Jumaat, 25 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Himpunan BERSIH Akan Diadakan, Sekali Lagi

Posted: 25 Feb 2011 12:00 AM PST

Jasin, 25 Feb: Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.

"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.

"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.

"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi.

Mengenai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, beliau berkata PAS yakin dengan kebolehan calonnya, Yuhaizad Abdullah untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka khususnya mewakili orang muda.

Katanya, berkata, PAS meletakkan calon muda kerana sebahagian pengundi merupakan generasi muda.

"Anda semua sudah dengar kebolehan Yuhaizad berpidato. Kita yakin Yuhaizad boleh berhujah membawa suara PAS dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

"PAS mencalonkan orang muda kerana sebahagian pengundi baru ialah pengundi muda," kata beliau Yuhaizad, 38, merupakan anak tempatan dan memegang amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Abdul Hadi juga berkata, PAS optimis merampas kerusi Merlimau dari BN sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara adil dengan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat secara menyeluruh.

"Tak mustahil kita boleh menang. Kita pernah menang, kita pernah kalah dan kita boleh menang. Cuma kita harap pilihan raya itu mesti adil, bukan sahaja adil dari segi mengundi tapi dari laporan media.

"Harapan untuk menang ada kerana kita telah berjaya mengubah undi daripada 2004 dengan menurunkan seribu undi BN pada 2008," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Terdahulu, berucap di hadapan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui demokrasi yang sebenar.

"Pakatan rakyat menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui pilihan raya dan kita mahu pilihan raya diadakan dengan adil. Kita beri peluang kepada BN yang memerintah negara ini yang bertanggungjawab memimpin negara supaya memodenkan demokrasi kerana masa sudah berubah dan demokrasi mesti direformasikan," katanya.

Menurut beliau, rakyat berhak menegur dan menukar pemerintah yang dilihat sudah pincang dari segi pentadbiran melalui pilihan raya bagi memastikan kesejahteraan negara.

"Demokrasi adalah mahkamah rakyat melalui pilihan raya untuk memlih kerajaan yang sihat kerana tidak ada ketua negara yang hidup selama-lamanya. Bila sampai umur dia mati dan tidak ada parti yang boleh memerintah selama-lamanya," katanya. -harakahdaily

Kes Bunuh Sosilawati Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Posted: 24 Feb 2011 11:00 PM PST

.Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Semalam, Majistret Hurman Hussain menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 13 Okt tahun lepas, Pathmanabhan, 41, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos tahun lepas.

Pada 21 Feb lepas, dua lagi pekerja ladang, K.Sarawanan, 20, dan U.Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik itu dan tiga yang lain. - Bernama

Saat Tertekan, Alisya Braja Temukan Ketenangan dalam Islam

Posted: 24 Feb 2011 10:15 PM PST

Suasana Masjid Besar Sunda Kelapa, seperti biasa, begitu tenang dan rindang. Tampak terlihat jamaah yang sedang solat, mengaji atau berdiskusi santai. Suasana tampak berbeza ketika menaiki lantai empat gedung utama.

Selembar kertas bertuliskan "Pembinaan Mualaf" tertampal di pintu berwarna coklat. Jelas terdengar suara ustadz yang mengatakan "anda-anda yang hadir disini merupakan tetamu Allah SWT. Apa yang anda kerjakan hari ini akan mendapatkan balasan yang tidak pernah dibayangkan sebelumnya," kata si ustadz.

Perkataan ustadz itu tampaknya tepat dengan pengalaman Alisya Braja. perempuan yang sudah memutuskan memeluk Islam tiga tahun lalu. Perempuan yang bernama lengkap Alisya Fianne Jane Braja tidak pernah membayangkan apa yang dia dengar menghantarkan dirinya pada Islam.

Dia mendapatkan petunjuk di saat ia tidak tenang dengan kehidupan yang dijalaninya. Dia tertekan, gagal dalam pekerjaan dan mempertahankan rumah tangganya. "Pada saat itu saya tertekan tapi tidak ada yang membantu saya bahkan teman satu keyakinan. Jadi, saya harus berdoa sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri," katanya kepada redaksi republika.

Ketiadaan bantuan dan keadaan psikologis membuat dirinya berada di persimpangan. Di satu sisi, dia dihadapkan pilihan apakah menyelesaikan masalah itu dengan hal-hal berbau hura-hura. Artinya dia harus merapat pada teman-temannya yang memang suka bersenang-senang berlebihan.

Pilihan kedua, dia mendekat pada temannya yang Muslim. Teman-teman yang dianggapnya memberikan rasa iri lantaran rasa tenang yang terpancar ketika mereka selesai menjalankan solat dan mengaji. "Saya benar-benar berada di ujung persimpangan," kata Alisya yang mengaku dulu memeluk Kristian.

Namun Sang Pencipta menghendaki ia mendekati teman-temannya yang muslim. Dia pun semakin tertarik melihat teman-temanya solat lima waktu. Dia juga kian terlibat dengan aktivitas keagamaannya teman-temannya di masjid.

Hingga, teman-temannya itu merasa aneh dengan prilakunya "Teman saya waktu itu bahkan berkata kepada saya, 'Kamu tidak masalah kalau saya mahu ngaji dulu?'. Dia pun tidak memaksa saya masuk. Akhirnya saya pun menunggu diluar. Kala itu, ustadz yang tengah berbicara adalah Quraish Shihab," kata isteri dari Oktobrawijya Tri.

Apa yang didengarnya, membuat dia ketagihan. Alisya pun mengikuti pengajian selepas pejabat setiap Isnin dan Kamis. Rasa merinding berbalut dengan tenang seperti ubat yang mujarab bagi tekanan yang tengah dideritai Alisya.

Dia mengaku seolah diarahkan untuk beralih. "Hati saya bergejolak dan seolah rindu untuk datang ke masjid Sunda Kelapa. Saya beritahu kepada teman saya, kalau ke sini lagi saya nak ikut," kata perempuan kelahiran Manado 38 tahun lalu ini.

Mendengar kemudian mendalami, demikian langkah Alisya. Dia pun meniatkan membeli Alquran di sebuah kedai buku. Kemudian secara sembunyi-sembunyi Alisya mulai membandingkan Injil dengan Quran. Sejak 2004, Alisya mulai mempelajari Islam.

Hingga pada suatu ketika, dirinya bermimpi. Dalam mimpi itu disebutkan, "Hanya Muhammad utusan Allah, dan hanya Alquranlah yang paling benar." Alisya pun memberanikan diri untuk bertanya pada ustadz Rahim, yang kebetulan memang salah seorang pembina mualaf.

"Saat itu dia mengatakan itu merupakan hidayah yang diberikan Allah SWT kepada kamu. Kamis bertanya pada ustadz tentang mimpi itu, Ahadnya saya memutuskan masuk Islam," cerita Alisya.

Setelah masuk Islam, Alisya mulai belajar solat dan surat-surat Quran untuk bacaan solat. Saat itu, Alisya secara perlahan dibimbing untuk membaca Alfatihah saja atau Allahuakbar, Allahuakbar. Di awal ia mengaku kadang ia melaksanakan solat selalu lebih cepat dari saudara-saudaranya yang lain.

Ia pun mengakali itu dengan membuat tulisan bacaan surat lalu ditampalkan di dinding. Saat saudara-saudara semuslim lain bertanya apakah dirinya mualaf, Alisya mengaku terharu. Pasalnya, mereka berkata agar tidak merasa berat dalam mengerjakan solat. "Itu yang membuat saya merasa didukung. Saya terharu," ujarnya mulai menitiskan air mata.

Setelah fasih melaksanakan solat, Alisya mulai belajar berdoa. Doa yang pertama kali diucapkannya adalah meminta keluarganya menerima dirinya. Hal itu terus dilakukannya hingga tahun 2008, dia mendapatkan kesempatan untuk umrah.

Di Baitullah dia kembali dikejutkan dengan kuasa-Nya. Ritual umrah dijalaninya dengan penuh kemudahan. Dia pun merasa tegang sekaligus merinding. Di hadapan kaabah ia diberdoa, agar keluarganya dapat menerimanya.

Doa itu pun dikabulkan yang Maha kuasa. Sepulangnya dari Makkah, dia mendapat telefon dari keluarganya di Manado. Dia pun terkejut. "Keluarga saya menelpon sekitar penghujung bulan Jun, sampai saya menangis doa saya didengarkan," kata ibu dari tiga anak ini.

Keluarganya ternyata ingin bertemu dengannya. Komunikasi pun lancar layaknya tanpa ada masalah. Hingga kini, Alisya dengan keluarganya selalu berkomunikasi. "Mereka menghargai saya sebagai seorang Muslim, dan saya menghargai mereka sebagai seorang nasrani," ujarnya.

Bahkan komunikasi yang terjalin sudah sampai pada pembahasan tentang Islam. Alisya mengatakan dia banyak mendapat pertanyaan tentang teroris dan jihad dari mereka. Dia pun menjelaskan kepada keluarganya bahwa hal itu bukanlah Islam sesungguhnya.

Kini, Alisya mulai menerjuni dunia mubaligh. Bersama-sama teman-temannya yang mualaf ia menubuhkan satu persatuan mualaf Masjid Agung Sunda Kelapa. Harapannya, para mualaf memiliki wadah untuk berbagi dan belajar tentang Islam.

Ia ingin terlibat membantu saudara-saudaranya yang memang memerlukan arahan tentang mengenal Islam dan mempelajarinya. Hal yang sama juga ditujukan pada keluarganya. "Saya berharap keluarga saya diselamatkan atau diberi hidayah seperti saya." -republika


Satu Badan Dah Gatal-gatal

Posted: 24 Feb 2011 08:00 PM PST

Johor Bharu: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.

Gambar: GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.

Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.

Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.

Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.

"Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan 'hot blanket' di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.

"Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut," katanya.

"Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

"Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak," katanya. -hm

Keganasan Rejim Libya Didedah

Posted: 24 Feb 2011 07:15 PM PST

Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli.

Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita.

"Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun," kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya.

Awalnya, angka korban itu didedahkan oleh ketua protokol Muammar Gaddafi, Nouri el-Mismari, sambil menambah lebih 600 daripada mangsa terbunuh di Tripoli.

Mismari yang berkunjung ke Perancis lewat tahun lalu atas alasan kesihatan, berkata pemberontakan itu setakat ini menyebabkan 'lebih 1,000 orang maut di seluruh Libya' namun tidak menjelaskan sumber anggaran.

Selasa lalu, rejim Libya berkata, 300 orang terkorban dalam bantahan, namun Persekutuan Hak Asasi Antarabangsa (IFHR) pula melaporkan sekurang-kurangnya 640 orang maut.



"Keadaan ini amat serius, rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun. Ini adalah kebangkitan menamatkan pemerintahan Gaddafi. Malah, sokongan kepada Gaddafi tidak sampai lima peratus," kata Mismari.
Anggota puak yang menyokongnya tidak 'berjuang untuk Gaddafi tetapi untuk diri mereka,' tambahnya.

Mismari juga mendakwa, askar upahan yang melakukan pembunuhan terhadap rakyat Libya secara besar-besaran.

"Mereka tembak membabi buta sementara tentera udara tidak akan menembak rakyat," katanya lagi.

"Gaddafi amat bertuah jika mati. Jika tidak, rakyat mahukan beliau dibicarakan seperti Saddam Hussein."

Rejim Gaddafi kehilangan kawasan meluas di timur Libya terhadap pemberontakan itu, ia muncul kelmarin ketika Barat bersiap sedia untuk mengeluarkan rakyatnya secara besar-besaran daripada 'pertumpahan darah' di negara Afrika Utara itu.

Katanya, Gaddafi memakai baju kalis peluru di sebalik pakaiannya dan alat perlindungan di bawah serbannya ketika berucap di televisyen Selasa lalu apabila beliau mengarahkan pasukan keselamatan menyuraikan pemberontakan. – Agensi

Lelaki Diserang Dua Gangster

Posted: 24 Feb 2011 06:00 PM PST

Kuantan – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.

Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.

Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.

Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku. -kosmo

Nasib Utusan Cukup "Sueh", Takda Siapa Ingin Walaupun Diberikan Percuma

Posted: 24 Feb 2011 05:00 PM PST

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

"Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu)," katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang. -mk

[Bergambar] Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

Posted: 24 Feb 2011 04:30 PM PST

Hujan lebat di ibu negara petang ini menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air akibat air melimpah dari beberapa batang sungai antaranya Sungai Gombak dan Sungai Bonus.

Berikutan banjir kilat setinggi kira-kira 0.7 meter itu, banyak kenderaan ringan terperangkap di beberapa jalan-jalan utama di ibu negara.

Jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata antara jalan yang terjejas ialah Jalan Tun Razak bermula di hadapan Pusat Rawatan Pusrawi menghala ke Cheras.

Ekoran itu, kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut namun kenderaan yang menghala ke arah Bulatan Pahang masih boleh dilalui di jalan tersebut.

Jalan-jalan lain yang dinaiki air ialah Jalan Ampang di hadapan Bangunan Risda dan Jalan Semarak.

Selain itu, katanya 13 buah rumah dimasuki air iaitu 12 buah rumah di Taman Sri Rampai dan sebuah lagi di Taman P.Ramlee, Setapak.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata pihaknya menerima laporan air naik di Jalan Tun Razak dan telah menghantar tiga anggotanya untuk meninjau keadaan di sekitar Kampung Baru sebelum menghantar sebarang bantuan.

Dalam pada itu, seramai 40 orang, termasuk 16 kanak-kanak, terperangkap hampir 15 minit di kawasan Kolej Multimedia di Jalan Gurney Kiri di sini apabila dinaiki air sedalam tiga meter.

Ketua Balai Bomba Jelatek Isa Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.18 petang tadi seramai 23 wanita dan seorang lelaki, yang merupakan pelajar di pusat latihan dua tingkat itu terperangkap di tingkat satu bangunan berkenaan.

"Manakala seramai 16 kanak-kanak berumur antara 16 bulan hingga empat tahun pula terperangkap di sebuah pusat asuhan berhampiran bangunan tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka telah dapat dikeluarkan oleh 25 anggota dari Balai Bomba Jelatek, Chow Kit dan Jinjang.

Beliau juga berkata 50 buah kereta di kawasan sekitar bangunan itu turut ditenggelami air. — Bernama


Terperangkap dalam kereta

KUALA LUMPUR: Lebih 20 kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat yang melanda sebuah kompleks latihan di Jalan Semarak, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dipercayai berlaku selepas hujan lebat beberapa jam sebelum itu.

Seorang mangsa, Amir Subhi Wan Omar, 25, berkata, ketika kejadian dia baru selesai menjalani latihan di institut berkenaan sebelum menyedari paras air mula naik.

"Pada awalnya, paras air hanya separas lutut dan saya cuba untuk bawa keluar kenderaan dari kawasan tempat letak kereta secepat mungkin.

"Bagaimanapun, ketika cuba keluar saya menyedari ada kenderaan lain sudah ditenggelami air dan paras air mula meningkat dengan mendadak," katanya yang terperangkap dalam kereta Proton Waja yang dinaikinya.

Menurutnya, dia bagaimanapun bernasib baik apabila dapat keluar dari keretanya yang ketika itu paras air mencecah pinggang.

"Kalau saya lambat tak tahu apa nasib saya," katanya.

Paras air mula meningkat dalam tempoh kurang 15 minit sebelum mangsa terpaksa keluar dari kenderaannya dan mengharung air setinggi paras pinggang bagi menyelamatkan diri.

Tidak lama kemudian, paras air semakin meningkat sebelum kenderaannya turut tenggelam bersama puluhan kenderaan lain milik pelatih institusi itu.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.15 petang.

"Bagaimanapun, air mula surut kira-kira sejam kemudian dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sebelum mangsa yang terbabit dalam insiden itu menghubungi ahli keluarga masing-masing bagi mendapatkan bantuan," katanya. -hm


Gambar ehsan Bernama











[Bergambar] PAS Pilih Yuhaizad Untuk DUN Merlimau (updated)

Posted: 24 Feb 2011 03:43 PM PST

PAS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Sdr Yuhaizad Abdullah, sebagai calon pilihanraya kecil N27 Merlimau untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.

Yuhaizad juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri Melaka.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang di Merlimau sebentar tadi di Markas PAS As-Solihin Merlimau Pasir.

Yuhaizad berumur 37 tahun, berasal dari Kg. Chinchin, Jasin dan merupakan anak jati DUN Merlimau. Isterinya bernama Shakila Mohd dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Chinchin, kemudian Sek Men Datuk Bendahara dan menyambung pelajarannya di IKM dan mempunyai Diploma Tasawwur Islam dari Ilham.

Beliau amat dikenali pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini kerana beliau ialah seorang yang amat aktif di dalam kerja-kerja masyarakat.

Di dalam mana-mana kegiatan parti yang melibatkan kawasan Jasin atau pemuda negeri, nama Yuhaizad tidak asing lagi sekalipun di kalagan pengundi bukan Melayu kerana beliau sering menjadi pengerusi majlis (mc) di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kanan) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.













Tentera Libya Makin Gelap Mata, Masjid Pun Diserang

Posted: 24 Feb 2011 06:30 AM PST

Benghazi - Perang besar-besaran yang dikobarkan pimpinan Libya, Moammar Gaddafi, terhadap para penunjuk perasaan langsung diterjemahkan para tentara pendukungnya di lapangan secara membabi buta.

Seorang saksi mata di kota di sebelah barat kota Tripoli menyatakan, satu unit pasukan telah menghancurkan sebuah masjid yang disangka menjadi sarang para demonstran. "Menara masjid diruntuhkan," ujarnya.

Saksi mengatakan kepada Associated Press melalui telefon bahwa beberapa penunjuk perasaan, yang telah berkemah di dalam dan luar masjid telah dibunuh. "Yang masih hidup, mengalami luka parah," ujarnya.

Saksi lain dari Zawiya menyatakan tentera menggunakan roket kalis peluru dan senjata automatik untuk menyerang penunjuk perasaan. Saksi yang enggan menyebut namanya kerana takut pembalasan dan laporan tidak dapat secara bebas disahkan.

Saksi mengatakan serangan itu terjadi sehari setelah seorang pembantu Gaddafi datang ke kota itu dan memperingatkan penunjuk perasaan untuk bersurai atau menghadapi serangan.

Ini bukan kali pertama tentara Libya menggunakan peralatan tempur untuk menghalau penunjuk perasaan. Sebelumnya, pesawat perang Libya membom ibukota Tripoli Isnin lalu.

Fathi al-Warfali, aktivis Libya yang memimpin Komite Libya untuk Kebenaran dan Keadilan yang berpangkalan di Swiss, dan yang turut berdemonstrasi di depan markas besar PBB cawangan Eropah di Jeneva, mengatakan "Pesawat-pesawat tentera menyerang orang awam, penunjuk perasaan di Tripoli. Warga awam menjadi takut. Mana PBB, mana Amnesty International?" kata al-Warfali kepada Reuters.

ADUN Lenggeng Diarah Bayar RM18,000 Kepada Seorang Imam

Posted: 24 Feb 2011 05:30 AM PST

Mahkamah arah Adun Lenggeng bayar RM18,000

SEREMBAN, 24 Feb: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim (gambar kiri) membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan
."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi Zainal Abidin manakala hakim adalah Puan Rosnani. -harakahdaily

Sah, Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin!

Posted: 24 Feb 2011 04:55 AM PST

Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.

Menurut KakInaKL.com, semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.

Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.

Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.

Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua! -ohbulan.com

Ulasan GB

Tahniah dari GB dan bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan pemberian/anugerahnya kepada selebriti terkenal yang bernama Daphne Iking.



Pegawai Polis Akui Silap Beri Keterangan Semasa Inkues

Posted: 24 Feb 2011 03:30 AM PST

Suruhanjaya Teoh: IO akui buat kesilapan

Pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal berkata terdapat kesilapan dalam keterangannya ketika inkues kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock yang berakhir bulan lalu.

Ahmad Nazri hari ini mengakui kesilapannya itu kepada Suruhanjaya Diraja dengan berkata beliau keliru identiti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membekalkannya salinan kad pengenalan Teoh dengan orang lain.

Dalam keterangan hari ini, Ahmad Nazri berkata beliau silap apabila peguam dari Majlis Peguam menyoalnya berhubung kejadian apabila pihak polis tiba di lokasi kejadian pada tengahari 16 Julai 2009.

Beliau kemudian dengan cepat memperbetulkan kesilapan itu dengan mennjelaskan bahawa pegawai penguatkuasa SPRM yang hanya dikenali sebagai Azian yang memberikannya salinan kad pengenalan Teoh dan bukannya Zurinawati Zulkifli, seseorang yang disebutnya pada inkues yang lalu.


"Zurinawati adalah orang yang menunjukkan saya beg Teoh di sofa. Bukan dia yang memberi saya salinan IC itu," katanya.

Ahmad Nazri semasa memberikan keterangannya juga berkata beliau tidak membuat siasatan terperinci bagi setiap laluan yang mempunyai "access card" ketika membuat membuat pemeriksaan di tingkat 14 dan 15, bangunan Plaza Masalam, Shah Alam

"Apakah tugas kamu sebagai pegawai penyiasat dalam kes ini... adakah hanya membuka dan menutup kertas siasatan?" soal pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Ahmad Nazri menjawab: "Saya hanya ada masa dalam tujuh hari bagi menyiapkan kertas siasatan (IP) untuk diserahkan kepada Mahkamah Koroner."

Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T Selventhiranathan yang juga bekas hakim mahkamah Rayuan kemudiannya mencelah dengan berkata: "Masa tujuh hari tidak mencukupi untuk menyiapkan kertas siasatan yang lengkap dan terperinci... adakah kamu pernah memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kamu perlukan masa yang lebih untuk menyiapkan kertas siasatan itu?"

Ahmad Nazri memberitahu beliau tidak ingat.

Suruhanjaya itu juga mengumumkan pelantikan seorang bekas anggota polis dari Liverpool, England, Michael Leslie Squires sebagai penyiasat bebas bagi membantu mereka. -mk

Ulasan GB

Dari semalam lagi banyak tandatanya timbul dari keterangan yang dikemukakan oleh Pegawai Polis yang bernama Ahmad Nazri Zainal ini.

Terlalu jelas melakukan kerja secara cuai dan tidak kompeten untuk satu kes yang berprofil tinggi.


Jangan Samakan Ibadah I'dad Dengan Keganasan - Abu Bakar Ba'asyir

Posted: 24 Feb 2011 03:03 AM PST

Ba'asyir: Cabut Tuduhan I'dad Sebagai Tindakan Teror

Amir Jamaah Ansharut Tauhid (JAT), Ustadz Abu Bakar Ba'asyir, meminta kepada pemerintah Indonesia supaya mencabut tuduhan jika I'dad merupakan tindakan pengganas. Hal ini disampaikan Abu Bakar Ba'asyir dalam eksepsinya.

"Saya sudah peringatkan agar Ketua Polis Indonesia, Pendakwa Raya dan Ketua Mahkamah Agung (MA) agar menghapuskan tuduhan "ibadah I'dad" di Aceh sebagai perbuatan penggaas," kata Abu Bakar Ba'asyir dalam sidang pembacaan eksepsi di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Jakarta, pagi tadi.

Pembacaan eksepsi ini untuk menyatakan keberatan terhadap dakwaan Jaksa Penuntut Umum (JPU). Pada Isnin lepas, JPU telah mendakwa Abu Bakar Ba'asyir dengan tujuh pasal berlapis. Menurut JPU, Abu Bakar Ba'asyir merupakan salah satu perancang dan yang mendanai sekitar Rp 1 miliar.

Ba'asyir memaparkan I'dad merupakan mempersiapkan kekuatan fisik dan senjata berdasarkan dalil-dalil syar'i. Tujuan utamanya untuk menakutkan musuh dan bukan untuk membunuh serta melakukan tindakan ganas. Pasalnya, I'dad dilakukan di gunung atau di tempat yang tidak terjangkau oleh penduduk sehingga penduduk pun tidak merasa terganggu apalagi merasa diganasi.

"Bahkan, para penduduk pun turut mendukung I'dad dengan membantu memberikan makanan," tambahnya.

Ia juga menegaskan bahwa I'dad merupakan kewajiban penting yang sesuai syariat dan didukung dengan sunah Nabi Muhammad SAW. Maka, lanjutnya, I'dad termasuk ibadah yang penting setelah rukun Islam. "Tapi, Densus 88 menuduh ibadah ini sebagai kegaanasan dan orang yang melakukan I'dad sanasebagai pengg," tegasnya.

Sidang dengan agenda pembacaan eksepsi Abu Bakar Ba'asyir dimulai pada pukul 08.00 waktu tempatan. Polis wilayah Metro Jaya menurunkan 2,500 anggota polis untuk mengamankan perjalanan sidang.

Ulasan GB

Masalah berlaku apabila pemerintah tidak menggunakan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Sedangkan di dalam Al-Quran amat jelas perintah "I'dad" ini:




"Dan bersiap sedialah sekuasa kamu daripada segala kekuatan dari pasukan berkuda yang bersedia bagi menakutkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh –musuh lain yang kamu tidak ketahui sedang Allah mengetahui. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasan bagi kamu, dan kamu tidak akan dizalimi." - Al Anfal 60

Pesanan di atas untuk pemerintah Malaysia juga.

Samun Di Mesin ATM Menjadi-jadi, 2 Penyamun Ditangkap Di USJ

Posted: 24 Feb 2011 02:14 AM PST

Polis Tahan Dua Daripada Empat Perompak Lepas Lima Minit Menyamun

KUALA LUMPUR: Dua daripada empat perompak yang baru lima minit menyamun tiga beradik berputih mata apabila ditahan polis dalam satu kejadian di Jalan USJ 10, Subang Jaya hari ini.

Gambar: ANGGOTA forensik memeriksa senjata yang ditemui dalam kereta penjenayah yang ditangkap selepas menyamun pelanggan bank di Subang Jaya semalam. -gambar kosmo

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Supritendan Abdul Aziz Abdul Majid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga beradik berumur lingkungan 30an disamun selepas mengeluarkan wang dari sebuah mesin pengeluaran wang.

"Mereka baru mengeluarkan wang kira-kira RM1,200 dan ketika kereta yang dinaiki tiga beradik ini mahu bergerak meninggalkan kawasan itu datang dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul ke arah kereta mereka.

"Suspek kemudian memecahkan cermin depan dan belakang kereta tersebut serta merampas beg tangan mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis BMW berwarna coklat yang berada di hadapan kereta mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Beliau berkata, kereta yang dinaiki kumpulan lelaki terbabit memecut meninggalkan kawasan itu tetapi terserempak dengan kereta peronda polis kira-kira 600 meter dari tempat kejadian.

Curiga dengan keadaan tersebut, kereta peronda polis kemudian merempuh bahagian kanan kereta BMW terbabit dan menghalang mereka daripada meneruskan perjalanan, katanya.

Beliau berkata, empat lelaki yang berada di dalam kereta BMW tersebut cuba melarikan diri namun dua daripada mereka berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Siasatan awal membawa kepada penemuan parang, tukul dan beg tangan yang dipercayai disamun mereka lima minit sebelum itu, manakala kereta terbabit dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu, katanya.

Abdul Aziz berkata dua lelaki berusia 17 dan 21 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Tiada ulasan: