Pahang Daily Online |
- Sah, 'Pembantu Khas Agama' Kepada MB Pahang Dan Naib Ketua UMNO Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad Terpilih Sebagai Calon BN Di Kerdau
- Mursyidul Am PAS Dan Mat Sabu Di Jangka Hadir Pada Majlis Pengisytiharan Calon Untuk Parti Itu Di Komplek PAS Darul Hikmah Kerdau 24 Feb Ini!
- Dua 'Ibrahim' Di Jangka Bertemu Di Pilihan Raya Kecil 'DUN Kerdau', Satunya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) Dan Satu Lagi Syed Ibrahim (BN)
- Kritik Isa Samad: Kenapakah CEO Maybank Takut Dengan Kenyataan Sedangkan Terbukti Bekas MB N.Sembilan Itu Memang Terbabit Dengan Rasuah
| Posted: 22 Feb 2011 02:20 AM PST KERDAU, 22 Feb [6.20 pm] - Akhirnya, sah seperti yang dijangka oleh semua pihak bahawa Pembantu Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (foto) diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini. Dengan pengumuman itu maka kini rakyat di kawasan terbabit tertunggu-tunggu siapakah calon BN yang bakal berentap di pilihan raya kecil itu nanti. Seperti yang kami dedahkan sebelum ini bahawa kemungkinan besar dua "Ibrahim" bakal bertemu mungkin akan menjadi kenyataan. Itu kiranya Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih sebagai calon. Namun, kini timbul pula desas-desus mengatakan bekas calon pilihanraya umum Parlimen Kuala Krau yang lalu, Ustaz Kamal Ashaari juga hangat diperkatakan.[Apapun, siapa sahaja yang dipilih sebagai calon PAS ia dilihat lebih popular dari calon BN itu diperingkat pusat sebenarnya. Nama-nama seperti Dato' Tuan Ibrahim, Ustaz Kamal Ashaari atau Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi merupakan calon popular yang bakal menyaingi calon BN itu sebenarnya. Cuma bezanya sekarang ialah berapa banyak duit yang akan ditaburkan oleh BN dalam pilihan raya kecil ini bakal menjadi penentunya. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pasti bertungkus lumus mahu memastikan orang kanannya itu menang. Jika tidak sudah pasti beliau akan mendapat malu besar dengan berbagai isu yang terpalit kepada dirinya kini. Harapan besar untuk melihat perubahan pasti akan tercapai jika persaingan pilihan raya ini dijalankan secara sihat dan adil oleh pihak SPR. Namun, apakah ianya bakal menjadi kenyataan dengan berbagai kontroversi panas mutakhir ini]. |
| Posted: 21 Feb 2011 10:12 PM PST
[Nampaknya pengumuman calon PAS ini pasti mendebarkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana, selain nama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri terdapat juga calon-calon lain yang cukup berpontensi untuk diketengahkan termasuk Ketua Pemuda, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan dan bekas calon PRU12 dulu iaitu Hasanuddin Salim. Malah, terbaru khabarnya bekas calon parlimen Kuala Krau sebelum Dato' Tuan juga khabarnya bakal menjadi pilihan iaitu Ustaz Kamal Ashaari. Apapun, nantikan pengumuman calon BN yang bakal dibuat di Kerdau hari ini. Persainga yang cukup sengit bakal disaksikan, dan harapan besar untuk rakyat melihat perubahan di DUN itu kian terasa dengan adanya pilihanraya ini]. |
| Posted: 21 Feb 2011 05:53 PM PST ![]() Bahang pilihan raya dua serangkai di Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang kian terasa. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk hari pencalonan dan pastinya esok lusa semua parti yang bertanding akan mengemukakan nama calaon masing-masing. Paling menarik untuk diperkatakan ialah, pertembungan kali ini sekali lagi menyaksikan parti PAS (Pakatan Rakyat) akan bertemu UMNO (Barisan Nasional). Biarpun ada desas-desus mengatakan PKR berminat untuk bertanding di salah satu kerusi Kerdau atau Merlimau, namun nampaknya ia mungkin tidak menjadi kenyataan. Malah besar kemungkinan Pengarah Pilihan Raya PAS di Merlimau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan balik ke Pahang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya di kawasan beliau. Harus diingat bahawa DUN Kerdau terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau di mana Dato' Tuan adalah Yang Dipertua PAS kawasan itu. Makanya, amat wajarlah beliau balik ke Pahang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kempen pilihan raya kecil di Kerdau nanti. Malah terdapat maklumat dalaman mengatakan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkemungkinan cerah akan dipilih sebagai calon di DUN Kerdau ini. Tambahan pula beliau adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat sekarang ini. Maka, namanya lebih menonjol daripada calon-calon lain sebenarnya. Jika benar telahan ini, maka PAS berpeluang untuk menang jika mereka melipat gandakan usaha ke arah itu. Harapan nampak cerah! [Difahamkan juga, bagi pihak UMNO pula kemungkinan besar meletakkan calonnya Syed Ibrahim Syed Mohamad al Yahya. iaitu Pegawai Agama Kepada MB Pahang. Tambahan pula beliau adalan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Krau sekarang. Malahan terdapat sumber mengatakan Syed Ibrahim sudah pun berkempen sekarang termasuk mewakili Menteri Besar Pahang berucap dan menyampaikan sumbangan komputer riba kepada wakil cawangan-cawangan di majlis anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Pahang. Program itu diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh dan dirasmikan oleh Presiden PBTM Datuk Muhammad Abdul Ghani. Syed Ibrahim yang berucap mewakili Adnan itu dikatakan sempat 'berkempen' secara isyarat kepada bekas-bekas tentera itu. Makanya memang sah yang beliau bakal menjadi calon BN di Kerdau nanti. Jika ini berlaku maka pertembungan dua nama yang hampir sama bakal berlaku iaitu Syed Ibrahim dengan Tuan Ibrahim. Ini pastinya akan mengelirukan para pengundi di situ nanti sebenarnya]. |
| Posted: 21 Feb 2011 04:17 PM PST ![]() KUALA LUMPUR 22 Feb [8.01 am] – Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz (foto), berhubung pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini merupakan pandangan peribadi beliau. Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut. "Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini semalam. Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur. Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu rasuah. Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Wahid, surat permohonan maaf telah ditulis selepas forum tersebut.
|
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan