Rabu, 23 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar] Chana, Lelaki Yang Mempunyai 39 Isteri, 94 Anak, 33 Cucu

Posted: 23 Feb 2011 12:15 AM PST

Ziona Chana mungkin merupakaan lelaki yang paling banyak memiliki isteri. Dia mempunyai 39 isteri, 94 anak, 14 menantu perempuan dan 33 cucu. Keluarga besar Chana tinggal satu atap di sebuah rumah empat tingkat dan memiliki 100 kamar.

Rumah besar milik Chana terletak di desa Baktwang, Mizoram, India. Mereka hidup secara komunal. "Saya seperti anak Tuhan yang istimewa kerana dia memberiku banyak orang yang perlu aku rawat," kata Chana, 67 tahun, kepada The Sun, Sabtu (19/2). "Saya merasa menjadi laki-laki yang paling beruntung kerana memiliki keluarga terbesar."

Keluarga Chana hidup bersama dan rukun, semua kegiatan mereka diarahkan oleh isteri tertua Chana, Zathiangi, 69 tahun. Zathiangi yang membagi tugas mencuci, bersih-bersih dan menyiapkan makanan. Dalam satu hari keluarga Chana bisa menghabiskan 30 ayam, 60 kilogram kentang dan 100 kilogram beras.

Chana pernah menikahi 10 perempuan dalam satu tahun. Kerana memiliki 39 isteri, Chana menggunakan sistem giliran bagi isteri yang menemaninya tidur. Namun biasanya isteri yang paling muda tidur di kamar paling dekat dengannya.

Menurut Rinkmini, istri Chana yang berusia 35 tahun, Chana bisa mendapatkan begitu banyak isteri kerana dia pria paling tampan di desa tempat mereka tinggal. Rinkmini bertemu Chana 18 tahun lalu ketika jalan pagi di desa, kemudian Chana menulis surat yang isinya ingin menikahinya. "Saya beruntung dapat menikah dengannya," kata dia.

Istri Chana lainnya, Huntharnghanki mengatakan seluruh keluarga hidup secara baik. Mereka saling menyayangi dan menghormati. Sedangkan seluruh laki-laki di keluarga ini hidup sebagai tukang kayu.

Adapun Chana mengatakan belum berhenti mencari isteri. Dia memang anggota sebuah aliran yang membolehkan menikah dengan banyak perempuan. Ketika ini aliran Chana punya 400 anggota.








Perahu Terbalik, Wanita Hamil Masih Hilang & Dikhuatiri Lemas

Posted: 22 Feb 2011 11:30 PM PST

Lingga: Seorang wanita yang sarat hamil, dikhuatiri lemas dan masih hilang, setelah pe-rahu yang dinaiki oleh mangsa bersama lima orang ahli keluarganya terbalik akibat di-pukul ombak ketika air pasang, di kawasan Sekadang, Sungai Batang Lupar, Sri Aman se-kitar jam 2 pagi, semalam.

Gambar: Cari - Sekumpulan penduduk rumah panjang antara yang terawal melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Sebit Bungin, 23, bermalam di pondok sawah padi dalam kawasan Ili Langgir bersama suaminya, Nelson Jampi, bapa dan ibu mertuanya, anak perempuan mangsa yang berusia dua tahun dan seorang anak saudara yang berusia lima tahun.

Menurut suami mangsa Nelson, isterinya yang sarat me-ngandung tiba-tiba mengeluh kesakitan kerana mahu ber- salin awal pagi itu (Isnin).

Berikutan itu mereka seke-luarga mengambil keputusan untuk segera menghantar mangsa, menggunakan perahu panjang ke Klinik Lingga bagi mendapat rawatan lanjut, katanya.

Bagaimanapun semasa dalam perjalanan tiba-tiba pukulan be-nak yang terjadi akibat daripada kejadian air pasang, telah menghempas perahu mereka, menyebabkan ia terbalik, jelasnya.

"Insiden tanpa disangka berlaku ketika kami tiba di kawasan Sekabang, ombak (benak) akibat daripada kejadian air pasang telah memukul perahu kami menyebabkan perahu kami terbalik," katanya pilu mengenangkan insiden itu.

"Kami semua (kelima-lima mereka) berpaut pada perahu yang telah terbalik itu sementara isteri saya tidak kelihatan dan terus hilang, katanya ke-pada Utusan Borneo, ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Dalam masa yang sama mereka yang selamat bertindak memusingkan perahu kembali pada kedudukkan asal lalu berkayuh ke rumah panjang mereka di Langgir bagi mendapatkan bantuan, katanya dengan nada sedih.

Sementara itu pihak polis, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), kakitangan pejabat daerah kecil Lingga de-ngan kerjasama penduduk kemudiannya melancarkan gerakan mencari mangsa yang hilang di kawasan sungai itu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dipercayai ditangguhkan sementara waktu pada jam 4 petang semalam berikutan fenomena benak akibat air pasang di Sungai Batang Lupar yang bukan sahaja boleh menjejaskan usaha mencari dan menyelamat malah membaha-yakan mereka yang terlibat.

Sehingga berita ini ditulis (jam 5 petang semalam), mangsa masih belum ditemui.

Benak ini juga dikenali sebagai ombak muara iaitu ombak tinggi yang terjadi hasil daripada pertembungan air pasang di muara sungai yang sempit. Manakala ketinggian ombak muara yang terhasil pula bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu.

Fenomena benak ini hanya berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia dan salah satu daripadanya di Sri Aman. -Borneo Post

Tamparan Kepada TNC UPM: Timb Menteri Arahkan Status 33 Calon Dikekalkan

Posted: 22 Feb 2011 10:45 PM PST

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan status 33 calon dan menarik balik keputusan membatalkan kemenangan 10 pelajar — yang kesemuanya sebelum ini dilabel sebagai barisan Pro Mahasiswa.

Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Keputusan itu termasuklah mereka yang menang pilihan raya kampus itu.

Justeru, Saifuddin mahu pentadbiran UPM agar mengekalkan keputusan pilihan raya kampus seperti yang diumumkan kelmarin.

Pro Mahasiswa juga mencatatkan keputusan baik kali ini di beberapa universiti lain.

"Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, saya tida bersetuju dan saya cadangkan supaya kekalkan keputusan seperti keputusan pengundian.

"Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tak iktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tak iktiraf kemenangan Hamas," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata tidak wajar pengurusan UPM membatalkan kelayakan Pro Mahasiswa kerana kumpulan itu tidak dapat membela diri ketika bantahan dibuat oleh kumpulan Pro Aspirasi.

"Pada saya perkara ini mudah sahaja, yang pertama siapa yang buat bantahan, apa alasan untuk bantahan dan adakah Pro Mahasiswa diberi keadilan untuk mempertahankan diri?

"Setahu saya (Pro) Aspirasi yang buat bantahan, alasan tanding berkumpulan dan Pro Mahasiswa tak diberi peluang untuk membela diri.

"UPM suruh mereka (Pro Mahasiswa) buat rayuan, tapi nak buat rayuan apa kalau nak pertahankan diri juga tidak boleh, macam mana nak buat rayuan," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, jadi mengapa hanya Pro Mahasiswa yang dikenakan tindakan.

"Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, katakan kepada saya dan dunia adakah Pro Aspirasi bukan sebuah kumpulan," kata Saifuddin.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan pengurusan UPM belum berhasil.

Dalam pada itu, kira-kira 40 ahli Pro Mahasiswa UPM mengambil langkah drastik dengan mengepung pusat pentadbiran universiti sebagai membantah tindakan membatalkan status mereka.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, pihaknya mahukan penjelasan dari pentadbiran UPM berhubung pembatalan calon Pro Mahasiswa itu.

"Sekarang kami sedang mengepung pentadbiran UPM dan memohon menjelas dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) berhubung pembatalan status calon Pro Mahasiswa yang bertanding.

"Kita hanya mahukan penjelasan dalam perkara ini, kenapa status kami dibatalkan? Apa yang saya tahu bantahan di buat oleh seorang ahli Aspirasi yang tewa (dalam pilihan raya kampus)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar pukul 11 pagi tadi. -TMI

TERKINI

UPM tarik balik keputusan, kekal kemenangan calon Pro Mahasiswa
KUALA LUMPUR, 23 Feb — Dalam perkembangan terbaru tidak sampai 24 jam, Universiti Putra Malaysia (UPM) tunduk desakan pelajar dan memutuskan untuk menarik balik arahan pembatalan status 33 calon termasuk kemenangan 10 pelajar yang dilabelkan sebagai kumpulan Pro Mahasiswa.

Beberapa jam sebelum keputusan itu diumumkan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menggesa UPM agar menarik balik keputusan itu.

Keputusan itu disahkan Timbalan Naib Canselor (TNC) UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar 12.30 tengah hari tadi.

Dengan keputusan itu, Pro Mahasiswa mendapat semula kedudukan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

"Ia sudah selesai, kita ikut keputusan pada 21 Februari lalu.

"Kita memang terima bantahan tapi dalam mesyuarat hari ini kita tolak semua bantahan itu, ia sudah selesai," kata Dr Mohd Fauzi.

Difahamkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa induk UPM pagi tadi.

Justeru Mohd Fauzi meminta supaya kumpulan Pro Mahasiswa tidak membuat bantahan memandangkan perkara itu sudah selesai.

Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi MPP atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.
-TMI

UPM Hilang Akal, Batal Kemenangan Calon Pro Mahasiswa

Posted: 22 Feb 2011 10:00 PM PST

Kuala Lumpur — Kesemua calon barisan Pro Mahasiswa termasuk 10 daripada mereka yang memenangi pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) kelmarin dibatalkan kemenangan pihaknya atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa UPM, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, keputusan pembatalan kemenangan itu dimaklumkan melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Jelas Mohd Ramzul, kesemua calon Pro Mahasiswa yang bertanding dalam pilihan raya kampus 2010/2011 turut dibatalkan kelayakan bertanding.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan pengurusan UPM belum berhasil.

Calon-calon Pro Mahasiswa walaupun gagal menguasai pilihan raya kampus UPM kali ini tetapi memperlihatkan prestasi lebih baik berbanding sesi lalu.

Salah satu syarat dikenakan sistem pilihan raya kampus ialah calon-calon tidak boleh bertanding secara berkumpulan atau berpuak.

Label Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa tidak diiktiraf oleh pengurusan universiti-universiti awam.

Jika langkah itu disahkan bermakna pengurusan UPM mengulangi keputusan yang dibuat ketika pilihan raya kampus sesi lalu apabila tujuh calon Pro Mahasiswa UPM dibatalkan kemenangan mereka, antara lain kerana menggunakan media baru untuk berkempen.

"Kita di UPM calon yang menang seramai 11 orang tapi yang dibatalkan hanya 10 orang kerana seorang calon menang tanpa bertanding.

"Setiap calon dihubungi HEP malam tadi dengan mengatakan kemenangan dibatalkan atas alasan berkempen secara berkumpulan dan kita dikehendaki membayar RM100 jika ingin membuat rayuan," kata Mohd Ramzul ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Katanya, pihak pengurusan HEP gagal menunjukkan resit pembatalan kepada calon Pro Mahasiswa sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia benar atau tidak.

"Kalau ada pembatalan mesti ada orang yang buat bantahan dan kena bayar RM100, kita minta nak tengok resit tapi pihak HEP tak bagi.

"Kita nak tahu siapa yang batalkan sebab kalau ada 33 calon bertanding bermakna mereka kena bayar RM3,300, tapi HEP tak bagi sebaliknya suruh kita buat rayuan dengan bayar RM100 setiap seorang," katanya.

Mereka dibenarkan membuat rayuan sebelum 10 pagi ini.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi. -TMI

Ayam Laga Bunuh Tuannya Sendiri

Posted: 22 Feb 2011 09:15 PM PST

Mohanpur - Ironi. Seekor ayam laga jantan di desa Mohanpur, Bengal Barat, India membunuh tuannya sendiri. Singrai Soren, terbunuh setelah pisau yang terdapat di kaki si ayam mengena lehernya.

Kejadian ini bermula ketika Soren memaksa si ayam untuk bertarung. Berkali-kali dia membawa ayam ke dalam arena tarung. "Tapi si ayam menolak dan meninggalkan arena," kata Dasai, seorang teman Soren seperti dikutip dari Daily Mail.

Sampai akhirnya, kata Dasai, ayam dengan bulu hitam dan merah itu marah. Dia menyerang Soren hingga pisau di kakinya terkena leher Soren.

Menurut Dasai, ayam Soren ini kelelahan setelah bertarung. Lazimnya, dia mendapat rehat satu jam sebelum kembali ke arena. Tapi ayam Soren dipaksa terus bertanding padahal sebelumnya dia sudah menang dan membunuh lawannya.

"Bila kita menang maka dapat RM120, biasanya pemilik ayam yang menang puas, tapi Soren tidak," kata Dasai.

Polis ketika ini tengah mencari ayam tersebut. Namun upaya mereka sepertinya sulit. Sebab, ayam Soren sudah menang empat kali pertarungan. Kemungkinan besar sudah diambil oleh musuh Soren untuk membawa ayamnya kembali ke gelanggang perlawanan.

Bahrain Bergelora: Pusingan Pembukaan F1 2011 Di Bahrain Dibatalkan

Posted: 22 Feb 2011 08:30 PM PST

Penganjir Grand Prix Bahrain mengambil keputusan untuk membatalkan perlumbaan pembukaan Formula Satu (F1) selepas melihat pergolakan anti-kerajaan yang semakin serius apabila tujuh orang terbunuh dan lebih daripada seratus orang mengalami kecederaan.

Sebelum itu ujian akhir para musim yang berlangsung di Litar Sakhir juga turut dibatalkan ekoran situasi ini pada 3 Mac lalu.

Dengan penangguhan di Bahrain ini bermakna GP Australia akan menjadi tuan rumah perlumbaan puisngan pertama pada 27 Mac ini.

"Litar Antarabangsa Bahrain mengumumkan bahawa Raja Bahrain mahu membatalkan untuk menjadi tuan rumah F1 tahun ini bagi memberi fokus kepada keadaan di negara ini," jelas satu kenyataan, Isnin.

Mereka menambah bahawa Putera Mahkota Salman Hamad al-Khalifa telah memberitahu perkara ini kepada pemilik perlumbaan kereta F1, Bernie Ecclestone.

Pantang Lepa - Treler Beras Terbalik, Pesta Kaut Beras Di Lebuhraya

Posted: 22 Feb 2011 07:49 PM PST

Kuala Kubu Baru - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing. -kosmo

Senduk Inilah Senjata Lawan Harimau

Posted: 22 Feb 2011 07:00 PM PST

Ipoh: Siapa sangka senduk besi berharga RM5 ($2) yang digunakan ketika menyediakan juadah tengah hari bagi keluarga rupa-rupanya menjadi senjata penyelamat nyawa si suami daripada dibaham harimau.

'Saya ingatkan benda yang dipegang di tangan parang, rupa-rupanya senduk kuah. Ketika itu, saya tidak memikirkan apa-apa, saya nekad untuk menyelamatkan suami daripada dibaham harimau.

'Selepas mendengar jeritan kuat suami saya terus bergegas keluar ke belakang rumah. Ketika itu, saya melihat belakang badan suami ditarik harimau belang sebesar anak lembu,' kata Cik Han Besau, 66 tahun, isteri Encik Tambun Gediu, mangsa serangan harimau ketika berburu di belakang rumahnya di Kampung Sungai Tiang, kira-kira 200 kilometer, dari sini, 12 Februari lalu.

Kejadian itu kali pertama disiarkan di akhbar setempat apabila wartawan menemu ramah Encik Tambun yang mengalami kecederaan akibat digigit di belakang tengkuk dan kesan gigitan itu turut menembusi bahagian bawah tengkuk mangsa, selain kecederaan muka serta kepala.

Cik Han ketika berkongsi detik mencemaskan itu berkata perasaan takutnya hilang selepas melihat percikan darah dan rontaan kuat daripada suami yang cuba melepaskan diri daripada cengkaman harimau.

'Saya seolah-olah dirasuk keberanian luar biasa, semata-mata untuk menyelamatkan nyawa suami. Tanpa mengira keselamatan diri, saya bertubi-tubi memukul kepala harimau itu menggunakan senduk di tangan dengan diiringi jeritan kuat.

'Mungkin terkejut dengan tindakan dan jeritan saya, harimau itu terus melonggarkan cengkaman dan melarikan diri ke hutan.

'Suami rebah di pangkuan saya dan pada ketika itu baru saya meminta pertolongan orang kampung. Suami pengsan dua kali sebelum dia dibawa ke hospital,' katanya.

Beliau yang bertubuh kecil berkata sepanjang lebih lima tahun tinggal di kampung itu, beliau dan keluarga tidak pernah terserempak dengan harimau yang sememangnya sukar kelihatan, apatah lagi bertindak menyerang manusia.

'Entah bagaimana, hari itu suami saya tidak bernasib baik kerana terserempak dengan binatang itu. Mungkin disebabkan suami saya membelakangi binatang itu menyebabkan haiwan itu menganggap suami saya adalah makanannya,' katanya, lapor akhbar Berita Harian Malaysia semalam. -BHS

Kes Rais vs Sharpshooter : Lebih Banyak Yang Akan Terdedah

Posted: 22 Feb 2011 06:41 PM PST

Blogger Mohon Lanjutan Masa Untuk Fail Pernyataan Pembelaan Saman Rais

KUALA LUMPUR: Seorang blogger yang menghadapi saman daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog memohon lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Amizudin Ahmat apabila pihak-pihak berkenaan menemui hakim itu pada 17 Februari.

Berikutan permohonan itu, Hakim Zabariah menetapkan 21 Mac untuk mendengar permohonan injunksi inter-parte. Sebelum ini, hakim menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan itu.

Pada 2 Februari, Rais mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.

Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana makalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi inter-parte.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember tahun lepas.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.

Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. -BERNAMA

Ulasan GB

Jika menteri berkenaan merasakan dirinya hebat untuk menutup "bangkai gajah dengan nyiru" beliau tersilap.

Pihak Migrant Care telah berulangkali menyatakan bahawa mereka sedia mempertahankan dakwaan rogol menteri berkenaan.



Lebih banyak yang bakal terdedah jika sharpshooter dan para blogger menghubungi Migrant Care dan pihak keluar Robengah di Indonesia.

Yang kedua, amat dikesalkan pemimpin PR tidak berbuat apa-apa untuk membantu blogger berkenaan.

Tatkala mana-mana pemimpin PR dituduh dan didakwa dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan, lazimnya para blogger PR sentiasa berdiri teguh membantu mereka, tetapi apabila blogger yang kena, para pemimpin PR tidak pula melakukan apa-apa.

Itu petanda buruk buat Pakatan Rakyat.

Lari Berbogel Elak Dicekup

Posted: 22 Feb 2011 05:30 PM PST

Johor Bharu: Akibat panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang pelanggan sebuah pusat pelacuran di bandar raya ini yang asyik melampiaskan nafsunya, terpaksa lari dalam keadaan berbogel dengan harapan dapat meloloskan diri.

Malah, lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an itu hilang punca hingga cuba terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Jalan Wong Ah Fook di sini, selepas pintu utama premis berkenaan disekat pihak berkuasa, semalam.

Bagaimanapun, hasil kecekapan anggota polis tindakan nekad lelaki itu digagalkan dan dia ditahan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, beberapa pelanggan pelacur tempatan di hotel bajet berkenaan dikejutkan dengan kehadiran pihak polis menjalankan pemeriksaan.

Beberapa pelanggan cuba meloloskan diri, tetapi gagal apabila premis dipercayai baru beroperasi beberapa bulan lalu dikepung lebih awal oleh pihak berkuasa. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid, berkata dalam serbuan itu pihaknya menahan 30 wanita tempatan dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, turut ditahan 35 pelanggan warga asing menjadikan premis berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu selepas bekerja.

"Operasi turut membabitkan sebuah lagi hotel bajet bersebelahan premis pertama selepas kami menerima maklumat daripada orang awam serta risikan.

"Hasil pemantauan dijalankan mendapati premis berkenaan dikunjungi puluhan pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks pada harga serendah RM60 hingga RM100," katanya.

Pemeriksaan di dalam bilik di dua premis terbabit, katanya, polis merampas puluhan kondom serta cecair pelincir digunakan bagi kegiatan tidak bermoral itu.

Mohammad berkata, panik dengan kehadiran pihak berkuasa ada di kalangan wanita pelacur terbabit cuba menghapuskan bukti dengan membuang kondom ke dalam mangkuk tandas.

"Mereka dipercayai menghapuskan bukti dengan membuang dan mengepam kondom di lubang tandas bagaimanapun dalam keadaan kelam kabut, cubaan itu gagal dan semua kondom dirampas untuk siasatan serta tindakan lanjut," katanya. -hm

[Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di NZ

Posted: 22 Feb 2011 04:45 PM PST

Christchurch (New Zealand): Satu gempa bumi yang kuat telah melanda salah sebuah bandar terbesar New Zealand di tengah-tengah kesibukan waktu bekerja, meranapkan bangunan-bangunan tinggi dan gereja, memusnahkan beberapa bas dan mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang.

Ia merupakan kali kedua bandar dengan 350,000 penduduk itu dilanda gempa, namun kejadian terbaru itu yang berukuran 6.3 di skala Richter mengakibatkan lebih banyak kerosakan berbanding gempa berukuran 7.0 September tahun lalu.

Lebih daripada 100 orang, termasuk lebih 10 pelajar Jepun yang melawat negara itu, mungkin masih terperangkap dalam runtuhan batu sedang malam menjelang dan hujan renyai-renyai mula turun.

'Ia betul-betul satu kemusnahan,' kata Perdana Menteri, Encik John Key, yang berkejar ke bandar itu beberapa jam selepas berlaku gempa.

Menurut beliau, sejauh ini 65 orang maut dan angka ini mungkin meningkat.

'Kita mungkin menyaksikan hari paling gelap New Zealand,' tambahnya.

Puncak menara sebuah gereja besar jatuh di dataran utama bandar itu, sedang bangunan-bangunan tinggi turut menyembah bumi dan jalan-jalan raya bersepah dengan batu-bata dan serpihan konkrit.

Kaki-kaki lima dan jalan-jalan raya retak atau terbelah.

Ribuan orang yang kebingungan pula terjerit-jerit ketakutan di tengah-tengah bunyi semboyan kenderaan penyelamat dan hon kereta.

Bandar itu kehabisan ambulans hinggakan ada orang yang menggunakan kereta mereka membawa mereka yang cedera ke hospital.

Datuk Bandar Christchurch, Encik Bob Parker, mengisytiharkan keadaan darurat dan memerintahkan orang ramai supaya meninggalkan kawasan tengah bandar.

Beliau berkata angka mangsa yang terperangkap sukar diberikan tetapi dianggarkan melebihi 100 orang.

Tentera dikerah membantu orang ramai keluar daripada kawasan itu dan mengepungnya. Penduduk di bandar itu diseru supaya duduk di rumah sendiri atau di rumah jiran dan mereka diminta berjimat air dan makanan.

Lapangan terbang turut ditutup dan Hospital Christchurch dikosongkan sementara sebelum dibuka semula.

Bekalan elektrik dan talian telefon turut terjejas. Paip-paip air pula pecah hingga jalan-jalan dibanjiri air.

Menurut polis, mereka yang terbunuh termasuk penumpang dua bas yang musnah kerana ditimpa bangunan runtuh.

Orang ramai bertungkus lumus menggali serpihan-serpihan batu dengan tangan mereka bagi membantu orang yang terperangkap.

Sebuah kren mengangkat sekumpulan penyelamat di atas sebuah platform untuk membantu beberapa orang yang tersadai dalam sebuah bangunan tinggi.

Kepulan-kepulan asap kelihatan di beberapa bahagian bandar itu.

Encik Parker berkata pasukan penyelamat itu termasuk beberapa anjing penghidu.

Beberapa sekolah dan dewan masyarakat telah dijadikan tempat perlindungan, yang turut menyediakan makanan dan selimut yang didermakan kepada ribuan orang.

Di sekurang-kurangnya satu taman di bandar itu, orang ramai, kebanyakan pelancong yang terpaksa meninggalkan hotel mereka, telah mendirikan khemah-khemah sementara. Pasukan Palang Merah juga bekerja keras menyediakan tempat tinggal bagi mereka.

Antara mangsa gempa itu ialah beberapa pelajar pelawat dari Jepun yang dapat menelefon ibu bapa mereka di tanah air dan mengatakan mereka sedang terperangkap di dalam sebuah bangunan yang runtuh, kata seorang pegawai Jepun.

Dua pelajar dari Maktab Bahasa Asing Toyama masih terperangkap, dan 11 lagi pelajar belum diketahui nasib mereka dan mungkin msih berada di dalam bangunan itu, kata pegawai itu yang enggan dinamakan.

Sebelum itu, katanya, lapan pelajar dan dua guru telah dapat diselamatkan.

Ada mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan menggunakan telefon bimbit bagi menghubungi keluarga, pegawai dan media.

Sebuah Bangunan Pyne Gould Guinness Building, yang menempatkan lebih 200 pekerja, runtuh dan sejumlah orang yang tidak diketahui bilangannya masih terperangkap.

Satu badan kaji bumi, The U.S. Geological Survey (USGS), berkata bahawa gempa bumi itu berpusat lima kilometer dari tengah bandar dan terjadi hanya empat kilometer di bawah paras bumi.

USGS berkata gempa terbaru ini melanda di kawasan yang 'lebih dekat dengan pusat penduduk utama di Christchurch' berbanding dengan gempa pada September lalu, yang terjadi 40 kilometer ke barat bandar itu. -- AP.

















Suami Terima 15 Jahitan Ditetak Isteri

Posted: 22 Feb 2011 04:15 PM PST

Sikap cemburu buta dan panas baran melampau seorang isteri menyebabkan dia hilang pertimbangan sehingga sanggup menetak suaminya dengan pisau menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 15 jahitan di tangan kiri selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka di sini, Jumaat lalu.

Lebih malang, tetakan menggunakan pisau pemotong sayur itu menyebabkan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 31, dari Kuala Kangsar, putus urat lengan kiri menyebabkan tiga jarinya tidak dapat digerakkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam di Taman Pinji Ria, Pengkalan di sini, mangsa bersama isterinya yang juga seorang jururawat sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum isterinya tiba-tiba mengamuk dan menyerangnya dengan pisau.

Ahmad yang juga seorang juruteknik berkata, sebelum itu, isterinya menjawab panggilan daripada sepupu wanitanya dan mereka berbual mengenai sesuatu mengenai dirinya.

Katanya, dia tidak pasti apa mereka bualkan, namun yakin perbualan itu menaikkan kemarahan isterinya.

"Berdasarkan perbualan telefon itu, sepupu memaklumkan kepada isteri, saya seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik perempuan ke rumah ketika bujang dulu.

"Seketika kemudian, saya mengambil telefon daripada isteri dan bercakap dengan sepupu. Saya bertanya kepadanya apa dibualkan dengan isteri, namun dia (sepupu) menafikan dakwaan itu," katanya.

Katanya, sebaik menamatkan perbualan, dia bersandar pada sofa sebelum isteri muncul di hadapannya sambil memegang sebilah pisau dan terus menetak lengannya.

Menurutnya, isterinya cuba menetak pada muka dan kepalanya, namun dia sempat menahan dengan tangan kiri sehingga menyebabkan pendarahan teruk.

"Isteri menjerit 'abang sudah melampau' sebelum menetak saya dengan pisau. Saya cuba keluar untuk mendapatkan pertolongan, namun isteri mengunci pintu rumah dan menghalang saya keluar.

"Saya sempat mengambil kunci pendua rumah dan telefon bimbit sebelum membuat panggilan ke talian 999 untuk meminta bantuan polis dan ambulans,"
katanya.

Ahmad berkata, dia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dengan sebuah kereta peronda polis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Saya mengakui isteri seorang yang baran dan cemburu buta. Malah, rumah tangga kami sering berdepan masalah selepas hidup bersama sejak 11 bulan lalu.

"Kami sering bergaduh, namun saya tetap sayangkannya dan berdoa agar dia memperbaiki sikapnya itu. Pernah satu ketika, saya disepak terajang dan dimaki hamun, tetapi saya reda dengan perbuatannya itu," katanya.

Menurutnya, dia juga terkilan kerana isterinya tidak pernah menjenguknya di hospital sepanjang menerima rawatan walaupun bertugas di hospital sama.

Ditanya sama ada dia akan menceraikan isterinya, Ahmad berkata, insiden itu tidak melunturkan rasa sayangnya kepada isteri, malah mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah.

"Penceraian bukan penyelesaian, sebaliknya saya mahu insiden yang menimpa saya memberi pengajaran kepada masyarakat di luar sana sekali gus menginsafkan isteri saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh, petang semalam.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat kes itu kerana isteri mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh sebelum ini.

Kisah Isa & Al Quran Menjadi Jambatan Abdulhadi Menuju Islam

Posted: 22 Feb 2011 02:51 PM PST

Abdulhadi, 23 tahun, dibesarkan dalam ajaran Katholik. Orangtuanya berdarah Poland, negara di mana, menurut penuturannya, Katholik adalah agama utama dan ajarannya menjadi praktik hidup keseharian warganya.

"Saya diajari berdoa sejak kecil dan dibaptis dalam gereja," tuturnya. "Saat itu sangat menyenangkan," aku Abdulhadi.

Namun ketika masuk usia remaja, ia merasa agama tak ada lagi berarti. "Kosong, saya juga meragukan semua eksistensi," ungkap Abdulhadi.

Ia gelisah. Banyak pertanyaan muncul di benaknya, seperti dari mana ia berasal dan mengapa ia hidup. "Tapi saya tidak menemukan jawaban." ujarnya.

Saat pencarian itu ia mengaku mengalami keadaan sulit yang ia analogikan sebagai tamparan keras. "Tiga hingga empat kali saya ditampar dan itu sangat menyakitkan," tuturnya tanpa mahu menceritakan detail kisah sulitnya.

Saat kian gelisah ia bertemu seorang teman. Temannya beragama Islam. "Ia tak mengatakan apa-apa pada saya, hanya mengajak saya untuk menjauhi keburukan," ungkapnya.

Ajakan itu ia pandang masuk akal. Saat mulai hidup teratur ia kembali tenang, ketika itu pulalah Abdulhadi mengingat Tuhan lagi.

Selama ini ia selalu menyimpan sebuah injil di rak buku. Mengetahui itu teman Muslimnya tadi berkata, "Kalau kamu punya injil seharusnya kamu punya Al Qur'an pula."

Terganggu dengan ucapan itu Abdulhadi pun terdorong untuk mempelajari injil yang ia miliki. "Terus terang saya berkata pada diri sendiri bahwa kalau saya harusnya menyelidiki dan mempelajari agama saya dulu pertama kali," ungkapnya.

Ketika ia selesai membaca injil ia pun mulai membandingkan kitab tersebut dengan Al Qur'an. Dalam proses itu ia menemukan Jesus sebagai jembatan, kerana ternyata Jesus pun disebut dalam kitab suci Agama Islam itu, sebagai Isa.

"Itulah yang mendorong saya untuk tahu lebih lanjut," ujarnya. Abdulhadi pun mulai membaca setiap kalimat dalam Al Qur'an.

Saat membaca ia merasa hairan sekaligus takjub. "Buku ini luar biasa saya sungguh tidak menemukan keraguan terhadap satu pun kalimat di dalamnya," ujarnya.

"Ketika kita membaca buku lain, filsafat, saya masih menemukan ada sesuatu yang meragukan, tapi tidak di Al Qur'an" kata Abdulhadi. "Ini sungguh kitab kebenaran."

Saat timbul pemikiran itu ia pun membisikkan harapan ke dalam benaknya ingin menjadi seorang Muslim. "Benar-benar karena membaca Al Qur'an tak ada penyebab utama lain, namun keinginan hati saya begitu kuat untuk memeluk Islam."

Abdulhadi memeluk Islam pada 2005 lalu. Ia mengaku telah menjalani Ramadhannya yang ke-7.

"Saya kira setiap orang harus mempelajari benar-benar agama yang mereka anut," ujarnya. Ucapan Abdulhadi mengacu pada teman-teman Muslim lain yang ia jumpai banyak pula yang tak melaksankan ajaran dan beribadah sesuai perintah agama.

"Ini mengingatkan saya ketika remaja dulu. Sebagai pemeluk Katholik saya pun tak jarang beribadah." ujarnya.

Abdulhadi memandang setiap orang pada intinya memiliki kecenderunga jiwa yang sama, baik ia menganut Hindu, Budha atau agama Nasrani. "Mereka pasti memiliki pertanyaan mendasar, mengapa kita diciptakan di muka bumi," kata Abdulhadi.

"Resepinya sederhana saja, carilah dan mulailah dari keyakinan yang kita peluk. Pada akhirnya perilaku kita pun akan berubah,' ujarnya.

Ia juga menekankan bagi mereka yang mencuba mencari jawaban dalam hidup agar tidak menutup diri dari mempelajari keyakinan lain.

"Seperti yang telah saya lakukan. Siapa yang mencari pasti akan menemukan jawabannya. Nanti kita akan dituntun untuk menemukan bahwa Islam adalah agama yang mampu menjawab semua pertanyaan." ujarnya penuh keyakinan.

Bapa Fail Notis Usul Mohon Bedah Siasat Kedua

Posted: 22 Feb 2011 06:45 AM PST

Shah Alam - Seorang bapa hari ini memfailkan notis usul memohon supaya bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat anaknya kerana mendakwa wujud unsur-unsur penderaan yang membawa kepada kematian anak perempuannya itu yang baru berkahwin lima bulan lalu.

M Subramaniam, 52, seorang pemandu lori, memfailkan notis itu melalui peguamnya, Gurmit Singh Hullon di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Subramaniam memohon perintah untuk satu bedah siasat kedua dan berkecuali dijalankan ke atas mayat anaknya, S Pakiam, 23, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya oleh Pakar Patologi Forensik Dr Karunakaran Mathiharan.

Beliau juga memohon agar mayat Pakiam yang kini berada di Hospital Serdang dibawa ke PPUM dengan serta merta bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui sebab kematiannya mengikut Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah.

Subramaniam juga antara lain memohon agar mahkamah mengarahkan satu inkues diadakan berkenaan kematian anaknya segera, selain memohon seorang peguam yang dipilih pihaknya dibenarkan menghadiri bedah siasat.

Dalam afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan itu, Subramaniam berkata, Pakiam baru berkahwin selama lima bulan secara 'diatur' dan semasa perkahwinannya, anaknya tidak mempunyai sebarang kelemahan daripada segi mental, fizikal atau kesihatan. -Bernama


BERITA SEBELUM INI


Gigi dicabut, tangan dicucuh

KUALA LUMPUR: Luluh dan hancur hati seorang bapa selepas anak perempuan yang dikahwinkan lima bulan lalu atas pilihan keluarga meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan kerana terdapat kesan luka akibat dicucuh dengan rokok pada tangan selain kuku tangan dan giginya dicabut.

Lebih pilu, wanita berkenaan, S Pakiam, 23, dipercayai menamatkan riwayat dan penderiaan dialami dengan minum racun di rumah mentuanya di Padang Serai, Kulim, Kedah tiga hari lalu.

Mayatnya dihantar untuk bedah siasat di Hospital Kulim tetapi laporan dari hospital tidak menyatakan apa-apa mengenai punca kematian itu.

Bapa mangsa, M Subramaniam, 51, terpaksa menangguhkan upacara pengebumian anaknya itu selepas tidak berpuas hati dengan laporan perubatan hospital berkenaan.

"Saya hanya mendapat berita anak kedua saya itu meninggal dunia pada malam Sabtu lalu kira-kira jam 11.30 malam, selepas dihubungi seorang anggota polis dari Balai Polis Padang Serai.

"Anggota itu memaklumkan anak saya mati akibat minum racun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Puchong, di sini semalam.

Menurutnya, sekiranya anak perempuannya mati disebabkan bunuh diri kenapa laporan perubatan tidak tercatat sedemikian.

Katanya, lebih mengejutkan, pada mayat anaknya penuh dengan kesan dera seperti kuku dan gigi dicabut serta luka pada badan dicucuh rokok.

"Itulah penderitaan yang anak saya perlu lalui sebelum menghembuskan nafas terakhir dipercayai selepas didera," katanya.

Subramaniam berkata, anaknya berkahwin dengan menantunya lima bulan lalu selepas keluarga masing-masing bersetuju menjodohkan mereka.

"Anak saya berkahwin dengan menantu selepas keluarganya (menantu) menyukai anak kedua saya itu dan kami terus bersetuju menyatukan mereka kerana beranggapan keluarga pihak menantu akan menjaganya dengan baik," katanya.

Katanya, mereka sekeluarga kerap kali menghubungi anaknya itu, tetapi tidak dapat bercakap kerana keluarga mentua anaknya sering memberikan alasan dia tiada di rumah.

"Setiap kali menghubungi telefon Pakiam, orang lain akan menjawabnya dan mengatakan dia tiada di rumah atau sedang sibuk," katanya.

Menurutnya, sebaik mengetahui berita sedih itu, dia sekeluarga pergi ke Padang Serai untuk menuntut mayat anaknya itu.

"Saya yang melihat keadaan mayat anak saya kemudian cuba membuat laporan polis berhubung kejadian itu selain tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang tidak menyatakan apa-apa tetapi polis enggan menerima laporan itu.

"Disebabkan itu kami terpaksa membawa pulang mayat Pakiam ke sini (Puchong) dan membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada keluarga mentua mangsa memaklumkan mangsa mati akibat minum racun.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -hm



Apa Hal PERKASA Sibuk Di Merlimau?

Posted: 22 Feb 2011 06:00 AM PST

PAS Melaka membantah kehadiran Perkasa yang dilaporkan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Kamaruddin Sidek (gambar) berkata, Perkasa tidak sepatutnya dibenarkan berkempen di Merlimau kerana ia bukan parti politik.

"Rakyat Melaka tidak senang dengan kehadiran Perkasa di Merlimau. Keadaan mungkin menjadi semakin kacau dengan kehadiran Perkasa.

"Selalunya kalau Umno lawan PAS, keadaan menjadi tegang. Kehadiran Perkasa akan menyebabkan keadaan menjadi semakin panas," katanya.

Pilihanraya kecil Merlimau akan diadakan pada 6 Mac depan ekoran kematianya Datuk Mohd Hidsir Abu Hassan akaibat serangan jantung.

Menurut Kamaruddin, Perkasa telah membuka bilik gerakan mereka d Merlimau dengan memasang kain rentang di sekitar premis berkenaan.

"Mengapa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengambil tindakan ke atas Perkasa? SPR tidak buat apa-apa.

"NGO tidak perlu datang ke Merlimau, mereka tidak kena mengena dengan pilihanraya.
"Saya mendapat tahu mereka berkempen untu BN khusus untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

"Kononnya untuk menampung kekurangan 21 peratus pengundi Cina yang menyebelahi pembangkang," tambahnya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini hari penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari mengundi.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung Januari lalu.

Sementara itu PAS membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan negeri menggunakan Politeknik Merlimau sebagai tempat berkempen untuk pilihanraya Merlimau.

Laporan itu dibuat Yang DiPertua PAS Jasin Mejar (B) Jasme Tompang di balai polis Merlimau kira-kira jam 10 pagi tadi.

Kamaruddin berkata, pihaknya mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perkara tersebut.

"Kerajaan negeri menggunakan Politeknik Melaka sebagai salah satu tempat mereka berkempen bagi pilihanraya kecil Merlimau.

"Perjumpaan dengan guru-guru tahmir telah diadakan di poliklinik tersebut. Begitu juga dengan perjumpaan dengan pelajar Melaka yang baru balik dari Mesir.

"Kementerian Pengajian Tinggi pula tidak mengambil sebarang tindakan walaupun Poliklinik Melaka di bawah bidang kuasa mereka," katanya ketika dihubungi hari ini. -FMT

Teoh Terima SMS Lagi Di Hari Kematiannya

Posted: 22 Feb 2011 05:15 AM PST

SMS kepada Teoh: 'Ada orang kata awak mati terjun bangunan'

Suruhanjaya siasatan untuk kematian Teoh Beng Hock hari ini mendedahkan beberapa isi kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari telefon bimbit milik setiausaha politik Exco Selangor itu.

Jurubahasa Mandarin menterjemah beberapa SMS tersebut dan antara yang menarik perhatian adalah SMS yang diterima pada hari kematian Teoh (16 Julai 2009) daripada seseorang yang bimbang dengan keadaannya.


Ia tertulis "Beng Hock awak sudah popular, awak macam mana, kami bimbangkan awak, sudah keluar nanti jangan lupa hubungi kami yang awak selamat" dan "Beng Hock apa khabar, tadi ada orang mengatakan awak mati terjun bangunan, saya sangat takut buat saya terkejut. Selepas itu ada orang kata awak tak apa-apa, baru senang hati, harap awak tidak apa-apa, kak Lan".

Kedua-dua SMS tersebut dibuka dari ''inbox'' telefon bimbit mendiang oleh seseorang yang masih tidak diketahui dan terdapat juga SMS yang menyatakan kehadiran pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan mereka memeriksa komputer.


Pada inkues lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, pihak yang terlibat tidak pernah menyoal mengenai maklumat di dalam telefon ini.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Seksyen Jenayah Komputer Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan memberitahu bahawa Teoh menerima panggilan terakhir pada 15 Julai 2009 pada pukul 6.18 petang dan panggilan terakhir yang dibuat Teoh adalah pada pukul 6.15 petang hari yang sama iaitu pada ketuanya, Yong.

Panggilan terakhir yang tidak dijawab pula direkodkan pukul 5.19 petang pada 15 Julai 2009 oleh Anggota Majlis Perbandaran Kajang Lim Kee Hiong.

Mengenai siapa yang membuka beberapa SMS tersebut selepas Teoh meninggal dunia, Mohd Zaidi berkata bukan beliau yang membacanya kerana beliau hanya perlu mengeluar serta mencetak maklumat yang telah dibuka.

Selain Mohd Zaidi, ahli kimia dari makmal forensik Jabatan Kimia Petaling Jaya, Zaraiha Awang turut memberi keterangan hari ini dan menyatakan beliau memeriksa dua sample darah, iaitu spesimen air kencing serta isi perut milik Teoh.

Hasil pemeriksaannya didapati tiada sebarang kesan dadah, racun serta alkohol dikesan daripada badan Teoh.

Suruhanjaya ini dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka'' berhubung kes itu.

Di awal prosiding, Hakim Foong memaklumkan bahawa suruhanjaya akan mendedahkan siapa yang dilantik sebagai penyiasat persendirian tidak lama lagi dan akan memanggil wakil syarikat telekomunikasi DIGI memberi keterangan berhubung transaksi panggilan.

Beliau turut menyatakan pihak suruhanjaya telah menghubungi dua pakar patologi iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dan Prof Dr Peter Vanezis tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan.

Seorang pakar tulisan tangan dari United Kingdom juga akan dipanggil member keterangan, katanya. — Bernama

Pemilihan Kampus: Pro-M Sudah Kuasai 8 IPTA

Posted: 22 Feb 2011 04:30 AM PST

Pemilihan kampus: Pro Mahasiswa kuasai lapan IPTA, luaskan pengaruh

Calon-calon barisan Pro Mahasiswa mencatatkan prestasi lebih baik dengan menguasai lapan daripada 13 universiti yang mengadakan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semalam.

Berbanding sesi lalu, pilihan raya kali ini menyaksikan Pro Mahasiswa mencatatkan sejarah dengan menawan kepimpinan MPP di beberapa universiti selepas tempoh yang lama dikuasai Pro Aspirasi.

Ini termasuklah MPP Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian, Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

Meskipun kedua-dua kumpulan itu bukan badan formal di pusat pengajian tinggi awam tetapi lazimnya mereka sinonim dengan arah aliran sokongan dan landskap politik di luar kampus.

Pro Mahasiswa dikaitkan dengan sokongan kepada pembangkang manakala Pro Aspiras lebih cenderung kepada parti pemerintah kerajaan pusat.

"Prestasi kali ini jauh lebih baik berbanding sesi pengajian lalu... bukan baik tetapi jauh lebih baik, khususnya di universiti-universiti awam yang berada di Lembah Klang," kata anggota Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hilman Idham kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Pada sesi lalu kami kalah di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, malah kalah teruk di Universiti Putra Malaysia dengan tujuh calon Pro Mahasiswa telah dibatalkan kelayakan... tetapi keputusan kali adalah sebaliknya," kata beliau lagi.

Kali ini kata beliau, walaupun kalah di Universiti Putra Malaysia tetapi jumlah calon Pro Mahasiswa yang menang adalah seramai 11 orang.

Di universiti itu, calon Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum.

Hilman yang juga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, keputusan ini menunjukkan bahawa mahasiswa mahukan perubahan dalam banyak aspek membabitkan universiti-universiti awam termasuk berhubung cara pilihan raya kampus dikendalikan.

"Selain itu mereka sebagai pelajar universiti menyampaikan mesej yang jelas ekoran penindasan yang dilalui ketika pilihan raya kampus sesi lalu," katanya yang turut menambah, kejayaan ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti perjuangan kepada komuniti pelajar negara ini.

Selain MPP Universiti Putra Malaysia, kumpulan Pro Aspirasi juga menguasai kepimpinan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur.

Calon-calon Pro Mahasiswa tidak bertanding di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Hari ini pilihan raya kampus diadakan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara.

"Kami yakin Pro Mahasiswa akan menang di UIA memandangkan setakat ini sudah pun memperoleh 14 kerusi tanpa bertanding," kata Hilman.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, seramai 6,686 graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini mengundi bagi memilih seramai 15 anggota MPP universiti itu tahun ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata pemilihan yang diadakan setiap tahun itu menggunakan system e-Undi melalui komputer, berbeza dengan universiti-universiti di Pantai Barat yang masih menggunakan kertas undi.

"Saya dapati pemilihan hari ini berjalan lancar dan tidak ada sebarang gangguan berlaku. Cuma kalau universiti besar itu, hangat sedikit kerana banyak kelompok serta pengaruh dari luar. Pemilihan MPP UMT tidak dimasuki unsur luar atau pengaruh politik dari luar . . .," katanya ketika ditemui di sini.

Dr Yahaya berkata pemenang MPP akan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program sebagaimana yang dirancang dan membawa usul kepada pengurusan universiti untuk meperbaiki kemudahan dan kebajikan penuntut.

"Mereka akan mewakili universiti ke peringkat nasional bersama dengan MPP universiti-universiti lain dan banyak program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, mereka akan mengikutinya," katanya.


P'raya kampus: Kubu Aspirasi mula bocor



Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas dua daripada lima universiti awam utama pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.

Paling signifikan, kejayaan mereka di Universiti Malaya (UM), - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti.

Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

Kumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus.

Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.

UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu.

Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya.

Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi.

Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya.

Kumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) akan mengadakan pemilihan wakil pelajarnya hari ini. Namun kumpulan pro-Mahasiswa dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menguasai universiti berkenaan. -mk



Lelaki Ditahan Cuba Seludup Masuk Lima Ekor Cicak Gecko

Posted: 22 Feb 2011 03:45 AM PST

Johor Baharu -- Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk lima ekor cicak Gecko selepas menahan seorang lelaki rakyat Indonesia di Jeti Stulang Laut, di sini, Ahad.

Gambar: Kakitangan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia menunjukan seekor cicak Gecko atau Tokek yang diletakkan dalam botol mineral sebelum diseludup oleh seorang rakyat Indonesia.

Penolong Pengarahnya Siti Nur Ahmad berkata lelaki berusia 40 tahun yang tiba dengan feri dari Batam, Indonesia, itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang oleh pegawai MAQIS bersama anggota Kastam Diraja Malaysia yang menjalankan pemeriksaan di jeti berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati setiap Gecko yang masih hidup itu diletakkan di dalam botol plastik dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Gecko itu disedari dibawa masuk ketika diperiksa di mesin pengimbas," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Siti Nur berkata siasatan mendapati lelaki itu masuk secara sah ke negara ini dan dia dilepaskan selepas direkodkan keterangan.

Beliau berkata Gecko itu dianggarkan seberat 300 gram setiap seekor dan dipercayai mampu mencecah harga RM35,000 seekor di pasaran tempatan.

"Gecko atau dikenali sebagai Tokek oleh masyarakat tempatan dipercayai diseludup masuk ke negara ini selepas mendapat permintaan tinggi bagi tujuan perubatan," katanya.

Kes itu, katanya disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. -- BERNAMA

Guna Kekerasan - Kedudukan Ghaddafi Di Ujung Tanduk

Posted: 22 Feb 2011 02:49 AM PST

Penggunaan Kekerasan Jasikan Kedudukan Gaddafi Kian Di Ujung Tanduk

42 tahun kekuasaannya tergoncang hebat, dan di tengah kerusuhan yang melanda negaranya pemimpin Libya Muammar Gaddafi menggunakan kekerasan sehingga membuat kedudukannya bertambah lemah dan kian terjepit.

Keretakan makin terkuak di dalam kabinet Gaddafi, semalam, para pejabat pemerintah di dalam dan luar negeri meletakkan jawatan, dua juruterbang pesawat tempurnya belot sementara para pemrotes, yang ditindas, semakin membuak di ibu kota negerinya, Tripoli. Kutukan juga menerjang pemimpin yang paling lama berkuasa di negara Arab tersebut.

Pihak keselamatan pro-Gaddafi diberitakan oleh pejabat-pejabat berita transnasional berkeliling di Tripoli dan menggunakan pembesar suara untuk memberi tahu warga agar tidak keluar rumah. Pasukan keselamatan juga dilaporkan meredam kerusuhan yang telah bergolak di beberapa bahagian timur negeri itu. Tapi kota terbesar kedua, Benghazi, menurut laporan, tak dapat dipertahankan dan jatuh ke dalam kekuasaan para pemrotes.

Stesyen TV negara, yang dipantau media internasional, menyatakan pihak tentera telah menyerbu tempat persembunyian para pengkhianat dan mendesak masyarakat agar mendukung pasukan keselamatan.

Sementara itu, pemrotes menyerukan demonstrasi di Lapangan Hijau di pusat kota Tripoli dan di luar kediaman Gaddafi, tetapi beredar khabar terjadi penindasan di berbagai tempat.

Anak muda yang berusaha berkumpul di jalan diberitakan dibubarkan secara paksa dan berlarian untuk mencari tempat berlindung dari tembakan peluru.

Gaddafi sendiri, yang keadaannya tak diketahui -ada desas-desus ia telah pergi ke Venezuela, tampil sebentar di stesyen televisyen negaranya, malam semalam.

Pemimpin yang berusia 68 tahun tersebut tampaknya telah kehilangan dukungan dari sebahagian masyarakat, beberapa satuan tentera dan diplomatnya sendiri, termasuk delegasi ke PBB. Wakil Duta Besar Libya di PBB Ibrahim Dabbashi dilaporkan menuduh pemimpin yang paling lama berkuasa di negara Arab itu melakukan pembunuhan terhadap rakyatnya sendiri dalam krisis ketika ini.

Saluran komunikasi di ibu kota Libya kelihatannya telah diputuskan. Beredar juga berita penduduk tak dapat dihubungi melalui telefon dari luar negara. Pendukung Gaddafi ditayangkan oleh TV negara berkumpul di Lapangan Hijau.



Libya akan mandi darah: Saif

TRIPOLI: Anak pemimpin Libya, Saif al-Islam Gaddafi, memberi amaran negara itu berdepan dengan perang saudara dan 'sungai darah' ketika keganasan pihak berkuasa masih gagal mengekang kebangkitan rakyat, semalam.

Ketika Saif al-Islam menjanjikan pelaksanaan reformasi di Libya dan menuduh kebangkitan rakyat didalangi kuasa asing, bunyi tembakan berterusan di jalan raya Tripoli.

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), menyatakan jumlah korban protes antikerajaan meningkat kepada 233 orang.

Kata Saif al-Islam, 38, Libya kini berada di persimpangan.

"Jika kita tidak bersetuju mengenai reformasi hari ini, sungai darah akan mengalir di seluruh Libya," katanya melalui ucapan disiarkan stesen televisyen.

Tindakan itu dilihat usaha terdesak rejim Gaddafi meredakan kemarahan rakyat yang bosan dengan pentadbirannya sejak 41 tahun lalu.

Kata Saif al-Islam, kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan berjuang 'sehingga peluru yang terakhir.' "Kita akan menghancurkan elemen penghasut. Jika semua orang bersenjata, perang saudara akan tercetus dan kita saling berbunuhan.

"Libya bukan Mesir atau Tunisia," katanya.

Tanpa diberikan peranan dalam politik Libya, dia dianggap mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran negara.

Sementara itu, Kementerian Luar Korea Selatan berkata, kira-kira 500 rakyat Libya menyerbu dan menjarah sebuah pusat pembinaan negara itu berhampiran Tripoli, menyebabkan 15 pekerja Bangladesh cedera.

Turut menjadi mangsa, tiga pekerja warga Korea Selatan.

Di London pula, syarikat petroleum gergasi Britain, BP, berkata pihaknya mengadakan persiapan mengeluarkan sesetengah pekerjanya dari Libya.

Negara kesatuan Eropah dilaporkan bekerjasama menyelaraskan kemungkinan membawa rakyat masing-masing meninggalkan Libya, terutama yang ada di Benghazi. - AFP


3 Beradik Hampir Kebulur Dikurung

Posted: 22 Feb 2011 01:30 AM PST

Pasir Gudang – Tiga beradik malang yang ditemui terkurung di dalam rumah mereka sendiri di Taman Chendana di sini bukan sahaja tidak terurus malah keadaan mereka, malah begitu kelaparan.

Setiap kali ibu mereka pergi ke tempat kerja, setiap kali itulah mereka akan terkurung di dalam rumah tanpa disediakan bekalan makanan.

Tetapi kali ini nasib anak-anak itu lebih malang apabila ibu mereka langsung tidak pulang menyebabkan mereka hampir kebulur.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, ibu ke kanak-kanak malang itu dikatakan mencari rezeki di sebuah stesen minyak untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Menurutnya, wanita tersebut yang merupakan ibu tunggal langsung tidak mengambil berat soal keselamatan anaknya yang ditinggalkan dalam keadaan rumah tidak terurus.

"Saya kerap melihat mereka bertiga ditinggalkan kelaparan dan pernah sebelum ini salah seorang daripada mereka memakan najisnya sendiri kerana terlalu lapar.

"Jiran ada membantu menghulurkan makanan kerana kasihan melihat tetapi ibunya akan mengamuk dan memukul anaknya jika mengetahui mengambil makanan daripada kami," katanya.

Beliau turut mendakwa kerap melihat asap keluar dari rumah kanak-kanak yang dikurung itu kerana adik yang masih kecil bermain api, tetapi sempat dipadam.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Taman Cendana, Shamsul Bahrin Ibrahim berkata, ibu kanak-kanak itu adalah penerima bantuan perumahan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij).

Menurutnya, pihaknya menerima aduan mengenai tiga kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sejak keluarga itu menetap di rumah pangsa itu tiga tahun lalu.

"Kita difahamkan kanak-kanak itu pernah dihantar ke pusat perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, tetapi diambil ibunya, kecuali anak sulungnya berumur 10 tahun masih di Rumah Anak Yatim Darul Hanan Pasir Gudang.

Menurutnya, hasil bantuan anggota polis dari Balai Polis Pasir Gudang, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dan dibawa ke balai polis untuk dihantar ke pusat perlindungan kanak-kanak JKM kerana keselamatan di tempat itu lebih terjamin.

Dalam pada itu, Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, kanak-kanak itu akan ditempatkan di wad selama semalaman untuk pemeriksaan perubatan sebelum dibawa ke mahkamah pada hari ini untuk mendapatkan perintah perlindungan siasatan selama 30 hari.

"Dalam tempoh 30 hari kanak-kanak itu akan dihantar ke Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Juwita, Johor Bahru sebelum siasatan terhadap ibu dilakukan untuk mengenal pasti siapa layak menjaga mereka," katanya. -SH

Tiada ulasan: