Pahang Daily Online |
- Bob Lokman Mulakan Penampilan Dalam Kempen PAS Untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau Hari Ini
- Pengarah SPR Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff Meninggal Dunia Akibat Serangan Sakit Jantung
- Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Buat Tindakan Segera Mendakwa Kes Setiausaha MUIP Dari "Ambil Alih Pengurusan Masjid" Di Kerdau !!
- UMNO Sekarang Sudah Berubah Jadi Punca Anak Pengasas Parti Tersebut Zaril Khir Johari Memilih Berjuang Bersama Parti Demokratik Rakyat (DAP)
- Terbongkar: Pengundi Di Felcra Rumpun Makmur Mengaku Mereka Di Janjikan Habuan RM500 Jika Mengundi BN Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau
- Perdana Menteri Umumkan Peruntukkan Hampir RM10 Juta Untuk Projek Pembangunan Rakyat Di Dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau!
- Poster "Hina Pemimpin" Di Hari Penamaan Calon, Ramai Pemerhati Kecewa Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Memantau Insiden Seperti Ini
Bob Lokman Mulakan Penampilan Dalam Kempen PAS Untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau Hari Ini Posted: 28 Feb 2011 07:07 AM PST Nampaknya pilihanraya kecil DUN Kerdau semakin dihangatkan lagi dengan kehadiran bekas pengacara rancangan "Teksi Tunai", Penulis Lirik, Pelakon dan Pengkritik Tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) mulai hari ini. Beliau membuat penampilan pertamanya di majlis jamuan petang dan melawat pasar malam di Desa Murni dalam daerah mengundi Kerdau, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berucap kira-kira 30 minit sebelum bersalaman dengan orang ramai. Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Bila ada kopiah ini lain. Dulu saya buat apa sahaja sebab saya raja lawak. "Sekarang bila sudah ada kopiah, lain," katanya sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang kebanyakannya sudah berumur dan berkopiah. Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau Hassanuddin Salim turut dilihat hadir dalam program itu ketika Bob, 47, sedang berucap dan disambut dengan gurauannya. "Sama ke?" katanya sambil menunjukkan gambar calon. Dalam ucapannya yang penuh humor, Bob yang terkenal dengan lirik lagu "Isabella" nyanyian Search itu menceritakan, beliau menyertai PAS secara tiba-tiba sejurus selepas keluar daripada pintu Raja Lawak. "Tak ada sesiapa pengaruh, saya masuk saja," kata anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan yang juga cicit kepada ulama terkenal nusantara Tok Kenali. |
Pengarah SPR Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff Meninggal Dunia Akibat Serangan Sakit Jantung Posted: 28 Feb 2011 01:50 AM PST TEMERLOH, 28 Feb [5.30 pm] - Al-Fatihah, Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff (foto) meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah di sini petang tadi kerana serangan jantung. Pegawai pengurus pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, Ismail, 57, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang, dimasukkan ke hospital itu pagi tadi. Beliau berada di sini bagi melihat persiapan pilihan raya kecil Kerdau yang akan diadakan Ahad ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim. DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN akibat penyakit jantung pada 12 Feb lepas. Difahamkan jenazah Allahyarham Datuk Ismail akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Panching Timur Kuantan hari ini juga. [Kami ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian arwah. Sesungguhnya ini satu berita yang sungguh mengejutkan dikala rakyat seluruh negeri Pahang tertumpu kepada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau yang sedang berlangsung sekarang ini. Apapun, usahlah dibuat spekulasi yang boleh mengundang kemarahan atas kematian Allahyarham ini hendaknya. Semoga roh arwah akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keberkatan dariNya. Amin]. |
Posted: 27 Feb 2011 08:03 PM PST Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengambil alih pentadbiran masjid-masjid di kawasan pilihan raya kecil DUN Kerdau amatlah tidak wajar sebenarnya. Institusi itu yang sepatutnya ditadbir oleh imam dan ahli jawatankuasanya, tiba-tiba diambil alih oleh jabatan terbabit. Soalnya sekarang, kita menyangka apabila JAIP mengambil alih pentadbiran masjid maka banyak aktiviti dakwah dan kerja agama mahu dijalankan oleh mereka. Namun, JAIP dilihat "double standard" sebenarnya. Mereka mengambil alih masjid untuk tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak menggunakan platform itu untuk menyampaikan ceramah. Namun, aneh apa yang berlaku adalah disebaliknya pula. JAIP hanya membenarkan calon BN iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk berjumpa rakyat dan berceramah di situ. Dalam masa yang sama mereka menghalang calon PAS, Hasanuddin Salim berbuat demikian. Ramai yang tertanya-tanya dari mana agaknya undang-undang yang diperkenalkan oleh JAIP ini?. Apakah ini namanya keadilan dalam Islam yang mahu dipertahankan oleh mereka. Kenapa sebelah pihak dibenarkan dan sebelah pihak lagi ia dihalang?. Bukankah ini jelas membuktikan JAIP kini bersekongkol dengan BN untuk agenda politik semata-mata. Mereka meminggirkan agenda agama malah tazkirah, ceramah agama dan sewaktu dengan akan dihalang jika ia menyentuh hati nurani umat Islam lain. Misalnya mengatakan judi, minum arak atau emas itu haram dipakai oleh lelaki, maka penceramah akan dikataka menghina agama kerana ramai golongan tertentu dalam parti tertentu berjudi, minum arak dan memakai emas sebenarnya. Maka pasti penceramah terbabit akan diharamkan hanya kerana menyatakan kebenaran. Apakah ini caranya JAIP bertanggungjawab kepada agama Islam agaknya. Justeru itu, semua pihak membantah tindakan JAIP yang jelas berat sebelah ini ! [Nampaknya sejak akhir-akhir ini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudah lari hala tujunya. Tambahan pula dengan perlantikan Pengarah baru, Dato' Mohamad Ubaidillah (foto) yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama dan banyak skandal dan terlibat dengan penyelewengan amanah sebelum ini. Justeru itu, eloklah JAIP laksanakan tugas mendakwa Setiausaha Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dan pasangannya (foto) yang ditangkap khalwat itu segera jika benar mereka patuh kepada tuntutan agama. Daripada sibuk-sibuk mengawal masjid-masjid di DUN Kerdau, lebih baik kerja hakiki dan tanggungjawab yangs udah lama dituntut oleh umat Islam itu diselesaikan. Sikap JAIP yang terus membisu dan menyimpan fail pendakwaan yang sudah lengkap terhadap tertuduh terbabit menunjukkan mereka cuba untuk menipu rakyat dan melakukan penyelewengan atas kes ini sebenarnya. Sudah beberapa kali kami dedahkan namun difahamkan masih tiada tindakan yang dilakukan. Cuma, daripada sumber yang boleh dipercayai akhirnya pihak istana sendiri mengarahkan tertuduh dikenakan tatatertib. Jika mahu diharapkan JAIP, hingga sekarang diam membisu !!. Tiba-tiba pula mahu menjadi jaguh pula di pilihanraya kecil DUN Kerdau]. |
Posted: 27 Feb 2011 07:22 PM PST UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya, membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng. Zairil Khir (foto) berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad. "Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya. Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan. "Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya. Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO. "Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ia parti yang berbilang kaum sebenarnya," katanya lagi. [Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO menyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi. "DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO," katanya. Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang' kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar. "Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya," katanya]. sinarharian |
Posted: 27 Feb 2011 12:01 PM PST Nampaknya, tidak cukup dengan janji-janji projek pembangunan datang mencurah-curah ke kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Terbaru, terdapat maklumat yang diterima daripada seorang pengundi di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau mengatakan mereka telah ditawarkan RM500 untuk setiap undi yang diberikan kepada BN pada hari pengundian pilihan raya tersebut 6 Mac ini. "Saya didatangi oleh beberap orang pemimpin UMNO setempat yang menawarkan bayaran RM500 jika mengundi BN. Dalam rumah saya ada empat orang yang boleh mengundi termasuk ibu bapa saya. Maknyanya kami berpeluang mendapat RM2,000 jika mengundi Barisan Nasional", kata seorang penduduk yang ditemui. Pendedahan ini sesuatu yang tidak mengejutkan sebenarnya. Malah, ia adalah senario yang biasa berlaku tatkala menjelangnya sesuatu pilihanraya. BN hanya boleh menang dengan taktik "rasuah pilihanraya", jika tidak nama parti itu tidak termasuk dalam fikiran para pengundi sebenarnya. Tambahan pula mereka yang sudah sekian lama terbeban dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sekarang ini. Maka itulah, jalan terbaik ialah menawarkan ganjaran berbentuk wang ringgit agar pengundi tetap memberi undi kepada BN tanpa terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang. Inilah yang dimahukan oleh mereka sebenarnya. [Kisah ini mungkin akan dianggap sebagai satu rekaan semata-mata. Namun untuk mendapat buktinya silalah buat lawatan ke sana sekarang. Sudah pasti maklumat yang sungguh mengejutkan seperti ini akan di perolehi. Antara percaya atau tidak, itulah hakikatnya. BN terpaksa menggunakan wang untuk membeli undi rakyat kerana mereka tidak yakin dengan segala limpahan projek pembangunan yang dijanjikan akan dibawa ke situ dalam masa terdekat ini. Mereka tahu, rakyat sekarang sudah bijak untuk menilai. Makanya, langkah terbaik ialah menjanjikan wang di saat-saat akhir hari pengundian. Itulah yang akan memikat semua orang untuk tersu terpengaruh dan mengundi BN pada pilihanraya kecil ini. Apapun, rakyat diseru bijak untuk membuat pilihan dan jangan gadaikan maruah hanya kerana wang ringgit. Lebih elok mereka memohon tanah, rumah atau sebagainya bagi balasan mengundi BN. Jika tidak, segala yang dijanji hanya akan tinggal janji bila BN kalah di situ nanti. Alangkan ketika BN menang pun, projek rumah rakyat di Kg.Paya Taram dalam DUN Kerdau itu boleh terbengkalai selama lebih 15 tahun. Maka apatah lagi jika kalah]. |
Posted: 27 Feb 2011 11:24 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto) mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh. Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta. Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000). Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat. "Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti. [Sementara itu, Najib juga mengajak rakyat untuk melihat apa yang didakwanya sebagi keretakan yang dialami Pakatan Rakyat. Katanya, adalah tidak wajar untuk mempercayai Pakatan Rakyat kerana mereka ini bukan satu parti yang kukuh untuk mentadbir negara dengan baik. "Parti pembangkang ini, dia main sandiwara politik semata-mata. Dia tak ada satu ikatan ideologi yang konkrit sebenarnya. Tengok sahajalah mereka nak tubuh kabinet bayangan pun sampai sekarang pun tak boleh tubuh. "Dia tak berani nak beri jawatan antara dia. Siapa nak jadi Menteri Kewangan, siapa nak jadi Menteri Pelajaran, dalam pembangkang pun tak ada kesepakatan. Mereka ini hanya nak jatuhkan BN," katanya lagi]. |
Posted: 27 Feb 2011 09:38 AM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak adil kepada semua pihak dalam melaksanakan pilihanraya di negara ini. Sudah berbuih mulut dan berkali-kali ia dibangkitkan, namun ternyata SPR masih dilihat "double standard" dan bertindak secara tidak adil dan profesional. SPR seharusnya menjadi badan bebas yang dilihat benar-benar bertanggungjawab atas kebebasan itu. Bukan hanya kebebasan untuk sebelah pihak sahaja. Misalnya, SPR beriya-iya mengeluarkan arahan akan merampasa segala barangan berupa alat pembesar suara, poster, bendera parti tidak bertanding serta lain-lain yang difikir menyalahi Akta Pilihanraya 1954. SPR pernah cuba merampas baju yang tertera gambar "Altantunya" yang dipakai oleh Chegubard (Soladiriti Anak Muda Malaysia) dan beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat dulu. Alasannya ia satu tindakan menghina dan menyalahi undang-undang. Namun anehnya kali ini, SPR dilihat sengaja membiarkan penyokong Barisan Nasional membawa poster yang memaparkan imej lucah "ala liwat" antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Merlimau baru-baru ini [Aksi pada poster itu sungguh memalukan dan satu perbuatan terkutuk yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Namun, inilah demokrasi ala Malaysia sebenarnya. Apa saja yang dilakukan oleh penyokong kerajaan akan dihahalkan. Undang-undang hanya akan terpakai kepada parti pembangkang. Lantaran itulah sampai bila-bila pun SPR akan dilihat tidak adil. Malah ada yang melabelkan SPR itu adalah parti komponen Barisan Nasional sebenarnya. Justeru itu, jika SPR mahu rakyat terus percaya kepada mereka maka laksanakan keadilan dalam konteks yang sebenarnya. Jangan hanya menyebelahi satu-satu pihak semata-mata. SPR jangan jadi seperti pengadil "Wrestling" yang sering disaksikan di kaca TV. Orang yang sepatutnya kalah diberikan kemenangan dan yang menang akhirnya dikalahkan oleh kebiadapan pengadil itu sendiri. Maka, lakukan perubahan sebelum rakyat yang akan mengubah segalanya dalam PRU-13 ini nanti]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan