Rabu, 16 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Keputusan Terkini Liga Juara-juara Eropah 16 FEB

Posted: 16 Feb 2011 02:15 PM PST

European Cups - Champions League
23:14February 16

FTArsenal2 - 1Barcelona

FTAS Roma2 - 3Shakhtar Donetsk

[Ulasan Wajib Baca] Mahathir dilema atau dilema Melayu?

Posted: 16 Feb 2011 06:44 AM PST

Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat tahun 1990 dengan penuh kehibaan. Dua strategi yang dipasang iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat gagal dicapai. Sasaran membasmi kemiskinan adalah keutamaan kepada Bumiputera dan menyusun masyarakat pula dikaitkan dengan usaha perpaduan nasional. Kegagalan yang menjadi sejarah itu berlaku era Tun Dr. Mahathir selaku perdana menteri tatkala impian pemilikan kekayaan negara pada paras 30 peratus. Natijahnya setakat 18 peratus sahaja.

Mengkosmetikkan kegagalan itu agar tidak dilihat gagal, Dr. Mahathir telah memperkenalkan pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN) sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2 (1991-2000) Malaysia. Objektifnya adalah ke arah memperkasa pembangunan ekonomi negara melalui usaha memperkukuhkan perpaduan ke arah kestabilan sosial dan politik sebagai syarat mencapai negara maju tahun 2020. Kini negara dalam era separuh masa kedua pelaksanaan DPN. Dalam tempoh ini DPN telah melalui tiga perdana menteri yang impiannya cukup berbeza. Tinggal lagi, rata-rata suara bergema, prestasi ekonomi negera semakin teruk, malah orang Melayu dan kaum Bumiputera amnya semakin memerlukan 'tongkat' angkara retorik pembangunan yang melayukan bangsa. Tidak kurang pula, nilai perpaduan semakin haru-biru. Sehingga masing-masing kaum menjadikan ruang perjuangan politik sebagai jurubicara sentimen kepuakan melampau.

Dr. Mahathir inconsistent

Terbaru isu pemimpin MCA mempertikaikan amalan Islam segelintir orang Melayu dan integriti ajaran agama rasmi negara sebagai modal politik. Kenyataan itu dilihat senada dengan apa yang disebut oleh seorang pemimpin veteran Singapura yang menyentuh darjah amalan agama kalangan Melayu Singapura. Namun agak pelik, era pelaksanaan DPN ini cara pemimpin MCA itu tidak dikomen oleh Dr. Mahathir tetapi suara pemimpin Singapura itu pula dibuli oleh bekas perdana menteri itu. Di atas fakta ini Dr. Mahathir dilihat masih berdilema dengan semangat Islam (bukan semangat Melayu kerana Dr. Mahathir bukannya Melayu) dalam dirinya akibat kejengkelan impian tulisannya sendiri "The Malay Dilemma" yang digamkan oleh Arwah Tunku Abdul Rahman tahun 1960-an.

Paling tidak logik, Dr. Mahathir mempamerkan dilemanya dengan nilai inconsistent kerana turut memfitnah menteri besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas komentar pemimpin Singapura tersebut. Sehingga media turut memutarkan fahaman Islam yang negatif ke atas menteri besar Kelantan kerana mendakwa membela pandangan pemimpin Singapura. Itulah rupa dilema Dr. Mahathir tatkala membicara soal Islam. Maka dilema Dr. Mahathir sedemikianlah telah membuahkan lontaran 'munafik' kerana sanggup berfatwa bahawasanya "Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993 sebagai hudud PAS bukannya perundangan Islam." Sedangkan ia digubal oleh mereka yang pakar dalam perundangan Islam.

Melayu jadi pertaruhan

Sahlah Dr. Mahathir seorang yang angkuh dengan fikirannya sendiri, akibatnya Melayu dan Bumiputera sering menjadi pertaruhan untuk meraih kuasa politik Umno. Keangkuhan sampai sekarang sedang terjelma dalam gaya kepimpinan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib. Justeru Umno yang kalah lebih daripada 30 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum 2008 masih tidak serik mempertaruhkan semangat dan retorik Melayu bagi memperagakan nilai perjuangannya.

Pelbagai pendekatan telah diambil untuk tujuan tersebut. Ia diserasikan dengan strategi kerajaan BN berkonsepkan Satu Malaysia yang kekal dengan perjuangan politik perkauman. Di atas fakta ini, munasabahnya dikatakan konsep Satu Malaysia adalah retorik yang bakal mengukuhkan lagi dilema Melayu dan mungkin mendilemakan lagi pemimpin Umno seumpama Dr. Mahathir. Terutama apabila Umno terhimpit dengan agenda Melayu dan Bumiputera yang terus bertongkat dalam meraih peluang ekonomi, maka kerajaan BN di bawah Mohd Mohd Najib mewujudkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang menjadi makmal penting menjayakan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB). Sebelum ini, Mohd Najib melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB).

Bukti ekonomi tenat

Apakah TERAJU akan pelaju Bumiputera? Mohd Najib ketika mengumumkan MEB yang sememangnya dinanti-nantikan ke arah mengubah ekonomi menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif. Di samping itu MEB bakal menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Sekilas fahaman, MEB merupakan pendekatan penggenap kepada DPN, tetapi belum lagi MEB mencapai hasil, tiba-tiba dilancar pula Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Apakah MTAB yang dilancarkan sebelum ini belum mempunyai machinery yang berkesan melaksanakan agenda Bumiputera di dalam MEB? Atau MEB memang untuk mensasarkan kepada Satu Malaysia, tanpa mengira siapakah keumpulan sasar asalkan Satu Malaysia?

Kalau corak ekonomi Satu Malaysia yang sebenar sudah tentu tidak menggambarkan suku-sakat kaum atau puak. Bumiputera adalah satu puak yang biasa dirujuk kepada orang Melayu, semua suku kaum di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung. Mungkin boleh dimasukkan di dalam senarai Bumiputera ialah kaum minoriti seperti orang Siam yang telah tinggal di Malaysia, terutama di negeri seperti Perlis, Kedah dan Kelantan.

Namun persoalan di sebalik TERAJU ialah nilai keadilan agihan program. Kalau selama ini, Kelantan sering di kesampingkan atau dianaktirikan sedangkan Kelantan adalah 96 peratus pendudukanya Bumiputera. Ataukah pihak kerjaaan BN memandang Kelantan sebagai negeri untuk orang PAS bukannya Bumiputera. Jika Kelantan adalah negeri bagi Bumiputera, masakan pula royalti petroleum tidak diberikan kepada kerajaan negeri Kelantan?

Apa yang jelas, TERAJU adalah hak inklusif orang Melayu untuk menikmati peluang ekonomi yang lebih luas. Maka, teringat semula kepada nasib Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sudah tampat tempohnya tahun 1990. Semasa itu janji kerajaan BN untuk mencapai 30 peratus ekuiti Bumputera. Hakikat yang dicapai hanyalah 18 peratus. Maka ganti DEB ialah DPN yang di dalamnya diulangi objektif bebal Bumiputera, iaitu mengimpikan lahirnya satu ketika nanti masyarakat perdagangan Bumiuputera! Sehingga kini, ramai Bumiputera mempunyai budaya tongkat, kerana bergerak atas subsidi dan mengalibabakan projek disebabkan tidak cukup modal, kurang peralatan dan atau sikap ingin meraih sedikit untung tanpa berpenat lelah. Hanya minoriti daripada komuniti perdagangan Bumiputera yang benar-benar terlepas daripada budaya tongkat ini.

TERAJU tidak relevan

Kini iklim ekonomi negara dalam ketenatan. Harga barangan pembinaan sudah melambung 100 peratus. Persoalannya, sejauh mana relevannya TERAJU untuk membimbing Bumiputera maju dalam keadaan ekonomi yang tenat. Di manakah upayanya TERAJU untuk melahirkan profesional usahawan Bumiputera dalam keadaan bidang keusahawanan belum mendapat kejayaan yang merata akibat terlalu lama berlegar di kalangan kroni Umno.

Kandungan program transformasi perdana menteri, misalnya sudah nampak tidak menyengat kerana bercanggah dengan hak-hak tertentu untuk semua kaum, termasuk peluang menikmati kemajuan ekonomi tajaan kerajaan BN. Pastinya orang Cina dan India malah suku kaum lain akan terasa terkilan kerana tidak ada program khusus seumpama TERAJU untuk membimbing generasi baru Cina dan India mahu pun Siam untuk maju bersama dalam ekonomi yang tenat ini.

Slogan Satu Malaysia sudah didahulukan, tetapi Bumiputera masih bertongkat dan jauh sama sekali rakyat didahulukan? Di sinilah cabaran besar kepada TERAJU. Apakah TERAJU boleh berperanan sebagai peneraju Bumiputera dalam bidang ekonomi?

Berpandukan realiti lebih 50 tahun Umno ditampuk kuasa, taraf ekonomi Melayu dan Bumiputera tidak dapat tidak adalah masih kukuh bergantung kepada bukan Melayu, terutamanya pedagang atau tycoon Cina yang menjadi kroninya kepada pemimpin Umno. Justeru apabila membawa misi Bumiputera dalam persaingan ekonomi kapitalis, sudah pasti TERAJU bakal dilihat sebagai pemudah cara yang 'lemah' dan tetap bergantung kepada tycoon tersebut demi hidup.

Melainkan TERAJU dapat mengubah hala tuju Bumiputera kepada konsep ummah yang mampu berkonsolidasi dengan tycoon tersebut mengikut standard amalan perdagangan global. Maksudnya membuang nilai psikologi jumud perekonomian dengan tidak melihat kepada terma Bumiputera, tetapi melihat kepada profesional yang boleh berada di pentas ekonomi yang sama dengan tycoon tersebut. Ini kerana di luar sana sudah ramai usahawan Bumiputera yang merdeka tanpa terikat dengan terma Bumiputera. Sehubungan itu, terma ekonomi ummah sepatutnya diteliti ke arah memastikan amalan ekonomi yang bertaraf dunia dan sedia meninggalkan amalan ekonomi jumud terma Bumiputera. Sepatutnya rasional ini, dipakai oleh Dr. Mahathir bukannya terus membebalkan orang Melayu dengan retorik dilema dirinya yang tidak berkesudahan.

Hanya Tuhan yang Esa Maha Mengetahui atas setiap kejadian yang zahir dan batin.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/02/mahathir-dilema-atau-dilema-melayu.html

Spekulasi rombakan Kabinet cetus kekalutan

Posted: 16 Feb 2011 06:38 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Spekulasi liar oleh para pemerhati politik mengenai rombakan Kabinet yang tersebar dalam Twitter dan blog mereka hari ini telah mencetuskan kekalutan di pihak media untuk mengesahkan kesahihan berita itu.

Bernama telah dihujani dengan pertanyaan selepas khabar angin itu tersebar di beberapa Twitter dan menerusi SMS.

Satu portal berita malahan menyatakan dua timbalan menteri akan dinaikkan pangkat sebagai menteri manakala seorang ketua parti politik akan turut dilantik sebagai menteri. Ia juga menyatakan satu kenyataan dijangka dikeluarkan.

Seorang kru berita TV malahan telah pergi ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya untuk merakamkan pengumuman yang kononnya bakal dibuat itu.

Seorang pembantu khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa dihubungi pada kira-kira 6 petang hari ini, berkata Perdana Menteri tidak memberikan sebarang bayangan mengenai rombakan Kabinet selepas ditemu bual oleh sebuah organisasi berita Turki lewat tengah hari tadi.

Seorang Menteri Kabinet dari MCA, semasa dihubungi berkata perkara itu langsung tidak disebut dalam mesyuarat Kabinet hari ini. — Bernama

UMNO ketandusan penceramah hebat, sering lakukan kesilapan

Posted: 16 Feb 2011 02:30 AM PST

Dalam usahanya untuk memenangi semula sokongan rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, Barisan Nasional atau BN, terutamanya UMNO, mula mengadakan ceramah dan taklimat politik atau yang mereka lebih suka menyebutnya sebagai 'road show'.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat atau PR yang menurunkan barisan peneraju-peneraju PAS, DAP dan PKR untuk berceramah mengenai kedudukan semasa. Kedua-dua pihak berbuat demikian dengan alasan untuk memberi 'penerangan sebenar' mengenai apa yang sedang berlaku dalam kancah politik tanah air.

Dua hari lepas, Pemuda UMNO mengadakan ceramah di Bukit Gadong, Sungai Ara, Pulau Pinang. Ceramah tersebut diadakan di bawah tajuk 'Ayat-ayat Cinta Pakatan Rakyat' dan penceramah utamanya ialah Lokman Nor Adam.

Lokman ialah mantan setiausaha Angkatan Muda Keadilan yang melompat parti ke UMNO. Dia kemudian diserap ke dalam jabatan ehwal khas dan dilantik sebagai ketua untuk melatih penceramah-penceramah UMNO.

Atas pelantikannya itu, kita boleh kata yang Lokman adalah seorang yang hebat sehingga UMNO mendapati dia cukup layak untuk diletakkan dalam bahagian khas dan diberi amanah melatih bakal-bakal penceramah parti. Jika begitu, amat rugilah PKR.

Sejauh mana kehebatan Lokman selaku penceramah boleh dinilai daripada apa yang dibangkitkannya semasa 'berpidato' di Bukit Gadong.

Antara lain, Lokman membangkitkan perkara yang begitu remeh, iaitu gaya hidup presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kepada Lokman, soal peribadi Wan Azizah lebih penting daripada soal kehidupan hari-hari rakyat, soal ekonomi, soal kesihatan dan soal kebajikan.

Lokman 'mendedahkan' kepada kira-kira 80 orang yang hadir pada majlis ceramah itu yang hampir separuh daripada mereka adalah ahli parti-parti komponen BN dari luar kawasan Bukit Gadong, bahawa semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan PM, Wan Azizah membelanjakan sehingga RM8,000 untuk sepasang pakaian. Dalam setahun Wan Azizah menempah 20 pasang pakaian.

Kepada Lokman, pendedahannya itu semestinya hebat dan boleh menumbangkan pentadbiran 'pembangkang' di Pulau Pinang berbanding dengan masalah-masalah lain yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang, tak kira sama ada Melayu, Cina ataupun India.

Saya tertanya-tanya adakah ini yang seharusnya dibangkitkan dalam ceramah-ceramah UMNO ataupun BN untuk memenangi hati dan sokongan rakyat? Tentu tidak!

Apakah Lokman tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu bahawa pihak 'lawan' boleh dengan mudah menangkis serangan peribadi itu dengan menghumbankan balik ke gelanggang BN atau UMNO soal yang sama?

Saya pernah berkhidmat di JPM sebagai salah seorang pegawai menteri dan saya tahu bahawa semua isteri menteri, dari PM hinggalah ke timbalan menteri, mengamalkan gaya hidup yang serupa seperti Wan Azizah, merekapun menempah pakaian mahal dan berjenama. Ia tidak menjadi persoalan atau satu kesalahan. Oleh itu, kenapa ia harus dibangkitkan dalam ceramah sedangkan ia adalah perkara biasa di kalangan isteri orang-orang kenamaan termasuk menteri?

Banyak pihak melihat tindakan Lokman membangkitkan soal gaya hidup Wan Azizah sebagai 'serangan peribadi' dan saya difahamkan bahawa Wan Azizah telah merujuk perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya, jika perlu.

Lokman harus sedar bahawa pihak lain boleh membangkitkan banyak persoalan berkaitan isteri PM atau isteri TPM dan isteri para menteri lain sama seperti yang dibangkitkan olehnya. Umpamanya, berapa harga kalung mutiara yang sering dipakai oleh isteri PM? Berapa harga pakaian yang ditempahnya untuk ke majlis-majlis di dalam dan luar negeri? dan banyak lagi soalan berkaitan gaya hidup.

Saya tidak tahu sama ada itulah strategi yang diguna pakai oleh UMNO dan oleh Lokman sendiri selaku 'ketua pengajar atau pelatih' bakal penceramah parti untuk melemahkan lawan dan mendapat sokongan rakyat. jika benar, maka ia adalah satu kesilapan besar.

Jika UMNO mahupun BN ingin mendapat semula sokongan rakyat terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR, ubahlah strategi dan pendekatan. Carilah isu yang benar-benar penting yang memerlukan pembelaan, bukan soal remeh-temeh seperti yang dibangkitkan oleh Lokman.

Masalah besar yang dihadapi UMNO, terutamanya, ialah penceramah-penceramah yang handal dan hebat yang mampu membuatkan rakyat berfikir dan akhirnya kembali menyokong mereka. Bukan penceramah yang hanya pandai bermain kata-kata mempersenda pihak lawan, memburuk-burukkan lawan dan mengungkit-ungkit hal-ehwal peribadi pihak lain. Itu bukan caranya untuk mendapat sokongan rakyat.

UMNO perlu mencari pemidato-pemidato hebat yang dapat memukau khalayak dengan ucapan-ucapan berfakta, bersemangat dan yang mampu menyemai kesedaran dan keinsafan berkaitan isu-isu semasa dan kehidupan rakyat. UMNO perlu mencari pengganti almarhum Syed Jaafar Albar dan almarhum Ustaz Othman Abdullah, kerana pada hakikatnya, UMNO ketandusan penceramah hebat.

http://kudaranggi.blogspot.com/2011/02/umno-ketandusan-penceramah-hebat-sering.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KudaRanggi+(Kuda+Ranggi)

Setiausaha Akhbar - Respon Terhadap Jawapan Kepada Nik Aziz

Posted: 16 Feb 2011 01:05 AM PST

oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Ada beberapa perkara yang saya lihat kekeliruan yang nyata dalam tulisan Tun Dr Mahathir. Saya mengharapkan agar YAB Tuan Guru Nik Aziz juga akan memberikan respon beliau terhadap jawapan Tun ini. Kekeliruan tersebut boleh dilihat pada perkara-perkara berikut :

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya.

- Rupa-rupanya memperingatkan tentang hakikat akhirat dianggap memperlekehkan iman seseorang.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

- Rupanya Tun Dr Mahathir seorang pengkagum Mustafa Kamal Atartuk yang jelas memisahkan Islam dari kehidupan rakyat Turki.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini?

-Bilakah masanya nasionalis Melayu menyebut tujuan hidup ini?

16. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO

- Nik Aziz tidak pernah mengkafirkan ahli UMNO. Buktinya, tidak pernah ahli UMNO diminta mengucapkan syahadah bila masuk PAS. Baik-baik Tun, nanti kena saman.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

- Nik Aziz merujuk kepada persempadanan pilihanraya yang diluluskan di Parlimen pada 9 April 2003. kalau Tun jadi PM tahun 2004 tu, mungkin BN tak menang besar kan Tun?

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

- Tun sepatutnya berhujah ttg isu ini dengan Menteri Pelajaran pada hari ini yang memansukhkan pengajian dalam Bahasa Inggeris.

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?

- Makud Tun, dia tetap berjasa pada Islam. Kasihan kalau Tun beranggapan demikian.

Ada banyak lagi kekeliruan dalam tulisan Tun Dr Mahathir. Barangkali pembaca boleh membaca dan membuat penilaian sendiri. Insya-allah akan dijelaskan satu persatu selepas ini.

Saiful mengadu ‘hanya percubaan liwat’, Peguam Negara perlu gugurkan kes- Karpal Singh

Posted: 16 Feb 2011 01:00 AM PST

Fadli

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail perlu menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pendakwa tidak mempunyai asas yang kukuh untuk meneruskan kes tersebut.

"Adalah amat jelas pertuduhan ini tidak berasas. Saya menyeru Peguam Negara untuk campurtangan dengan segera dan menarik balik dakwaan ini untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada negara," kata Peguam Anwar, Karpal Singh.

Menurut Karpal, berdasarkan laporan proforma yang diisi doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan, pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang Saiful diliwat.

Ini kerana dalam laporan itu Saiful mendakwa hanya terdapat cubaan liwat sahaja menyebabkan keterangan itu bercanggah antara satu sama lain, kata Karpal.

"Laporan proforma jelas menunjukkan aduan Saiful adalah percubaan liwat, percubaan oral seks. Dia tidak (pernah) menyatakan perkara ini dalam mahkamah.

"Ia juga bertentangan dengan laporan pertamanya (laporan polis) yang menjadi asas kepada kes ini," kata Karpal.

Justeru, Peguam Negara perlu masuk campur dan bertindak menghentikan pendakwaan kerana di Mahkamah Tinggi, hakim tidak diperuntukkan kuasa untuk menggugurkan pendakwaan.

"Di mahkamah rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret, terdapat peruntukan di bawah Kanun Acara Jenayah, Seksyen 173 (g), mahkamah mempunyai kuasa apabila dakwaan didapati tidak berasas, mahkamah boleh melepaskan orang yang dituduh.

"Walaupun begitu tiada peruntukan sedemikian di Mahkamah Tinggi. Oleh kerana itu, di sinilah pentingnya Peguam Negara campurtangan.

"Sebagai pendakwaraya, adalah menjadi tugasnya tidak meneruskan dakwaan yang tidak berasas berdasarkan kes yang dibentang pendakwa. Saya harap Peguam Negara campur tangan. Beliau wajib (berbuat demikian)," kata Karpal.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair berpendapat jika kes ini diteruskan, ia sebenarnya isyarat jelas bahawa tuduhan ini merupakan satu pendakwaan politik semata-mata.

"Jika mereka meneruskan dakwaan, ia sudah menjadi penganiayaan politik, bukan lagi dakwaan berdasarkan bukti yang kita lihat hari ini," kata Sankara Nair.

Walaupun DiTekan Puak Umno, 10,000 banjiri ceramah Anwar di Merlimau

Posted: 16 Feb 2011 12:30 AM PST

Sidiqin Omar

Program ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri Jelajah 'Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia' mendapat sambutan hangat dengan kebanjiran 10,000 hadirin, di Kampung Permatang Pasir, di Merlimau, Melaka, malam tadi.

Sekalipun polis membuat beberapa sekatan jalan raya di beberapa tempat, ia tidak menghalang penduduk di sekitar Melaka, daerah Muar dan Tampin di Negeri Sembilan untuk mendengar penerangan dan perkembangan terkini mengenai isu politik tanah air.

Terdahulu, Anwar bersolat jemaah Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Markaz PAS Padang Temu, di Kota Melaka sebelum menghadiri majlis makan malam bersama lebih seribu masyarakat Cina di Dewan Pay Fong, di Jalan Kubu.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah pimpinan Pas, Mohamad sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him

Pada acara utama tersebut, Datuk Seri Anwar memulakan ucapannya dengan peringatan dan saranan mengenai pentingnya umat Islam untuk menghayati sunnah Rasulullah, bersempena sambutan Maulidur Rasul.

"Semoga sambutan Mailudur Rasul kali ini menjadi titik penting untuk kita membina kekuatan untuk menyampaikan mesej perubahan dan memberikan contoh.

"Umat Islam hari ini ketinggalam bukan kerana kurangnya keupayaan, tetapi contoh yang ditunjukkan oleh pimpinan di banyak negara Islam mengisyaratkan bahawa perubahan mesti dilakukan, terutamanya dari segi memilih pimpinan. Justeru mereka yang zalim dan tidak amanah harus ditolak," katanya.

Anwar merungkai pengalaman negara timur tengah dalam perkembangan terbaru, termasuk di Tunisia, Mesir dan Algeria apabila rakyat bangkit membuat perubahan dengan menolak diktator yang menindas rakyat.

"Siapakah Hosni Mubarak sebelum ini? Namanya gah di rantau timur tengah dan dunia Islam. Tetapi akhirnya beliau jatuh juga kerana kuasa rakyat.

"Apa yang dilakukannya? Termasuk anak dan isterinya, beliau tidak amanah, bermewah-mewah dengan mengaut harta negara. Sedang dalam masa yang sama, rakyat hidup melarat, kemiskinan dan kelaparan," tambah Anwar.

Menjelaskan apa yang telah berlaku kepada dirinya, beliau menganggap serangan fitnah dan tohmahan kepadanya merupakan cabaran yang perit, namun terpaksa dihadapi demi mempertahankan prinsip perjuangan dan amanah rakyat.

"Apakah saya akan berhenti? Sudah tentu tidak. Mereka buang saya dari Parlimen. Saya akan jelajah negara dan akan terus bongkar kemungkaran mereka," kata
Anwar sambil disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Beliau mengimbas peristiwa pemecatannya pada tahun 1998 oleh Dr Mahathir, apabila tidak mahu bersekongkol dengan penyelewengan yang dilakukan pimpinan tertinggi negara ketika itu.

"Kalau saya setuju dengan mereka ketika itu, hari ini saya bernama Tun Anwar Ibrahim," selorohnya.

Justeru katanya, tawaran Pakatan Rakyat adalah mengenai tatakelola ekonomi dan pentadbiran negara, tanpa menggunakan serangan peribadi sebagai hujah.

"Kita mahu debat ekonomi, tetapi mereka mahu debat peribadi. Silakan. Saya juga punya rahsia tentang sejarah lampau dan perangai pimpinan Umno Barisan Nasional.

"Apakah kita akan ambil pendekatan itu? Itu bukan cara kita. Keutamaan Pakatan Rakyat adalah untuk mengangkat martabat rakyat, bukannya memfitnah dan mencaci

Halang Anwar ke luar negara, tindakan Ummi Hafilda memalukan- AIC

Posted: 16 Feb 2011 12:00 AM PST

Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Kelab Anwar Ibrahim (AIC), menggesa Ummi Hafilda supaya tidak bertindak di luar batas ekoran kenyataannya yang mahukan kerajaan Malaysia menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.

Setiausaha Agung AIC, Saifuddin Shafi Muhammad berkata kenyataan Ummi yang disiar akhbar arus perdana itu dianggap satu perbuatan memalukan yang dianggap cuba 'mengajar' kerajaan.

"AIC mempersoalkan kredibiliti Ummi Hafilda dan kedudukannya yang dilihat seperti mempunyai kuasa dan tugas-tugas khas sehingga mempunyai suara untuk mengarahkan Kerajaan Malaysia melakukan sesuatu mengikut telunjuk beliau.

"Tindakannya yang seolah-olah ingin mengajar Kerajaan Malaysia adalah amat memalukan dan ditertawakan oleh seluruh lapisan masyarakat," kata Saifuddin dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Saifuddin, amat menghairankan apabila Ummi yang tidak mempunyai sebarang jawatan kerajaan, mendapat liputan istimewa daripada media arus perdana untuk menyerang keperibadian orang lain.

Tegas beliau, umum mengetahui ummi hanya dijadikan alat oleh musuh-musuh politik Anwar bagi merencanakan pelbagai agenda jahat dengan menabur fitnah untuk menggambarkan imej buruk terhadap ketua pembangkang itu.

"Anwar tidak boleh dilabelkan bersalah sehingga mahkamah memutuskan perkara tersebut. Beliau mempunyai hak dan kebebasan untuk melaksanakan urusannya dan tidak wajar beliau dinafikan hak tersebut hanya kerana gesaan-gesaan daripada sesetengah pihak," ujarnya.

Ulasan Dan Bidasan Terkini Mahathir Kepada TG Nik Aziz. Sila Baca

Posted: 15 Feb 2011 11:30 PM PST

JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ

Dr. Mahathir Mohamad

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/jawapan-kepada-nik-aziz.html

Live Bergambar: Datuk Khusrin mengangkat sumpah kerahsian di depan MB jam 1.54 petang 16 Februari 2011.

Posted: 15 Feb 2011 11:00 PM PST

Terima kasih kepada Yb Pandan jaya


Terbukti dakwaan direka, Anwar mahu kes digugur

Posted: 15 Feb 2011 10:30 PM PST

Fadli

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah meliwat bekas pembantunya hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menggugur pertuduhan yang sengaja direka ke atas nya.

Menurutnya, Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh untuk menggugurkan kes tersebut kerana kesimpulan yang dibuat doktor pakar Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada berlaku liwat selepas meneliti laporan kimia.

"Seperti yang ditanya oleh Karpal kepada Dr Khairul, sewaktu mereka membuat keputusan akhir bahawa tiada bukti klinikal adanya penetrasi, ia dibuat selepas mengkaji laporan ahli kimia," kata Anwar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan peguamnya Karpal Singh yang menggesa Peguam Negara agar menggugurkan dakwaan itu secepat mungkin.

Anwar seterusnya mengingatkan Gani Patail supaya tidak membiarkan institusi perundangan negara ini terus diperalat seperti berlaku di Mesir, apabila mahkamah dikawal sesuka hati oleh bekas Presidennya, Hosni Mubarak.

"Jadi saya rasa apa yang Karpal cadangkan, Ghani perlu buat perkara yang betul. Jangan jadi seperti Mubarak yang mengawal kehakiman di negaranya," kata Anwar.

Kesemua bukti perbicaraan setakat ini, kata Anwar mengesahkan bahawa tuduhan ke atas beliau merupakan satu rekayasa semata-mata.

"Ia terdapat dalam laporan proforma, disahkan lagi sekali oleh Dr Khairul, bahawa tidak ada asas untuk dakwaan walaupun pendakwa masih cuba membuat dakwaan. Dari awal perbicaraan lagi kita sudah katakan ia dakwaan yang direka-reka," kata Anwar.

Terkini Bergambar: Perjumpaan TG Nik Aziz Bersama Ketua-ketua Agama Kelantan

Posted: 15 Feb 2011 10:06 PM PST

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/181928_10150091311957592_358919387591_6849473_3307462_n.jpg


YAB Tuan Guru sedang mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama di pejabatnya pagi ini. Turut serta Dato Mohd Amar Abdullah dan Dato Annuar Tan.

Polis teliti kes wanita mati dicabut kuku

Posted: 15 Feb 2011 08:30 PM PST

ALOR SETAR: Polis masih menunggu laporan jabatan kimia berhubung kes seorang wanita yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga, mati dengan kesan lebam seluruh badan selain beberapa batang gigi dan kuku jarinya dicabut di Padang Serai, Kedah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata polis akan meneliti semula kes itu berdasarkan laporan kimia dan akan membuka siasatan jika ada bukti berlaku penderaan hingga menyebabkan kematiannya seperti didakwa keluarga mangsa.
Katanya, keputusan bedah siasat tidak dapat menentukan punca kematian S Takiam, 23.
"Walaupun kes itu kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kita tidak menolak kemungkinan menukar seksyen siasatan jika ada bukti baru," katanya di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang bapa hanya mampu meratap sedih melihat anak perempuannya yang tidak bernyawa dengan kesan lebam, selain beberapa gigi dan kuku kakinya tercabut.

Apa Punya Tut La Perkasa

Posted: 15 Feb 2011 08:00 PM PST

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang, kesal dengan sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa tidak bersikap adil melaksanakan penguatkuasaan terutama terhadap peniaga Taman Pelangi, Juru, di sini.

Pemangku Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Yussof Hamid, berkata tindakan merobohkan gerai peniaga di taman itu tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan negeri bersikap adil dalam menjalankan penguatkuasaan ke atas sesuatu kaum.

"Jangan adil kepada satu pihak saja tetapi pada pihak lain, bersikap pilih kasih. Jika mahu robohkan (gerai), perlu roboh semua gerai yang kononnya haram seperti di Jalan Raja Uda, Taman Chai Leng dan sekitar Bukit Mertajam.

"Kalau peniaga di sini haram (tidak berlesen), kenapa tidak halalkan mereka dengan memberi lesen, malah saya difahamkan semua penjaja di sini adalah orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa mendengar masalah penjaja Taman Pelangi, di sini, semalam.

Minggu lalu, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) melakukan operasi meroboh gerai dan penyambungan haram di kawasan itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.

Ia berikutan ada gerai tidak dirobohkan, malah ada dakwaan berlaku pilih kasih ketika operasi penguatkuasaan dilakukan. Sebanyak 60 peratus peniaga di kawasan itu adalah warga tempatan, manakala 40 peratus lagi warga asing.

Mengulas lanjut, Mohd Yussof berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang niat untuk mencampuri urusan kerajaan negeri, tetapi kebelakangan ini terlalu banyak penindasan kepada orang Melayu hingga menyebabkan kesedihan dan kerugian.
"Jika nak merobohkan gerai mereka sekalipun, perlu beri penempatan baru kerana penjaja juga perlu berniaga bagi menyara keluarga dan anak tetapi keadaan sekarang menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.

"Tindakan ini seperti ada agenda tersembunyi yang dilakukan kerajaan negeri apabila mengatakan ia tindakan MPSP," katanya.

Beliau berkata, PERKASA akan menggerakkan jenteranya untuk menyenaraikan dan menyemak semua lokasi perniagaan haram tanpa mengira bangsa di negeri ini.
"Selepas itu, kami akan bertindak jika kerajaan negeri masih dilihat bersikap pilih kasih," katanya.

PAKKU mahu BN pilih calon sihat, tak merokok

Posted: 15 Feb 2011 07:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mencadangkan supaya individu yang tidak merokok dan sihat diberi keutamaan dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Tan Sri Adam Abdul Kadir, berkata cadangan ini bagi memastikan wakil rakyat yang dipilih itu dapat berkhidmat dengan baik selain berisiko rendah dihidapi penyakit akibat merokok.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat mereka perlu menyokong polisi yang dilaksanakan kerajaan termasuk kempen tidak merokok supaya dapat dijadikan contoh kepada masyarakat.

"Sepatutnya setiap wakil rakyat sentiasa menyokong polisi dilaksanakan kerajaan. Lagipun, jika kita tidak merokok dan bersenam pastinya lebih sihat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik, berkata cadangan memasukkan tahap kesihatan ke dalam Indeks Prestasi Utama wakil rakyat adalah baik, namun ia bukan jaminan mereka akan sentiasa sihat disebabkan tanggungjawab dilaksanakan.

"Paling penting ialah wakil rakyat perlu memastikan mereka sentiasa sihat untuk berkhidmat.

"Mereka juga perlu belajar mengawal tekanan berikutan tanggungjawab berbeza dengan masyarakat lain.

"Walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan, wakil rakyat mesti menjaga kesihatan bagi memastikan mereka sihat untuk berkhidmat," katanya.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan mencadangkan tahap kesihatan dimasukkan ke dalam KPI setiap wakil rakyat sama ada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Langkah itu dianggap perlu kerana kematian wakil rakyat akibat penyakit tidak berjangkit semakin membimbangkan dan ia merugikan negara kerana terpaksa mengeluarkan belanja banyak untuk mengadakan pilihan raya kecil.

Sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, sebanyak 14 pilihan raya kecil diadakan dan dua lagi bakal diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau berikutan kematian penyandangnya.

Daripada jumlah itu, 12 wakil rakyat meninggal dunia akibat penyakit tidak berjangkit, termasuk sakit jantung dan barah.

Parlimen Iran gesa hukuman gantung

Posted: 15 Feb 2011 07:00 PM PST

Ketua pembangkang disyaki dalang rusuhan

TEHERAN: Anggota Parlimen Iran semalam mendesak pemimpin pembangkang dihukum gantung sehingga mati selepas didakwa menyokong keganasan dan tunjuk perasaan antikerajaan sehingga menyebabkan seorang terbunuh.

Kumpulan anggota Parlimen berkenaan menamakan Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi sebagai pemimpin pembangkang yang menggesa tunjuk perasaan di Teheran bagi menyokong kebangkitan di wilayah Arab yang kemudian bertukar kepada tunjuk perasaan antikerajaan dan pertempuran dengan polis.

Bekas presiden Mohammad Khatami, turut dikecam berikutan ucapan terbukanya yang menyokong gerakan pembangkang yang membantah keputusan pilihan raya presiden pada Jun 2009.

"Mousavi dan Karroubi perlu digantung! Maut untuk Mousavi, Karroubi dan Khatami!" laung Ahli Parlimen kerajaan pada sidang yang berlangsung semalam, yang dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Ahli Parlimen berkenaan berkata, Amerika, Britain dan Israel mendalangi tunjuk perasaan kelmarin dengan memperalatkan pemimpin pembangkang yang menurut Speaker Parlimen, Ali Larijani 'disesatkan' oleh musuh negara itu.

"Parlimen mengecam Zionis, Amerika, tindakan antinegara dan antipembaharuan yang didalangi kumpulan penghasut. Bagaimana orang seperti Mousavi dan Karroubi, boleh terjerumus ke dalam perangkap Amerika?

"Bukankah mereka sepatutnya lebih berhati-hati ketika memberi sokongan kepada Amerika dan Israel, monarki dan Monafeghin?" kata Larijani merujuk kepada kumpulan Mujahedden Rakyat Iran (PMOI) yang dianggap sebagai kumpulan pengganas.

Beliau juga menggesa sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu dan 'bersemuka' dengan pergerakan pembangkang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Iran, Ahmad Reza Radan, berkata Amerika, Britain dan Israel terbabit mengarahkan 'perhimpunan haram' kelmarin.

Walaupun Iran mengharamkan perhimpunan itu dan keadaan dikawal ketat pasukan keselamatan, manakala Mousavi dan Karroubi dikenakan tahanan dalam rumah, penyokong pembangkang tetap berhimpun di jalan raya di Teheran kelmarin.

Sebuah laman web melaporkan, tunjuk perasaan itu kemudian bertukar ganas, menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

Radan semalam mengesahkan laporan awal yang menyatakan seorang penunjuk perasaan terbunuh, manakala sembilan anggota keselamatan dan sekumpulan orang awam cedera dalam tunjuk perasaan berkenaan. – AFP

Kelantan kekal pendahulu liga

Posted: 15 Feb 2011 06:30 PM PST

DUA jaringan Mohd Ramzul Zahini dan Norshahrul Idlan Talaha memastikan Kelantan kekal selaku pendahulu Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam saingan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, malam tadi.

Ramzul membuka jaringan pada minit pertama babak kedua selepas menerima hantaran tepat daripada kapten pasukan, Mohd Badhri Razi. Anak buah Datuk M Karathu yang menguasai babak kedua, menambah jaringan menerusi Norshahrul dua minit sebelum tamat permainan.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Felda United menafikan kelebihan laman sendiri Negeri Sembilan walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang. Selepas terikat tanpa jaringan, Abdul Ghani Abd Rahman memecah kebuntuan tiga minit sebelum tamat untuk pulang membawa tiga mata.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, anak buah Phillips Gary Michael gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 0-1 kepada Johor FC, malam tadi.

Gol Johor FC diperoleh pada minit ke-56 menerusi Mohd Riduwan Maon yang memperdayakan dua pertahanan Sabah sebelum merembat kencang ke kiri pintu gol menewaskan penjaga gawang Sabah, Azizon Abdul Kadir.

Di Stadium Darulaman, Kedah gagal menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri untuk mengatasi jiran, Perak apabila sekadar seri 0-0. Kedah menguasai permainan namun jentera serangan dikemudi Khyril Muhymeen Zambri, Amar Rohidan dan Azlan Ismail gagal menjelmakan gol.

Di Stadium Darulmakmur, Pahang memastikan kekecewaan tewas dua kali berturut-turut ditebus ketika melayan kunjungan kelab jiran, T-Team. Gol seawal minit ketiga oleh Zaiza Zainal Abidin terus memalit duka buat T-Team yang masih belum menang setakat empat perlawanan musim ini.

Safee mula menjalani latihan pagi esok

Posted: 15 Feb 2011 06:00 PM PST

PENYERANG kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali akan mula menjalani latihan bersama pasukan barunya, Pelita Jaya pada pagi esok.

Sehari selepas itu, Safee, 27, bersama pemain-pemain Pelita Jaya yang lain akan berangkat ke Puncak, Bandung untuk menjalani kem latihan pusat sempena rehat pusingan pertama Liga Super Indonesia (ISL).

"Tak sabar nak mulakan latihan dan bertemu rakan-rakan dalam pasukan baru.

"Perlawanan pertama saya ialah pada 7 Mac depan menentang Persib Bandung di Stadium Singaperbangsa, Karawang," kata Safee menerusi laman Facebook rasminya, 'SafeeSali_10 Official' semalam.

Laman Facebook tersebut diuruskan sendiri Safee dan pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim untuk para peminat mengetahui perkembangan terkini perjalanan karier bekas pemain Selangor itu di Indonesia.

Menurut Safee lagi, dia akan melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Indonesia untuk bertemu dutanya, Datuk Syed Munshe Adzaruddin Syed Hassan pada pagi ini.

"Insya Allah, selain kejayaan karier peribadi, penglibatan saya di saingan ISL ini diharap dapat merapatkan semula hubungan Malaysia dan Indonesia yang agak keruh kebelakangan ini," ujar Safee.

Safee yang merupakan pemain Malaysia pertama beraksi di ISL bersama bapanya, Mohd. Sali Mian, ibunya, Maripah Hussain, isterinya, Sabarina Yusof, dua anaknya, Nur Syaza Syaqina dan Nur Syasya Sofirna serta Zakaria tiba di Jakarta kelmarin.

Sejurus tiba, Safee terus diperkenalkan sebagai pemain baru Pelita Jaya di sebuah hotel terkemuka di Jakarta Selatan pada satu majlis sidang media khas.

Cuti Maulidur Rasul semalam pula digunakan sepenuhnya Safee dan keluarga untuk beristirehat dan berkunjung ke Bandung.

Suami simpan mayat isteri 12 tahun

Posted: 15 Feb 2011 05:30 PM PST

SEOUL - Seorang lelaki Korea Selatan ditangkap selepas 12 tahun dia membunuh dan menyimpan mayat isterinya di dalam sebuah kotak besar, kata polis semalam.

Menurut polis, kotak besar itu diletakkan di rumah seorang anak perempuannya.

Anak perempuannya itu yang berusia 20 tahun itu terjumpa kotak besar tersebut yang dibalut dengan 10 lapisan plastik semasa dia mahu melakukan persiapan untuk berpindah ke kediaman lain.

Dia yang terkejut melihat mayat seorang wanita di dalam kotak itu bertindak menghubungi polis untuk membuat siasatan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, siasatan cap jari membuktikan mayat itu adalah ibunya.

Suspek yang dikenali sebagai Lee berusia 51 tahun itu kemudian ditangkap oleh polis di Bucheon.

Lee berkata kepada wartawan bahawa dia bertengkar dengan isterinya kerana masalah perpindahan rumah baru dan perkara lain.

"Namun saya menyimpan mayat itu sebab rasa bersalah terhadap isteri dan anak perempuan saya." katanya.

Lee disyaki membunuh isterinya yang berusia 39 tahun itu di rumahnya pada Jun 1999. - AFP

Sepasang naga dilihat di Kalimantan

Posted: 15 Feb 2011 05:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0216/Kosmo/Dunia/du_07.1.jpg

SEORANG penumpang bot sempat merakamkan gambar naga raksasa sepanjang 40 meter
di Sungai Mahakam, Kutai Barat, Indonesia pada 29 Januari lalu.

KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.

Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.

Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.

Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan.

Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.

"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.

Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.

Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk.

Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter. - Agensi

Proton Waja Campro pelakon hilang

Posted: 15 Feb 2011 04:30 PM PST

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pelakon Erry Putra mengalami kerugian hampir RM60,000 apabila kereta Proton Waja Campro miliknya hilang ketika diletakkan di luar kawasan Apartmen Jalil Damai, Bukit Jalil di sini semalam.

Erry, 30, berkata, dia hanya menyedari kehilangan kereta itu pada pukul 8 pagi ketika mahu menggunakan kenderaan itu untuk pergi ke lokasi penggambaran telemovie terbarunya Di sudut hati Amelia di Kota Damansara.

"Sebaik tiba di tempat letak kereta, saya dan kakak terkejut mendapati kereta Waja sudah hilang.

"Malam tadi (kelmarin) ketika pulang dari penggambaran, saya lihat kereta tersebut masih ada di tempat letak kereta," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

PM Itali dibicara atas dakwaan seks

Posted: 15 Feb 2011 04:00 PM PST

MILAN - Seorang hakim Itali semalam memerintahkan Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dibicarakan atas tuduhan membayar sejumlah wang kepada seorang gadis bawah umur dari Maghribi untuk mendapatkan khidmat seksnya dan cuba menutup perbuatan itu.

Hakim Cristina Di Censo membuat keputusan tersebut semalam dan menetapkan kes Berlusconi dibicarakan pada 6 April depan.

Kes beliau akan didengar oleh satu panel yang disertai oleh tiga juri wanita.

Berlusconi didakwa membayar gadis tersebut yang dikenali sebagai Ruby yang ketika itu berusia 17 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan pengaruhnya untuk membebaskan Ruby yang nama sebenarnya Karima El Mahroug daripada tahanan polis.

Ruby ditahan polis kerana disyaki mencuri wang berjumlah AS$4,103 (RM12,522) tetapi Berlusconi campur tangan bagi meminta polis membebaskannya.

Perdana Menteri itu dipercayai berusaha untuk membebaskan gadis tersebut kerana bimbang rahsianya akan bocor.

Undang-undang Itali membenarkan pelacur dilanggan tetapi mengharamkan hubungan seks dengan remaja berusia di bawah 18 tahun.

Bagi kesalahan pertama, beliau berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga tiga tahun manakala hukuman salah guna kuasa adalah lebih serius iaitu penjara maksimum 12 tahun.

Berlusconi, bagaiamanapun, menafikan semua tuduhan ke atas dirinya itu.

Perdana menteri berkenaan memberitahu, arahan pembebasan Ruby dilakukan bagi mengelak ketegangan diplomatik kerana beliau percaya gadis itu ialah cucu Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak.

Hosni telah meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.

Berlusconi turut mendakwa tindakan pihak pendakwa raya mengheretnya ke mahkamah adalah bermotifkan politik dengan tujuan untuk menggulingkannya.

Berlusconi, 74, pernah dibicarakan kerana beberapa kes berkaitan perniagaan tetapi ini adalah kali pertama beliau dihadapkan ke mahkamah kerana tingkah lakunya.

Berlusconi didakwa susulan pihak pendakwa raya memberitahu, mereka memiliki bukti kukuh untuk mensabitkannya dalam kes tersebut. - AP

Tiada ulasan: