Isnin, 14 Februari 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Malam ni nak makan kat mana ya?

Posted: 13 Feb 2011 05:25 PM PST

Percaya atau tidak, hari ini, tengah2 anak muda gila merayakan Valentine's Day, aku dan isteri ku menyambut hari ulang tahun pernikahan kami.

Jadi dalam kejahilahan anak2 muda islam seronok tak tentu pasal, aku memeluk isteriku dengan penuh kasih sayang kerana melahirkan 4 orang cahaya mata yang hebat untuk aku. Tak kiralah macamana tanggapan orang lain terhadap aku dan keluargaku...aku nak cakap aku seronok.

Macamana aku boleh nikah pada 14hb. Februari, itu kena tanya Pak Mertua aku? Dia yang tetapkan tarikh.

Romantik bebeno ke Pak Mertua aku ni...he he...aku tak pikio macam tu. Dia orang kampong yang tak pernah taupun wujudnya hari pelik2 ni. Tapi dia pilih tarikh itu untuk aku bernikah dengan anaknya. Katanya pada malam tu...bulan mengambang penuh?? He he...

Jadi orang dok bodoh sambut hari kekasih akupun sibuk juga menambah rasa kasih aku kepada isteri dan anak2. Terima kasih G...

Cakap pasal realiti, aku rasa simpati kepada Ustaz Nasarudin Tantawi kerana dikritik atas kenyataannya. Pada aku dia betul bila mengatakan haram bagi umat islam menyambut hari tersebut. Ini jelas telah dinyatakan oleh Majlis Fatwa. Tak ada apa yang dipertikaikan.

Cumanya kenyataannya (yang disalah quote oleh AFP) seolah2 mengarahkan kerajaan2 negeri di bawah Pakatan Rakyat itu yang menyusahkan beliau. Memang sebagai KP PAS dia tak ada kuasa mengarahkan mana2 negeri berbuat begitu begini. Tak salah juga dia membuat kenyataan mahupun cadangan. Cumanya kalau kenyataannya tidak disalah quote, harap2 di masa hadapan beliau lebih tactful.

Aku juga gembira membaca 2 artikel dan kenyataan dari dua orang yang berbeza tentang sambutan hari kekasih dan pendirian PAS tentangnya.

Pertama oleh Selena Tay dari Malaysia Chronicle...http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=7561:are-malaysians-being-too-hard-on-pas?&Itemid=2

Kalaulah seorang bukan islam seperti Selena Tay boleh rasional tentang PAS, kenapa orang yang mengaku islam mengambil pendirian yang sebaliknya?

Kedua ialah kenyataan TS Khalid Ibrahim semalam tentang tindakan kerajaan negeri dan agensi yang berkaitan tentang program Anti-zina yang sudah tentu kebetulan ada kena mengena dengan sambutan hari kekasih ini... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sex-abstinence-campaign-is-not-oppressive-selangor-mb-says

Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh beliau bahawa kempen ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendidikan yang jelas kepada umat islam dan bukannya menyekat kebebasan tidak bertempat. Amar makruf nahi mungkar adalah tuntutan agama.

Kalau nak kira jahil...aku masa zaman jahil dulu juga merayakan hari kekasih ni tetapi taklah sampai melakukan sex bebas dan sebagainya. Sekodor hantar kad, dinner bla bla bla. Itu bukan sebab apa...sebab jahil, ikut2, tak cool bila tak buat macam tu, tak ikut trend bla bla bla.

Jadi baguslah kalau DPPP dan kerajaan negeri nak buat kempen penerangan dan sebagainya. Cumanya...bila buat kempen tu biarlah istiqamah. Jangan bermusim ajer...

Hmm...malam ni nak makan kat mana ya?

Tiada ulasan: