Ahad, 13 Februari 2011

Era Pasca

Era Pasca


HAK!! SONGKOK TINGGI BIKIN MALU LA WEI!

Posted: 13 Feb 2011 01:14 AM PST

Mungkin geng-geng songkok tinggi 3 jengkal ni banyak sangat tengok cerita-cerita konspirasi bodoh filem tamil. Orang-orang yahudi membuat konspirasi bertahun-tahun lamanya, merancang dengan teliti untuk menyebarkan propaganda kepada dunia.

Tapi geng-geng bebal songkok tinggi 3 jengkal buat konspirasi tak sampai seminggu. Konspirasi gerombolan songkok tinggi setakat mampu menipu budak tadika yang bebal yang hanya tahu mengangguk walaupun tak paham.

Mari kita lihat konspirasi gerombolan songkok tinggi yang kononnya nak buat gempar satu negara.

Sebelum ini salah seorang kepala gerombolan songkok tinggi 3 jengkal membuat satu laporan Polis kononnya mereka memiliki dokumen bukti yang didedahkan oleh orang dalam Parti KEADILAN. Ketua gerombolan ini menggesa kerajaan Malaysia agar merampas pasport milik Dato Seri Anwar Ibrahim, kerana mereka memiliki maklumat dalaman kononnya Anwar dan kawan-kawannya telah merancang untuk melarikan diri dari Malaysia sekiranya kalah di dalam kes liwat yang sedang di hadapinya.

Bukan itu sahaja, ketua gerombolan juga berkata, Anwar telah merancang untuk membuat satu insiden kemalangan ke atas dirinya sendiri untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Namun apabila diminta untuk mendedahkan maklumat pada sidang media, ketua gerombolan menolak atas alasan Polis tak benarkan.

Di bawah ini rakaman video sewaktu ketua gerombolan songkok tinggi itu membuat sidang media. Ketua gerombolan dengan bangganya merepek dan merapu semasa azan sedang dilaungkan sila klik untuk menonton video.
Selepas sidang media dan laporan Polis tentang dokumen bukti ini dibuat, tiba-tiba para blogger penyokong songkok tinggi secara berjamaah bagai gerombolan monyet-monyet pencuri pisang orang kampung, telah menyiarkan berita yang konon-konon menggemparkan.

Para blogger gerombolan monyet ini menyiarkan cerita kononnya seorang exco Perkasa bernama Farid telah hilang dicolek. Blogger-blogger gerombolan monyet ini berpura-pura sangat risau kerana dokumen bukti Anwar ingin melarikan diri dan membuat konspirasi kemalangan ada di tangan si botak ini. Si botak bernama Farid ini keluar tak sampai 24 jam, tapi geng gerombolan buat-buat gelisah dan risau mengalahkan hilangnya kanak-kanak umur 3 tahun.

Namun begitu, tak sampai sehari selepas gerombolan monyet-monyet ini membuat konspirasi bodoh mereka, keluar pula berita di akhbar pencacai, kononnya si botak yang membawa dokumen ini telah ditemui dalam keadaan kebingungan. Malah dokumen di tangannya dipercayai sudah hilang.

Wow hebat gila konspirasi puak gerombolan monyet ini. Macam cerita konspirasi dalam filem tamil. Diorang yang buat konspirasi, diorang juga yang menjawab persoalan konspirasi. Akhirnya gerombolan monyet ini hanya mampu membodohkan diri mereka sendiri kah kah kah. Bayi yang baru dilahirkan sejam tadi pun akan tergelak bila dengar cerita bangang puak gerombolan monyet ini kah kah kah.

Cubaan memperbodohkan rakyat ternyata gagal, sebaliknya gerombolan monyet ini yang menunjukkan kebodohan.

ReJaM© "Pssst... gerombolan monyet dan songkok tinggi ni lupa ada pembelot yang telah mendedahkan konspirasi bodoh ini kah kah kah kantoi!"

KAHKAHKAH UMNO PENCACAI TEGAR KEPADA MCA

Posted: 12 Feb 2011 11:57 PM PST

aku dah habaq lama dah... hahah UMNO nih tak lebih dari PAKU DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.... kahkahkah

sebuk UMNO kata PAS alat DAP lah! PAS hina Sultan lah, dan banyak lagilah tuduhan hanjing2 belaan MCA nih.. hahaha padahal UMNO sindri lagi teruk! 52 tahun buat kerja2 nih sume... hahah

Korang percaya tak kalau aku kata yang UMNO dok sibuk pedajal kerajaan DAP di PULAU PINANG kalau dorang rampas balik PPinang UMNO akan perintah? Korang toksah HARAP ler..! Aku jamin UMNO dengan rela hati bagi kat GERAKAN PERINTAH.. kahkahkah Pasai UMNO nih alat pada parti2 lain...

Meh kite baca apa tok guru HABAQ! (baca selanjutnya...)
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Umno/BN mengemukakan bukti yang PAS menjadi alat DAP.

"Cuba bawa mari satu bukti bahawa PAS menjadi alat DAP, tak dak satu pun, yang pasti Umno menjadi alat MCA".

"MCA suruh Umno/BN tolak Islam, Umno ikut, suruh buang tulisan jawi Umno ikut, Umno jadi alat MCA"tambah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Menurut Tuan Guru walaupun PAS berkawan dengan DAP, PAS tetap mempertahankan dasar Islamnya yang menjadi asas perjuangan PAS. Buktinya PAS tidak pernah mengubah perlembagaan yang jelas meletakkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan qias sebagai asas dan dasar perjuangan.

Tuan Guru juga berkata PAS akan terus menentang perjuangan Umno kerana jelas parti itu menolak perjuangan Islam.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di sini malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah YB Salahuddin Ayub, YB Goh Leong San dan lain-lain pimpinan PR Melaka.

KALI NIH AKU NAK TULIS PASAI APA?

Posted: 12 Feb 2011 07:12 PM PST

Aku baru dapat online hari nih pasai dari semalam membzkan diri, macam aku baca,

pertama pasai anwar, aku baca pasai PERKOSA dan jawapan dari ANWAR... nak lari dengar citer nye... hahaha pada aku bagus lah lari dari duduk kat malaysia yang negara boleh land nih... hahaha walaupun ramai leh jangka keputusan apa makamah nak bagi kat anwar nih.... ada aku kesah? walau apapun terjadik aku tetapkan pendirian untuk menjahanamkan BN di mata dunia Malaysia nih.... Di harap begitu lah jugak orang len yang selama nih rasa di tipu oleh UMNO/BN... OK

lagi bab Pilihan Raya... semua maklum lepas PRU12 makin banyak PRK-PRK seluruh Mesia.. hahaha Aku dapat tau pun pagi nih, Belum abis Merlimau datang plak KERDAU... Masalahnye sempat ke? Dengar Najib nak buat PILIHAN RAYA ke13 bulan MAC... hahaha pun sama.. yang dah mati tu takpa lah, yang idup nih terus kan kehidupan... Aku jugak tetapkan pendirian kat KERDAU dan MERLIMAU nih sokongan kuat pada Pakatan Rakyat! dan diharap begitulah jugak orang len yang selama nih dah kene di anaktirikan oleh UMNO/BN.... OK

Bab terakhir lak pasai MESIR, aku harap rakyat Malaysia seberani MESIR, kalau ANWAR kene tangkap dengan proses tidak adil isu fitnah terhadapnya, aku harap kali nih kita toksah turun jalan raya untuk lepaskan Anwar, cukup lah kite turun untuk tukar UMNO terus.. kita bubarkan UMNO terus.. senang dan semua ISU SELESAI serentak, dari isu GST yang kata nak tangguh tapi sebenarnya dah start, isu naik harga barang dan Petrol juga isu kehakiman kita yang terlampau bias dan sekali gus aku nak nengok KITA BERUBAH! begitu jugak aku harap orang len...

dan aku tak tau nak sembang pe lagi... nanti kalau ade isu aku wat kat post len lah.. kahkahkah

Merlimau : CERAMAH BN TIADA SAMBUTAN

Posted: 12 Feb 2011 04:07 PM PST


Umno/BN cuba mensabotaj ceramah PAS apabila mengadakan ceramah berdekatan dengan ceramah PAS semata-mata untuk menarik penduduk setempat supaya tidak menghadiri ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz malam ini. Ceramah PAS diadakan di perkarangan Markaz PAS Merlimau manakala ceramah Umno/BN diadakan di seberang jalan utama yang jaraknya hanyalah 300 meter. Penceramah utama ialah Lokman Noor Adam bekas pemimpin pemuda PKR yang melompat menyertai Umno.


Namun Umno/BN sendiri dimalukan oleh penyokongnya apabila hanya 60 orang sahaja (gambar atas) yang datang mendengar ceramah mereka berbanding ceramah PAS yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat.

Cuba tuan-puan bandingkan jumlah pendengar antara ceramah Umno/BN (gambar atas) dengan ceramah PAS (gambar bawah).

Tiada ulasan: