Sabtu, 12 Februari 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


PRK Lagi....

Posted: 12 Feb 2011 05:56 AM PST

Adun BN Kerdau meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-16

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi.

Kenalan rapat Allahyarham memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

"Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh," kata kenalan rapat beliau.

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

"Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya," kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.

Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia.

Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: