DIALOG RAKYAT |
- Akta Penerbitan: MCA Perlu Bawa Ke Parlimen-NUJ
- Inkues: Mangsa, pengawal peribadi Tengku Fakhry tengkar sebelum ditembak
- Kerdau: PAS putus calon Selasa, naib presiden antara pilihan
- Calon pilihan raya kampus UM dilaporkan hilang
- Azmin Sumbang Peruntukan Ehsan MB Selangor Kepada Rakyat
- Kabinet Bayangan: PM Tak Faham Istilah- Tian Chua
- Ceroboh Tanah Rekreasi, DBKL Digesa Ambil Tindakan- Khalid Ibrahim
- ADUN Mewah: Henti Spekulasi, Boleh Siasat
- Umno Kedah rombak struktur tadbiran
- Pak Lah: Pusat jaga bukan Islam, Pulau Pinang tak perlu portfolio
- MB Selangor sah akan rombak Kabinet negeri
- Kit Siang: Ops Lalang taktik Mahathir kukuhkan kuasa politik
- NAJIB DATANG : SEMUA PEGAWAI KERAJAAN SUSAH
- SPR buat-buat buta ka ? Kalau lambang parti dalam PR melompat macam katak !
- Tanah dirampas bina hidro elektrik: Orang asal Sarawak berdemo di LCCT
- 3 Felda bakal jadi tumpuan di Kerdau
- 'Ketuanan Melayu berkeris timbulkan kebencian'
- Pakatan belum tentukan parti bertanding di Kerdau
- PAS terkejut tarikh Merlimau, Kerdau
- Isu Pelabuhan Klang: Masih ada peluang, kata MB
- Usia Umno BN sudah tidak dapat bertahan
- Gaji minima: Bukti Buku Jingga mesra rakyat
- Tak sangka Muhyiddin takut PAS di Sarawak
- 12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru
- MBI sedia diaudit – Faekah
| Akta Penerbitan: MCA Perlu Bawa Ke Parlimen-NUJ Posted: 20 Feb 2011 03:14 PM PST TVS NEWS ![]() Kata Hatta sekiranya MCA serius mahu mengubal akta tersebut, parti itu seharusnya membawa akta tersebut ke Parlimen untuk dibahaskan. "Kalau MCA benar-benar serius untuk melihat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan itu dipinda atau dihapuskan maka mereka juga harus serius membawa perkara ini ke kabinet," sarannya. Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan. Soi Lek turut berkata beliau memahami kebimbangan di kalangan wartawan dan pemilik media berhubung dengan akta tersebut. Namun apa yang dikesali NUJ, sebagai pemimpin politik dan mempunyai kuasa untuk membawa perkara ini ke Parlimen tetapi hanya bertindak menzahirkan kebimbangan di luar sahaja. "Saya mencadangkan MCA jika mereka benar-benar serius untuk melihat kepesatan media di negara ini dapat dilaksanakan mereka perlu mendesak kabinet mengubal akta tersebut," katanya. NUJ berpendapat akta tersebut seharusnya dipinda memandangkan ia sudah terlalu usang, ketinggalan zaman selain tidak relevan lagi dalam teknologi maklumat hari ini. "Sebenarnya akta ini telah terlalu lama, dari tahun 1984 maknanya sudah 20 tahun. "Bermakna akta ini telah terlalu ketinggalan zaman, pada saya jika akta ini tidak dipinda maka industri media di negara ini akan ketinggalan zaman sedangkan media di dunia ini sentiasa berkembang," katanya yang lantang menyuarakan tentang kebebasan media. | ||
| Inkues: Mangsa, pengawal peribadi Tengku Fakhry tengkar sebelum ditembak Posted: 20 Feb 2011 03:12 PM PST BERNAMA TUMPAT— Mahkamah Koroner di sini diberitahu bekas pengawal Istana Negeri Kelantan Ramli Mohamad pernah bertengkar dengan beberapa pengawal peribadi bekas Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, beberapa hari sebelum Allahyarham ditembak ketika menunggang motosikal ke rumahnya pada 1 Mei tahun lalu. Pengawal Istana Negeri Lans Koperal Hafizi Azim Anim berkata pertengkaran itu berlaku ekoran tindakan pengawal peribadi berkenaan tidak membenarkan Ramli dan semua pengawal istana memasuki Istana Mahkota, atas arahan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan bondanya, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. "Ramli bertengkar kerana sikap kurang ajar pengawal peribadi itu terhadap pengawal istana yang terdiri daripada anggota polis, tetapi ia tidak sampai kepada tumbuk-menumbuk. "Sampai satu ketika, Ramli pernah mengeluarkan kata-kata kepada pengawal peribadi itu yang menyebut "mu ingat mu gedebe ke''," katanya ketika memberi keterangan di depan Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat, yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdul Razak Wan Hussein, pada prosiding hari keempat inkues bagi menyiasat punca kematian mangsa yang ditembak penyerang tidak dikenali di Palekbang. Ketika kejadian, Ramli menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kok Keli, selepas bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian. Hafizi Azim turut memberitahu mahkamah bahawa khidmat pengawal peribadi terbabit digunakan ketika bekas Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak April 2009. "Pengawal peribadi itu telah mengambil alih tugas kami, dan kami tidak dibenarkan langsung mendekati bilik Sultan Kelantan pada masa itu, dan pernah beberapa kali berlaku pertengkaran," katanya yang menambah keadaan itu berterusan sehingga Sultan Ismail Petra kembali ke Istana Mahkota kira-kira setahun selepas itu. Pada malam kejadian, Ramli meminta kebenaran pulang pada kira-kira 12 tengah malam dan beliau hanya mengetahui kemalangan yang menimpa mangsa setelah menerima laporan mengenainya. "Esoknya, saya dapat bertemu dengan Ramli di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan dia memaklumkan yang dia telah ditembak, namun selepas itu, dia batuk sehingga mengeluarkan darah," katanya. Seorang lagi pengawal keselamatan Istana Mahkota Hasbullah@Abdullah Abdul Rahim, 65, pula menyifatkan Ramli seorang yang baik serta suka bergurau, dan beliau tidak tahu sama ada mangsa mempunyai musuh. Seramai tujuh saksi memberi keterangan hari ini termasuk pegawai perubatan HRPZII Dr Rosdi Omar. Prosiding inkues disambung esok. | ||
| Kerdau: PAS putus calon Selasa, naib presiden antara pilihan Posted: 20 Feb 2011 03:09 PM PST
"PAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini," kata beliau ketika dihubungi hari ini. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini. Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada mesyuarat hari ini. The Malaysian Insider difahamkan salah satu daripada tiga nama yang dipertimbangkan itu termasukla Tuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau. Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang. Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, "biar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan diumumkan 24 Februari ini." Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau. Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka. Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Rayan PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau. Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya. "Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau," katanya lagi. Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini. Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini. "Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya," kata Adnan. Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu. Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat. "Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini. Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin. "Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air," katanya. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya. "Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi," katanya. | ||
| Calon pilihan raya kampus UM dilaporkan hilang Posted: 20 Feb 2011 02:14 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Seorang calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar dilaporkan hilang sejak petang semalam oleh rakannya sekampusnya. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis menerima laporan pada pukul 12.20 tengah malam tadi mengenai kehilangan penuntut berusia 22 tahun itu, dan telah mengadakan operasi mencari mangsa di sekitar pangsapuri tempat ia berkempen tetapi tidak berjaya menemuinya. Wan Abdul Bari berkata Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang semalam semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, yang menjadi tempat penginapan luar penuntut UM. Rakan mangsa melaporkan bahawa Masturah pergi membeli tambah nilai kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di Blok E, pangsapuri itu, dan "setelah lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal," katanya kepada Bernama di sini malam ini. Wan Abdul Bari berkata selepas enam jam mencari bersama penduduk di kawasan berkenaan, rakannya kemudian membuat laporan polis. Masturah, yang merupakan calon pro-Mahasiwa (Pro-M) UM, akan bertanding kerusi umum pilihan raya kampus itu esok, dilaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dari orang yang tidak dikenali sebelum ini, katanya. "Siasatan polis masih berjalan dan pada masa yang sama, pihaknya juga meneliti pelbagai kemungkinan dan motif kehilangan mahasiswa itu, termasuk unsure balas dendam," kata Wan Abdul Bari. Polis bagaimanapun mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang, katanya. Semasa kejadian, Masturah yang berkulit sawo matang bercemin mata dan tinggi kira-kira 173 cm berpakaian baju kurung batik berwarna hijau dan merah jambu, berkot labuh warna hitam, bertudung warna merah jambu, dan berkasut sandal warna putih. Sebanyak 43 kerusi MPP UM dipertandingkan pada sesi 2010/2011 yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah. | ||
| Azmin Sumbang Peruntukan Ehsan MB Selangor Kepada Rakyat Posted: 20 Feb 2011 02:12 AM PST TVS NEWS ![]() Sumbangan berjumlah RM2,500 kepada setiap satu badan itu katanya adalah ehsan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah memberikan peruntukan untuk kawasan parlimennya. "Ini merupakan ehsan daripada menteri besar yang menyalurkan peruntukan sebanyak RM 150,000 setahun diagihkan mengikut keperluan dan hari ini kita menyalurkan kepada PKGS yang merupakan pertubuhan yang bergerak di atas yuran keanggotaan dan mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan. "Maka saya memberikan sumbangan kepada PKGS dan dua buah surau yang terdapat dalam Kampung Gombak Setia," katanya. Jelas Azmin, peruntukan yang disumbangkannya itu adalah peruntukan khas tahunan ahli parlimen yang tidak diterimanya dari kerajaan pusat. Dua buah surau yang menerima peruntukan adalah surau Al-Ikhtihad dan Madrasah Al-Hilaliyyah. | ||
| Kabinet Bayangan: PM Tak Faham Istilah- Tian Chua Posted: 20 Feb 2011 02:07 AM PST Ditulis oleh Atiqa Samad ![]() Najib berkata demikian jika Pakatan Rakyat mahu memerintah negara ketika sambutan Tahun Baru Cina, di Dataran Politeknik di Merlimau, Melaka malam tadi. Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap cabaran ini tidak masuk akal kerana jika 'Kabinet Bayangan' ditubuhkan PR sudah tidak boleh mengubah apa yang telah ditetapkan. "Perdana Menteri tak faham, kita hanya boleh adakan 'Kabinet Bayangan' bila ada pengakuan dari parti pemerintah termasuk Speaker. Kabinet Bayangan merupakan satu janji kepada rakyat bila kita menang kita akan lantik sekian nama untuk menjadi menteri, dia bukan portfolio, kalau kita kata Kabinet Bayangan, Menteri Kewangan, Tony Pua, maksudnya selepas kita menang tak boleh lantik orang lain. "Ini tidak pernah berlaku di Malaysia, tak mungkin kita bagi janji ini sebelum kita menang, Najib pun tidak ada Kabinet Bayangan, kalau dia menang hanya rombakan akan dibuat," katanya kepada Tv Selangor. Menurut Tian lagi, perancangan yang dibuat oleh PR adalah dengan menubuhkan panel bayangan sahaja dan ia telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu, namun kerajaan Barisan Nasional tidak mengiktirafnya, jadi bagaimana Perdana Menteri mencabar PR untuk mewujudkan Kabinet Bayangan. "Najib pun tak bersedia untuk berunding dan bekerjasama dengan pembangkang jadi ini maksudnya mereka hipokrit bila dia kata kita tak tubuhkan Kabinet Bayangan," katanya. Beliau juga membidas kenyataan Najib yang menuduh PR merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang hanya pandai membuat gambaran sahaja. "Kita boleh tunjuk kerana kita telah memerintah di beberapa negeri dan negeri-negeri ini kita bolehlah gambarkan apabila kita memerintah seluruh negara apakah gambaran kasar corak pemerintahan kita," jelasnya. | ||
| Ceroboh Tanah Rekreasi, DBKL Digesa Ambil Tindakan- Khalid Ibrahim Posted: 20 Feb 2011 02:06 AM PST Ditulis oleh Afeeqa Afeera ![]() Justeru, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menggesa DBKL untuk segera menyiasat 'kekebalan' syarikat ini dari segala tindakan undang-undang demi kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan. Khalid yang juga Menteri Selangor berkata, DBKL seharusnya turun padang dan meminta sokongan rakyat bagi menyelesaikan isu ini. Bagaimanapun, Khalid dalam nada tegas menolak dakwaan pihak tertentu yang mengatakan DBKL 'bersekutu' bersama pihak pemaju mengenai isu berkenaan. "DBKL tidak boleh dianggap bersekongkol dengan Maju Holding. Kalau ia berlaku, maknanya DBKL telah melepaskan tanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat," terangnya. Dalam pada itu, Khalid menegaskan, sikap penting diri Kumpulan Maju Holding haruslah dipandang serius oleh semua pihak bagi mengelakkan masalah sama dari terus berulang. Sebagai pemaju, Khalid berkata, Kumpulan Maju Holding seharusnya memikirkan kepentingan penduduk setempat dan bukannya hanya mengambil kira kepentingan peribadi mereka. "Maju Holding telah menggunakan tanah lapang untuk pembinaan rumah-rumah keluarga mereka. Ini mesti diselesaikan. Saya bercakap sebagai Menteri Besar, jika pelan telah tunjuk tanah lapang, jika nak buat perubahan, kita kena pastikan ada pendegaran awam untuk pengetahuan rakyat. Adalah tanggungjawab pemaju sekurang-kurangnya untuk gantikan tempat tadahan air. Sebab itu berlaku banjir, tiada tempat tadahan air. Dan sebab itu jugalah air melimpah," jelasnya. Justeru, Khalid mencadangkan agar semua penduduk yang melakukan demonstrasi sebelum ini untuk menyusun strategi seterusnya bagi menyelesaikan masalah ini dengan mengambil kepentingan semua pihak. Sementara itu, Ahmad Fauzee yang merupakan wakil penduduk Kampung Melayu tambahan berkata, banjir yang sering melanda kediaman mereka sejak 2007, kini semakin bertambah buruk hari demi hari ekoran tiada tindakan diambil pihak berkuasa. "Benda ni berlaku pada tahun 2006, namun banjir serius berlaku pada 2007. Pada masa ini penambakan sedang pesat dibuat. Ketika air lopak masih ada dan ketika itulah penambakan dibuat sehingga menyebabkan tanah-tanah selut ditambak masuk ke lot rumah. Jadi banjir kerap berlaku pada musim hujan iaitu bulan Mei," jelasnya. Kampung Malaysia Raya sebelum ini sering dilanda banjir kilat dengan anggaran sebanyak 25 kali sejak tahun 2007 iaitu selepas bermulanya pembinaan Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan. Difahamkan, banjir tersebut berlaku adalah disebabkan saliran dan longkang-longkang kecil yang dibina tidak dapat menampung air hujan yang turun akibat daripada penambakkan serta penutupan lombong tadahan banjir di Kampung Malaysia Tambahan yang tidak mendapat kelulusan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS). | ||
| ADUN Mewah: Henti Spekulasi, Boleh Siasat Posted: 20 Feb 2011 02:01 AM PST TVS NEWS ![]() Menteri Besar Selangor itu ditemui dalam satu sidang media di ibu kota berkata, isu in seharusnya tidak dijadikan tumpuan utama memandangkan urusan pentadbiran bagi membela nasib rakyat adalah lebih diutamakan. "Saya rasa ada baiknya kita salurkan tenaga kita untuk menentukan pentadbiran negeri dilakukan dengan bersih dan cekap kerana melalui cara itu kita tahu duit rakyat hasil negeri digunakan untuk kepentingan rakyat. Jadi pada saya itu yang lebih penting untuk kita lakukan," katanya selepas berjumpa penduduk di Bandar Tun Razak hari ini. Khalid juga menjelaskan, kebanyakan ADUN sebelum ini telah memiliki aset sendiri, selain mempunyai kemampuan dalam menguruskan pentadbiran negeri. Bagaimanapun, beliau tidak menolak sekiranya ada pihak tertentu yang ingin melakukan soal siasat terhadap dirinya dan ADUN lain. "Saya tidak menghalang orang membuat semakan dan kajian tapi yang penting adalah kegunaan rakyat bukan kegunaan peribadi," katanya. Gabungan Anti Penyelewengan Selangor(GAPS) yang dikepalai bekas Setiausaha Umno bahagian Kapar Hamidzun Khairuddin sebelum ini mendakwa sekurang-kurangnya sepuluh ADUN Pakatan Rakyat hidup mewah dan sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan isu tersebut. GAPS sedang mengumpulkan maklumat mengenai sepuluh Adun yang dimaksudkan. Mereka didakwa memiliki kereta mewah dan juga banglo selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat. Namun katanya, pendedahan hanya akan dibuat tidak lama lagi. | ||
| Umno Kedah rombak struktur tadbiran Posted: 20 Feb 2011 01:56 AM PST TERKINI BERNAMA
Pada satu mesyuarat malam tadi yang berakhir awal pagi ini, Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang sebelum ini Setiausaha Kerja Umno Negeri, dilantik sebagai setiausaha perhubungan yang baru menggantikan Datuk Nawawi Ahmad. Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim pula dilantik sebagai bendahari, menggantikan Datuk Mukhriz Dr Mahathir yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri sejak awal tahun ini. Jawatan Ketua Penerangan kekal dipegang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pelantikan dua timbalan ketua bahagian mengisi jawatan setiausaha dan bendahari berbanding tradisi melantik daripada kalangan ketua bahagian sebelum ini adalah kerana beliau mahu ketua bahagian menumpukan kepada bahagian masing-masing bagi menghadapi pilihan raya. "Saya dah bincang dengan ibu pejabat dan Presiden (Datuk Seri Najib Razak), dan saya ambil pandangan mereka, maka saya buat keputusan ini. Saya nak ketua-ketua bahagian beri 100 peratus perhatian kepada bahagian masing-masing. "Semua 14 bahagian (ada 15 bahagian di Kedah dengan Ahmad Bashah Ketua Bahagian Alor Setar) akan beri tumpuan kepada jentera masing-masing. Datuk Nawawi sendiri merasakan sukar untuk beliau bergerak dan menumpukan kepada tugas Umno negeri dan bahagian Langkawi. Ini menyebabkan kurang tumpuan kepada Langkawi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu. Beliau berkata bagi setiausaha kerja yang baru, pelantikan akan diisi secepat mungkin yang mana jawatan itu akan diisi oleh individu yang bekerja secara sepenuh masa. Ahmad Bashah berkata Umno negeri juga telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan beliau sendiri dan ketua-ketua bahagian serta ketua-ketua sayap akan mengetuai jawatankuasa tertentu. Senarai Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Umno Kedah: Teknologi Maklumat Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri Umno Kedah) Jalinan Rakyat Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Umno Kedah) Poster/Gerak Kempen Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda Umno Kedah) Daftar Pemilih Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik) Pengundi Luar Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena) Agensi dan NGO Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap) Sistem Blog Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi) Kursus dan Latihan Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani) Pembangunan Datuk Johari Baharum (Ketua Bahagian Kubang Pasu) Kebajikan Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Bahagian Baling) Keselamatan Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai) Polling/Counting Agent Datuk Mohd Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang) Pengangkutan Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok) Makanan Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai) Barong/Pondok Panas Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun) Isu/Risikan Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah) Tugas-tugas Khas Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu) | ||
| Pak Lah: Pusat jaga bukan Islam, Pulau Pinang tak perlu portfolio Posted: 20 Feb 2011 01:51 AM PST BERNAMA
Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng juga tidak semestinya mengambil pendekatan mewujudkan portfolio berkenaan kerana kerajaan pusat memang memberi perhatian kepada penganut agama lain. "Kerajaan Pusat juga tidak pernah mengetepikan sebarang aduan atau permintaan yang telah disampaikan oleh agama lain, jadi saya fikir tidak perlu apa-apa lagi institusi atau badan untuk beri perhatian kepada perkara itu (hal ehwal bukan Islam). "Malaysia juga mengakui rakyatnya bukan semua menganuti agama Islam dan kerajaan sentiasa memberi perhatian hal-hal berkaitan agama lain, setakat ini sudah memadai untuk beri respon kepada sebarang masalah yan timbul," kata Abdullah (gambar) yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini hari ini. Rabu lepas, Lim yang juga Setiausaha Agong DAP mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk menjaga hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu. Portfolio itu dipengerusikan oleh Lim sendiri, sementara Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dilantik menjadi timbalannya. | ||
| MB Selangor sah akan rombak Kabinet negeri Posted: 20 Feb 2011 01:49 AM PST TERKINI
Menteri Besar juga mengakui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu. "Kami akan lakukan, kemudian kami akan membuat pengumuman," kata Khalid hari ini. Khalid (gambar) berkata pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu diadakan untuk membincangkan cara memantapkan pentadbiran kerajaan negeri. "Keputusan belum dicapai. Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri," kata Khalid kepada pemberita hari ini. Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri. The Malaysian Insider difahamkan mereka tidak gembira dengan cara beliau mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri. Khalid sebelum ini menjanjikan akan melihat perkara tersebut tetapi ini kali pertama beliau membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri. Liu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berhadapan dengan siri kontroversi sejak tahun lalu termasuk keputusan berkaitan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada permis bisnes dan isu juga pengeluaran surat sokongan politik. Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008. | ||
| Kit Siang: Ops Lalang taktik Mahathir kukuhkan kuasa politik Posted: 20 Feb 2011 01:46 AM PST ![]() Buku biografi Lim Kit Siang berjudul The Right To Differ yang dikeluarkan hari ini. Ahli Parlimen DAP ini mendakwa Dr Mahathir, bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, terdesak untuk mengalih perhatian ekoran cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam persaingan jawatan presiden Umno, perkembangan yang turut menggugat parti itu dan cuba menutup "skandal-skandal lain." Awal 1987, Umno mengadakan pemilihan jawatan-jawatan partinya di mana buat pertama kali sejak 12 tahun jawatan presiden telah dicabar. Tengku Razaleigh yang merupakan calon "Pasukan B" untuk jawatan presiden mencabar Dr Mahathir daripada "Pasukan A". "Operasi Lalang bukannya mengenai soal kami menjadi ancaman kepada keselamatan negara, tetapi ia berkenaan dengan keperluan beliau (Dr. Mahathir) memperkukuhkan kedudukan kuasanya dalam Umno," kata Lim dalam buku berjudul "The Right to Differ", tulisan ahli akademik Ooi Kee Beng. Lim genap berusia 70 tahun ini dan merupakan ahli Parlimen veteran negara ini. Minggu lalu, Ahli Parlimen Ipoh Timur ini dan Dr Mahathir terlibat dalam 'perang' kenyataan mengenai Operasi Lalang, yang turut membawa kepada penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Lim ditahan di bawah ISA buat kali kedua ketika itu. Kali pertama pada 1969. Pada 17 Februari lalu, Dr Mahathir berkata, beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun. Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut. Kira-kira seminggu sebelum itu Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 termasuk Lim dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Ekoran kenyataan Dr Mahathir itu, yang dirakamkan dalam buku "Doctor M: Operation Malaysia — Conversations with Mahathir Mohamad" tulisan Tom Plate, Lim telah mencabar bekas perdana menteri itu agar mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987. Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata: "Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang." Kata Lim, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakadilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri. Kata Lim, tidak patut Dr Mahatahir mempersalahkan polis sebagai pihak yang bertanggungjawab atas Operasi Lalang memandangkan beliau bukan sahaja tidak mempertahankan penahanan 106 orang di bawah Seksyen 73 ISA, malah beliau menggunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 8 akta itu untuk mengeluarkan perintah menahan selama dua tahun membabitkan 49 orang termasuk tujuh ahli Parlimen DAP. Dalam buku mengenainya, Lim pula berkata Dr Mahathir memulakan serangan ke atas pelbagai institusi seperti kehakiman, suruhanjaya pilihan raya dan Parlimen sebab "rakyat dapat melihat janji-janjinya tidak dipenuhi." "Pada ketika itu, sesetengah kes berakhir dengan penghakiman yang Mahathir mendapati tidak boleh diterima. Akhirnya, beliau bimbang bahawa bidang kehakiman akan mengambil satu keputusan yang akan membawa kepada kejatuhan Mahathir dan Umno. "Operasi Lalang, pemecatan (Tun) Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung datang dalam konteks itu," kata Lim. Justeru Lim menambah, itu masanya Dr Mahathir memutuskan bahawa kebebasan sistem kehakiman dan integriti-integriti institusi terbabit adalah soal kedua berbanding kedudukan kuasanya. Kata Lim, Dr. Mahathir memerlukan satu cara untuk memesongkan persekitaran ketika itu ekoran skandal-skandal seperti Bumiputra Finance Berhad dan isu-isu sensitif seperti penganutan besar-besaran agama Kristian dan juga penempatan pentadbiran pengetua yang tidak fasih berbahasa Mandarin di sekolah-sekolah Cina. "Kesemuanya membawa kepada soalan asas: Apa bentuk Malaysia yang kerajaan hendak bina?" kata Lim. Beliau menambah, "kekecewaan dalam Umno sendiri juga meningkat" ketika itu. Pada 1986, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam meletakkan jawatan manakala Tengku Razaleigh ketika itu menteri kewangan memutuskan untuk mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno. | ||
| NAJIB DATANG : SEMUA PEGAWAI KERAJAAN SUSAH Posted: 19 Feb 2011 10:22 PM PST Suara Merlimau
Bila pimpinan besar datang ke sesebuah negeri sudah tentu pegawai-pegawai kerajaan di kerah supaya datang menyambutnya untuk menunjukkan rakyat menyokong kepimpinannya. Mereka diwajibkan datang ke program Najib, jika tidak sudah tentu mereka akan diambil tindakan. Itulah modus operandi BN untuk membuktikan mereka mendapat sokongan. Politik ugut, samseng dan sebagai digunakan untuk tujuan tersebut. Hari ini sekali lagi pegawai-pegawai kerajaan menjadi mangsa BN. Mereka dikerah untuk menyambut Perdana Menteri 'kesayangan' ramai itu. "Bilalah agaknya politik lama ala 'barbarian' ini akan berakhir?" itu persoalan yang dilemparkan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil ketika diminta mengulas isu ini. "Habis segala jabatan kerajaan dan fasilitinya digunakan, maka hanguslah duit rakyat untuk kepentingan BN" tambah Yusof. Yusof berkata rakyat mesti sedar akan kepincangan dan penyelewengan BN yang setiap kali pilihanraya mereka menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka. "Pengundi Merlimau dan Kerdau mesti bangkit menolak calon BN untuk menyedarkan mereka bahawa rakyat sudah tidak tahan dengan sikap BN yang menjadikan harta awam sebagai harta parti mereka" ujar Yusof. "Pegawai kerajaan juga sewajarnya bangkit menolak BN supaya mereka tidak lagi diperbudakkan oleh BN dengan dipaksa menghadiri program-program parti" tambah Yusof. | ||
| SPR buat-buat buta ka ? Kalau lambang parti dalam PR melompat macam katak ! Posted: 19 Feb 2011 09:44 PM PST Bendera BN berkibar sepanjang jalan di kampung, walaupun belum dalam tempuh berkempen. SPR buat-buat tak tahu hal ini. Bendera BN diletakkan sepanjang pagar Jabatan perkhidmatan Veterinar kawasan Merlimau PASPB Kempen BN/Umno TIADA undang2 & peraturan. Suatu kebiasaan bagi masyarakat Malaysia... - BN gunakan kekuatan jentera kerajaan. - BN gunakan kemudahan lokasi pentadbiran kerajaan untuk berkempen. - BN dibolehkan berkempen walaupun sebelum hari penamaan calon. - BN menghalang program Pakatan Rakyat yang ada permit. | ||
| Tanah dirampas bina hidro elektrik: Orang asal Sarawak berdemo di LCCT Posted: 19 Feb 2011 09:35 PM PST SELANGOR KINI
SEPANG – Masyarakat Orang Asal Sarawak menentang keras cadangan kerajaan negeri untuk membangunkan 12 kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan empangan hidro elektrik di negeri Sarawak. Pagi kelmarin 10 orang rombongan masyarakat Asal Sarawak tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah(LCCT) bertujuan untuk menyeru rakyat Sarawak supaya memberikan isyarat jelas kepada kerajaan negeri dalam pilihanraya umum akan datang. Menurut jurucakap kumpulan berkenaan, Jemat Panjang masalah pengambilalihan ini akan menyukarkan masyarakat Asal untuk mengusahakan pertanian. "Masyarakat Asal Sarawak tidak mempunyai hak ke atas tanah mereka sendiri dan sewenang-wenangnya pengambilalihan tanah ini oleh kroni-kroni tertentu maka rakyat menghadapi kesukaran mengusahakannya. Ia sudah pasti dimiliki oleh orang lain dan menimbulkan kegusaran kepada penduduk tempatan. Kita tidak akan berdiam nak maklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa sekarang bukanlah masanya untuk mengaut semua hasil maksul rakyat Asal," katanya. Pembinaan empangan ini didakwa mempunyai agenda tersendiri dan memudahkan usaha untuk menidakkan hak masyarakat Asal. "Kita betul-betul menentang dan tidak bersetuju dan kita minta seluruh rakyat negeri Sarawak supaya dalam pilihanraya umum ini memberikan isyarat yang cukup keras kepada mereka supaya mereka tidak melakukan perbuatan itu sewenang-wenangnya," katanya. Jemat menambah, pihak kerajaan juga menjanjikan beberapa pampasan berbentuk tanah dan kewangan sekiranya penduduk bersetuju untuk berpindah dan tanah mereka diambil untuk perlaksanaan projek. "Janji memang ada tetapi dari segi perlaksanaan memang menyedihkan. Janji tetap manis namun tidak ditepati oleh pihak-pihak berwajib. Bila ada kritikan mereka akan turun untuk memberikan sedikit kemanisan untuk memastikan rakyat lega tetapi bukan itu yang kita persetujui. Itu hanya mainan politik semata-mata," katanya. Perjanjian untuk projek telah dimaklumkan sejak tahun 2009. 12 kawasan yang bakal dijadikan empangan adalah Lawas, Limbang, Baram, Belepeh, Murum Linau, Belaga, Baleh, Mejawah, Tutoh, Ulu Air dan Bakun. Empangan Batang Ai sudah siap dan telah mula beroperasi untuk kegunaan negeri Sarawak. Kehadiran Orang Asal di LCCT hari ini menarik perhatian ramai. Mereka yang hadir memakai baju hitam tertera tulisan " Return Native Lands Sarawak", "Repair Lapok Road" dan "Stop Sarawak Dam". Masyarakat Asal terdiri daripada kaum Dayak Kayan, Iban Bidayuh dan termasuk masyarakat Melayu Sarawak. | ||
| 3 Felda bakal jadi tumpuan di Kerdau Posted: 19 Feb 2011 05:44 PM PST BERNAMA Tiga buah rancangan Felda di DUN kawasan Kerdau bakal menjadi tumpuan utama parti-parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu, bulan depan. Hampir separuh daripada pengundi kawasan DUN berkenaan terdiri di kalangan penduduk di tiga buah felda - Felda Jengka 22, 23 dan 24. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam telah menetapkan pilihan raya kecil kawasan berkenaan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu ditetapkan 26 Februari ini. Menurut Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kawasan DUN Kerdau mempunyai 8,999 pemilih berdaftar, termasuk 8,984 pemilih biasa dan 15 pemilih pos. Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung pada 12 Februari lalu. Pada Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan Zaharuddin dari BN menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Menurut Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, yang juga anggota parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berdasarkan rekod parti berkenaan, terdapat lebih 4,000 pengundi menetap di tiga kawasan Felda berkenaan. "Pengundi-pengundi lain menetap di 33 buah kampung lain di kawasan DUN itu dan satu kawasan perkampungan Orang Asli di Kampung Paya Sendayan Kerdau," katanya. Beliau berkata semua 28 cawangan Umno di bahagian berkenaan telah diarah menggerakkan jentera pilihan raya untuk mengenal pasti pengundi di kawasan berkenaan. Ketua Umno cawangan Kerdau, Hassan Mohd Amin, berkata jentera cawangan parti itu telah pun mula bergerak dan program bersepadu hanya dijalankan selepas penamaan calon nanti. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata Umno bahagian Kuala Krau turut mengalu-alukan pelantikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, sebagai pengarah pilihan raya BN pada pilihan raya kecil itu. "Kita yakin kepimpinan dan pengalaman Menteri Besar Pahang akan dapat memimpin jentera pilihan raya BN dan UMNO untuk mempertahankan kerusi DUN Kerdau," katanya. Ketua MCA Kerdau, Ah Chok, pula berkata perlantikan Adnan dilihat akan menguatkan lagi jentera parti dan MCA kini telah bersiap sedia sepenuhnya bagi memastikan kemenangan calon BN. "Bagi kira-kira 1,000 penduduk Cina di Kampung Baru Kerdau, mereka dilihat tidak mempunyai masalah untuk memilih calon BN...apa yang penting mereka mahu prasarana sedia ada dipertingkatkan," katanya. Ketua MIC Kerdau M Sosai pula berkata masyarakat India di kawasan berkenaan dilihat tidak bermasalah untuk terus memberikan kepercayaan kepada calon BN dan berharap kebajikan mereka terus diberi perhatian oleh kerajaan BN. Sementara itu, Batin Asli Kampung Paya Sendayan, Abdul Rashid Ali, turut memberi jaminan bahawa masyarakat Orang Asli akan terus memberi sokongan dan mengundi calon BN. "Kerajaan jangan curiga kepada kami, sekalipun kami kaum minoriti, kami tetap mengenang budi dan jasa kerajaan, malah akan mengundi dan menyokong kerajaan," katanya. DUN Kerdau mempunyai 8,999 8,721 berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus adalah pengundi Melayu, 3.6 peratus Cina, 3.4 peratus pemilih India dan selebihnya kaum-kaum lain. | ||
| 'Ketuanan Melayu berkeris timbulkan kebencian' Posted: 19 Feb 2011 05:41 PM PST Salhan K Ahmad Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan peluang di sebuah konvensyen anjuran PAS hari ini untuk menjelaskan pendekatan Islam parti itu dalam pentadbiran Kelantan. Dalam masa yang sama, beliau turut menyerang pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan slogan Ketuanan Melayu yang dianjurkan Umno. Nik Abdul Aziz berkata, tindakan PAS menjalankan dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan adalah mencontohi langkah yang diambil Nabi Muhammad dalam meluaskan pengaruh Islam. Katanya, Nabi Muhammad tidak akan berjaya mengembangkan Islam jika menggunakan pendekatan ketuanan Arab. "Jika baginda tidak ke depan dengan perjuangan kaum, begitu jugalah PAS yang mencontohi perjuangan baginda. "Tapi soalnya adakah PAS mengenepikan bangsa Melayu? Seolah-olah Melayu akan mati, cacat dan mundur tanpa Umno," katanya lagi dalam majlis dihadiri lebih 700 anggota PAS itu. Tanah rizab menyusut Jelasnya, masyarakat Melayu diutamakan dalam agenda dakwah PAS memandangkan golongan itu merupakan kumpulan terawal menerima Islam di Malaysia. "Sekalipun kita mentadbir dengan tidak menyebut Melayu, kita menggunakan dasar Membangun Bersama Islam yang telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat," katanya lagi. Tambahnya, penerimaan itu berbeza dengan penerimaan ke atas slogan Ketuanan Melayu oleh Umno. "Slogan Ketuanan Melayu oleh Umno dengan bersenjatakan keris hanya menjauhkan golongan bukan Islam dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. "Umno jaga Melayu pun tidak, jaga Islam jauh sekali," katanya lagi. Nik Abdul Aziz memberi contoh, jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang susut hampir separuh dalam tempoh 40 tahun pentadbiran Umno. "Faktanya, tanah rizab Melayu telah susut daripada tiga juta hektar pada 1957 kepada 1.7 juta hektar tahun 1997," kata Nik Aziz. Alternatif kepada Melayu Nik Abdul Aziz juga mendakwa, DEB sendiri telah digagalkan oleh pemimpin Umno. "Ia telah digunakan kaum atasan pemerintah untuk memuaskan hawa nafsu mereka bagi membolot kuasa dan kekayaan," katanya. "Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangaa -- Jaminan PAS" itu merupakan hasil daripada pemukiman yang dijalankan pemimpin PAS pada Julai tahun lalu. Konvensyen di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam itu bertujuan mendedahkan kedudukan masyarakat Melayu dari sudut hak dan perlindungan setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Ia turut bertujuan memberikan alternatif kepada golongan Melayu bahawa Pakatan Rakyat mampu mengembalikan semula hak dan maruah masyarakat itu melalui sebuah pentadbiran baru. Turut berucap di konvensyen itu pagi ini ialah ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. | ||
| Pakatan belum tentukan parti bertanding di Kerdau Posted: 19 Feb 2011 05:37 PM PST BERNAMA Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi menentukan parti mana yang akan bertanding mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Kerdau, Pahang. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada pilihan raya umum lepas pada 2008, kerusi DUN itu ditandingi oleh calon PAS. "Bagi kerusi DUN Merlimau (Melaka), Majlis Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan calon PAS dan untuk kerusi DUN Kerdau kita akan tentukan nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR Pulau Pinang, di George Town, hari ini. Ditanya mengenai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat bagi kedua-dua kawasan itu, beliau berkata: "Jentera pilihan raya kita baik dan memuaskan. Kita belum melancarkan sepenuhnya lagi." Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau diadakan serentak pada 6 Mac ini manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Februari ini. Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim ,dengan majoriti 1,615 undi. Sementara itu, kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Jan lepas. Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. | ||
| PAS terkejut tarikh Merlimau, Kerdau Posted: 19 Feb 2011 05:36 PM PST Susan Loone Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari yang sama untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau. Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sepatutnya lebih masa diberikan kepada kedua-dua pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan. Tambahnya, hari pengundian pada 6 Mac yang jatuh pada Ahad boleh menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengundi luar yang terpaksa pulang bekerja pada keesokan harinya. Mereka terpaksa bergegas kerana cuma ada sehari untuk perjalanan ke tempat mengundi dan pulang ke tempat kerja, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini. Bagaimanapun, menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya kerana sudah memberi perhatian sepenuhnya sejak bekas ADUN Kerdau sedang kritikal. Penceramah popular itu berkata, mereka juga sudah bersedia kerana sudah berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat lain di negeri itu. | ||
| Isu Pelabuhan Klang: Masih ada peluang, kata MB Posted: 19 Feb 2011 05:35 PM PST MALAYSIA KIN I Kerajaan Selangor optimis keputusan berhubung kedudukan kerusi DUN Pelabuhan Klang akan berpihak kepada mereka walaupun mahkamah sudah memutuskan Badrul Hisham Abdullah masih wakil rakyat yang sah. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini dibuat tanpa kehadiran peguam kerajaan negeri. "Perkara itu akan dibuat rayuan oleh Speaker kerana pada masa tersebut, perwakilan atau peguam dari pihak kerajaan negeri dan (speaker) Datuk Teng Chang Kim tidak menyertainya. "Jadi kita mempunyai peluang untuk tetapkan masa keputusan dalam satu perbicaraan yang akan datang," katanya kepada pemberita, hari ini. Khamis lalu, mahkamah membatalkan pengisytiharan speaker DUN Selangor mengenai kekosongan kerusi tersebut. Hakim Zaleha Yusof menerima hujah berdasarkan kepada saman pemula Badrul Hisham dan memutuskan bahawa pengisytiharan kekosongan kerusi tersebut adalah tidak sah. Speaker Datuk Teng Chang Khim akan memfailkan permohonan menerusi peguamnya bagi mengetepikan keputusan mahkamah minggu hadapan. Teng sebelum ini, mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu pada 19 Januari lalu. Menurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu. Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan. Sementara itu, Khalid sebelum itu menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tanah (notis 5A) dengan nilai premium baru kepada 117 penduduk Kampung Gombak Setia. | ||
| Usia Umno BN sudah tidak dapat bertahan Posted: 19 Feb 2011 04:15 PM PST
| ||
| Gaji minima: Bukti Buku Jingga mesra rakyat Posted: 19 Feb 2011 04:13 PM PST
| ||
| Tak sangka Muhyiddin takut PAS di Sarawak Posted: 19 Feb 2011 04:11 PM PST
| ||
| 12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru Posted: 19 Feb 2011 04:07 PM PST
| ||
| Posted: 19 Feb 2011 03:58 PM PST Noh Omar cuba membuktikan beliau masih relevan di Selangor. SHAH ALAM: Banyak tuduhan yang cuba dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkenaan pentadbiran Negeri Selangor walaupun kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat. "Ini jelas menunjukkan bahawa beliau terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di Selangor," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan media hari ini. Terkini katanya, beliau (Noh) membangkitkan isu perbelanjaan penginapan yang dibayar oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI). "Agak hairan perkara tersebut ditimbulkan sedangkan adalah menjadi amalan sesebuah Kerajaan Negeri menerima tetamu dari dalam mahupun luar negeri," terang beliau. Faekah berkata, jelas beliau merujuk kepada tetamu kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang telah mengadakan kunjungan rasmi ke Selangor dan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar. "Senario ini bukanlah sesuatu yang janggal yang tidak diamalkan oleh mana-mana kerajaan negeri BN mahupun di peringkat pusat," katanya. Katanya, memandangkan Noh telah membangkitkan perkara ini kita menggesa beliau mengemukakan bukti bahawa telah wujud penyalahgunaan wang kerajaan dan rakyat. "Sedikitpun kita tidak berasa gusar kerana Kerajaan Selangor khusus MBI bersikap terbuka dalam hal ini dan sedia disemak oleh Bahagian Audit Dalaman hatta disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kerajaan Selangor yang mendokong prinsip ketelusan dan kebertanggungjawab, tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat dan fakta. Rakyat boleh menyemak setiap perbelanjaan yang dibuat Kerajaan Negeri," tambahnya. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

KUALA LUMPUR — PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.



ALOR SETAR
KEPALA BATAS — Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak perlu mewujudkan portfolio untuk menjaga hal ehwal bukan Islam kerana kerajaan pusat memang sentiasa menjaga kebajikan agama lain di negara ini.
KUALA LUMPUR 

ALOR SETAR: PAS telah siap sedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara bagi menggantikan tempat yang selama ini didominasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan