Pahang Daily Online |
- Memalukan: Datuk 'Shah Rukh Khan' Hina Yang Di Pertua Negeri Melaka Bila Hanya Pakai Singlet Ketika Terima Kunjungan Pemimpin Itu Semalam
- Pengurus Felda Plantations Bukit Sagu 4 Melayan Peserta Dan Buruhnya Seperti Hamba Abdi, Satu Laporan Polis Di Buat Di IPD Kuantan Pagi Tadi !!
- Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, UMNO BN Pahang Cadangkan Empat Nama Untuk Di Pilih Jadi Calon
| Posted: 18 Feb 2011 04:30 AM PST Tiada istilah lagi boleh digambarkan bila melihat gambar di bawah. Inilah yang dikatakan "kera dihutan di susukan, anak dirumah mati kelaparan". Apakah ini namanya adat atau satu penghinaan?. Wajarkah artis Bollywood si Shah Rukh Khan (foto) berpakaian begini ketika mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob. Malahan turut berada dalam sessi pertemuan tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Lihat saja cara berpakaian beliau ketika mengadap Tun Khalil itu. Apakah dek kerana beliau seorang artis terkenal maka dia tidak perlu mengikut protokol untuk berjumpa dengan pemimpin negara kita?. Bukankah Kerajaan Negeri Melaka telah menganugerahkan gelaran "Datuk" kepada beliau sebelum ini dan mengapakah ini balasan yang diberikan. Hanya memakai "Singlet" ketika bersalaman dengan Yang Dipertua Negeri Melaka itu. Perbuatan ini sesungguhnya adalah satu penghinaan yang tidak sewajarnya berlaku kepada seorang pemimpin Melayu. Bayangkan jika gambar ini dipaparkan pada media di negara India dan senatero dunia. Maka, sudah pastilah imej dan maruah negara kita akan tercemar. Apa akan berlaku jika rakyat kita sendiri berpakaian seperti itu ketika mengadap pemimpin negara?. Sudah pasti mereka akan dihalau dan dilarang untuk berbuat demikian. Tetapi kenapa Shah Rukh Khan dibenarkan?. Sepatutnya Kerajaan Negeri Melaka berhak menarik balik gelaran "Datuk" yang telah diberikan kepada beliau dulu, jika inilah balasan yang dihadiahkan semula. Biar pun ketika kejadian Tun Khalil dipercayai sedang melawat lokasi penggambaran filem terbaru Shah Rukh berjudul "Don 2" di Bandar Baru Sungai Udang semalam. Namun itu perkara lain, dan sepatutnya kehadiran Yang Dipertua Negeri haruslah disambut dengan beradat. Mujurlah kemudian Pada lawatan tersebut, Tun Khalil dan Ali Rustam juga telah menghadiahkan beliau sehelai baju batik.Anehnya, Kerajaan Negeri Melaka pula beriya-iya mahu membina sebuah studio dengan kemudahan produksi yang dikenali sebagai Studio, Filem dan Televisyen Antarabangsa Melaka dengan kos bernilai AS$7 juta (RM21.3 juta) Ketua Menteri Ali Rustam berkata, studio itu akan dibangunkan dengan idea dan kerjasama pelakon terkenal Bollywood itu. Menurutnya, perbincangan dengan pelakon Bollywood itu kini di peringkat terakhir sebelum satu rumusan diambil bagi merealitikan impian membina sebuah studio tercanggih di negeri ini. "Pada dasarnya, Shah Rukh bersetuju bekerjasama dengan memberi idea dan pandangan bagi pembinaan studio yang dicadangkan di Rumah Media di Ayer Keroh. "Studio yang akan dibina ini bukan sahaja menyediakan kemudahan produksi tetapi juga akan menyediakan sebuah akademi untuk filem dan televisyen bertaraf antarabangsa," katanya. Mohd. Ali menambah, kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan bagi membiayai pembinaan studio tersebut. "Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan studio itu akan mula dibina tahun ini. "Kita juga merancangkan untuk menerbitkan sebuah filem muzikal yang mana Shah Rukh Khan bersetuju untuk menjadi pelakon utama," katanya. Beliau menambah, dengan pembinaan studio itu ia dijangka menarik minat beberapa produser dari Bollywood untuk menggunakan kemudahan produksi selain menjadikan Melaka sebagai lokasi penggambaran filem. [Shah Rukh kini berada di negeri ini sejak 12 Februari lalu bagi menjalani penggambaran filem terbarunya Don 2 itu. Selain Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi turut menjadi lokasi penggambaran filem itu yang bakal ditayangkan di negara ini pada 23 Disember ini. Pengajaran daripada insiden ini, nampak benar betapa hinanya pemimpin Melayu apabila terpaksa turun ke tapak untuk bertemu dengan seorang artis terkenal seperti Shah Rukh Khan. Sepatutnya beliau dipanggil mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka secara protokol di pejabatnya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita pula terpaksa menyembah artis Bollywood itu. Persoalan kedua, kita masih ingat Tun Khalil ketika menjadi Menteri Penerangan pernah berjanji untuk membina sebuah studi perfileman ala Hollywood di Janda Baik Bentong Pahang. Namun, ia tidak menjadi kenyataan dan kini mahu membina ala Bollywood pula di Melaka. Apa yang mengelirukan kita, sejak Shah Rukh Khan mendapat gelaran "Datuk", entah masa bila beliau menggunakan gelaran tersebut agaknya?. Ini kerana, dalam filem-filem terkini beliau tidak langsung memaparkan gelaran "Datuk" didepan namanya ketika dipaparkan pada skrin. Maknya, gelaran tersebut sekadar "hiasan didinding" semata-mata. Harapn kita agar tidak ada lagi rakyat asing yang akan mendapat gelaran itu, kerana ia cukup amat kontroversi sebenarnya]. |
| Posted: 18 Feb 2011 12:54 AM PST KUANTAN, 18 Feb [3.25 pm] - Sekumpulan peserta Felda Plantations Bukit Sagu 4 dekat sini telah membuat laporan polis terhadap beberapa isu yang menghantui mereka selama ini. Laporan telah dibuat sekitar jam 10.00 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Antara lain peneroka terbabit mendakwa Pengurus Felda terbabit iaitu Hj.Kamaruddin Kassim telah mendera secara fizikal dan mental seramai 30 orang peneroka dan 100 tenaga buruh Indonesia yang bekerja di situ. Difahamkan, peserta terbabit kecewa kerana hak dan kebebasan mereka telah dinafikan selama ini. "Kami menerima tekanan yang melampau dalam kerja, diugut untuk diberhentikan dan dihalau dari tempat penginapan. Tidak cukup dengan itu, kami juga dihembur dengan kata-kata kesat seperti anjing jika sesuatu tugas yang diarahkan tidak dilakukan dengan sempurna", kata wakil peserta terbabit. Sementara itu, pihak pengurusan Felda berkenaan juga dipercayai telah menyekat secara melampau dengan larangan yang tidak munasabah terhadap beberapa aktiviti sosial seperti menghadiri mesyuarat PIBG sekolah. Malah, urusan keluar masuk ke kawasan penempatan juga dikawal ketat menggunakan polis bantuan Felda. Selain dari itu, segala urusan berkaitan kesihatan peserta serta ahli keluarga mereka ke klinik tidak dibenarkan pada waktu kerja. Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian selepas waktu kerja. Sementara itu, urusan diluar bidang kerja seperti berurusan di pejabat kerajaan untuk urusan peribadi dihalang jika tiada sebarang surat hitam putih dari pihak yang berkenaan. Kegagalan peserta mengikut arahan yang ditetapkan menyebabkan mereka akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau pun pemotongan gaji. [Dipercayai tindakan mogok telah dilakukan selama empat hari oleh peserta dan buruh Indonesia terbabit untuk membantah tindakan keterlaluan itu. Malangnya mereka pula ditakut-takutkan dengan menggunakan polis bantuan Felda yang ramai. Malahan anjing-anjing pengesan juga digunakan bagi tujuan tersebut. Apakah perbuatan ini wajar dilakukan terhadap peserta terbabit?. Wajarkah mereka dilayan seperti hamba abdi? Tindakan menyekat kebebasan mereka secara melampau menyebabkan kesemua mereka hidup dalam ketakutan sebenarnya. Justeru itulah laporan polis dibuat agar pihak polis menyiasat segala aduan berkenaan. Soalnya, apakah perkara ini dapat diselesaikan sekiranya siasatan dilakukan. Maka itu, wajarlah pihak atasan Felda mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Pegawai yang bertanggungjawab haruslah diberi amaran keras dan tindakan displin. Apa yang berlaku ini adalah rentetan beberapa insiden memalukan yang berlaku terhadap Felda sebenarnya. Turut hadir dalam laporan polis pagi tadi ialah Presiden ANAK, Saudara Mazlan Aliman]. |
| Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, UMNO BN Pahang Cadangkan Empat Nama Untuk Di Pilih Jadi Calon Posted: 17 Feb 2011 07:34 PM PST
[Nampaknnya calon-calon yang bakal diketengahkan oleh kedua-dua parti yang bertanding di Kerdau ini hebat-hebat belaka sebenarnya. Paling menerik jika Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden dan Peuruhjaya PAS Pahang) atau Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS ditemukan dengan Tn Syed Ibrahim Tn Ahmad (Pengawai Agama Menteri Besar Pahang). Pastinya satu pertembungan yang cukup sengit akan berlaku dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau ini sebenarnya. Apapun, selamat bejuang buat semua petugas dan penyokong yang akan berkampung di Kerdau tidak lama lagi. Bertuah sungguh orang Kerdau sekarang. Pastinya durian runtuh akan sampai ke tangan mereka bila-bila masa sekarang. Jika tidak percaya sila tunggu!]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan