keraniopis |
| Sidang Media AMKPP di Taman Pelangi Juru Pulau Pinang Posted: 12 Feb 2011 07:51 AM PST AMKPP yang diketuai oleh Sdr Amir Ghazali telah mengadakan sidang media berkaitan isu perobohan oleh MPSP di Taman Pelangi Juru Pulau Pinang. Sdr Amir yang juga ahli Majlis MPSP memaklumkan yang hanya sebanyak lebih kurang 25 buah gerai terlibat dalam operasi fasa 1 oleh MPSP. Terdapat 3 fasa yang masih dalam proses. YB Ong Chin Wen yang merupakan ADUN Bukit Tengah turut hadir untuk memberi bantuan kepada peniaga-peniaga tempatan yang terlibat. Antara isu yang dipersetujui bersama perniaga terlibat setelah sessi dialog ialah: 1. Barang-barang peniaga yang dirampas akan dipulangkan dengan kos minima 2. Para peniaga tempatan yang terlibat akan diberi bantuan segera. 3. Tapak peniagaan sementara untuk peniaga terlibat akan diusahakan dalam tempoh terdekat 4.Tapak perniagaan tetap akan dicadangkan oleh AMK Negeri untuk kemudahan perniaga tempata, 5. Siasatan akan dijalankan ekoran aduan ramai tuan punya astaka di kawasan Taman Pelangi menyewakan astaka mereka kepada warga asing. Walaupun keadaan agak tegang semasa sidang akhbar, tetapi perniaga memberikan kerjasama setelah dimaklumkan yang tujuan utama AMK mengadakan sidang media adalah untuk menindakkan maklumat dalam Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa sebanyak 1000 gerai terlibat dalam operasi perobohan. AMKPP yang hadir juga adalah bertujuan untuk mencari jalan membantu perniaga yang terlibat Turut sama hadir dalam pertemuan tersebut ialah YB Ong Chin Wen, Pembantu beliau juga Blogger Sharpshooter Amizudin Ahmat, Ketua AMKPP Amir bin Md Ghazali, Tim Kt AMKPP Ahmad Azrizal Tahir, Naib Ketua AMKPP Dr Rajan, Exco AMKPP, Sdr Mohd Faizal (Ketua AMK Balik Pulau), Sdr Azhar (Kt AMK Kepala Batas) , Sdr Azhar Ahmad (S/Usaha AMK Tsk Gelugor) dan Sdr Rizal Hamid (Exco AMKPP) |
| Posted: 12 Feb 2011 07:04 AM PST ![]() Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air di kediamannya kira-kira pukul 6.30 petang. Zaharuddin, 63, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh. Beliau meninggalkan balu, Datin Rozlifah Ahmad, 33, yang baru dikahwininya tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt. Zundin Mahmood mengesahkan kematian tersebut. Sejak pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008, Malaysia menyaksikan sebanyak 14 pilihan raya kecil, termasuk pilihan raya Tenang, di Johor, yang diadakan baru-baru ini Selepas ini, rakyat Malaysia akan bersiap sedia pula untuk mengadakan pilihan raya kecil kali ke-15 iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, di Melaka, ekoran kematian wakil rakyatnya pada 20 Januari lalu. Jumlah itu menghampiri jumlah pilihan raya kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dengan 1990 tetapi masih kurang dua berbanding angka sepanjang tempoh 1995- 1999. Malaysia menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990. Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995. Pun begitu, Malaysia pernah berdepan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999. Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga di Sarawak, yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan. Jenazah dijangka dikebumikan pagi esok. – AL – FATIHAH Keputusan PRU 12 bagi DUN Kerdau Jumlah Pengundi: 8,451 Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 % 1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135) 2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520) Majoriti: 1,615 Jumlah undi: 6,777 Peratus mengundi: 80.19% Undi rosak: 122 ![]() Kali ini giliran di negeri Pahang pula yang tingal cuma di negeri Perlis sahaja yang wakil rakyat masih sihat. Pulau Pinang - Permatang Pauh, Penanti dan Permatang Pasir. Kedah - Bukit Selambau. Perak - Bukit Gantang. Selangor - Hulu Selangor. Kelantan - Manek Urai dan Galas Terengganu - Kuala Terengganu Johor - Tenang Negeri Sembilan - Bagan Pinang Sarawak - Batang Ai dan Sibu Sabah - Batu Sapi Melaka - Merlimau akan berlangsung Terkini Pahang pula - Kerdau Yang untong adalah rakyat kerana umno apco akan tabur duit berjuta untuk kawasan tersebut. |
| You are subscribed to email updates from keraniopis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan