Selasa, 15 Februari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


18SX - Hanya 'cobaan' ... tapi tak masuk pun .. hehe

Posted: 15 Feb 2011 10:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan ada memaklumkan doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah "cuba" untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

Khairul bagaimanapun menegaskan, Saiful tidak memberitahu perkara itu ketika menemuinya kemudian dan mempertahankan bahawa saksi utama dan pengadu itu ada memaklum yang dia telah diliwat.

"Berdasarkan laporan proforma, ia adalah cubaan meliwat dan seks oral.

"Tetapi dia (Saiful) tidak mengatakan ia cubaan (dia diliwat)," kata Khairul.

Jawapan itu membawa kepada soalan peguam utama Anwar, Karpal Singh yang bertanya Dr Khairul mengenai merit laporan itu.

"Adakah laporan proforma berdasarkan pada apa yang dikatakan oleh SP1 (Saiful)? Berdasarkan laporan proforma, tidak mungkin ada penetrasi sebab ia satu cubaan," kata Karpal.

Dalam keterangan kelmarin, ahli patologi forensik HKL Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau mengambil palitan spesimen dari tekak dan lidah Saiful selepas dia memberitahunya yang dia telah dipaksa melakukan seks oral oleh "seorang tokoh berprofil tinggi".

Anwar, Ketua Pembangkang dan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah disambung hari ini.

Cerita 18SX - Tak dak bekas la kat pungkoq Saipul, sebab masuk kot mulut ...hahaha

Posted: 15 Feb 2011 10:13 PM PST


KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan hari ini mengaku tidak menemui bukti wujudnya kemasukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalanp eguambela Karpal Singh dalam perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini, lapor TV Selangor.

Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful yang juga pengadu kes tersebut.

Beliau mengaku tidak mengisi borang pro-forma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.

Beliau juga turut mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

Menurut Khairul konklusi laporan pro-forma hanya dibuat berdasarkan laporan jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng.

Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral. - HD

Monorel Ali Rustam rosak selepas 1 hari pelancaran ... hahaha

Posted: 15 Feb 2011 09:39 PM PST


MELAKA: Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Melaka pada pilihan raya umum akan datang, perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat adalah membuka semua fail berkaitan dakwaan salah laku dan rasuah terhadap Ketua Menteri Ali Rustam.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia berkaitan kegagalan beberapa projek pembangunan dan pelancongan yang dilaksana di negeri itu.

"Orang buat 'Eye on Malaysia' dia (Ali Rustam) nak buat 'Eye on Melaka'. Sudahnya, pelancong tak ramai, hutang bertimbun. Projek pembersihan Sungai Melaka pun gagal. Sudahlah air tak bersih, sungainya tetap kotor dan berbau.

"Konon nak tiru Kuala Lumpur, nak bina Monorel. Tapi Monorel di Melaka rosak selepas satu hari pelancaran. Projek pelancongan Pulau Besar di Melaka yang menelan jutaan ringgit, akhirnya gagal dan menjadi sarang penagih dadah" katanya pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina di Dewan Pay Fong di Melaka, malam tadi.

Beliau menambah, kegagalan projek pembangunan dan hutang jutaan Ringgit yang ditanggung kerajaan negeri membuktikan slogan Melaka sebagai negeri maju adalah retorik semata-mata.

"Kita dah buat laporan, tapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan. Buktinya, mengapa sehingga hari ini tidak ada siasatan dilakukan mengenai pelbagai kerosakan dan kegagalan projek pelancongan di Melaka," katanya.

Shamsul berkata, Ketua Menteri Melaka itu harus 'cermin muka dahulu' sebelum mencabar untuk berdebat dengan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana kenyataan Ali Rustam baru-baru ini.

"Kita boleh senaraikan satu persatu kegagalan Ali Rustam. Tak perlu Ketua Umum atau pimpinan Pakatan, kita boleh hantar lebih 10 orang dari dewan ini untuk berdebat dengan beliau," tegas Shamsul.

Justeru, beliau menyeru kepada pengundi di DUN Merlimau untuk menjadikan pilihanraya kecil pada 6 Mac depan sebagai 'hukuman' ke atas Ali Rustam dan pentadbiran kerajaan Umno di negeri itu .

Sesi cuci mata pagi2 dgn anak saudara Taib Mahmud

Posted: 15 Feb 2011 04:30 PM PST

Gambar dan aksi melampau anak saudara Taib Mahmud
Petikan Sarawakreport.org

Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!


Elia (kanan) begitu yakin berpakaian semahunya, selain dipercayai meneguk arak secara terbuka

Sarawak Report .... meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.


Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud.
Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia.
Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.



Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal. Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.
Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik. Detikdaily

DSAI pada Najib : Buat pilihanraya jangan tipu ...

Posted: 15 Feb 2011 07:52 AM PST

Ali Rustam bawa artis kempen di Merlimau?

Posted: 15 Feb 2011 06:34 AM PST


MELAKA: "Sebelum ini saya telah berjanji untuk kembali ke sini dan jalani penggambaran filem dan sekarang saya di sini," kata artis sensasi Bollywood Shah Rukh Khan.

Dianugerahi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka selepas kunjungan terakhir pada Disember 2008, Datuk Shah kini berada di Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya Don 2, susulan filem Don: The Chase Begins yang dihasilkan pada 2006.

"Kami memulakan penggambaran beberapa hari yang lepas dan akan berada di sini antara dua dan tiga hari untuk penggambaran bahagian awal filem ini," katanya kepada pemberita di Sungai Udang di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan dua orang produser filem itu, Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar.

Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi dipilih sebagai lokasi untuk penggambaran filem ini yang turut disertai 140 kru filem dan akan berakhir di Berlin, Jerman.

Filem arahan Farhan Aktar itu dijangka dipasarkan di 32 negara pada Disember depan. - BERNAMA

Bila Menteri UMNO bersikap tongong ...

Posted: 15 Feb 2011 02:26 AM PST

Camno nak handel Malott?

February 15, 2011 — Saya tak tahu apa nak cakap. Apo nak den kato?

Kita ada menteri yang tak mampu berdebat, maka saranan nya ialah mengenakan arahan tidak boleh masuk ke negara ini. Jadi kalau caliber menteri kita hanya berdaya menggunakan kuasa fiat dan undang undang, orang akan mentertawakan kemampuan minda bangsa 1 Malaysia. John Malott bekas duta USA telah menulis suatu artikel. Artikel tersebut di katakan agak keras mengecam pemerintahan DS Najib.

Kita bebas menyatakan kita tidak setuju. Kita validate lah bangkangan kita dengan penghujahan. Kita lawan minda dengan minda. Saya sendiri telah menulis dua artikel sendiri menyatakan tidak bersetuju dengan pandangan Malott. Sebelum itu saya telah muat-turun satu artikel oleh Umar Mukhtar. Saya pun kena hentam dalam artikel yang pertama. Dalam artikel kedua bila saya mengupas point by point, kita dapati penghujjahan nya melarat kepada perkara lain.

Kepada saya itu petanda bahawa apa yang Malott katakan bukanlah definitive. Maka kalau ianya bukan definitive, apa pasal kita hilang akal sebentar dan mahu kenakan travel ban?

Sepatutnya, kita jemput Malott datang untuk memberi pandangan nya. Dan jika Nazri terror, dia boleh berdebat dengan Malott. Kita akan sokong kalau dia menunjukkan kejantanan nya dalam gelanggang.

Kalau menteri Umno bersikap tongong macam ini, susah lah kita hendak mempertahankan kredibiliti kepimpinan Umno. Ada orang kata, kita tak perlu layan Malott sebab dia bukan taraf itu dan ini. Adakah ini bermaksud, hanya bila kita ada taraf dan kedudukan, maka kita ada hak untuk beri komen? Kalau macam saya ADUN pencen, di kira takde taraf, tak boleh beri pandangan keatas buah fikiran bangang pak menteri , ADUN atau MP?

Ada menteri kata pandangan Malott ketinggalan zaman. Kalau ketinggalan zaman, ekau tunjukkan di mano jang. Jika main beri kenyataan yang umum, tidak lah ekau terer eh jang.

Kalau kita nak ban orang sebab dia beri pandangan yang tidak menyenangkan kita, ini nama nya macam ke budak budakan.

Yang paling saya meluat ialah kita memperkecilkan pandangan Malott sebab dia di katakan berkawan dengan Anwar Ibrahim. Siapa dia nak berkawan sepatutnya tidak mendatangkan masaalah kepada kita. Anwar Ibrahim ini dahulu kan Timbalan Perdana Menteri kita dan timbalan presiden Umno. Suatu ketika semua mereka yang sekarang ini dok hentam Anwar cium tangan Pak Sheikh. Kita harus membezakan antara penyakit peribadi dan ingatan tulus ikhlas.

Wallahu'alam bissawab. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Pendedahan Terbaru : Projek pengubahsuaian masjid Kg Baru RM20 juta diberi pada adik Najib .. kepala bapak depa

Posted: 14 Feb 2011 11:37 PM PST

Ahmad Lutfi Othman

Baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kg Bharu, Mohamed Nazim Abd Razak, yang juga adik Najib.

Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd, yang mana pemiliknya adalah Nazim sendiri. Seorang penduduk Kampung Baru menelefon saya untuk meluahkan pandangannya: "Memandangkan Nazim adalah timbalan pengerusi masjid, SPRM diminta menjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd, beliau tentu sedar bahawa perlantikannya mungkin atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri."

Selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofil tinggi, iaitu Nazir, Johari dan Mohamed Nizam.

Nazim pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 208, yang cuba mengaitkan nama Najib, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dibunuh secara kejam. Sehari selepas membuat pendedahan itu, Bala secara tergesa-gesa menarik balik akuan sumpah awalnya dan menghilang keluar negara. Bala, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas.

Ekoran itu, tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat dalam satu aduan menggesa SPRM menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya. - HARAKAH-
STONE : KAHKAHKAH ... AKU TAK NAK CAKAP BANYAK, SEMUA DAH BACA DAN SEMUA DAH FAHAM ... cuma satu pesanan aku pada semua, mai ramai-ramai kita SOKONG NAJIB .. UNDILAH BN ... kah kah kah ... PM 1MALAYSIA YANG AMAT PRIHATIN TERHADAP RAKYAT ... KEPALA HOTAK DEPA ... PI MAMPIUH LAGI CEPAT LAGI BAIKLAH

Tiada ulasan: