PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
- Kelemahan Najib semakin membebankan rakyat
- Merlimau & Kerdau
- Anwar Ibrahim bersiaran langsung dari CNN International
Kelemahan Najib semakin membebankan rakyat Posted: 13 Feb 2011 08:45 AM PST |
Posted: 13 Feb 2011 08:00 AM PST ENTAH mengapa nasib di zaman Najib. Itulah ketentuan Allah, mana yang boleh disekat mungkin dapat disekat dan yang tiada upaya untuk disekat terpaksa hadapi jua. Terdapat beberapa kes yang masih tergantung samada perlu ada Pilihanraya Kecil atau tidak, sehingga dibawa ke mahkamah. Cuma soal ajal sudah sampai, tiada lagi upaya untuk mengelak. Terbaru, ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi. Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ini memberi erti satu lagi PRK terpaksa diadakan. Membawa erti juga `bulan akan jatuh ke riba' buat penduduk di kawasan Dun Kerdau. Mulai sekarang mereka boleh berkira-kira untuk meminta apa jua dan permintaan akan dikabulkan serta merta. Bahkan, benda yang mereka tidak minta pun puak-puak ini akan bawakan ke Kerdau. Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. Sekali lagi kerusi ini bakal ditandingi oleh PAS seandainya `status quo' diambil kira. Melihat situasi di sini, memang PAS sesuai untuk bertanding cuma diharapkan kali ini biarlah calon yang lebih berwibawa dan rapat dengan pengundi-pengundi di Kerdau ini. Jangan bertanya samada PAS boleh menang atau tidak. Apa yang perlu ditanya terlebih dahulu adalah adakah SPR sudah membuang `tali' pada hidungnya? Adakah Umno berani bertarung secara jantan? Berapa banyak pula peruntukan akan dicurahkan di Kerdau? Adakah rakyat Pahang terutamanya di kawasan Kerdau tidak berani melakukan perubahan? Sama-sama kita tunggu. Biarlah kita selesaikan dulu di PRK Dun Merlimau. Samada orang Merlimau lebih cerdik dari orang Kerdau atau sebaliknya. Atau, kedua-duanya sanggup jadi `hamba' dulu, kini dan selamanya |
Anwar Ibrahim bersiaran langsung dari CNN International Posted: 12 Feb 2011 11:34 PM PST Kira-kira jam 0930 pagi waktu New York (0930 malam tadi [Rabu] waktu Malaysia), Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersiaran langsung dari CNN International, New York, Amerika Syarikat. Program yang ditemuramah oleh wartawan CNN Hong Kong, Kristie Lu Stout menerusi sidang video secara langsung ini membicarakan tentang bagaimana kesan demokrasi di Mesir mampu mengubah dunia Islam secara keseluruhannya.
|
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan