negara Islam ala - PAS. Cuba sebutkan apakah ciri-ciri Negara Islam ala-PAS itu jika Mahathir tahu. Jika ini lah pemikiran kepala otak Mahathir, tidak mustahil satu hari nanti Mahathir akan sebut ini sembahyang ala-Umno, ini sembahyang ala-PAS. Di dalam perkara ini, Umno pernah cuba untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu `Takfir'. Umno melakukan `warming up' terlebih dahulu dengan mengadakan debat olok-olok kununnya di antara PAS dan Umno. Akhirnya, Allah maha kuasa, dan Al-Quran adalah mukjizat yang Umno tidak boleh perdayakan. Di dalam debat olok-olok tersebut, pihak yang kununnya mewakili Umno tidak mampu membalas hujah pihak yang kununnya mewakili PAS. Debat olok-olok tersebut boleh diikuti melalui youtube. Akhirnya, Umno tidak berani untuk berdebat dengan PAS kerana mereka tahu kebenaran yang dibawa oleh PAS setelah mereka adakan debat olok-olok tersebut. Hakikatnya Umno tahu PAS sejak dahulu konsisten di dalam perjuangannya. Sebab itulah berbagai cara telah Umno lakukan untuk memecahbelahkan kesatuan di dalam PR. Paling menyakitkan hati Mahathir adalah apabila semakin ramai di kalangan Non Muslim yang berani menghampiri PAS bahkan DAP sendiri sanggup membela PAS. Lebih pedih hati lagi Mahathir apabila Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa beliau sanggup terkorban untuk mempertahankan Islam yang terdapat di dalam Perlembagaan. Karpal Singh juga bersedia untuk berdialog dan berbincang dengan PAS berkaitan penubuhan negara Islam dan juga tentang hukum hudud. Nampaknya DAP lebih awal ingin belajar tentang Islam daripada Umno. (sumber/wfauzdin.blogspot.com) |
| Rompak rakyat dengan Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN Posted: 18 Feb 2011 11:31 AM PST ![]() Kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti. BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk. Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk. Kita berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti. Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?" ... |
| Posted: 18 Feb 2011 01:38 AM PST Fitnah II: Saiful Mungkin Sodomi Dengan 10 lelaki – Dr Seah ![]() KUALA LUMPURSuasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki. "Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki," kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh. Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah. Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan. LAPORAN LANGSUNG 8.45 am – Datuk Seri Wan Azizah berada di galeri awam perbicaraan namun Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum kelihatan. 8.56 am – Anwar masuk ke dalam mahkamah bersama peguamnya, Sankara Nair. 9.00 am – Perbicaraan bermula. Dr Seah Lay Hoong, ahli kimia Jabatan Kimia dipanggil ke kandang saksi. 9.02 am – Beliau menerangkan tentang elektropherogram, kaedah yang digunakan untuk mengesan fragmen DNA dalam siasatan forensik. 9.11 am – Dr Seah menerangkan tentang kaedah reamplifikasi, yang dibuat jika pada pemeriksaan pertama tiada DNA dijumpai pada sampel. Remaplifikasi dilakukan pada sampel B yang kemudiannya didapati tiada profail DNA. 9.32 am: Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti. Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh. Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu. 9.39am: Karpal membantah tindakan pendakwa kerana bertegas mahu mengemukakan carta ujian DNA yang dijalankan Seah sebagai bukti. Menurut Karpal, carta itu dijana oleh komputer. Tambah Karpal, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula. Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas. 9.58 am: Karpal mempersoal kredibiliti Dr Seah kerana Dr Seah sendiri mengaku bukan dia yang mengisi perisian GeneMapper yang diguna untuk menghasilkan elektroferograf tersebut. 10.52 am: Perbicaraan ditangguhkan selama 30 minit. 11.20 am: Perbicaraan ditangguhkan hingga jam 3.oo petang ini berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mahu meneliti dokumen yang berkaitan. Fitnah II: Saiful mungkin sodomi dengan 10 lelaki – Dr Seah |
| Mangsa tembakan kempen guna Facebook...Jom mari kita sokong....!!!! Posted: 18 Feb 2011 01:16 AM PST ![]() Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam. Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut. Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan. Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini. Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri. Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih. Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan. Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu. Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi. Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah. Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut. Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit. Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut. "Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan. "Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik. Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya. Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media. "Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya. "Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya. ![]() Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di sini malam tadi. Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga terbabit di atas apa yang berlaku. Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu. "Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras. "Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan 'hilang sabar' akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga mereka,"ujarnya. Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama dengan berniaga beras. Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah Penyeludupan (UPP). "Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat sekumpulan UPP datang ke hospital. "Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,"ujarnya ketika ditemui. Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu. KLIK SINI UNTUK KE LAMAN FACEBOOK TERSEBUT DAN BERIKAN SOKONGAN !! |
| nanti nyanyuk tua nie akan kata PDRM pandai pandai sendiri bedil Ustaz Ibrahim Libya Posted: 18 Feb 2011 12:56 AM PST ![]() Semenjak dua menjak ni, Mahathir sentiasa mengaku sememang dia seorang bekas PM Malaysia yang baik dan prihatin. Orang tua kalau dah bercakap yang bukan-bukan itu tandanya dia nak mampos... bukan aku aja yang kata hangpa pun ada yang sebut....!!!! Semalam Mahathir mengaku sememangnya dia pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika dia PM tetapi pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman. Sebelum ini Mahathir mendakwa dia membantah penahanan seramai 106 orang, sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA diISAkan. Polis juga menafikan itu arahannya dan sememangnya ia arahan pihak polis. Selepas ini Mahathir akan mengaku sememangnya bukan dia yang mengarahkan membedil Ibrahim Libya sehingga syahid dan pihak polis juga akan mengaku itu adalah arahan polis Malaysia. Harap-harapnya bekas PM Mahathir panjang umur untuk mengaku kebaikan kelakunya sepanjang 22 tahun menjadi PM. Amin.... kepala butohhh...la ko mamak keling kerala...dah nyanyuk menyusahkan orang cakap merapu tapi tak mampos mampos...kencingkan aje kubornya bila dia nie mampos macam kubor bapak muhyiddin....!!!! |
| Posted: 18 Feb 2011 12:46 AM PST Hanya 3 Melayu antara 20 individu terkaya di M'sia ![]() ![]() ![]() Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan Malaysian Business. Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu. Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI. Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu. Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera. Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion. Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion. Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion. Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion. Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion. Malaysiakini |
| Posted: 17 Feb 2011 03:10 PM PST 'Mani lelaki misteri pada seluar dalam Saiful' ![]() Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa air mani milik 'lelaki Y' telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ahli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong (kanan) turut mengesahkan kehadiran air mani 'lelaki Y' itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful Bukhari. Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti 'lelaki Y' dalam laporannya. Katanya, kesan air mani 'lelaki Y' turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku. ![]() Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira. Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani 'lelaki Y' tidak ada pada semua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri. Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, 'lelaki Y' dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali. Ketika ditanya mengenai kaedah saintifik yang digunakan dalam menyediakan laporannya, Dr Seah menjelaskan secara terperinci mengenai ujian DNA menggunakan teknik 'multiplex polymerase chain'. Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ditanya lanjut oleh Noorin berhubung berapa lama kesan air mani, khususnya spermatazoa, mampu kekal bagi menjalani ujian DNA, Dr Seah berkata kelembapan memainkan peranan penting. "Jika terdedah kepada cuaca kering dan sejuk, tidak mustahil ia boleh kekal untuk satu jangka masa yang agak lama," katanya. Beliau turut ditanya mengenai tempoh air mani mampu kekal dalam tubuh seseorang dalam kes liwat. Bagaimanapun, Dr Seah berkata itu bukan bidang kepakarannya kerana tugas beliau adalah lebih kepada melakukan ujian makmal. Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia itu menerima 12 sampul eksibit yang ditanda sebagai B sehingga B11 pada 30 Jun 2008 daripada DSP Judy, dan enam lagi sampul serta dua bungkusan pada 1 Julai tahun sama. Turut hadir di mahkamah ialah pakar DNA Australia Dr Brian Mcdonald bagi membantu pasukan pembelaan. Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. - Bernama |
| mahafiraun....buat buat lupa atau sengaja pelupa untuk melepaskan diri dari tanggungjawab....!!!! Posted: 17 Feb 2011 02:57 PM PST Mahathir terlupa dirinya Menteri KDN ketika Ops Lalang ![]() Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya. Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh. Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah. Untuk tokoh seperti Mahathir mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah. Tokoh seperti Mahathir sering berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, malah amat yakin dengan hujah dirinya - meskipun wacananya itu tidak semestinya diterima umum. Keyakinan ini, dari perspektif yang lain, ditafsirkan sebagai keberanian untuk bertanggungjawab - iaitu memikul tanggungjawab terhadap jasa dan silap yang dilakukan. Namun demikian, sifat Mahathir ini semakin luntur dalam tempoh lapan tahun selepas beliau bersara. Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Sejumlah 106 orang, termasuk ahli politik, pejuang pendidikan Cina, pencinta alam dan pekerja agama ditahan dalam Operasi Lalang, malah 40 orang antaranya dilanjutkan penahanan dua tahun. Permit akhbar The Star, Watan, Sin Chew Jit Poh dilucutkan, dan hanya kembali beroperasi pada tahun 1988. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Mahathir menafikan bahawa dirinya adalah dalang utama di sebalik operasi penekanan politik ini. Mahathir terlupa Rakyat bukan menuduh sembarangan apabila menuding jari terhadap Mahathir, sebagai dalang "Operasi Lalang". Setelah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Musa Hitam dicantas, Mahathir sebagai PM merangkap jawatan Menteri Dalam Negeri sejak tahun 1986. Jawatan Menteri Dalam Negeri ini hanya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Abdullah Ahmad Badawi, selepas Pilihan Raya Umum tahun 1999. ![]() Meskipun Mahathir berdepan dengan sekta yang berlainan pada awal zaman pemerintahannya, namun beliau berjaya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah bersama pasukan B-nya, dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam UMNO. Mahathir berjaya mempertahankan kedudukan sebagai PM, Menteri Dalam Negeri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Polis Diraja Malaysia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri - adalah sesuatu yang tidak masuk akal bahawa polis berani mengingkari arahan Mahathir - jika dilihat kepada sifat Mahathir yang diktator. Jikapun tidak membincangkan realiti hubungan politik pada ketika itu, Mahathir tetap tidak boleh memisahkan diri dari tanggungjawab "Operasi Lalang" seandainya disemak peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). 40 dari 106 orang tahanan dilanjutkan penahanan dua tahun, yang seandainya dirujuk kepada Seksyen 8 (1) ISA - adalah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan agar penahanan dua tahun dikenakan, seandainya pada budi bicara Menteri, tahanan tersebut mengancam keselamatan negara. ![]() Menurut ISA, walaupun Seksyen 73 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menangkap tanpa waran sesiapa yang boleh ditahan mengikut Seksyen 8, tetapi Seksyen 73(3) juga menyatakan bahawa tempoh penahanan ini tidak boleh melebihi 60 hari. Malah, jika penahanan melebihi 30 hari, Ketua Polis Negara perlu melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri tentang keadaan penahanan. Oleh itu, seandainya Mahathir tidak merestui tindakan menindas yang tidak demokratik ini, beliau mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang untuk menghalang, dan bukannya menjurus kepada penangkapan. Pertama, mustahil polis tidak berunding dengan Mahathir sebelum operasi penangkapan yang sebegitu besar dijalankan. Namun, Mahathir tidak membantah, sebaliknya merestuinya. Kedua, selepas penangkapan 106 orang, suasana ketegangan (yang didakwa kerajaan) telah dikawal. Persoalannya, mengapa Mahathir tetap menandatangani arahan untuk melanjutkan penahanan selama dua tahun untuk 40 orang tahanan? Seandainya Mahathir tidak bersetuju dengan penangkapan seawalnya, tetapi terpaksa akur kerana khuatir "berlakunya konflik perkauman" - maka beliau boleh membubuh noktah kepada operasi ini selepas penahanan 60 hari. Beliau tidak perlu menandatangani surat untuk melanjutkan tempoh penahanan - kuasa yang hanya dimiliki Menteri Dalam Negeri, dan bukan polis. Sebagai PM, Mahathir adalah Ketua Eksekutif (kerajaan), maka beliau tidak terelak daripada tanggungjawab politik terhadap semua keputusan dan operasi kuasa eksekutif. Sebagai Menteri Dalam Negeri, Mahathir juga tidak terelak daripada segala tanggungjawab eksekutif terhadap keputusan dan tindakan PDRM. Kita boleh memahami keterbatasannya jikalau Mahathir sekadar Menteri Dalam Negeri - kerana Menteri Dalam Negeri mungkin membantah penangkapan polis, tetapi dihalang PM. Namun, Mahathir adalah PM merangkap Menteri Dalam Negeri - apa lagi alasan yang ingin dikemukakan untuk membela dirinya? Menjadi bahan lawak Bukan kali pertama Mahathir menafikan bahawa dirinya memainkan peranan yang negatif dalam pemerintahannya. Walaupun Mahathir adalah dalang di sebalik "krisis kehakiman 1988", namun beliau tetap berkeras untuk membela dirinya - bahawa bukan dirinya yang memecat Ketua Hakim Negara, Salleh Abas, serta dua orang Hakim Mahkamah Agung yang lain, Wan Suleiman dan George Seah, tetapi tribunal. Krisis kehakiman 1988 bermula dengan niat Mahathir untuk mengawal kuasa kehakiman. Sebelum tercetusnya "krisis kehakiman", beliau telah bersilat lidah dengan Salleh Abbas (gambar kanan) dalam isu kebebasan badan kehakiman, kemudian dilanjutkan pula kes kelangsungan UMNO/UMNO Baru (UMNO 11). Tribunal yang menjatuhkan kesalahan "misconduct" (salah laku) ke atas Salleh Abas, ditubuhkan atas cadangan Mahathir kepada Yang Di-Pertuan Agung dengan kuasanya sebagai PM. Motifnya cukup jelas. Kini, Mahathir cuba mengasingkan diri daripada tanggungjawab ini - mungkin "muka tebal" tidak cukup untuk menyifatkan kenyataan sebegini. Hujah-hujah Mahathir sepanjang lapan tahun yang lalu telah menghakis imejnya sebagai pemimpin dominan yang berkarisma. Seandainya Mahathir memilih untuk mengakui kesalahan politik dirinya, dan menunjukkan keikhlasan dirinya untuk bermuhasabah; atau tetap berpegang bahawa dirinya melakukannya demi kepentingan negara ketika itu, dan berdepan dengan segala tanggungjawab dan kritikan - ia semestinya lebih baik daripada apa yang dilakukan sekarang - enggan meminta maaf, sebaliknya menolak segala-galanya kepada orang lain. Mungkin Mahathir ingin meninggalkan catatan bertulis untuk membersihkan tanggungjawabnya, agar mempertahankan reputasi sejarahnya. Tetapi perhitungannya silap. Tindakan ini sekadar menambah bahan lawak tentang dirinya dalam sejarah. *Chang Teck Peng ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 15 Februari 2011. |
| MB Mad Said... Otak keluar dari kotak?? Posted: 17 Feb 2011 02:48 PM PST ![]() Samada berfikir diluar kotak atau memang otak keluar dari kotak? Kepimpinan UMNO BN ini kekadang kita tak tahu dimana satu kepentingan dan keutamaannya. Dengan slogan Rakyat didahulukan dan Prestasi diutamakan, berapa skala yang layal diberikan kepada MB Terengganu, Datuk Mat Said? Beliau ni MB Terengganu ke MB Negeri Kijal? Atau memeang itulah kepompong daya kepimpinan yang mampu dilahirkan oleh UMNO Terengganu. Munasabahlah apabila Bekas PM, Dr Mahathir sendiri mengatakan UMNO Terengganu terlalu bodoh (sila rujuk hansard dewan, ucapan Datuk Senara Muda, SUK Negeri Terengganu) Sudahlah kekayaan negeri Terengganu dengan hasil minyaknya, yang banyak menanggung kerajaan Pusat & Putrajaya? Yang dapat kilang Penapisan adalah Melaka, yang dapat Universiti Petronas adalah Perak, yang dapat Fertilizer adalah Kedah dan banyak lagi yang taak terbilang dah… dapat Menteri pun menteri tersepak, Menteri kasihan belas. Takde Political wheel! Sebab itu selagi kepimpinan Umno sekarang yang mentadbir Terengganu… nescaya kekallah sebagai negeri yang tercorot kemiskinannya. Apatah lagi exco yang dilantik semua adalah yang dah reject dari team Deris. Jadi Pok Kea Angguk ajelah. Kemaman Dapat Hospital Baru, RM10j Menaiktaraf Hospital Sedia Ada Bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Kemaman pula, katanya, kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan tanah seluas 20 hektar di Bandar Baru Kijal bagi membina sebuah hospital baru. "Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan pembinaan hospital baru ini berjalan lancar," kata MB kepada pemberita selepas lawatan kerja Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ke hospital berkenaan, semalam. Menteri berkenaan mengumumkan, kementeriannya meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf Hospital Kemaman termasuk membeli peralatan CT Scan, menyediakan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menambah bilangan doktor pakar di hospital itu. Pada masa ini hospital itu mempunyai 15 doktor pakar, tetapi belum mempunyai ICU. Kelulusan serta-merta itu dilakukan selepas Menteri Kesihatan meninjau secara lebih dekat pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan hospital berkenaan. Selain Menteri Besar, turut serta dalam lawatan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco Kerajaan Negeri, Dr A Rahman Mokhtar dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan. "Hospital baru ini akan dibina melalui Rancangan Malaysia ke-10 dengan mengambil kira pelbagai kemudahan yang diperlukan, termasuk menambah bilangan klinik-klinik pakar untuk pesakit menerima rawatan," ujar Liow. Apabila hospital baru siap digunakan, hospital sedia ada akan dijadikan poliklinik. Apa ke benda sesak Hospital kemaman tu? Kalau dah nak dijadikan poliklinik, buat apa dinaik-taraf lagi? Peruntukan yang ada tu pi tambun kat Kijal je lah. Atau pergi baiki permasalahan bilik bedah hospital yang sedia ada. Kedudukan Kijal yang hanya sejengkal dari Hospital Chukai kini diluluskan sebuah hospital lagi. Bab berjanji, bab buat tu tak tahu lagi bila! Tetapi Kijal dengan penduduk 4,000 orang kini sudah dibekalkan Bandar baru Paya Kijal, Zoo Mat Said, Pusat IKBN, Pasaraya Giant, TATI. Walaupun asalnya perkampungan nelayan yang mundur yang hanya terkenal dengan leman yang lurus dikawasan jalan Kijal seperti ular kena palu itu telah membeli Strawberry Park Kijal untuk dijadikan Institut Jantung Negeri. Dengan membabitkan kos bernilai Rm27 juta. Kerajaan telah melakukan proses pengubahsuaian terhadap resort tersebut. Berapa juta pulak kroni yang dapat itu, tak tahu lagi. daripada sebuah Resort yang dah mampus nak ditukar menjadi IJN... ish3X.. memang berfikir diluar kotak! Sepatutnya buat lah kat Kuala Terengganu. Lebih sesuai dan lebih memerlukan. Sudah ada sebahagian kepakaran kat Hospital KT tu. Ni pergi buat kat hutan Jin tendang tu apasal??? Semua dok tambun kat Kijal. Seolah-olah Umno-BN dah semput nak mati. Macam tiada hari esok dah buat Umno. Semua perlu disegerakan ke Kijal! Ye Lah… masa nil ah nak tunjuk power pun. Masa Menteri dan Pegawai boleh ditonyoh kepala. Dang hilang kuasa kang… cakap pun tak guna. Semasa Idris Jusoh dulu.. ia memerintah bagaikan Ia sebagai MB Jerteh. Semua diusung wat balik ke Besut. Kini Mat Said pulak berpenyakit begitu. Sepatutnya keutamaan keperluan kesihatan ini, Daerah Dungun lebih memerlukan. Jerteh, Setiu, Hulu Terengganu dan Chukai memiliki Hospital yang besar dan gah. Tinggal lagi Dungun yang berpenduduk 160,000 orang dengan persekitaran kawasan yang mudah berkemalangan dengan industry oil & Gas, tetapi amat malang dari segi persediaan kesihatan. Walaupun 20 Hektar tanah telah diluluskan tetapi Hospital Dungun tiada dalam RMK 9 dan diharapkan kepada RMK 10. Habis kalau RMK 10, Hospital Kijal diluluskan??? Takkan 2 hospital setahun di Terengganu? Rungutan orang ramai terhadap kemudahan di Hospital Dungun yang tidak lagi praktikal kerana ia dibina berdasarkan keperluan penduduk pada sekitar 60-an. Hospital Dungun yang mengandungi empat wad dengan 100 katil pesakit dibuka secara rasmi pada 26 Mac 1967 dan kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 160,000 penduduk di daerah itu. Hospital yang terletak di pusat bandar itu kini semakin sesak dan tidak dapat menampung keperluan pesakit. Sudahlah tiada bilik bedah, tiada doktor pakar dan setiap hari ambulan terpaksa berkejar ke hospital KT sejauh 100KM untuk kes kecemasan khususnya melibatkan kelahiran. Ramai kakitangan Petronas, TNB, YTL.. kalau nak melahirkan bayi, mereka terpaksa pergi ke Kt atau ke Kuantan. Tiada kemudahan terbaik di daerah Dungun ini. Habis, Apa wakil rakyat Dungun ni buat? Mana ahli Parlimen Dungun ni? Projek apa yang dibawak balik ke Dungun? Takkan isu hospital tidak tak leh selesai? Atau ikut Liow Tiong Lai dan keputusan Mat Said je??? Betapa long lai nya wakil-wakil yang dipilih rakyat? Dok Rox Cetong lagu ni… di harap rakyat Dungun boleh membuat perubahan PRU-13 nanti. Supaya PR pulak memerintah Terengganu & Putrajaya... untuk melihat satu perubahan. Berubahlah sekarang sebelum terlambat!!! |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan