Khamis, 3 Februari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Huru-hara Di Mesir,Kerajaan Malaysia Lambat Bertindak

Posted: 03 Feb 2011 01:25 AM PST

Tag : Isu Semasa

Rusuhan di Mesir:
Kerajaan malaysia lambat bertindak,
mengikut maklumat yang saya terima ketika ini kerajaan Indonesia sudah hampir selesai membawa pulang semua pelajar mereka dari mesir. Sedangkan Pelajar malaysia kat sana sudah 4 hari terputus bekalan makanan, yang ada pun kedai makanan dlm kawasan lapangan terbang saja dengan harga yang mahal.

Hari ini baru kerajaan nak bertindak.Inikah namanya rakyat didahulukan??

03/02/2011 1:54am
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah melancarkan Pelan Tindakan Evakuasi untuk membawa keluar warga Malaysia, khususnya pelajar dari negara bergolak itu.
Berdasarkan kenyataan yang disiarkan di blog Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, operasi pelan bermula 2 Feb. Rakyat Malaysia akan dibawa keluar melalui penerbangan ataupun pelayaran.

Berdasarkan modus operandi pelan berkenaan, mereka yang masih berada di negara itu akan dikumpulkan di beberapa tempat sebelum penerbangan keluar dibuat dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kesemua individu yang diselamatkan melalui penerbangan ehsan akan dikumpulkan di Jeddah.
Individu dari Kaherah akan berkumpul di Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK; dari Iskandariah akan berkumpul di Rumah MARA manakala mereka dari Mansourah pula akan diterbangkan ke Iskandariah sebelum dibawa ke Jeddah dan berkumpul di Hotel New Mansourah.

Para peserta dikehendaki berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang pada masa yang ditetapkan iaitu di Kaherah pada 11 pagi 2 Feb; dan pada 10 pagi 3, 4 dan 5 Feb.
Peserta dari Iskandariah pula perlu berkumpul pada 9 pagi 4, 5 dan 6 Feb.
Rakyat Malaysia yang mengikuti pelayaran pula akan melalui Pelabuhan Al-Adabiyah sebelum ke Pelabuhan Jeddah dan berkumpul di Kompleks Haiyyui Ashir.

"Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia," demikian menurut kenyataan itu.
Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Klang.

Kos perjalanan balik ke Mesir adalah atas tanggungan sendiri. Bagaimanapun perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.
Setiap peserta hanya dibenarkan membawa bagasi kecil tidak melebihi tujuh kilogram, selain diingatkan supaya membawa pasport/dokumen perjalanan yang sah.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi menyelamat itu akan terlebih dahulu ditumpukan kepada pelajar wanita, pelajar berkeluarga, pelajar yang uzur dan sakit, berada di zon risiko tinggi, pelajar tahun pertama dan pelajar sekolah rendah/sekolah menengah.
Selain itu, pelajar juga perlu mengisi borang makluman pelajar sebelum mengikuti penerbangan dan pelayaran berkenaan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada para pegawai kedutaan iaitu Saharudin Hassan (+2010-5005338), Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004), Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264) dan Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715).
– BERNAMA
Pro-government demonstrators, below, some riding camels and horses and armed with sticks, clash with anti-government demonstrators, above, in Tahrir square, the center of anti-government demonstrations, in Cairo, Egypt Wednesday, Feb. 2, 2011.


An Egyptian  cries in front of on army tank in Tahrir, or Liberation square, in Cairo, Egypt, Wednesday, Feb. 2, 2011. Several thousand supporters of President Hosni Mubarak, including some riding horses and camels and wielding whips, clashed with anti-government protesters Wednesday as Egypt's upheaval took a dangerous new turn.
AP Photo 13 minutes ago

Berita terkini disini :
pinkturtle2.wordpress.com

dan disini:
http://beritaterbaru.net/search/rusuhan-di-mesir


 
 
Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: