MiLo SuaM |
| Muhyidin Yassin nak swastakan sekolah pulak Posted: 22 Feb 2011 01:07 AM PST Senang betul jadi menteri, kalau malas nak fikir pasal sekolah swastakan sahaja sekolah, biar orang lain yang ambil tahu hal ehwal sekolah, kena bayar lebih tak apa, bukan duit menteri, itu semua duit kerajaan, duit rakyat, menteri tak rugi apa-apa. Cadangan baru Pak Din anak Yassin, untuk menswastakan sekolah benar-benar di luar jangkaan. Apa dah jadi ni sampai nak swastakan sekolah kerajaan pulak? mana tanggugjawab sosial kerajaan kepada rakyat? Apakah dgn cadangan tersebut ibubapa/penjaga pelajar akan membayar kos pengurusan sekolah dan mgkin juga gaji guru? Apa perlunya untuk menswastakan sekolah kerajaan? Menteri dah malas nak buat kerja? Dah malas nak uruskan hal ehwal sekolah? Dah malas nak ambil tahu hal ehwal pengurusan pembinaan sekolah? Kalau dah malas buat kerja serahkan sahaja kepada orang lain yang masih rajin nak buat kerja, masih sanggup nak jaga kebajikan rakyat. Tindakan ini akan meningkatkan kos sedia ada. Mungkin penyokong-penyokong kerajaan akan kata ini cerita karut, cerita fitnah dan macam-macam dari pihak pembangkang. Jadi di sini, RentaP© bagi bukti dari akhbar rasmi pembodek kerajaan sila rujuk link ini [Utusan] ![]() Semua benda nak swastakan, tak payahla ada kerajaan, tak payah kutip cukai. Lagi elok, tak payah perintah Malaysia lagi, swastakan saja Malaysia kepada Pakatan Rakyat. RentaP© "Kalau boleh jual, dah lama sekolah kena jual, duit masuk kocek menteri" |
| Petisyen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan membekukan aset Taib Mahmud Posted: 21 Feb 2011 04:22 PM PST Rakyat Malaysia dan semua individu terutama penduduk Sarawak yang prihatin digesa untuk menyeru pihak berkuasa bagi menyiasat dan membekukan aset milik Ketua Menteri Sarawak yang dipercayai telah merompak hasil bumi dan pelbagai projek Negeri Sarawak selama memegang kuasa sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun. NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) telah mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom. ![]() Rakyat Malaysia diminta menandatangani petisyen yang akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara. Royal Malaysian Police Asia Pacific Group on Money Laundering Attorney General's Department, Australia Australian High Commission, Kuala Lumpur Asia Pacific Group on Money Laundering, FBI Seattle Regional Headquarters US embassy in Malaysia Financial Transactions and Reports Analysia Centre of Canada (FINTRAC) Department of Justice, Canada UK Serious Fraud Office British High Commission in Malaysia Joint Financial Intelligence Unit, Hong Kong Financial Services Commission, British Virgin Islands Jersey Financial Services Commission, Anti-Money Laundering Unit Sila klik link ini untuk menandatangani petisyen [Sign Petition] ReJaM© "Maklumat anda akan dirahsiakan..." |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan