Rabu, 2 Februari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PANAS : Suami tangkap isteri sedang 'doggy' dgn Ketua UMNO

Posted: 02 Feb 2011 06:37 PM PST

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar
Alangazizsham -
sumber - bujang susah
MS : mana blogger UMNOapco, papagomo ker tak nak siasat lagi ker, atau sekurang2nya upkan lah story ni, awat diam ... dan aku percaya cerita ni akan diam macam tu saja nanti .. hahaha ...sebab dia orang umnoapco ...

Pakatan akan hancur jika Anwar terus lindungi Azmin - Gobala

Posted: 02 Feb 2011 04:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Feb — N. Gobalakrishnan, wakil rakyat terbaru keluar PKR, meneruskan serangan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan meramalkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan hancur jika ketua pembangkang itu terus menyebelahi Azmin Ali.

Ahli Parlimen Padang Serai ini memberitahu The Malaysian Insider, PAS dan DAP juga "muhasabah diri" secara serius jika mereka ingin melihat PR terus berkekalan dan relevan, malah seharusnya menasihatkan Anwar berhenti daripada pilih kasih dan melindungi timbalan presiden PKR itu.

"Jika tidak, mereka tidak pertahan. Jika mereka tidak bercakap kepada Anwar... mereka tidak akan pertahan. Tiada boleh," kata Gobalakrishnan yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas dengan mengikut langkah lima ahli Parlimen PKR sebelum ini.

Gobalakrishnan mendakwa tindakan Anwar melindungi Azmin secara berterusan dengan mudah melemahkan PKR dan perkembangan itu akan membawa kepada kejatuhan PR kelak.

"PKR yang lemah akan membawa kepada Pakatan yang lemah kerana Anwar adalah ketua yang dilantik... beliau sepatutnya mengikut keputusan (dibuat), dia sepatutnya berkecuali memandangkan beliau perdana menteri Pakatan (jika berkuasa)," katanya lagi.

Bagaimanapun Anwar dengan ketara kelihatan mengorbankan apa sahaja termasuk sokongan masyarakat India, Melayu dan juga mereka dari Sabah dan Sarawak untuk menaikkan Azmin.

"Jadi beliau terus berbuat demikian, PKR akan musnah dan begitu juga Pakatan kemudian," kata beliau.

Kelmarin, pemimpin-pemimpin PKR menegaskan parti sanggup kehilangan pemimpin-pemimpinnya yang rasis termasuk yang terbaru Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar parti itu Sabtu lalu.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Gobalakrishnan baru-baru ini telah menuduh berkali-kali bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu meminggirkan masyarakat India.

"Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin (juga) menuduh PKR mengabaikan masyarakat Melayu.

"Tuduhan-tuduhan bercanggah ini membuktikan bahawa pemimpin yang masih terperangkap dengan mentaliti perkauman tidak sesuai berada dalam PKR, yang merupakan parti politik pelbagai kaum yang progresif," kata beliau.

Gobalakrishnan, 50, mengisytiharkan dirinya keluar PKR Sabtu lalu dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Gobalakrishnan berkata, "saya sudah fed up (bosan) dengan Anwar serta Azmin, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR."

Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Katanya, amat sesuai sekali pemimpin seperti Gobalakirshnan yang masih lagi terperangkap dengan mentaliti lapuk untuk keluar parti.

"Rakyat akan menilainya dalam pilihan raya umum akan datang dan PKR sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Gobalakrishnan berkata PR seharusnya memutuskan "apa yang perlu dilakukan dengan Anwar" dan bertanya kepada ketua umum itu mengapa beliau memberikan begitu banyak ruang kepada bekas setiausaha sulitnya.

Katanya, pemimpin-pemimpin PR juga seharusnya mempertimbangkan untuk memberitahu Azmin bahawa beliau harus meninggalkan politik demi kebaikan semua.

"Beritahu beliau supaya lebih baik jadi ahli perniagaan kerana sekarang keseluruhan ekonomi Selangor dikuasai Azmin dan kroni-kroninya," kata beliau.

"Jika pemimpin-pemimpin Pakatan masih merasakan Anwar masih diperlukan dan masih relevan, maka mereka harus memintanya memilih antara Azmin dan Pakatan," katanya.

Katanya, jika Anwar tidak sanggup untuk membiarkan Azmin pergi, maka beliau pula harus meninggalkan politik dan PR.

Malah kata beliau, pentadbiran Selangor juga sudah mula "tunggang-langgang" disebabkan peranan Anwar-Azmin dan mendakwa rasuah kini didapati di semua peringkat.

"Rasuah tidak semestinya dalam bentuk rasuah secara langsung... ia juga dalam bentuk kronisme dan nepotisme, apabila perkara ini diperkenalkan, maka datanglah rasuah," katanya lagi.

Anwar merupakan penasihat ekonomi Selangor manakala Azmin merupakan Adun Selangor dan ketua PKR negeri itu. -TMI

Keadaan di Mesir - Banduan menyamar polis

Posted: 02 Feb 2011 04:28 PM PST

PUTRAJAYA: Tindakan banduan yang terlepas dan menyamar sebagai polis amat menakutkan kebanyakan pelajar Malaysia di Mesir yang tinggal di bandar Mansoura.

Banduan mula memecah masuk dan merampas senjata di balai polis sebelum membakarnya menyebabkan pengaruh polis di kawasan itu mula lumpuh dan diambil alih askar.

Keadaan itu menyebabkan pelajar tidak berani keluar dan diarahkan berkurung bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk.

Menceritakan keadaan itu, pelajar perubatan dari Universiti Mansoura, Zulfazli Zainal, 21, berkata mereka menghadapi kesukaran untuk keluar dari rumah kerana keadaan memang tidak stabil.

Lebih teruk, katanya, banyak kedai ditutup selain bimbang dengan kehadiran banduan terlepas, menyamar sebagai polis yang berkeliaran di merata tempat.

"Keadaan memang bahaya sebab kita tidak tahu sama ada mereka yang berpakaian seragam polis itu betul-betul pihak polis atau banduan yang menyamar.

"Ini amat menyukarkan kami untuk bergerak, tetapi saya nekad keluar dari rumah seorang diri menuju ke Lapangan Terbang Borg el Arab dengan menaiki kereta sewa memandangkan saya sudah menempah tiket pulang.

"Sepanjang perjalanan, saya nampak banyak askar dan kereta kebal, masa itu baru saya tahu sebenarnya keadaan teruk, menyebabkan saya tidak sabar untuk pulang ke Malaysia," katanya.
Zulfazli berkata, dia menaiki pesawat ke Dubai sebelum berlepas ke Malaysia menaiki Penerbangan Malaysia dan tiba di tanah air Ahad lalu.

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana selamat sampai, saya rasa lega sangat," katanya.

Seorang lagi pelajar perubatan dari universiti yang sama, Nik Mohd Afif Hazman, 20 dari Kajang, Selangor berkata, dia amat risaukan kawan-kawannya yang masih berada di Monsoura kerana bekalan makanan semakin berkurangan.

"Ramai lagi kawan-kawan yang masih berada di sana, sekarang mereka hanya bergantung kepada tuan rumah untuk membekalkan makanan kepada mereka. "Mereka tidak boleh mengeluarkan wang kerana semua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar itu rosak," katanya.

Katanya, kebanyakan kawan-kawannya yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah adalah mereka yang membeli tiket penerbangan Egypt Air.

"Mereka mula membeli tiket Egypt Air selepas mendapat tahu keadaan rusuhan semakin teruk, tetapi malangnya syarikat penerbangan itu membatalkan penerbangan," katanya - BH

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir - TGNA

Posted: 02 Feb 2011 09:28 AM PST


by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Thursday, February 3, 2011 at 1:23am.

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : "..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.



HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu

Bapa rogol anak depan isteri dipenjara 80 tahun dan 40 sebatan

Posted: 02 Feb 2011 03:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Seorang bapa kepada sembilan anak dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun tiga bulan, hujung tahun lalu.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu berjalan secara berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Januari lalu.

Tertuduh yang bekerja di sebuah kedai makan, didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun tiga bulan itu di dalam bilik di rumahnya dalam empat kejadian berasingan iaitu pada pukul 4 petang,awal November 2010, pukul 10 malam pertengahan November 2010, pukul 3 petang Disember 2010 dan pukul 2 petang 23 Januari lalu.

Tertuduh kelihatan tenang ketika menerima hukuman mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan.

Mengikut fakta kes, tiga kejadian rogol yang dilakukan secara paksa terhadap anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu telah disaksikan oleh ibu mangsa.

Bagaimanapun perbuatan tersebut gagal dihalang selepas lelaki itu bertindak memukul isterinya.

Pada Disember 2010, pukul 3 petang, tertuduh sekali lagi merogol anaknya ketika isterinya tiada di rumah.

Ibu mangsa kemudian terpaksa meminta bantuan daripada jiran untuk membuat laporan di balai polis berdekatan dan tertuduh akhirnya ditangkap pada 27 Januari lepas di rumahnya.

Mohamad Sekeri ketika menjatuhi hukuman itu berkata seorang bapa seharusnya bertindak sebagai pelindung kepada anak-anak bukannya merosakkan mereka.

"Perbuatan kamu ini akan menjadi titik hitam kepada anak kamu sepanjang hayat," katanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon hukuman terhadapnya diringankan kerana dia benar-benar insaf akan perbuatannya itu.

"Saya juga menghidap darah tinggi serta sakit jantung, saya merayu hukuman berjalan serentak bermula daripada tarikh ditangkap," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Loon Jia Yian memohon hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dengan menitikberatkan faktor kepentingan awam.

"Kesalahan tertuduh bukan hanya menyebabkan trauma kepada mangsa tetapi juga kepada keluarga tertuduh.

"Perbuatan itu sama sekali tidak boleh diterima masyarakat, justeru itu saya memohon hukuman yang dikenakan berjalan secara berasingan," katanya. — Bernama

Lagi cerita polis samseng .. apa nak jadi dgn polis M'sia ni?

Posted: 02 Feb 2011 02:56 AM PST


Polis preman didakwa tampar, rompak wanita hamil

Seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa ditampar dan dirompak Isnin lalu oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh - dan mereka kemudian menangkapnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang dihubungi wanita tersebut - Chow Soo Meng, 36 - pagi ini, mendakwa anggota polis berkenaan mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.

"Polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin," kata Chow dalam laporan polisnya.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.

Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya janga buat isu atau hadapi risiko ditahan semula, kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini.

Lim yang ditemui bersama Chow hari ini berkata, wanita itu telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 ptang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, katanya, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama.

Di sana, kata Lim lagi, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok.

"Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac," tambah Lim. - Mkini

MS : kalau betul apa yang dilaporkan. polis ni memang kurang ajar ... sudah banyak kita mendengar melalui laporan-laporan akhbar yang polis kita bersikap samseng - mentang2 mereka ada kuasa - terhadap rakyat. Pada masa yang sama macam2 kempen diadakan untuk mendekatkan masyarakat dengan polis, tapi kejadian-kejadian polis 'samseng' terus menerus kita dengar. KPN, macamana ni, sampai bilakah 'cop' polis samseng dapat di lupuskan dari pandangan masyarakat?

DSAI Sombong, Khianat kata mat sembab. Betul ke?

Posted: 02 Feb 2011 02:04 AM PST

Sikap Sombong, Khianat Anwar Punca Anggota PKR 'Chow Liao'

MUAR: Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu 'chow liao' atau cabut lari beramai-ramai, terbaru adalah Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.

"Semua pengasas bersama sudah 'chow liao', lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.

"Terbaru Gobalakrishnan... mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara," katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini Rabu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, BN tidak gentar dengan hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.

Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya.

Beliau berkata BN sentiasa bersedia di mana-mana kawasan untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai dakwaan Anwar terhadap kerajaan.

"Kian hari kepercayaan orang kian runtuh, jadi dia (Anwar) mungkin rasa perlu gerak ke pelbagai tempat untuk tambah jangka hayat nyawa ikan yang masih tinggal.

"Saya cadangkan dia gerak ke seluruh negara bukan 30 kawasan sahaja kerana imej dia sudah teruk dan orang tidak percaya," katanya. BERNAMA

PRK Merlimau : PAS atau PKR akan diputuskan pada 7 Feb

Posted: 02 Feb 2011 01:38 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
February 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Pakatan Rakyat akan memutuskan parti yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka 7 Februari ini.

Perikatan tiga parti itu akan mengadakan mesyuarat kepimpinan tertinggi pada Isnin.

Kedua-dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengesahkan pertemuan itu yang akan menentukan sama ada parti itu atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding di kerusi itu.

"Kalau ikut status quo 2008, memang PAS akan meletakkan calon tapi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat itu.

"Kita akan umumkan selepas mesyuarat itu selesai," kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, Mahfuz menjelaskan beliau baru dimaklumkan mengenai mesyuarat itu dan menjangkakan pilihan raya DUN Merlimau akan dibincangkan.

"Saya baru dapat mesej kata ada mesyuarat pada 7 Februari ini tapi tidak dimaklumkan apa agendanya.

"Tapi pilihan raya kecil Merlimau akan dibincangkan dalam mesyuarat itu," katanya.

PKR sebelum ini berminat untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS dengan meletakkan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Shamsul Iskandar juga merupakan ketua PKR Melaka.

PKR mahu meletakkan calon mereka meskipun Pakatan Rakyat merasakan wajar menurunkan semula wakil PAS pada pilihan raya kecil ke-15 itu sejak Mac 2008.

Kerusi itu ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum Mac 2008 dan empat tahun sebelumnya calon PKR.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi

Tiada ulasan: