D'Perbatasan |
- Heboh!!! Lim Guan Eng Berketayap Pulak
- Duit Kita BN Sebat
- Selepas Ezam Gagal, Umi Hafilda Jadi Senjata Umno(Menarik Dengan Paparan Video)
- Gambar Sekitar: Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Anjuran PKR P.Pinang
- Hukum Mereka Sampai Mati!
- 'Parkir Mad Said' Lawan 'Parkir Guan Eng'
- Kita Tidak Tahu Bila Kita Akan Ditinggalkan, Ataupun Kita Yang Akan Meninggalkan
- Operasi Lalang: Penafian Mahathir, Dedahkan Lebih Banyak Kebenaran
- Temuramah Yang Pasti Diharamkan Di TV Malaysia!
- Kerajaan Negeri Pulau Pinang Meluluskan Cuti Bersalin kakitangannya 90 hari
- Ketua Menteri Pulau Pinang Akan Saman Farid
| Heboh!!! Lim Guan Eng Berketayap Pulak Posted: 10 Feb 2011 07:09 PM PST ![]() ika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap. Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap. Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu. Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan. "Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya."Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu," katanya. Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya. "Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri," katanya. Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini. |
| Posted: 10 Feb 2011 06:54 PM PST Sudah puluhan tahun kita bekerja keras untuk memastikan kita mampu menyara diri - sendiri dan keluarga. Jika dahulu RM10.00 boleh tahan hingga ke dua hari. Hari ini RM10.00 setengah hari saja. Jika dahulu RM50.00 kita boleh gunakannya selama 1 minggu, hari ini hanya 3 hari sahaja. Kenapa jadi begitu? Puncanya senang, harga minyak naik. Bila harga minyak naik, semuanya terpaksa naik. Dalam negara ini, tiada sebarang urusan perniagaan yang tidak melibatkan pengangkutan yang menggunakan diesel dan petrol. Maka sayur - sayur dari Cameron Highlands yang mahu diangkut kesana - sini, harganya pasti dinaikkan. Harga beras dari utara Malaysia yang diangkut menggunakan lori, terpaksa dinaikkan. Harga pemasangan astro satu Malaysia terpaksa dinaikkan sebab menggunakan harga minyak.Apa punca harga minyak naik? Sebab harga dunia ke? Tidak. Harga minyak naik sebab negara kita sudah tidak punya wang. Kita tidak punya wang kerana keborosan, kerakusan, ketamakkan beberapa pemimpin negara yang laparkan duit. Projek harga ratusan ribu terpaksa dinaikkan puluhan juta harga semata mahu memastikan beberapa peratus dari jumlah tersebut masuk ke poket mereka. Mahu melancong bersama digunakan dana negeri ratusan ribu macam Khir Toyo. Mahu membeli - belah, ratusan juta digunakan dan diambil dari kerajaan macam Rosmah. Kita rakyat Malaysia terus - menerus dipaksa dan dizalimi. Kita semakin tersepit. Apakah tiada jalan keluar? Mahu mengundi, pilihanraya di Malaysia paling kotor dan tidak adil. Mahu apa lagi? Ke jalanraya? Beranikah kita? Mampukah mendepani kezaliman pihak polis yang menerima arahan dari Najib untuk membantai kita? Kita mampu! Cuba kita hanya menunggu masa yang sesuai. Kita sudah tidak takut dengan herdikan mereka. Kita sudah lali dengan gas pemedih mata. Kita sudah berani berdepan dengan FRU. Semuanya kita sudah berani. Kita lebih berani dari tahun 1998. Masa untuk kearah itu hanya menunggu masa yang tepat. Najib dan Rosmah jangan terlalu bergembira. Rosmah, rakyat berdendam dengan kau. Ratusan juta kau telah bazirkan. PERMATA projek bodoh telah mendapat RM 111 juta!! Makin lama Rosmah wujud makin teruklah keadaan wang negara. Makin lama BN memerintah makin jahanamlah negara kita. Kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan sesuatu. Berbeza negara lain. Negara yang baik adalah negara yang membangun dengan nilai - nilai yang baik. Rakyat tidak merasa susah. Kekayaan negara dikongsi bukannya hak milik orang Umno. Rakyat tidak perlu mengikat perut semata mahu mendapatkan sesuap nasi. Pemimpin yang perlu berkorban bukannya rakyat. Itu contoh negara yang baik.Regim yang jahat sama seperti Mesir, Tunisia, Yaman, Algeria dan sebagainya. Kerana apa mereka jahat? Kerana mereka yakni pemimpin hidup mewah sedangkan rakyat terpaksa berhempas - pulas demi negara. Duit yang kita kerjakan dapat kepada pemimpin. Mesir sedang menunggu masa mendapat sinar baru. Bagaimana Malaysia? Haruskah kita terus menunggu? Dari Dragsuperstar |
| Selepas Ezam Gagal, Umi Hafilda Jadi Senjata Umno(Menarik Dengan Paparan Video) Posted: 10 Feb 2011 06:40 PM PST Setelah Senator Ezam Mohd Noor gagal untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Selangor, Umno negeri itu terpaksa meletak harapan kepada muka lama Umi Hafilda untuk cuba menghakis pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hanya kira-kira 100 orang hadir pada ceramah sulung Umi Hafilda di Jalan Kebun, Kelang malam tadi. Segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh Umi Hafilda terhadap Anwar pada ceramah itu hanya berupa modal lama yang dikitar semula sejak 1998. Tetapi dalam keghairahan beliau membidas Anwar, Umi Hafilda membongkarkan peri laku Jemaah menteri termasuk Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan barisan menteri besar sendiri yang ketika itu bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad. Untuk paparan berita lanjut sila saksi video yang dilampirkan.. Dari TvsNews |
| Gambar Sekitar: Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Anjuran PKR P.Pinang Posted: 10 Feb 2011 06:05 PM PST |
| Posted: 10 Feb 2011 05:50 AM PST BERITA dari Butterworth hari ini menarik perhatian saya. Ia sebuah berita biasa yang mungkin tidak akan diberi perhatian ataupun dijadikan iktibar untuk membuat renungi bersama. Berita berkenaan ialah mengenai bekas seorang setiausaha kepada menteri mengaku tidak bersalah memiliki wang seban yak RM2.13 juta. Cara bekas setiausaha menteri itu memiliki wang itu dengan mengubah wang berkanaan hasil aktiviti haram yang dilakukan di sepanjang tahun lepas.Mungkin bagi adik kakak yang tidak faham dengan undang-undang dan terma-termanya tidak tahu dan mengerti apa yang dimaksudan aktiviti haram berkenaan. Yang jelasnya ia bukan dari wang jual dadah atau rompak secara fizikal atau menerusi pengemisan di kedai-kedai mamak. Tetapi menerusi aktiviti yang dihalkan menggunakan kedudukannya. Mereka mengaut keuntungan mentah. Salah satu tektiknya ialah dengan mengambil fee atau pun komisyen atas sesuatu yang dilakukan. Selalu kedengaran pegawai menteri mengambil tol atau mengutip komisyen daripada pihak tertentu yang menggunakan 'khidmat' mereka. Misalnya mereka ini akan mengenakan fee dengan jumlah tertentu sekiranya mana-mana orang ingin berjumpa dengan bosnya, menteri. Dalam kata mudah mereka menjadikan bos mereka sebagai umpan dan modal. Seorang pegawai menteri misalnya pernah mengenakan di antara RM3,000 hingga RM5,000 hanya sekadar membolehkan pihak tertentu berjumpa dengan bosnya. Itu belum lagi menteri berkenaan menerima apa-apa proposal atau pun mendapat projek dari menteri.Selalunya urusan mengusahakan agar proposal disokong menteri pegawai-pegawai hantu ini akan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit, tidak termasuk kemudahan lain seperti kereta, rumah dan juga pensedekahan hiburan dan pebekalan pelacur kelas artis. Apa yang pernah berlaku di Perak tidak lama dulu melibatkan dua bekas Exco adalah kegiatan seumpama itu yang sudah lama berlaku. Ia sebenar tidak pelik dan menghairankan lagi. Kita juga nak tanya kalau setiausaha menteri mendapat sebanyak itu dalam masa setahun menerusi kegiatan haramnya, berapakah pula menteri mengaut komisyen dari kegiatan itu? Apakah menteri hanya menjilat gos saja saja sedangkan pegawainya kaya raya? Tidak masuk akal kalau menteri tidak dapat satu sen pun. Sebenarnya kegiatan haram yang dihalalkan inilah menjadikan rakyat negara ini susah dan terpaksa membayar sesuatu perkhidmat yang disediakan untuk mereka dengan kadar tinggi. Bayangkan kalau kos asal sesuatu perkhidmatan katakan RM10 juta tetapi apabila dikira dengan komisyen dan fee yang tidak perlu itu menyebabkan kosnya mencecah RM15 juta. Itu tidak mengapa lagi, ada kalanya harga ditambah sampai 200%. Satu contoh klasik pembinaan sebuah jambatan di negeri Kelantan. Harga asalnya RM80 juta. Setelah dicampur dengan komisyen kepada pihak yang mengurus akhirnya ia menjadi RM160 juta. Ini bermakna separuh dari harga jambatan itu dibaham oleh orang tertentu menerusi aktiviti-aktiviti haram seperti mana dilakukan oleh bekas setiausaha politik tadi. Inilah yang menjadikan pemakan komisten dan fee ini perut buncit macam katak gomok.Wajar rasanya kalau kerajaan memperketatkan kawalan atas kejadian ini dan menghukumkan mereka terbabit dengan sekeras hukuman. Kalau perlu para pengyonglap wang rakyat ini dihukum gantung samnpai mati dan bangkainya dilempar ke sungai Sarawak. Dari MSO |
| 'Parkir Mad Said' Lawan 'Parkir Guan Eng' Posted: 10 Feb 2011 05:45 AM PST Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pada 4 Februari lalu telah merasmikan dan melancarkan dua buah bangunan 'kerangka besi', setiap satu setinggi empat tingkat yang dipanggil sebagai 'sistem parkir automatik bertingkat' mengaplikasikan kaedah putaran (rotary type) menelan kos RM9.8 juta.Di Jalan Tuku atau Jalan Bank, Pulau Pinang, kira-kira tiga minggu lalu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng telah merasmikan sebuah bangunan 'konkrit dan simen' parkir bertingkat juga dengan kos RM9.8 juta. Kebetulan bukan? Kos yang sama? dan jumlah unit kenderaan yang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa juga hampir sama. 'Parkir Ahmad Said' boleh menampung sebanyak 232 buah kereta manakala 'parkir Guan Eng' boleh memuatkan 204 buah kereta dengan kapisiti penuh. Ahmad, ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dalam sidang DUN Disember lalu berkata, langkah kerajaan Umno dan Barisan Nasional membangunkan parkir bertingkat itu adalah kerana tanah terhad dan mahal di Bandaraya Kuala Terengganu. Namun secara perbandingannya, pasti tanah di Pulau Pinang lebih mahal dan terhad berbanding Kuala Terengganu. Walaupun demikian, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dapat menyiapkan bukan sahaja 'kerangka besi' tetapi bangunan yang dilengkapi dengan ruang niaga dan pejabat. |
| Kita Tidak Tahu Bila Kita Akan Ditinggalkan, Ataupun Kita Yang Akan Meninggalkan Posted: 10 Feb 2011 04:57 AM PST Pernah tak korang terfikir yang suatu hari nanti, orang yang korang paling sayang akan tinggalkan korang selama-lamanya? Bila masa itu sampai nanti, kita dah tak dapat nak dengar suara orang yang paling kita sayang itu lagi, tak dapat nak cium dia, tak dapat nak dengar gelak-tawa dia, dan macam-macam lagi.Pada masa itu, mesti kita akan terasa kehilangan yang teramat besar, kan? Tapi masa orang yang kita sayang itu masih ada bersama kita, masih menghirup udara yang sama, adakah kita menghargai saat-saat itu? Ada tak kita ambil masa untuk mengucapkan kata-kata sayang padanya? Pernah tak kita merenung wajahnya, sambil mengingati setiap bentuk rupa wajahnya? Atau pernah tak kita meminta maaf dengan seikhlas-ikhlasnya? Rasanya ramai yang tak berpeluang membuat perkara-perkara di atas. Sebabnya kita rasa kita masih ada banyak masa lain untuk berbuat begitu. Atau mungkinkah kita menunggu saat orang itu terlantar sakit di atas katil, atau saat malaikat sudah mahu menjemputnya? Tapi tidak ke kita pernah terfikir, orang yang kita sayang itu boleh pergi dalam sekelip mata. Ataupun, mungkin kita yang akan pergi meninggalkan mereka? Jadi, marilah menikmati dan menghargai masa yang kita ada bersama dengan orang tersayang ini dengan sebaik-baiknya. Kerana kita tidak tahu bila kita akan ditinggalkan, ataupun mungkin kita yang akan meninggalkan.Ehem: Tiba-tiba saya terfikir macam mana Bonda menghadapi kehilangan Arwah Abah. Seingat saya, saya hanya nampak Bonda menangis masa hari Arwah Abah meninggal. Tapi sekarang saya rasa mesti masa tu Bonda banyak menangis sebelum tidur, kan? |
| Operasi Lalang: Penafian Mahathir, Dedahkan Lebih Banyak Kebenaran Posted: 10 Feb 2011 01:53 AM PST Pengarah Suara Anak Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong berkata, walau sehebat mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan imejnya bersabit Ops Lalang 1987, ia hanya akan mendedahkan banyak lagi kebenaran ketika insiden itu berlaku. Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Hanif Omar yang mendakwa Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang. "Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland. "Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua lagi. Anehnya ujar Dr Kua, orang seperti Hanif Omar bermati-matian berkata beliau merupakan pemimpin pasukan polis ketika itu dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugas dalam Operasi Lalang tanpa menerima sebarang arahan mahupun tekanan politik oleh Mahathir yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri. " Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?," soal Dr Kua terhadap tindakan Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung di sebalik keterlibatannya dalam Ops Lalang. Malah Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah bertemu dengan pembangkang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Bahkan mendakwa, beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain patuh dengan tindakan yang dilakukan oleh polis. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai tidak boleh dipercayai. Mohamad ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kuasa penahanan polis hanya untuk tempoh sebelum atau genap 60 hari dan yang selebihnya adalah di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri. "Dia tidak boleh nafikan sebab selepas 60 hari adalah kuasa Menteri Dalam Negeri sama ada membebaskan, menahan seseorang ataupun diletakkan dalam tahanan daerah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri. "Lee Kim Sai lari ke Australia, Najib pergi ke Jakarta dan Shahidan Kassim yang berucap supaya orang Melayu membawa mancis api untuk ke Kuala Lumpur dalam perhimpunan Melayu tetapi semuanya tidak ditangkap. Saya yakin senarai polis tidak terlibat sepenuhnya, ahli politik turut terlibat sama," katanya. Dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang iaitu sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan. Dalam buku terbaru bertajuk, "Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad", Mahathir memberitahu dalam wawancaram dengan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis dan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk menghalang perkara tersebut. |
| Temuramah Yang Pasti Diharamkan Di TV Malaysia! Posted: 09 Feb 2011 08:26 PM PST Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersiaran langsung dari CNN International, New York, Amerika Syarikat. Program yang ditemuramah oleh wartawan CNN Hong Kong, Kristie Lu Stout menerusi sidang video secara langsung ini membicarakan tentang bagaimana kesan demokrasi di Mesir mampu mengubah dunia Islam secara keseluruhannya. Turut ditanya, adakah teori domino yang bermula di Tunisia dan sedang melanda Mesir juga akan membadai Malaysia selepas ini. Yang pasti rakaman video ni takan dapat ruang dalam Rtm atau TV3. |
| Kerajaan Negeri Pulau Pinang Meluluskan Cuti Bersalin kakitangannya 90 hari Posted: 09 Feb 2011 08:21 PM PST Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang mendapat kelulusan untuk melanjutkan cuti bersalin kakitangannya daripada 60 kepada 90 hari.Beliau berkata, Kerajaan Negeri menghantar surat lanjutan cuti bersalin kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 29 April tahun lalu. "Kerajaan Pusat bersetuju berbuat demikian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan Bil.14 tahun 2010 bagi melaksanakan dasar baru kemudahan cuti bersalin pegawai awam Kerajaan Negeri pada 2 Disember lalu. "Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010 dan ia disetujui dalam Mesyuarat Exco 12 Januari tahun ini," katanya pada sidang media di sini, semalam. Menurutnya, cadangan itu disokong Kerajaan Negeri kerana cuti bersalin 90 hari adalah selaras dengan amalan lebih 80 peratus negara di seluruh dunia termasuk Singapura, India, Indonesia dan Thailand. Sehubungan itu, mana-mana penjawat awam negeri yang bersalin selepas 15 Oktober 2010 layak mendapatkan cuti 90 hari. "Bagaimanapun, kelayakan cuti bersalin bergaji penuh terhad 300 hari sepanjang perkhidmatan pegawai berkenaan. "Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin sama ada 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran," katanya. Guan Eng berkata jika, penjawat awam mengambil cuti 60 hari, mereka boleh menggunakannya sehingga anak kelima berbanding 90 hari cuti bergaji penuh yang terhad kepada anak ketiga sahaja. |
| Ketua Menteri Pulau Pinang Akan Saman Farid Posted: 09 Feb 2011 08:11 PM PST Menurutnya, mesyuarat Exco semalam memutuskan untuk memfailkan saman terhadap Farid dalam tempoh terdekat. "Dalam perbincangan itu, saya mendapatkan sokongan penuh ahli untuk memfailkan saman terhadap Farid atas tuduhannya menyatakan Kerajaan Negeri mengedarkan risalah My Balik Pulau secara senyap-senyap. "Perkara itu tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri," katanya semalam. Guan Eng turut menegaskan, tuduhan bersifat rasis oleh Farid mendakwa Kerajaan Negeri 'Lupa Sejarah, Hina Melayu' adalah perkataan serius. "Oleh demikian, Kerajaan Negeri atas pandangan Penasihat Undang-undang Negeri memutuskan tindakan saman. Sekiranya terdapat tuduhan palsu terhadap Kerajaan Negeri, Ketua Menteri perlu bertanggungjawab membersihkan imej menerusi tindakan saman malu," katanya. Dalam pada itu, beliau memberi ruang kepada ADUN Pulau Betong menarik semula kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka sebelum pihaknya memfailkan saman. "Jika Farid berpura-pura berlakon tidak tahu apa-apa dan enggan memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu. Kerajaan Negeri tidak boleh bertolak ansur atau bersabar lagi. Kita akan pergi ke mahkamah untuk mengambil tindakan terhadapnya," katanya. Dalam perkembangan sama, beliau turut menyatakan laporan akhbar semalam menjelaskan secara terperinci usaha mengeluar dan mengedar risalah My Balik Pulau dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR). "Kenyataan itu, secara langsung mencerminkan Farid seorang rasis melemparkan tuduhan melulu ke atas Kerajaan Negeri," katanya. Jawatan Kosong |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan