Jumaat, 11 Februari 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Anwar teroris....

Posted: 11 Feb 2011 06:39 PM PST

Sebuah NGO Melayau yang lantang telah menuduh Anwar sebagai teroris dan bertanggungjawab atas kejatuhan Datuk Seri Hosni Mubarak di Mesir.

Dalam kenyataan rasminya kepada agensi berita Fakap (kepunyaan AT), Datuk Paduka Ibrahim Altantuya menggesa Menteri Dalam Negeri untuk menyiasat Anwar Ibrahim, melarangnya keluar dari negara dan memastikan demonstrasi jalanan dapat dimatikan terus.

"Rakyat Mesir telah mengambil contoh dari demonstrasi jalanan yang kerap dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco2nya dan ini amat merbahaya. Lihatlah kesannya kepada Datuk seri Hosni Mubarak...lintang pukang jadinya!"

"Mesir yang aman damai sebelum ini tiba-tiba jadi huru hara. Kini Mesir tidak lagi dapat mengembangkan ekonominya dan kami bimbang harga minyak dan barang keprluan harian di negara itu tidak dapat dibeli dalam kadar pasaran biasa."

"Kami juga menuntut kerajaan Malaysia memberikan panduan kepada Datuk Seri Omar Suleiman bagaimana untuk mengekang pengaruh Anwar Ibrahim dari terus merebak ke rantau Asia Barat dan Tengah."

Datuk Paduka Ibrahim Altantuya juga menegaskan mereka akan membuat laporan polis untuk menghalang Anwar Ibrahim dari keluar negeri....

http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/865-awas-anwar-nak-cabut-lari

Kejatuhan Rejim Datuk Seri Hosni Mubarak: Sendiri Mahu Ingatlah...

Posted: 11 Feb 2011 05:24 PM PST

Baru-baru ini bila ke Kedai Buku Kinokuniya KLCC, aku terpandang sebuah buku berjodol... "How To Stage A Military Coup?"

Baru saja aku membelek2 buku ni...anak aku yang kecik sibuk memanggil. Dalam kesibukan itu aku terlupa nak kembali mengintai isi kandungan buku tersebut.... jadi tak taulah aku apa isi kandungannya?

Namun rakyat Mesir membuktikan kuasa sebenar adalah di tangan rakyat. Perlu kita ingat bahawa selama ini tentera Mesir memang macai nombor 1 Datuk Seri Husni Mubarak tetapi bila rakyat bangkit....tenterapun tak boleh buat apa.

Jadi kepada mana2 negara yang diperintah oleh rejim yang zalim, korup, First Lady yang lebih lemak dari daging, ahli politik yang mangkok, kroni adik beradik dan anak beranak dan kriteria2 lain seumpamanya...sendiri kena ingatlah ye...!! He he...


Rakyat: Kebangkitan 18 hari lahir Mesir baru, Hosni 'dihalau'
February 12, 2011

Rakyat Mesir menyambut kejayaan mereka menundukkan Presiden Hosni Mubarak di Kaherah awal pagi tadi (waktu Malaysia). — Foto ReutersKAHERAH, 12 Feb — Tentera Mesir mengambil alih pentadbiran negara itu mulai tengah malam tadi berikutan keputusan Presiden Hosni Mubarak mengakhiri 30 tahun kepimpinannya ekoran kebangkitan rakyat selama 18 hari.

"Kami telah menamatkan rejim (Hosni), kami telah menggulingkan rejim," laung ratusan penunjuk perasaan yang membanjiri Dataran Tahrir di sini sejak 25 Januari lalu.

"Selamat Tinggal Jumaat," kata seorang lagi penunjuk perasaan merujuk kepada hari Jumaat semalam.

Minggu lalu mereka mengumumkan "Jumaat, Hari Berundur (bagi Hosni)".

"Akhirnya kami bebas," kata Safwan Abou Stat, penunjuk perasaan berusia 60 tahun.

Perkembangan itu disambut baik oleh White House dan beberapa negara lain di rantau Timur Tengah.

Presiden Barack Obama dipetik msnbc berkata dunia telah menyaksikan detik sebenar sejarah.

"Mesir telah menginspirasikan kita, dan mereka melakukan begitu (baik) dengan mengetepikan tanggapan bahawa keadilan hanya akan diperoleh menerusi keganasan," kata Obama.

Peneraju demokrasi utama Mesir Mohamed ElBaradei yang juga seorang pemenang Hadiah Nobel Keamanan berkata, hari Jumaat adalah "hari yang sungguh hebat dalam diri saya."

"Negara telah dibebaskan selepas penindasan selama beberapa dekad," kata Mohamed kepada The Associated Press dipetik msnbc.

Sehubungan itu beliau mengharapkan "peralihan kuasa yang cantik."

Seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, kumpulan pembangkang terbesar Mesir berkata, mereka menunggu untuk melihat langkah yang akan diambil oleh majlis tertinggi tentera tetapi melahirkan keyakinan ke arah peralihan kuasa.

"Saya bertabik dengan tindakan rakyat Mesir dan keberanian mereka. Ini adalah hari kejayaan bagi rakyat Mesir.

"Matlamat utama revolusi telah dicapai," kata Mohamed el-Katatni, bekas pemimpin blok parlimen Ikhwanul Muslimin kepada Reuters.

Seorang lagi pemimpin pembangkang utama Ayman Nour pula berkata dia mengharapkan tempoh peralihan yang akan membawa kepada kerajaan awam.

"Ini hari yang sunggu hebat dalam sejarah Mesir, yang tidak akan berulang. Negara ini lahir semula. Rakyatnya telah lahir semula dan ini Mesir baru," katanya kepada Al-Jazeera.

Tiada ulasan: