Kerabu Bersuara ® |
- Geng nelayan Vietnam bertempur
- Stor Perodua hangus
- Jom Pakat-Pakat 'LIKE' Pages Facebook Ustaz Azhar Idrus
- Panau dan kurap dalam UMNO belum habis dirawat
- [Wajib Baca] Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah, Muamalat & Ibadah
- Siri 01: Betulkah PAS tak ada isu di PRK N28 Kerdau, Nan?
- Mengapa Najib Marah al-Qardawi?
- Nate! Umno Main Tipu Nak Rampas Kelantan!
- Kontroversi Ikhwan, Najib berlebihan bina imej moderat
- Pengarah SPR Pahang Meninggal Dunia
- Seruan untuk pengundi Merlimau dan Kerdau
- Anak muda yang akan meranapkan BN PRU 13
- “Jangan terima kasih Kerajaan Negeri, ini duit rakyat!”
- Fitnah II: Catatan masa rakaman CCTV tidak selari
- Dr Yusuf al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin bukan pengganas
- Skuad Kamera pantau kempen Umno BN ugut pengundi
- Pilihanraya Sarawak : BN Boleh Menang Tetapi Tidak Mustahil Akan Tumbang
- PAS dakwa Umno ugut pengundi Merlimau
- Pelacur iklankan perkhidmatan di Facebook
- Istana Muammar Gaddafi di Al-Baida diselongkar
- Rakyat Libya tubuh pemerintahan sementara
- Penari gelek dedah parti Perdana Menteri Itali
- Majlis Bicara Buku dan masyarakat yang rosak
- Sentuhan Safee berbisa
- Liverpool tumbang
| Geng nelayan Vietnam bertempur Posted: 28 Feb 2011 03:30 PM PST Oleh MUSTAPA LAKAWA mustapa.lakawa@kosmo.com.my ![]() SEBAHAGIAN dua kumpulan warga Vietnam yang ditahan setelah terbabit dalam pergaduhan di Pelabuhan Perikanan Chendering semalam. KUALA TERENGGANU - Dua warga Vietnam cedera parah selepas terlibat dalam satu pergaduhan sesama sendiri membabitkan dua kumpulan nelayan di jeti Pelabuhan Perikanan Chendering dekat sini semalam. Pergaduhan ala gengster melibatkan 19 nelayan warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20-an itu berlaku kira-kira pukul 8 pagi sejurus mereka tiba di jeti berkenaan selepas pulang daripada menangkap ikan. Difahamkan, berlaku kejadian kejar mengejar sejauh 300 meter membabitkan kedua-dua kumpulan itu yang bersenjatakan parang dan batang besi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, K. Manoharan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.20 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dan menahan enam suspek. Menurutnya, polis turut menemui beberapa senjata tajam seperti parang dan besi dipercayai digunakan semasa pergaduhan sementara dua nelayan yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. |
| Posted: 28 Feb 2011 02:42 PM PST Oleh NUR AISHAH AMIN nuraishah.amin@kosmo.com.my ![]() ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan api di stor Perodua yang menyimpan kereta Myvi dan Viva di Puchong Jaya semalam. PUCHONG – Beberapa kakitangan sebuah stor milik Perodua yang menyimpan 40 buah kereta jenis Myvi dan Viva bertindak melarikan diri selepas premis tersebut terbakar dekat Plaza Perabot Puchong 1, Jalan Layang-layang 3, Puchong Jaya di sini semalam. Kejadian pukul 1 petang itu mengakibatkan kesemua kereta tersebut hangus. Difahamkan, kerugian dianggarkan bernilai lebih RM500,000. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Penyelamat dan Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba II, Anuar Harun berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.25 petang. Katanya, api dapat dikawal kira-kira 20 minit selepas itu dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut. "Beberapa petugas yang berada di premis itu bergegas menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran tersebut. Salah seorang mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi semalam. |
| Jom Pakat-Pakat 'LIKE' Pages Facebook Ustaz Azhar Idrus Posted: 28 Feb 2011 07:45 AM PST Sekadar berkongsi dengan pembaca diluar sana. Ustaz Azhar telah mimbina faceboook peribadinya sendiri. Dan anda boleh berkongsi pendapat dan juga dapat soal jawab dengan beliau. Jom pakat-pakat like ustaz. http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original |
| Panau dan kurap dalam UMNO belum habis dirawat Posted: 28 Feb 2011 07:24 AM PST Apa yang menarik dalam PRK Merlimau ialah, sebelum keputusan menang atau kalah ia telah mengajar pemimpin UMNO awal-awal lagi apabila Wanita Bahagian Jasin ingin memboikot PRK itu. Menyingkap kembali selepas beberapa hari kematian ADUN Merlimau,Shahrizat Jalil terus membuat kenyataan agar pucuk pimpinan tertinggi UMNO meletak calun wanita di Merlimau dalam PRK. Apabila kenyataan sebegini dibuat mendahului Presiden dan Timbalan Presiden Parti ia telah meletak harapan yang tinggi kepada Ketua Wanita Bahagian berkenaan untuk bersiap-siaga bersolek maklumlah... bakal menjadi calun seterusnya menjadi wakil rakyat dan bergentanyangan dengan 'title' Yang Berhormat. Sebaliknya apabila Tan Seri Muhyiddin Yasin membuat pengumuman bahawa calunnya bukan dari kalangan wanita, Ketua Wanitanya Zaleha Bujang merasa tersinggung kononnya barisan atasan tidak pernah dengar dan pedulikan suara Wanita. Mereka mula membandingkan keterbukaan pembangkang, apabila PAS meletakkan calon wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang baru-baru ini. Maka begitu mudah UMNO masuk perangkap PAS. Kerana malu tidak dipilih, Wanita UMNO Jasin bertindak ingin memboikot PRK dengan menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya kerana berasa keciwa dengan keputusan pucuk pimpinan apabila tidak memilih beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Insiden ini seharusnya tidak dianggap insiden terpencil oleh UMNO, jika tidak dirawat dengan segera ia akan berlaku dalam skala yang lebih besar semasa PRU13 yang akan datang. Kerana kegilaan untuk jadi YB dalam UMNO telah mencecah tahap maksima. Nampaknya panau dan kurap di dalam UMNO masih tidak habis dirawat. Gelembung-gelembung politik UMNO hanya seperti buih di tengah lautan, nampaknya banyak tapi mudah pecah. Mala petaka yang mereka hadapi dalam PRU12 yang lepas nampaknya tidak mengajar mereka. http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/02/panau-dan-kurap-dalam-umno-belum-habis.html |
| [Wajib Baca] Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah, Muamalat & Ibadah Posted: 28 Feb 2011 06:00 AM PST Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net quran-and-lights Fiqh muamalat bukanlah terhad kepada hukum-hakam di dalam urusan kewangan semata-mata tetapi ia tercabang kepada seluruh urusan di antara manusia sesama mereka. Justeru, urusan politik (siyasah), pentadbiran, nikah kahwin (munahakah), hukum jenayah, cara dakwah serta akhlak juga terkandung di dalam bab fiqh muamalat. Muamalat ini juga boleh diklasifikasikan dalam bab 'Al-Adat'. Sheikh al-Islam Ibn Taymiah berkata : تصرفات العباد من الأقوال والأفعال نوعان : عبادات يصلح بها دينهم وعادات يحتاجون إليها في دنياهم Ertinya : Urusan hamba (manusia) seluruhnya sama ada perkataan dan perbuatan itu boleh diklasifikasikan kepada dua jenis : Ibadah yang baik untuk agama mereka dan hal adat yang diperlukan oleh manusia untuk urusan dunia mereka (Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Nuraniyyah, hlm 111) APAKAH KESAN TERHADAP PEMBAHAGIAN DAN KEFAHAMAN INI? Sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama silam dan kontemporari, urusan hukum dalam bab fiqh Ibadah adalah agak terhad dan terikat dengan dalil yang specifik (khusus) dan sebahagian dalil umum. Apapun ia mesti mempunyai dalil yang jelas. Sebagaimana kaedah yang dipersetujui oleh para ulama menyebut:- الأصل في العبادة التوقف Ertinya : Hukum panduan (asal) bagi urusan ibadah adalah tawaqquf (berhenti dari mencipta, mesti datang dari dalil) (Rujuk kaedah ini dalam, Ibn Hajar, Fath Al-Bari, 3/54 ; Ibn Mufleh, Al-Adab Al-Syar'iyyah, 2/265 ; Al_Zarqani, Syarah Al-Muwatta', 1/434 ; Al-Syawkani, Naylul Awtar, 2/20) Syeikhuna Al-Imam Dr. Yusuf Al-Qaradawi pula mengulas lanjut berkenaan displin hukum dalam bab ibadah dengan menjelaskan ciri sesebuah ibadah khusus itu dengan dua kaedah : ألا يعبد إلا الله Ertinya : Tiada yang layak diabdikan diri kepadanya kecuali Allah ( ertinya niat mestilah kerana Allah) ألا يعبد إلا بما شرع Ertinya : Tiada ibadah kecuali yang disyari'atkan ( mestilah bersumber secara specific atau umum dari nas dalil al-Quran dan hadith). Hasilnya tidak dibenarkan untuk sesiapa di kalangan manusia, mencipta apa jua bentuk ibadah baru yang tidak didasari oleh dalil. Bukan itu sahaja, malah semua ibadah itu mestilah disandarkan kepada dalil dengan cara istidlal dan istinbad yang sohih. HUKUM MUAMALAT BERBEZA Ibn Abidin menjelaskan beberapa aspek muamalat katanya:"muamalat boleh dibahagi kepada lima iaitu pertukaran pemilikan dalam jual beli (mu'wadah maliah), nikah kahwin, perbicaraan di mahkamah (mukhosamah), kontrak amanah (termasuk politik dan kepimpinan), dan pembahagian pusaka" ( Hashiah Ibn 'Abidin, 1/79) Bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat pula, Allah s.w.t hanya meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat. Namun begitu, sebarang perubahan hukum mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui kaedah-keadah tertentu yang sukar untuk diterangkan di sini. Displin ini penting agar kebebasan itu tidak disalahgunakan oleh sebahagian manusia yang berkepentingan. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan pelaksanaan yang flexible, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk dunia. Keadahnya disebut : الأصل في المعاملات والعادات الإلتفات إلى المعاني Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu'amalat dan adat adalah kembali kepada penelitian objektifnya. ( Al-Muwafaqat, Al-Shatibi, 2/300) [1] Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian besar PELAKSANAAN hukum-hakam dalam bab muamalat berubah-ubah disebabkan oleh suasana dan kebiasaan setempat yang dinamakan 'uruf. Namun mestilah 'uruf terbabit tidak secara jelas bercanggah dengan nas dan dalil yang jelas, jika itu berlaku ia dinamakan 'uruf fasid atau kebiasaan yang tertolak dan rosak, hukumnya haram dilakukan dan mesti dihentikan. Justeru, perlulah kita fahami :- 1. Urusan kewangan adalah bab Fiqh al-muamalat antara manusia dengan manusia. Justeru, mewujudkan suatu kontrak jual beli yang tidak pernah wujud di zaman Nabi adalah HARUS selagi prinsip keadilan dalam jual beli dipelihara, iaitu tiada riba, tiada gharar, tiada judi, terdapatnya keredhaan kedua belah pihak dan pelbagai lagi. Mengapa ia diharuskan walau tiada yang sedemikian di zaman baginda Nabi s.a.w? Jawabnya, kerana ia adalah satu dari isu dalam hukum Muamalat yang flexible (anjal). Kerana itu jugalah sistem bank hari ini diiktiraf oleh para ulama walau tiada wujud sepertinya di zaman Nabi, namun ia memerlukan modifikasi dari semasa ke semasa agar boleh mencapai objektif kebaikan buat masyarakat. 2. Medium pembelian iaitu matawang adalah dari bab mu'amalat. Justeru, mewujudkan matawang yang baru yang tidak pernah diguna pakai oleh Nabi juga adalah HARUS selagi syarat-syarat keadilan dipenuhi. Jika ternyata penciptaan itu terdapat kezaliman, mestilah kezaliman itu dibanteras, dirawat dan dikurangkan semampu mungkin. Jika belum punyai kemampuan mudarat hendaklah dikurangkan sedaya mampu. Justeru keharusan penggunaan mesti dihadkan kepada situasi tertentu sahaja, seperti di ketika ekonomi umat Islam terlalu lemah seperti hari ini. Mengapa ia harus walau di zaman Nabi tiada sebegitu?, Kerana ia adalah satu isu dalam Fiqh Muamalat yang flexible(anjal). 3. Urusan pentadbiran dan urusan politik adalah satu dari bab muamalat. Justeru, menyertai protes aman (tanpa bersenjata menurut ghalib dzan yang menyertai) menuntut pemimpin yang ternyata zalim untuk turun dari jawatan adalah HARUS walau ia tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w, iaitu selagi ia tidak membawa mudarat yang lebih besar pada penilaian ulama di sesuatu zaman tersebut. Ia juga bukanlah salah satu dari ciri Khawarij kerana ia bukan melawan secara bersenjata dan rusuhan yang terancang. Lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar al-Khattab mengendalikan urusan muamalat dalam bab politik dan pentadbiran. Antara contoh paling kontroversi di zaman umar adalah fatwa beliau berkenaan pembahagian kawasan tanah Iraq yang dibuka oleh tentera Islam di waktu itu. Menurut parktis biasa di zaman Nabi dan selaras dengan ayat Al-Quran : وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ Ertinya : Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnusabil.. ( alAnfaal : 41) Difahami dari ayat itu, 4/5 bakinya dibahagikan kepada tentera yang berjuang. Namun Umar al-Khattab dan sebahagian ulama di kalangan sahabat seperti Sayyiduna Ali, Muadz Ibn Jabal dan beberapa yang lain berpendapat tidak perlu dibahagikan dan membiarkannya kekal di tangan pemiliknya yang asal. Dengan syarat pemiliknya yang asal itu membayar kharaj (cukai tanah) yang boleh dimanfaatkan oleh semua umat Islam. Ijtihad Umar selaku pemerintah ini tidak dipersetujui oleh beberapa sahabat terkemuka seperti Bilal Ibn Rabah dan lain-lainnya. Umar diriwayatkan berkata :- لو لا آخر الناس ( أي الأجيال المستقبلة ) لقسّمتُ الأرض كما قسّم النبي صلى الله عليه وسلم خيبر Ertinya : Jika tidak disebabkan kebaikan generasi terkemudian Islam, nescaya akan ku bahagikan tanah-tanah ini sebagaimana Nabi membahagikan tanah Khaybar (Al-Mughni, Ibn Qudamah, 2/598) [2] Ibn Qudamah kemudiannya menghuraikan, Umar r.a telah mewaqafkan tanah terbabit walau beliau tahu keputusan Nabi s.a.w. Inilah satu contoh jelas menunjukkan kaedah dalam keputusan muamalat Islam boleh berubah dengan berubahnya suasana dan keperluan. Syeikhuna Yusuf Al-Qaradawi أن مجرد فعل النبي صلى الله عليه وسلم لشيء إنما يدلّ على المشروعية فقط ولا يدلّ بنفسه على الوجوب ولهذا وسّع عمر ومن معه مخالفته Ertinya : Sesungguhnya semata-mata Nabi melakukan sesuatu (Dalam hal ehwal mamalat termasuk politik) ia hanyalah menunjukkan keharusan dan pensyariatannya sahaja, dan TIDAK MENUNJUKKAN kewajiban, oleh kerana itulah Umar al-Khattab dan yang bersamanya meluaskan (bentuk pelaksanaannya)" ( Madkhal Lidarasati al-Shari'ah Al-Islamiyyah, hlm 220) Dari contoh di atas, zahir fatwanya kelihatan berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w tetapi ia jelas menunjukkan kesamaan dari sudut target dan objektif (maqasid) iaitu untuk mencapai keadilan yang yang terbaik untuk Negara Islam, walau terpaksa sedikit mengenepikan hak individu. Bukankah sudah diketahui bahawa maslahat umum diutamakan dari maslahat individu. Inilah tanda keputusan bersifat politik dan pentadbiran adalah satu dari isu muamalat yang Ia tidak terhad kepada sesuatu 'bentuk' specifik yang dilakukan oleh Nabi tetapi hanya terhad kepada inti dan objektif sahaja. Juga seperti tindakan Nabi yang menolak permintaan sahabat untuk melaksankan limitasi harga jualan (Tas'ir) agar para peniaga tidak boleh menaikkan harga. Kata Nabi semasa menolak permintaan itu : بل الله يخفض ويرفع وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال Ertinya : Bahkan, Allah yang menurun dan menaikkannya dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada sesiapa yang menuntut dariku kerana dizalimi dari sudut harta dan jua jiwa" ( Riwayat Abu Daud ; Sohih : Albani) Namun kemudiannya, Imam Sa'id Musayyab, Yahya Sa'id Ansari, Imam Malik dan raai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku. Sheikuha Prof. Dr Fathi Al-Durayni menjelaskan tas'ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas'ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159) Ulama tabien pula membenarkan tas'ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi'r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza. 4. Dakwah dan caranya merupakan satu cabang dari muamalat : Inti dakwah adalah tetap (thabit) iaitu membawa manusia kepada kebaikan yang digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, dan melarang manusia dari apa jua perbuatan dan keyakinan yang bertentangan dengannya. Pun begitu, cara, teknik dan bentuk dakwah itu terbuka kepada pelbagai jenis, tidak hanya terhad kepada kaedah dan bentuk yang digunapakai oleh Nabi iaitu ceramah face to face dengan para sahabat. Justeru, bentuk dakwah dan ajak kepada kebaikan melalui tv, radio, internet, blog, kaset, cd, vcd, mp3 yang dikira tidak secara face to face juga diharuskan. Demikian juga dakwah melalui gambar video yang tidak pernah diguna oleh Nabi, adalah dibenarkan selagi syaratnya asas dapat diikuti. Dakwah melalui platform dan jemaah-jemaah tertentu yang mampu melakukan kerja secara berkumpulan seperti NGO juga diharuskan, walau ia tidak pernah wujud di zaman nabi juga boleh, parti politik juga boleh, melalui system demokrasi yang telah tersedia wujud dan sebagainya. Inilah yang perlu difahami dan tidak tersilap faham bahawa kita WAJIB mengikut bentuk yang nabi gunakan di zaman baginda, sehingga perlu memasuki gua terlebih dahulu atau menolak seratus peratus sistem demokrasi yang ada sebagai jalan untuk mencapai inti dakwah, Ini adalah kurang tepat jika dilihat dari keperluan dan perubahan situasi zaman dan tempat. Jangan pula nanti ada yang berfatwa hanya boleh menaiki unta dan kuda semasa dakwah keran aitulah yang dilakukan oleh baginda nabi dan sahabat. Fatwa sebegini tidak disebut oleh mana-mana ulama muktabar. Hasilnya, hendaklah kita fahami mana inti yang perlu diikuti (thawabit), dan mana pula bentuk yang bersifat mutaghayyirat dan flexible. Terlalu banyak dalil dalam bab ini yang tidak sesuai untuk dimuatkan dalam tulisan ringkas ini. KESIMPULAN 1. Hukum ghalib dalam kes-kes muamalat dan penentuan hukum dalam isu-isu baru dalam bab muamalat dan adat adalah merujuk kepada objektif. Caranya? Selagimana tidak bertembung secara qat'ie dan ijma' dengan mana-mana hukum Shari'ah, ia adalah diharuskan. Seperti berdakwah menggunakan muzik, kartun lukisan dan sebagainya. Ia adalah bab muamalat. 2. Muamalat tidak hanya terhad kepada urusan kewangan tetapi juga seluruh urusan yang melibatkan hubungan manusia dengan manusia lain. 3. Cara dakwah, politik, teknik teguran kepada rakyat yang melakukan kesalahan atau pemerintah yang melakukan kezaliman BOLEH berubah menurut keperluan zaman dan setempat. Ia merupakan isu muamalat yang hanya terikat untuk mencapai intinya selagi teknik adalah neutral. Ia bukan Fiqh ibadah yang sangat terikat kepada dalil specifik dan nas. Namun perlu diingati, sesuatu teknik mungkin disangkal oleh sebilangan ulama di sesuatu zaman dan disokong pula oleh sebahagian ulama yang lain, kedua-duanya berdasarkan proses timbang tara maslahat dan mudarat. Ia adalah hasil ijtihad dan tidak wajarlah kita mengutuk, melabel dan memperlekehkan mana-mana ijtihad yang dikeluarkan oleh ilmuan yang berkelayakan. Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 25 Feb 2011 [1] Perkataan 'Asal' bermaksud asas dan ghalib, kebiasaan dan ia menunjukkan bolehnya terdapat apa yang bercanggah dengan asas dan asal serta ghalib (Al-Siyasah Al-Syar'iyyah, Al-Qaradawi, hlm 254) [2] Baca perincian kisah ini di dalam AlKharraj oleh Abu Yusuf dan Al-Amwal oleh Abu Ubayd. |
| Siri 01: Betulkah PAS tak ada isu di PRK N28 Kerdau, Nan? Posted: 28 Feb 2011 05:05 AM PST Menteri Besar Pahang DS Adnan Yaakub, samada sememang hidup dalam penafian atau memang tidak tahu. Apabila beliau dengan sombong menyatakan bahawa pembangkang tak ada isu, beliau sememangnya mahu berbohong kepada rakyat amnya dan pengundi Kerdau khususnya. Kalau benar bagai dek kata, beliau wajar menggunakan ruang kempen di PRK N28 Kerdua ini untuk memperagakan segala kejayaan kerajaan Pahang. Kalau kerja dah dibuat dan rakyat dah diberi khidmat yang cemerlang, apa pelru sibuk untuk mengumumkan projek-projek 'mee-segera' termasuk yang perlu diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri yang terpaksa turun pada hari pertama lagi sehingga terpaksa mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau. Adnan sepatutnya perlu sedar dan insaf bahawa di bawah kepimpinannya Pahang telah mengalami defisit belanjawan untuk 13 tahun berturut-turut. Rakyat Pahang juga mengingatkan Menteri Besarnya bahawa kerajaan negeri sedang menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang mutakhir. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Negeri di bawah Kepimpinan YAB Dato Seri Adnan Yaakub. Ianya merangkumi pelbagai skop. Ayat yang kerap diulangi dalam Laporan tersebut ialah..Pada pendapat Audit…..adalah tidak memuaskan kerana…..Ini menyangkut pelbagai skop dan aspek pembangunan, samada yang berkaitan projek sakit dan lewat di bawah Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRD), prestasi agensi-agensi kerajaan, aktiviti pengambilan pasir sungai dan kesannya kepada alam sekitar di Sungai Benus, Bentong, pengurusan air tidak berhasil (NRW), pengurusan premis perniagaa sehinggalah kepada urusan pengendalian kes di Mahkamah Syari'ah Negeri Pahang. Pada pendapat Audit ..tidak memuaskan ..kerana.. Rakyat seharusnya telah lama pecat CEO syarikat ini atau MB kerajaan negeri ini. Cukup menga'ibkan.. Tak ada isu kata Adnan! Sekadar mengambil contoh antara yang terbesar mengikut Laporan Ketua Audit Negara adalah kelemahan-kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta bilamana empat (4) buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLCs) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. Laporan juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap GLCs (contoh ASPA dan PKNP dll) apabila GLCs gagal membuat bayaran balik. Dalam suasana anak-anak syarikat kerajaan ini mengalami kerugian, Menteri Besarnya masih boleh mengrahkan serta mengharapkan 50% dari keuntungan GLCs ini disumbangkan kepada kerajaan negeri. Jelas dan nyata bahawa Adnan sudah tidak peka dan hilang 'touch'nya dengan realiti. inilah antara sebabnya mengapa pihak penganalisi mewawarkan bahawa kerajaan negeri Pahang berpotensi bankrap. Oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam (public information), maka sewajarnyalah Kerajaan Negeri bersikap bertanggungjawab dan menerangkan kepada rakyat langkah-langkah yang telah diambil bagi membenteras kepincangan-kepincangan tersebut sebagai satu langkah 'Pertanggungjawaban Awam". PAS menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semsasa GLCs negeri sebagaimana dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Berdasarkan secebs pendedahan di atas, maka PAS/Pakatan Rakyat menyeru seluruh pengundi dalam PRK N28 Kerdau supaya membuat pilihan yang wajar dan tepat bagi membongkar segala kepincangan pengurusan kewangan negeri demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau khasnya dan seluruh negeri Pahang amnya. Maka calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini tentunya adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut. Apakah seorang calon yang berlatar-belakang di bidang bahasa 'Arabkah atau yang berlatarbelakang di bidang 'profesional' dengan kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara dan dalam negeri? Rakyat wajar menilai siapakah yang lebih wajar mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang bagi suara 'semak-imbang' pelbagai kepincangan pengurusan kerajaan negeri Pahang ini yang di bawah Umno/BN. Tunggu pendedehan dalam blog ini, untuk hari-hari berkempen di PRK N28 Kerdau. Ikuti kempen jentera PAS/Pakatan @www.28kerdau.pas.org.my http://blog.drdzul.com/2011/02/28/siri-01-betulkah-pas-tak-ada-isu-di-prk-kerdau-nan/ |
| Mengapa Najib Marah al-Qardawi? Posted: 28 Feb 2011 04:17 AM PST Syeikh al-Qardawi berfatwa bahawa darah Gaddafi boleh ditumpahkan kerana bertindak kejam dan zalim ke atas rakyatnya. Beliau turut berseru supaya tentera Libya tidak mendengar arahan dan perintah pemimpin kejam itu. "Saya berseru kepada tentera Libya, jangan sama sekali mendengar arahannya supaya orang ramai di tembak. Saya katakan kepada kamu, sesiapa yang mampu di kalangan kamu untuk menumpahkan darahnya, lakukan. Sesiapa yang berupaya menembaknya, lakukan. Semua itu perlu supaya rakyat Libya boleh hidup tenang daripada kezaliman pemimpin gila ini." Menurut al-Qardawi, tidak harus taat kepada pemimpin dalam perkara yang menyanggahi syarak. Arahan Gaddafi supaya orang ramai di serang dengan jet pejuang adalah tindakan pencerobohan yang layak menerima hukuman bunuh." "Gaddafi sama sahaja dengan rakan sejawatnya daripada Mesir dan Tunisia. Dia tidak membaca sejarah. Kalau dibacanya pun tidak difahaminya. Kalau difahaminya pun tidak diamalkannya. Kedua-dua rakannya itu kecundang sebelumnya, tetapi dia tidak mengambil pengajaran." Jika rajin bacalah kenyataan al-Qardawi ini dalam laman webnya. Najib boleh meminta supaya Jamil Khir tolong bacakan dan terjemahkan untuknya. Kalau Rosmah ikut sama mendengarnya juga sangat bagus. ------------------------------- El-Zahraa Inn, Sungai Petani http://sauhdibongkar.blogspot.com/2011/02/mengapa-najib-marah-gaddafi.html |
| Nate! Umno Main Tipu Nak Rampas Kelantan! Posted: 28 Feb 2011 02:00 AM PST Daftar warga Thai untuk tawan Kelantan Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 28 Feb: Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai 'target' untuk merampas negeri ini keseluruhannya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini. Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu. "Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,"ujarnya. "Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,"ujarnya. Husam menambah, kerana kepentingan diri mereka sanggup berbuat demikian walaupun bersalahan dengan moral dan undang-undang. Beliau seterusnya berkata, sekiranya perkara ini berterusan ia langsung tiada beza dengan kerajaan Mesir yang digulingkan rakyat di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Tambahnya, walaupun menang besar pada pilihan raya baru-baru ini, namun Hosni Mubarak direntap keluar oleh rakyat. "Kiranya menang besar kerana pilihan raya, sudah tentu kebangkitan rakyat menentang kerajaan tidak akan berlaku," ujarnya. Beliau turut berpendapat, kebangkitan besar itu turut memberi kesan besar pada negara sekitar di Timur Tengah lain yang juga inginkan keadilan. Kata Husam lagi, lanskap politik di Asia Barat akan berubah sekurang-kurangnya setahun akan datang. Program anjuran Alumni Keluarga Pelajar, Kelantan-Mesir itu dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood. Tiga orang pemimpin telah diundang untuk menjayakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. Manakala wacana serta perasmian penutupnya disampaikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seramai 1,082 orang pelajar Mesir Kelantan hadir pada majlis yang penuh bermakna buat mereka. Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Alumni Keluarga Pelajar Mesir, Ustaz Zulkifli Yusof. |
| Kontroversi Ikhwan, Najib berlebihan bina imej moderat Posted: 28 Feb 2011 01:30 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menerima kecaman ramai apabila didakwa mengaitkan gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin dengan terorisme dalam satu wawancara di Turki. Walaupun tidak secara eksplisit menyebut Ikwan dan Yusuf al-Qaradawi ialah teroris, sudut beliau memberikan pandangan itu jelas sekali meletakkan Ikhwan dan al-Qaradawi dalam kedudukan sangat negatif. Walau bagaimanapun, implikasi kata-kata Najib itu memberi maksud Ikhwan ialah teroris, kerana kumpulan itu, menurut Najib sendiri, boleh terlibat dalam politik Mesir dengan syarat menolak keganasan. "Saya tidak kata Ikhwan al-Muslimin ini kumpulan pengganas. Saya kata mereka boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat mereka menolak keganasan dan fahaman ekstremisme," kata Najib dilapor akhbar kerajaan. Najib melalui kenyataan ini menuduh Ikhwan menyokong keganasan, dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam proses politik. Realiti kaitan Ikhwan dengan pelbagai kumpulan jauh lebih kompleks daripada yang dilihat di permukaan. Ikhwan mempunyai hubungan dengan Hamas di Palestin, yang dilabel pengganas oleh kerajaan Amerika Syarikat. Tetapi Ikhwan juga dikecam hebat oleh al-Qaeda, melalui seorang pemimpinnya Ayman al-Zawahiri, kerana terlibat dalam pilihan raya di Mesir. Pandangan Najib seperti dilapor media berhaluan kanan AS, National Review itu kelihatan tidak berdasarkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang Ikhwan dalam politik Mesir. Sebagai media konservatif di AS, mudah untuk difahami pemilihan sudut itu oleh National Review. Pandangan menyeleweng dan laporan media berhaluan kanan yang dikenali sangat kritikal terhadap Islam itu sememangnya mudah untuk menghasilkan akibat seperti disaksikan ini. Kenyataan Najib itu sangat mudah dibaca sebagai satu usaha berlebihan untuk membina imej "moderat," dengan terlalu menerima satu wacana dominan Barat yang sangat kritikal terhadap Ikhwan dan Islamis. Islamis dikait sebagai secara alami sebagai tidak selari dengan demokrasi dan perlu membuktikan kelayakan mereka untuk menyertai proses demokrasi. Kenyataan itu, ketika media memunculkan gambar berharga beliau bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan boleh membawa satu mesej positif pada mata Barat. Pertemuan dengan pemimpin popular Turki itu mampu meningkatkan imej Muslim moderat Najib dan Malaysia melalui kaitan dengan Turki (dan pada masa sama menyaingi pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin negara itu). Tetapi, dalam politik domestik dan sebahagian dunia Islam, mesej yang dimunculkan melalui ucapan Najib itu memberi implikasi negatif. Walau bagaimanapun, kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tidak lama dulu lebih mendedahkan tahap pemahamannya terhadap isu berkaitan Ikhwan. Mengulas laporan mengenai dakwaan pembiayaan wang dari Arab Saudi kepada Anwar dan Ikhwan (yang disebut Muslim Brotherhood, berdasarkan laporan media dan diterjemah oleh sebuah akhbar pro-Umno sebagai Persaudaraan Islam), Zahrain menggesa siasatan dilakukan, dengan mengaitkannya dengan keselamatan negara. Pandangan Zahrain itu, yang diterbitkan dalam blognya, turut mendedahkan pemahaman yang amat sedikit – atau hampir tiada – tentang Ikhwan al-Muslimin dalam politik Mesir. Tanpa sebarang ulasan mendalam, Zahrain telah menyifatkan Ikhwan dengan sangat negatif, selari dengan pandangan-pandangan di Barat yang terus mengaitkan Ikhwan dengan terorisme dan kumpulan al-Qaeda. Sekiranya kenyataan Najib boleh disifatkan sebagai usaha berlebihan untuk memenangi sokongan Barat, kenyataan Zahrain kelihatan semata-mata berdasarkan usaha untuk menyerang Anwar. Kedua-duanya jelas sekali tidak berdasarkan pemahaman tentang kompleksiti gerakan Ikhwan al-Muslimin. Kenyataan-kenyataan Najib dan Zahrain itu memperlihatkan sikap-sikap oportunis dalam politik yang mendedahkan kelemahan sendiri. Bagi Najib, hal ini semakin menjelaskan kesukaran mengimbangi tuntutan antarabangsa dengan sensitiviti politik di dalam negara. http://www.politikpop.com/2011/02/kontroversi-ikhwan-najib-berlebihan.html |
| Pengarah SPR Pahang Meninggal Dunia Posted: 28 Feb 2011 01:00 AM PST TEMERLOH, 28 Feb (Bernama) -- Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah di sini petang Isnin kerana serangan jantung. Pegawai pengurus pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, Ismail, 57, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang, dimasukkan ke hospital itu pagi tadi. Beliau berada di sini bagi melihat persiapan pilihan raya kecil Kerdau yang akan diadakan Ahad ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim. DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN akibat penyakit jantung pada 12 Feb lepas. |
| Seruan untuk pengundi Merlimau dan Kerdau Posted: 28 Feb 2011 01:00 AM PST Oleh Nik Abdul Aziz Nik mat Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat Salam Sejahtera."Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Maksud Al-Quran, al-An'am 6:162) Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah pengakhir zaman. Didoakan kepada semua pengundi, sanak-saudara dan kaum keluarga warga Dun Merlimau dan Dun Kerdau berada dalam selamat dan sejahtera dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Tuan-puan dan Saudara-saudari yang dihormati sekalian. Bersempena dengan pilihan raya kecil N.27 Merlimau, Melaka dan N.28 Dun Kerdau, Pahang ini, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk menyampaikan seruan ingatan kepada diri saya dan pengundi sekalian yang berkebetulan berlaku dalam bulan sambutan Maulidur Rasul 1432H. Maka, ambillah pengajaran daripada sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat bukannya laknat kepada sekalian alam. Mengamalkan ajaran Nabi baik dari segi ibadatnya, mahu pun segenap urusan hidup (mauamalat) adalah pelengkap kepada mencapai keberkatan di akhirat nanti. Oleh kerana itu, kita kena bergantung kepada Islam di dalam segala-gala segi perjuangan hidup. Ajaran Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menerima perjuangan atas nama bangsa Arab, yang diterima hanyalah perjuangan atas nama keimanan yang hakiki terhadap Allah, Rasul dan hari akhirat. Selari dengan firman Allah: "Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim." (Maksud Al-Quran, At-Taubah 9:19) Justeru Islam mengutamakan iman bukannya perbuatan. Atas kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah, maka setiap apa yang kita buat hendaklah berserta dengan niat yang tulus di atas dasar keimanan. Oleh itu, menghadapi pilihan raya kecil ini, saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi "untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat." Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air. Ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan. Dan kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Bagi PAS di Kelantan, kejayaannya adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan kepada Tuhan), mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat. Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama. Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat terus berpegang teguh kepada agama. Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang: "Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)." Maknanya kerajaan Negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama––bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati. Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni. Justeru Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini. Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah––dinar emas dan dirham (sistem kewangan Islam zaman Nabi Muhammad SAW), dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It'aam. Tuan-puan dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian. Islam mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya. Setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS. Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Oleh sebab amalan itulah, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini. Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Maksudnya, kita hendaklah menerima Islam dan ke-Esaan Tuhan dengan tulus ikhlas. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun hendaklah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Malangnya, ajaran seperti ini tidak diajar oleh perjuangan sekular dan kebangsaan Umno. Oleh itu, terimalah sistem Islam yang sentiasa benar dan adil untuk semua kaum. "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam–tidak tali kebangsaan) dan janganlah kamu bercerai-berai ." (Maksud Al-Quran, Ali-Imran 3:102-103), Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Maka, menolak perjuangan Umno-BN adalah satu tindakan betul yang sekaligus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan. Oleh itu, saya penuh yakin bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat, Haji Yuhaizad bin Abdullah (Dun Merlimau) dan Hassanuddin bin Salim (Dun Kerdau) adalah calon-calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi. Mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat. Dengan ini saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi, terutamanya pengundi Melayu, Cina dan India, dan khasnya pengundi peneroka yang budiman lagi bijaksana, bersama-samalah kita mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat. Bulatkan hati, dengan lafaz 'Bismillah...nama Tuhan yang Esa' undilah Bulan pada hari Ahad, 6 Mac 2011 nanti. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat dan jangan hiraukan ugutan dan sogokan pihak Umno-BN. Selamat mengundi. Semoga dengan 'sepangkah undi,' tuan-puan dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat" *PAS UNTUK SEMUA * Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS. |
| Anak muda yang akan meranapkan BN PRU 13 Posted: 28 Feb 2011 12:30 AM PST Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Lebih 30 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara berhimpun di Kota Sarang Semut, Kedah pada pagi 19 Februari 2011. Kira-kira 20 ribu darinya adalah anak-anak muda PAS dari Kedah selaku tuan rumah. Dari 15 kawasan di negeri ini mereka datang berbondong-bondong macam kelkatu keluar dari sarang. Kawasan Baling yang menghantar perwakilan teramai dengan konvoi bermotosikal. Sewaktu kepala sudah sampai ke Kompleks PAS Kedah, ekornya masih meleret berpuluh kilometer. Begitu juga konvoi dari kawasan-kawasan lain Di perkarangan Kompleks PAS Kedah para Pemuda berhimpun di tengah terik matahari saujana mata memandang. Macam rakyat Mesir berhimpun di medan Tahrir. Mereka tekun mendengar amanat pemimpin, bertakbir dan berikrar penuh semangat untuk mempertahankan semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah. Walaupun Kompleks PAS Kedah pernah menyaksikan perhimpunan yang lebih besar dari itu beberapa kali, tapi perhimpunan kali ini sangat istimewa kerana ia adalah perhimpunan anak-anak muda. Mereka mengeluarkan duit poket sendiri untuk datang. Setiap kepala dikenakan pula bayaran RM10 seorang untuk mendapatkan sehelai baju T. Siapa pun tidak hairan jika Umno berjaya menghimpun orang ramai hadir ke program anjuran mereka kerana semua yang datang diberi upah, pengangkutan, baju dan makan minum semua percuma. Tapi jika ribuan manusia datang berhimpun dengan sukarela dan mengeluarkan belanja pula untuk menyertainya ia pasti akan memeningkan kepala para penguasa kerajaan yang memerintah di Pusat sekarang. Datuk Seri Najib yang mendengar laporan itu dari Cawangan Khas pastinya risau, macam risaunya Hosni Mubarak menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di medan Tahrir. Menteri Besar Dato' Seri Azizan Razak yang begitu teruja dengan kehadiran para pemuda, melahirkan keyakinan bahawa PAS mampu mempertahankan Kedah dengan majoriti dua pertiga. Di hari yang sama Pengerusi BN Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah yakin BN akan menawan Kedah dengan memperolehi sekurang-kurangnya 30 dari 36 kerusi DUN. Bashah bercakap anti klimaks tapi 'tak salah' kerana orang politik mesti kena terus bercakap begitu. Sewaktu lebih 30 ribu Pemuda PAS berhimpun di Kota Sarang Semut, semua ahli-ahli Dewan Harian Kawasan dari seluruh negara berseminar di Shah Alam mencari jalan bagaimana untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap PAS yang nampaknya sedikit terhakis. Petunjuknya ialah keputusan pilihanraya kecil yang berlaku sejak 2008. Menurut Dr. Wong Chin Huat, Pensyarah Sains Politik sebuah IPT yang mengulas isu berkaitan di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa, Pakatan Rakyat boleh kehilangan 34 kerusi sedia ada jika hanya lima peratus undi Melayu berpindah (swing) ke BN. Apabila para pendokong PR bercakap untuk menawan Putrajaya atau menambah koleksi negeri-negeri yang dikuasai, maka mahu tidak mahu peratus sokongan dari para pengundi Melayu mesti ditingkatkan berbanding perolehan 2008. Masalah terbesar PAS ialah demokrasi yang berat sebelah, penguasaan media dan penyalahgunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Terbaru, Jabatan Pendaftaran Negara mengangkut para pengundi BN dari Sabah untuk ditukar alamat ke Selangor bagi membolehkan mereka mengundi BN di Selangor. Penjaga garisan yang diharapkan membantu pengadil melaksanakan keadilan dalam perlawanan nampaknya membantu secara terang-terangan pasukan pilihannya. Semua situasi yang berlaku di tanahair ini wujud sejak 30 tahun di Mesir. Siapa kata Mesir tiada pilihanraya? Tapi pilihanraya yang berat sebelah ini tidak membawa apa-apa erti kepada rakyat jelata. Maka sewaktu semangat Pemuda PAS yang selama ini macam terpendam, tiba-tiba bangun dengan penuh bergelora menampakkan kebangkitan mereka di dalam PAS, sebaiknya tenaga muda yang sangat ampuh ini diguna bagi menggerakkan kebangkitan rakyat. Apa yang Pemuda PAS boleh buat? Jika ditanya pada Pemuda Umno; tentulah kebolehan Pemuda Umno ialah menampal poster, menggantung banner, menonggeng buntut, melalak dan mencarut di hari penamaan calon serta menjadi kumpulan samseng BN yang akan melakukan pelbagai provokasi terhadap lawan. Pemuda PAS tidak begitu. Hari ini yang memimpin Pemuda PAS, sekalipun di peringkat kawasan, adalah doktor, pensyarah, jurutera dan pakar ICT. Pengikut Pemuda PAS terdiri dari semua golongan, namun majoritinya adalah golongan terpelajar yang sentiasa menguasai teknologi terkini. Jika ini kebolehan Pemuda PAS, maka mereka wajar digerakkan menjadi pahlawan siber di alam maya dan penyebar maklumat di alam nyata. BN mempunyai 10 siaran TV, 20 siaran radio dan tujuh media cetak. PAS cuma ada Harakah. Dengan akhbar Harakah yang hanya dibenar dijual untuk ahli, PAS dan rakan-rakan PR berjaya nafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tawan lima negeri. Maka bayangkan apa yang akan terjadi kepada BN jika 30 ribu Pemuda PAS 'ditauliahkan' sebagai pegawai penerangan untuk seluruh rakyat Malaysia. Jangan lupa bahawa gerakan menghimpunkan rakyat jelata berdemonstrasi di Tunisia, Mesir, Algeria, Yemen, Libya, Bahrain dan lain-lain negara Arab, semuanya digerakkan oleh golongan muda melalui laman-laman social. Orang awam pun tidak kenal siapa sebenarnya pemimpin kebangkitan rakyat, kerana semuanya digerakkan melalui alam maya. Itulah kejayaan golongan muda. Kerja seterusnya yang paling relevan dengan Pemuda PAS ialah menarik golongan muda untuk menyokong PAS. Hanya orang muda yang paling efisien dalam mempengaruhi golongan muda. Program-program kemasyarakatan terdapat golongan muda mesti ditingkatkan lima kali ganda. Isu DAP anti Melayu dikaitkan dengan kejatuhan sedikit sokongan Melayu terhadap PAS. Hakikatnya orang Melayu sejak berzaman; 'isu' adalah perkara kedua yang menentukan pola sokongan terhadap mana-mana parti politik. Perkara pertama ialah 'sentuhan budi' (yang disokong dengan kejahilan bahawa segala kebaikan yang didatangkan kepada rakyat adalah milik Umno) menyebabkan mereka terikat menyokong Umno sekian lama. Jika 30 ribu Pemuda PAS dapat menyambung semula misi Almarhum Ustaz Fadzil Noor untuk memasyarakatkan PAS, melalui pelbagai program yang menyentuh hati nurani rakyat jelata, maka ledakan isu negatif oleh BN terhadap PAS dapat dipadamkan begitu sahaja. Kerana orang Melayu mudah lupa dan mudah termakan budi. Ayuh Pemuda PAS, terjemahkan misi dan misi dalam tindakan. Jika tumbang BN di Putrajaya, maka Pemudalah pemegang saham terbesarnya terhadap kejayaan tersebut. |
| “Jangan terima kasih Kerajaan Negeri, ini duit rakyat!” Posted: 28 Feb 2011 12:00 AM PST Ditulis oleh AMELIA HASHIM YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan. Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat. Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain. "Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa, "Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh," katanya. Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing. |
| Fitnah II: Catatan masa rakaman CCTV tidak selari Posted: 27 Feb 2011 11:30 PM PST KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II semakin bercelaru, kali ini melibatkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan masa yang direkod di pintu utama dan lif tidak selari. Peguam Anwar, Sankara Nair merujuk catatan rakaman video yang menunjukkan individu dipercayai Saiful Bukhari Azlan menaiki kereta Fiat Ulysse nombor plat WPK 5925 memasuki kondominium pada 2.47 petang menggunakan pintu utama. Bagaimanapun, rakaman kamera di lif mencatatkan masa 2.42 pagi apabila individu berkenaan naik ke tingkat lima premis berkenaan. Ini mendorong Sankara menyoal ASP Fauziah Che Mat sama ada penelitian terperinci mengenai kedudukan CCTV dan sistem komputer, dipantau Juruanalisis Audio dan Video Makmal Forensik PDRM itu untuk mengesan perbezaan masa. "Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah. Saya tidak dapat jelaskan perbezaan masa dalam sistem kerana saya bukan pakar. Anda boleh rujuk kepada syarikat yang memasang CCTV," kata Fauziah. Terdahulu, Fauziah dalam keterangannya menyatakan DSP Jude Blacious Periere pada 3 Julai 2008 hadir ke makmal forensik untuk menyerahkan dua cakera keras video keselamatan CCTV untuk dianalisis. Proses perbicaraan memasuki minggu ketiga yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. |
| Dr Yusuf al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin bukan pengganas Posted: 27 Feb 2011 11:00 PM PST Saya sedih membaca laporan yang mengaitkan ulama terkenal dunia Islam, Dr Yusuf al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin atau Muslim Brotherhood dengan pertubuhan atau pergerakan pengganas. Tuduhan tidak berasas dan liar itu didalangi oleh Amerika Syarikat, puak Zionis dan Barat. Kita tahu kenapa mereka berbuat demikian. Tetapi, yang lebih menyedihkan apabila ada negara dan pemimpin beragama Islam yang terperangkap dan terjerumus ke dalam kancah fitnah dan terikut-ikut dengan musuh Islam itu seperti kerbau dicucuk hidung. Sebelum digulingkang, mantan presiden Mesir menindas dan menghumban ke penjara pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin dan mengharamkan Dr Yusuf, seorang rakyat Mesir, daripada negaranya sendiri. Hosni Mubarak takut akan bayang-bayangnya sendiri dan melihat gerakan persaudaraan Islam itu sebagai ancaman besar terhadap kepimpinannya. Akhirnya, dengan kehendak Allah tumbang juga dia dan Ikhwanul Muslimin serta Dr Yusuf kembali bersinar di bumi Mesir.. Saya membawa cerita itu semata-mata kerana Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat ulasan atau komen yang agak kurang senang mengenai Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf al-Qaradawi sendiri semasa berada di Istanbul, Turki baru-baru ini. Benar, Najib telah menafikan yang dia melemparkan tuduhan tidak berasas itu terhadap Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf, tetapi dia tidak menafikan yang dia ada menyentuh mengenai kedua-duanya. Amat biasa sekali kita membaca pemimpin membuat penafian atau menyalahkan pemberitaan apabila apa yang diucapnya menikam balik. Itulah yang berlaku. Ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di Temerloh semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak pernah melabelkan Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas. "Saya tak kata Muslim Brotherhood ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ektremis...", itulah antara lain kata-kata Najib seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Saya ingin memetik kata-katanya."...dengan syarat menolak keganasan. dan fahaman ekstremis.." bukankah kata-kata sedemikian menunjukkan bahawa Najib percaya yang Ikhwanul Muslimin mendokong keganasan, jika tidak kenapa perlu mengenakan syarat agar mereka menolak keganasan. Siapakah Najib untuk mengenakan syarat sedemikian kepada Ikhwanul Muslimin? Mungkin itu yang akan ditanya oleh mereka kepada kita. Mengenai Dr Yusuf al-Qaradawi, ulama berusia 84 tahun yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia dengan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Antarabangsa 2009 kerana jasa dan sumbangannya yang tidak ternilai bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi kepada kemanusiaan itu sendiri, Najib mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan kebimbangan yang amat sangat terhadap tokoh yang disegani itu. (Najib said he has "some concerns, deep concerns" about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood's spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi's support and justification for terrorism, which carries a great of weight given Qaradawi's credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib.) Bukankah kata-kata Najib itu satu pandangan yang selari dan senada dengan apa yang telah dan sedang diperkatakan oleh golongan Zionis, Amerika Syarikat dan Barat terhadap Dr Yusuf al-Qaradawi, tokoh yang Malaysia melihat sebagai cukup layak dan bertepatan untuk diberi anugerah tertinggi Ma'al Hijrah. Bolehkah kita samakan Malaysia sebagai pendokong dan penyokong kegananasan kerana kita sendiri memberi anugerah kepada seorang yang dituduh sebagai menyokong dan mewajarkan keganasan? (Qaradawi's support and justification for terrorism). Mungkin Najib tidak mendapat nasihat yang betul daripada para penasihatnya termasuk penasihat media yang berpengalaman luas sehingga dia tidak kenal siapa itu Dr Yusuf al-Qaradawi dan apa itu Ikhwanul Muslimin. Oleh itu, elok juga diperturunkan sedikit sebanyak mengenai cendekiawan Islam yang dilahirkan di Shaft Turaab, Kaherah atau Cairo, Mesir pada 9 September 1926. Pada usia 10 tahun Dr Yusuf sudah hafal al-Quran. Dia menamatkan pendidikan di Ma'had Thanta dan Ma'had Tsanawi dan melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Fakulti Usuluddin dan lulus pada 1952. Dia memperolehi ijazah kedoktoran pada 1972 melalui tesis yang kemudian dijadikan buku ilmiah 'Fiqh Zakat'. Dr Yusuf meninggalkan Mesir pada 1961 kerana tidak tahan menerima sekatan dan tekanan oleh sebuah rejim yang kejam. Dia menuju ke Qatar dan di sana dia menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan kemudian Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Dr Yusuf al-Qaradawi melalui pengalaman pahit dipenjarakan seawal usianya 23 tahun kerana terlibat dalam Ikhwanul Muslimin pada 1949, pada 1956 semasa revolusi Jun dia dipenjara selama dua tahun oleh rejim tentera. Dia ditakuti kerana keberaniannya berkhutbah mengakibat dia dilarang sebagai khatib kerana isi khutbahnya yang menyentuh soal ketidak adilan rejim yang memerintah Mesir pada waktu itu. Dr Yusuf al-Qaradawi adalah seorang Mujtahid zaman semasa, seorang ketua majlis fatwa dimana banyak fatwanya dijadikan bahan rujukan atas permasalahan yang dihadapi walaupun banyak juga yang mengkritik fatwanya. Namun begitu, adalah sesuatu yang tidak betul dan tidak adil untuk menuduh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang pengganas, atau seorang yang menyokong dan mewajarkan keganasan. Mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian sebanarnya terpengaruh atau dipengaruhi oleh pemikiran pihak-pihak tertentu yang amat takut akan kebangkitan Islam. http://kudaranggi.blogspot.com/2011/02/dr-yusuf-al-qaradawi-dan-ikhwanul.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KudaRanggi+%28Kuda+Ranggi%29 |
| Skuad Kamera pantau kempen Umno BN ugut pengundi Posted: 27 Feb 2011 10:30 PM PST Hazayani Zakaria JASIN, 28 Feb: Jentera Pakatan Rakyat di Merlimau menubuhkan Skuad Kamera bagi memantau setiap kempen Umno BN yang didakwa berunsur ugutan kepada pengundi. Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, skuad ini telah menerima arahan semalam dan akan melaksanakan tugas mereka bermula hari ini. Menurutnya, skuad ini akan mengekori ke mana sahaja pemimpin Umno BN berkempen dan mengambil gambar serta merakam pergerakan mereka. "Kita jangkakan dalam hujung minggu ni sampai dekat hari mengundi Umno BN akan melakukan pelbagai perkara. "Sebab itu kita sedia skuad kamera di setiap peti undi. Ke mana sahaja Umno masuk kita ambil gambar. "Kalau rasuah pun kita ambil gambar. Siang malam, 24 jam," kata beliau pada sidang media di Markas Induk PAS, dekat sini hari ini. Tambah beliau lagi, Umno BN ternyata masih menggunakan taktik kotor untuk meraih undi dengan mengugut pengundi-pengundi. "Ada pihak tertentu dalam Umno mulai sekarang ini mengugut penduduk-penduduk jangan mengundi PAS. Sekiranya mereka mengundi Pakatan semua peruntukan di Merlimau ini akan ditarik balik. "Ini cara jahat untuk mengugut pengundi supaya terus mengundi Umno. "Segala peruntukan bukan dari Umno tapi duit rakyat. Kenapa mesti nak tarik?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Kata beliau lagi, pengundi-pengundi di Merlimau perlu berfikir dengan bijak sebelum memilih calon Pakatan Rakyat atau BN. Ini kerana ujarnya, BN hanya akan mencurahkan pelbagai projek untuk memenangi hati rakyat apabila sesuatu kawasan itu dimenangi Pakatan Rakyat. "Kalau penduduk di sini nak pembangunan dan ekonomi yang pesat dia kena mengundi Pakatan Rakyat kerana bila mengundi Pakatan Rakyat, calon kita menang, Umno akan usaha mencurahkan segala projek untuk menang balik dalam pilihan raya akan datang. "Tapi kalau penduduk terus mengundi Umno, tak akan berlaku apa-apa. "Kalau Umno kalah mesti dia curahkan segala projek untuk kembali memenangi hati rakyat," katanya. |
| Pilihanraya Sarawak : BN Boleh Menang Tetapi Tidak Mustahil Akan Tumbang Posted: 27 Feb 2011 10:00 PM PST Oleh Aspan Alias Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN. Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu. Masalah parti-parti pembangkang ialah untuk menghampiri rakyat pengundi di kawasan pedalaman yang mudah dilakukan oleh BN yang berkuasa. Blog ini telah menyebutkan bagaimana parti-parti pembangkang selama ini menghadapi kesulitan untuk mendekati pengundi di kawasan pedalaman seperti di rumah-rumah panjang dan kawasan penempatan-penempatan rakyat yang miskin. Setiap kali pilihanraya pengempen-pengempen bagi parti pembangkang tidak dapat mendekati pengundi dengan mudah kerana penekanan yang dilakukan oleh Taib Mahmud dengan kuasa politik dan wang yang ada kepada beliau. Kalaulah negara kita melaksanakan demokrasi secara tulin dengan memberikan pembiayaan kepada parti pemerintah dan alternatif dan dibenarkan kedua-dua pihak mendekati rakyat dengan terbuka, perubahan di Sarawak sudah lama berlaku. Kali ini pembangkang yang begitu serius untuk menolak kepimpinan BN di bawah Taib telah menggunakan kaedah mendekati rakyat dari jauh dengan menggunakan perkhidmatan radio, 'Free Sarawak Radio' yang beroperasi dari Convent Garden, London yang diharapkan dapat mendekati hati rakyat yang ingin diperjuangkan oleh pihak yang ingin melihat tamatnya pemerintahan kuku besi Taib selama ini. Dengan adanya gerakan seperti ini terhadap sesuatu pemerintahan ianya hanya membawa satu kefahaman bagi mereka yang mempunyai pemikiran siasah yang serius; iaitu mereka serius untuk memperbetulkan keadaan yang begitu serius yang dihadapi oleh rakyat. Bagi rakyat Sarawak yang tidak boleh berbuat apa-apa oleh kerana kuasa politik yang menekan yang dilakukan oleh Taib, kumpulan yang sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka terhadap negeri kelahiran mereka terpaksa melakukan gerakan yang mereka anggap sebagai tanggungjawab yang patut dipikul oleh mereka untuk membetulkan keadaan. Kalau gerakan yang begitu seirus dilakukan oleh anak-anak Sarawak dengan kaedah yang betul-betul disiplin, selalunya gerakan itu akan berjaya. Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang perubahan boleh berlaku dengan sekelip mata sahaja. Banyak perubahan telah berlaku dengan pantas dan apa yang berlaku di keseluruhan Semananjung Arab dan Utara Afrika sekarang ini adalah contoh yang sedang kita lihat dengan begitu jelas. Keruntuhan Tembuk Berlin yang telah memisahkan Jerman kominis dengan Jerman yang demokratik pada tahun 1989 dahulu berlaku dalam masa sebulan dua sahaja. Di negara-negara Arab tidak ada parti-parti politik yang dibenar beroperasi secara halal pun boleh melakukan perubahan dengan cepat tetapi mereka melakukannya dengan cara berkonfrontasi yang merbahaya. Tetapi di negara kita, rakyat tidak perlu melakukan demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai banyak parti-parti politik yang dihalalkan oleh perlembagaan negara dan rakyat hanya perlu memberikan undi kepada mereka melalui pilihanraya yang diadakan setiap 45 tahun sekali. Rakyat tidak perlu berpenat lelah untuk berdemonstrasi dan melumpuhkan sistem kehidupan seharian kita. Walaupun begitu banyak kenyataan pemimpin-pemimpin kita membuat kenyataan untuk menyedapkan telinga dan hati sendiri, hakikatnya tetap yang BN di Sarawak tidak lagi sebuah 'coalition' yang semantap dahulu. Penolakan rakyat semakin hari semakin jelas dan dengan adanya kesempatan untuk melakukan perubahan secara aman di negara ini maka kesempatan inilah yang memungkinkan BN kecundang dalam masa yang terdekat ini. Alasan untuk menolak kepimpinan BN oleh Taib ini adalah merupakan asas yang tidak lagi boleh dipersoalkan kebaikan niat pihak yang inginkan perubahan ini. Dalam masa dan zaman ini mana-mana pemerintahan yang dikendalikan oleh seorang individu yang seperti pemerintahan sistem Raja dan Maharaja seperti di negara-negara Arab akan mendapat tentangan dari rakyat yang inginkan cara pemerintahan yang tidak rasuah yang menerbitkan sistem krnism yang begitu menebal. Di Sarawak elemen ini jelas kedapatannya. Jika ada pihak yang serius yang melakukan pembelaan kepada rakyat maka isu penekanan Taib dan parti pemerintah terhadap rakyat dan siasah negeri itu, pihak itu akan mudah mendapat sokongan dan dukungan rakyat yang ramai. Hanya yang perlu dilakukan oleh parti-parti pembangkang ini ialah untuk mendekati rakyat dengan waktu dan masa yang mencukupi untuk melakukan perubahan itu. Alasan untuk rakyat memberikan sokongan terhadap usaha mereka adalah kuat dan jika ada apa-apa perubahan di Sarawak, itu adalah perubahan yang akan membawa keabikan dan faedah kepada negeri dan rakyat negeri itu. Kita perlu ingat, perubahan drastik dan cepat memang tidak mustahil untuk berlaku dan dialami dizaman sekarang ini. Perubahan memang tidak lagi mustahil. |
| PAS dakwa Umno ugut pengundi Merlimau Posted: 27 Feb 2011 09:54 PM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra JASIN, 28 Feb — PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau dengan "mengugut" pengundi di kawasan itu agar tidak mengundi parti Islam itu Ahad ini. Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan "mengugut" sejak semalam. Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN. "Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik. "Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?," katanya pada sidang media di Markas PAS di sini. Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah. Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan "mengugut" kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu. "BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian. "BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh," katanya. Tambah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, PAS akan melancarkan skuad kamera untuk mengawasi pergerakan kempen BN. "Kita akan gerakkan skuad kamera yang mana mereka akan ikut kempen BN agar kita dapat bukti," katanya. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Umno turut menggunakan pendekatan "mengugut" pengundi Melayu dalam kempen pilihan raya kecil itu. "Umno buat sebab nak serang PAS dan PKR, tujuan sebab nak ambil sokongan orang Melayu. "Ini adalah perkara yang mereka hendak jadikan alat supaya Umno-BN terus dapat sokongan orang Melayu," katanya. Beliau berkata selama ini Umno yang menyebabkan orang Melayu terpinggir jika hendak dibandingkan dengan kaum-kaum lain. "Umno guna Melayu untuk ratah Melayu tapi kita Pakatan Rakyat tak nafikan orang Melayu adalah kaum pribumi dan semua pihak juga akui ini. "Tapi Umno telah gunakan itu untuk letakkan orang Melayu berada dalam keadaan bahaya dan mereka tuduh Pakatan Rakyat dengan menggambarkan orang Melayu di Pulau Pinang," katanya. Tambah Idris, Pakatan Rakyat memberi jaminan akan membela dan mempertahankan nasib orang Melayu selain menjaga hak kaum lain di negara ini. "Patut Umno rasa malu kerana sebabkan orang Melayu tertinggal, siapa yang jadikan orang Melayu merempat? "PAS-Pakatan Rakyat lebih bijak menjaga orang Melayu daripada Umno, kerana kita berpegang kepada Islam dan menjaga semua kaum lain," katanya. |
| Pelacur iklankan perkhidmatan di Facebook Posted: 27 Feb 2011 08:30 PM PST ![]() LAMAN seorang pelacur yang dikenali sebagai Molly Ravish di laman sosial Facebook. NEW YORK - Pelacur-pelacur di sini mengiklan perkhidmatan mereka di laman sosial Facebook, lapor akhbar New York Daily News semalam. Pendedahan itu dibuat oleh seorang ahli sosialogi Universiti Colombia, Sudhir Venkatesh yang melakukan satu kajian terhadap 290 pekerja seks. Menurutnya, 83 peratus daripada pekerja itu didapati bergantung kepada Facebook untuk menggoda lelaki bagi menjadi pelanggan mereka. Salah seorang pelacur yang mengiklankan perkhidmatan mereka di laman tersebut dikenali sebagai Molly Ravish. Ravish menyatakan dalam laman itu bahawa dia merupakan seorang teman wanita yang berpengalaman. Dalam laman itu, dia meminta pengguna Facebook untuk mengunjungi laman webnya untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkannya. Dalam laman webnya, dia menawarkan perkhidmatan selama satu jam dengan kadar bayaran AS$200 (RM610) dan AS$150 (RM458) untuk seks oral. - Agensi |
| Istana Muammar Gaddafi di Al-Baida diselongkar Posted: 27 Feb 2011 08:00 PM PST ![]() BEBERAPA pokok menghiasi kawasan pekarangan istana milik Muammar Gaddafi di bandar Al-Baida, Libya. AL-BAIDA - Sebuah istana milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di bandar ini diselongkar dan dirosakkan oleh kumpulan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya, lapor stesen televisyen Al-Jazeera semalam. Istana itu dihiasi dengan tumbuhan hijau, sebuah kolam renang tertutup, sauna dan jakuzi untuk tetamu-tetamunya. Menurut stesen televisyn itu, istana itu dilengkapi dengan kubu bawah tanah yang dibina untuk perlindungan selama beberapa bulan jika beliau diserang dengan senjata bukan konvensional. Kubu bawah tanah itu dilengkapi dengan sistem penapisan udara dan janakuasa untuk tujuan kecemasan. Alat penggera kebakaran, paip air dan tangga digunakan untuk membantu pemimpin tersebut melarikan diri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Dalam imej yang disiarkan stesen televisyen itu, beberapa orang merosakkan barang-barang yang terdapat di dalam istana tersebut. Istana itu diceroboh selepas para penunjuk perasaan berjaya menguasai bandar ini daripada tentera upahan Gaddafi baru-baru ini. Gaddafi kini berdepan dengan penentangan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya selama hampir 42 tahun kerana sumber kekayaan negara tidak digunakan untuk membantu kehidupan rakyat yang miskin. Kebangkitan rakyat itu didorong oleh kejayaan tunjuk perasaan yang berjaya menyebabkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas hampir 29 tahun beliau memerintah. Gaddafi sanggup menggunakan bedilan peluru berpandu dan tentera upahan untuk memerangi penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya namun beberapa buah bandar dilaporkan sudah jatuh ke tangan para penunjuk perasaan. - Agensi |
| Rakyat Libya tubuh pemerintahan sementara Posted: 27 Feb 2011 07:30 PM PST ![]() SEORANG pegawai tentera yang berpaling tadah menunjukkan cara-cara menggunakan senjata antipesawat di Benghazi, Libya semalam. BENGHAZI - Para penunjuk perasaan yang menentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menubuhkan majlis pemerintahan baru di timur Libya. Kerajaan sementara itu dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Libya dan ia tidak akan berunding dengan Muammar Gaddafi. Seorang jurucakap majlis itu menyatakan kepada agensi berita Reuters bahawa ia bukannya sebuah kerajaan sementara. Penubuhan majlis itu mencetuskan kontroversi kerana bekas menteri kehakiman Libya, Mustafa Abdel Jalil membuat pengumuman menerusi stesen televisyen Al-Jazeera pada awal kelmarin bahawa sebuah kerajaan sementara sudah ditubuhkan. Mustafa berkata, beliau akan mengetuai kerajaan sementara itu tidak kurang daripada tiga bulan. Menurutnya, pihaknya akan mengadakan pilihan raya yang adil bagi membolehkan penduduk memilih pemimpin mereka. Bagaimanapun, para penunjuk perasaan yang mewujudkan majlis pemerintahan baru itu menyatakan pandangan Mustafa bahawa beliau mengetuai sebuah kerajaan baru hanyalah satu pendapat peribadi. - Agensi |
| Penari gelek dedah parti Perdana Menteri Itali Posted: 27 Feb 2011 07:00 PM PST ![]() GENOA - Seorang penari gelek, Ruby 'Heartstealer' Rubacuori mendedahkan, beberapa model separuh bogel melakukan persembahan lesbian untuk Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, lapor sebuah akhbar kelmarin. Ruby yang berusia 18 tahun menyatakan dia duduk beberapa sentimeter dari Silvio yang berusia 74 tahun dalam satu parti di vila rumahnya. Dalam salah satu parti yang diadakan di vila milik Berlusconi di Arcore, Itali, Ruby merupakan antara 30 gadis yang diundang untuk makan malam dengan Berlusconi. Menurut Ruby, selepas makan malam, beberapa gadis mula menanggalkan semua pakaian kecuali seluar dalam dan mereka menari mengikut alunan muzik. "Saya melakukan tarian erotik untuk perdana menteri (Berlusconi)," katanya kepada seorang wartawan akhbar The Sun. Bagaimanapun, terdapat beberapa model dan penghibur wanita yang amat cantik. Ruby berkata, satu pasangan mula menari dan melakukan persembahan lesbian. Penari itu menegaskan dia tidak melakukan hubungan seks dengan perdana menteri yang bertaraf bilionair itu. Pendedahan itu dibuat selepas seorang hakim mengarahkan Berlusconi disiasat atas dakwaan membuat pembayaran untuk mendapatkan khidmat seks daripada seorang lagi penari gelek di bawah umur berketurunan Maghribi, Karima el-Mahroug. - Agensi |
| Majlis Bicara Buku dan masyarakat yang rosak Posted: 27 Feb 2011 06:30 PM PST Oleh Dinsman Berikut ini sebahagian ucapan saya di majlis Bicara Buku yang bertema "Menjana Kewarasan Minda", di Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam, 23 Februari 2011 (yang dihadiri kira-kira 200 orang). Pertama sekali ucapan terima kasih kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), khasnya kepada Pengarahnya Puan Mastura, kerana sudi bekerjasama dengan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi), menganjurkan majlis bicara buku ini Rasanya ini adalah satu daripada acara terbaik yang pernah dianjurkan oleh Paksi, dari segi perjalanannya yang teratur, efisien dan mendapat sambutan. Acara lain yang saya boleh ingat sebaik ini – satu, acara seperti Hari Sastera yang kita buat bersama dengan Persatuan Nelayan Perahu Kecil di Kuala Pahang, lebih setahun yang lalu; dan satu lagi – Himpunan Seniman-Budayawan menyokong perjuangan penduduk Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur, kira-kira dua bulan lalu. Paksi berasa sangat senang dan bertuah pagi ini dapat mengalu-alukan kehadiran semula seorang budayawan Malaysia yang sekian lama telah meninggalkan lapangan budaya kerana memberi tumpuan kepada politik, tetapi baru-baru ini dia membuat keputusan bersara dari jawatan politik, yang kita percaya antara lain dia akan kembali ke rumah budaya. Saudara-saudara, marilah bersama-sama kita mengalau-alukan kehadiran semula Syed Husin Ali ke dalam arena budaya! Kita percaya dan kita berharap kembalinya Syed Husin Ali ke arena budaya akan memberi kesan yang bermakna kepada perjuangan kita, khasnya perjuangan Paksi dan kelompok Budayawan Bertindak, untuk melihat seni dan budaya diberi tempat yang sewajarnya dalam kehidupan hari ini, khasnya oleh orang-orang yang memegang kuasa di dalam negara. Dan saya percaya amat tepatlah apabila buku "Kumpulan Esei Budayawan Bertindak…" (KEBB) menjadi bahan telaah awal Syed Husin dalam perjalanan kembalinya ke rumah budaya. Rasanya buku KEBB ini satu-satunya yang sepertinya. Maksudnya, ini himpunan tulisan mengenai kesenian dan kebudayaan oleh orang-orang yang komited dengan perjuangan budaya di negara ini, yakni budayawan-budayawan yang aktif dalam arus perkembangan masyarakat. Bukan budayawan yang pasif, yang menyerah kepada orang politik dan orang bisnes untuk menentukan corak dan arus pembangunan masyarakat. Ini kelompok budayawan yang kita panggil Budayawan Bertindak, yang dalam buku ini ada 29 orang, masing-masing menulis secara bebas apa sahaja yang mereka hendak tulis, tanpa ada sebarang panduan atau persefahaman antara sesama mereka. 29 orang budayawan dalam buku ini tidaklah bermakna hanya ada 29 orang sahaja budayawan di negara ini, yang komited dengan perjuangan seni-budaya. Ada ramai lagi mungkin selain 29 ini. Tetapi setakat tempoh waktu kami mengusahakan penerbitan buku ini, setahun yang lalu, inilah yang dapat kami kumpulkan. Dan kami bercadang untuk meneruskan usaha ini, yakni menerbitkan "Kumpulan Esei Budayawan Bertindak" yang kedua, yang mungkin lebih lengkap, sempena menyambut "Hari Kemenangan Tekad Budaya (Cultural Will)", 7 Mac 2012 nanti. 7 Mac ialah hari rakyat Malaysia 100 ribu orang turun ke jalanraya membantah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains-Matematik (PPSMI), dan gerakan memprotes itu dipimpin dan digerakkan oleh orang-orang budaya – Datuk Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A Samad Said, Prof Shaharir Mohd Zain, Prof Abdullah Hassan, dan orang muda dari Paksi, sdr Hasni Abas. Saya memanggil hari itu "Hari Kemenangan Tekad Budaya" untuk menegaskan dan membuktikan bahawa masyarakat atau rakyat bukan sahaja memerlukan Political Will atau Tekad Politik apabila kita menghendaki sesuatu perubahan atau sesuatu yang baru dalam masyarakat/negara, tetapi rakyat juga perlukan kepada Cultural Will atau Tekad Budaya. Dan peristiwa 7 Mac 2009 itu buktinya. Buku ini diterbitkan dan dilancarkan sempena kita menyambut ulangtahun yang pertama peristiwa 7 Mac itu pada tahun lalu. Maka ada satu perkara yang apabila mengingatkan peristiwa pelancaran buku ini, (di bangunan sebelah sana, auditorium muzium), ada satu rasa kecewa, rasa marah dan rasa kesal yang menyelubungi ahli-ahli jawatankuasa Paksi sejak hari itu hingga sekarang, kepada satu pihak (orang politik yang autoriti di bidang kebudayaan) yang berjanji itu dan ini untuk seni dan budaya di Selangor, tetapi sikap yang ditunjukkannya adalah tidak lebih baik daripada sikap rejim Umno/BN yang selalu kita kritik. Minta maaflah kalau saya tersasul ke perkara yang merupakan masalah rumahtangga Paksi. Tetapi itu sebenarnya bukan masalah rumahtangga Paksi. Itu masalah rumahtangga Kerajaan Negeri Selangor, masalah rumahtangga Pakatan Rakyat, dan itu adalah sebahagian daripada perkara pokok yang dihadapi oleh para pejuang seni-budaya di negara ini hari ini. Sekadar menyebutnya sepintas lalu sahaja. Saya samasekali tidak bertujuan untuk mengeruhkan suasana yang jernih dan segar pada pagi yang berbahagia ini. Kita lupakanlah sementara hal yang muram-durja itu, kerana bersama-sama kita juga pagi ini seorang Sasterawan Negara dari Selangor, yang terkenal dengan novelnya Naratif Ogonshoto dan Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Sdr Datuk Anwar Ridhwan. Beliau juga akan mengupas dan menganalisa buku KEBB dari sudut pandangannya sendiri. Dan kita juga ada buku kumpulan cerpen Ranum karya Razali Endun, yg akan turut dibicarakan. Sebelum terlupa, saya ingin sebutkan satu perkara lagi mengenai majlis ini – majlis bicara buku, dan kadang-kadang majlis pelancaran buku. Sewaktu merancangkan majlis ini, satu perkara yang menjadi kebimbangan dan kerisauan kami, baik pihak Paksi mahupun pihak PPAS, ialah mengenai kehadiran. Takut, bimbang, kalau-kalau tak ramai orang yang hadir. Biasa berlaku, majlis pelancaran atau bicara buku hanya dihadiri oleh 20 orang, 30 orang sahaja. Itu menunjukkan ada sesuatu yang tak betul dalam masyarakat kita. Manusia itu namanya manusia kerana ilmunya. Perkara pertama yang Tuhan buat selepas Dia cipta manusia ialah Dia mengajarkan ilmu kepada manusia. (Rujuk al-Quran surah Baqarah ayat 30-33 yang saya baca di awal ucapan). Apabila masyarakat tidak suka kepada ilmu, tidak suka kepada buku, itu ertinya ada yang rosak dalam masyarakat itu. Tetapi alhamdulillah, dalam masyarakat kita yang rosak ini, masih ada sebahagiannya yang tidak rosak. Saya ada satu pengalaman, membuat majlis bicara buku dan pelancaran buku di sebuah masjid, di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Masjid Batu nama masjid itu. Dua bulan lalu saya lancarkan sebuah buku di situ, buku ilmiah, hasil tulisan Prof Shaharir Mohd Zain, laku 88 buah waktu itu, dan saya tinggalkan 100 buah untuk mereka jual. Sebulan kemudian semuanya habis. Sebelum itu buku KEBB ini pun pernah dibicarakan di situ, oleh Cikgu Azmi Ab Hamid (Teras). Laku, banyak juga, saya tak ingat berapa puluh. Dan dua minggu lalu, masjid itu mengadakan pelancaran buku Dr Mujahid Yusuf, 200 buah terjual. Pengerusi masjid itu memberitahu saya, hal itu sudah menjadi satu perkara biasa di situ. Pernah dalam satu pelancaran buku, terjual sebanyak 300 buah. Sesuatu yang sangat mengagumkan. Dan masjid itu juga adalah masjid yg pertama di dunia, membuat persembahan teater di dalam ruang solatnya. Apa yang nak saya timbulkan di sini ialah budaya membaca buku dan budaya membeli buku itu. Masjid Batu telah berjaya menghidupkan budaya itu. Anda bayangkan kalau sebuah masjid boleh menjual 200 buah buku. Tak usah 200-lah, kita ambil 100 sahaja. Dalam negara kita ada sekitar 5,000 buah masjid, ertinya 500,000 naskah buku boleh dijual, untuk satu judul. Kita tak usah mimpilah 500 ribu itu, kita mimpikan 10 peratus sahaja daripadanya, 50 ribu naskah. Cukup! Itu melalui masjid sahaja. Kalaulah masjid-masjid mahu buat seperti apa yang dibuat oleh Masjid Batu, Permatang Pauh. Inilah antara impian saya, dan impian Paksi. Kita harap pihak PPAS juga mahu berkongsi impian ini dengan Paksi. Dapatlah sama2 kita berusaha bagi merealisasikan impian murni ini. Dan semoga majlis bicara buku pagi ini menjadi langkah pertama kita ke arah merealisasikan impian tersebut. (Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 013-6362408) Berminat dapatkan buku Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz sila layari http://pelbagai-iklan.blogspot.com/ |
| Posted: 27 Feb 2011 06:00 PM PST SETELAH meledak dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya, Khamis lalu, penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali terus menunjukkan ketajaman sentuhan penyudahnya, lapor WAN FAKHRUL BAKAR. Pada aksi persahabatan kedua menentang Pra PON DKI Jaya di padang latihan kelab di Sawangan, Jawa Barat petang semalam, Safee, 27, berjaya menjaringkan satu gol untuk membantu Pelita Jaya mencatat kemenangan 2-0. "Pada perlawanan tadi (semalam), saya beraksi penuh 90 minit. Saya menjaringkan gol kedua manakala Juan Ra- mirez (penyerang dari Paraguay) menjaringkan gol pertama pasukan. "Perlawanan ini lebih sengit berbanding ketika kami menewaskan Ragunan FC 6-0 pada Khamis lalu kerana pasukan Pra PON DKI Jaya ini lebih kuat. "Cuma hujan seharian di Jakarta menyebabkan perlawanan berlangsung di atas padang licin dan saya perlu berhati-hati untuk mengelak kecederaan," kata Safee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta petang semalam. Namun ujian sebenar Safee bakal hadir pada Sabtu ini apabila dia akan turun beraksi untuk perlawanan rasmi pertamanya dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL) bertemu Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang. "Dari segi keserasian dengan rakan sepasukan lain, saya rasa tiada masalah kerana sudah dua minggu bersama mereka. Saya juga sudah membiasakan diri dengan corak 'one touch football'. "Cuma dua pemain import baru Pelita Jaya yang dibawa dari Australia hanya akan tiba esok (hari ini) dan kami akan cuba untuk membentuk keserasian cepat dengan mereka," ujar Safee. Safee yang menyarung jersi No. 10 pasukan Pelita Jaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam saingan ISL dan diberi harapan besar untuk memperbaiki kedudukan kelab itu yang kini berada di tangga tercorot liga. |
| Posted: 27 Feb 2011 05:30 PM PST ![]() PEMAIN tengah West Ham, Scott Parker meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Thomas Hitzisperger (kanan) pada aksi Liga Perdana England menentang Liverpool di Upton Park semalam. West Ham menang 3-1. LONDON – Keghairahan Liverpool di bawah kendalian Kenny Dalglish rupa-rupanya hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja apabila mereka kembali mencatat kekalahan memalukan semalam. Tidak sampai sebulan Dalglish dilantik menggantikan Roy Hodgson, tanda-tanda kejatuhan hadir semula menghantui Liverpool apabila tewas 1-3 kepada West Ham United. Walaupun menurunkan kesebelasan terbaik kecuali Andy Carroll yang masih cedera, ia langsung tidak membantu The Reds mempamerkan aksi seperti yang diharapkan pada aksi Liga Perdana England di Upton Park itu. Sebaliknya, West Ham yang tidak diletakkan harapan langsung untuk melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri dilihat lebih menonjol mendominasi permainan. Hasilnya, West Ham yang menghuni tangga tercorot liga sebelum perlawanan itu, berjaya meledak tiga gol menerusi Scott Parker pada minit ke-22, Demba Ba (45) dan Carlton Cole ketika perlawanan memasuki masa kecederaan. Gol sagu hati Liverpool pula dijaringkan oleh pemain pertahanan, Glenn Johnson pada minit ke-84. Langkah Dalglish menurunkan Luis Suarez di bahagian serangan untuk bergandingan dengan Steven Gerrard, Dirk Kuyt dan Raul Meireles ternyata gagal memberi impak besar apabila gagal menembusi kubu tuan rumah. Biarpun sudah berbelanja besar, pembelian Suarez dan Carroll tidak banyak mengubah kedudukan Liverpool yang kekal menghuni tangga keenam liga selepas beraksi 28 perlawanan. Kekalahan kepada West Ham semalam merupakan yang pertama buat Dalglish sejak memegang jawatan pengurus awal Februari lalu. Sebelum ini, mereka berjaya mencatat empat kemenangan dan dua kali seri dalam enam perlawanan terbaru. Selain menewaskan Chelsea 1-0, Liverpool juga menang 2-0 ke atas Stoke City, Fulham (1-0) dan Wolverhampton Wanderers (3-0). Keputusan seri pula ketika bertemu Everton (2-2) dan Wigan (1-1) minggu lalu. – Agensi |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan