Jumaat, 4 Februari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Polis Tidak Wajar Guna Kekerasan Kepada Rakyat Yang Hanya Ingin Menyerahkan Memorandum Ke Pihak 'Kedutaaan Amerika Syarikat' Sebenarnya !!

Posted: 04 Feb 2011 04:12 AM PST

Orang ramai kecewa dengan tindakan keterlaluan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menggunakan kekerasan untuk menghalang penyerahan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat hari ini. Tindakan pihak polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) membuat tangkapan dan semburan watercanon jelas sekali perbuatan terkutuk yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Malah, tindakan peserta perhimpunan itu bukanlah mahu menggugatkan kerajaan UMNO BN seperti kebiasaannya. Ia adalah tanda protes terhadap campurtangan Amerika Syarikat yang terus menyokong Presiden Mesir sekarang ini. Pihak polis sepatutnta memantau pergerakan peserta perhimpunan dan tidak perlu menimbulkan kekecohan atau kekasaran. Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum. Tambah menyakitkan hati pihak polis juga didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Agak memalukan, dikala umat Islam dan warga Mesir sendiri bangkit menolak kempimpinan Hosni Mubarak, tiba-tiba polis di Malaysia pula seolah-olah merestui setiap apa yang berlaku di sana. Mereka tidak faham apa tujuan perhimpunan yang diadakan hari ini?. Mereka lebih berselera untuk menggempur peserta yang tidak langsung mahu menimbulkan huru-hara atau kekecohan itu.


Rakyat hanya mahu hantar memorandum, bukannya buat huru-hara

Perarakan peserta ke Kedutaan Amerika Syarikat telah dihalang oleh FRU
[Hanya kerana mahu menghantar memorandum, pihak polis sanggup bertindak ganas kepada rakyat sendiri. Apakah kerana perhimpunan yang diadakan hari ini disertai oleh NGO serta pemimpin politik pembangkang?. Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa saja?. Bagaimana jika perhimpunan itu dianjurkan oleh UMNO dan NGO seperti GAPS, PERKASA, GPMS dan sebagainya. Apakah pihak polis akan melakukan tindakan yang sama seperti ini. Kita cukup hairan dengan situasi dalam negara kita hari ini. Isu antarabangsa yang mendapat kutukan dunia seperti itu pun rakyat dihalang menyatakan bantahan. Sepatutnya, apa yang berlaku di Mesir hari ini harus dijadikan ikhtibar oleh kerajaan Malaysia. Jika inilah keadaannya maka kita khuatir satu hari nanti rakyat Malaysia pula akan bangkit untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang zalim serta khianat kepada rakyat itu sebenarnya].

Video Eksklusif: Protes Rakyat Di Mesir & Yaman !

Posted: 03 Feb 2011 09:08 AM PST

[ Sila Pause/Turn Off/Stop Web TV di atas untuk mendengar video ini ]
[ Sila Pause/Turn Off/Stop Web TV di atas untuk mendengar video ini ]
[ Sila Pause/Turn Off/Stop Web TV di atas untuk mendengar video ini ]

Tuduhan Menghina Sultan Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Menghasut Isnin Ini !!

Posted: 03 Feb 2011 08:46 AM PST

SHAH ALAM 3 Feb [3.45 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (foto), akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini, berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor. Beliau hadir ke balai polis hari ini untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. Shuhaimi yang hadir ke IPD Shah Alam 11 pagi tadi berkata beliau dipanggil hari ini dan akan dihadapkan ke mahkamah bawah akta hasutan. "Hari ini saya dipanggil untuk ditangkap dan sudah pun ditangkap walau bagaimanapun saya telah pun dibebaskan dengan jaminan polis. "Saya akan didakwa di mahkamah pada hari isnin ini jam 9 pagi di Mahkamah Seksyen Shah Alam," katanya ringkas. Terdahulu tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember tahun lalu, didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis. Kenyataan yang dimanipulasi untuk kepentingan berbaur politik itu disusuli dengan tindakan pihak yang tidak bertangungjawab menyimbah cat merah di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda ini di Kota Kemuning. Turut hadir Peguam Lateefah Khoya, Exco Selangor, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

[Lateefah ketika ditemui berkata pihaknya menunggu 7 Feb ini untuk sebarang tindakan dan menyifatkan tindakan ini adalah tidak wajar kepada Shuhaimi. "Ini adalah tindakan yang tidak patut dibuat dan kami akan mengambil satu tindakan memprotes terhadap apa-apa siasatan dan pertuduhan yang akan dilakukan keatas YB Shuhaimi," katanya. Tambahnya, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih peranan kerajaan di peringkat pusat, Akta Hasutan seperti yang disabitkan ke atas ADUN Sri Muda ini akan di mansuhkan. "Seksyen dimana tiada objektif, tiada subjektifnya, kalau mereka fikir ia mempunyai ciri menghasut, itu sudah cukup untuk membuat mereka sabit kesalahan atas akta hasutan, kerana itu Pakatan Rakyat telah berjanji akan memastikan akan akta ini akan dimansuhkan sekiranya kami menang dan menjadi kerajaan di peringkat pusat," katanya].

Edisi Pahang: Jumlah Mangsa Terlibat Banjir Di Daerah Rompin Dan Temerloh Terus Meningkat !

Posted: 03 Feb 2011 08:25 AM PST

KUANTAN 3 Feb [11.35 am] - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang pagi ini meningkat kepada 2,167 orang berbanding 2,081 orang petang, semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Rompin masih merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,808 orang daripada 236 keluarga selepas lima buah perkampungan dilanda banjir. Katanya, lima penempatan berkenaan ialah di Bukit Serok (1,514 orang), Kampung Rekoh (168), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (83), Kampung Aur (37) dan Kampung Lubuk Batu (6). Daerah Temerloh pula, katanya, melibatkan 359 mangsa daripada 94 keluarga selepas empat penempatan dilanda banjir iaitu Kampung Batu Kapor Bawah (233), Taman Mentakab Indah (68), Kampung Lurah Permata (40) dan Kampung Sungai Buluh Mentakab (18). Katanya, beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan yang melibatkan Jalan Kampung Baru Bukit Ibam, Jalan Kampung Inoi, Jalan Kampung Denai, Jambatan Sungai Gayong, Jambatan Kampung Lubuk Batu, Kota Bahagia di Rompin manakala di Jambatan Tanjung Kerayong, Mentakab di Temerloh turut ditutup. Selain itu, katanya, jalan di KM5 Felda Selancar, Rompin ditutup kepada kenderaan berat selepas kejadian tebing runtuh manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda. Bagaimanapun, dua jalan di daerah Temerloh iaitu Jalan Kampung Sungai Buluh dan Jalan Kampung Batu Kapor Bawah hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.

[Pahang Daily Online menasihatkan orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar berhati-hati dan dapat bersedia lebih awal bagi menggelakkan segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku. Segala barangan dan dokumen penting perlulah diletakkan di tempat yang selamat serta ikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah. Musibah yang berlaku ini mungkin ada hikmahnya. Justeru itu pastikan keselamatan keluarga masing-masing. Jangan melanggar atau ingkar dengan arahan pihak yang berkenaan kerana kelak diri sendiri yang akan merana. Apa yang penting, sekali lagi berilah bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengambilkira perbezaan fahaman politik kepartian].

Tiada ulasan: