Jumaat, 25 Februari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pesuruhjaya PAS Pahang 'Tegur' Kenyataan MB Adnan Yaakob Yang Tidak Faham Buku Jingga !!

Posted: 24 Feb 2011 11:38 PM PST

TEMERLOH, 25 Feb [3.39 pm] - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob tidak mengetahui apa sebenarnya Buku Jingga yang mengandungi program 100 Hari Pakatan Rakyat. Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, ini berdasarkan kepada kenyataan Adnan yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan akhbar itu di muka surat P3 di bawah tajuk "BN tidak gentar siapa calon pembangkang" Laporan itu memetik kenyataan Adnan yang mengatakan "saya amat mengalu-alukan pengeluaran Buku Jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Pahang dibawah pimpinan saya. Malah kepada rakyat Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tomahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan kewangan dan sebagainya". "Saya fikir sebenarnya MB tidak tahu apa sebenarnya buku Jingga," kata Dato' Tuan Ibrahim pada satu sidang medianya di Markas Induk PAS PRK Kerdau pagi tadi. - Harakahdaily

[Katanya, berdasarkan kenyataan Adnan itu menggambarkan bahawa menteri besar itu tidak mengetahui apa sebenarnya kandungan Buku Jingga. "Apa yang beliau (Adnan) anggap Buku Jingga adalah serangan daripada PAS kepada kerajaan negeri Pahang sedangkan Buku Jingga tiada kena mengena dengan kerajaan Pahang, dia (Buku Jingga) bersifat tawaran 100 hari Pakatan Rakyat. "Saya fikir maklumat itu perlu menggambarkan Menteri Besar yang ada tidak tahu menahu Biku Jingga hingga mahu mengeluarkan pula 'Buku Jingga kedua' bagi menjawab 'Buku Jingga pertama'," ujarnya Dato' Tuan. Kenyataan tersebut menggambarkan MB Pahang itu sangka buku jingga yang dilancarkan di Kerdau baru-baru ini adalah pendedahan penyelewengan Kerajaan Negeri Pahang. Padahal ialah adalah Program 100 Hari Pakatan Rakyat jika berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti sebenarnya].

Pesuruhjaya PAS Pahang Menegaskan Pemilihan Semula Hasanuddin Salim Sebagai Calon Adalah Bertepatan Dengan Kehendak Pengundi Di Situ !!

Posted: 24 Feb 2011 07:11 PM PST

TEMERLOH, 25 Feb [11.11 am] - Pemilihan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim sebagai calon parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah bertepatan dengan kehendak pengundi. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, Hassanuddin adalah calon terbaik yang mempunyai ketrampilan bagi memenangkan Pakatan Rakyat. "Walaupun beliau pernah bertanding di sini dahulu dan tewas, namun kita yakin kali ini beliau boleh menang," katanya dalam sidang media selepas pengumuman calon di sini, malam tadi. Hassanuddin bakal berhadapan dengan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kawasan itu yang akan berlangsung 6 Mac depan. Pada pilihan raya umum 2008, Hassanuddin tewas dengan majoriti besar iaitu 1,615 undi dengan wakil BN, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi. Hassanuddin memperoleh 2,520 undi. Mengulas mengenai perkara tersebut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau berkata, beliau yakin Hassanuddin mampu meraih sokongan pengundi pada pilihan raya kali ini. "Dengan ketrampilan yang ada padanya, saya yakin sasaran untuk dapatkan kembali majoriti berkenaan akan tercapai," katanya.

[Biarpun calon Pakatan Rakyat di DUN Kerdau telah diumumkan. Namun, masih ada suara-suara sumbang diluar sana menganggap PAS tidak wajar bertanding di situ, memandangkan mereka sudah bertanding di DUN Merlimau. Ada pihak yang mahukan kerusi tersebut diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerana calon mereka lebih diterima rakyat dan popular. Di Kerdau misalnya, nama Suhaimi Said dikaitkan boleh menambat hati masyarakat orang asli dan peneroka felda di kawasan itu. Justeru itu belaiu lebih sesuai menggempar kekuatan UMNO BN daripada calon PAS itu sendiri sebenarnya. Namun, benarkah Suhaimi popular sedangkan dia telah beberapa kali melompat dari UMNO ke PAS kemudian ke PKR. Makanya pendirian beliau tidak cukup besar untuk bergelar calon Pilihan Raya Kecil sebenarnya. Sudah pasti fail-fail lengkap tentang dirinya sejak dulu akan di bongkarkan jika dia menjadi calon. Mujurlah PAS cepat bertindak dengan mempertahankan kerusi DUN tersebut berdasarkan status quo yang telah dipersetujui oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat].

Edisi Kerdau: MB Pahang Dakwa Akan Keluarkan Buku Jingganya Jika Pembangkang Lakukan Dan Menuduh Kerajaan Negeri Pimpinannya Bankrap

Posted: 24 Feb 2011 04:31 PM PST

KERDAU, 25 Feb [9.31 am] - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) berkata beliau akan mengeluarkan "Buku Jingga"nya sendiri jika pembangkang mengeluarkan buku jingga mengatakan Kerajaan Negeri Pahang "bankrap". Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Rendah dan Menengah oleh Yayasan Pahang di Padang Awam Felda Jengka 23 dekat sini semalam. Dalam ucapannya juga, beliau menegur tindakan pembangkang yang kononnya memutar belitkan fakta tentang latar belakang pendidikan calon Barisan Nasional yang juga Penasihat Agama Menteri Besar iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad. Adnan dengan bersahaja membuat ucapan yang cukup pedas, panas, kritis dan penuh bermakna untuk menegur pihak pembangkang yang sanggup buat apa sahaja bagi merampas kerusi DUN Kerdau. "Mereka tuduh kerajaan Pahang tiada duit dan bankrap, jika begitu kenapa kita boleh bagi sumbangan jutaan ringgit kepada para pelajar?. Malahan kita juga bersedia menanggung semua tiket perjalanan balik pelajar Malaysia ke Mesir dalam masa terdekat ini. Tidak cukup dengan itu, kita juga berikan duit poket sebanyak RM500 setiap seorang", katanya. "Yayasan Pahang juga telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk memberi saguhati bantuan pendidikan kepada mana-mana anak Pahang yang berjaya mendapat tawaran ke pusat pengajian tinggi. Kita tidak bezakan fahaman politik, semua dapat RM500 dengan syarat membawa surat tawaran mereka. Tapi biasanya orang PAS yang paling awal memohon", sinis Adnan sambil diikuti dengan gelak ketawa orang ramai.


Antara beberapa pemimpin UMNO yang hadir pada majlis berkenaan

Adnan berucap secara santai dan bersahaja kepada orang ramai semalam

Sebahagian daripada para hadirin yang hadir dalam program tersebut
Dalam pada itu, Adnan turut menegaskan kehadiran beliau ke situ bukanlah untuk berkempen, tapi menolong rakyat. "Pembangkang akan kata kita berkempen, tapi rugilah kita jika tidak berkempen sedangkan mereka boleh. Mereka tuduh kita guna jentera kerajaan, takkanlah saya nak balik jalan kaki selepas berada disini. Sebagai kerajaan memerintah, sudah pastilah kita guna semua itu. Mereka juga begitu bila berkuasa. Bab-bab duit tak payah cakaplah. Orang PAS juga terlibat. Kita tidak benarkan puncak bukit di tarah dekat Cameron Highlands, tapi tengok apa yang berlaku di Lojing semasa PAS memerintah Kelantan", tambah beliau lagi. Berkaitan biasiswa pula katanya tidak ada mana-mana kerajaan negeri yang memberikan biasiswa kepada pelajar sekolah rendah. "Kita beri biasiswa sekolah rendah untuk bantu rakyat. Itu pun mereka tuduh berbagai-bagai kepada kerajaan. Jika kerajaan tak ada duit (bankrap), macam mana kita boleh bagi biasiswa jutaan ringgit kepada para pelajar", katanya. Banyak lagi teguran dan kritikan yang dibuat kepada parti pembangkang menjelangnya pilihan raya kecil DUN Kerdau kali ini.

[Apa yang jelas dapat dilihat Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob benar-benar kecewa dengan tindakan pembangkang banyak membongkarkan isu kononnya kerajaan bankrap. Beliau nampak kecewa kerana isu "Bajet defisit" terus dijaja oleh pemimpin pembangkang, kononnya membuktikan beliau gagal menjalakan tanggungjawab untuk membangunkan ekonomi negeri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada MB terdahulu. Apa yang jelas, program yang diadakan semalam telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir, termasuk dari kalangan ahili PAS itu sendiri sebenarnya. Ceramah beliau yang agak bersahaja dan santai itu telah mendapat perhatian daripada sebahagian besar hadirin yang hadir. Turut mendengar ceramah Adnan petang semalam ialah calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau kali ini iaitu Hasanuddin Salim sebenarnya. Jika dilihat kepada senario semasa, nyata PAS perlu bekerja keras di kawasan Felda jika bercita-cita untuk menakluki DUN Kerdau 6 Mac ini].

Cyberita Kosmo: Seorang Lelaki Cedera Parah Di Serang Oleh Gengster Dekat Kuantan Kelmarin !!

Posted: 24 Feb 2011 02:33 PM PST

KUANTAN, 25 Feb [8.01 am] - Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak. Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya. Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam. Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek. Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku.

[Nampaknya kegiatan jenayah terus berleluasa di sana sini sekarang. Kawasan Air Putih Kuantan sememangnya diketahui sebagai lokasi yang sering berlaku kegiatan jenayah di bandar ini sejak sekian lama. Kehidupan rakyat terganggu akibat tindakan mereka yang langsung tidak takut kepada undang-undang itu sebenarnya. Justeru itu, kerajaan diminta bertindak tegas untuk menambahkan lagi anggo0ta polis ronda yang bergerak dalam sesuatu kawasan dengan lebih kerap lagi selepas in. Ia setidak-tidaknya akan memberi harapan baru dan keselamatan kepada orang ramai yang senantiasa hidup dalam ketakutan. Semoga, kegiatan jenayah seperti ini dapat dielakkan pada masa-masa yang akan datang ].

Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau: Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin & Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terpilih Jadi Calon Pakatan !!

Posted: 24 Feb 2011 05:16 AM PST

MERLIMAU, 24 Feb [9.30 pm] - PAS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Yuhaizad Abdullah (foto), sebagai calon pilihanraya kecil N27 Merlimau untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.Pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS DUN Merlimau. Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri. Beliau amat dikenali pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini kerana beliau ialah seorang yang amat aktif di dalam kerja-kerja masyarakat. Di dalam mana-mana kegiatan parti yang melibatkan kawasan Jasin atau pemuda negeri, nama Yuhaizad tidak asing lagi sekalipun di kalagan pengundi bukan Melayu kerana beliau sering menjadi pengerusi majlis (mc) di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam DUN Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

[Difahamkan calon PAS ini juga pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas. Maknanya beliau bukanlah calon biasa dan sudah semestinya ia menjadi kekuatan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan calon BN sebenarnya. Apapun, jentera parti perlu bekerja keras di Melaka kerana PAS tidak menang satu pun kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Teruskanlah usaha, selamat berjuang].

Tiada ulasan: