Rabu, 9 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kijang Sesat Dalam Kawasan Rumah

Posted: 09 Feb 2011 01:00 AM PST

Aampang: Sukar dipercayai apabila petugas Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) menerima panggilan kecemasan mendakwa seekor kijang sesat dengan melanggar bertalu-talu dinding dan pintu rumah seorang penduduk di Taman Tun Abdul Razak, di sini.

Gambar:MANA MAHU LARI... kijang selepas ditangkap Perhilitan. Gambar kecil, anggota Perhilitan mengikat kijang berkenaan.

Kijang berkenaan yang dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran ditemui dalam keadaan cemas dan berlari-lari di dalam kawasan rumah penduduk kira-kira jam 8 malam kelmarin .

Laporan itu bagaimanapun disahkan benar apabila sepasukan empat anggota Pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tiba di banglo berkenaan dan mendapati seekor kijang berlari.

Ketua Operasinya, Leftenan Muda JPAM Shahrul Kamar Johari, berkata anggota bertugas mengepung kawasan rumah berkenaan bagi menangkap kijang betina itu.

"Kijang berkenaan melanggar pagar rumah dan dinding berkali-kali kerana panik. Ia turut melompat melepasi tembok pagar dua banglo berhampiran sebelum ditangkap seorang anggota JPAM. Usaha menangkap kijang yang cedera itu mengambil masa kira-kira 20 minit.

"Hasil pemeriksaan mendapati haiwan itu cedera di kepala, kaki dan badan selain keletihan akibat tindakannya yang agresif melanggar pintu dan tembok rumah di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, kijang itu dibawa ke ibu pejabat JPAM sebelum perkara berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Jabatan Perhilitan diketuai Timbalan Pengarahnya, Celescoriano Razond yang tiba tidak lama kemudian merawat kijang itu sebelum membawanya pulang untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, penemuan kijang di taman berkenaan kejadian kedua selepas seekor kijang dilaporkan tersesat di kawasan sama pada 2007.

Beliau berkata, haiwan itu dipercayai sesat dari hutan tebal di belakang taman berkenaan yang luasnya hingga ke daerah Hulu Langat.

"Ada kemungkinan haiwan liar itu tersesat dari habitat asal atau dikejar anjing liar hingga menceroboh masuk ke kawasan rumah berkenaan.

"Kijang berkenaan akan diberikan rawatan dan dipindahkan ke Zoo Melaka," katanya. -HM

PRK Merlimau: Strategi Pondan UMNO BN Guna Harta Awam Untuk Kegunaan Parti

Posted: 09 Feb 2011 12:08 AM PST

Setiausaha jentera pilihanraya PAS di Melaka, Bahiki Ismail kesal dengan sikap Umno/BN yang terus menerus menggunakan kemudahan awam untuk program politik kepartian.

Terbaru, dakwanya kerajaan menyalah-gunakan Dewan Politeknik Merlimau untuk program suaikenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi DUN Merlimau. Program tersebut melibatkan pengerusi perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga adalah ketua menteri.

Program telah berlangsung Isnin lalu dan melibat semua ketua-ketua peti undi di DUN Merlimau.

"Umno/BN sering menuduh PAS berpolitik di masjid dan surau tanpa bukti tetapi sebaliknya merekalah yang sering menggunakan surau, masjid, sekolah dan institusi masyarakat yag lain untuk program politik mereka".

"Kita tidak kisah jika program itu adalah program kerajaan dan agensi-agensinya tetapi yang kita kesalkan ialah mereka secara terang-terang menggunakan harta rakyat yang dibiayai dengan duit rakyat untuk program politik mereka." kata Bahiki (atas, kanan) dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menggesa tindakan menggunakan harta awam untuk program parti dihentikan serta merta kerana ia jelas mengheret institusi awam ke kancah politik.

Bahiki juga mengingatkan semua pengarah, pengetua, guru besar dan pegawai kerajaan supaya tidak tunduk dengan tekanan politik kepartian sehingga membenarkan institusi di bawah tanggungjawab mereka digunakan sewenang-wenangnya oleh Umno/BN untuk program parti.

"Tuan-tuan dan puan-puan diberi amanah untuk menjaga harta dan kemudahan awam janganlah kerana tekanan politik kita sanggup mengabaikan amanah yang dipikul oleh kita.

"Pengunaan harta dan kemudahan awam sudah berlaku dari dulu, kini dan mungkin selamanya namun kita kesal kerana pihak berwajib seperti polis, SPRM, SPR dan sebagainya tidak berani mengambil tindakan walaupun sudah acapkali kita membuat laporan agar tindakan di ambil ke atas pihak terbabit" katanya.

Beliau berharap Umno/BN tidak mengulangi kesilapan itu pada kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau kerana ia perbuatan menyalah-gunakan duit rakyat.

"Umno/BN wajar mencontohi PAS yang menjalankan program di premis parti kerana PAS tahu etika dan undang-undang.

"Jika perkara ini berulang, PAS juga sepatutnya dibenarkan untuk mengadakan program di semua institusi awam kerana PAS juga parti berdaftar" kata Bahiki lagi. -mk

Ulasan GB

Pakatan Rakyat perlu untuk mengumpulkan bukti-bukti terhadap penggunaan jentera dan harta awam oleh UMNO BN untuk kepentingan kepartian.

Ia menyalahi undang-undang dan sekalipun diketahui nanti SPR akan tidak akan berbuat apa-apa malah membela UMNO/BN, tugas kita membuat aduan dan pendedahan kepada rakyat perlu dilakukan.

Setidak-tidaknya Tuhan Mengetahui kita telah "berusaha" untuk menunjukkan ketempangan perjalanan sistem pilihanraya di negara kita sekian lama. Dan Dia Maha Berkuasa untuk membantu pihak yang teraniaya dan dizalimi.

[Bergambar] Kediaman Bekas Juara Bina Badan Negara Terbakar

Posted: 08 Feb 2011 10:46 PM PST

Kuching – Badan bekas Mr. Asia, Bujang Taha bergetar-getar sambil ditenangkan oleh isterinya apabila menyaksikan rumah beliau ranap dijilat api dalam kebakaran petang tadi.

Gambar: Bekas juara bina badan negara Bujang Taha, 74, pasrah melihat kediamannya hangus terbakar di Kampung Tanjung dekat Petra Jaya, Sarawak kira-kira 2.05 petang tadi. – Foto Bernama

Bujang, 74, jaguh bina badan yang terkenal di negara Asia sekitar tahun 70an dan 80an, bukan sahaja kehilangan rumah sekelip mata, namun barangan peribadi seperti trofi, medal emas dan hadiah yang dimenangi semasa bergiat aktif dalam bidang bina badan.

Bagi beliau, barangan peribadi ini terlalu bernilai sentimental, yang tidak dapat diganti sampai bila-bila.

"Selain kerugian wang tunai sebanyak RM27,000, kebakaran ini turut memusnahkan harta benda lain yang dianggarkan keseluruhannya bernilai RM300,000," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Menurut Bujang, kira-kira jam 2.05 petang, beliau pergi ke tingkat atas rumahnya di Kampung Jalan Tanjong Merdeka apabila beliau melihat percikan elekktrik di siling.

Beliau terus menjerit menyuruh isterinya, 86, yang kebetulan sedang menikmati makan tengah hari bersama cucu masing-masing berusia 9, 11 dan 13 di tingkat bawah keluar menyelamatkan diri.

Namun tidak banyak harta benda dapat diselamatkan memandangkan api marak begitu pantas memusnahkan rumah kayu yang didiami oleh 11 penghuni itu.
Malah kebakaran itu turut merebak ke rumah jiran di sebelah.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 petang. Seramai 15 anggota bomba bersama dua enjin pemadam api dari Padungan dan Petra Jaya digegaskan ke tempat kejadian dan tiba di tempat kejadian pada jam 2.53 petang.

Api berjaya dikawal pada jam 3.08 petang.

Ketua Balai Bomba Petra Jaya Madu Anggut berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

"Api merebak begitu panta disebabkan angin kuat dan rumah yang dibina dari kayu," katanya lagi sambil menambah pihak bomba masih menyiasat punca dan kerugian kebakaran. -sarawakupdate










Pertambahan Luarbiasa Jumlah Pemilih Baru - Misi Untuk Kalahkan PR Dalam PRU13?

Posted: 08 Feb 2011 09:15 PM PST

Pendaftaran pemilih baru pada suku terakhir 2010, melibatkan bulan Oktober hingga Disember, meningkat secara ketara sehingga mencecah 300,000 orang – dilihat dipengaruhi 'demam' spekulasi pilihan raya umum dan gerakan pendaftaran secara agresif oleh parti-parti politik.

Perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu berbanding 246,962 orang antara Julai dan September lalu.

Jumlah permohonan baru bagi suku terakhir tahun lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding suku pertama 2010.

Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun.

"Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun keempat, Oktober hingga Disember, SPR telah menerima sebanyak 292,44 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi," kata pegawai perhubungan awamnya Sabri Said dalam satu kenyataan.

Arah aliran peningkatan jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihan raya umum ke-12, yang berlangsung pada suku pertama tahun 2008.

Sehingga 27 Disember lalu rekod SPR menunjukkan negara mempunyai 11,532,876 pengundi iaitu 5.956 juta pengundi kalangan orang Melayu, Cina (3.571 juta), India (839,700), Bumiputera Sabah (540,086), Bumiputera Sarawak (472,628), Orang Asli (57,453) dan lain-lain (94,555).

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak dapat memberikan jumlah permohonan baru kasar melibatkan suku terakhir meskipun beliau mengharapkan ia akan mencecah paras 250,000.

Dalam kenyataanya hari ini Sabri berkata, selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2010 akan dipamerkan mulai esok hingga 15 Februari ini di 1,006 tempat pameran di seluruh negara.

Sehubungan itu kata beliau, mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi harus menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010.

"Dalam hal ini mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," katanya.

Beliau berkata, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan tersebut dengan mengisi Borang C.

Kata Sabri, selain mempamerkan nama-nama pemilih baru dan nama-nama pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.

"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meningal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau perkhidmatan polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," katanya.

"Di sini juga SPR ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 akan datang, SPR menasihatkan kepada pemilih-pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka," katanya.

Kata beliau, ia penting bagi memastikan pemilih-pemilih terbabit didaftarkan di lokaliti yang betul dan bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih atau pun menukar lokaliti seseorang tanpa dipohon.

"Jika keadaan ini berlaku menjadi sesuatu pilihan raya, SPR tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya.

"Sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti dan maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR," katanya.

Selain itu katanya, bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.

"Jika ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi ibu pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

"Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010," katanya. -TMI

Ulasan GB

Tiada ribut, tiada tsunami.. tiba-tiba kita dikejutkan berita SPR mengumumkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu berbanding 246,962 orang antara Julai dan September lalu.

Sekadar untuk renungan semula, Sekretariat Media PAS bagi PRU-12 pernah mengemukakan aduan bahawa:


Operasi sebegini telah dilaksanakan oleh BN untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004. Pada tahun tersebut, kita semua maklum tentang banyak perkara yang luarbiasa seperti yang telah dilaporkan sebelum ini antaranya:-

a. Pertambahan jumlah pengundi dalam daftar pemilih Terengganu yang luarbiasa sejak tahun 2000 hingga 2004;

b. Peratus keluar mengundi yang meningkat luar biasa sehingga lebih 90% di sesetengah tempat (yang anehnya Pengerusi SPR telah membuat kenyataan beberapa hari sebelum hari mengundi bahawa beliau mengjangkakan berlaku pertambahan peratus keluar mengundi yang besar pada tahun tersebut);

c. Pengundi-pengundi yang tidak dapat mengundi kerana rekod menunjukkan mereka sudah mengundi (bermaksud ada orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka);

d. Penambahan masa mengundi di Selangor. Penambahan masa ini dipercayai dibuat untuk membolehkan pengundi-pengundi upahan yang mengundi di Terengganu sempat berpatah balik bagi mengundi di Selangor (di dalam keputusan petisyen pilihanraya bagi Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia, mahkamah telah memutuskan bahawa penambahan masa tersebut adalah pelanggaran kepada undang-undang, malangnya mahkamah tidak membatalkan kemenangan BN di atas alasan pelanggaran tersebut tidak menjejaskan keputusan pilihanraya)



Wang Tunai RM1.63 Juta Dirampas Dari Seorang "Datuk"

Posted: 08 Feb 2011 08:14 PM PST

Lelaki bergelar 'Datuk' ditahan bersama wang tunai RM1.63 juta yang disembunyikan dalam karung makanan anjing, sejumlah dadah jenis syabu, 500 biji pil eramin 5 dan 20 butir peluru hidup di Taman Cheras di sini, Khamis lalu.

Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu ditahan bersama isterinya yang berusia 29 tahun dalam kereta Toyota Camry selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.50 malam.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui 13 butir peluru jenis 30 Cabine 83 dan tujuh butir peluru hidup jenis Cabine SB.

Pasangan itu kemudian dibawa ke rumah mereka di taman sama sebelum menjumpai 500 biji pil eramin 5 dan 95 gram dadah jenis syabu serta wang tunai RM1.63 juta yang sebahagiannya disembunyikan dalam karung makanan anjing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata siasatan mendapati suspek bergelar 'Datuk' itu turut menjawat jawatan pegawai atasan Rela berdasarkan pada kad yang dimilikinya.

"Kita sedang mencari senjata kepada peluru yang ditemui bersama suspek.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan wang tunai terbabit digunakan bagi urusan pembelian atau penjualan dadah," katanya.

Kedua-dua suspek itu ditahan reman sehingga hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bandar raya turut menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah membabitkan warga asing dan tempatan di sekitar ibu negara, sejak 2 Februari lalu.

Dalam serbuan pertama ke atas sebuah rumah teres di Taman Puchong Hartamas pada 2 Februari lalu, lima lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan ditahan selepas polis menemui 24 paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 805 gram dan dua paket dadah jenis ganja seberat 117 gram.

Di rumah itu, polis turut merampas wang tunai RM128,822 dipercayai hasil dadah yang dijual ke luar negara, selain barang kemas, komputer riba, telefon bimbit dan sebuah kereta Proton Persona.

Semua mereka yang kini direman disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam serbuan lain Ahad lalu, ke atas sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini, polis menahan sepasang kekasih berusia 39 dan 25 tahun dan merampas dadah jenis ketamin dan heroin seberat 1.56 kilogram.

Turut dirampas tiga peluru hidup jenis Luger PMC 9mm dan tiga peluru hidup jenis Lugger Speed 9mm dan wang tunai RM150,750. -BH

"Sharpshooter" Pelik Beliau Dijadikan Sasaran Rais, Bukan Wikileaks Atau Migrant Care

Posted: 08 Feb 2011 07:30 PM PST

Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat tidak gentar untuk berhadapan tindakan saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau melahirkan kehairanan apabila blog beliau yang dijadikan sasaran saman menteri terbabit dan bukannya pihak lain yang juga turut mengulas isu yang sama di dalam mana-mana penerbitan.

"Cuma pelik sikitlah, sebab dalam banyak-banyak media yang menulis isu yang sama, tetapi saya pula yang 'terpilih', tak apalah, saya bersedia, tiada apa yang hendak digentarkan.

"Migrant Care, yang mempertahankan kenyataan mereka yang mendakwa menemubual pihak terbabit ataupun WikiLeaks sendiri yang mencetuskan isu ini contohnya tidak pula disaman." katanya.

Beliau juga memberitahu beliau hanya mengetahui tindakan saman terhadap beliau hanya diketahui melalui media dan sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam yang mewakili Rais.

"Saya cuma tahu perkara ini melalui berita. Sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam pihak satu lagi itu.

Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai

"Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan.

Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau yang enggan mengulas panjang berhubung isu ini ketika dihubungi bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada Rais yang menyebabkan jumlah pengunjung blog beliau mengalami peningkatan yang ketara.

"Maaflah, setakat ini itu sahaja yang dapat saya katakan, tak boleh nak ulas panjang tentang isu ini, cuma terima kasih kepada Rais kerana tindakan (saman) dia, pengunjung blog sharp shooter meningkat dengan ketara," katanya dengan nada berseloroh.

Sementara itu menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau dipanggil ke mahkamah.

"Setakat ini beberapa peguam telah menawarkan diri secara percuma untuk mewakili Amizudin termasuklah Shamsul," kata sumber itu.

Menurut sumber itu yang menyamakan kes tersebut dengan kisah Raja Namrud dan nyamuk yang pernah berlaku pada zaman Nabi Ibrahim juga mempertikaikan keengganan Rais menyaman pihak lain yang turut memainkan peranan untuk mendedahkan isu ini. -FMT

Ulasan GB

Teruskan perjuangan sdra Amizuddin. Semua blogger PR akan memberikan sokongan, insyaAllah.

GB sudah ulas sebelum ini.

Rais Sepatutnya Dakwa Wikileaks Dan Migrant Care, Bukan Blogger



Ibu Campak Anak Lima Tahun Dari Tingkat Enam Sebelum Bunuh Diri

Posted: 08 Feb 2011 06:30 PM PST

Wanita murung nekad bunuh diri terjun dari tingkat 10

Gambar: ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang dipercayai terjun dari tingkat 10 Flet Aman, Seri Kembangan, semalam.

SERDANG: Seorang ibu yang disyaki mengalami kemurungan mencampakkan anak perempuannya berusia lima tahun dari tingkat enam Blok B, Flet Aman, Jalan SK 6/1, Seri Kembangan di sini, tengah hari semalam, sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 10 blok bersebelahan.

Kejadian itu berlaku selepas suami mangsa, Teoh Hock Hwa, 45, keluar rumah untuk membaiki kereta selepas mengambil anaknya dari sebuah tadika sejam sebelum kejadian dan menghantarnya pulang serta meninggalkan mereka berdua di rumah.

Menurut Teoh, selepas 10 minit keluar dari rumah, dia menerima panggilan daripada jiran yang menyatakan isteri dan anaknya mati akibat terjatuh dari bangunan.

"Ketika menghantar anak pulang, saya turut membelikan makanan untuk anak dan isteri sebelum meninggalkan mereka di rumah. Ketika itu isteri saya menangis kerana ingin mengikut saya ke bengkel kereta, tetapi saya tidak mengendahkannya," kata Teoh yang kesal ketika ditemui di tempat kejadian.

Teoh berkata, sebelum kejadian itu beberapa jiran mendakwa melihat isterinya membawa kerusi dari rumah mereka di tingkat dua Blok B flet berkenaan menuju ke tingkat enam sebelum bertindak mencampakkan anak mereka.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Man Yee mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di badan, selain tangan yang hampir putus selepas tersangkut pada tangki air serta hentakan kuat pada kepala.

Selepas mencampakkan anaknya, isteri Teoh kemudiannya dilihat menuju ke Blok A sebelum naik ke tingkat 10 bangunan terbabit dan terjun ke bawah.

Mayat isteri Hock Hwa kemudian ditemui di tingkat bawah blok berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

Teoh berkata, beliau tidak menyangka isterinya sanggup bertindak sedemikian walaupun sedar dia mengalami kemurungan sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan, keluarga mangsa menyewa di tingkat 2 blok itu sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Razak Elias, berkata kes kematian anak beranak itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Kematian Mengejut (SDR) iaitu membunuh dan bunuh diri. -BH

Pelajar Tkn 5 Maut Terjatuh Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah

Posted: 08 Feb 2011 05:12 PM PST

Belikan saya keranda' - LEE...pesan dalam laman sosial

Gambar: DI SINI…lokasi di tingkat dua yang menjadi tempat mangsa terjatuh.

MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sempat mengingatkan rakannya supaya membelikan keranda untuknya menerusi blog laman sosialnya kira-kira 12 jam sebelum mangsa ditemui mati di pekarangan sekolahnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi, remaja berkenaan, Sally Lee Qian Chun, 17, ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua berhampiran bangunan Blok C menempatkan makmal sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota di Jalan Air Leleh, di sini.

Catatan pada blog laman sosial itu dipercayai dikirim sendiri remaja terbabit dalam bahasa Mandarin.

Dalam catatan itu, dia turut mengingatkan rakannya mereka adalah sahabat baiknya dan Tahun Baru Cina yang lalu, adalah yang terakhir buat dirinya.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit sedang mengikuti kelas teori kimia di makmal terletak di tingkat satu iaitu di bawah kelasnya, 5A di bangunan sama.

Katanya, semua guru dan pelajar tergamam apabila tiba-tiba mangsa keluar daripada kelas dan terus menuju ke tingkat dua.

"Tiba-tiba berlaku kekecohan dan guru serta pelajar kelasnya keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Ketika itu, mangsa sudah duduk di bahagian tembok penghadang di beranda dengan bahagian belakang badannya menghadap ke luar. Keadaan berlaku begitu pantas dan mangsa terus jatuh ke lantai berhampiran longkang di tingkat bawah," katanya ketika ditemui, di sini.

Sumber itu berkata, tiada siapa sempat menghalangnya kerana kejadian itu berlaku pantas dan mereka berada jauh daripada mangsa.

Katanya, mangsa berada dalam keadaan mengiring ke kiri dan dia dipercayai mati di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman di kepala akibat terjatuh.

Katanya, kejadian berkenaan disaksikan beberapa pelajar dan guru yang melihat remaja terbabit berada di beranda sebelum dia jatuh.



"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Gan Tian Loo turut meluangkan masa melawat tempat kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Satu jam selepas itu, Mohd Ali turut menziarahi keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Katil, di sini.

Usaha wakil Harian Metro untuk menemuramah ibu bapanya gagal apabila enggan ditemubual berikutan terlalu sedih dengan kehilangan anak perempuan mereka. -hm

[Video] Imej "Penunggang Kuda Misteri " Dirakam Di Dataran Tahrir

Posted: 08 Feb 2011 04:33 PM PST

Kaherah - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.

Gambar: SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi.



Kisah Seorang Anggota Unit Amal Dipukul, Digari & Disumbat Ke Lokap

Posted: 08 Feb 2011 02:36 PM PST

Pengalaman dipukul, digari dan disumbat ke dalam lokap oleh polis tidak mudah dilupakan oleh seorang anggota Unit Amal yang menyertai himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur Jumaat lalu. - gambar fail

Lebih-lebih lagi insiden buruk itu berlaku pada kali pertama beliau menyertai perhimpunan dan bertugas sebagai Unit Amal.

Sebelum ini, Hafizuddin Kamaruddin, 26, yang baru menyertai Unit Amal dari Kawasan Temerloh itu beranggapan pasukan polis mesra dan berhemah dengan orang ramai sebagaimana slogan digunakan pihak berkuasa itu.

"Namun apa yang saya alami sendiri Jumaat lalu tidak menggambarkan sedemikian," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Hafizuddin ialah salah seorang daripada tujuh peserta himpunan menyerahkan memorandum di kedutaan Amerika Syarikat yang telah diberkas polis selepas perhimpunan tersebut.

Menceritakan detik itu, beliau pada sebelah paginya pada hari tersebut bersama 20 orang Pemuda PAS Temerloh memakai seragam Unit Amal pergi ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk berkawal dan mengawal ketegangan tanpa sedikit pun terlintas untuk melakukan sebarang kekerasan.

Katanya, polis cuba menghalang perarakan daripada masjid lagi tetapi dengan kekentalan semangat Amal mereka bergerak dalam satu rantaian berjaya melepasi hadangan polis untuk ke kedutaan Amerika.

"Pada masa perhimpunan dan menyerahkan memorandum semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. Tetapi semasa sudah bersurai dan mula beredar pulang ada polis berpakaian biasa dan berseragam polis tiba-tiba menyemburkan sejenis asap pedih. Termasuk yang menjadi sasaran ialah muslimat.

"Ia berlaku 100 meter daripada bangunan kedutaan Amerika. Saya berada di barisan belakang ketika itu dan bersama rakan-rakan lain terpaksa menerpa menghulurkan air mineral kepada muslimat yang sedang kepedihan mata dan panik.

"Kemudian polis sembur lagi kali kedua yang membuatkan orang ramai menjadi marah. Bila saya cuba menyelamatkan muslimat tiba-tiba lima ke enam orang polis pakai seragam serang saya. Saya kena tumbuk, disepak, terajang dan dipukul dengan cota sehingga bengkak di kepala, luka di bibir dan cedera di siku, katanya.

Menceritakan pengalamannya, Hafizuddin berkata, beliau kemudiannya ditahan di dalam sebuah trak polis bersama enam lagi yang ditangkap.

"Satu jam setengah kami berada dalam Black Maria, kira-kira jam 6 petang kami dihantar ke lokap Balai Polis Dang Wangi untuk diambil kenyataan," tambahnya.

Kata Hafizuddin, selepas sembahyang Maghrib berjamaah dalam lokap barulah mereka diambil biodata peribadi. Tetapi apabila pegawai polis bertanya tentang demonstrasi mereka memilih untuk berdiam diri kerana banyak soalan-soalan provokasi yang ditanyakan.

Selepas itu mereka disoal siasat pula oleh pegawai penyiasat bernama Inspektor Lydia.

"Semasa disoal siasat kami disuruh duduk bersila atas lantai sedangkan dia duduk di atas kerusi, terasa betapa hinanya kami sedangkan kami tidak lakukan apa-apa jenayah. Masa itu kami desak untuk jumpa peguam tapi tidak dibenarkan. Dah lama barulah kami ditemukan dengan lima orang peguam.

"Kira-kira jam 11 malam kami diberitahu dapat jaminan mulut dan boleh balik
."

Jelas Hafizuddin, kenangan pahit dan pedih yang dialaminya tidak akan dilupakannya sepanjang hayat kerana sebelum ini mati-mati beliau beranggapan mesra rakyat dan bersifat pelindung.

"Kenapa apabila berhadapan dengan rakyat tiba-tiba mereka melakukan kekerasan? Sedangkan kami bukannya membawa senjata malah kami memang dah mula bersurai.

"Lagipun kami turun ke Kuala Lumpur kerana sensitif dengan pergolakan yang berlaku di kalangan negara umat Islam. Jadi kenapa sanggup perlakukan kekerasan terhadap kami?", soalnya. -harakahdaily












Israel Gembira Omar Suleiman Ganti Mubarak - Wikileaks

Posted: 08 Feb 2011 06:49 AM PST

WikiLeaks: Naib presiden Mesir rapat dengan Israel

Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara yang baru.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.

Pada 2008, memo diplomatik Amerika yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman sesawang WikiLeaks melaporkan, penasihat kepada kementerian pertahanan Israel, David Hacham, memberitahu pegawai Amerika bahawa rejim Zionis itu menjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai presiden Mesir.

"Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu.

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya.

- AFP/mk



Ulasan GB

Di Malaysia, jangan lupa Menteri Pertahanan Malaysia pernah menemui Ehud Barak, dan beberapa hari lepas diumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM6 Billion untuk membiayai kos kapal laut.

Sesuatu yang perlu diberikan perhatian serius ialah samada APCO Worldwide yang menjadi perunding untuk 1Malaysia ada terlibat di dalam "dealing" tersebut atau pun tidak..

Dan yang penting ke negara mana sebenarnya RM6 Billion itu pergi?


Najib Dikecam Hebat Oleh Bekas Duta Besar Amerika Ke Malaysia, John Malott

Posted: 08 Feb 2011 05:39 AM PST

Bekas duta kecam Najib kerana ketegangan kaum

Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.

Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

"Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott dalam komentarnya di AWSJ.

Malott mempersalahkan peningkatan ketegangan kaum dan agama yang tercetus baru-baru ini kerana sikap "toleransi kerajaan dalam beberapa kes memprovokasi dan faksionalisme etnik melalui kata-kata dan tindakan kerajaan".

Sambil memberi beberapa contoh, beliau juga mengimbas kejadian di mana seorang pembantu kanan Najib - Hardev Kaur menyarankan supaya tidak ada salib dipamerkan semasa perdana menteri mengunjungi rumah terbuka hari Krismas di kediaman Paderi Besar Katolik Kuala Lumpur.
500,000 tinggalkan Malaysia

"Ms Kaur kemudian berkeras berkata saranannya itu satu permintaan dan bukannya arahan, seolah-olah seperti rakyat Malaysia boleh menolak permintaan daripada pejabat perdana menteri," keluh Malott.

Contoh lain berhubung ketidak sensitif kerajaan, kata Malott, termasuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang membela tindakan sekumpulan penduduk yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di kawasan kejiranan mereka.

Malott juga menyentuh mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan "kurangnya patriotisme" di kalangan masyarakat Cina dan India di negara ini.

Turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".

Akibat ketegangan perkauman yang semakin memuncak, sebanyak 500,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu antara tahun 2007 dan 2009 - jumlah itu kecam Malott, adalah lebih dari dua kali ganda jumlah profesional Malaysia yang tinggal di luar negeri.

Beliau juga berkata Najib terpikat untuk mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang secara terang-terangan menentang pembaharuan ekonomi atas nama 'ketuanan Melayu'.


The Price of Malaysia's Racism
Slower growth and a drain of talented citizens are only the beginning.

Malaysia's national tourism agency promotes the country as "a bubbling, bustling melting pot of races and religions where Malays, Indians, Chinese and many other ethnic groups live together in peace and harmony." Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak echoed this view when he announced his government's theme, One Malaysia. "What makes Malaysia unique," Mr. Najib said, "is the diversity of our peoples. One Malaysia's goal is to preserve and enhance this unity in diversity, which has always been our strength and remains our best hope for the future."

If Mr. Najib is serious about achieving that goal, a long look in the mirror might be in order first. Despite the government's new catchphrase, racial and religious tensions are higher today than when Mr. Najib took office in 2009. Indeed, they are worse than at any time since 1969, when at least 200 people died in racial clashes between the majority Malay and minority Chinese communities. The recent deterioration is due to the troubling fact that the country's leadership is tolerating, and in some cases provoking, ethnic factionalism through words and actions.

For instance, when the Catholic archbishop of Kuala Lumpur invited the prime minister for a Christmas Day open house last December, Hardev Kaur, an aide to Mr. Najib, said Christian crosses would have to be removed. There could be no carols or prayers, so as not to offend the prime minister, who is Muslim. Ms. Kaur later insisted that she "had made it clear that it was a request and not an instruction," as if any Malaysian could say no to a request from the prime minister's office.

Similar examples of insensitivity abound. In September 2009, Minister of Home Affairs Hishammuddin Onn met with protesters who had carried the decapitated head of a cow, a sacred animal in the Hindu religion, to an Indian temple. Mr. Hishammuddin then held a press conference defending their actions. Two months later, Defense Minister Ahmad Zahid Hamidi told Parliament that one reason Malaysia's armed forces are overwhelmingly Malay is that other ethnic groups have a "low spirit of patriotism." Under public pressure, he later apologized.

The leading Malay language newspaper, Utusan Melayu, prints what opposition leader Lim Kit Siang calls a daily staple of falsehoods that stoke racial hatred. Utusan, which is owned by Mr. Najib's political party, has claimed that the opposition would make Malaysia a colony of China and abolish the Malay monarchy. It regularly attacks Chinese Malaysian politicians, and even suggested that one of them, parliamentarian Teresa Kok, should be killed.

This steady erosion of tolerance is more than a political challenge. It's an economic problem as well.

Once one of the developing world's stars, Malaysia's economy has underperformed for the past decade. To meet its much-vaunted goal of becoming a developed nation by 2020, Malaysia needs to grow by 8% per year during this decade. That level of growth will require major private investment from both domestic and foreign sources, upgraded human skills, and significant economic reform. Worsening racial and religious tensions stand in the way.

Almost 500,000 Malaysians left the country between 2007 and 2009, more than doubling the number of Malaysian professionals who live overseas. It appears that most were skilled ethnic Chinese and Indian Malaysians, tired of being treated as second-class citizens in their own country and denied the opportunity to compete on a level playing field, whether in education, business, or government. Many of these emigrants, as well as the many Malaysian students who study overseas and never return (again, most of whom are ethnic Chinese and Indian), have the business, engineering, and scientific skills that Malaysia needs for its future. They also have the cultural and linguistic savvy to enhance Malaysia's economic ties with Asia's two biggest growing markets, China and India.

Of course, one could argue that discrimination isn't new for these Chinese and Indians. Malaysia's affirmative action policies for its Malay majority—which give them preference in everything from stock allocation to housing discounts—have been in place for decades. So what is driving the ethnic minorities away now?

First, these minorities increasingly feel that they have lost a voice in their own government. The Chinese and Indian political parties in the ruling coalition are supposed to protect the interests of their communities, but over the past few years, they have been neutered. They stand largely silent in the face of the growing racial insults hurled by their Malay political partners. Today over 90% of the civil service, police, military, university lecturers, and overseas diplomatic staff are Malay. Even TalentCorp, the government agency created in 2010 that is supposed to encourage overseas Malaysians to return home, is headed by a Malay, with an all-Malay Board of Trustees.

Second, economic reform and adjustments to the government's affirmative action policies are on hold. Although Mr. Najib held out the hope of change a year ago with his New Economic Model, which promised an "inclusive" affirmative action policy that would be, in Mr. Najib's words, "market friendly, merit-based, transparent and needs-based," he has failed to follow through. This is because of opposition from right-wing militant Malay groups such as Perkasa, which believe that a move towards meritocracy and transparency threatens what they call "Malay rights."

But stalling reform will mean a further loss in competitiveness and slower growth. It also means that the cronyism and no-bid contracts that favor the well-connected will continue. All this sends a discouraging signal to many young Malaysians that no matter how hard they study or work, they will have a hard time getting ahead.

Mr. Najib may not actually believe much of the rhetoric emanating from his party and his government's officers, but he tolerates it because he needs to shore up his Malay base. It's politically convenient at a time when his party faces its most serious opposition challenge in recent memory—and especially when the opposition is challenging the government on ethnic policy and its economic consequences. One young opposition leader, parliamentarian Nurul Izzah Anwar, the daughter of former deputy prime minister Anwar Ibrahim, has proposed a national debate on what she called the alternative visions of Malaysia's future—whether it should be a Malay nation or a Malaysian nation. For that, she earned the wrath of Perkasa; the government suggested her remark was "seditious."

Malaysia's government might find it politically expedient to stir the racial and religious pot, but its opportunism comes with an economic price tag. Its citizens will continue to vote with their feet and take their money and talents with them. And foreign investors, concerned about racial instability and the absence of meaningful economic reform, will continue to look elsewhere to do business.

Mr. Malott was the U.S. Ambassador to Malaysia, 1995-1998. -ASWJ


Waspada: Virus Komputer Yang Membawa Rakannya Bersama

Posted: 08 Feb 2011 04:30 AM PST

Virus komputer yang satu ini amat unik. Tidak hanya mengganggu komputer mangsanya, virus tersebut juga punya senjata pemusnah yang lebih berbahaya. Jika komputer seseorang disambungkan ke internet, virus tersebut bakal memuat-turun virus lain.

Hebatnya, nama dan jenis virus yang di-download berbeza-beza untuk setiap komputer target baik dari nama maupun ukurannya. Hal inilah yang menyebabkan banyak program antivirus sekalipun sulit untuk melakukan deteksi dan pembersihan. Jika fail tersebut berhasil di download, maka secara automatik akan di aktifkan di komputer dan melakukan serangkaian kod jahat yang sudah ditanam di dalam tubuhnya.

Secara umum virus golongan trojan/backdoor ini cukup merepotkan. Ia akan selalu melakukan koneksi ke internet untuk memanggil alamat website yang sudah ditentukan yang akan ditampilkan secara terus menerus sehingga mengakibatkan komputer menjadi lambat. Pada saat diakses virus ini akan menginjeksi file yang mempunyai ekstensi EXE, DLL, dan HTM/HTML baik berupa file program maupun file system Windows sehingga diperlukan langkah pembersihan khusus.

Ciri dan gejala

Antivirus mendeteksi virus ini sebagai Win32.Siggen.8 sedangkan untuk file-file lain dikenali sebagai Trojan.Packed.21232, Trojan.Hotrend.34 atau Trojan.Starter.1602 sehingga disebut W32/Ramnit (Win32.Siggen.8). Berikut beberapa ciri dan gejala jika komputer terinfeksi virus W32/Ramnit (Win32.Siggen.8)

1. Akan menampilkan aplikasi Internet Explorer yang berisi penawaran atau iklan pelaburan, game dan program-program promosi (terkadang menampilkan iklan porno) dalam jumlah yang banyak secara terus menerus selama komputer terkoneksi internet sehingga menghabiskan banyak bandwidth untuk iklan yang ditampilkan dan mengakibatkan akses internet menjadi lambat.

2. Icon Removable media (USB Flash) berubah menjadi icon Folder.

3. User tidak dapat mengakses USB Flash dengan menampilkan pesan "Access is denied"

4. Muncul pesan "Compressed (zipped) Folders" pada saat mengakses Flash disk

5. Muncul banyak fail dengan nama fail "Copy of Shortcut to (1).lnk" s/d "Copy of Shortcut to (4).lnk" di USB Flash.

6. Salah satu hal yang unik dan membuat virus ini sangat mudah aktif dan sulit dibasmi adalah setiap kali pengguna melakukan klik kanan, selain menampilkan menu klik kanan, secara tidak langsung pengguna komputer juga menjalankan virus ini.

Untuk menyebarkan dirinya, ia akan menggunakan USB Flash dengan memanfaatkan ciri autorun Windows.

Cara membersihkan

Seperti yang sudah dijelaskan bahwa virus ini akan menginjeksi fail yang mempunyai ekstensi EXE, DLL dan HTM/HTML baik file program maupun file system Windows. Oleh kerana itu sebaiknya pembersihan dilakukan pada mode DOS.

Untuk mempermudah pembersihan silahkan gunakan Windows Mini PE Live CD (silakan search di Internet). Kemudian download tools Dr.Web CureIt! dan sebaiknya dilakukan di komputer yang tidak terinfeksi virus. Agar tools Dr.Web CureIt! tidak terinfeksi, sebaiknya di ZIP dan di-password.

1. Agar pembersihan dapat dilakukan optimal, sebaiknya scan semua HDD termasuk USB Flash maupun HDD eksternal, hal ini disebabkan virus ini akan memasukkan beberapa fail di USB Flash atau HDD eksternal.

2. Sebelum melakukan pembersihan sebaiknya sekat fail duplikat virus dengan menggunakan ciri "Software Restriction Policies". Ciri ini hanya ada pada sistem operasi Windows XP Pro, Vista, 7, Server 2003 dan Server 2008 dengan cara sebagai berikut:

· Klik menu [Start]

· Klik [Run]

· Pada dialog box RUN, ketik SECPOL.MSC kemudian klik tombol [OK]

· Setelah muncul layar "Local Security Policy", klik kanan menu "Software Restriction Policies" dan klik "Create New Policies" atau "New Software Restriction Policies" jika menggunakan Windows Vista/7

· Kemudian klik kanan pada menu "Additional Rules", kemudian pilih "New Hash Rule..."

· Kemudian akan muncul layar "New Hash Rule". Pada kolom "File Hash", klik tombol [Browse] dan tentukan salah satu file duplikasi virus yang mempunyai icon "Folder" dengan ukuran 105 KB (contoh C:-Windows-Explorermgr.exe) kemudian klik tombol [Open]. Pada kolum "Security Level", pilih [Disallowed]. Kemudian klik tombol [OK]

3. Hubungkan USB Flash dan HDD eksternal ke komputer.

4. Gunakan Dr Web Live CD untuk membasmi virus ini dengan sempurna. Silakan download software tersebut di alamat http://www.freedrweb.com/livecd/?lng=en

Anda disarankan untuk selalu mendownload Dr Web Live CD yang baru setiap kali ingin menggunakan untuk membersihkan dan membasmi virus. Jika anda menggunakan DR Web Live CD yang lama, maka definisi virus yang terkandung di dalam CD tersebut akan mengikuti saat terakhir anda download Dr Web Live CD tersebut.

Alternatif lain adalah anda menggunakan software antivirus Dr Web berbayar yang didistribusikan oleh virusICU http://www.virusICU.com.

a. Setelah software Dr.Web LiveCD berhasil di download, burn kedalam CD/DVD
b. Hubungkan USB Flash dan HDD eksternal ke komputer
c. Booting komputer melalui CD/DVD ROM
d. Kemudian akan muncul layar "Welcome to Dr.Web LiveCD"
e. Pilih "Dr.Web LiveCD (Default)" kemudian tekan tombol "Enter" pada keyboard
f. Tunggu beberapa saat sampai muncul interface Dr.Web LiveCD yang akan menampilkan aplikasi "Dr.Web Scanner" secara automatik. Dr.Web Scanner ini berfungsi untuk melakukan pemeriksaan terhadap komputer anda dari kemungkinan adanya virus.
g. Untuk Scan HDD, pada layar "Dr.Web Scanner" pilih lokasi Drive yang akan di periksa dan pastikan anda check list opsi "Scan subdirectories" agar Dr.Web dapat melakukan pemeriksaan terhadap direktori dan subdirektori agar pembersihan lebih optimal.
Jika layar Dr.Web Scanner tidak muncul klik ganda icon "Dr.Web Scanner" yang terdapat pada Desktop.
h. Kemudian klik tombol [Start] untuk memulai proses pemeriksaan (scan)
i. Tunggu beberapa saat sampai proses scan selesai dilakukan. Jika ditemukan adanya virus, Dr.Web akan memaklumkan file yang terinfeksi dan jenis virus yang menginfeksi pada kolom informasi virus yang tersedia.
j. Klik tombol [Select All] untuk memilih semua objek/file yang akan di bersihkan atau Anda dapat menentukan file mana saja yang akan Anda bersihkan dengan check list pada pilihan yang tersedia
k. kemudian klik tombol [Cure] untuk membersihkan file yang telah terinfeksi virus
l. Tunggu sampai proses pembersihan selesai dilakukan
m. Scan ulang komputer untuk memastikan komputer bersih dari virus
n. Restart komputer.

Segalanya Diserahkan Kerana Cintanya Kepada Pemuda Bangla Itu

Posted: 08 Feb 2011 03:25 AM PST

Singapura - CINTA memang buta - tidak kenal bangsa, perbezaan umur dan adat istiadat.

Cinta juga menyebabkan Cik Salbiah (bukan nama sebenar) rela berkorban apa saja termasuk dengan penuh rela menyerahkan satu-satunya 'berlian' yang dimilikinya kepada Kamal, seorang pemegang permit kerja asal Bangladesh.

Tetapi, cinta yang tidak bertepi itu menyebabkan Cik Salbiah, 56 tahun, akhirnya meraba-raba apabila kekasihnya, 25 tahun, atau separuh lebih muda daripadanya, dihantar pulang ke negara asal.

Kamal dihantar pulang kerana melanggar peraturan imigresen - tinggal lebih lama daripada tempoh yang dibenarkan.

Ibarat layang-layang putus tali, Cik Salbiah kadang-kadang menangis tidak berlagu kerana masih mengharapkan kekasihnya itu akan kembali ke sini dan mendirikan mahligai bahagia.

Telah dua kali Cik Salbiah merayu kepada pihak berkuasa agar Kamal dibenarkan kembali bekerja ke sini dengan beliau sendiri sanggup menjadi penaja (sponsor) tetapi rayuannya itu ditolak.

Beliau membuat rayuan setelah mendapatkan nasihat Encik Jamaludin Mohd Ibrahim, pemilik firma khidmat mengisi borang, J.M.I On-Line Save Form Writer.

'Saya amat sayangkannya kerana dialah yang telah mengambil 'berlian' saya itu ketika kami terlanjur. Memang saya menyesal kerana memberi segala-galanya kepadanya.

'Saya berdoa sekiranya memang Kamal ditakdirkan menjadi suami saya, saya reda dan berharap dia akan kembali ke Singapura dan mengambil saya sebagai isterinya satu hari nanti,' kata Cik Salbiah yang pernah hampir 30 tahun bekerja dalam sektor pengeluaran.

Ditemui di pejabatnya, yang menempel di sebuah kedai gambar di Blok 14 Beach Road, Encik Jamaludin menyatakan bahawa Cik Salbiah mungkin menjadi mangsa pekerja Bangladesh yang cuba berpaut di hati wanita yang sunyi dan rapuh.

Encik Jamaludin menasihatkan Cik Salbiah supaya melupakan Kamal yang sukar kembali ke sini kerana rekod kesalahan imigresennya.

Beliau pernah mengendalikan beberapa kes seumpama itu sebelum ini.

Menyingkap hubungannya dengan jejaka Bangladesh itu, Cik Salbiah menyatakan Kamal mengetuk hatinya apabila kali pertama mereka bertemu pada 2009.

Namun, perhubungannya diketahui pihak keluarga yang tidak sama sekali merestui cinta mereka berdua.

Selain meminggirkannya, Cik Salbiah juga mendakwa anggota keluarganya telah mengambil puluhan ribu dolar daripada simpanannya mungkin untuk mengelak daripada 'dicukur' kekasihnya itu.

'Saya hidup seorang diri dan ketika itu Kamal mengisi kekosongan hati saya. Mulanya saya panggil dia anak dan dia panggil saya mak cik. Tetapi, lama-kelamaan timbul perasaan sayang.

'Macam mana tak gitu kerana dialah yang membasuh dan melipat pakaian saya. Dia juga menyiapkan sarapan dan makanan setiap hari.

'Perasaan sayang itu kemudian membawa kami tidur bersama. Kami dah hidup macam suami isteri sehinggalah Kamal sendiri menyerah diri kerana sedar kesalahannya itu,' tambah Cik Salbiah.

Menurutnya lagi, selepas Kamal pulang ke Bangladesh tahun lalu, mereka bukan saja saling berhubungan melalui telefon, malah beliau pernah beberapa kali menghantar wang kepada kekasihnya itu.

'Satu kali $500 dan kali kedua lebih $3,000 kerana dia kata bapanya meninggal dunia... itu yang saya ingat,' tambah Cik Salbiah sambil menyatakan beliau semakin sangsi akan kejujuran Kamal untuk memperisterikannya kerana jejaka itu enggan memberi alamatnya di Bangladesh.

Selepas diberitahu peraturan ketat mengenai perkahwinan pemegang permit kerja dengan rakyat Singapura, Cik Salbiah termangu-mangu hampa dengan hanya menyatakan 'tak apalah!'

Baginya, cinta seberang dengan Kamal itu bak ditelan pahit dibuang sayang. -BHS

Amah Dakwa Ditumbuk Isteri Majikan, Tidak Dibayar Gaji

Posted: 08 Feb 2011 02:59 AM PST

Kuala Nerus - Seorang pembantu rumah Indonesia mendakwa didera isteri majikannya di Kampung Seberang Takir menyebabkan cedera serius di bahagian muka, mata dan anggota badannya.

Pembantu rumah malang itu juga seorang ibu tunggal dari Tanjung Balai, Indonesia, 30, mendakwa dia sering dipukul, disebat dan ditumbuk isteri majikannya, 23, seorang pemilik butik sejak bekerja Julai tahun lalu dan berterusan hingga kini walaupun kesalahan kecil.

Dia turut mendakwa, sepanjang tempoh bekerja di rumah majikannya itu, dia tidak dibayar gaji seperti dijanjikan majikannya iaitu RM300 sebulan.

Difahamkan ini kali pertama pembantu rumah Indonesia itu datang ke negara ini mencuba nasib mencari rezeki untuk menyara anak tunggalnya yang ditinggalkan bersama keluarganya di kampung selepas kematian suami.

Selain penderaan secara fizikal, dia mendakwa majikannya juga tidak membenar dia menghubungi keluarga di Indonesia menyebabkan keluarganya tidak menerima khabar daripadanya.

Dia juga mendakwa, majikannya bersikap tidak berperikemanusiaan kerana hanya membenarkan dia mengambil masa kira-kira 10 minit saja untuk makan, lima minit menunaikan solat dan 20 minit untuk mandi.

Majikannya dikatakan menetapkan masa bekerja iaitu seawal jam 4.30 pagi hingga 12 tengah malam.

Kerana tidak tahan penderaan itu, amah itu nekad melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, kira-kira jam 5.56 petang kelmarin.

Isteri majikan itu difahamkan kini ditahan reman tiga hari bermula semalam. -SH

Ulasan GB

Kita berharap perkara ini disiasat segera kerana bukan sahaja ia tidak berperi kemanusiaan tetapi mencemar dan memalukan imej negara. Ya tak ya, kes Robengah apa cerita? Bukankah Migrant Care sudah menyatakan persediaannya mempertahankan laporannya bahawa Robengah telah dirogol?

Terkejut Jumpa 3 Kepala Lembu Disembelih Pencuri

Posted: 08 Feb 2011 01:59 AM PST

Kuantan: Seorang penternak lembu di Kampung Semangat di sini terkejut apabila menemui tiga kepala lembu miliknya yang dipercayai disembelih pencuri sebelum daging ternakan itu dilarikan awal pagi Sabtu lalu. Gambar fail

Encik Nazri Awang Ahmad, 36 tahun, berkata kejadian itu disedari adiknya, Encik Mohd Safee, 29 tahun, yang menemui satu kepala dan perut lembu dalam kandang ketika hendak menoreh getah pada 7 pagi.

'Beliau memaklumkan kejadian itu kepada saya dan kami terus melakukan pemeriksaan sebelum menemui dua lagi kepala dan perut lembu di kawasan berhampiran penemuan pertama.

'Saya percaya ia dilakukan lebih daripada lima orang dan lembu ditembak pelali terlebih dulu sebelum disembelih dan dilapah,' katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Encik Nazri berkata kumpulan pencuri terbabit juga dipercayai memanjat pintu pagar dan memunggah daging lembu yang sudah dilapah melalui bawah pintu pagar itu sebelum diisi ke dalam kenderaan mereka kerana pintu pagar tersebut masih berkunci dan tidak dipecahkan.

'Lebih mengejutkan, pencuri tersebut sanggup memikul daging berkenaan sejauh 500 meter iaitu jarak dari lokasi lembu dilapah ke pintu pagar utama sebelum melarikan diri,' katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tersebut, Encik Mohd Alim Daud, berkata kejadian itu adalah yang keempat berlaku sejak tahun lalu.

'Dalam kejadian terakhir sebelum ini, enam ekor lembu milik seorang penternak di kampung ini ditembak kumpulan pencuri. Namun, mereka hanya sempat melapah dua daripadanya dan tiga ekor lagi hanya cedera.

'Kami merancang untuk membina pagar di sempadan Kampung Hijrah yang hanya akan dibuka dari 7 pagi hingga 7 malam bagi mengelak orang luar keluar masuk,' katanya - BH

Tiada ulasan: