Pahang Daily Online |
- Kontroversi: Sah, Akhirnya Blogger Cucumatkilau Secara "Rasmi" Bakal Umumkan Hasratnya Untuk Meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Esok !!
- Bekas Setiausaha Politik Menteri Jabatan Perdana Menteri 'Mengaku Tidak Bersalah' Terlibat Aktiviti Pengubahan "Wang Haram" Bernilai RM1.2 Juta !!
- Mahkamah Tinggi Kuantan Arahkan Pihak Polis Bayar 'Saman Ganti Rugi' Kepada Pemimpin PAS Kerana Tindakan Biadap Di Premis Persendirian
- Panas: MB Terengganu, Si Ahmad Said Mengamuk Kes Curi Besi Di Negeri Itu, Apa Cerita Dengan Kes Kecurian Bijih Besi Di Negeri Pahang Ini Agaknya!
| Posted: 10 Feb 2011 06:38 AM PST ![]() KUANTAN, 10 Feb [10.38 pm] - Pahang Daily Online (PDO) baru sahaja mendapat maklumat terkini bahawa satu Sidang Media (PC) akan diadakan oleh Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (foto) di sini jam 10.00 pagi esok. Difahamkan, blogger terbabit akan membuat pengumuman rasmi tentang hasratnya untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tidak diketahui apakah beliau akan mengumumkan untuk menyerati mana-mana parti politik selepas ini. Namun, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau kemungkinan besar akan berehat daripada politik buat sementara waktu bagi menumpukan perhatian kepada perniagaan "Event Management" yang sudah lama ditinggalkan. Sebenarnya, memang sudah agak lama ura-ura bahawa Cucumatkilau akan keluar PKR telah berbunyi, iaitu sejak bulan Oktober tahun lalu. Dengan keputusan beliau kali ini, bermakna sudah dua kali dia berbuat demikian. Pada 2004 dulu, beliau pernah bertindak meninggalkan PKR bersama-sama pimpinan parti Bahagian Paya Besar akibat krisis Lokman-Ezam. Beliau antara perancang utama yang membawa pembubaran bahagian terbabit, selepas hilang kepercayaan kepada Ezam Md Nor selaku Ketua AMK ketika itu. Kini, kedua-dua individu terbabit telah kembali menyertai UMNO dan selesa menjadi Senator dan Exco Pemuda parti itu. Cucumatkilau kembali menyertai PKR sekitar tahun 2006 melalui Cabang Kuantan yang dipimpin oleh Fuziah Salleh. Biar pun agak kontroversi ketika itu, namun beliau telah dipilih sebagai calon PKR bagi DUN Kemayan, Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008. [Kami tidak dapat memastikan apakah beliau akan membawa penyokongnya bersama meninggalkan PKR. Namun, daripada risikan yang diperolehi kemungkinan besar ada tetapi tidak dapat disahkan. Malah, difahamkan juga Sidang Media (PC) yang bakal diadakan esok kemungkinan besar tidak akan dihadiri oleh sebahagian besar wartawan dari media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia. Ini berikutan tindakan beliau yang menfailkan saman terhadap Utusan gara-gara artikel yang menuduh dia telah keluar PKR dan mencium Anwar Ibrahim pada November tahun lalu. Tidak dapat diketahui apakah dia akan menyertai UMNO atau kekal bersama Pakatan Rakyat selepas ini. Beliau dikatakan telah beberapa kali berceramah di pentas PAS seluruh negeri Pahang dan apakah dia akan menyertai parti PAS agaknya nanti. Apapun, kami ucapakan selamat berehat kepada blogger terbabit semoga beliau tabah melalui perjalanan hidupnya yang pernuh ranjau dan berliku selepas ini. Kami juga berharap agar beliau akan terus menyumbangkan artikelnya jika berkesempatan. Salam perjuangan, baca kenyataan beliau di SINI]. |
| Posted: 10 Feb 2011 01:17 AM PST
[Sungguh mengejutkan bila orang yang jelas membawa duit jutaan ringgit seperti itu dan ketika ditangkap duit tunai ada ditangannya tiba-tiba mengaku tidak bersalah atas apa yang berlaku. Soalnya sekarang, dari mana datangnya duit itu kalau bukan dari hasil "urusan berkaitan" yang dibuat antara pihaknya dengan pihak yang berkenaan. Terkadang kita hairan bilamana kes yang sudah terbukti seperti ini akhirnya terlepas begitu sahaja akibat kekuatan Peguam yang membela tertuduh terbabit. Soalnya sekarang, apakah menteri yang berkenaan terlibat atau tahu mengenai wang tersebut?. Ia sungguh memalukan kita semua sebenarnya]. |
| Posted: 09 Feb 2011 10:23 AM PST KUANTAN, 10 Feb [2.39 am] - Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu. Mahkamah Tinggi Kuantan akan menentukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini. Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad. Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu. Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit. Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate. Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967. Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power). Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah.[Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada pihak terbabit atas kemenangan bersejarah ini. Ternyata, pihak polis gagal mengikut undang-undang yang telah diperuntukan dan hanya menjalankan tugas mengikut arahan politik sebenarnya. Kemenangan ini memberi pengajaran kepada semua anggota polis agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan yang jelas bercanggah dengan undang-undang itu sendiri. Semoga apa yang berlaku ini dapat dijadikan tauladan kepada anggota yang lain agar menghormati amalan demokrasi di negara ini. Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah. Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan. Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan]. |
| Posted: 09 Feb 2011 08:48 AM PST
|
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan