Khamis, 24 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Di Dungun Ada Geng Penyamun Pakai Kopiah

Posted: 24 Feb 2011 12:30 AM PST

Dungun: "Saya tidak sangka lelaki berkopiah yang memandu kereta itu geng penyamun," kata Norlaila Sulong, 32, selepas disamun seorang daripada sekumpulan empat lelaki di Kampung Gong Pasir dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 1.15 tengah hari itu membabitkan kerugian wang tunai berjumlah RM43,500 milik syarikat Norlaila bekerja yang disimpan di dalam beg tangannya.

Norlaila berkata, dia diarah majikannya mengambil wang itu di sebuah bank di bandar ini untuk membayar gaji pekerja dan selesai membuat urusan pengeluaran wang berkenaan pada jam 12.45 tengah hari.

"Saya sepatutnya segera balik ke pejabat, tapi membatalkan hasrat itu lalu ke sekolah untuk menjemput anak," katanya.

Menurutnya, ketika memasuki lorong ke rumah ibunya di Kampung Gong Pasir bagi menghantar anaknya yang berusia sembilan tahun, dia berselisih dengan seorang lelaki yang berjalan kaki.

"Sebaik anak saya keluar dan menutup pintu kereta, lelaki yang berselisih tadi dengan pantas membuka kembali pintu sebelah penumpang dan bertanya di mana saya letak duit sambil mengancam mahu membunuh saya," katanya.

Katanya, lelaki tidak bersenjata itu merampas beg tangan yang diletak di bawah kerusi depan sebelah pemandu dan berlaku tarik-menarik antara dia dengan suspek.

"Enjin kereta ketika itu masih hidup dan akibat pergelutan itu kereta bergerak ke hadapan dan terlanggar pagar rumah ibu menyebabkan saya terlepas pegangan tali beg tangan," katanya.

Norlaila berkata, lelaki terbabit berlari sambil membawa beg tangan itu menuju ke sebuah motosikal Yamaha RXZ yang ditunggang rakannya tidak jauh dari rumah ibunya.

"Tidak jauh dari motosikal itu, ada sebuah kereta Proton Wira dinaiki dua lelaki dengan pemandunya memakai kopiah. Saya menjerit meminta tolong dengan harapan mereka akan membantu.

"Namun saya tidak sangka kedua-dua lelaki dalam kereta itu sebenarnya rakan penyamun terbabit kerana sebaik saya meminta tolong, pemandu kereta itu memecut kenderaannya mengiringi motosikal itu melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Beliau menasihatkan orang ramai yang membuat urusan pengeluaran wang yang banyak di bank supaya mendapatkan pengiring bagi mengelak kejadian sama berulang. -hm


Mukhriz Takut PAS Selalu Bangkitkan Isu Mesir

Posted: 23 Feb 2011 11:30 PM PST

Krisis Mesir: Mukhriz bidas sikap Pas

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membidas sikap pemimpin Pas yang masih membuat perbandingan situasi politik di Mesir dengan Malaysia dalam ceramah politik mereka.

Beliau berkata, isu itu tidak wajar dibangkitkan kerana situasi politik sebenar di kedua-dua negara amat ketara berbeza.

"Masih ada pihak cuba samakan situasi politik Mesir dan negara ini dengan tujuan mahu timbulkan kekecohan. Walaupun jelas pemerintahan di sini tak sama dengan Mesir, tapi mereka tetap kaitkan kononnya masih ada persamaan dalam beberapa aspek," katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, sebelum menimbulkan isu terbabit, pemimpin Pas sepatutnya membuat kajian terperinci dan bukan sekadar membuat andaian.

"Kerajaan Mesir tidak amal demokrasi tulen dan tidak jaga kebajikan rakyatnya, manakala Malaysia sebaliknya. Mesir juga menyekat kebebasan bersuara malah pembangkang di sana tidak boleh berpolitik, sedangkan Malaysia membenarkannya," katanya.

Isnin lalu, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan pada ceramah di Himpunan Pemuda Pas 30K, mahu Pemuda Pas bersatu meneruskan reformasi dan revolusi yang tercetus di seluruh dunia termasuk Tunisia dan Mesir dengan menjadikan kebangkitan itu sebagai suntikan semangat untuk mengubah politik dunia menggulingkan pemimpin yang rakus. Malah beliau percaya semangat itu akan sampai ke negara ini kelak.

Mukhriz berkata, amalan demokrasi di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding di Mesir dan tidak seharusnya dijadikan perbandingan.

Menurutnya, isu pengangguran di Mesir antara pencetus golongan muda di sana bangkit memberontak, sedangkan peratusan kadar pengangguran di negara ini masih terkawal.

"Di Malaysia situasi tidaklah seburuk di Mesir, oleh itu tidak wajar samakan apa yang berlaku di sana kelak boleh berlaku di sini. Kerajaan Persekutuan tidak pernah abaikan mana-mana pihak dan setakat ini bersikap adil pada pembangkang," katanya. -SH

Ulasan GB

Ketara sangat Mukhriz ini seorang yang tidak membaca Al-Quran.

Kerana di dalam Al-Quran telah JELAS tercatat bahawa apa juga peristiwa yang berlau perlu menjadi pelajaran, perlu menjadi iktibar, perlu menjadi teladan. Kerana setiap peristiwa yang berlaku itu adalah SEMUANYA dari Allah s.w.t.

Samdon-samdol dari UMNO ini termasuk bapak menterinya adalah mereka yang pengecut terhadap apa yang berlaku di Mesir. Cuba menafikan senario itu bakal berlaku di dalam negara.

Kalau nak merasa sendiri, teruskan kezaliman ke atas rakyat, anda akan dapati suasana Kaherah akan berada di Kuala Lumpur nanti.






Bangkai Tikus Dalam Kuali Di Restoran

Posted: 23 Feb 2011 10:30 PM PST

Klang: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan 'Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.

Gambar: BANGKAI tikus dijumpai dalam kuali di sebuah premis yang diperiksa di Klang.

Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan.

Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan.

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar.

"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor.

"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis," katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing.

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi. -BH

Mentaliti Pengurusan UPM Yang Kolot Terlalu Memalukan

Posted: 23 Feb 2011 09:54 PM PST

Pemilihan kampus: Mahasiswa bangkit amaran awal IPTA perlu dinamik

Kekecohan di kampus induk Universiti Putra Malaysia semalam sememangnya tidak pernah disaksikan selama ini. Ribut politik mahasiswa yang melanda Universiti Putra Malaysia, salah satu universiti tertua di negara ini, kelihatan reda dengan begitu cepat. Tidak sampai 24 jam — ribut yang bertiup kencang berakhir dengan penyelesaian segera.

Pengurusan Universiti Putra Malaysia menyelesaikan isu yang muncul ini dengan cepat tetapi terpaksa tunduk kepada desakan pelajar-pelajar yang kecewa dengan keputusan membatalkan kelayakan calon-calon yang bertanding — jumlah yang ramai dalam sejarah universiti itu.

Maklumat diperoleh menunjukkan keputusan pembatalan status calon termasuk yang menang dilakukan tanpa inkuiri yang sewajarnya — bermakna adil dan seimbang — memberikan peluang kepada pengadu dan pihak yang diadu. Satu aduan membawa kepada pembatalan 33 pelajar, kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider.

Ini bukan kali pertama "krisis" pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjadi perhatian khususnya di UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.

Ada pelajar yang sanggup bermalam di Bangunan Canselori Universiti Putra Malaysia untuk mendapatkan pembelaan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, yang akhirnya membawa kepada kekecohan ekoran perubahan pendirian keputusan yang dicapai dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Awal tahun lalu calon-calon yang dilabel Pro Mahasiswa juga berhadapan dengan masalah yang sama.

Kali ini alasan digunakan calon-calon tidak boleh berkempen secara berkumpulan.

Ia antara beberapa syarat yang disenaraikan dalam proses pilihan raya kampus awam di negara ini.

Difahamkan di sesetengah universiti, calon pemilihan kampus dilarang daripada berkempen menggunakan media-media baru.

Nampaknya generasi muda alam siber ini memberontak.

Kekecohan juga disaksikan menjelang pemilihan MPP Universiti Malaya, gara-gara kerana pertikaian mengenai status calon.

Sudah lama pusat-pusat pengajian tinggi awam tidak digemparkan dengan tindakan-tindakan seperti itu.

Lebih dua dekad yang lalu demonstrasi di universiti, sudah pasti hanya universiti awam, bukan satu perkara baru. Ketika temu bual untuk akhbar makmal hampir 20 tahun lalu, seorang timbalan naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pernah mengakui demonstrasi membabitkan penuntut universiti berkait rapat dengan ideologi politik masing-masing. Tetapi demonstrasi seumpama sudah lama tidak disaksikan.

Kini ia wujud kembali.

Sudah pasti ada sebabnya. Di mana kesilapannya? Jawapan mudah: ada kekurangan dan kelemahan dalam sistem pemilihan yang penuntut tidak dapat menerima. Ini tidak kira sama ada ia membabitkan kepentingan penuntut dari kumpulan Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa ataupun kalangan bebas.

Hari ini nasib pelajar Pro Mahasiswa. Esok calon Pro Aspirasi!

Soal calon-calon yang melabelkan diri mereka sebagai wakil kumpulan tertentu juga bukan satu perkara baru. Ia sudah lama wujud.

Sama ada orang ramai dapat menerima aspek ini ataupun sebaliknya, perkembangan terbaru ini juga berkait rapat dengan tempias landskap politik nasional.

Walaupun keputusan pemilihan sesi 2010/2011 tidak akan mempengaruhi pilihan raya umum nasional, tetapi ia akan tetap membawa sedikit sebanyak kesan sampingan.

Melihat kepada kekurangan dan kelemahan yang wujud, sudah tiba masanya Kementerian Pengajian Tinggi, walaupun universiti-universiti awam mempunyai kuasa autonomi untuk menguruskan hal ehwal masing-masing, tetapi melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi perlu menggerakkan usaha mengkaji semula sistem dan prosedur mengendalikan pilihan raya kampus supaya tiada campur tangan, yang dilihat keterlaluan pengurusan universiti mengendalikan pilihan raya kampus.

Antara lain serahkan sahaja urusan ini kepada pelajar sendiri. Biar mereka yang mengendalikan pilihan raya kampus. Apatah lagi golongan pelajar itu sendiri membabitkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam politik nasional, yang lebih mencabar, satu hari kelak. Universiti harus mula melatih mereka, bukannya mengawal keupayaan mereka.

Pengurusan universiti tidak wajar campur tangan dan memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini mesej yang jelas daripada kejadian di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Di sesetengah universiti proses pemilihan berjalan dengan lancar dengan ada yang dimenangi oleh calon Pro Aspirasi atau Pro Mahasiswa.

Bermakna ada kelainan dari segi pengurusan dan juga sikap tidak berkecuali pengurusan universiti yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

Sekiranya sesetengah sekolah rendah dan menengah sudah mula mengadakan pilihan raya di kalangan murid demi persediaan masa depan, sistem pilihan raya kampus seharusnya menjadi contoh kepada landskap politik kebangsaan.

Jangan kongkong dan jangan meletakkan kawalan terlampu dalam soal pengendalian pilihan raya. -TMI

Ulasan GB

Golongan pentabdir universiti tempatan yang cuba menyekat kebangkitan pelajar dalah terdiri dari mereka yang dipanggil "the captive mind" - pemikiran yang terkongkong yang terhasil disebabkan oleh corruption and the mismanagement - demikian kata ahli sisiologi Prof Syed Hussein Al-Attas.

Menurutnya golongan ini mempunyai ciri-ciri berikut:

1. A captive mind is uncreative, and hence incapable of raising original problems.

2. It is incapable of devising an analytical method independent of current stereotypes.

3. It is incapable of separating the particular from the universal in science and thereby properly adapting the universally valid corpus of scientific knowledge to the particular situation.

4. It is fragmented in outlook.

5. It is alienated from the major issues of the community.

6. It is alienated from its own national and religious traditions in the field of its intellectual pursuit.

7. It is unconscious of its own captivity and the conditioning factors making it what it is.

8. It is not amenable to an adequate quantitative analysis but it can be studied through empirical observations.

9. It is the result of the Western intellecto-cultural dominance on the rest of the world.


Najib Jangan Bersikap Hipokrit Apabila Larang Libya Guna Kekerasan

Posted: 23 Feb 2011 09:08 PM PST

Pemimpin Libya tak harus guna kekerasan, kata Najib

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak sepatutnya menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan di jalanan sehingga menyebabkan pertumpahan darah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada AFP di Istanbul, Turki.

"Kami berpendapat beliau tidak seharusnya menggunakan kekerasan," kata Najib, semalam yang berada di Turki untuk lawatan rasmi.

"Apa yang penting bagi kami ialah mengambil kepentingan aspirasi rakyat... Sistem itu harus sah dan harus berdasarkan atas sokongan orang ramai," katanya.

Rakyat negara-negara Arab dan di utara benua Afrika telah memberi "petunjuk jelas yang mereka mahukan perubahaan dan pembaharuan" dan kerajaan patut mendengar tuntutan itu, kata Najib.

"Pembaharuan perlembagaan dan politik yang berkesan sepatutnya dapat memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, khususnya golongan muda," kata perdana menteri lagi.

Menurutnya perubahaan di rantau itu sepatutnya dijalankan secara aman dan meminta kedua-dua pihak - penunjuk perasaan dan juga kerajaan agar tidak menggunakan kekerasan.

Najib juga berkata beliau tidak bimbang bahawa rakyat Malaysia akan mengambil risiko dan melakukan perkara yang sama seperti di negara-negara Arab.

Dakwanya, pilihan raya di negara ini "agak bebas dan adil" manakala sokongan terhadap kerajaan semakin meningkat.

Malaysia baru-baru ini juga membuat perancangan bagi memindahkan kira-kira 190 rakyatnya di Libya.

Satu tunjuk perasaan besar-besaran juga dijadualkan di kedutaan Libya di Kuala Lumpur esok yang dianjurkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat bagi menyuarkan sokongan kepada rakyat negara itu.

Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli.

Selasa lalu, kerajaan Libya buat pertama kali mendedahkan bahawa 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu. Namun Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang yang telah terkorban. -mk

Ulasan GB

Apa kurangnya di Malaysia dimana polis menggunakan pelbagai bentuk kekerasan terhadap rakyat, terhadap pemimpin-pemimpin bukan BN?

FRU siap siaga menggempur rakyat yang berdemonstrasi, kerana yang berdemontrasi itu datang dari mereka yang tidak menyokong kerajaan yang ada seperti di Libya.

Justeru itu, signal jelas kepada Najib - don't be a hypocrite!

Pelakon Terkenal Ditangkap Bersekedudukan

Posted: 23 Feb 2011 08:10 PM PST

Pelakon lelaki popular dicekup JAIS

HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam. Gambar hiasan

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam. - Kosmo

[Bergambar] Libya Di Ambang Keruntuhan, 1000 Terkorban

Posted: 23 Feb 2011 07:07 PM PST

Benghazi - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.

Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.

Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.

Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.

Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters


Bandar Misurata jatuh ke tangan pemberontak

TRIPOLI: Bunyi kuat senjata api kedengaran di bandar raya ini semalam, ketika tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi melepaskan tembakan di jalan raya selepas pemimpin itu berikrar untuk mempertahankan pemerintahannya.

Pertempuran di Tripoli meletus selepas pembangkang dilapor menguasai bandar Misurata dan saksi berkata, orang ramai membunyikan hon kenderaan sambil mengibarkan bendera pra-pemerintahan Gaddafi.
Misurata menjadi bandar utama di barat Libya jatuh ke tangan kumpulan antikerajaan yang sebelum ini tertumpu di timur.

Seorang doktor tempatan, Faraj al-Misrati berkata, enam penduduk terbunuh dan 200 cedera sejak 18 Februari lalu apabila penunjuk perasaan menyerang pejabat dan bangunan yang ada hubungan dengan rejim Gaddafi.

Katanya, penduduk bersatu membentuk jawatankuasa untuk melindungi bandar berkenaan. - AP










Waspada: Telefon Bimbit Boleh Jejas Aktiviti Sel Otak

Posted: 23 Feb 2011 05:57 PM PST

Chicago: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan.

Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.

"Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu," kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

"Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit.

Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.


Sesetengah kajian mengaitkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.

Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan. – Reuters

Sikap Pencuri Beras Tak Hiraukan Mangsa Dikesali

Posted: 23 Feb 2011 04:30 PM PST

Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Gambar: AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis. -hm

Yu Nam Hair Care Diperintah Kembalikan Wang Pelanggan

Posted: 23 Feb 2011 03:57 PM PST

Gara-gara tidak puas hati kerana dipaksa membayar pakej rawatan rambut untuk kali kedua, seorang bekas Naib Canselor sebuah institusi pengajian tinggi awam akhirnya berjaya mendapat ganti rugi berjumlah RM14,986.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM), Datuk Abu Bakar Awang mengarahkan Yu Nam Hair Care membayar ganti rugi kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan isterinya, Noor Rohani Mohd. Noor dalam tempoh 14 hari.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pusat itu didakwa mengikut Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Dr. Sulaiman yang kini memegang jawatan Felo Penyelidik Utama, Universiti Putra Malaysia (UPM) memberitahu, kejadian bermula 28 Mei tahun lalu apabila beliau ditawarkan pakej rawatan selama setahun bersamaan 24 kali rawatan di pusat itu dengan harga RM7,800 untuk seorang.

Namun, selepas sesi keempat tidak menunjukkan hasil, beliau diminta menambah bayaran untuk pakej rawatan baru yang berharga RM7,500 pula untuk setiap seorang.

"Saya dan isteri terkejut dengan nasihat yang diberikan oleh pusat itu kerana tidak diberitahu pada peringkat awal rawatan pertama bahawa terdapat kemungkinan salah seorang daripada kami perlu menjalani pakej lain.

"Bagaimanapun, cadangan kami agar pihak Yu Nam meneruskan pakej terdahulu tidak diterima kakitangan mereka sebaliknya mendesak kami membayar pakej rawatan kedua terlebih dahulu," katanya.

Dr. Sulaiman berkata, selepas berasa tertipu dan dipermainkan dengan saranan kakitangan pusat itu, beliau mula mengemukakan tuntutan di TTPM bagi mendapatkan semula haknya.

"Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan itu lalu saya kemukakan tuntutan dan berpuas hati dengan sistem tribunal ini kerana cekap, pantas dan meyakinkan pengguna," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, sebuah syarikat kecantikan terkenal, New York Skin Solution Sdn. Bhd. diarah membayar ganti rugi berjumlah RM518 kepada seorang remaja, Intan Khairunnisha Kamarul Ariffin, 18.

Ibu mangsa, Rohaya Jusoh berkata, sepatutnya anak beliau diberikan rawatan kecantikan secara percuma di pusat kecantikan itu selepas Rohaya mendapat pakej rawatan di situ.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan bahawa pakej percuma itu tidak diberikan sebaliknya dipaksa membuat bayaran walaupun enggan berbuat demikian.

"Selepas rawatan diberikan kepada saya, mereka mendesak bayaran dibuat pula untuk anak saya walhal sebelum ini mereka ada bagi satu tawaran rawatan percuma di atas akaun saya.

"Kami memang kecewa dengan tindakan syarikat itu yang seolah-olah menipu pelanggan dan saya bertekad tidak akan mengunjungi lagi pusat tersebut," katanya. -UM

Siapa Wanita Di Dalam Purdah Ini?

Posted: 23 Feb 2011 02:30 PM PST

Penonton televisyen Channel4 yang popular di England terkejut pada krismas tahun lalu. Setelah ratu Elizabeth II menyampaikan pesanan Natal, tak berselang lama muncul seorang wanita bercadar yang mengucapkan "pesan Natal alternatif". Ia hanya diidentifikasi sebagai Khadijah.

Dari suaranya, para penonton tertanya-tanya siapa wajah dibalik purdah itu. Dari loghat Inggerisnya yang kental, dipastikan dia adalah keturunan Britain, bukan imigran. Tampil dalam acara yang dipandu Jack Straw, ia mengkritik mereka yang berpandangan salah tentang jilbab, dan menyebut jilbab adalah perisai bagi kaum wanita.

Minggu ini, Daily Mail mendedahkan siapa "Khadijah" di balik purdah itu.

Ia adalah Elaine Atkinson, seorang warga Britain berkulit putih yang mengganti nama menjadi Khadijah setelah menganut agama Islam. Meskipun kerap dituding masuk kelompok Islam radikal, namun ia mengaku berfikiran sangat moderat.

Pilihannya mengenakan jilbab - dan sesekali purdah - adalah pilihan sadar yang dibuatnya untuk melindungi diri. Wanita berusia 38 tahun ini menyatakan, sebelum menganut Islam, ia bak "hamster yang berlari di treadmill di kandang". "Pub dan konsumtif adalah trademark saya," ujarnya mengenang.

Di lingkungannya, dia dikenali sebagai seorang feminis radikal. Neneknya adalah aktivis feminis yang menuntut hak pilih bagi perempuan Britain (suffragette).

Abangnya bekerja sebagai tentera Britain, dan sekarang tengah bertugas di Afghanistan.

Pernah menentang segala bentuk pernikahan, ia akhirnya "tunduk" saat dilamar seorang Muslim kelahiran Britain berasal dari Pakistan, Iqbal.

Pernikahan ini pula yang membuat hubungan keluarganya retak.

Atkinson, ibu satu anak, didekati oleh Channel4 untuk memberikan alternatif pesan Natal, setelah perempuan berkerudung yang dipilih sebalumnya, Khadijah Ravat, seorang guru berusia 33 tahun, meletakkan jawatan kerapan publisiti yang negatif.

Channel4 mengatakan akan menutup identiti aslinya, bersama dengan wajah, untuk memungkinkan penonton untuk fokus pada kata-katanya, bukan kepribadiannya.

Atkinson lahir tahun 1968 di barak tentera kota Wiltshire. Ia menyatakan, ia tak pernah bersinggungan dengan kaum Muslim sebelumnya. Menginjak dewasa, ia meninggalkan kotanya untuk menjadi pekerja sosial di London.

Tapi pada tahun 1996 dia tiba-tiba menjadi tertarik pada Quran, dan mulai menghadiri acara-acara keagamaan di Masjid Regent's Park di pusat ibukota. "Teman-teman dan keluarga selalu menggambarkan hal-hal yang negatif tentang Islam. Namun justeru saya ingin menyelami lebih dalam," ujarnya.

Ia misalnya, cuba menyelami fikih Muslimah. Pasalnya, feminisme dan Islam kerap dipandang bak minyak dan air. "Intinya, Islam adalah agama penindas perempuan," ujarnya.

Namun dari apa yang dibacanya, ia menemukan hal sebaliknya. Islam justeru memuliakan perempuan. "Kalau saja mereka dapat membuka mata dan melihat kerusakan, maka yang menyebabkannya adalah diri mereka sendiri," ujarnya.

Di tengah perjalanan menyelami Islam itulah, ia bertemu Dr Zahid Iqbal, lelaki yang menjadi suaminya sekarang. Kini Khadijah Iqbal, namanya sekarang, tinggal di Southampton, tempat suaminya mengabdi sebagai seorang doktor. Mereka tinggal di sebuah rumah senilai 350 ribu poundsterling dengan tiga kamar tidur besar di Barking, London Timur. Dia meninggalkan nama lamanya sejak empat tahun lalu.

Ia kini aktif di kelompok pembinaan mualaf perempuan dan secara berkala memandu siaran di sebuah radio tempatan. -dailymail

Wikileaks dedahkan Kehidupan Anak Ghaddafi Yang Gemar Berpoya-poya

Posted: 23 Feb 2011 07:00 AM PST

Gaya hidup anak-anak pemimpin Libya, Moammar Gaddafi, jauh dari kesederhanaan yang selalu digembar-gemborkan ayahnya. Wikileaks, mengutip dokumen Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat yang bocor, menyatakan mereka saling tak akur satu sama lain dan menghambur-hamburkan wang secara royal.

Saif Gaddafi -- meski dibantahnya -- menghabiskan pergantian tahun 2009 di Karibia bersama Mariah Carey. Saudaranya, Muatassim di tempat yang sama menggelar pesta setahun kemudian dengan mengundang Beyonce dan Usher untuk menghibur para tamu.

Pengamat politik tempatan, yang menjadi sumber diplomat AS, menyatakan hobi Muatassim yang gemar bermabuk-mabukan dan pemborosannya lah yang membangkitkan kemarahan warga. "Kelakuannya dianggap tak beriman dan memalukan bagi bangsa dan negara," tulis Wikileaks mengutip sumber itu.

Anak Gaddafi lainnya, Hannibal, melarikan diri ke London setelah dituduh melakukan penderaan ke atas isterinya, Aline. Sedang anak perempuan Gaddafi, Aisyah, disebut-sebut dalam dokumen itu juga "dilarikan" ke London setelah ketahuan hamil di luar nikah. Aisyah adalah anak Gaddafi dari isteri keduanya, Safiya, yang merupakan ibu dari enam anak Gaddafi.

Saif yang disebut-sebut Ghadaffi bakal menjadi penggantinya tidak lebih baik dari saudara-saudaranya yang lain. Anak kedua Gaddafi ini gemar menghabiskan cuti dengan berburu di New Zealand.

Namun, Saif dianggap yang paling "cantik" bermain wayang. Di luar gaya hidupnya yang mewah, ia juga menunjukkan dirinya seorang dermawan. Gaddafi International Charity and Development Foundation, lembaga amal yang dipimpinnya, segera mengirimkan bahan makanan dan bantuan sesaat setelah gempa hebat melanda Haiti.


Inilah Istana Saif al-Islam Gaddafi di London

Gambar 1 Istana Saif Gaddafi

LONDON - berbeza sungguh dengan ayahnya yang lebih banyak menghabiskan waktu di khemahnya, anaknya, Saif al-Islam Gaddafi lebih dikenal sebagai pemuda glamour. Ia yang baru-baru ini menyerukan perang hingga peluru terakhir terhadap penunjuk perasaan ini sangat mewah dan bergaya hidup modern. Jika bersiar ke Britain, beliau tinggal di istana peribadinya di London.

Berdasar maklumat yang dikumpulkan Telegraph, salah satu istananya ditawarkan untuk disewakan dengan nilai 9,750 paun sterling (lbh krg RM48,0000) seminggu.

Dia membeli rumah dua tahun lalu melalui perusahaan British Virgin Islands-terdaftar berharga 10 juta pound sterling. Sebuah surat kabar mingguan melaporkan bahwa Saif al-Islam Gaddafi, putera Kolonel Muammar Gaddafi, membeli rumah di pinggiran kawasan elit Hampstead di London utara dan menghabiskan beberapa waktu di sana dengan rombongannya.

Rumah itu bergaya kolonial dengan halaman luas.

Di dalamnya dilengkapi dengan kolam renang di dalam ruangan dan sebuah home theater yang mewah. Namun tak disebutkan siapa yang menyewa rumah ini sekarang.


Siasatan Teoh: Jawapan Penyiasat Polis Ini Timbulkan Banyak Tandatanya

Posted: 23 Feb 2011 06:30 AM PST

Siasatan kematian Teoh Beng Hock yang hari ini masuk hari kelapan diperluaskan dengan menyelidik dan memeriksa semula beberapa barang milik setiausaha politik itu.

Suruhanjaya Siasatan juga mengarahkan Pegawai Penyiasat Ahmad Nazri Zainal meneliti dan memeriksa semula beberapa kawasan di tempat kejadian yang tidakdiberi perhatian sepenuhnya dalam inkues lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, berkata barang milik Teoh seperti kamera video, cakera padat (CD), thumbdrive dan cakera padat digital (DVD) akan diserah kepada penyiasat persendirian bagi mendapatkan maklumat di dalamnya.

Kelima-lima anggota suruhanjaya pada awalnya kelihatan terkejut apabila diberitahu Ahmad Nazri bahawa beliau tidak pernah mengarahkan sebarang siasatan dibuat ke atas barang terbabit kecuali kamera video.

"Saya ada lihat sendiri kamera video itu tetapi ia hanya tunjuk Teoh sedang bekerja," katanya ketika disoal pegawai pengendali Amarjeet Singh pada prosiding
siasatan bagi mengenal pasti punca kematian Teoh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Mengenai pemeriksaan semula di tempat kejadian, arahan itu dibuat berikutan kegagalan Ahmad Nazri mengesan kepala jam tangan (bahagian permukaan yang menunjukkan jarum dan waktu) milik Teoh di tingkat lima Plaza Masalam.

Ketika itu Ahmad Nazri hanya menjumpai tali jam tangan
.

Fokus utama pencarian baru itu ialah di dalam satu lubang berhampiran mayat Teoh ditemui terbaring kerana Ahmad Nazri pernah mencuba mencari di dalamnya tetapi gagal memasukkan tangan kerana itu lubang terlalu kecil.

Hakim Foong memerintahkan pegawai penyiasat itu pergi ke tempat itu sekali lagi petang ini dan cuba mengoreknya menggunakan peralatan yang sepatutnya dengan dihadiri wakil Majlis Peguam dan SPRM.

Isu pemeriksaan semula itu timbul setelah Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh menyatakan terdapat kemungkinan kepala jam terbabit jatuh ke dalam lubang itu.

Suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka' berhubung kes itu.

Sementara itu, Ahmad Nazri ketika ditanya anggota suruhanjaya kenapa beliau tidak mencatat segala penemuan barang Teoh ketika kali pertama melihatnya, berkata, pada masa itu beliau perlu menumpukan pada mayat mangsa kerana timbul kekecohan berikutan pihak media dan ahli politik yang cuba memasuki tempat kejadian.

Bagaimanapun kenyataan Ahmad Nazri itu dipersoalkan Abdul Kadir yang berpendapat beliau sepatutnya meminta bantuan daripada anggota yang lain bagi menyelesaikan kekecohan itu dan memberi perhatian ke atas beg itu.


Ahmad Nazri kemudiannya berkata, beliau menyelidik beg itu (peringkat awal) hanya untuk mengetahui pemilik dan kehadiran Teoh di tingkat 14 (pejabat SPRM) dan ia dibuat secara kasar sahaja tanpa mencatatnya.

Katanya, beliau memeriksa semula kandungan itu di pejabatnya pada jam 12 malam, 17 Julai 2009 tetapi tidak mencatat kesemua barang yang berada di dalamnya kerana dianggap kecil nilainya.

Beliau membuat pemeriksaan sekali lagi pada 7 Oktober 2009 dan ketika itulah menemui beberapa nota tulisan tangan dalam rumi dan Mandarin.

Pada inkues sebelum ini Ahmad Nazri mendedahkan bahawa ada di antara tulisan tangan itu mengandungi tulisan Teoh yang tercatat 'selamat tinggal'.

Pada awal prosiding, pegawai penyiasat itu memberitahu bahawa kakitangan di pejabat SPRM enggan memberi kerjasama dengan hanya berdiam diri ketika disoal pada hari kejadian (16 Julai 2009) manakala kebanyakan pegawai lelaki diarahkan ke Putrajaya.

"Ada pegawai SPRM tetapi tidak pasti dengan jumlah bilangan dalam pejabat itu. Tiada yang ke tempat itu (di tepi tingkap yang dipercayai digunakan mangsa)."

Dalam prosiding hari ini juga, Hakim Foong memberitahu bahawa suruhanjaya menolak permohonan Majlis Peguam dan SPRM untuk menempatkan dua pakar psikiatri ketika perbicaraan tetapi membenarkan pakar itu menemu bual saksi dalam sesi berasingan dan hasil laporannya diserahkan kepada suruhanjaya.

Suruhanjaya juga memutuskan meneruskan penayangan prosiding secara langsung di luar mahkamah.

Prosiding disambung esok. - BERNAMA

Ulasan GB

Ada dua hal yang menarik perhatian rakyat di dalam prosiding hari ini.

Pertama kelihatan pihak polis yang menyiasat kes Teoh TIDAK melaksanakan kerjanya dengan sbeaik mungkin.

Malah polis berkenaan mengakui TIDAK mencatatkan kandungan barang yang berada di dalam beg Teoh. Ini satu negligence (kecuaian) paling serius.

Kemudian, beliau (Ahmad Nazri) menyatakan pernah mencuba mencari kepala jam di dalam lubang tetapi gagal memasukkan tangan kerana itu lubang terlalu kecil. Jika tangannya terlalu besar, mengapa tidak diusahakan cara lain?

Dan sebelumnya, beliau menyatakan beliau tidak pernah mengarahkan sebarang siasatan dibuat ke atas barang terbabit kecuali kamera video. Mengapa?

Hal yang kedua, pegawai penyiasat itu memberitahu bahawa kakitangan di pejabat SPRM enggan memberi kerjasama dengan hanya berdiam diri ketika disoal pada hari kejadian (16 Julai 2009) manakala kebanyakan pegawai lelaki diarahkan ke Putrajaya.

Siapa yang mengarahkan pegawai-pegawai SPRM ini tutup mulut dan siapa mengarahkan pegawai lelaki pergi ke Putrajaya? Pihak pegawai atasan SPRM? Mengapa mereka berbuat demikian? Untuk menutup satu rahsia besar supaya jangan terbongkar?

Gagalnya Sistem Politik Ghadaffy, Menteri Luarnya Letak Jawatan

Posted: 23 Feb 2011 05:45 AM PST

Meletupnya aksi massa antirejim Moammar Ghadaffy di Libya, seminggu terakhir, menguak kegagalan sistem politik kerakyatan yang diperkenalkan Ghadaffy sejak Mac 1977. Berbagai pihak di kalangan pemerintahan Libya sama sekali tidak menyangka gerakan massa prodemokrasi begitu cepat menular dari Tunisia dan Mesir ke Libya.

Suasana di Benghazi, kota terbesar kedua di Libya, yang menjadi tempat pertama meletus protes anti-pemerintahan Ghadaffy

Gerakan massa antirejim Ghadaffy meletup sejak Isnin minggu lalu, yakni hanya beberapa hari setelah kemenangan revolusi rakyat di Mesir yang berhasil menumbangkan rejim Hosni Mubarak pada Jumat 11 Februari lalu.

Aksi tunjuk perasaan anti-Ghadaffy di kota Benghazi, yang terletak tak jauh dari perbatasan Mesir, cukup layak disebut terinspirasi oleh revolusi rakyat di Mesir saat ini. Libya secara sejarahnya tak terpisahkan dari perkembangan di Mesir. Ghadaffy, ketika melakukan kudeta terhadap Raja Idris tahun 1969, terinspirasi oleh aksi rampasan kuasa Gamal Abdel Nasser dan kawan-kawan terhadap Raja Farouk tahun 1952.

Pemerintahan Libya kini sangat mencemaskan kota-kota di bahagian timur negeri itu yang tak jauh dari perbatasan dengan Mesir, seperti Benghazi, Tobruk, dan Bayda, terjangkit revolusi seperti di Mesir.

Bagi rakyat Libya, masalah ekonomi memang tidak seburuk yang dialami rakyat Mesir, Tunisia, Yaman, dan Aljazair. Namun, secara kehidupan politik, rakyat Libya bisa lebih buruk dibandingkan dengan rakyat Mesir, Yaman, dan Aljazair.

Sejauh ini gerakan anti-Ghadaffy memang lebih menjuruskan isu politik daripada ekonomi.

Hingga saat ini belum ada tanda-tanda pemerintahan Ghadaffy memberikan konsesi terhadap tuntutan rakyatnya itu.

Ghadaffy pun tampak tidak mengindahkan resolusi yang ditandatangani 213 tokoh Libya dari berbagai kalangan yang berasal dari aktivis politik, doktor, pengacara, pengusaha, wartawan, mantan duta besar, dosen, pegawai negeri, dan engineer. Mereka menamakan sebagai korban perang Chad. Libya dan Chad pernah terlibat perang perbatasan pada tahun 1980-an.

Mereka menuntut hak rakyat Libya mengungkapkan pendapatnya melalui aksi tunjuk perasaan damai tanpa ada ancaman kekerasan dari rejim.

Mereka juga menuntut dilakukan peralihan kekuasaan secara damai di Libya dalam upaya membawa ke arah menjadi negara yang terbuka dan pluralis serta menganut sistem multipartai.

Ditegaskan pula, rakyat Libya bisa bergerak mengambil alih kekuasaan dengan cara turun ke jalan dalam upaya menentukan masa depan politik, sosial, dan ekonomi mereka.

Sebaliknya pemerintahan Ghadaffy sudah memberikan peringatan keras agar pemuda Libya tidak terpengaruh dan ikut-ikutan pemuda Tunisia dan Mesir. Rejim Ghadaffy pun mempersiapkan sedemikian rupa dengan mempersenjatai para anggota Jawatankuasa Rakyat untuk menghadapi kemungkinan terjadinya aksi massa antirejim itu.

Gerakan Jawatankuasa Rakyat adalah tulang punggung dan ujung tombak pertahanan rejim Ghadaffy. Jawatankuasa Rakyat adalah semacam partai politik yang berkuasa di Libya. Konsep politik Ghadaffy tidak mengakui sistem partai politik yang dianggap pengkhianat. Ghadaffy dalam teorinya dalam "buku hijau" menjalankan sistem kerakyatan dan negeri Libya disebut "Republik Kerakyatan Libya".

Jawatankuasa Rakyat memiliki tentera bersenjata yang diperkirakan berjumlah 10,000 hingga 15,000 anggota.

Namun, Jawatankuasa Rakyat ternyata gagal menyekat aksi tunjuk perasaan antirejim Ghadaffy di kota-kota bagian timur, seperti Benghazi, Bayda, dan Tobruk. Bahkan, aksi tunjuk perasaan pemuda antirejim Ghadaffy mulai menjalar ke kota-kota bahagian barat, seperti Masrata dan Zawiyah, dekat ibu kota Tripoli.

Sempat dipertanyakan, ke mana Jawatankuasa Rakyat yang telah mendapat berbagai kemudahan dari rejim Ghadaffy? Dan ada pula yang mengatakan, jatuhnya korban tewas dan luka-luka dalam jumlah besar dari para pemuda penunjuk perasaan akibat tindakan tentera Jawatankuasa Rakyat yang tidak profesional. Berbagai sumber menyebut, apa yang terjadi di kota Benghazi adalah pembantaian.

Tentera Jawatankuasa Rakyat dituduh tidak mendapat latihan secukupnya serta kurang mendapat bekal budaya dan pendidikan yang layak dalam menghadapi aksi tunjuk perasaan. -kompas


Menteri Libya letak jawatan, enggan ikut arahan Gadhafi

TOBRUK (Libya): Menteri Dalam Negeri Libya, Abdul Fattah Younis al Abidi, berkata beliau sudah meletakkan jawatan daripada kerajaan dan menyertai penunjuk perasaan, yang mana disifatkannya akan mencapai kejayaan dalam tempoh "beberapa hari atau jam".

Katanya, beliau sudah meletakkan jawatan Isnin lalu selepas mendapat tahu 300 rakyat yang tidak bersenjata dibunuh di Benghazi dalam tempoh dua hingga tiga hari dan mendakwa pemimpin Libya, Moammar Gadhafi merancang serangan ke atas orang awam dalam skala yang lebih meluas.

"Gadhafi memberitahu saya beliau merancang menggunakan pesawat terhadap rakyat di Benghazi dan saya memberitahunya ratusan rakyat akan terbunuh jika ia dilaksanakan," katanya dalam temubual telefon berbahasa Arab di sini, Rabu (waktu tempatan).

Abdul Fattah berkata, beliau kini menyokong rakyat dan revolusi. - CNN


Rais Cuba Padam Perjuangan Ulamak Tuntut Kemerdekaan

Posted: 23 Feb 2011 05:00 AM PST

Para alim ulama juga memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang penjajah samada Barat atau Timur.

Gambar: Abdullah Fahim (kiri) & Haji Sulong Al-Fathani (kanan)

Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi.

Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah.

Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah samada syahid ditali gantung seperti Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Haji Abdul Rahman Limbong.

Selain itu, ulama lainnya pula yang turut berjuang menentang penjajah dan yang ada kaitannya dengan kemerdekaan negara ialah Tokku Paloh, Sheikh Abdullah Fahim, Haji Sulong al-Fatani, Imam Bonjol dan lainnya lagi.

Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah.

Diharapkan supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia. -tamanulama


Pemimpin PKR, PAS lupa budi pejuang negara

MERLIMAU: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, diminta tidak mengikut jejak pembangkang yang mudah lupa kepada prinsip perjuangan dan budi ditaburkan pemimpin terdahulu sehingga negara mampu mencapai kemajuan seperti dikecapi sekarang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata mereka tidak pernah menekankan nilai mengenang perjuangan dan budi negarawan kerana hanya mementingkan agenda untuk meraih kuasa bagi kepentingan diri.

"Orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyelar kerajaan hari ini tidak langsung memikirkan mengenai budi atau kejayaan yang kita capai.

"Budi yang kita terima hari ini adalah kemerdekaan dan kemajuan pesat yang sukar dinikmati rakyat di negara lain. Ini semua budi yang diberikan kerajaan, pejuang dan pemimpin negara serta setempat yang wajar dikenang. Apa yang kita lihat hari ini adalah sumbangan perjuangan lama dalam memberikan khidmat cemerlang bagi membela rakyat.

"Ini semua tidak wujud di kalangan pembangkang yang dilihat hanya bersikap rakus untuk mendapat kuasa, tetapi tidak ada cara bagi memperbaiki budi dan khidmat secara berterusan," katanya pada Majlis Kenduri Asam Pedas bersama penduduk Kampung Pengkalan Samak, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad; Setiausaha UMNO bahagian Jasin, Datuk Ghazale Mohamad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Rais berkata, penduduk DUN Merlimau perlu berfikir secara mendalam dan tidak menggadaikan keputusan dengan memilih wakil salah kerana dikhuatiri bakal menjejaskan perjuangan pemimpin terdahulu yang sudah merencanakan perkara terbaik untuk masa depan. -BH


Isu Selangor Terkini: Berani Buat Tak Berani Tanggung

Posted: 23 Feb 2011 04:15 AM PST

Umno nafi terbitkan Selangor Terkini

Pandangan yang disiarkan dalam Selangor Terkini merupakan rintihan dan masalah yang sememangnya dihadapi oleh rakyat, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, yang juga mengaku bahawa beliau ada mengedarkannya.

Secara kebetulan, katanya, kandungan Selangor Terkini adalah sama dengan pandangan pihaknya mengenai pentadbiran negeri dan ada orang yang menghantar akhbar itu ke pusat khidmatnya di Kuang.

Berikutan itu, katanya, beliau telah mengedarkan akhbar tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya.

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang menghantar salinan penerbitan tersebut ke pusat khidmatnya.

Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.

Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkkuasa negeri.

Tambahan pula, penerbitan itu bertujuan untuk mencemarkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan rekabentuknya mirip kepada akhbar Selangor Kini milik kerajaan negeri.

Faekah dilaporkan berkata kerajaan negeri selama ini sentiasa mengesyaki BN dan Umno menjadi dalang dalam menerbitkan akhbar Selangor Terkini

Perasaan curiga mereka itu, tambah Faekah, diperkuatkan apabila penerbitan itu diedarkan dalam satu majlis meraikan sambutan Maulidur Rasul di Kuang Sabtu lalu yang dianjurkan oleh Abdul Shukor.

Penerbitan itu diedarkan secara percuma bersama kalender 2011 yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. -mk

Ulasan GB

Tak terbitkan, tetapi mengaku mengedarkan.

Menteri KDN diamkan. Kenapa Hishamuddin tak bising seperti selalunya? Mengapa polis tidak rampas penerbitan haram itu? Sebab ada kepentingan UMNO di sebalik peneribitan taboloid tersebut.


Gelaran Ijazah Kedoktoran Menteri Pertahanan Ditarik Balik

Posted: 23 Feb 2011 03:30 AM PST

Berlin - Menteri Pertahanan Jerman melepaskan gelaran ijazah kedoktorannya selepas dia didakwa menipu dan meniru hasil kerja orang lain dalam beberapa bahagian tesisnya.

Karl-Theodor zu Guttenberg berkata, dia akan menyerahkan semula gelaran 'Doktor' itu untuk sementara waktu berikutan pihak universiti kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

Universiti Bayreuth menyatakan bahawa Guttenberg meminta mereka untuk menarik balik ijazah kedoktoran undang-undang yang diberikan kepadanya.

Beliau turut mengaku telah membuat satu kesilapan besar secara tidak sedar. -SH

Ulasan GB

Oh Menteri pertahan Jerman rupanya. Ingatkan Menteri Pertahanan Malaysia. Tentang Menteri Pertahanan Malaysia yang juga memegang Ph D, GB ada mengulas sebelum ini:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, begitulah sebutan namanya sekarang. Oh, dah ada Ph D, kurniaan UPM walaupun ada di kalangan akademis amat meragui kurniaan tersebut.

Namun yang terserlah mentaliti, sikap dan pertuturannya tidak melambang beliau seorang yang mempunyai Ph D.

GB masih ingat di suatu masa seorang Datuk Bandar bernama Datuk Elyas Omar yang menggunakan "Dr." dipangkal namanya sedangkan beliau bukan seorang pemegang Ph D ataupun seorang bekas pelajar perubatan.

Akhirnya terbongkar, memang sahih beliau tidak ada ijazah berkenaan, maka diarahkan beliau menanggalkan gelaran itu daripada namanya. Mujur ada pangkat Datuk, jadi ramai tak perasan mengenai ketiadaan sebutan Dr lagi pada namanya.

Begitulah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan cuma ada diploma dan bukan ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Musa Hassan didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki "diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan".

"KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang," kata Sivarasa.

Itu sebab kita lihat mentaliti, tindakan dan pertuturannya tak sampai ke darjat yang didakwanya.


PRK Merlimau: UMNO BN Calonkan Roslan Ahmad

Posted: 23 Feb 2011 02:45 AM PST

BN hari ini menamakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.

Pemilihan Roslan, 44, yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pekan Merlimau, Melaka hari ini.

Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

SPR sebelum ini menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi adalah pada 26 Februari ini.

Ulasan GB

Seperti yang diramalkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hanya akan mencadangkan nama calon yang tidak mempunyai latarbelakang akademik yang baik sebagai ADUN.

Ini kerana sifat Ali Rustam yang lebih suka memilih mereka dari kalangan "YES MAN", yang akan mengangguk pada setiap ketetapan yang dilakukan olehnya.

Kebanyakan ADUN-ADUN Melaka terutama dari kalangan UMNO tidak mempunyai sebarang ijazah.

Ali tidak mahu ada orang lebih pandai daripadanya di dalam UMNO Melaka dan di dewan undangan negeri.

Beliau pernah membunuh kareer politik Datuk Dr. Mohd Ruddin Abdul Ghani, bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang pernah bertanding melawannya sebagai Ketua UMNO Bukit Katil

Roslan, lulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak berkahwin dengan Zanifah Umar dan dikurniakan empat cahaya mata berusia antara empat hingga 11 tahun, menduduki jawatan Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings di atas tiket politik UMNO.

Adik Ipar Bekas PM Britain Urus Kempen Anti-Taib

Posted: 23 Feb 2011 02:00 AM PST

Kuala Lumpur, 23 Feb — Siaran Radio Free Sarawak, stesen radio yang kritikal terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dikendalikan oleh adik ipar bekas perdana menteri Gordon Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London, demikian menurut laporan London Evening Standard.

Akhbar tabloid itu mendedahkan, Claire Rewcastle Brown juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari.

Menurut akhbar itu, Rewcastle Brown dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini.

Rewcastle Brown, 51, berkata peranannya ialah memberikan "peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas."

Rewcastle Brown lahir di Sarawak sebelum negeri bekas jajahan British itu diserahkan kepada Malaysia. Dia tinggal di Sarawak sehingga berusia lapan tahun, kata akhbar itu.

Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km.

Tujuan siaran itu ialah mendedahkan dakwaan rasuah dalam kepimpinan Taib, yang memimpin Sarawak sejak tiga dekad lalu.

The London Evening Standard mengunjungi studio Radio Free Sarawak ketika Jaban sedang menemu bual seorang ketua kampung yang telah dipaksa keluar dari tanahnya. Ketua kampung itu bercakap dengan Jaban menggunakn telefon bimbit dari hutan Borneo.

Rewcastle Brown memberikan penerangan kepada Jaban: "Pastikan anda tanya dia soalan sama ada dia tahu bahawa Ketua Menteri Taib yang telah mencuri tanah mereka? Dan, tanya juga siapa yang dia akan mengundi nanti!"

Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia — didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun.

"Bahasa Inggeris masih merupakan bahasa penyatuan di Sarawak dan saya menggunakan blog dan siaran ini untuk mendedahkan pembersihan hutan secara sewenang-wenangnya, di mana 95 peratus hutan di Sarawak sudah ditebang dan digantikan dengan ladang kelapa sawit, yang telah menjadikan Taib dan keluarganya kaya," kata Rewcastle Brown.

"Apa lagi, siasatan saya menunjukkan wang keluarga Taib (juga) ada di sini, di London dan ini termasuklah hartanah mewah di tengah ibu negara (Britain)," katanya.

Dia menambah, pemimpin parti pembangkang, Baru Bian, seorang peguam hak asasi manusia yang karismatik, mendorong kepada perubahan yang sebenar dalam pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi, sungguh memeranjatkan hanya satu pertiga (rakyatnya) yang mendaftar sebagai pengundi dan kerajaan Malaysia yang berasuah tutup mata mereka kerana Taib sentiasa menghasilkan (kemenangan) Sarawak, negeri mereka paling kaya, kepada mereka," katanya lagi.

Katanya, dia dan Jaban memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka selepas ugutan diposkan ke Sarawak Report dan kematian misteri ketua pendedah maklumat mereka di Amerika Syarikat.

"Sebelum Krismas, seorang pembantu Taib di Amerika Syarikat yang tidak puas hati dengannya, Ross Boyert, ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles dengan beg plastik ditemui di bahagian lehernya.

"Inkues ini masih dijalankan tetapi diduga bahawa saya dan Peter juga kemungkinan berada dalam keadaan bahaya. Daripada berselindung, kami memutuskan untuk tampil (dan mendedahkan identiti)," katanya kepada London Evening Standard.

"Ironisnya, Taib dan orang-orangnya menganggap kami ini menjalankan operasi besar-besaran tetapi kami cuma lima orang dengan beberapa komputer bimbit dan sebuah set pengadun (nada). Kemajuan teknologi MP3 bermakna radio dengan gelombang pendek mudah untuk dikendalikan," katanya.

Pada Disember lalu, pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kontroversial juga dilaporkan menyertai Radio Free Sarawak sebagai penyumbang tetapnya.

Stesen itu mula beroperasi sejak pertengahan November lalu sebagai saluran siaran bukan kerajaan.

Menurut maklumat sebelum ini, Radio Free Sarawak merupan stesen radio bukan kerajaan yang menyediakan siaran setiap hari antara pukul 6.30 hingga 7.30 petang pada gelombang 7590kHz dan dari 6 hingga 7 petang pada 15420 kHz.

"Kami begitu efektif sehingga orang Taib sangka kami dibiayai oleh George Soros, yang yayasannya membiayai Radio Free Burma," kata beliau merujuk kepada jutawan dari Amerika Syarikat itu.

Katanya, dia memulakan kerja-kerja itu dengan kos kurang daripada £10,000 (RM49,000) sebulan pada Oktober lalu.

Kemudian dia menjelaskan, mereka menerima bantuan kewangan daripada rakan-rakan yang tidak mahu diri mereka dikenali.

Bagaimanapun Rewcastle Brown sama sekali menafikan pembabitan Gordon.

"Bukan Gordon," katanya.

"Sokongan dia hanya dari segi moral," kata Rewcastle Brown lagi. -TMI

Ulasan GB

Yang hairan mengapa PM-PM Malaysia tidak mahu gantikan Ketua Menteri Sarawak tetapi terus kelalkan Abdul Taib Mahmud ini sehingga sudah menjangkau usia pemerintahan Mubarak?

Ada share?

Nahas Langgar Belakang Kereta

Posted: 23 Feb 2011 01:00 AM PST

Pasir Gudang – Seorang penunggang motosikal masih belum sedarkan diri sehingga jam 5 petang semalam, selepas terlibat dalam kemalangan di kawasan susur masuk lampu isyarat Jalan Rinting Masai kira-kira jam 1.15 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Roslan Zainuddin berkata, hasil siasatan awal polis dipercayai motosikal jenis Honda Wave 125 yang ditunggangi mangsa hilang kawalan.

Menurutnya, mangsa, Mohamad Firdaus Mat Kassim, 20, yang menunggang motosikal seorang diri gagal mengawal motosikalnya sehingga berlaku perlanggaran secara langgar belakang pada bahagian kiri sebuah kereta Myvi berwarna putih.

"Secara tiba-tiba sebuah kereta yang sedang berhenti di kawasan susur masuk ke lampu isyarat dilanggar belakang oleh sebuah motorsikal yang dipercayai hilang kawalan.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan dalaman telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) oleh orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Roslan berkata, sehingga jam 5 petang semalam, mangsa yang beralamat di Jalan Cenderai 14 Taman Megah Ria masih belum sedarkan diri di HSI.

Menurutnya, kereta yang dipandu seorang lelaki beralamat di Jalan Ketapang, Taman Rinting hanya mengalami kerosakan pada bahagian belakang kereta.

"Kes disiasat di bawah RULE 10 LN 166/59," katanya.

Tiada ulasan: