Selasa, 8 Februari 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Laporan Terbaru Perkembangan Revolusi Mesir hari ke - 15

Posted: 08 Feb 2011 01:37 AM PST

Blogger di tangkap Polis Mesir.

Para demonstran terus mengenakan tekanan dan dalam laporan terbaru seorang blogger yang mana beliau melaporkan segala gerakan demonstrasi telah di tahan oleh polis mesir.Wael Ghonim,demonstran pro demokrasi telah di tahan ketika sedang berehat di dalam khemahnya di dataran al - tahrir.

Gerakan demonstrasi yang mencari jalan untuk menamatkan pemerintahan Hosni Mubarak memasuki hari ke-15 mereka, para demonstran membuat khemah perlindungan di Dataran Tahrir Kaherah dan menolak untuk bersurai hingga tuntutan mereka dipenuhi.

Dalam usaha untuk menamatkan konflik, kerajaan mesir menawarkan Isnin kenaikan gaji untuk pekerja sektor awam, namun kubu pro-demokrasi merasa kerajaan cubabermain helah untuk menamatkan krisis saat ini."Kenaikan gaji tidak bererti apa-apa," kata Sheriff Zain,

seorang demonstran yang mana inspektor polis di Tahrir Square Al Jazeera pada hari Selasa.

"Mungkin akan keluaran jangka pendek bagi para pekerja ... tapi kebanyakan orang akan menyedari itu hanya tablet asprin, tapi itu tidak bererti kami akan menurut.

Zain berkata demonstran telah menyeru demonstrasi massa dan dia percaya begitu ramai rakyat Mesir tidak akan membiarkan mereka.mesej Mubarak setakat ini jelas menyatakan bahawa dia tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan pejabatnya sampai perkhidmatanyatamat pada bulan September.

"Dengan ini maka ia menunjukkan bahawa mereka sentiasa cuba mencabar rakyat untuk menambah bilangan para demonstran dan menaik kan kemarahan rakyat," kata Ghonim di dalam blognya sebelum dia di tahan oleh pihak berkuasa mesir.

Sharpshooter tak gentar dengan ayah Dino Entot - Entot

Posted: 07 Feb 2011 11:52 PM PST

PETALING JAYA: Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat tidak gentar untuk berhadapan tindakan saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau melahirkan kehairanan apabila blog beliau yang dijadikan sasaran saman menteri terbabit dan bukannya pihak lain yang juga turut mengulas isu yang sama di dalam mana-mana penerbitan.

"Cuma pelik sikitlah, sebab dalam banyak-banyak media yang menulis isu yang sama, tetapi saya pula yang 'terpilih', tak apalah, saya bersedia, tiada apa yang hendak digentarkan.

"Migrant Care, yang mempertahankan kenyataan mereka yang mendakwa menemubual pihak terbabit ataupun WikiLeaks sendiri yang mencetuskan isu ini contohnya tidak pula disaman." katanya.

Beliau juga memberitahu beliau hanya mengetahui tindakan saman terhadap beliau hanya diketahui melalui media dan sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam yang mewakili Rais.

"Saya cuma tahu perkara ini melalui berita. Sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam pihak satu lagi itu.

Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai

"Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau yang enggan mengulas panjang berhubung isu ini ketika dihubungi bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada Rais yang menyebabkan jumlah pengunjung blog beliau mengalami peningkatan yang ketara.

"Maaflah, setakat ini itu sahaja yang dapat saya katakan, tak boleh nak ulas panjang tentang isu ini, cuma terima kasih kepada Rais kerana tindakan (saman) dia, pengunjung blog sharp shooter meningkat dengan ketara," katanya dengan nada berseloroh.

Sementara itu menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau dipanggil ke mahkamah.

"Setakat ini beberapa peguam telah menawarkan diri secara percuma untuk mewakili Amizudin termasuklah Shamsul," kata sumber itu.

Menurut sumber itu yang menyamakan kes tersebut dengan kisah Raja Namrud dan nyamuk yang pernah berlaku pada zaman Nabi Ibrahim juga mempertikaikan keengganan Rais menyaman pihak lain yang turut memainkan peranan untuk mendedahkan isu ini.

Jumaat Turun Demo kat Masjid As-Syakirin KLCC

Posted: 07 Feb 2011 11:15 PM PST


Jangan lupa jumaat ini,ramai - ramai kita tunjukkan solidariti

jangan lupa:

jumaaat: 11.02.2011
tempat: sekitar masjid klcc
bila: jam 2.00 petang

semua beramai-ramai dijemput untuk buat biadap !

Gerakan tuduh demonstrasi Solidariti untuk Rakyat Mesir hina tahun baru cina

Posted: 07 Feb 2011 11:10 PM PST





dari Pena (SAMM)

Mungkin agak terlewat untuk menyatakan pendirian dalam isu ini. Namun bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan salah satu NGO pendiri yang mendukong Himpunan Aman Solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Mesir yang bangkit menentang regim mengecam kenyataan dangkal perkauman sempit yang dilontar oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.

Jika ini pendirian Gerakan maka ia amat memalukan tetapi jika ini pendiran peribadi Keng Liang dia berjaya memalukan Gerakan.

Himpunan aman solidariti terhadap rakyat Mesir berlaku seluruh dunia hampir semuanya aman kecuali dalam negara-negara regim yang bimbang dengan kebangkitan rakyat khususnya negara yang regimnya merupakan sekutu Zinonis, Amerika mahupun Mubaraq secara lansung mahupun tak lansung.

Gerakan yang diwujudkan sejak 1968 oleh antaranya Professor Syed Hussain Alatas ialah sebuah organisasi politik yang menjaja idea progresif dan melihat solidariti dunia dalam perbagai isu sebagai penting. Gerakan wujud sebagai kenderaan politik yang memberi ruang kepada aktivis kesatuan sekerja dan gerakan progresif lain mendapat ruang dalam pentas politik. Gerakan juga merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan ke arah penyatuan bangsa ke arah Bangsa Malaysia. Namun tindakan Keng Liang dilihat memalukan Gerakan dan seolah tidak memahami semangat serta roh organisasi Gerakan itu sendiri.

Jika berdasarkan roh tersebut maka Pemuda Gerakan lah yang seharusnya berada di depan menyusun Himpunan solidariti terhadap rakyat Mesir dalam apa jua bentuk.

Dari sisi lain pula apa yang peserta himpunan hina atau susahkan orang yang menyambut Tahun Baru Cina. Kalau berlaku kekecohan pun hanya terjadi apabila himpunan bersurai dan berjalan ke kereta atau kedai makan. Depan mata saya polis meludah dan memukul serta mencarut terhadap seorang warga emas. Saya sendiri telah menegur polis yang meludah warga tua tersebut sebaliknya teguran saya dibalas dengan semburan serbuk lada/pemedih mata tepat ke mata saya.

Sepatutnya Keng Liang lihat kenaikan harga minyak menjelang Tahun baru Cina lebih menghina dan menyusahkan bukan sahaja orang Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia. Kenaikan harga, rompakan wang rakyat dan rasuah berterusan oleh regim lebih menyusahkan dan menjejas kemeriahan bukan sahaja tahun Baru Cina tetapi Raya Deepavali, Raya Puasa dan raya - raya yang lain. Pengumuman membeli bot yang bernilai RM6b lebih memeritkan rakyat kerana ketika rakyat susah regim terus memeras dan membazir.

Tahu atau tidak Keng Liang, dalam mood Tahun Baru Cina yang rata-rata terpaksa berbelanja berhati - hati tetapi regim tidak serik atau pun segan silu sekali lagi memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan membina bot RM6b walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.


Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta .


Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.

Keng Liang yang sudah tu sudah lah..... kenyataan saudara sudah lama dijangka... jangan jadi 'Trojan Horse'

Mesir dalam kegemilangan Kebangkitan Revolusi

Posted: 07 Feb 2011 10:57 PM PST

Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan iskandar zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun,bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan.

tetapi hari mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan di haramkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan.

Kebangkitan yang di lihatan sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan.Revolusi rakyat china,Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan Revolusi jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan.

Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan men;nyahkan barua - barua israel dari muka bumi mesir.demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator.

Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turut.

Revolusi Mesir : Siapa sebenarnya Omar Suleiman

Posted: 07 Feb 2011 09:44 PM PST

Suleiman bersama perdana menteri Israel Shimon Perez di Tel Aviv pada November 2010

Bekas Seorang ketua perisik Mesir,omar suleiman yang juga ketua operasi yang menjalankan seksaan terhadap ulama - ulama dan pemimpin islam di dalam tahanan mesir kini di lantik sebagai presiden Mesir.Konon ada yang mengatakan perlantikannya hanya sekadar memenuhi tuntutan para demonstran.

Suleiman adalah antara individu yang amat di senangi oleh Amerika atas sikapnya yang ati-islam dan pernah mengulangi amaran keras akan bertindak terhadap iran sekiranya republik islam itu cuba menyerang Israel.

Mubarak juga sedar Omar adalah antara individu yang memberi arahan kepada penyokong - penyokongnya di langley dan melobi gerakan anti-iran di washington.Suleiman juga menjadi proksi dan orang suruhan israel di mesir.

Yang mana dia mengarahkan usaha Mesir untuk menghancurkan Hamas dengan menghancurkan terowong yang berfungsi sebagai saluran penyeludupan baik senjata mahupun bahan makanan ke Gaza.

Dalam maklumat "wikileaks" bertarikh 14 mei 2007

"ketua persikan mesir mendapat lantikan dari presiden mesir untuk di lantik sebagai naib presiden memandang kerusi itu telah di kosongkan.dalam masa dua tahun Suleiman berjaya mendapat publisiti namun ramai yang mendapat tahu yang suleiman punya latar belakang ketenteraan dan juga perisikan"

Semenjak suleiman menjadi Ketua Perisikan Mesir pada tahun 1993 ia sering menjadi tulang belakang terhadap usaha - usaha yang di jalankan oleh CIA dan dia juga menjadi gerakan terbaik bagi perisikan Israel Mossad dalam mengekang dan membunuh gerakan dan pejuang - pejuang Islam.

Pada pertengahan 1990-an, Suleiman bekerja sama dengan kerajaan Clinton dalam merancang dan melaksanakan program "rendition" nya, waktu itu, "rendition" di syaki terlibat dalam penculikan pengganas dan memindahkan mereka ke negara ketiga untuk diadili. In The Dark Side, Jane Mayer menjelaskan bagaimana program rendition bermula.

Tiada ulasan: