Jumaat, 4 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


MELAYU AJAK MINUM BIR, CINA AJAK MINUM TEH TARIK, MANA SATU MAHU IKUT?

Posted: 03 Feb 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK hati saya dengan ucapan MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad di dalam ceramahnya di Petaling Jaya malam semalam. Beliau memberi jaminan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana Umno di dalam rekodnya dipenuhi dengan amalan jahat seperti rasuah, kezaliman dan berbagai lagi unsur yang menyalahi agama.

"Umno ajak PAS kerjasama kerana kedua-duanya parti Melayu macam orang Melayu Islam yang ajak kita pergi pub untuk minum bir.

orange book forum klscah 250111 khalid samad"Tapi ada pula orang bukan Melayu bukan Islam ajak kita pergi kedai mamak minum teh tarik," katanya.

Khalid mendakwa, perbandingan itu dibuat berdasarkan realiti terhadap tindakan Umno sepanjang pentadbiran selama 53 tahun di Malaysa, termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

"Jadi kita patut ikut Umno atau ikut orang yang ajak kita minum teh tarik?," soalnya yang disambut dengan jawapan "teh tarik" oleh kira-kira 1,000 yang hadir di ceramah berkenaan (Malaysiakini)

Inilah contoh pemimpin yang bijak menilai kawan dan lawan. PAS bertuah kerana memiliki tokoh seperti YB Khalid Samad yang berpewatakan bukan `Ulamak atau Ustaz' tetapi mempunyai komitmen yang tinggi di dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak perlu kepada pemimpin yang bersikap seperti Umno yang tahu menyebut `perpaduan Melayu' sahaja.

YB Khalid Samad sentiasa mengamalkan pendekatan `Ud' u Ila Sabiili Robbika Bil Hikmah'. Beliau berani menjejakkan kakinya ke Kilang Carlsberg terbesar di Shah Alam hanya kerana berunding dengan tuan punya syarikat tersebut. Beliau tahu, lesen kilang Arak terbesar di situ bukan dikeluarkan oleh Kerajaan PR Selangor, bahkan kilang ini tersergam di situ bertahun lamanya sebelum Selangor diambil alih oleh PR. Arak dan kilang terbesar di situ didirikan kerana mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

Kerajaan PR Selangor juga amat sensitif dengan nasib pekerja-pekerja Islam yang terpaksa mencari makan di premis jualan arak. Justeru itu, Kerajaan Negeri menubuhkan tabung khas berjumlah RM 10 juta untuk memberi kemudahan berbentuk modal atau bantuan lain bagi pekerja-pekerja tersebut mencari kerjaya lain yang halal bagi mereka.

Adakah langkah seumpama ini pernah dilakukan oleh mana-mana negeri yang diperintah oleh Umno? Justeru itu, tepatlah seperti yang dikatakan oleh YB Khalid bahawa PAS melakukan pendekatan yang bijak apabila bersama PKR dan DAP di dalam memperjuangkan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

SIRI JELAJAH ANWAR BUAT MUHYIDDIN GELABAH ?

Posted: 03 Feb 2011 10:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN mula terasa gelabah apabila DS Anwar kini melancarkan `Jelajah Malaysia' sebagai kempen PKR untuk menerangkan segala isu semasa. TPM menyebut bahawa suatu hari nanti DS Anwar akan keseorangan di dalam PKR kerana beberapa tokoh PKR telah pun keluar dari parti berkenaan.

Apa yang Muhyiddin lupa, semenjak beberapa tokoh yang `lapar' itu keluar dari PKR, semakin ramai muka baru menyertai parti ini. Proses pembersihan di dalam PKR ternyata berhasil, mereka yang menyertai PKR hanya untuk mencari makan dan gilakan jawatan tidak boleh lama berada di dalam PKR. Parti ini bukan eksklusif untuk pejuang-pejuang reformasi era 98 sahaja tetapi ianya terbuka kepada semua yang cintakan keadilan.

Rakyat melihat sendiri tokoh-tokoh yang keluar dari PKR semuanya tidak menjadi apa, kecuali Senatak Ezam sesumpah yang dilantik sebagai Senator atas jasanya menghentam Anwar bukan kerana jasanya memperjuangkan isu rasuah RM 500 Juta kapal selam. Manakala yang lain sekadar menjadi pencacai Umno yang sekali sekala muncul di kaca TV untuk menghentam DS Anwar. Muka-muka seperti Zahid Md Arip, Ruslan Kassim, Zahrain dan beberapa lagi pencacai hanya menjadi `pak yek' kepada Umno.

Memang wajar Muhyiddin risau dengan kebangkitan DS Anwar sekarang. Ini adalah kerana terlalu banyak rahsia penyelewengan kerajaan Bn dan Umno yang didedahkan kepada rakyat sepanjang jelajah DS Anwar. Siri jelajah Ketua Umum PKR ini terbukti mendapat sokongan hebat dari rakyat jelata dan sekaligus kenyataan Muhyiddin bahawa DS Anwar akan keseorangan adalah satu kenyataan untuk `menyedapkan' hati beliau sahaja.

Penolakan debat yang dicadangkan oleh DS Anwar oleh Najib ternyata satu pukulan hebat kepada Umno. Biar rakyat tahu bahawa Umno sebuah parti yang berlambangkan keris telanjang tetapi pemimpinnya seorang yang pengecut./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: