Jumaat, 25 Februari 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Ini lah namanya kezaliman terhadap seni dan kebudayaan

Posted: 25 Feb 2011 04:38 AM PST


Lihat lah sendiri apa yang di laukan oleh gerombolan United Malays National Organisation.Pasar Seni yang sepatutnya menjadi tapak warisan sejarah dunia di gadaikan begitu sahaja kepada towkay - towkay dan cukong - cukong.
Lihat lah kaki lima di luar CM ini,semua aktiviti sini termasuk "busking" (pemuzik jalanan) dan tempat di mana rakyat marhein mencari rezeki kini dirampas.kezaliman apa lagi ni.
LSS mendapatkan serba sedikit maklumat dari peniaga - peniaga disitu khususnya yang menjual hasil - hasil seni dan kebudayaan.Pemilik CM sepatutnya adalah Kerajaan Malaysia.
Tapi sayang kerana bangunan tinggalan sejarah dan tapak seni dan kebudayaan ini menjadi sumber wang kepada cukong - cukong yang selalu membiayai perbelanjaan politik gerombolan akhirnya ia di gadaikan begitu sahaja.
Peniaga - peniaga dan anak - anak seni kini terus terpinggir atas kezaliman ini.
Entah apa lagi yang dapat di lakukan oleh pejuang - pejuang seni,segala kenangan bermain muzik di sepanjang kaki lima di pasar budaya ini hanyalah tinggal kenangan semata - mata,kerana semua telah di hancurkan oleh ketamakan para cukong dan agen kapitalis yang dibela oleh gerombolan United Malays National Organisation.
Kaki lima yang hanya di "renovate" dengan di letakan bumbung dan lambang wau dan kiosk kecil di kenakan bayaran sewa sebanyak RM1500 .Ini lah namanya kezaliman apabila LSS di fahamkan bahawa DBKL juga turut terbabit dalam persubahatan ini.
Lagi apa yang pelik central market pada hari ini ialahsistem keselamatan nya.Kalau sebelum ini Sistem keselamatan hanya membayar pengawal keselamatan tetapi hari ini anda semua memerhatikan sendiri pengurusan CM menggunakan anggota rela "celop" walaupun kita tahu perbuatan ini adalah salah di sisi undang - undang.
dalam pada itu keluhan demi keluhan di suarakan tapi apakan daya mereka tak mampu nak memberontak atas alasan "cari makan" tapi walau begitu sampai satu masa mereka harus sedar kerana apa yang tejadi sekarang terhadap pasar seni adalah satu penindasan terhadap hak,seni dan kebudayaan.
Kalau sebelum ini kitalihat di celah - celah bangunan yang bersejarah ini pasti ada warga marhaein yang hadir dalam mencari sesuap nasi.Ada yang berniaga nasi lemak ada juga yang berniaga keropok lekor tapi hari mini berapa saja yang mampu mereka dapat adakah sekadar membayar sewa yang berharga RM1500 sebulan.
Di celah - celah bangunan yang bersejarah ini pasti kita akan lihat kelibat anak - anak seni yang terus menghidupkan roh seni buat warga marhaein.Ter'kilas juga akan kita kelibat si "nat dengan gitarnya yang selalu menyanyi di hadapan mc'donald(kini Mc'd pon dah takde) begitu jugadengan yang lain - lain seperti meor yusuf aziddin,nik bin jidan juga black amin iskandar.
Mereka - mereka ini adalah di kalangan pemuzik - pemuzik reformasi yang memperjuangkan reformasi melalui lagu - lagu yang di main kan di kaki lima di sepanjang pasar seni.kini pasar seni bukan pasar seni lagi,yang pelik ahli - ahli politik membisu,tak kiralah mereka ni dariPakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional tapi apa yang jelas sibuk sangat berpolitik hingga hak - hak warga marhaen terabai.
Sekarang dua - dua sama,Barisan Nasional ke,Pakatan Rakyat dua kali lima sepuluh,lima kali dua semua,sama pandai sama bodoh,andai mereka terbaca artikel ini dan masih berdiam diri lagi mereka pun samalah kedua - duanya.
dan apa yang pasti peniaga - peniaga seni di pasar seni yang masih tertindas terus memikir dan mencongak masa depan mereka sampai bilakah mereka akan di tindas?sampai bilakah mereka akan terus hidup tertekan .

dari sudut pandangan chegu bard

Posted: 25 Feb 2011 04:08 AM PST



Kepincangan atau penyelewengan dalam proses Pemilihan KEADILAN 2010 sudah menjadi rahsia terbuka. che'GuBard sudah membuat lebih dari satu laporan dan aduan bersama fakta mengenai perkara ini kepada saluran yang seharusnya.

che'GuBard menolak jawatan pusat yang ditawarkan kerana bukan jawatan yang dimohon tetapi siasatan dan ketelusan.

che'GuBard sebolehnya cuba menjaga 'adab' dengan memberikan tekanan terbuka seminima mungkin itupun setelah hampir semua rasanya saluran dalaman digunakan. Dalam pada masa yang sama tidak pernah berhenti untuk terus menyusun massa khususnya anak muda menggempur regim. Namun malangnya che'Gubard terus dilabel pengkhianat dan ramai pula 'pejuang hebat' di keliling kuasa atasan terus menerus terus bertindak , menghina dengan tujuan che'GuBard keluar parti. Belum pun apa - apa sudah mula terdengar cerita che'GuBard dibeli, dibayar regim nak hancur parti dan seumpamanya.

Dua hari lepas che'GuBard sekali lagi menggunakan saluran dalaman dan kali ini menghantar surat kepada semua anggota Biro Politik Parti untuk perhatian dan tindakan semua. Surat dihantar melalui email.

Jiwa J`s Fotografia!

Posted: 25 Feb 2011 03:16 AM PST

TERKINI dari Demo Anti Gaddafi:polis di selar

Posted: 24 Feb 2011 10:52 PM PST







Dalam perhimpunan aman solidariti rakyat libya hari ini para pemimpin dan menyelar pasuka polis agar tidak menjadi agen kepada regim UMNO untuk menghalang rakyat dari berhimpun kerana andai tindakan ini berterusan maka rakyat akan bangkit dan ambil keputusan seperti rakyat mesir,libya dan tunisia.

dalam pada itu PM Najib begitu angkuh menuduh gerakan Ikhwanul Muslimin terlibat dengan gerakan keganasan.Dan kini para demonstran ada yang melaungkan Malaysia boleh! Gaddafi tak boleh!

TERKINI dari Demo Anti Gaddafi:demonstran berpatah balik

Posted: 24 Feb 2011 10:32 PM PST


sebahagian dari para demonstran mengambil keputusan untuk berpatah balik ke bangunan tabung haji dan mengambil kenderaan untuk bergegas ke kedutaan libya di jalan u-thant.

di laporkan di kala ini para pemimpin sedang berada di dalam ke dutaan amerika dan dalam proses menyampaikan memorandum kepada kedutaan amerika .

TERKINI dari Demo Anti Gaddafi: Kini polis dah mula nak tangkap

Posted: 24 Feb 2011 10:13 PM PST


Polis yang sudah pun memberi taklimat kini sedang bergerak ke arah para demonstran yang sedang bergerak selepas sudah tamat solat jumaat.

di kala ini polis sedang bertindak ganas nak berteriak "TANGKAP " TANGKAP" lalu meluru ke arah beberapa para demonstran dan mengheret mereka!

Kini para demonstran di sekat dengan begitu hebat dari terus berarak ke kedutaan libya namun demikian barisan para pemimpin seramai 5 orang sahaja di benarkan untuk berjalan ke arah kedutaan Libya.

sehingga ke saat ini polis dan FRU yang tadi nya menyorok macam main polis sentri skang ni muncul dan para demonstran tersekat i tengah -tengah jalan tun razak.

TERKINI dari Demo Anti Gaddafi: Polis kini ambil posisi

Posted: 24 Feb 2011 09:27 PM PST

Melaporkan dari Jalan tun Razak di lihatdi luar bangunan Tabung Haji pasukan - pasukan polis anti rusuhan yang sama dengan kat mesir dan libya sedang bersiap sedia.

Di kala ini para demonstran sedang khusyuk mendengar khutbah jumaat manakala mereka ini sedang lepak kat luar dan nak tunggu para demonstran berarak ke kedutaan amerika.


Pada ketika umat islam sedang mengikuti khutbah jumaat di dalam masjid mereka - mereka ini bula sedang khusyuk mendengar khutbah dari ketua mereka yang khartik.


Dalam pada itu polis sedang dalam membentuk 2 kumpulan mungkin ini adalah strategi bagaimana nak menangkap lebih ramai lagi anak muda.tetapi sehingga kini tidak kelihatan meriam air .


Dan kelihatan polis sedang mengambil posisi di luar bangunan Permodalan Nasional Berhad dekat jalan Tun Razak.







Kelihatan entah berapa trak yang akan di bawa lagi tapi kalau kita tengook ini pun dah cukup ramai,geng - geng kaki tembak cluster tak nampak lagi tapi demonstran yang lain sedang mengambil posisi yang terbaik.

tetapi apa yang pasti kali ini polis sedang membentuk 2 kumpulan dalam gerakan untuk menyekat para demonstran untuk sampai ke depan kedutaan libya di sana.

Siput - siput babi atau dalam singkatan mudah panggil di panggil sebagai SB macam biasa menyelinap secara bodoh dan tak pandai menyamar,sebab itu kehadiran siput -siput babi ini begitu mudah di kesan.Kalau tak kenal jugak besarkan gambar ini dan cam kan muka diorang di sekitar bangunan PNB.

Dan di kala ini khatib sedang membacakan khutbah yang berkisar tentang mahu cepat kaya dengan cara yang salah dengan erti kata sama la macam mat monggol dan mama penguin yang suka merembat duit rakyat maka takut akibatnya sama seperti mesir,tunisia dan seluruh jazirah arab.

Dan di laporkan juga trak meriam air yang sama macam demo anti - mubarak di katakan tidak lagi kelihatan mungkin trak ini ada bersembunyi di mana -mana,begitu juga dengan polis FRU yang memegang belantan dan senapang penembak gas pemedih mata juga tak kelihatan.

DUN Merlimau: Umno Berdepan Tentangan Wanita Yang Tak Puas Hati

Posted: 24 Feb 2011 08:28 PM PST




Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau esok, Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.

Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang (gambar) yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita Umno tidak didengari oleh pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon.

Beliau juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila kesungguhan Wanita Umno Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno.

Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita Umno dan BN dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Kepada pengundi Merlimau, inilah watak sebenar Umno yang bercakaran dan berebut sesama sendiri untuk menjadi calon yang lebih kepada kepentingan peribadi dan mempunyai agenda tertentu.

Inikah tradisi membela rakyat yang mereka slogankan selama ini?

Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan?

Berbeza dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sama ada sayap Pemuda dan Muslimat dan komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sentiasa meletakkan agenda membela nasib rakyat dan keadilan serta membawa perubahan politik dan ekonomi sebagai teras perjuangan.

Pendedahan Ketua Wanita Umno Jasin ini sekali gus mendedahkan tembelang sebenar Umno/BN yang kononnya sentiasa berganding bahu dan berpegang teguh kepada pucuk pimpinan.

Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mudah leka dan terbuai-buai dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno di Merlimau sebaliknya terus meningkatkan momentum dan gerak kerja untuk menwan hati pengundi serta membawa mesej yang lebih besar bukan sahaja untuk PRK Merlimau tetapi dalam gagasan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee sertai KITA

Posted: 24 Feb 2011 08:14 PM PST


PETALING JAYA, — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng menyertai parti terbaru Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Tan, wakil rakyat penggal pertama, meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun lalu untuk menjadi anggota Bebas.

Tan berkata beliau menyertai Kita kerana tertarik dengan falsafah perjuangannya.

"Saya menyertai Kita untuk menjadi sebahagian daripada sebuah parti yang berminat ke atas perubahan tulen, untuk mengatasi kebimbangan rakyat yang semakin meningkat, untuk menangani isu agar pembaharuan yang bermakna boleh dijalankan demi kebaikan negara," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tan (gambar) juga menafikan dakwaan bahawa beliau bukan merupakan seorang pemimpin yang efektif ekoran tindakannya sering keluar dan melompat parti.

Beliau merupakan ahli Gerakan sebelum menyertai PKR dan kemudian keluar untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

"Pertama, biar saya kata, saya tidak melompat keluar. Saya dipecat pada 2 Januari 2000, bersama bapa saya yang juga seorang pengasas Gerakan," kata beliau yang menyertai PKR pada 2007.

Kita mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan minggu lalu.

Ketika ditanya sama ada Kita mendampingi ahli-ahli Parlimen lain, Zaid berkata, pihaknya tidak percaya pada soal "jual beli."

Katanya parti itu terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan falsafah dan manifestonya.

Kata Zaid, keanggotaan bukan automatik dan parti akan menolak mereka yang dilihat akan menjejaskan kepentingan parti.

"Kami tidak mahu mereka yang boleh menyebabkan masalah," kata bekas menteri Kabinet persekutuan ini.

Suruhanjaya siasatan lantik bekas polis British sebagai pegawai penyiasat

Posted: 24 Feb 2011 07:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat dan mengenal pasti punca kematian Teoh Beng Hock, hari ini mengumumkan pelantikan bekas polis British Michael Leslie Squires sebagai pegawai penyiasat.

Setiausaha suruhanjaya itu Datuk Saripuddin Kasim berkata Squires diberi segala kuasa berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan kepada pegawai polis dalam mana-mana kes boleh tangkap di bawah Bab XIII Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

Katanya bekas polis British itu juga diberi kuasa untuk mengeledah mana-mana premis dan mengambil milik apa-apa artikel atau dokumen berkaitan dengan siasatan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.

Saripuddin yang membuat pengumuman itu sebelum prosiding dimulakan, berkata Squires, 59, merupakan warganegara British dan menyertai British Police Service pada 1971.

Katanya, Squires telah berkhidmat sebagai detektif konstabel di bahagian siasatan jenayah Liverpool dan terlibat dengan penyiasatan kes dadah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada 1978.

SAH! MEMANG NAK TIPU SAMPAI MATI!

Tiada ulasan: