Isnin, 7 Februari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bekas Duta Amerika ke Malaysia hentam Najib .. haha 'cermin muka dulu' Najib ooii katanya ..

Posted: 07 Feb 2011 10:24 PM PST

Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.

Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

"Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott dalam komentarnya di AWSJ.

Malott mempersalahkan peningkatan ketegangan kaum dan agama yang tercetus baru-baru ini kerana sikap "toleransi kerajaan dalam beberapa kes memprovokasi dan faksionalisme etnik melalui kata-kata dan tindakan kerajaan".

Sambil memberi beberapa contoh, beliau juga mengimbas kejadian di mana seorang pembantu kanan Najib - Hardev Kaur menyarankan supaya tidak ada salib dipamerkan semasa perdana menteri mengunjungi rumah terbuka hari Krismas di kediaman Paderi Besar Katolik Kuala Lumpur.

500,000 tinggalkan Malaysia

"Ms Kaur kemudian berkeras berkata saranannya itu satu permintaan dan bukannya arahan, seolah-olah seperti rakyat Malaysia boleh menolak permintaan daripada pejabat perdana menteri," keluh Malott.

Contoh lain berhubung ketidak sensitif kerajaan, kata Malott, termasuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang membela tindakan sekumpulan penduduk yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di kawasan kejiranan mereka.

Malott juga menyentuh mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan "kurangnya patriotisme"di kalangan masyarakat Cina dan India di negara ini.

Turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".

Akibat ketegangan perkauman yang semakin memuncak, sebanyak 500,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu antara tahun 2007 dan 2009 - jumlah itu kecam Malott, adalah lebih dari dua kali ganda jumlah profesional Malaysia yang tinggal di luar negeri.

Beliau juga berkata Najib terpikat untuk mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang secara terang-terangan menentang pembaharuan ekonomi atas nama 'ketuanan Melayu' - mkini

Jamil Khir, hang jangan main terjah je, faham dulu apa yang TGNA cakap ...

Posted: 07 Feb 2011 09:34 PM PST


MS : Ini lah masalahnya kalau jadi 'menteri bodek, menteri kipas' .. lain yang orang cakap lain yang dia cakap .. main redah saja, janji boleh cakap, tapi apa yang dicakap tak kena langsung.

Ni Jamil ooii, bukan Nik Aziz yang NAK MENGHERET MAJLIS FATWA ... ulang BUKAN NIK AZIZ YANG NAK MENGHERET MAJLIS FATWA tapi orang lain yang mencadangkannya ... ada faham? Kalau tak faham lagi bahsa Malaysia, aku nak ingatkan lebih baik jangan jadi Menteri la ya ....

Satu lg Jamil, lama dah duk tunggu ni, bila nak nasihat Ro$mah FLOM (Fat Lady of Malaysia) tu menutup aurat ... hahaha. Kenapa takut ker nak ngadap FLOM tu?

Yang lain hang hebat sangat, bila mai tang bini tok ketua, kenapa diam ??? hahaha .. menteri cari makan ...

Nik Aziz anggap Jamil Khir keliru
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan apabila membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Jamil Khir Baharom di dalam Berita Harian hari ini.

"Jelas beliau keliru dengan rentetan isu ini," tulis beliau di laman twitter.

Akhbar berkenaan melaporkan Jamil Khir Baharom berkata Nik Aziz tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.

"Selesai dulu dengan Mohd Noor, soal agama ini bukan kira setaraf, layak atau tidak, dia (Nik Aziz) tak perlu babitkan orang lain, Majlis Fatwa kalau minta bagi fatwa bolehlah, tapi bukan atas permintaan individu tapi Raja. Itu peraturan fatwa, kalau dia nak cabar Majlis Fatwa, maknanya dia tidak faham fungsi dan peranan majlis," kata Jamil.

Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengingatkan bahawa bukan beliau yang mengheret nama Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi orang lain yang mencadangkan pandangannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa.

"Saya hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan," jelasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

ADUN BN - Kalau dgn Najib pun depa tipu ......!!!

Posted: 07 Feb 2011 09:21 PM PST

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.

Pemindahan saham Carrefour M'sia : Aziz Shamsuddin kalah

Posted: 07 Feb 2011 07:28 PM PST

Carrefour Malaysia seems to have full control of its business here following the Court of Appeal's ruling to overturn an injunction granted to its Malaysian minority shareholder.

The judgment enables Carrefour to execute the transfer of shares from its 30 per cent Bumiputera partner Hartajaya Harmoni Sdn Bhd.

Hartajaya, however, plans to appeal against the decision.

Hartajaya had previously requested the High Court to grant an injunction on the transfer of shares, pending the decision of an oppression suit filed by it on November 10 last year.

Its local partner is suing Carrefour for exercising its call option at a prescribed fee of RM23 million, which is the initial investment sum for Hartajaya's 115.71 million shares. This would give it no return on its investment.

Hartajaya is arguing that it should be paid higher, considering the bids that Carrefour had received when it announced the sale of its stores here.

Hartajaya's counsel Gideon Tan of Gideon Tan Razali Zaini said it plans to appeal the decision of the Court of Appeal.

"Hartajaya will proceed to seek leave for appeal to the Federal Court within the next two days, and apply for an injunction to prevent the transfer of shares," Tan told Business Times. Hartajaya is majority-owned by former rural and regional development minister Tan Sri Aziz Shamsuddin.
Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

Carrefour in Malaysia is operated under the name Magnificient Diagraph Sdn Bhd.

Meanwhile, Carrefour's counsel, Chew Kherk Ying of Wong & Partners, said it plans to file an application in the High Court to assess damages for losses as a result of the injunction imposed.

Arief Emran Arifin, co-counsel for Carrefour, said that the injunction was part of the reason rendering it unable to proceed with the sale of its Malaysian business.

The French retailer had cancelled initial plans to sell its Malaysian business citing low bids and promised to invest and expand instead.

"In the meantime, we have actually filed a stay of the (oppression suit) case pending arbitration. We want it to be arbitrated instead of having to go before the courts," Emran said.

The remaining shareholders of Magnificient Diagraph are Carrefour Netherland BV (CNBV) (26.06 per cent), Carrefour Malaysia Sdn Bhd (9.33 per cent), and Mildew BV (34.61 per cent).

- Business Times

TERKINI : Bekas menteri mati ditembak

Posted: 07 Feb 2011 06:31 PM PST

Bekas menteri disyaki rasuah mati ditembak

Setiausaha Kesihatan berkata, bekas panglima angkatan tentera yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan mati akibat kecederaan tembakan.

Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona, berkata Jeneral Angelo Reyes diumumkan mati selepas tiba di hospital hari ini selepas ditembak di bahagian dada. Ona enggan mengesahkan sama ada Reyes membunuh diri berkata, dia masih menunggu laporan bedah siasat. Reyes ketika ini menjadi perhatian umum selepas seorang bekas pegawai bajet tentera menuduhnya melakukan penyelewengan.

Beliau berkhidmat di bawah pentadbiran Presiden Joseph Estrada dari 2000 hingga 2001 dan memegang beberapa jawatan Kabinet ketika penggal Presiden Gloria Arroyo dari 2001 hingga 2010. - AFP

PRK Merlimau : BN bakal letak Rosmah Mansor sebagai calon?

Posted: 07 Feb 2011 05:48 PM PST




Merlimau: Najib dicabar letak Rosmah calon BN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

"Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, katanya adalah sesuai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.

Tambahnya, cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melihat pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan 'Wanita Pertama' Malaysia ini.

"Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini," ujarnya

PRK Merlimau : Sah, PAS tanding

Posted: 07 Feb 2011 08:07 AM PST


KUALA LUMPUR, 7 Feb – Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu.

"Tidak benar, tidak benar," kata beberapa wakil rakyat PR yang turut berada pada sidang media susulan pertemuan mereka di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga mengambil kesempatan dengan bertanya siapakah sumber berita yang mengatakan PAS tidak akan bertanding di DUN Merlimau.

"Dari mana anda mendapat maklumat itu? Ada nama disebutkan? Tidak? Jadi tidak, ia tidak benar," katanya.

Anwar menambah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengharapkan sokongan keseluruhan jentera PR membantu persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu.

Mengenai calonnya, Hadi yang turut menghadiri sidang media itu berkata keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.

"Kami akan menyenarai pendek nama kemudian," kata beliau lagi.

Katanya, berdasarkan amalan biasa calonnya adalah warga tempatan dan kepimpinan pusat akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin PAS Melaka sebelum menamakan calon mereka.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi - tmi

PRK Merlimau : PAS tidak akan letak calon ...

Posted: 07 Feb 2011 01:41 AM PST

Oleh Adib Zalkapli
February 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

"Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum," kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.

Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.

Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.

"Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding," kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Perkara itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat petang ini.

Biro politik PAS akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.

The Malaysian Insider isu tersebut akan disentuh dalam kedua-dua mesyuarat itu.

Dipercayai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Merlimau menyokong idea itu.

Seorang lagi pemimpin PAS berkata parti itu perlu membuat keputusan itu sebelum memujuk rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat mengambil langkah yang sama.

"Masalahnya ialah PKR dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Akin yang berminat mahu bertanding, akan ada kesan dalaman lebih buruk jika PKR bertanding," katanya dengan merujuk kepada persefahaman ketika pilihan raya umum 2008 di mana Shamsul tidak bertanding di Jasin tetapi memilih kerusi Dungun di Terengganu.

Bahagian Parlimen Jasin mempunyai lima DUN di mana BN menang kesemuanya pada 8 Mac 2008.

PKR juga menunjukkan minat ke atas Merlimau agar boleh ditandingi oleh Shamsul - TMI

Kapal pesisir pantai Tentera Laut : New Zealand beli RM210juta - Malaysia beli RM1 Bilion : Rakyat M'sia mari kita tepuk tangan ramai2 ...hahaha

Posted: 07 Feb 2011 12:34 AM PST

Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lepas hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu. - mkini

Orang lain aku tak tahulah... tapi aku takkan duduk diam!! aku akan pastikan rakyat bangkit menentang kebejatan serupa nie!! Bangsat!! Macamana negara nie tak bankrap kalau berniaga macam jutawan baghdad !!

BANGKIT BANGKIT!! BANGKIT RAKYAT !!
HANCUR HANCUR !! HANCUR BN !!!
MS : Inilah kerajaan 1Msia Najib yang begitu cerdik ... rakyat mesia bangkit segera, kita tentang pembaziran kerajaan haramjadah ni ...

Tiada ulasan: