Rabu, 2 Februari 2011

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Keluarga presiden Mesir lari ke London

Posted: 02 Feb 2011 02:18 PM PST


LONDON: Anggota keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dilaporkan sudah keluar dari Mesir menuju ke kediaman keluarga itu di London, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Anak lelaki presiden itu, Gamal, 47 tahun, dikatakan bertolak dengan pesawat peribadi bersama keluarganya dan 97 beg besar.

Mereka dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London. Khabar angin mengatakan Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69 tahun, bercadang ke London. Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata wanita pertama negara itu turut dilihat tiba di London.

Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion sejak berkuasa pada 1981.

Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49 tahun, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir, dengan isteri presiden Mesir itu mendapat julukan Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.

Beliau turut memegang pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer, adalah wanita Inggeris. Lily, yang bekerja sebagai jururawat, bertemu jodoh dengan pelajar perubatan asal Mesir, Saleh Thabet, di London pada 1934 sebelum mereka berpindah ke Mesir. -- Agensi.

Tiada ulasan: