Pahang Daily Online |
- Petanda Pilihanraya Semakin Hampir, SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Bagi Suku Tahun Ke Empat 2010 Mulai Esok Hingga 15 Feb 2011 Ini !!
- Edisi Pahang: Gara-Gara "Mesyuarat Kabinet" Di Kuantan, Situasa Tidak Tenteram Berlaku Akibat Polis Iringi Semua Kenderaan VIP Yang Baru Tiba
- Isu Panas Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Di 'Tangkap Khalwat', Pengarah JAIP Yang Baru Di Gesa Buat Tindakan !
| Posted: 08 Feb 2011 06:44 AM PST
Semakan Awal Penting Untuk Hadapi Pilihanraya
[Sementara itu bagi permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, melalui kaunter bergerak SPR, kaunter ibu Pejabat SPR, Putrajaya ataupun di kaunter pejabat pilihan raya negeri. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara itu boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri selain boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010. Justeru itu orang ramai digesa bertindak awal bagi menggelakkan nama mereka terpinggir bagi menjadi pengundi pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. Kita tidak mahu ada pihak yang begitu hebat berkempen dan berbicara soal politik tetapi rupa-rupanya diri mereka sendiri tidak berdaftar sebagai pengundi yang sah. Ini amat merugikan masa depan mereka serta parti yang disokongnya. Maka itu, buatlah tindakan segera untuk menentukan masa depan mereka].
|
| Posted: 08 Feb 2011 05:50 AM PST [Sebagai menteri yang berjiwa rakyat, sepatutnya semua menteri berkenaan perlu bersabar dan menghadapi kesesakan jalanraya seperti rakyat biasa. Bayangkan jika 30 puluh orang menteri melalui jalan utama di bandar ini, dan pihak polis menahan trafik lain, ia merupakan satu tindakan tidak wajar dan keterlaluan. Kita tidak marah jika hanya kenderaan Perdana Menteri dan Timbalannya yang diiringi oleh polis trafik. Ini tidak, semua kenderaan terbabit diiringi oleh pihak polis. Ia menimbulkan satu suasana yang tidak tenteram buat warga Kuantan sebenarnya. Apapun Pahang Daily Online ucapkan selamat datang kepada semua menteri kabinet ke negeri Pahang dan bandar Kuantan khasnya]. |
| Posted: 07 Feb 2011 11:03 PM PST KUANTAN, 8 Feb [3.00 pm] - Orang ramai di bandar ini menggesa Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang baru, Dato' Hj. Muhammad Ubaidullah (foto) untuk mengambil tindakan segera untuk mendakwa seorang Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat. Segala bukti dan kertas pendakwaan terhadap individu terbabit telah pun disiapkan, cuma semua pihak kini keliru kenapakah Bahagian Pendakwaan JAIP masih menyimpan fail tersebut. Pegawai terbabit telah ditangkap bersama pasangannya yang juga kakitangan di MUIP November tahun lalu, di Hotel Grand Contienantal Kuantan. Malah, operasi penangkapan telah dilakukan sendiri oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP. Hasil tangkapan tersebut, siasatan telah dilakukan oleh pihak terbabit dan ternyata pasangan berkenaan bukanlah "muhrim yang sah" dan ternyata melakukan maksiat di hotel tersebut. Namun, anehnya selepas sekian lama menunggu pendakwaan masih belum dijalankan hingga ke saat ini. Entah apa yang berlaku agaknya, tiba-tiba isu tersebut sengaja dipendamkan begitu sahaja. Malahan terdapat maklumat mengatakan bahawa kes itu akan ditukar kepada "berkahwin diluar kawasan" bagi tidak memalukan Pegawai Kanan MUIP berkenaan. Tindakan ini adalah tidak adil kepada umat Islam di negeri ini. Malah, selama ini setiap tangkapan yang dibuat terhadap orang awam begitu pantas sekali JAIP menyiapkan kertas siasatan dan pendakwaan. Namun, apabila melibatkan seorang pegawai yang ada kedudukan dalam agensi agama di Pahang mereka seolah-olah tidak berani untuk meneruskan pendakwaan tersebut.[Ternyata apa yang berlaku ini amat mengecewakan umat Islam sebenarnya. Sudahlah semua media arus perdana dihalang membuat laporan kes ini, menyebabkan tidak ramai yang mengetahui insiden tersebut. Kini mereka cuba pula untuk menyelamatkan seorang individu yang jelas telah melanggar undang-undang malah agama Islam itu sendiri. Undang-undang sengaja mahu dipermainkan oleh pihak terbabit. Justeru itu, besar harapan kita agar Pengarah JAIP yang baru itu dapat melakukan sesuatu untuk menyelamatkan imej JAIP itu sendiri hendaknya. Janganlah cuba menutup kesalahan yang jelas bertentangan dengan agama semata-mata mahu menjaga nama baik individu serta jabatan agama itu sendiri]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan