Khamis, 10 Februari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Akibat banyak Makan Sushi (18SG)

Posted: 10 Feb 2011 03:32 PM PST

Tag : 18SG

Jika anda penggemar sushi ,anda mesti baca artikel ini .
Warga emas ini bernama Shota Fujiwara,
berasal daripada negara Jepun. Beliau adalah penggemar Sushi sejak daripada kecil lagi. Sehinggalah dalam lingkungan umur 60 tahun, beliau telah merana akibat sakit dalam kepala yang disangka migrin.

Setelah tiga tahun lamanya menanggung kesakitan ,doktor menjalankan X-ray untuk memastikan apa penyakit yang dihadapi oleh beliau. Doktor terperanjat apabila terdapat benda-benda kecil yang dipercayai ulat di kepalanya, tetapi bernasib baik kerana ia masih tidak menembusi tempurung kepalanya.

Setelah dibedah,beginilah keadaan otak encik Shota.



Pasti para pembaca tertanya-tanya dari mana datangnya ulat-ulat tersebut. Sebenarnya ulat-ulat tersebut datang daripada pemakanan encik Shota iaitu gemar memakan Sushi & Sashima yang mentah. Ulat-ulat tersebut mungkin datang daripada daging ikan dan makanan laut lain yang tidak dimasak terlebih dahulu. 
Sepatutnya, setiap makanan yang mentah hendaklah dimasak pada suhu 100 darjah celsius dan dibekukan pada 0-4 darjah celsius untuk mematikan kuman dan ulat yang sedia ada di dalamnya.
kepada penggemar Sushi & Sashima, berhati-hatilah ketika mahu menjamah. Pastikan makanan tersebut betul-betul masak dan selamat dimakan.

Sumber: Vgcorner, Hardyminhard


Cari N3 lama-lama disini

Astro Makin Membelit

Posted: 10 Feb 2011 02:48 AM PST

Tag : Santai


Assalamualaikum dan salam blogger,
Petang ni lepas balik kerja saya merayau-rayau ke blog sahabat mencari cerita santai ,terjumpa artikel yang menarik hati saya.

Isunya ialah, Semakin hari stesyen tv satelit ASTRO semakin hari semakin menjadi ular naga membelit dan membaham pelanggan mereka.mencari keuntungan mudah dengan menaikkan caj perkhidmatan.

baca kat sini

-ijoks2009-
Mengapa hanya Astro satu satunya stesyen TV satelit yang diberi lesen beroperasi di Malaysia
,Adakah kerajaan atau "bapak Menteri " ada kepentingan dalam syarikat itu.

Macam rangkaian Telefon bimbit ada banyak syarikat dan pengguna ada banyak pilihan .
Dengan itu akan melahirkan persaingan yang sihat .

Apa yang jadi masaalahnya bila hanya astro saja satu-satunya stesyen tv satelit yang beroperasi akan menyebabkan mereka dgn senang hati menaikkan caj perkhidmatan sesuka hati. 




Cari N3 lama-lama disini

Sambutan Maulud Dan Politik Islam(Tok Guru)

Posted: 09 Feb 2011 11:48 PM PST

Tag : Minda Tokguru
Bulan maulud ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Nik Aziz menambah, antara lai...n dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik.

"Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia.

"Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak" tambah beliau lagi.

Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini.

"Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam" katanya lagi.

Baca selanjutnya di  harakahdaily.net

-ijoks2009 

15minit  masa diambil untuk posting ni,tak berbaloi langsung kelajuan internet tm sreamyx dengan bayaran rm90 sebulan.Lembab macam kura-kura..





Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: