Sabtu, 5 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


UMNO Jahiliyah: TGNA Sedia Dialog Dengan UMNO

Posted: 05 Feb 2011 12:47 AM PST

Kota Baharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu memberi syarat, dialog berkenaan hendaklah berlandaskan al-Quran dan ia (Al-Quran) juga harus dijadikan sebagai 'orang tengah' dalam pertemuan itu nanti.

Katanya, tiada guna jika beliau berdialog dengan pihak terbabit tanpa bersaksikan al-Quran kerana pertemuan itu akan hilang panduan dalam mencari kebenarannya.

"Saya bersetuju benar kalau ada orang hendak berdialog kerana ajaran Islam meminta umatnya berdebat atau berdialog dan ia hendaklah dilakukan dengan cara terbaik. Berdialog dan berhujah ini adalah ajaran agama (Islam), saya bersedia bertemu mereka.

"Saya meminta pada dialog itu nanti, hendaklah pegang (berpegang) kepada al-Quran iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai orang tengah, kalau berdialog saja tanpa panduan (al-Quran), tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji kenyataan kontroversi Nik Aziz sebelum keadaan menjadi lebih keruh serta huru-hara nanti.

Isu ini berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Sebelum itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pelajar Murung, PTPTN Lambat Masuk

Posted: 04 Feb 2011 11:30 PM PST

Pelajar 'terseksa' PTPTN belum diterima - PKPIM

KUALA LUMPUR - Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta mendakwa mereka masih belum menerima wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi semester ini.

Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah universiti sudah menuntut yuran peperiksaan akhir semester namun, wang pinjaman itu masih belum diperoleh.

Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai masalah tersebut membabitkan pelajar di seluruh negara.

"Kes ini bukan kes kecil sebaliknya dihadapi oleh begitu ramai penuntut di seluruh negara. Malah mungkin ada pelajar sekarang sedang berlapar dan menanggung seksa kerana tiada wang," dedahnya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Ahmad Afif, selain itu, masalah yang timbul ekoran kelewatan wang PTPTN juga melewatkan pelajar membeli buku teks, pembayaran yuran universiti dan pembayaran sewa tempat tinggal.

"Bayangkan, bagaimana seorang pelajar yang datang daripada keluarga sederhana terpaksa mengikat perut selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang selama satu semester," jelasnya.

Lebih memburukkan keadaan, kos makanan dan minuman di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang mencecah lebih kurang RM10 sehari.

"Jadi, bagi sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum sahaja sudah cecah RM300. Tambah pula yuran pengajian sekitar RM350 sehingga RM800 dan buku-buku rujukan akademik mencecah RM250.

"Bayangkanlah jumlah sekitar RM1,500 yang terpaksa ditanggung sendiri oleh para pelajar universiti kita sebelum masuknya pertengahan semester. Bagaimana mereka mahu bertahan sehingga tiga bulan untuk satu semester," katanya.

Justeru, PKPIM mahu PTPTN memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut dan mencari satu mekanisme bagi menyelesaikan segera masalah tersebut.

Iran Sifatkan Mubarak "Hamba" Israel Dan Amerika

Posted: 04 Feb 2011 10:30 PM PST

Pemimpin Agung Iran selar Hosni

TEHERAN - Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menyelar Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dilabelkannya sebagai orang gaji pemimpin Israel dan Amerika Syarikat.

Beliau yang berkata demikian dalam khutbah Jumaat di sini semalam menegaskan selama 30 tahun Mesir berada di tangan seorang pemimpin yang tidak bercita-cita untuk mendapatkan kebebasan.

Menurutnya, Hosni adalah musuh kepada mereka yang sedang mencari kebebasan.

"Beliau bukan sahaja tidak anti-Zionis tetapi merupakan teman, rakan, tempat mengadu dan hamba Zionis. Buktinya kehambaan Hosni terhadap Amerika tidak mampu membawa Mesir satu langkah ke arah kemakmuran," katanya.

Khamenei yang juga merupakan pemimpin agama Iran berkata, Israel adalah negara yang paling prihatin tentang pemberontakan di Arab.

"Hari ini apa yang lebih penting daripada para pegawai Tunisia dan Mesir yang melarikan diri, Israel dan Zionis yang paling bimbang tentang peristiwa ini kerana jika Mesir berhenti menjadi sekutu mereka dan meletakkannya di tempat yang betul, ia akan menjadi peristiwa besar di kawasan itu," katanya. - AFP

Wartawan Berita Harian Dan TV3 Merasai Sendiri Kena Tahan Di Mesir

Posted: 04 Feb 2011 09:30 PM PST

Nyawa kami di hujung parang' - daripada Nazmi Yaakub di Kaherah, Mesir

Petugas media ditahan empat kali sebelum disiasat di balai polis tentera

NYAWA di hujung parang! Itulah empat jam paling cemas dan mendebarkan bagi saya dan petugas media Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) ketika ditahan empat kali, termasuk penunjuk perasaan bersenjatakan besi dan parang, ketika melakukan liputan pemindahan kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir di sini, kelmarin.

Ketika itu, kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan, kami dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Hotel Hyatt, berhampiran Medan Tahrir di sini.

Kami mengambil keputusan untuk kembali ke Hotel Hyatt yang terletak kira-kira 40 kilometer dari lapangan terbang dan seorang pemandu teksi hanya dikenali 'Shohib' berusia sekitar 40-an yang menawarkan diri menghantar kami ke hotel berkenaan. Bagaimanapun, beliau mengambil laluan berbeza kelazimannya.

"Saya tahu bandar ini dan saya sudah bertahun-tahun menjadi pemandu. Kalau kita gunakan lebuh raya, kita akan tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana lebuh raya itu betul-betul melepasi Medan Tahrir yang berada di bawahnya," katanya memberi alasan memilih Terowong Solah Salim.

Apabila keluar daripada Terowong Solah Salim itu, teksi yang dipandu Shohib masuk ke kawasan berhampiran Medan Tahrir tetapi berpusing-pusing mencari jalan pintas ke Hotel Hyatt.

Kebanyakan jalan dihalang penghadang besi selain dikawal sekumpulan lelaki bersenjatakan besi, cota, kayu panjang, tukul, cangkuk besi dan parang. Malah, lebih mengejutkan, ada yang turut disertai kanak-kanak.

Teksi kami dihalang penunjuk perasaan, tetapi sekatan kali pertama itu hanya membabitkan desakan sekumpulan lelaki supaya kami membuka beg masing-masing atas alasan mahu memastikan kami tidak membawa barangan larangan atau senjata.

Kami bagaimanapun berkeras untuk tidak membuka beg dan akhirnya mereka mengalah, lalu membenarkan kami melepasi sekatan itu. Namun, nasib tidak memihak kami untuk kali kedua setibanya di satu bulatan kira-kira 100 meter dari lokasi pertama terbabit apabila teksi kami sekali lagi diarahkan berhenti.

Pada awalnya, kami berasa agak selamat memandangkan kereta kebal dengan tentera berkawal di sebelah sekatan itu, malangnya kehadiran mereka langsung tiada ertinya yang tidak membantu langsung bagi meredakan ketegangan. Kereta mula dikerumuni penunjuk perasaan yang mencecah sekurang-kurangnya 30 orang.

Sekali lagi, mereka memaksa kami membuka beg yang dibawa.

Saya cuba berkeras, tetapi apabila melihatkan mereka bersenjatakan besi dan parang, saya akur dan mereka kemudian merampas komputer netbook serta memaksa saya menghidupkannya.

Lelaki berusia sekitar 30-an itu melihat fail dalam komputer itu, sebelum mengangkatnya tinggi seperti mahu menunjukkan apa yang ditemuinya.

Nasib rakan yang juga jurugambar New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Fauzan Jaafar juga sama, apabila begnya turut diselongkar penunjuk perasaan yang turut mengherdiknya sebaik menemui alat pemancar satelit yang didakwa tidak dibenarkan di Mesir.

Bagi meredakan keadaan runcing itu, saya yang bertutur bahasa Arab, memaklumkan bahawa kami adalah rakyat Malaysia, beragama Islam dan menjadi tetamu Kedutaan Besar Malaysia untuk membuat liputan.

"Ya, ya kami tahu, kami tahu. Tapi kami mahu memeriksa kamu kerana kami jaga keselamatan di sini. Kami mendapat kuasa daripada tentera. Kamu serahkan pasport dan keluar daripada kereta. Kami mahu pastikan kamu bukan orang jahat," kata pemuda yang bersenjatakan cota.

Bukan saja lelaki dewasa yang menyelongkar beg saya, bahkan kanak-kanak berusia kira-kira 9 tahun yang bersenjatakan parang juga mengarahkan saya membuka beg.

Pada masa sama, kolar baju jurugambar NSTP ditarik kerana penunjuk perasaan itu mahu mengeluarkan kami daripada kenderaan, sebelum leher bajunya sekali lagi ditarik dari belakang.

Selepas melihat Fauzan dan wartawan TV3, Razali Awang ditarik keluar, saya mengambil keputusan keluar, lalu mencari pemandu teksi itu. Saya tidak tahu sama ada Shohib sudah tidak dapat membuat apa-apa atau sengaja tidak mahu tetapi curiga saya mungkin berasas kerana dia mematikan enjin kereta.

Ketika itulah, ada lelaki yang memaksa saya, Fauzan dan Razali menaiki kereta lain. Bagaimanapun, kereta kami tidak bergerak jauh, sebaliknya berhenti kira-kira 50 meter apabila askar pula menahan kami dan pemandunya keluar bercakap dengan askar itu. Ketika itulah, seorang lelaki berusia 30-an yang mengenakan jaket denim dan pistol terselit di pinggangnya, masuk ke sebelah pemandu kereta kami sebelum kereta itu bergerak.

Saat itu, saya tergamam kerana beranggapan kami akan dibawa ke tempat lain untuk 'dihukum.' Mujurlah kereta kami betul-betul berhenti di hadapan balai polis tentera, sehingga kami diiring masuk ke dalam bangunan yang berpagar itu.

Dalam balai polis tentera itu, saya melihat kira-kira 10 wartawan asing termasuk dari Republik Chech, Poland, Belanda dan Perancis duduk bersandar di sebuah stor yang diubah suai sebagai lokap sementara.

Lebih dua jam menjadi 'tahanan,' kami kemudian disoal siasat salah seorang pegawai. Kami dibebaskan keluar selepas itu dan mengambil keputusan menahan teksi tetapi malangnya tidak sampai 100 meter dari balai itu, kami sekali lagi ditahan kumpulan penunjuk perasaan lain.

Bagaimanapun, drama hampir empat jam berakhir juga apabila rintangan terakhir itu dapat diharungi tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

KRONOLOGI

# 12 tengah hari: Bertolak dari Lapangan Terbang Kaherah.
# 12.30: Keluar dari Terowong Solah Salim dan mencari jalan lain ke hotel.
# 12.35: Teksi ditahan di sekatan pertama penunjuk perasaan. Berjaya lepas.
# 12.40: Teksi ditahan di sekatan kedua penunjuk perasaan. Dikerumuni 30 penunjuk perasaan. Disiasat dan beg diselongkar. Kumpulan pemberita dipecah dua.
# 1.10 petang: Pemberita dibawa ke balai polis tentera. Ditahan dengan pemberita asing. Disoal siasat oleh pegawai tinggi.
# 3.40: Dibebaskan.
# 3.45: Teksi ditahan di sekatan ketiga dan diarah kembali ke balai polis tentera.
# 3.50: Polis tentera tidak benarkan masuk, diarahkan keluar. Berjalan kaki selepas teksi enggan hantar.
# 4.10: Ditahan di sekatan jalan raya oleh tentera. Reaksi mesra. Dibenarkan berjalan keluar.
# 4.30: Sampai di bulatan pintu masuk Terowong Solah Salim.
# 4.40: Ambil keputusan patah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

INFO

# Penerbangan membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah - Jumaat 4 Februari 2011

- Penerbangan MAS dari Kaherah (11.25 pagi/7.50 petang)
- Penerbangan AirAsia dari Kaherah (4.30 petang/10.30 malam)

# Dua penerbangan pesawat TUDM C-130 dari Jeddah ke Mesir

- Berlepas ke Kaherah dan Iskandariah (2 petang)

Anak Lemas Di Lagun Ketika Cari Kepah

Posted: 04 Feb 2011 09:00 PM PST

Paser Putih - Seorang bapa tidak menyangka hasrat anak perempuannya beria-ia ingin berkelah di Lagun Kuala Semerak di sini kerana tidak puas mandi sambil mencari kepah kelmarin merupakan petanda kematiannya selepas "ditelan" di lagun itu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Rabiatul Adawiyah Razni, 8, menjadi korban lemas ketika berkelah di lagun itu yang mempunyai dasar yang jerlus.

Mereka yang menetap di Kajang, Selangor mengambil peluang bersantai sekeluarga di situ apabila pulang bercuti di Machang dekat sini sempena Tahun Baru Cina.

Bapa mangsa, Razni Tahir, 39, dari Laklok, Machang berkata, sebelum kejadian anak sulung daripada lima beradik itu begitu ceria bermain tidak jauh dari tempat dia mencari kepah.

Menurutnya, ketika itu anaknya bersama bapa saudaranya, Mohd. Ilham Mazlan, 13, hanya berada di tepi air di lagun berkenaan.

Pada masa yang sama, katanya, dia sering menasihatkan mangsa supaya tidak pergi terlalu jauh kerana air semakin pasang dan ada tempat yang lebih dalam.

"Tidak sampai lima minit saya berleter, Rabiatul Adawiah bangkit dari tempat duduknya dan terus menuju ke tengah lagun.

"Saya menjerit dengan kuat melarangnya jangan pergi jauh tetapi tidak diendahkan olehnya sebelum kelibatnya hilang selepas terjerlus dalam lagun tersebut," ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Razni memberitahu, mereka sekeluarga telah berkelah di lagun itu kelmarin.

Malah katanya, dia mengetahui ramai mangsa yang lemas di lagun itu sebelum ini dan tidak menyangka kejadian yang sama menimpa anaknya pula.

"Bagaimanapun arwah menyatakan keinginannya berkelah lagi di lagun ini selepas menyatakan seronok dan tidak puas bersantai di sini semalam (kelmarin)," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.55 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota bomba serta lima anggota Unit Skuba dari Kota Bharu.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui berada dalam keadaan terdampar tidak jauh daripada tempat kanak-kanak itu lemas pada pukul 2.20 petang.

Pengalaman Ngeri Pelajar Di Mesir: ‘Pistol di muka’

Posted: 04 Feb 2011 08:35 PM PST

Sepang: "Hanya wajah ibu, ayah dan adik beradik terbayang di kepala tatkala diacukan pistol di muka oleh seorang perusuh yang cuba menakut-nakutkan saya dan beberapa kawan lain," kata Siti Nabilah Mohd Azaman, 20, yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, di sini, semalam.

Gambar: PELAJAR yang pulang dengan pembiayaan sendiri membaca doa sebaik tiba dari Kaherah di KLIA, Sepang, semalam.

Nabilah pelajar tahun pertama jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar yang menaiki pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi tiba di KLIA kira-kira jam 3 petang. "Perusuh itu berbuat demikian kerana menyangka kami penyokong Hosni Mubarak walaupun ketika itu saya bersama tiga rakan hanya keluar rumah untuk membeli makanan.

"Kami terpaksa menghadapi detik mencemaskan itu kira-kira 20 minit dan menjelaskan kepada perusuh itu kami bukan rakyat Mesir serta merayu supaya tidak diapa-apakan sebelum dia melepaskan kami," katanya. Menurutnya, dia bersyukur apabila perusuh itu menerima alasan mereka sebelum mengarahkan mereka pulang segera kerana keadaan tidak selamat dan berbahaya pada ketika itu.

"Kejadian ini berlaku pada waktu petang dan tidak ada sebarang aktiviti demonstrasi di jalan raya berbanding beberapa hari sebelum itu. "Kami bersyukur kerana tidak diapa-apakan dan terus pulang ke rumah serta tidak sempat hendak membeli makanan dan barangan keperluan lain," katanya. Seorang lagi pelajar, Farid Hashim, 23, berkata, rumah sewa yang didudukinya bersama tiga rakan lain cuba dipecah masuk dua perusuh yang mahu menyelamatkan diri daripada ditahan polis yang berkawal di sekitar kawasan berhampiran.

"Kami sempat menyergah dan menakut-nakutkan dua perusuh yang cuba menceroboh rumah dan mereka terus melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami.

"Saya berasa seperti di kawasan medan perang kerana di sekeliling jalan dan rumah dipenuhi dengan penunjuk perasaan yang meminta Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak berundur," katanya.

Farid yang juga pelajar tahun empat Universiti Iskandariah berkata, dia dapat melihat kereta kebal berhenti di depan rumah mereka bagi menghalang perusuh dan mengawal lalu lintas di kawasan itu.

"Memikirkan keadaan di sekitar rumah yang tidak lagi selamat, kami bercadang pulang ke Malaysia dan menempah tiket kapal terbang secara online dan menaikinya di Bahrain. "Kami bersyukur sepanjang perjalanan ke Bahrain, kami tidak mempunyai masalah cuma perlu menghadapi pemeriksaan dan 'berkampung' sehari di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain sebelum berlepas ke tanah air," katanya.

Ulasan GB

Kisah mencemaskan di atas, seperti kisah-kisah yang dialporkan oleh akhbar media massa perdana - misalnya kisa pelajar yang terpaksa tidur dengan pisau - tidak dipandang serius oleh kerajaan.

Kerana apa rakyat berkata demikian?

Kerana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail menyatakan bahawa kononnya pelajar Malaysia tidak mengalami trauma melampau kerana kerajaan sudah mengingatkan mereka konflik di Kaherah bukannya peperangan, sebaliknya tunjuk perasaan rakyat terhadap politik domestik Mesir. (Berita Harian 5/2/2011)

Apakah pistol yang ditonyoh di muka tidak menjadikan pelajar berada di dalam trauma?

Come on Setpol PM. Please be real.


Di Jeli Ada Babi Hutan Serang Wanita Warga Tua

Posted: 04 Feb 2011 07:30 PM PST

Jeli: Seorang wanita warga tua terpaksa menggunakan sepenuh tenaganya untuk bertarung dengan seekor babi hutan, sebelum berjaya menewaskan binatang itu, pada kejadian Isnin lalu.

Menceritakan peristiwa jam 8 pagi itu, mangsa Bunga Musa, 70, berkata sebelum kejadian, beliau ke kebun getahnya di Kampung Gemang, dekat sini untuk memetik limau madu yang ditanam di kebun itu selain hendak membersihkan semak di situ.

Katanya, ketika sedang menebas semak di kebun berkenaan, tiba-tiba muncul seekor babi hutan sebesar kambing jantan dipercayai dari hutan berhampiran yang terus menyerangnya.

"Walaupun memegang parang, serangan babi hutan itu yang pantas menyebabkan saya tidak dapat mengelaknya sehingga saya terjatuh.

"Binatang itu semakin ganas dan terus menyerang serta menggigit. Saya mengumpul kekuatan dengan memaut dan mencekik kuat leher babi hutan itu sekuat hati hampir setengah jam, sebelum melepaskan binatang itu apabila mendapati ia sudah lemah.

"Dengan kekuatan yang ada, saya gagahi juga berjalan keluar dari kebun getah itu dan akhirnya dengan bantuan jiran, dibawa ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di HTM, semalam.

Bunga berkata, beliau sudah mengerjakan kebun getah itu sejak usia muda lagi dan ini adalah peristiwa pertama beliau diserang babi hutan yang tidak mungkin akan dilupakan.

"Apabila memikirkan kejadian itu, saya tidak tahu bagaimana boleh melawan babi hutan itu yang sudah tentu kekuatannya melebihi keupayaan saya. Mungkin Tuhan masih menyayangi saya.

"Keadaan saya kini semakin bertambah baik, cuma mengalami luka kecil akibat digigit binatang itu dan kejadian itu tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus ke kebun. Namun kali ini mungkin saya akan mengajak jiran untuk menemani ketika di kebun itu," katanya. -BH

Polis Indonesia Nafi Luna Maya Diarah Bogel Sewaktu Siasatan

Posted: 04 Feb 2011 06:59 PM PST

Ibu pejabat Polis Repablik Indonesia menafikan Luna Maya dibogelkan sewaktu diperiksa oleh pegawai siasatan, dalam kes penyebaran video pribadi berisi adegan seks.

Hal tersebut ditegaskan Ketua Polis Indonesia Jenderal Polis Timur Pradopo. "Tidak ada. Semua dalam lingkungan siasatan, kita lakukan sesuai undang-undang," tegasnya kepada wartawan di ibu pejabat Polis Repablik Indonesia, Jalan Trunojoyo Jakarta, Jumat (4/2/2011).

Semalam, Luna Maya membuat aduan ke Komnas HAM kerana menjadi korban penyebaran video peribadi yang berisi adegan seks. Pengaduan Luna disokong oleh aktivis perempuan, Yeni Rosa Damayanti, LBH APIK, dan Perempuan Mahardika.

Sebelumnya diberitakan, kedatangan Luna Maya ke Komnas HAM selain masalah bakal didakwa di bawah Undang-undang Pornografi yang tidak tepat, juga ada masalah lain yakni pengaduan Luna, kerana ada tindakan polis yang sebelum ini pernah meminta suspek-suspek kesalahan disuruh berbogel dalam pemeriksaan polis.

Namun dalam sidang konferensnya, Luna tidak menyentuh pengaduan tentang tindak polis dalam siasatan tersebut. Hanya tiga hal yang dicatat Komnas HAM, yakni penyimpangan terhadap pelaksanaan undang-undang, ada hak-hak privasi terlampau jauh dilanggar, dan ketiga diskriminasi sosiologi terhadap korban dalam bentuk pengabaian. -okezone

[Bergambar] Lucu. Pelajar Malaysia Dipindahkan Setelah Protes Berakhir?

Posted: 04 Feb 2011 05:59 PM PST

Meskipun demonstrasi di Mesir semalam disebut sebagai Hari Pengunduran - hari terakhir untuk rakyat Mesir memprotes Presiden Hosni Mubarak, kerajaan Malaysia masih enggan untuk mengakui KELEMBAPAN di dalam membuat keputusan memindahkan para pelajar kita di Mesir.

Dilaporkan setakat tengah malam tadi waktu tempatan (kira-kira jam 6 pagi ini waktu Malaysia) seramai 3,600 rakyat Malaysia, terutama pelajar di Mesir sudah dibawa keluar dari Kaherah dan Iskandariah ke Jeddah, Arab Saudi menerusi 10 penerbangan.

Jumlah tersebut merupakan hanya 30% dari jumlah 11,000 para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Jika dicampurkan dengan yang bukan-pelajar jumlahnya 14,000. Bererti peratus yang dibawa keluar

Bernama melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kecewa dengan tuduhan bahawa kerajaan lewat membawa keluar rakyat Malaysia sedangkan Wisma Putra sudah memohon hak pendaratan sebelum situasi keselamatan di Mesir meruncing, tetapi ditolak pihak berkuasa negara berkenaan dengan alasan Kerajaan Mesir mampu mengawal keadaan.

"Hanya bila tahap merah, Mesir baru beri hak pendaratan, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga baru nak bawa keluar kakitangannya semalam (kelmarin). Amerika Syarikat juga berbuat demikian semalam (kelmarin)," katanya.

Hanya bila tahap merah baru kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar hendak berusaha keluarkan pelajar-pelajarnya!

Kita telah mempersoalkan sebelum ini mengapa missi tersebut tidak dimulakan lebih awal iaitu hari sebelum protes bermula sedangkan laporan mengenainya sudah tersebar luas di media massa anatarabangsa sejak protes telah tercetus di Tunisia lagi?

Malah Perdana Menteri, DS Mohd Najib sendiri dilihat lembab di dalam membuat keputusan, guna kapal laut atau udara, itupun demonstrasi sudah berjalan 5 hari, dan negara-negara China, Indonesia dan lain-lain telah berjaya mengeluarkan pelajar-pelajar mereka sebelum protes bermula lagi.

Peliknya, Malaysia terpaksa menghantar Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay untuk MENYIASAT terlebih dahulu keadaan di Mesir. Apa gunanya Kedutaan Malaysia di Mesir?

Sindrom penafian yang diambil oleh Menteri Luar tersebut amat dikesali.

Sepatutnya beliau dan kerajaan Malaysia meminta maaf di atas kelalaian dan kelewatan tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain disamping mempertahankan incompetency di pihak mereka.

Perbaikilah kelemahan, bukan mempertahankannya.

Malah lebih mendukacitakan Anifah mempersalahkan blogger pula. GB sudah ulas hal tersebut di SINI.









PRK Merlimau: Shahrizat Harap BN Pilih Wanita Sebagai Calon

Posted: 04 Feb 2011 04:50 PM PST

Semalam Pergerakan Wanita UMNO mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata harapan dan hasrat pergerakan itu sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka.

"Kita menunggu keputusan daripada Ketua Menteri Melaka," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Sungai Ramai dekat sini, Jumaat.

Mohd Ali juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diminta mengulas tujuh nama termasuk seorang wanita yang diserahkan UMNO bahagian Jasin kepada Mohd Ali untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Dan berdasarkan nama yang diserahkan itu, calon wanita tersebut adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang yang juga seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Melaka.

Shahrizat berkata jentera pilihan raya wanita UMNO telah bersiap sedia untuk membantu calon BN memenangi pilihan raya tersebut.

"Mereka sudah mahir dalam kerja-kerja pilihan raya dan mereka menunjukkan kepimpinan yang baik," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.




[Video & Bergambar] Hari Pengunduran - Hari Terakhir Protes

Posted: 04 Feb 2011 03:47 PM PST

Puluhan ribu penduduk Mesir bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah dan berdoa bagi menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera.

Perhimpunan itu menumpukan usaha ke arah meminta Hosni yang memerintah selama 30 tahun berundur dengan segera.

"Hari ini merupakan hari terakhir, hari ini adalah yang terakhir," kata para penunjuk perasaan.

Suasana di Dataran Tahrir kelmarin umpama satu pesta dengan nyanyian beramai-ramai para penunjuk perasaan anti-Hosni.

Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi turut hadir di dataran itu manakala tentera mengawal ketenteraman.

Mohamed kelihatan berbual dengan beberapa askar di dataran tersebut.

Hosni dibenci oleh para penunjuk perasaan kerana beliau dianggap gagal membawa kemajuan di negaranya ekoran kadar pengangguran yang tinggi, menindas ahli politik pembangkang dan pentadbirannya dianggap melakukan korupsi. - Agensi


Ratusan ribu sertai 'hari pengunduran'

Penunjuk perasaan di Mesir berhimpun secara besar-besaran semalam melancarkan demonstrasi 'hari pengunduran' bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur selepas beliau berkata akan meletakkan jawatan tetapi bimbang akan mengakibatkan kekacauan lebih buruk di negara itu.

Ratusan ribu penunjuk perasaan yang berkubu sepanjang malam di Medan Tahrir di Kaherah, yang menjadi tumpuan utama demonstrasi menentang Mubarak yang tidak pernah berlaku sebelum ini, disertai oleh orang ramai yang datang ke tempat itu dari seluruh penjuru bandaraya Kaherah sejak awal pagi dalam demonstrasi hari ke-11 itu.

Selepas pertempuran berdarah beberapa hari lalu antara penunjuk perasaan dan kumpulan proMubarak dengan insiden membaling batu tercetus, kumpulan penunjuk perasaan kini memakai topi keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga. Kedua-dua kumpulan menjalankan pemeriksaan pengenalan diri sebelum memasuki medan berkenaan bagi mengelak pihak bertentangan menyusup masuk dan seterusnya mencetuskan provokasi.

Menteri Pertahanan, Mohammed Hussein Tantawi turut mengunjungi medan itu dengan memakai topi tentera bagi menyaksikan sendiri keadaan di situ, lapor televisyen kerajaan.

Naib Presiden, Omar Suleiman yang menjadi pilihan Washington dalam rancangan menggantikan kepemimpinan Mubarak pada masa depan lewat malam semalam menuntut supaya penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi, namun berjanji pihak tentera tidak akan menggunakan sebarang kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

Washington mengecam keras keganasan yang berlaku terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 800 lagi cedera sejak beberapa hari lalu dengan mengatakan mereka mempunyai bukti bahawa kejadian itu dirancang.

Jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowle berkata, kerajaan Ameika Syarikat mengesan keganasan itu dilakukan pihak yang rapat dengan kerajaan dan parti pemerintah walaupun tidak berapa jelas sejauh mana kaitan mereka. - AFP
















Video Porno Ariel Merosakkan 5 Bahagian Otak

Posted: 04 Feb 2011 02:14 PM PST

Hukuman terhadap Ariel dalam kes penyebaran video porno yang 'hanya' 3 setengah tahun dikesalkan KPAI (Komisi Perlindungan Anak Indonesia). Sebab, video itu mampu merosakkan lima bahagian otak anak, lapor okezone.

Sebagaimana dijelaskan Maria Advianti,S.P, Pesuruhjaya Bidang Pornografi & Napza KPAI, video porno Ariel memberi kesan yang buruk bagi anak-anak di bawah umur, samada anak itu menjadi korban ataupun pelaku korban.

Kesan yang ditimbulkan dari peredaran video porno tersebut telah merosakkan moral jutaan anak bangsa, di mana anak–anak dapat menonton video dari handphone dan internet. Apalagi, di Indonesia masih tersangat mudah untuk mengakses serta memperolehi video porno ariel maupun video porno lainnya.

Menonton video porno boleh menyebabkan kecanduan pornografi. Menurut Maria, ada lima bahagian otak yang dirosak akibat kecanduan pornografi, iaitu orbito frontal midfrontal, insula hippocampus temporal, nucleus accumbers patumen, cingalute dan cerebellum.

"Efeknya, cara menganalisa, penilaian, pemahaman, pengambilan keputusan, makna hubungan dan hati nurani anak yang kecanduan pornografi akan rosak. Anak juga mudah menjadi depresi, mudah tersinggung, menarik diri, dalam berbahasa menjadi lebih mengarah kepada seks, dan mengasingkan diri," kata Maria.

Sementara itu, menurut penelitian dari Mark B Kastleman, ahli psikologi khusus penanganan bagi korban pornografi, kesan buruk bagi anak dan korban pornografi adalah anak dan remaja memiliki mental model porno atau perpustakaan porno yang dapat diakses bila dan di mana saja, kerosakan otak kekal (Visual Crack Cocain/Erototoksin), anak yang belum baligh boleh 33–36 kali ejakulasi, dan menjadi pecandu pornografi seumur hidup sehingga iman akan rosak dan terkikis.

Tak hanya itu, efek dari menonton video Ariel menyebabkan ramai anak diperkosa. Data KPAI selama 2010 menunjukkan, terdapat 40 kes pemerkosaan dan kekerasan seksual yang dialami anak setelah pelaku menonton video porno Ariel.

Anak–anak yang menjadi korban berusia 4–12 tahun, sedangkan korban pelaku berusia 16–18 tahun. Para pelaku mengaku sebelum memperkosa, menonton video Ariel, dan seluruh pelaku yang ditangkap polis mengaku terangsang setelah menyaksikan video Ariel.(ang)

Dah tengok belum gambar PANAS Ariel dan Luna?

Gambar Terhangat Ariel-Luna! Klik SINI

Memang Benar Kerajaan Lewat Kenapa Salahkan Blogger?

Posted: 04 Feb 2011 07:37 AM PST

Anifah Nafi Kerajaan Lambat Pindahkan Rakyat Malaysia Dari Mesir

KOTA KINABALU: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak menerusi internet bahawa kerajaan lambat bertindak untuk memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan bertindak pantas untuk menguruskan pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir, dan ini dilakukan hampir serentak dengan langkah oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat.

"Rakyat perlu tahu bahawa bukan mudah untuk mendapatkan hak pendaratan di Mesir. Ia mungkin mengambil masa, melainkan sudah tentulah jika keadaan di sana mencapai tahap bahaya.

"Selepas diberi hak pendaratan, kami segera mulakan usaha memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir sejak semalam, dan kami harap dapat menyelesaikan proses pemindahan itu sebelum Isnin ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.

Saya sangat kecewa dengan tuduhan ini apabila pada masa kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menumpukan usaha untuk memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat kita di Mesir, segolongan pihak tertentu pula mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi kepentingan politik mereka.

"Sekarang adalah masa bagi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, untuk berganding tenaga dalam memastikan kejayaan proses pemindahan dan bukannya mencari salah," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung kos pengangkutan udara atau penerbangan pelajar Malaysia yang terjejas dari Jeddah ke Kuala Lumpur, Anifah berkata kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam sehari dua lagi.

"Kita tunggu sajalah pengumuman itu. Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos memindahkan rakyat kita dari Mesir ke Jeddah, dan semasa di Jeddah, kami akan menyediakan penginapan dan makanan percuma," katanya.

Anifah berharap ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir tidak terlalu bimbang kerana kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan anak mereka.

Mengenai perkembangan terkini proses pemindahan itu, beliau berkata kira-kira 3,600 pelajar Malaysia, yang dibawa menggunakan tujuh kapal terbang dua buah Boeing 747 Malaysia Airlines, dua buah Airbus A320 AirAsia dan tiga buah pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia dijangka tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini (kira-kira 6 pagi esok waktu Malaysia).

Beliau berkata penerbangan ulang-alik sama ada dari Kaherah atau Iskandariah ke Jeddah akan diteruskan sehingga kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dari Mesir, yang digegarkan oleh tunjuk perasaan ganas untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Mengenai permintaan kerajaan Sabah untuk menggunakan penerbangan sewa khas untuk membawa keluar pelajar Sabah dari Mesir, Anifah berkata lebih baik jika kerajaan negeri menggunakan khidmat pesawat komersial yang beroperasi di Timur Tengah.

Langkah itu, katanya untuk mengelak daripada berdepan kesukaran menguruskan hak pendaratan atau ruang udara yang akan mengambil masa.-BERNAMA

Ulasan GB

Menyalahkan blogger sudah menjadi hal yang biasa bagi kerajaan Malaysia.

Tatkala negara-negara lain seperti China dan Indonesia TELAH PUN membawa keluar para pelajarnya dari bumi Mesir yang bergolak, Malaysia baru satu dua hari ini berusaha ke arah itu - itu pun kerana desakan dan pendedahan dari para blogger yang meminta kerajaan mempercepatkan proses pemindahan para pelajar berkenaan.

Sehingga saat ini, dilaporkan kita telah berjaya memindahkan 356 para pelajar dari Kaherah ke Jeddah, iaitu tak sampai 1% dari jumlah 11,000 pelajar Malaysia yang ada di bumi Mesir.

Alasan kerajaan ialah "tidak mudah untuk mendapatkan hak pendaratan di Mesir" dan begitu juga di Jeddah. Ia memang benar kerana baru sekarang anda terkial-kial sedangkan masa yang yang panjang sebelumnya tidak dilakukan untuk membuat permohonan hak pendaratan.

Pada hari ke 10 rusuhan berlaku di Mesir baru usaha membawa keluar pelajar Malaysia dilakukan.

Dan semalam akhbar Utusan melaporkan : Tiga pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyertai misi pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Kaherah, terpaksa menunggu hampir seharian di lapangan terbang antarabangsa di Abu Dhabi.

Misi yang diistilah sebagai Misi Operasi Piramid itu, menanti kebenaran untuk mendarat di Jeddah, Arab Saudi.


Hal tersebut sepatutnya tidak berlaku jika Kementerian Luar telah membuat urusan lebih awal dan bukan di saat-saat akhir.


[Video] Terkini: Hari Untuk Mubarak Berambus

Posted: 04 Feb 2011 06:18 AM PST

Para demonstran di Ibukota Mesir Kaherah sekali lagi hari ini mendesak Presiden Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan.

Puluhan ribu orang diundang untuk hadir di lapangan Tahrir, yang selama beberapa hari terakhir ini terjadi kerusuhan yang mengorbankan 300 orang.

Pemimpin demonstrasi mendesak Mubarak untuk segera letak jawatanr dan mengatakan akan melakukan demonstrasi di Istana Presiden hari ini.

Kemarahan para demonstran semakin memuncak akibat serangan yang dilakukan oleh para pendukung Mubarak.

Para pemrotes telah mengundang ribuan orang untuk kembali berkumpul di lapangan Tahrir untuk melakukan Solat Jumaat dan menyebutkan "Sehingga kita dapat menanam paku terakhir di keranda rejim, dan mengumumkan kemerdekaan revolusi 25 Januari."

Tekanan kepada Mubarak untuk berundur semakin meningkat dari dunia antarabangsa, dan AS juga meminta agar adanya peralihan kuasa.

Dalam wawancara dengan ABC, yang dilakukan pertama kali sejak protes anti-pemerintah terjadi, Mubarak menolak untuk mueletakkan jawatan, dan mengatakan jika itu dilakukan maka akan terjadi kekacauan di Mesir.

Dia juga mengatakan telah 'bosan' berkuasa dan ingin berundur secepatnya.

Tetapi, Mubarak kembali mengulang pernyataanya tentang kelompok pembangkang Ikhwanul Muslimin yang akan mengisi kekosongan kekuasaan, jika dia meletakkan jawatan.

Dipetik BBC melaporkan, perhimpunan hari ini yang diadakan pada hari Jumaat kedua sejak kebangkitan bermula minggu lalu dinamakan sebagai "Jumaat, Hari Berundur".

Sebahagian penunjuk perasaan tidur di atas jalan raya manakala sesetengahnya mengawal ketat Dataran Tahrir, nadi gerakan anti-Hosni.

Penganjur pula menyusun orang ramai untuk mengadakan perisai manusia dengan memeriksa identiti setiap penunjuk perasaan bagi mengelakkan penyokong Hosni mengganggu usaha mereka.

"Kami orang yang tidak berdosa. Kami mahu hidup aman," kata Magdy el-Sayed, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 35 tahun.

"Dan, sekarang dia (Hosni) hendak menggunakan apa lagi? Untuk mewujudkan ketegangan di kalangan kami. Tetapi kami berada di sini selama-lamanya.

Ulasan GB

Mubarak telah menyatakan kesediaannya untuk berundur tetapi menakut-nakutkan rakyat Mesir dan antarabangsa bahawa kelompok pembangkang Ikhwanul Muslimin yang akan mengisi kekosongan kekuasaan, jika dia meletakkan jawatan.

Sama seperti di Malaysia dimana pemimpin BN yang menakut-nakutkan rakyat Malaysia bahawa PAS akan mendominasi Pakatan Rakyat jika PR berjaya merampas Putrajaya!





Demo Anti-Mubarak: 8 Ditahan

Posted: 04 Feb 2011 04:00 AM PST

Seramai lapan orang awam ditahan polis kerana menyertai perarakan menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat disini hari ini.

Dua daripada mereka ditahan di Jalan Tun Razak selepas selesai daripada menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat kira-kira 2.50 petang tadi.

Manakala yang lain ditahan di bangunan Tabung Haji disini kerana dilihat melakukan provokasi selepas trak FRU melepaskan pancutan air kepada orang awam yang berehat di kaki lima gerai makanan.

Ketua Polis Daerah IPD Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, tujuh yang ditahan itu dibawa trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi disini.

"Mereka ditahan kerana enggan mengikut arahan polis supaya bersurai walaupun kami sudah beberapa kali memberi amaran," katanya.

Sementara itu, peguam daripada Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fitri berkata pihaknya akan ke IPD Dang Wangi untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang ditangkap. -FMT

Ikhwanul Muslimin - Kuasa Yang Tak Boleh Dipandang Sepi

Posted: 04 Feb 2011 03:30 AM PST

Ikhwanul Muslimin kuasa tak boleh dipandang sepi

Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu — antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.

Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin.

Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru.

Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas "perbuatan jenayah" mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.

"Hosni macam 'drakula'," kata Youssef Nada yang pernah bertindak sebagai 'menteri luar' pertubuhan itu dan kekal sebagai penasihat berpengaruh sehingga ke hari ini.

"Dia diktator tanpa belas kasihan dan telah membunuh ramai orang.

"Dia mesti dibicara dan perlu ditanggungjawabkan," kata beliau lagi.

Ikhwanul Muslimin, barisan pembangkang yang lebih tersusun di Mesir, menjadi sebahagian daripada arus perdana sosial negara itu sejak lewat 1920-an. Tetapi ia diharamkan oleh rejim Hosni. Ia diasaskan oleh Hassan al-Banna pada 1928.

Disebabkan pengharaman itu, Amerika Syarikat (AS) hanya mengadakan kontak dalam skala terhad dengan Ikhwanul Muslimin, demikian menurut Pengarah Program Asia Barat Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Jon Alterman.

Semalam, Naib Presiden Mesir Omar Suleiman berkata Ikhwanul Muslimin telah dipelawa untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan baru sebahagian daripada dialog kebangsaan dengan semua parti.

Alterman adalah antara sekumpulan penganalisis Asia Barat meminta White House awal minggu ini agar membincangkan keadaan di Mesir yang melalui perkembangan pantas sejak 10 hari lalu.

"White House tidak memberi perhatian dalam soal Ikhwanul Muslimin yang kelihatan terbuka dan sebahagian daripada politik Mesir," kata Alterman.

"Tiada kebimbangan bahawa sebarang penyertaan Ikhwanul Muslimin (dalam politik arus perdana) akan mengakhiri kepentingan AS di Mesir," katanya.

Sebaliknya, ada pandangan yang mengatakan kepentingan AS di Mesir mahukan kumpulan Islam itu memainkan peranan dalam politik yang vibran bersama pihak-pihak lain.

Alterman juga berkata, pentadbiran Obama juga faham yang rakyat Mesir turut berpandangan agama harus memainkan peranan dalam kehidupan rakyat sama ada mereka terikat dengan Ikhwanul Muslimin ataupun sebaliknya.

Oleh itu katanya, AS tidak harus mengetepikan Ikhwanul Muslimin hanya kerana mereka sebuah kumpulan Islam.

"White House juga ada pandangan bahawa politik Mesir perlu menggambarkan masyarakat Mesir," kata Alterman.

"(Perlu diterima bahawa) tindakan mengutamakan rejim sekular autoritarian tidak akan memenuhi kepentingan AS dalam jangka panjang, dan juga tidak akan memenuhi kepentingan Mesir sendiri," kata beliau.

Skala dan kepentingan detik-detik yang mekar di Mesir mengingatkan Revolusi Iran 1979, yang dibawa dalam rejim Islam.

Samer Shehata, seorang penolong profesor politik Arab di Universiti Georgetown berkata, banyak pihak membuat rumusan yang selari dengan era itu.

"Terlalu ramai di Kongres, dan sudah tentu juga di kalangan rakyat jelata, apabila mendengar politik Islam atau Ikhwanul Muslimin dan sebagainya, tiada fahaman (yang tepat).

"Mereka dengan cepat menganggap (ia sebagai badan yang ada kaitan) Al-Qaeda atau Hamas, malah Hizbullah. Dari segi fundamental, kumpulan ini jauh berbeza," kata Samer.

Katanya, berbanding Hamas Ikhwanul Muslimin tiada sayap tentera ataupun memiliki senjata dan mengecam keganasan sejak enam dekad lalu.

Bagaimanapun Leslie Gelb, presiden Majlis Hubungan Luar berkata tiada siapa yang boleh memastikan sama ada keadaan itu akan berubah jika pengharaman ke atas Ikhwanul Muslimin ditarik balik.

Ikhwanul Muslimin menekankan ia menyokong demokrasi dan kebebasan bersuara, tetapi ia juga anti-Israel dan menentang perjanjian damai Mesir-Israel.

"Kita tahu rekod dasar luar mereka," kata Gelb kata beliau dipetik media Barat.

Ikhwanul Muslimin pernah memainkan peranan menyokong bekas presiden Anwar Sadat yang ditembak mati ketika perarakan hari kemerdekaan dan beliau digantikan oleh Hosni pada 1981. Dengan berslogankan "Islam Adalah Penyelesaian", Ikhwanul Muslimin mahu mewujudkan sebuah negara berlandaskan undang-undang Islam.

Sebelum menyokong kepimpinan Anwar, pada 1966 kerajaan Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin utama Sayyid Qutb yang memberi tenaga baru kepada kumpulan ini dan ketika 1980-an, Ikhwanul Muslimin berusaha untuk menyertai politik arus perdana.

Pada pilihan raya 2000, Ikhwanul Muslimin memenangi 17 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat dan lima tahun kemudian menguasai 20 peratus kerusi yang ditandingkan, sekali gus mengejutkan Hosni.

Pada tahun lalu, usaha pemimpin-pemimpin Parti Demokratik Kebangsaan diterajui Hosni memulakan tindakan mengurangkan pengaruh pembangkang dalam pilihan raya Parlimen 2010 termasuklah kumpulan Islam ini.

Kesannya dikatakan berkait rapat dengan kebangkitan rakyat yang disaksikan hari ini. Dan, mereka menghitung hari-hari terakhir Hosni dan dunia negara maju termasuk termasuk AS tiada pilihan melainkan untuk berurusan dengan Ikhwanul Muslimin. -TMI

Di KL, 10 Ribu Berdemo, Polis Sembur & Tangkap Peserta

Posted: 04 Feb 2011 02:57 AM PST

Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir.

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.












Tiada ulasan: