PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- Laporan Revolusi Mesir Hari ke 17: Kesatuan Pekerja Tambah Tekanan
- KALAU PILIHANRAYA DAPAT MELAKUKAN REFORMASI,DAH LAMA PILIHANRAYA DI HARAMKAN!
- Woitt!!! Pak Menteri ,Jangan Jadi Bangang!
| Laporan Revolusi Mesir Hari ke 17: Kesatuan Pekerja Tambah Tekanan Posted: 09 Feb 2011 09:45 PM PST ![]() Hari ini seluruh ahli Kesatuan Buruh Mesir telah memberi tekanan dan menambah momentum yang lebih hebat dalam menyokong Demonstarsi pro-demokrasi Rakyat Mesir di kota kaherah dan bandr - bandar lain di mesir. Dilaporkanan sekitar 20,000 pekerja perindustrian telah pun mongok terbesar,peristiwa ini di lihat seolah -olah sma seperti yang berlaku dalam peristiwa HARTAL di malaya pada tahun 1948. Di laporkan juga yang mana kesluruhan kesatuan yang turun berdemo bukan kerana tuntutan politik tetapi mereka mahu menuntut kenaukan gaji lebih sebanyak 15% seperti yang di janjikan oleh Kerajaan Mesir kepada Rakyat. Oleh kerana itu apabila Hosni Mubarak gagal memenuhi segala janji maka seluruh kesatun pekerja yang turun menyokong gerakan revolusi mendesak agar Mubarak berundur dan meletak jawatan. Demonstarsi golongan pekerja yang berarak beramai - ramai di kota kaherah menuju ke dataran Tahriri itu juga mendesak Hosni Mubarak supaya menyerah kuasa memilih kepada rakyat semula iaitu mengada kan pilihanraya. Para Demonstran di sekitar bandar kaherah dan iskandariah bertekad da bersumpah takkan akan menamat Demonstarsi yang masuk hari ke - 17 hingga lah Mubarak jatuh. Para Demonstran yang kini arat - rata nya dari kesatuan perkerja yang berselimut berhimpun di luar bangunan Parlimen di Kaherah serta membawa sepanduk yang bertulis"Kami Terus Mogok" dan "Kami takkan Menghentikan Mogok ini Sampai Rejim ini Jatuh". Kerajaan nampaknya kini semakin tertekan di bawah tekanan dari kekuatan utama dan pendukung pro-demokrasi dilaporkan bahawa demonstarn yang berhimpun di bandar di Dataran Tahrir Bandar kaherah marah dengan kunjungan dari Tamer Hosni, seorang bintang pop terkenal Arab, pada Rabu pagi semalam. |
| KALAU PILIHANRAYA DAPAT MELAKUKAN REFORMASI,DAH LAMA PILIHANRAYA DI HARAMKAN! Posted: 09 Feb 2011 09:06 PM PST ![]() ABANG MAT SABU PUN TAK PERCAYA PILIHANRAYA . Setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya besar yg berlaku di malaysia, rakyathanya ingin mengetahui siapa yg menang siapa yg kalah. parti-parti politik yg bertanding menunggu dgn penuh debaran akan keputusan pilihan raya yg dibuat oleh rakyat dlm pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Rakyat dan parti-parti politik jarang memerhatikan perjalanan pilihanraya, sama ada ia berjalan dgn adil dan saksama. Sejauh mana pihak pemerintah menggunakan media dan pengawalan berita semasa pilihanraya kurang diperhatikan oleh rakyat. sebelum berkempen sehingga hari pilihanraya, parti pemerintah BN menyalahgunakan media sepenuhnya seperti RTM,TV3, dan akhbar2 utama seperti Utusan,Berita Harian dan STAR, parti pembangkang tidak berpeluang menjawab atau memberi penjelasan terhadap sesuatu tuduhan yang dilemparkan oleh media yg disalahgunakan oleh BN Perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, keadilan, terutama dlm pilihanraya amat perlu dititikberatkan oleh rakyat dan parti-parti politik. rakyat yg berfikiran waras akan menerima keputusan pilihanraya jika ianya dikendalikan secara adil, bukan keputusan pilihanraya yg menentukan keadilan, sebaliknya perjalanan pilihanraya menentukan keadilan. Undi pos masih dipertikai oleh parti-parti politik dan NGO di Malaysia. lebih 80% undi pos selalunye memihak kepada pemerintah BN. kita amat ragu dengan keputusan undi pos keran ia tidak selaras dgn perkembangan corak pengundian rakyat malaysia. Sebab itulah himpunan rakyat BERSIH memintak supaya undi pos dihapuskan, diganti dgn cara yg lain. Polis menjadi jentera barisan Nasional untuk menghalang ceramah-ceramah parti0parti pembangkang terutama di Johor, khasnya di kawasan FELDA. Polis sewajibnya bertugas menjaga keselamatan rakyat sudah bertukar untuk menjaga 'keselamatan' BN. Penyalahgunaan jentera kerajaan, rasuah, peruntukan segera kepada kawasan pilihanraya kecil yg ada pertandingan menjadi lumrah bagi pemerintah BN. menteri-menteri bergilir ganti dtg ke kawasan pilihanraya untuk memberi habuan kpd rakyat dan bukan lagi menceritakan dasar kerajaan BN. Dengan undi pos, rasuah, pemberian habuan segera dari kerajaan BN, sekatan polis untuk parti-pari yg tidak memerintah untuk memberi penerangan, media yg dikongkong oleh kerajaan BN, apakah yg diharapkan tentang perjalanan demokrasi yg bersih di Malaysia? kira-kira 2 bulan yg lau, parti pemerintah Mesir pimpinan Hosni Mubarak menang lebih 97% kerusi parlimen. apakah kemenangan yg diukur atau perjalanan pilihanraya? sekarang jutaan rakyat Mesir keluar ke jalan raya dan memberitahu dunia bahawa pilihan raya di Mesir penuh dgn penipuan kerajaan Mesir penuh dgn amalan rasuah,nepotisme,zalim dan diktator. mereka tidak percaya lagi dgn sistem pilihanraya yg tidak adil. Apakah perkara yg berlaku di Tunisia dan Mesir satu hari nanti akan berlaku di Malaysia? keadaan ini dapat di elakkan sekiranya kerajaan BN sedia membuat perubahan sebelum rakyat meruap dan meluat. keadilan dan demokrasi mesti ditegakkan demi untuk keamanan. |
| Woitt!!! Pak Menteri ,Jangan Jadi Bangang! Posted: 09 Feb 2011 09:02 PM PST Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat yang sedang menghadapi saman oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempersoalkan tindakan menteri itu yang tidak melakukan tindakkan yang sama terhadap NGO Migrant Care, lapor Harakahdaily. Menurutnya, walaupun WikiLeaks merupakan sumber permulaan yang mendedahkan isu yang dikatakan kejadian rogol terhadap seorang amah warga Indonesia, keengganan Rais menyaman pihak terbabit telah menimbulkan tanda tanya.Selain WikiLeaks, tindakkan Rais yang tidak menyaman Migrant Care yang mempertahankan kenyataan mereka di media sebelum ini bahawa pernah menemubual amah tersebut di kampung halamannya turut menimbulkan persoalan. "Kenapa saya yang disaman bukan WikiLeaks atau Migrant Care, padahal WikiLeaks yang mula-mula mendedahkan isu ini dan Migrant Care pula telah mempertahankan kenyataan mereka bahawa pernah menemuramah amah itu. "Adakah ada sesuatu yang dibimbangkan oleh Rais seperti kemungkinan lebih banyak lagi pendedahahan dibuat oleh Migrant Care di mahkamah?," katanya. "Begitu juga dengan blog Rocky Bru (kiri) yang mula-mula sekali menaikkan story ini dalam blognya. Adakah kerana blogger ini pro-Umno?," kata Amizudin.Beliau juga berkata beliau hanya mengetahui tindakan saman terhadap beliau melalui media dan sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat perintah dari mahkamah atau peguam yang mewakili Rais. "Saya cuma tahu perkara ini melalui berita. Sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam pihak satu lagi itu. "Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin ketika dihubungi. Beliau yang enggan mengulas panjang berhubung isu ini ketika dihubungi bagaimanapun telah sempat mengucapkan terima kasih kepada Rais yang telah menyebabkan jumlah pengunjung blog beliau mengalami peningkatan yang ketara. "Maaflah, setakat ini, itu sahaja yang dapat saya katakan, tak boleh nak ulas panjang tentang isu ini, cuma terima kasih kepada Rais kerana tindakan (saman) dia, pengunjung blog sharp shooter meningkat dengan ketara," katanya dengan nada berseluroh. Sementara itu, menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau diheret ke mahkamah."Setakat ini beberapa peguam telah menawarkan diri secara percuma untuk mewakili Amizudin termasuklah Ketua AMK, Shamsul Iskandar," kata sumber itu. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari. Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia. Hakim Zabariah Mohd Yusof juga membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap menteri berkenaan menerusi blognya. Terdahulu, nama Amizudin Ahmat dan blog yang dikendalikannya itu menjadi terkenal apabila mendedahkan apa yang dianggap sebagai penyelewengan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berhubung isu kuari sehingga |
| You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Menurutnya, walaupun WikiLeaks merupakan sumber permulaan yang mendedahkan isu yang dikatakan kejadian rogol terhadap seorang amah warga Indonesia, keengganan Rais menyaman pihak terbabit telah menimbulkan tanda tanya.
"Begitu juga dengan blog Rocky Bru (kiri) yang mula-mula sekali menaikkan story ini dalam blognya. Adakah kerana blogger ini pro-Umno?," kata Amizudin.
Sementara itu, menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau diheret ke mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan