D'Perbatasan |
- Masih Lenakah Tidurmu di Belakang Bicara Anak Muda Itu
- Muhyiddin jadi PM,Kalau BN tak dapat kemenangan 2/3
- AMK Pulau Pinang dakwa Utusan bohong
- Ops Lalang : Kenyataan Mahathir Bertentangan Fakta
- Rakyat Akan Bangkit Jika Terus Ditindas
- 'Dr M, anda ada 7 hari untuk namakan mereka'
- Kuasa Rakyat Suara Keramat
| Masih Lenakah Tidurmu di Belakang Bicara Anak Muda Itu Posted: 13 Feb 2011 07:24 PM PST
|
| Muhyiddin jadi PM,Kalau BN tak dapat kemenangan 2/3 Posted: 13 Feb 2011 05:31 PM PST Kegagalan Abdullah Badawi untuk memimpin parti dan kerajaan menyebabkan BN tidak mampu untuk mendapatkan kemenangan 2/3 didalam Dewan Parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu. Hasilnya Abdullah terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan 'sedikit' imbuhan dalam bentuk tanah yang bernilai puluhan juta ringgit di Kuala Lumpur sebagai 'ganti-rugi' kerana meletakkan jawatan.Orang nombor duanya Najib naik menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta Pengerusi BN peringkat nasional. Abdullah telah mendapat tekanan yang begitu besar sehinggakan beliau terpaksa berfikir dengan mendalam yang akhirnya membawa beliau untuk membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Setelah beraku sedikit 'golden hand shake' beliau meletakkan jawatan dan Najib Razak mengambil alih jawatan beliau. Apa yang penting kita ketahui ialah perletakkan jawatan itu adalah hasil dari penolakkan yang jelas oleh rakyat terhadap BN pimpinan UMNO sehinggakan BN hampir-hampir tumpas dan hanya mampu untuk memerintah dengan 'majority' yang tipis di Dewan Parlimen Persekutuan. Lain-lain perkataan jika seseorang Perdana Menteri tidak mampu untuk mendapatkan sokongan 2/3 di Dewan Parlimen maka pada bila-bila masa sekali pun Perdana Menteri wajar meletakkan jawatan kerana 'precedent' ini telah dimulakan dengan perletakkan jawatan oleh Abdullah Badawi. Seandainya BN menghadapi keadaan yang sama didalam pilihanraya yang akan datang maka Najib akan terpaksa meletakkan jawatan sebagai PM seperti yang dilakukan oleh Abdullah Badawi 2 tahun yang lepas. 'Game plan' perletakkan jawatan bagi Abdullah Badawi dahulu adalah untuk mempercepakan kenaikkan Najib, dan usaha untuk memberikan tekanan kepada Abdullah meletakkan jawatan dilakukan oleh Muhyidin Yassin. Muhyiddin menjadi orang kuat menekan Abdullah untuk mengundurkan diri kerana jika Najib naik ke kerusi Perdana Menteri beliau sendiri menagih jawatan Timbalan PM kepada Najib walaupun beliau belum tentu untuk menjadi PM kerana Najib adalah 6 tahun lebih muda darinya.Yang penting beliau mesti menjadi Timbalam PM kerana jika ada apa-apa yang berlaku kepada Najib beliau sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan yang disandang oleh Najib itu. Akhir-khir ini tidak kurang juga ramainya rakan-rakan di dalam UMNO membuat andaian yang jika Najib tidak berupaya mendapatkan kemenangan 2/3 didalam pilihanraya yang akan datang maka Muhyiddin akan mengambil tempat Najib kerana kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 atau untuk mengembalikan kemenangan 2/3 itu merupakan satu kegagalan kepada Najib. Malahan sudah nampak tanda-tanda dari perbualan penyokong-penyokong pimpinan ingin melihat BN untuk memenangi pilihanraya kali ini dengan hanya mendapat majoriti yang mudah bagi memudahkan Muhyiddin mengambil alih kepimpinan negara seperti Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi dahulu. Saya difahamkan yang ada pemimpin veteran yang berkepentingan untuk melihat Muhyiddin mengambil alih kepimpinan UMNO dan negara kerana jika keadaan itu berlaku maka mudah baginya untuk menempatkan ahli keluarganya menaikki tangga kepmpinan negara kita. Jika apa yang saya dengar itu benar maka usaha untuk memantapkan UMNO itu sudah pasti tidak akan mendatangkan apa-apa munafaat bagi parti ini. Mengikut apa yang didengar mendesak Najib untuk meletakkan jawatan akan lebih mudah jika BN hanya mendapat majoriti yang simple seperti apa yang didapati dalam pilihanraya yang lalu.'Game plan' setengah pihak didalam UMNO ini sebenarnya amat merbahaya bagi BN kerana jika silap perkiraan maka UMNO dan BN akan menghadapi kemungkinan menerima kekalahan hasil dari politiking yang tidak sihat di kalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti kita sendiri. Bagi pihak yang ingin melihat perkara ini berlaku telah mula bercakap tentang kegagalan Najib untuk melaksanakan pelan-pelan pembangunan yang diumumkan oleh beliau kepada umum. Kumpulan ini nampaknya lebih suka jika pelan ini gagal kerana ianya akan memudahkan usaha mereka untuk menekan Najib untuk berundur dari memimpin negara. Baginya isu terhadap Najib itu sangat memenatkan mereka untuk mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhannya. Selama ini saya berpendapat isu-isu peribadi Najib dan keluarganya yang heboh diperkatakan itu datangnya dari luar UMNO, tetapi akhir-akhir ini isu ini sebenarnya disuburkan oleh mereka didalam UMNO dan BN sendiri kerana permainan politik dalaman yang sangat kotor dan tidak berfaedah. Tetapi itulah penyakit yang sedang dihadapi oleh UMNO. Kalau politiking seperti ini masih berlaku maka tidaklah mustahil UMNO akan kecundang dihadapan mata rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Didalam UMNO kini elemen 'orang Najib' dan 'orang Muhyiddin' nampaknya akan timbul secara beransur-ansur dan ini merupakan satu situasi yang tidak sihat untuk parti.Jika benar apa yang dikhabarkan itu, maka Najib akan mengambil tindakkan untuk hanya mencalonkan orangnya didalam pilihanraya yang akan datang. Untuk memberi alasan bagi menggugurkan seseorang penyandang itu adalah perkara yang mudah kerana keseluruhan mereka yang sedang menyandang di kerusi Parlimen dan Undangan negeri ada masalah masing-masing. Alasan rasuah dan salah gunakuasa merupakan alasan yang paling mudah bagi Najib untuk menurunkan sesiapa sahaja yang sedang menyandang itu. Lagi pun Najib mempunyai hak untuk menentukan sesiapa yang boleh atau tidak boleh bertanding kerana janji beliau untuk menurunkan 'winnable candidates' itu akan tetap dilaksanakan. Najib mempunyai hak untuk memastikan yang pemilihan calun didalam pilihanraya kali ini adalah dari mereka yang setia kepada beliau. Oleh Aspan Alias |
| AMK Pulau Pinang dakwa Utusan bohong Posted: 13 Feb 2011 05:55 AM PST Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali semasa ditemui berkata berita dan angka yang dipaparkan tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR). Amir juga berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Direktorat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyatakan hanya 10 buah premis sahaja yang dirobohkan oleh pihak penguatkuasa MPSP pada hari kejadian iaitu 7 Februari yang lalu. "Apa yang cuba ditimbulkan oleh akhbar tersebut adalah untuk mensensasikan isu perobohan gerai yang ternyata dilaksanakan sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan tersebut. "Dalam operasi yang dilaksanakan MPSP telah bertindak mengikut garis panduan yang diberikan. Mereka juga tidak berpihak kepada mana-mana peniaga. Sebaliknya jumlah gerai yang dirobohkan melibatkan 4 kepunyaan orang Melayu, 2 Cina, 1 India dan selebihnya adalah milik warga asing, " kata Amir (gambar) lagi.Beliau yang juga Ahli Majlis MPSP memberi jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan. Namun begitu, katanya, ia memerlukan sedikit ruang sebelum proses pelaksanaannya dijalankan. Amir juga mengingatkan Umno dan Barisan Nasional khususnya di Pulau Pinang supaya tidak mengeruhkan suasana dengan mengapi-apikan para peniaga melalui penyiaran berita mereka bagi menimbulkan kebencian masyarakat kepada Kerajaan Negeri. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah, Ong Chin Wen serta para peniaga yang terlibat dalam perobohan gerai mereka baru-baru ini. |
| Ops Lalang : Kenyataan Mahathir Bertentangan Fakta Posted: 13 Feb 2011 05:46 AM PST Pakar Perlembagaan Prof. Dr Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa kenyataan itu, sebagai bertentangan dengan fakta yang dilihat semua pihak serta tak boleh dipercayai. Bagaimanapun jika mengambil kebenaran kata-kata Perdana Menteri keempat itu, ia jelas bertentangan dan melanggar mandat serta perlembagaan negara. "Kalau selepas hari ini selepas jadi PM dia kata tak tau apa-apa, ini satu perangai yang sangat berbeza dengan apa yang kita nampak, jadi sudah nyanyuk ke dia?, Pada saya, saya tak percaya apa dia cakap. "Kalau mengandaikan apa yang dia cakap itu betul sekalipun, itu satu benda yang salah. PM adalah orang yang memegang mandat oleh rakyat dan dia tak boleh biar negara ini diperintah polis yang tak dipilih oleh rakyat. Jadi adakah dia nak beritahu kita bahawa Malaysia ni negara Polis, yang orang boleh ditangkap Polis tanpa perintah kerajaan yang dipilih rakyat," ujarnya. Prof. Aziz berkata demikian dalam temuramah bersama TV Selangor hari ini. Perkara ini didedahkan Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad karangan Tom Plate. Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemimpin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina. Aziz turut mengulas mengenai kewujudan dokumen yang perlu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri iaitu Mahathir sendiri yang diperlukan polis bagi menangkap mereka di bawah ISA membuktikan mustahil Mahathir tidak mengetahui hal berkenaan. Lebih malang lagi, jika apa yang didakwa Mahathir betul, maka beliau hanya menandatangi secara buta tuli sahaja dan melanggar tanggungjawabnya sebagai ketua negara. "Kalau diandaikan betul apa dia kata maksudnya dia 'sign' buta saja, ini satu lagi benda yang salah. Dia kena tahu dan ambil tanggungjawab apa yang dia sokong tandangan itu betul. Bermakna bila tandatangan buta tuli, ia mengkhianati mandat rakyat, " katanya. Prof Aziz juga melihat kata-kata Mahathir itu sebagai mengambarkan seolah Malaysia ialah negara Polis dan memandang serius peranan yang dimainkan oleh kepimpinan tertinggi polis pada masa itu. "Dalam masa sama kita tengok bahawa Tun Haniff sebagai KPN telahpun melampaui bidang kuasa dia. Kalau seorang polis yang tidak dilantik rakyat boleh buat begitu ini perkara yang cukup bahaya.. Dan kita juga nak tahu peranan yang dimainkan oleh Rahim Noor yang ketika itu Ketua Cawangan Khas," katanya. |
| Rakyat Akan Bangkit Jika Terus Ditindas Posted: 13 Feb 2011 05:16 AM PST Beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis. "Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih. Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya. Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka. Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka. "Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya. Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir. "Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," ujar Asri lagi. |
| 'Dr M, anda ada 7 hari untuk namakan mereka' Posted: 13 Feb 2011 02:29 AM PST Karpal, yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, dakwaan Dr Mahathir itu "jauh dari kebenaran" dan mencabarnya menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya, bersama masa dan tempatnya. Karpal - yang ditahan dalam Operasi Lalang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lewat 1987 hingga awal 1989 - menafikan ada pertemuan seperti yang didakwa itu. "Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambah Karpal (gambar kanan).Dalam buku terbaru mengenai Dr Mahathir yang ditulis oleh wartawan Amerika Tom Plate, mantan perdana menteri dipetik sebagai berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dr Mahathir dipetik memberitahu Plate bahawa beliau mahu "menanganinya secara berbeza", tetapi polis berkeras untuk membuat tangkapan tersebut. |
| Posted: 13 Feb 2011 01:28 AM PST
|
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















Tiada ulasan:
Catat Ulasan