Sabtu, 12 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Suami Kecewa Isterinya Ada Hubungan Sulit Dengan Lelaki Lain

Posted: 12 Feb 2011 12:38 AM PST

Sepang: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri yang dihantar bekerja setiap hari ada hubungan lelaki lain ketika disoal siasat polis selepas suaminya itu membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sabtu lalu.

Difahamkan, pada hari kejadian kira-kira jam 3 petang, suami wanita terbabit berusia 36 tahun seperti biasa menghantar isterinya berusia 30-an ke tempat kerja di sebuah kilang sebelum pulang semula ke rumah.

Menurut sumber, mangsa tidak mengesyaki apa-apa terus berlalu selepas melihat isterinya masuk ke dalam tempat kerjanya.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit cemas ketika ingin menjemput isterinya itu pulang kira-kira jam 8 malam selepas wanita terbabit tidak keluar dari tempat kerja.

"Dia yang menunggu di tempat biasa berasa pelik apabila isterinya tidak keluar dari tempat kerja lalu menghubungi telefon bimbit isterinya itu namun tidak berjawab," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatan isterinya cuba menghubungi semula telefon bimbit isterinya itu beberapa kali, namun tidak berhasil. Dia yang tidak berputus asa menghubungi sekali lagi dan berjaya namun kali ini tiada suara kedengaran cuma kedengaran bunyi bising seperti berada di dalam bilik sebelum talian ditamatkan.

"Mangsa berjumpa penyelia tempat kerja isterinya dan terkejut apabila diberitahu isterinya itu tidak masuk kerja pada hari itu membuatkan dia bingung kerana menghantar isterinya ke tempat kerja," katanya. -hm

Di Kuala Muda Kedah Ada Ikan Paus Terdampar Di Pantai

Posted: 11 Feb 2011 11:30 PM PST

Sungai Petani - Bangkai seekor ikan paus dipercayai daripada spesies Bryde seberat 4,000 kilogram (kg) ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda di sini semalam.

Penemuan bangkai ikan paus sepanjang kira-kira 12 meter itu menarik perhatian ratusan penduduk kampung yang ingin melihatnya dari jarak dekat.

Berdasarkan keadaannya yang mula reput dan berbau busuk, haiwan itu dipercayai telah mati lebih tiga hari lalu sebelum dihanyutkan ke kawasan pantai.

Jabatan Perikanan negeri percaya ikan paus itu adalah daripada spesies Bryde yang tergolong dalam spesies haiwan marin terancam di negara ini.

Pegawai jabatan berkenaan juga telah mengambil sampel darah ikan paus tersebut untuk dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu. -kosmo

PRK Merlimau: TG Nik Aziz Rasmikan Markas Induk PAS N27 Merlimau

Posted: 11 Feb 2011 10:06 PM PST

Perasmian Markas Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah, Merlimau oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah selamat disempurnakan pada jam 11.00 pagi tadi.

Di dalam ucapan ringkas TG Nik Aziz di majlis berkenaan meminta semua petugas-petugas PAS untuk pilihanraya kecil N027 DUN Merlimau supaya meningkatkan gerakan menerangkan perjuangan parti kepada masyarakat tempatan dengan menjelaskan tentangan UMNO terhadap Islam selama ini.

Sebelumnya, petugas-petugas PAS bagi PRK Merlimau telah diberikan taklimat oleh Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub dan Bekas Pengarah Pilihanraya PRK Dun Tenang, Tn Haji Zulkifli yang mengongsikan pengalamannya di pilihanraya kecil DUN Tenang kepada petugas-petugas PAS untuk PRK DUN Merlimau.

(Oleh kerana pertemuan tersebut adalah pertemuan tertutup, GB tidaklah sepatutnya mendedahkan apa-apa yang disampaikan di majlis berkenaan).

Sementara itu, Salehuddin di dalam menjawab soalan wartawan selepas majlis berkenaan menyatakan calon PAS bagi PRK Merlimau akan diketahui pada hari esok selepas peringkat tertinggi PAS membuat keputusan.

Beliau berharap penamaan calon dan kempen pilihanraya kecil Merlimau akan berlaku di dalam suasana aman tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini.

Menjawab satu pertanyaan lain, Salehuddin juga menyatakan bahawa nama calon wanita turut dipertimbangkan oleh PAS bagi mewakili DUN Merlimau.

Malam ini TG Nik Aziz akan berceramah di Pusat Tahfiz As-Solihin Merlimau bersama-sama Sdra. Lim Kit Siang.


Wanita Derita Kesakitan Akibat Kemaruk Nak Besarkan Buah Dada

Posted: 11 Feb 2011 09:00 PM PST

Sebuah pusat rawatan kecantikan swasta dikesan menawarkan rawatan maut membesarkan payudara wanita dengan kaedah berbahaya, memindahkan tisu lemak perut ke payudara yang kecil. Gambar fail

Bagaimanapun, pembedahan `liposuction' yang bukan dilakukan pakar bertauliah itu menyebabkan ada antara mangsa menderita apabila payudara mereka membengkak tidak sekata dan timbul ketumbuhan kecil umpama kanser.

Mangsa pembedahan berbahaya itu yang hanya mahu dikenali sebagai Y berkata, kini payudara sebelah kanannya lebih besar saiz cup C berbanding payudara di sebelah kiri hanya mempunyai saiz cup B.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, situasi berkenaan menyebabkan dia mengalami tekanan emosi yang teruk kerana malu dicemuh orang ramai termasuk kekasihnya sendiri.

"Mungkin ini salah saya sendiri kerana keinginan membesarkan payudara disebabkan menganggap saiz payudara saya kecil dan tidak menarik.

"Saya tertarik dengan iklan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan pakej menarik dan bertambah teruja apabila ada rakan mendakwa rawatan diberikan pusat kecantikan itu amat berkesan, selain menjadikan tubuh lebih ramping" katanya.

Menurut Y, dia ke pusat rawatan kecantikan itu yang terletak di Kepong, sebelum diberikan penerangan berhubung kaedah rawatan membabitkan pembedahan kecil, selain kos bayaran yang perlu dijelaskan.

"Saya diberitahu, kaedah membesarkan payudara terbabit dilakukan dengan cara menyedut tisu lemak pada bahagian perut sebelum ia dipindahkan ke payudara saya yang kecil.

"Kakitangan pusat rawatan kecantikan itu memberitahu kaedah berkenaan membabitkan teknik pembedahan kecil dan ia tidak mempunyai risiko serta kesan sampingan buruk.

"Penjelasan itu menyebabkan saya percaya bulat-bulat dan setuju menjalani proses rawatan di pusat kecantikan itu," katanya.

Menurutnya, proses pembedahan menggunakan tiub terbabit berjalan dengan lancar sebelum payudaranya dirasakan menegang dan membesar manakala lemak di perut turut menyusut.

"Mulanya saya riang dan menyangka pembedahan itu berjaya, lalu tanpa banyak berfikir terus membayar kos rawatan RM7,800," katanya.

Bagaimanapun, kata Y, dalam tempoh rehat beberapa hari dia berasa tidak sedap hati apabila payudaranya kerap berdenyut dan terasa sakit tidak mengira masa.

"Saya rujuk masalah itu kepada kakitangan pusat rawatan kecantikan berkenaan sebelum diarahkan menjalani rawatan susulan. Mereka beri alasan tisu lemak dari perut saya yang dipindahkan ke payudara tidak berfungsi dengan baik serta gagal menyesuaikan diri di lokasi baru.

"Berikutan itu, saya dipujuk menjalani rawatan urutan payudara yang didakwa boleh mengurangkan rasa sakit. Saya terima cadangan itu, tapi nyata ia tetap gagal mengurangkan rasa sakit serta mengimbangi saiz payudara saya yang menjadi tidak sekata antara kiri dan kanan," katanya.

Y berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila dia berasa seperti ada ketumbuhan keras di dalam payudara, selain tidak selesa dan sakit setiap kali disentuh.

Dua ketulan ketumbuhan itu muncul pada payudara kiri dipercayai kesan daripada pembedahan memindahkan tisu lemak ke dada.

"Kesan ketumbuhan itu makin serius apabila ia mula pecah dan mengeluarkan darah, selain meninggalkan kesan parut merah kehitaman yang cukup memalukan. Saya bimbang jika ketumbuhan ini merebak ke seluruh payudara dan menyebabkan kecacatan kekal," katanya.

Bimbang keadaan menjadi lebih buruk, Y berjumpa doktor pakar bagi menjalani pemeriksaan dan diberitahu kesakitan dialami dipercayai berpunca daripada pembedahan liposuction yang tidak dilakukan dengan cara selamat.

Y berkata, dia membayar RM360 bagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit.

"Saya meminta ganti rugi dari pusat kecantikan terbabit, namun hanya ditawarkan RM3,000 sebagai pampasan," katanya yang tidak berpuas hati dengan tawaran itu. -hm

Giliran Norlia Ghani Pula Diragut

Posted: 11 Feb 2011 08:20 PM PST

Sebelum ini kami melaporkan Nasha Aziz disamun RM40 ribu, terbaru Norlia Ghani pula menerima nasib yang sama apabila diragut RM8,000 oleh dua orang lelaki.

PETALING JAYA: Pelakon veteran Norlia Ghani,63, kerugian RM8,000 apabila wang pendahuluan penggambaran sebuah drama bersiri yang diterimanya dilarikan dua lelaki di pusat beli-belah Ampang Park dekat sini, petang Jumaat, demikian lapor MSTAR.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Norlia diragut ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke rumah selepas selesai mengeluarkan wang di kaunter sebuah bank pusat beli-belah berkenaan.

Norllia berkata, pada waktu itu tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki lalu meragut beg tangannya sebelum melarikan sampul surat yang berisi wang.

"Semasa kejadian tiada orang di hentian teksi hadapan pusat beli-belah itu. Hanya saya seorang saja. Tiba-tiba dua lelaki menaiki motosikal menghampiri saya lalu meragut beg tangan saya.

"Selepas mengambil beg tangan itu, mereka mencampakkannya di tepi jalan lalu membawa lari sampul surat yang saya isikan wang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, malam Jumaat.

Norlia memberitahu, dia mengeluarkan wang itu untuk membayar sewa rumah sebelum berangkat ke Perlis pada 17 Februari depan untuk menjalani penggambaran drama seram berjudul Air Mata terbitan Zeel Production.

Kata Norlia, dia agak bertuah kerana peragut tersebut tidak melarikan beg duit yang mempunyai beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan dan juga telefon bimbit.

Norlia yang amat bersedih dengan kejadian itu bekata, ketika dia memerlukan wang untuk membayar pelbagai hutang, kejadian berkenaan pula menimpa.

"Saya reda dengan ujian ini. Apa yang boleh saya buat lagi melainkan berserah kepada Allah," ujarnya.

Pelakon itu berkata dia mengesyaki peragut berkenaan mungkin sudah mengintipnya ketika dia berada di dalam bank sebelum mereka melakukan jenayah itu.

"Saya menasihati kepada semua pihak yang mahu mengeluarkan wang selepas ini supaya terus berhati-hati," ujarnya.

Norlia yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya membuat laporan di pondok polis kawasan pusat beli-belah itu.

Rabu lalu, pelakon Nasha Aziz kerugian kira-kira RM40,000 apabila wang tunai dan barang berharga miliknya dirompak dalam kejadian di persiaran Ampang Hilir, dekat sini.

Peristiwa itu berlaku ketika Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang dari sebuah bank tidak jauh dari kawasan dia disamun.

Kejadian itu menyebabkan Nasha cedera ketika berlaku pergelutan di antara dia dengan dua orang peragut yang turut menunggang motosikal.

Keluarga Pertikai Tindakan Polis

Posted: 11 Feb 2011 06:15 PM PST

Bahau: Ahli keluarga kepada seorang lelaki yang mati terkena tembakan polis ketika mengamuk di rumahnya di Taman Cempaka di sini, Isnin lalu, mempertikaikan tindakan itu dan meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Adik lelaki berkenaan, Ahmad Hairail Adzuan Abu Bakar, 26, berkata, polis tidak sepatutnya melepaskan tembakan kerana mempunyai banyak cara lain memujuk abangnya sebelum kejadian itu.

"Polis tidak membenarkan campur tangan keluarga memujuk abang saya yang tidak bersenjata yang ketika itu berada di dalam rumah, malah tindakan polis menggunakan pistol tersasar menyebabkan abang saya terancam dan mula bertindak agresif.

"Kejadian ini berlaku kerana wujudnya provokasi kerana sepanjang pengetahuan kami sekeluarga serta penduduk di taman ini, abang saya tidak pernah bertindak ganas atau mengamuk dan dia bukan gila seperti didakwa sesetengah pihak," katanya pada sidang media di rumahnya, semalam.

Menurutnya, tujuan ibunya Habibah Mahmud, 60, menghubungi polis bukan kerana abangnya mengamuk, sebaliknya bagi memujuknya mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, dia diberitahu ibunya bahawa abangnya itu kehabisan ubat beberapa hari lalu dan tidak tidur selama dua hari.

"Ibu saya menghubungi Hospital Kuala Pilah dan mereka mengarahkan ibu saya meminta polis membawanya ke hospital," katanya.

"Keluarga saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan dipantau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, polis menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan meminta pihak luar supaya tidak membuat tuduhan sehingga siasatan selesai.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Isnin lalu, anggota polis berpangkat sarjan cedera parah di kepala, leher dan telinga kirinya hampir putus dilibas dengan parang.

Mubarak Tersungkur, Golongan UMNO Kecut Perut - Buat Laporan Anwar Nak Cabut Lari!

Posted: 11 Feb 2011 05:17 PM PST

Golongan berbadan gempal dan bersongkok tinggi (PERKASA) meneruskan tugas dan peranan mereka - membuat laporan polis - kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke luar negara sekiranya beliau dijatuhi hukuman bersalah dalam kes Sodomi 2.

Antara negara yang didakwa akan membantu Anwar melarikan diri ialah Australia, Turki dan Amerika Syarikat. Puak ini terlupa memasukkan sebuah lagi kuasa tanpa negara - Israel.

Jika tidak, pasti Hishamuddin Husein terkejut berok sekali lagi seperti mana beliau 'mendengar tanpa membaca' laporan mengatakan Anwar TIDAK ditaja oleh kumpulan pelampau Asia Barat dan terus mengarahkan pihak SB melakukan siasatan. Namun begitu, tunggu sajalah selepas ini, si Hishamuddin pasti melatah mengarahkan pihak polis, imigeresen mengambil tindakan segera.

Yang hebatnya mengenai golongan berbadan gempal ini, mereka kerap mendapat maklumat sulit berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin pembangkang tetapi pekak, buta dan tuli dengan pelbagai maklumat, bukti penyelewengan yang melibatkan ratusan billion Ringgit duit Rakyat yang 'telah melarikan diri' ke luar negara.

Duit komisen pembelian kapal selam berjumlah lebih setengah billion Ringgit yang telah dibawa lari oleh sahabat baik isteri Rosmah, boleh disenyapkan begitu saja. Begitu juga dengan kes pembunuhan seorang warganegara Mongolia yang mempunyai hubungan dengan sahabat baik isteri Rosmah.

Dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pihak pembangkang, PERKASA mempunyai saluran maklumat dan inteligen yang lebih hebat dan boleh memalukan PDRM.
-wargamarhaen


'Anwar plans to flee if convicted'

KUALA LUMPUR: Perkasa claims that Opposition Leader Anwar Ibrahim is making plans to flee Malaysia in order to escape a prison sentence in relation to his Sodomy II trial.

The movement's Youth chief Arman Arza Abu Hanifa said that he was informed of this by those in PKR, the party which Anwar helms.

According to his sources, Anwar would escape with the assistance of the Turkish, Australian and the US governments should he be convicted.

The former deputy prime minister is known to have close relations with the three governments whose leaders have expressed support and demanded a fair trial for Anwar.

Arman further claimed that logistics arrangements have been made for the opposition leader to flee and and ways have been planned for him to be "smuggled out" of Malaysia.

"We demand that the Home Ministry confiscate his passport to prevent him from fleeing," he told reporters after lodging a report on the matter at the Dang Wangi police headquarters here.

The Perkasa leader also said that Anwar is planning to organise mass demonstrations "ala Thailand and Egypt" which would threaten national security.

No details were given on the escape plan although Arman said he has in his possession detailed information.

"The police have told us not to inform reporters of the plan," he said when quizzed by reporters.

'Self-inflicted car accident'

He also claimed to have received leaked information about a plan for "a self-inflicted car accident" in a bid instigate the electorate.

The meeting to plan the car accident was held by Pakatan Rakyat leaders on Feb 2 this year, he alleged.

"Why does he want to do this? Is this a propaganda by Anwar to get sympathy? To incite hatred towards the government?" he asked.

Arman said Anwar was apparently "hiding something" and is masterminding a plot judging from how "he had tried to delay his trial" numerous times.

Allegations of Anwar trying to flee the country should he be convicted has been circulating for some time although the opposition has denied this.

Anwar, who spent six years in jail previously, was charged with sodomy again in 2008. He was accused of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

The opposition leader has claimed that both charges were trumped up by his political rivals, a charge which the government has denied. - FMT


[Video & Bergambar] Mubarak Letak Jawatan - Sejarah Baru Kebangkitan Rakyat

Posted: 11 Feb 2011 04:00 PM PST

Mubarak Undur, Rakyat Mesir Larut dalam Haru

KAHERAH - Jutaan rakyat Mesir larut dalam kegembiraan merayakan kemenangan mereka atas Presiden Hosni Mubarak yang pada hari kelapan-belas akhirnya menyatakan perletakan jawatannya setelah berkuasa selama 30 tahun.

Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan, berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang perletakan jawatan Mubarak tersebut.

"Kita telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (11/2/2011) waktu tempatan.

Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak.

Suasana bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan kegembiraan.

"Saya adalah salah seorang yang menolong menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam perayaan di Tahrir.

Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya dari ketidakadilan," ujarnya.

Di luar stesyen TV nasional Mesir, demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank.

"Saya tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir," tambahnya.


Hosni Mubarak letak jawatan Presiden

KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.

Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.

Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.

"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.

Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.

Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan. - Agensi





















PRK Merlimau: Lebih Ramai Bukan Melayu Hadiri Ceramah TG Nik Aziz

Posted: 11 Feb 2011 02:45 PM PST

Lebih ramai kaum bukan Melayu yang hadir mendengar ceramah TG Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada kaum Melayu di Merlimau malam tadi. Ini adalah satu perkembangan yang baik sempena pilihanraya kecil DUN Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti.

TG Nik Aziz di dalam ucapannya menyeru semua penduduk di Merlimau termasuk kaum Cina dan India di Merlimau supaya tidak gentar untuk melakukan perubahan dan tidak termakan hasutan UMNO yang menakut-nakutkan kaum bukan Islam terhadap Islam.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah bukti nyata bahawa Islam tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum kerana Islam dengan keadilannya adalah sesuai dengan fitrah manusia.

TG Nik Aziz menjelaskan bahawa asal manusia semuanya dari Adam. Islam datang menghapuskan rasisma. Baginda Rasullullah saw, menurut TG Nik Aziz telah berjaya menyatukan penduduk Arab yang terdiri dari pelbagai kaum dan puak seperti Salman dari Parsi dan Bilal dari Habsyi (Afrika) di bawah naungan Islam.

"Tiada kelebihan diantara manusia melainkan yang bertaqwa," jelas TG Nik Aziz.

Sebelumnya, YB Salehuddin Ayub di dalam ucapannya merakamkan rasa gembira kerana melihat ramai kaum bukan-Melayu terutama kaum Cina yang hadir pada majlis pertemuan malam tadi.

Di dalam ucapannya YB Salehuddin telah menyatakan bahawa PAS, DAP dan PKR akan mampu menggantikan kerajaan Barisan Nasional sebagai teraju pemerintahan negara.

Berbeza dengan zaman lampau, kaum Cina terutamanya, takut untuk hadir di dalam ceramah-ceramah PAS, tetapi suasana hari ini sudah berbeza.

YB Abdullah Sanusi, Ahli Parlimen Kuala langat pula meminta kaum bukan-Melayu di Melaka melakukan perubahan seperti yang ditunjukkan oleh kaum bukan-Melayu di Selangor.

"Jika Selangor boleh berubah, tiada sebab Melaka tidak boleh," jelas beliau.

YB Abdullah Sanusi menyeru supaya rakyat Melayu, Cina dan India bekerja bersungguh-sungguh supaya UMNO BN dikuburkan ke dalam Muzium Negara," tambahnya.

Majlis Ramah Mesra ini telah dirancang lebih awal iaitu sebelum penetapan tarikh penamaan calon dan pilihanraya bagi DUN Merlimau oleh Suruhanjaya Pilihanraya, malah sebelum kerusi DUN Merlimau kosong kerana kembalinya Allahyarham Mohd Hidhir ke rahmatullah. Justeru itu tidak timbul soal berkempen lebih awal, jelas pemimpin PAS Kawasan Jasin yang GB temui.




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Polis Siasat Klip Video Penari Bogel

Posted: 11 Feb 2011 07:10 AM PST

Polis Sabah masih meneruskan siasatan ke atas sebuah klip video yang menunjukkan sekumpulan wanita menanggalkan pakaian dan menari dalam keadaan berbogel di tengah-tengah spekulasi menyatakan klip video dua minit itu telah dirakam di satu kawasan di negeri Sabah.

Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib menyatakan semalam bahaw atiada bukti video yang menunjukkan wanita berbogel yang dilihat menari di hadapan penonton itu, dirakam di Sabah.

"Apa yang dapat dikatakan dari maklumat yang kita kumpulkan dari video tersebut ialah semuanya berlaku di waktu siang hari.

"Ia mungkin di Sabah atau juga di negara jiran," tambahnya, menyatakan polisjuga sedang cuba untuk mengenalpasti individu-individu di dalam video berkenaan.

Hamza menyatakan pihak polis negeri sudah menghantar sesalinan video ke unit forensik untuk penganalisaan yang lebi terperinci.

Laporan mengenai klip video tersebut telah tersebar di akhbar tempatan di sini beberapa minggu lalu dan menyatakan ia berkemungkinan dirakam di Sabah berberdasarkan muzik latarbelakangnya merupakan sebuah lagu Kadazandusun.

Hamza semalam menerangkan lagu berkenaan mungkin telah dimasukkan semasa proses suntingan video tersebut dilakukan.

Beliau menambah polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 294 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti tidak bermoral di khalayak ramai.

Sejak Bila Pegawai Keselamatan Boleh Gunakan Tangan Tutup Mulut Pelajar?

Posted: 11 Feb 2011 05:45 AM PST

Seorang pegawai keselamatan mengambil tindakan yang tidak patut terhadap seorang pelajar dengan menekap mulutnya ketika mahu memberikan ucapan.


Satu sidang media anjuran kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini terganggu apabila ia cuba disuraikan oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden yang berlangsung selama kira-kira 15 minit itu bermula apabila seorang pegawai keselamatan mula menghampiri kumpulan mahasiswa berkenaan yang berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pegawai berkenaan seterusnya meminta kumpulan mahasiswa seramai kira-kira 20 orang itu supaya beredar.

"Saya minta kepada semua bersurai. Kalau tidak bersurai, saya akan hantar nama kamu ke HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tolong fikir masa depan (kamu) dan emak ayah kamu di rumah," kata pegawai berkenaan.

Selain itu, seramai sepuluh orang pegawai keselamatan yang lain turut berada di situ bagi mengawal keadaan.

Lima orang pegawai berkenaan kemudiannya mula mengambil butiran peribadi mahasiswa yang enggan berganjak daripada lokasi berkenaan.

Pelajar berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan kad pelajar masing-masing.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar berkenaan berkeras untuk meneruskan sidang media walaupun dilarang daripada berbuat demikian.

Menurut seorang aktivis pro-M Sabri Jamaluddin mendakwa, seorang pegawai keselamatan mengambil tindakan yang tidak patut terhadapnya dengan menekap mulutnya ketika mahu memberikan ucapan.

Ekoran itu berlangsung 'pujuk-memujuk' antara beberapa aktivis pro-M dengan pasukan keselamatan bagi meneruskan sidang media berkenaan.

Kumpulan pelajar berkenaan memberi alasan, sidang media perlu diteruskan memandangkan para wartawan telah hadir untuk membuat liputan.

Di saat itu juga, jumlah pelajar yang menyertai kumpulan itu bertambah kepada 40 orang.

'Semua naik ke atas!'

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

Kumpulan pelajar berkenaan bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.

Salah seorang pelajar yang mengetuai kumpulan itu, Mohd Izzuddin Hilmi kemudiannya mengarahkan pelajar berkenaan supaya berpindah ke bahagian atas kawasan aktiviti pelajar itu.

Semua naik ke atas (Gazebo)," kata Mohd Izzuddin dengan muka merah padam.

Akur dengan arahan itu, kumpulan berkenaan mula menaiki tangga Gazebo berkenaan sambil melaungkan "Student Power" dan "Bangkit Mahasiswa" beberapa kali.

Beberapa minit kemudian, barulah bunyi siren daripada kereta peronda keselamatan itu dihentikan dan pelajar berkenaan berjaya meneruskan sidang media berkenaan.

Dalam sidang media itu, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhammad Hasan mengkritik insiden itu sebagai "kematian demokrasi di kampus".

"Ia sebagai usaha untuk menutup kebebasan bersuara. Nak buat sidang media, disekat, malah nombor kad matrik diambil," katanya.

Pelajar berkenaan berjaya mengadakan sidang media selama 10 minit sebelum disuraikan oleh dua anggota keselamatan kampus.

Ulasan GB

Menteri Pengajian Tinggi dan Timbalannya, sila jawab soalan ini:

Apakah Pegawai Keselamatan di IPTA ada hak untuk menggunakan tangannya di dalam menjalankan tugasnya dengan menutup mulut mahasiswa, apatah lagi di dalam keadaan pegawai keselamatan itu bercekak pinggang? Banyak besar kamu punya pangkat? Tinggi sangat kamu punya belajar sehingga boleh tunjuk lagak sedemikian rupa?

Apakah pelajar yang melakukan satu "sidang media", pihak universiti sudah merasakan begitu takut dengan aktiviti pelajar?



UMNO Goyah Bila MCA Kecundang Di Kawasan Campuran

Posted: 11 Feb 2011 05:09 AM PST

Pola pengundian PRK Tenang mungkin petanda kejatuhan Barisan Nasional dalam tempoh tujuh tahun. Bayangkan, PAS menumpaskan MCA di kawasan campuran, yang merupakan kubu MCA sebelum 8 Mac 2008. Sebelum "tsunami politik", kubu MCA sebenarnya berada di kawasan campuran - kerana DAP gagal meraih sokongan Melayu, sementara PKR dan PAS gagal memperolehi undi Cina.

Namun, senario politik telah berubah. Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS. Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".

Jikalau pola ini kekal, maka ia bermakna MCA akan tewas kepada DAP di kawasan majoriti Cina, malah berkemungkinan tumpas kepada PAS dan PKR di kawasan campuran. Jadi, persoalannya, daripada 15 kerusi parlimen yang sedia ada, berapakah yang mampu dipertahankan MCA dalam PRU akan datang?

Pakatan DAP-PAS

PAS dibantu kedua-dua rakan partinya, DAP dan PKR dalam PRK Tenang kali ini. DAP terutamanya, menurunkan pemimpin peringkat kebangsaannya untuk berkempen. Malah, untuk kali pertama DAP menyiarkan iklan di akhbar Cina, Sin Chew Daily (1/4 muka surat di edisi tempatan) setiap hari - untuk PRK yang ditandingi rakan parti. Menurut Penasihat Strategi Pilihanraya, Liew Chin Tong, daripada 14 PRK yang berlangsung, hanya PRK Bukit Gantang (ditandingi Nizar Jamaluddin) dan PRK Sibu (ditandingi DAP sendiri), yang mampu menyamai PRK Tenang dari segi sumber yang dicurahkan oleh DAP.

Matlamat strategi DAP adalah supaya prestasi PAS mengatasi DAP. Keputusannya menyaksikan matlamat ini tercapai. Dalam pilihan raya yang lalu, DAP yang bertanding kerusi parlimen Labis memperolehi lebih undi Cina di kawasan DUN Tenang berbanding PAS, sementara PAS memperolehi undi yang lebih banyak daripada DAP di kawasan Melayu. Tidak sukar untuk menjelaskan fenomena ini - sesetengah penyokong DAP menolak calon PAS, manakala sesetengah penyokong PAS tidak yakin dengan calon DAP.

Antara faktor yang menjurus kepada fenomena ini adalah hasil daripada dasar pecah dan perintah oleh Barisan Nasional dalam ruang wacana. Dalam PRK Tenang kali ini, MCA menyerang PAS yang kononnya membawa Islam yang ekstrem, sementara UMNO menyerang PAS kerana mengkhianati agama dan bangsa - manifestasi wacana tradisional yang digunakan BN.

Namun, apa yang membimbangkan BN adalah, perbezaan kadar undi Cina yang diperolehi DAP dan PAS semakin rapat. Dalam empat peti undi yang mana kadar pengundi Cinanya lebih tinggi, kadar undi yang diperolehi PAS pada tahun 2008 telah mengatasi kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2004, walaupun masih belum terjangkau kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008. Dalam PRK Tenang kali ini, kadar undi yang diperolehi PAS di Labis Tengah hampir menyamai kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008!

Seandainya fenomena ini juga berlaku di dua kawasan pengundian yang berdekatan (iaitu Labis Timor dan Labis), ia membawa makna bahawa komuniti Cina telah melihat dan menerima DAP-PAS sebagai satu gabungan. Pengundi Cina DAP menyokong PAS, lebih kurang keadaannya sebagaimana pengundi Melayu UMNO menyokong MCA.

PAS dan undi Melayu

Persoalan yang tercungkil di sini adalah, apakah PAS akan menjadi MCA versi Melayu? Sebelum ini, ada pandangan bahawa PAS mungkin tidak senang apabila DAP menyindir MCA kerana kehilangan sokongan Cina. Ini kerana PAS juga berdepan dengan masalah gagal meraih sokongan Melayu di kawasan desa dan mungkin dilihat sebagai boneka DAP.

Sememangnya, terdapat sesetengah pemimpin dari golongan konservatif yang agak gelisah apabila PAS semakin bergerak ke tengah. Namun, PAS adalah sebuah parti yang pragmatik. Meskipun melihat kegagalan sebagai ujian daripada Tuhan, namun kemenangan tetap akan diiktiraf. Misalnya, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar kanan) yang meraih sokongan bukan Melayu, meskipun kehilangan sedikit sokongan Melayu - tetap disanjung tinggi akar umbi partinya. Pemimpin yang popular di kalangan bukan Melayu seperti Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, juga tidak tersingkir dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam parti.

Pemimpin PAS yang saya kenali tidak bimbang dengan kebangkitan pengaruh DAP. Mereka hanya mengeluh kerana kadar pengundian Cina yang rendah sehingga gagal menghakis undi majoriti BN. Di kubu UMNO, ada kalanya PAS langsung tidak berpeluang untuk bertemu dengan pengundi. Jadi, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila PAS kehilangan sedikit undi Melayu ketika dalam PRK.

Mengapa PAS tetap tenang ketika berdepan dengan asakan demi asakan dari UMNO, malah tidak khuatir bahawa dirinya mungkin berakhir sebagai MCA? Pokoknya, PAS agak yakin dan berpegang kuat pada ideologinya. Mereka tenang ketika menghambat kuasa, maka sanggup bersikap fleksiber dalam pendirian partinya, tetapi tidak berganjak dari prinsipnya. Berbanding MCA, yang kekosongan dalam "ideologinya", dengan makna kewujudannya sebagai "wakil Cina dalam kerajaan". Segala kompromi yang dilakukan pemimpin MCA dilihat sebagai demi kuasa dan kepentingan individu, lantas gagal meyakini pengundinya.

UMNO gagal mengekalkan keabsahan kemajmukannya

Jikalau pola pengundian PRK Tenang kekal, undi Melayu (dan India) kembali ke pangkuan BN pada kadar berlainan mengikut faktor tempatan, dan undi Cina pula tetap bersama pembangkang - apakah senario politik Malaysia seterusnya?

Apakah akan wujud fenomena "Melayu sebagai pemerintah, Cina sebagai pembangkang" (sebagaimana yang dipropagandakan MCA sekarang)? Secara tepat, jawapannya tidak. Ini kerana seandainya kadar sokongan Cina terhadap PR cukup tinggi, maka ramai pemimpin Melayu PKR dan PAS bakal menang di kawasan campuran. Dengan kata lain, ramai calon MCA, Gerakan dan MIC akan kecundang, dan menjurus kepada senario "Pemerintah hampir semuanya Melayu, Pembangkang pula mencerminkan kemajmukan (sungguhpun lebih banyak wakil Cina)".

Jadi, apakah ia akan menjurus kepada ketidakstabilan dalam hubungan kaum? Cuba bayangkan kabinet yang didominasi lebih 80% Menteri UMNO - semestinya menjolok mata. Maka, mungkin semua wakil rakyat MCA, MIC dan Gerakan yang "terselamat" akan diberi jawatan menteri, menjadi Mah Hang Soon (EXCO Perak) versi Persekutuan atau Subramaniam (Menteri Sumber Manusia-MIC) versi Cina.

Untuk mengekalkan keabsahan sebagai kerajaan yang mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum, maka UMNO perlu memikat hati komuniti Cina. Mana-mana tindakan yang menindas kaum Cina dan bukan Melayu akan dikecam pemimpin Cina dan bukan Melayu dalam PR. Lebih penting, tindakan tersebut akan dihujani kritikan pemimpin Melayu dan muslim PR sebagai "rasis".

Sememangnya, golongan kanan dalam UMNO akan menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan kerana memberi layanan yang baik kepada "golongan minoriti yang tidak tahu bersyukur". Maka ia akan menyukarkan Najib atau pewarisnya untuk mengimbang antara dua pihak - lantas mempercepatkan langkah kemusnahan BN.

Tembak kuda dahulu

Sebelum ini, analisa terhadap strategi untuk meleraikan BN adalah berdasarkan logik "tangkap ketua dulu jikalau nak tangkap gerombolan perompaknya" (pepatah Cina). Maksudnya, BN tidak akan tumbang selagi UMNO tidak tumbang. Maka lebih 50% Melayu diperlukan untuk menyokong PR demi menjatuhkan UMNO.

Namun, iktibar yang diperolehi selepas PRK Tenang adalah, "tembak kuda dulu untuk jatuhkan orang di atasnya". Seandainya MCA dan parti komponen BN yang menjadi tunggangan UMNO ditembak, maka UMNO perlu turun dari kuda dan berperang secara dekat - tanpa diselindungi mitos politik "perkongsian kuasa".

Dari sudut ini, mungkin ramai pengundi Cina yang gagal mengundi "huan" (tukar) kali ini kerana trak kerajaan enggan membawa mereka ke pusat pengundian. Namun, sebahagian keputusan ini memberi isyarat bahawa, seandainya pola pengundian Cina ini berulangan di kawasan lain, soal "Tukar" hanyalah persoalan masa sahaja. -MR

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Disedut, terjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 3 Februari 2011

Tiada Kes Prima Facie Ke Atas Bekas Ahli Parlimen PAS Jeli - Mahkamah

Posted: 11 Feb 2011 04:30 AM PST

Bekas Anggota Parlimen Jeli Lepas Dan Bebas Tuduhan Palsukan Dokumen

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Jumaat melepas dan membebaskan bekas anggota Parlimen PAS kawasan Jeli, Mohd Apandi Mohamad (gambar) terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lepas.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Mohd Apandi, 51, selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hizwen Azleena Othman Kamal, gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Nasir berkata terdapat beberapa keterangan daripada saksi pendakwaan yang bercanggah, menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan tarikh sebenar tertuduh menginap di hotel berkenaan seperti dalam pertuduhan.

"Keterangan saksi juga dilihat mengelirukan dan tidak konsisten berhubung nombor bilik yang diduduki oleh tertuduh ketika kejadian dan perkara ini tidak dijelaskan oleh pihak pendakwaan," katanya.

Beliau berkata pertuduhan berhubung status dan prinsipal tertuduh sebagai kapasitinya iaitu Ahli Dewan Rakyat kawasan itu yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah bersifat kabur dan tidak jelas.

Pihak pendakwaan mengemukakan seramai 37 saksi sepanjang prosiding itu.

Mohd Apandi didakwa sebagai Ahli Dewan Rakyat kawasan Jeli, mengemukakan tuntutan penyataan palsu berhubung sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan yang terletak di Kota Bharu berjumlah RM31,050.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi. - BERNAMA

Gadis Meninggal Setelah Bercium Kali Pertama

Posted: 11 Feb 2011 02:00 AM PST

SSeorang gadis remaja pingsan lalu meninggal akibat sindrom kematian mendadak orang dewasa - Sudden Arrhythmic Death syndrome (SADS) beberapa minit setelah dia berciuman untuk pertama kalinya.

Lamanweb Telegraph.co Khamis (10/2/2011), yang mengutip penyelidikan atas kes tersebut melaporkan, Jemma Benjamin (18 tahun) dicium teman mahasiswanya Daniel Ross (21) di rumah pemuda itu setelah mereka keluar malam bersama pada April 2009. Namun Benjamin tiba-tiba jatuh ke sofa dan meninggal di depan mata Ross.

Siasatan menyebutkan Jemma meninggal karena SADS, satu keadaan jantung yang jarang yang membunuh 500 orang di Britain setiap tahun. Ross, yang mengenal Benjamin selama tiga bulan, berusaha keras untuk menyelamatkan gadis itu sebelum para doktor tiba di tempat kejadian. Namun pemeriksaan menujukkan, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan Benjamin.

Ross mengatakan kepada polis bahawa ia dan Benjamin sudah berteman selama tiga bulan - tapi itu untuk pertama kalinya mereka berciuman. Dia mengatakan, "Itu bukan hubungan seksual tapi kami bertemu beberapa lain kali seminggu. Kami akan pergi ke sebuah bar untuk makan dan kembali ke rumah saya untuk mengambil kad kredit yang saya lupa bawa. Kami berbual dan akhirnya berciuman di lorong dekat pintu depan. Kami ke dapur lalu ruang tamu dan Jemma duduk di sofa."

Ross mengatakan, kelopak mata Benjamin "tiba-tiba mulai terkulai" dan mulutnya mulai berbbuih sebelum dia jatuh di tempat tinggalnya yang merupakan flat mahasiswa di Treforest, Pontypridd, South Wales. Dia berkata, "Saya menelefon ibunya untuk mengetahui apakah dia menderita epilepsi. Dia jatuh dan tidak sedarkan diri."

Pemuda itu lalu menelefon 999 dan diberi panduan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) melalui telefon oleh operator kontrol Layanan Ambulans Welsh tetapi ia tidak dapat menyelamatkan gadis tersebut.

Ayah Benjamin mengatakan kepada persidangan atas kes itu bahawa dia pifir anak perempuannya dan Ross "hanya berkawan". Dia mengatakan, "Jemma sangat pemalu dan penakut."

Tiada ulasan: