Jumaat, 18 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


WASPADA: Kereta Meletup Akibat Botol Pewangi Tamat Tempoh

Posted: 18 Feb 2011 01:01 AM PST

Bunyi letupan dari sebuah kenderaan menggemparkan orang ramai yang berada di sekitar jalan utama, Jalan Daeng Selili, di sini, kerana disangka bom.

Bagaimanapun, letupan kira-kira jam 3 petang, semalam berpunca daripada botol minyak wangi yang meletup dipercayai kesan penggunaan melebihi tarikh luput.

Pemilik kenderaan, Alfonso Mat Said, 49, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan seorang rakan.

Menurutnya, dia meletakkan kenderaannya berhampiran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kangsar, di sini, kerana mempunyai urusan di kawasan berhampiran.

"Saya baru sahaja membeli pewangi kereta ini semalam (kelmarin) di sebuah stesen minyak sekitar Kuala Kangsar dan tidak sedar sudah tamat tempoh sejak dua tahun lalu.

"Saya selalu menggunakan pewangi ini, tetapi tidak pernah berlaku kejadian seperti ini, mungkin kerana cuaca panas menyebabkan botol ini meletup," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, letupan kuat itu menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran cemas dan lari menyelamatkan diri.

Alfonso berkata, akibat kejadian itu, cermin bahagian hadapan dan belakang keretanya pecah, sementara kotak tempat meletak alat pewangi berkenaan berkecai.

Menurutnya, botol pewangi itu terpelanting keluar dari keretanya dengan jarak kira-kira 10 meter.

"Mujur tidak ada orang awam cedera, saya mengalami kerugian hampir RM1,000," katanya.

Alfonso berkata, kejadian itu memberi kesedaran kepadanya supaya lebih berwaspada ketika membeli barang sekalipun alatan remeh seperti pewangi kereta. -SH

Ulasan GB

Botol pewangi tak tamat tempoh pun jika ditutup ketat di tengah panas terik akan meletup. Begitu juga botol-botol yang menganduni air terutama botol-botol dan tin-tin air berkarbonet, akan meletup jika ditinggalkan di dalam kereta di panas terik.

Berhati-hati.

Seekor Kucing Ditangkap Mencuri Bra & 600 Barangan Lain

Posted: 18 Feb 2011 12:15 AM PST

California - Seekor kucing akhirnya dikesan sedang melakukan tindakan pencurian. Kucing tersebut dianggap bertanggung jawab atas kejahatan pencurian tersebut selama tiga tahun ke atas lebih 600 barangan.

Selama ini warga bertanya-tanya siapa yang mencuri pakaian, patung beruang serta beberapa barang kecil yang terus menerus hilang. Namun pertanyaan itu akhirnya terjawab ketika seekor kucing bernama Dusty selalu kembali ke rumahnya dengan barangan milik orang lain.

Tertangkapnya Dusty berkat kamera khas di malam hari. Kamera itu berhasil merakam aksi kucing pencuri itu saat ia sedang menjalankan kerja pencuriannya.

Pemilik kucing itu Jean Chu dan Jim Coleman mengaku binatang peliharaannya selalu membawa 11 barang berbeza dalam satu malam.

"Dia terus membawa tuala mandi, sarung tangan, kasut, alas kaki, mainan dan masih banyak lagi," ungkap Chu seperti dikutip Orange, Jumaat (18/2/2011).

Sejumlah lebih dari 600 barang yang hilang dari sekitar lingkungan tempat kucing itu tinggal. Para tetangga mengatakan kucing itu suka mengambil pakaian mandi dan kucing nakal tersebut bahkan tertangkap kamera dengan sarung bra di mulutnya.










BN Rampas, PR Beri Tanah - Taib Azamuddin

Posted: 17 Feb 2011 10:15 PM PST

BN Rampas, PR Beri Tanah – Taib

PAS Miri telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah panjang di pinggir bandaraya Miri pada minggu lalu yang turut disertai YB Taib Azamudin, Ahli Parlimen PAS Baling dan Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib .

PAS Miri diketuai sendiri YDP PAS Kawasan Miri ,Tuan Haji Jofri Jaraiee telah disambut mesra oleh Tuai Rumah dan penduduk setempat.

Sebanyak 2 buah rumah panjang dilawati terdiri 120 buah pintu. Walaupun terpaksa meredah hujan dan jalan yang sukar dek kerana pembangunan infrastuktur yang amat teruk,PAS Miri tetap bersungguh untuk menyampaikan mesej PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan di Sarawak.

YB Taib dengan tegas menerangkan kejayaan PAS dan Pakatan di Kedah dalam melaksanakan program Tanah Untuk Rakyat sedangkan di Sarawak,BN telah merampas hak rakyat.

Kebanyakan penduduk cukup terharu dengan kunjungan mesra PAS Miri dan rakan Pakatan dan memberi jaminan akan membuat perubahan penting demi menjamin kesejahteraan hidup masa hadapan mereka.

Untuk rekod salah sebuah rumah panjang terdiri dari mangsa kebakaran Rumah Panjang asal mereka pada 2009 ,namun masih belum mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan BN. -sarawakupdate

Gambar Pembantu Menteri Disoalsiasat Setelah Ditangkap Tidur Berpelukan Dgn Pasangannya

Posted: 17 Feb 2011 08:45 PM PST

Kota Kinabalu: Kelmarin blog GB ada menyiarkan kisah mengenai seorang pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam.

Gambar yang dilampir ketika itu adalah gambar fail. Namun semalam Borneo Post ada menyiarkan gambar sebenar sewaktu pembantu menteri tersebut sedang ditanya pegawai agama. Pasangannya di atas katil dalam keadaan berkemban sedang berselubung dengan selimut. Lihat gambar di atas.

Berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

"Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

"Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam," katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

"Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

"Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan," katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

"Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

"Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa," katanya.



Selamba Je Mahathir & Hanif Perbodohkan Rakyat

Posted: 17 Feb 2011 07:30 PM PST

Haniff: Mahathir, Anwar pernah minta mansuh ISA tapi polis halang

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas ketua polis negara Tun Mohd Haniff Omar hari ini mengakui beliau adalah individu yang menghalang cadangan kerajaan yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Haniff yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara selama 20 tahun sehingga 1994 berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.

"Anwar kata kita harus mansuhkan ISA, Dr Mahathir kata OK.

"Tapi saya minta mereka untuk mempertimbangkan cadangan itu dengan berkata ia hanya membabitkan soal keselamatan negara," katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di sini.

Jelas Haniff, Dr Mahathir konsisten dalam usaha untuk memansuhkan ISA yang telah menahan ramai individu tanpa dihadapkan di mahkamah.

"Bila beliau (Dr Mahathir) jadi perdana menteri, (Tun) Musa Hitam beritahu saya agar tidak menggunakan ISA kerana Dr Mahathir tidak menyukainya," katanya.

Dalam program yang sama, Dr Mahathir berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana pihak polis menolak cadangan tersebut.

Sebelum ini, Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sementara itu, Dr Chandra Muzaffar yang juga merupakan bekas tahanan ISA mempertahankan tindakan Dr Mahathir dalam Ops Lalang dengan berkata, ia tidak ada kaitan dengan negarawan itu.

Menurut Chandra, operasi tersebut adalah tindakan dilakukan polis dan bukannya arahan Dr Mahathir.

"Berdasarkan pengalaman saya, saya ditahan di Pulau Pinang dan dibawa ke Kuala Lumpur di mana saya berjumpa Tun Haniff, semasa saya berjumpa Tun Haniff beliau berkata ia adalah operasi polis dan beliau begitu konsisten.

"Penangkapan selama 60 hari itu adalah operasi polis," tegas beliau yang juga meminta supaya ISA dimansuhkan.

Chandra, seorang ahli akademik dan Presiden Just, pernah berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Anwar merupakan ketua umumnya sekarang. -TMI

Ulasan GB

Pembelaan bekas KPN, Tun Mohd Haniff Omar ke atas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memperlihatkan bahawa Malaysia, selama mana diperintah oleh BN di era Mahathir dan selepasnya, adalah sebuah negara Polis. Betul?

Kita menyatakan MUSTAHIL Mahathir tidak mempunya kuasa, tetapi sebenarnya SENGAJA tidak mahu melarang polis dan sengaja terus ingin mempastikan pihak pembangkang menerima tekanan dari pihak polis.

Jika tidak, ia bererti, Polis paling berkuasa, dengan bantuan ISA sehinggakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sewaktu itu dijawat oleh Mahathir sendiri TIDAK ada kuasa menghalang polis dari terus menggunakan ISA untuk menahan dan menangkap rakyat.

Rakyat diperdodohkan. Sampai sekarang.

The old adage says, "Sometimes you get the bear and sometimes the bear gets you." At times, you can fool the people but not all the time. If these two Tuns think they can fool Malaysians now, they better think again because we know the pattern and their tricks. Your apology is too late. We have already figured you out.

Katakan TIDAK kepada pemerintahan UMNO BN yang selama ini menggunakan POLIS untuk menekan pembangkang.

Malang Tak Berbau, Mati Digilis Traktor

Posted: 17 Feb 2011 06:00 PM PST

Digilis pembajak

Gambar: TRAGEDI... Mohd Arif menunjukkan tempat Asmadi (gambar kecil) digilis traktor di Kampung Wek, Machang.

MACHANG: "Saya sepatutnya mengambil dia di kawasan membajak kira-kira 200 meter dari tempat berehat untuk keluar makan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terkejut apabila mendapati dia dalam keadaan parah akibat tersepit pada traktor berkenaan," kata Mohd Arif Aladin, 20, rakan Asmadi Mamat, 49, yang maut akibat terjatuh dari traktor sebelum digilis jentera pembajak itu ketika melakukan kerja meratakan baja tanaman tembikai di Kampung Wek dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga Penghulu Mukim Banggol Pak Awang, Kampung Joh, dekat sini, dikatakan cuba menguis guni baja yang kosong menggunakan kaki kanan ketika mengendalikan jentera itu.

Tindakannya menyebabkan dia terjatuh sebelum kaki kanannya terlekat pada tayar belakang, manakala dada dan kepalanya tercucuk bilah pembajak traktor berkenaan
.

Menurut Mohd Arif, mangsa mula melakukan kerja meratakan baja di kawasan itu sejak Selasa lalu.

Katanya, sudah menjadi kebiasaannya untuk mengambil mangsa di kawasan itu sebelum mereka makan tengah hari bersama berikutan tempat itu agak terpencil.

"Seperti biasa, saya pergi mengambilnya dengan menunggang motosikal. Apabila sampai, saya tidak melihatnya di atas traktor dan terkejut apabila ternampak kaki kanannya melekat pada tayar belakang dan keadaannya parah.

"Panik melihat keadaannya, saya bergegas ke tempat rakan di kawasan rehat untuk memaklumkan kejadian itu," katanya.

Dia dan rakannya kemudian menghubungi bomba dan polis bagi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Machang (HM).

Seorang anak mangsa, Mazri Afandi, 22, berkata dia terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke HM.

Katanya, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan tetapi sering mengadu pening kepala sejak beberapa hari lalu.

"Ayah juga sempat berpesan supaya segera menyiapkan bangsal di depan rumah bagi persiapan kenduri kahwin kakak, (Azlina, 24,) bulan depan.

"Namun, tidak sangka itu pesanan terakhir selain tidak sempat melihat kakak yang juga anak sulung diraikan dalam majlis perkahwinan itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malik Bedot, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Remaja Nampak Pak Cik Ditendang, Kenyataan Ketua Polis K'tan Meragukan

Posted: 17 Feb 2011 04:51 PM PST

Kota Bharu– Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.

Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.

"Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.

"Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. -metro


Said Mati Kerana Serangan Jantung, Bukan Dikasari Anggota UPP

KOTA BAHARU, 17 Feb (Bernama) -- Polis Kelantan Khamis mengesahkan Said Mat Hassan mati akibat serangan jantung dan bukan kerana dikasari anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil bedah siasat Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) petang Rabu mengesahkan bahawa tidak ada unsur jenayah pada mayat Said, 56, dan mangsa didapati meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada dalam keretanya.

"Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mendapat serangan jantung," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Said ditemui dalam keadaan lemah, berwajah pucat dan mulutnya berbuih dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin oleh empat anggota UPP yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tumpat.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Salah faham yang tercetus kemudian menyebabkan beberapa individu termasuk anak saudara Said, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, datang ke hopsital itu dan menyerang anggota UPP berkenaan.

Ekoran serangan itu, Ahmad Nizamuddin terkena tembakan amaran seorang anggota UPP yang cuba mempertahankan diri.

Abdul Rahim berkata pihaknya masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan, selain mendapatkan keterangan individu tertentu berhubung serangan terhadap anggota UPP itu, namun, belum ada tangkapan dilakukan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPZ II Dr Wan Hazimah Wan Mohamad berkata pihaknya mendapati Ahmad Nizamuddin hanya terkena serpihan tembakan di bahagian dada kanan, dan dia kini berada dalam keadaaan stabil, malah mampu berjalan serta makan dengan baik.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati keadaan anggota badan beliau baik, termasuk di bahagian paru-paru yang tiada sebarang kesan kecederaan," katanya. -- BERNAMA



Ulasan GB

Rakyat sudah muak dengan kes-kes di mana pihak PDRM mempertahan "jenayah" yang dilakukan oleh pihak mereka dan beberapa pihak penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, PBT dan UPP. Kes-kes berprofil tinggi seperti kes Aminul-rasyid, kes kematian Teoh Beng Hock, kes Kugan, kes polis memukul dan merompak seorang peniaga, kes polis menampar dan merompak wanita hamil dan lain-lain menjelaskan keadaan tersebut.

Di dalam kes di atas, KP K'tan terlalu cepat membuat kenyataan SEBELUM melakukan SIASATAN RAPI mengenainya.

Sudah sampai masanya integriti PDRM dan lain-lain agensi penguatkuasaan ini dipertingkatkan dengan melakukan "pembersihan total" terhadap pegawai-pegawai mereka yang bertindak tidak profesyenal disamping cuba berdusta dan melakukan cover-up terhadap apa kes sekalipun.

Rakyat perlukan hanya mereka yang berwibawa, bukan yang hanya pandai menggunakan pistol dan kemudian bertindak liar meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka dengan menjadi rakyat sebagai mangsa. Diperburukkan dengan adanya pihak lain menjadi "pembela" perlakuan jenayah mereka.

Mereka yang tidak profesyenal ini walaupun tidak ramai, namun cukup untuk mencacatkan kredibiliti polis.

Rakyat satu hari tetap akan bangun menuntut kebenaran dan keadilan itu ditegakkan tanpa mengira siapa juga yang cuba menyekatnya.

p/s Keselamatan remaja di atas perlu diberikan perhatian kerana seperti insiden-insiden sebelum ini, terdapat kes saksi-saksi penting ini diintimidasi.


Maruah Pendakwa Raya Sejijik Dan Sehina Bulu Kemaluan, Air Mani & Spender Saiful

Posted: 17 Feb 2011 03:30 PM PST

Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan

Pakar kimia Dr Seah Lay Hong hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjumpai kesan air mani pada seluar dalam berwarna kelabu dan seluar hitam yang digunakan oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Seah berkata kesan air mani itu dijumpai pada kawasan berhampiran zip seluar itu.

Bagi seluar dalam itu pula, Seah yang kini mengetuai Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia berkata tompokan mani dikesan pada bahagian depan dan bawah.

Selain itu, satu lagi seluar dalam berwarna biru dan dua kemeja (berwarna putih dan hijau) juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Permaidani dan sehelai selimut yang dipercayai diambil dari kondominium Desa Damansara, tempat kejadian didakwa berlaku juga dikemukakan.

Seah juga mengakui tiada kesan air mani atau semen yang dijumpai pada barangan lain.

Pihaknya juga menjumpai bulu kemaluan yang tidak dikenali dari lokasi kejadian yang didakwa berlaku dan ia juga ditandakan.


LAPORAN LANGSUNG

4.10pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga pagi esok apabila mendapati carta DNA yang dibekalkan kepada pihak pembelaan tidak mencukupi.

3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.

3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu "Lelaki Y".

3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.

"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur," katanya.

Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: "Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6," kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai "lelaki Y".

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm: Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm: Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm: Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.

Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.

9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.

Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.

Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.

Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.

9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.
Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.

8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.

Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.

Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.


8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.

Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam. -mk


Ulasan GB

Jika di dalam kes dahulu, tilam adalah sinonim dengan Musa Hassan, maka kali ini, di dalam kes Sodomi II, bulu kemaluan, air mani dan spender Saiful yang dibawa oleh pihak pendakwa raya menjadi tumpuan.

Orang akan tetap ingat perkaitan tersebut sampai bila-bila.

Demikian nilai maruah Pendakwa Raya di dalam kes kali ini.


Dilemma Melayu Disebabkan Tak Percaya Kebaikan Islam - Nik Aziz

Posted: 17 Feb 2011 07:01 AM PST

Nik Aziz: Tidak percaya kebaikan Islam, Umno sesatkan bangsa

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kegelishan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada "Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa."

Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS, akhirnya Umno yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.

Menteri Besar Kelantan ini berkata, tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam.

Katanya, apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan "Allahu Akbar", maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India.

"Sementara dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

"Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

"Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat," katanya.

Pada hari yang sama semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Nik Aziz lebih "dalam", tetapi menggesa agar Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata Dr Mahathir dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru kata bekas presiden Umno ini, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Dalam tulisan kali ini, Nik Aziz menambah, amatlah malang jika rakyat negara ini terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa sedangkan ia bukan ajaran Nabi.

Kata beliau, seharusnya rakyat tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah (ayat 5-7).

"Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular.

"Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit hinggalah sanggup duduk di atas prinsip agama lain (suku), politik lain (suku)," katanya lagi.

Lalu kata Nik Aziz, timbul ajaran yang asing dari Islam, antaranya mengajar umat Islam supaya "tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat."

"Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya perkara politik itu disebut di luar masjid," katanya lagi.

"Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan atau musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia.

"Maknanya dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik," katanya.

Nik Aziz seterusnya menulis, maka terimalah perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan sekular, sekali gus "sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita."

Tulisan Nik Aziz kali ini bermula dengan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurutnya, kegagalan polisi itu pada 1990 adalah tercatat dalam sejarah.

Kata beliau, hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tidak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat.

"Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?" katanya lagi.

Justeru kata Nik Aziz, sementara umat Islam menyambut Maulidur Rasul maka sepatutnya mengambil ajaran Nabi iaitu mengajar agar menjalin persaudaraan dan berkasih sayang.

"Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita," katanya.

Kata Nik Aziz, apabila disebutkan kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam kerana inginkan kepentingan yang sama.

"Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat," katanya lagi. -TMI

Honda Malaysia Panggil Balik Ribuan Kereta Honda City, Jazz

Posted: 17 Feb 2011 05:50 AM PST

23,636 Honda City, Jazz dipanggil balik

KUALA LUMPUR: HONDA Malaysia Sdn Bhd memanggil balik 23,636 unit kenderaan jenama itu bagi menggantikan 'lost motion springs' dan 'retainers' yang menjadi punca enjin berbunyi bising dan berpotensi menyebabkan ia terhenti.

Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Yoichiro Ueno, berkata daripada jumlah itu, 21,956 unit membabitkan model City keluaran 2009 dan 1,680 unit lagi model Jazz keluaran 2009 dan 2010.

Bagaimanapun, beliau berkata, model Honda yang dijual dalam pasaran ketika ini tidak terbabit berhubung masalah berkenaan.


Honda tarik ribuan kereta

Perusahaan automatif Jepun, Honda mengumumkan menarik hampir 700 ribu unit kereta keluannyanya di seluruh dunia akibat komponen yang cacat.

Masalah ini terkait dengan pegas yang mungkin menyebabkan enjin tidak lancar.

Honda menyatakan belum ada laporan mengenai kecelakaan akibat cacat komponen mesin ini.

Wartawan BBC Roland Buerk di Tokyo melaporkan Honda menyatakan sebahagian besar dari 693,000 kereta keluarannya yang ditarik beredar di Asia, tapi kenderaan yang mengalami cacat komponen itu juga dijual di beberapa bahagian lain dunia.

Produk kereta Honda yang ditarik adalah Freed, Fit yang juga dikenal sebagai Jazz di beberapa negara, dan City.

Perusahaan Jepun itu menyatakan pihaknya perlu memperbaiki komponen pegas di mesin yang suatu ketika mungkin bengkok atau patah.

Pegas bermasalah tersebut menimbulkan suara mesin yang aneh dan dalam kes paling serius, komponen tersebut boleh menyebabkan kereta terhenti.

Honda menyatakan telah menerima ratusan aduan dari pengguna.

Sebagian besar pengaduan itu dilaporkan oleh pengguna di Jepun sendiri. -BBC


Suruhanjaya Siasatan Teoh Hilang Kredibiliti: Selangor Turut Tarik Diri

Posted: 17 Feb 2011 04:55 AM PST

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock terus menerima tamparan apabila giliran kerajaan kerajaan negeri Selangor mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dalam prosiding.

Peguam pemerhati Selangor, Malik Imtiaz Sarwar memaklumkan hasrat untuk menarik diri sebaik sahaja prosiding suruhanjaya bermula pada jam 2.30 petang ini.

Katanya, beliau diarahkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menarik diri atas alasan yang sama dengan keluarga Teoh iaitu mereka hilang keyakinan terhadap perjalanan siasatan yang tidak langsung mencerminkan harapan rakyat yang mahukan kebenaran didedahkan.

"Setelah keluarganya menarik diri daripada prosiding, kita tidak lihat apa gunanya suruhanjaya ini diteruskan. Kita juga menyuarakan kebimbangan kita yang serupa dengan apa yang disuarakan oleh keluarga Teoh, iaitu di mana Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Dalam permohonan tersebut, selaras dengan apa yang didedahkan oleh (peguam) Gobind (Singh Deo) semalam bahawa Peguam Negara mahu mendapatkan keputusan bunuh diri," kata Malik Imtiaz.

Keluarga Teoh dilaporkan tidak berpuas hati dengan penglibatan Jabatan Peguam Negara yang membuat permohonan menyemak keputusan terbuka yang dibuat oleh mahkamah koroner.

Semalam, ahli keluarga Teoh memulaukan prosiding suruhanjaya itu dengan alasan permohonan mereka untuk menundakkan inkuiri sehingga semakan kehakiman yang difailkan Pejabat Peguam Negara ke atas penghakiman terbuka oleh Mahkamah Kotoner berhubung kematian Beng Hock didengar dahulu.

Sementara itu, pada perbicaraan hari ini, ketua panel, Tan Sri James Foong mengumumkan pakar patologi Thai Dr Pornthip Rojanasunand dan pakar forensik Britain, Dr Peter Vanezis akan dijemput sebagai saksi.

Foong selepas melawat tempat kejadian di Plaza Masalam, Shah Alam pagi tadi berkata kehadiran kedua-dua pakar asing itu diperlukan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Pornthip dan Vanezis dibawa oleh kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memantau bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas Teoh. -mk

Sodomi II: Laluan Sukar Bagi Anwar

Posted: 17 Feb 2011 04:00 AM PST

Gombak: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan laluan sukar dalam kes pertuduhan liwat yang dihadapinya walaupun mempunyai kejutan baru dalam prosiding perbicaraan semalam.

Menurut Anwar jika kes pertuduhan liwat itu berlaku di negara lain ia pasti digugurkan.

Anwar mendakwa perkara itu wujud kerana sistem pemerintahan Barisan Nasional (BN) umpama Mesir dibawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya.

"Malaysia dengan Mesir ada persamaan dari segi sistem iaitu satu parti berkuasa yang sombong. Siapa yang kaya raya? Anak isteri mereka.

"Hari ini (semalam) ada kejutan baru apabila dalam laporan borang pro forma (nota awal) disebut tiada tuduhan liwat. Hanya cubaan meliwat tetap saya didakwa meliwat.

"Dunia mana pun kes ini akan dibuang tetapi Najib, Rosmah ala Mubarak ini mahu kes diteruskan," dakwa beliau ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor (KASE) di sini malam tadi.

Ketika perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Anwar "cuba" untuk meliwatnya.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

Disebabkan bukti terbaru itu, Anwar mendesak agar pertuduhan liwat ke atasnya digugurkan.

Menyentuh mengenai penswastaan saman ekor Anwar menyifatkan tindakan itu sebagai terdesak untuk menambah perbelanjaan negara.

"Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN, dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh. -petikan FMT

Pulau Pinang Bantu RM1,000 Kepada Pelajar Yang Hendak Kembali Ke Mesir

Posted: 17 Feb 2011 03:19 AM PST

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.

Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

"Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.

Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut. -harakahdaily


Tanggung sendiri tiket ke Mesir

KUALA LUMPUR – Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.

"Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja.

"Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya. Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu terserah pada budi bicara mereka," jelasnya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo


[Video] Bahaya Plumbum - Skandal Tergempar Sabah

Posted: 17 Feb 2011 01:45 AM PST

Kami memohon ehsan Sabahkini.net agar menerbitkan DVD Skandal Tergempar Sabah agar dapat ditonton oleh semua rakyat Sabah yang masih jahil tentang bahaya plumbum; terutama di luar bandar Sabah yang tidak mempunyai capaian internet.

Sebagai ibu bapa, kami bimbang kerana anak-anak kami terdedah kepada bahaya plumbum yang disebarkan melalui bateri asid plumbum yang digunakan di semua sekolah di luar bandar sebagai 'Pembunuh Senyap' yang diberi lesen oleh Kerajaan.

Oleh itu, kami merayu ehsan agar ada pihak yang menaja penerbitan DVD Skandal Tergempar Sabah supaya Sabah terhindar daripada kematian kanak-kanak akibat keracunan plumbum.

Selamatkanlah Generasi Kami,

ABDUL JALAL KASSIM -sabahkini



Tiada ulasan: