Isnin, 14 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kepala manusia jadi santapan di waktu pagi

Posted: 13 Feb 2011 01:44 PM PST

Pagi-pagi ni ReJaM© nak kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca blog MiLo SuaM. Gambar ini dipercayai diambil di Thailand. Penduduk Thailand ramai yang gemar memakan kepala orang di saat bersarapan pagi.

Malah sarapan pagi berupa kepala-kepala mayat manusia ini boleh didapati di kedai-kedai dan di pasaraya-pasaraya tempatan. Kepala-kepala mayat ini juga dijual secara terbuka untuk makanan orang awam di Thailand.

Korang tak percaya? Sila lihat sendiri gambar-gambar di bawah ini.

Lihat di bawah ini, salah seorang pekerja sedang sibuk membungkus kepala orang dan dilihat seperti sedang melakukan sesuatu ke atas salah satu kepala yang bakal dipasarkan di Thailand.

Namun begitu tentu anda tertanya-tanya, apakah undang-undang yang dipakai di Thailand sehingga membolehkan mereka menjual kepala-kepala orang ini secara terbuka. Adakah penjualan mayat ini sah di sisi undang-undang Negara Thailand?



Nak tahu jawapannya? Sila klik sini [Karat ijau]

ReJaM© "Terasa lapar pulak tengok kepala mayat ni... ha ha ha..."

PRK Merlimau, rakyat tagih janji BN 20 tahun lalu

Posted: 13 Feb 2011 08:29 AM PST


Di dalam kesedihan ada kegembiraan, keburukkan datang bersama kebaikkan. Ramai yang beranggapan kematian ADUN, atau wakil rakyat di satu-satu kawasan bermakna satu berita baik kepada rakyat setempat, kerana rakyat bakal dijamu dengan projek-projek kebetulan dari kerajaan Barisan Nasional untuk meraih undi.

Teori ini bukanlah sekadar teori rambang atau falsafah bodoh. Ia kini bagaikan satu fakta kukuh kerana mengikut rekod 14 sejarah pilihanraya kecil sebelum ini, setiap kali ada sahaja PRK, nescaya tiba-tiba kerajaan akan mengumumkan projek-projek dan peruntukan-peruntukan untuk kawasan tersebut dan mendakwa ia sebagai projek yang sudah lama dirancangkan, namun secara tidak sengaja (kebetulan) di umumkan pada saat PRK bakal berlangsung.[Kebetulan yang ajaib]

Samalah nasibnya dengan PRK di Merlimau. Penduduk setempat mengambil peluang sempena kematian ADUN BN di situ untuk menagih janji-janji manis Barisan Nasional yang sejak 20 tahun lalu. Meskipun sukar untuk mempercayai kerajaan kali ini, mereka tetap mengambil peluang untuk menagih janji-janji manis yang pernah ditabur suatu ketika dulu kerana inilah satu-satunya peluang untuk kerajaan mendengar rintihan hati-hati mereka. [Malaysiakini]

Seperti biasa, kerajaan Barisan Nasional akan mengatakan projek ini hanyalah sekadar projek kebetulan. Adakah anda percaya? Mahu tidak mahu, anda harus atau wajib percaya. Sudah 14 PRK berlangsung dan sudah 14 projek-projek dan peruntukan kebetulan berlaku, kali ini anda harus percaya bahawa akan ada projek kebetulan yang ke 15, sebelum anda melihat projek kebetulan yang ke 16 di DUN Kerdau Pahang tidak lama lagi.

Di hari biasa, bila rakyat meminta sesuatu Najib akan mengeluarkan kata-kata keramatnya "Tak boleh nanti negara akan bankrap!". Tapi bila ada PRK, semua akan jadi boleh, kerana ia "adalah projek yang sudah dirancangkan sejak lama dahulu"

ReJaM© "16 kebetulan? Betul-betul kebetulan yang ajaib"

Tiada ulasan: