Selasa, 22 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ISU RAIS ROGOL PEMBANTU RUMAHNYA:Blogger mohon masa fail pembelaan

Posted: 22 Feb 2011 08:46 AM PST

Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat memohon supaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikannya masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman fitnah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Ia berikutan permohonan defendan itu yang dikemukakan pada prosiding 17 Februari lalu maka permohonan injunksi inter-parte (kedua pihak) yang sepatutnya didengar hari ini oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof telah ditangguhkan.

rais yatim pc 020709 01Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin mengeluarkan artikel yang memfitnah beliau dari blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah turut membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi kedua pihak didengar.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada hari ini.

Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

FATWA HANGAT DARI ULAMA':UMNO BAHAYA?

Posted: 22 Feb 2011 06:28 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYkwCsU3Hvcl_DnBhziHhjS8AxbfoUYcOUpebKmwD0mbnZuuwUG02IzT1bGqAiZgzru8pq17raI-l8U2fxBnxl9V-8LncX018mwaSEGUWbx-T945WIaV3NR4oBDyzinFmM6syzExA6JdYc/s1600/b.jpg

MASTURA DAN GILANYA PENGUASA DI KAMPUS

Posted: 22 Feb 2011 01:16 AM PST

Cabaran kepada semangat demokrasi
Insiden mengejutkan kehilangan calon Pro Mahasiswa UM; Masturah Abu Bakar merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya kampus.  Kehilangan Masturah dilihat sebagai "konspirasi terancang" pihak-pihak tertentu dalam menakutkan gerakan Pro Mahasiswa seterusnya menggagalkan kemenangan mereka di universiti-universiti.  Apa yang akan berlaku sekiranya gerakan Pro Mahasiswa tewas?  Ya. Pentadbiran universiti akan lebih mudah untuk menjalankan dasar-dasar yang menekan mahasiswa dari beraktivisme.
Berbalik kepada insiden kehilangan Masturah (gambar kiri); sebuah laporan polis telah pun dibuat oleh temannya.  Nurhanis Wahidah diikuti dengan sebuah perhimpunan di Dewan Tunku Canselor yang melibatkan sekurang-kurangnya 200 mahasiswa untuk menyerahkan memorandum yang menuntut pihak universiti agar bertanggungjawab atas kehilangat tersebut.
Mengulas insiden kehilangan Masturah, pihak pentadbiran universiti menekankan bahawa mahasiswa dilarang berkempen di luar kampus.  Sekiranya berbuat demikian, mereka harus bertanggungjawab di atas tindakan yang mereka lakukan.  Ini merupakan sebuah kenyataan yang sangat memalukan.
Logiknya seseorang individu itu memang bertanggungjawab atas apa yang dilakukan-tidak perlu peraturan bertulis pun kita sudah mengetahuinya.  Isunya ialah - Masturah adalah seorang pelajar UM sendiri dan merupakan Calon Pro Mahasiswa yang bakal bertanding.  Pihak universiti harus lebih prihatin dengan insiden yang menimpa Masturah dan bukan mengambil sikap eskapis.  Ini sangat tidak profesional.  Sikap acuh tidak acuh pentadbiran UM ke atas insiden yang menimpa Masturah cuma akan menjejaskan ketelusan dan kepercayaan pelajar dan masyarakat kepada institusi ulung tersebut.
Kebebasan beraktivisme mahasiswa cuba dikekang sebaik mungkin.  Seorang demi seorang aktivis Pro Mahasiswa bakal dikenakan tindakan akibat program "ziarah mesra" bagi mendekati masyarakat kampus.  Soalan saya, apakah impak negatif dari ziarah mesra tersebut?  Apakah ini sebuah pencabulan terhadap demokrasi?  Malah program ziarah ini akan merapatkan lagi hubungan sesama pelajar.  Satu lagi isu yang harus diketengahkan sebagai isu yang dilihat cuma mengongkong kebebasan beraktivisme dan kebebasan berkreativiti mahasiswa adalah isu dari pentadbiran UM yang mewajibkan calon pilihan raya kampus menghadiri bengkel calon.  Isu ini telahpun dijawab dan disokong oleh Front mahasiswa.
Tempoh berkempen bagi pilihanraya kampus seluruh negara diperlihatkan dengan insiden-insiden buruk yang menjejaskan sistem demokrasi pilihanraya kampus.  Antara lain adalah insiden mengoyak poster calon Pro Mahasiswa, membaling cat kepada kenderaan, membakar sepanduk dan sebagainya.  Apakah yang boleh diertikan dengan semua insiden ini?  Ya.  Mahasiswa kita cuba diterapkan dengan budaya "kebudak-budakan" dan tidak matang.  Pihak lawan cuba melakukan provokasi, menakut-nakutkan calon Pro Mahasiswa; tujuan akhirnya agar calon Pro Aspirasi menang.  Maka; mahasiswa sebolehnya akan dikawal dengan ketat.
Sehingga saat artikel ini ditulis, pilihanraya kampus telahpun berlangsung.  Ia menyaksikan kemenangan calon-calon Pro Mahasiswa di UM, UKM, UIA dan pengaruh Pro Mahasisa mula bertapak universiti lain.  Nampaknya, gerakan mahasiswa mula mendapat momentum.  Idealisme perjuangan mahasiswa harus dilaungkan.  Perjuangan untuk menggangkat martabat mahasiswa perlu diperluaskan.  Dan untuk hari-hari seterusnya, gerakan Pro Mahasiswa bakal menghadapi rintangan demi rintangan.  Teruskan perjuangan!  Ayuh ciptakan sejarah!  Mantapkan agenda perubahan!
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

APA!!!SAIFOL HOMOSEKS?

Posted: 21 Feb 2011 10:37 PM PST

Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.

NONEFokus perbicaraan pagi ini adalah sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.

Namun, Karpal yang berusia 71 tahun yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.

Beliau menyoal beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful dan bertanya sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawap soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut.

Namun, apabila Karpal membuktikan relevan soalan berkenaan, hakim Zabidin berlembut.

NONEMenurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.

Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.

Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.

Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?

Seah: Tidak mustahil.

MENDALAMO FATWA AL MALIKUL SEMBAB TENTANG NEGARA ISLAM

Posted: 21 Feb 2011 10:27 PM PST

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa para sarjana politik Islam mengemukakan model terbaik sebuah negara Islam yang bukan sahaja demokratik tetapi stabil dan makmur.
Timbalan Perdana Menteri menambah, ini kerana banyak negara Islam hari ini yang bersifat majmuk daripada aspek budaya, agama, bahasa dan etnik.
Katanya, keadaan itu memerlukan para sarjana politik dan jurisprudens Islam mengemukakan jawapan kepada persoalan baru yang barang kali tidak pernah dibahaskan secara mendalam dalam karya-karya klasik politik Islam sebelum ini.
"Ini termasuk soal hubungan antara masyarakat pelbagai agama yang menjadi semakin penting di negara-negara Islam mutakhir ini.
"Keutamaan kita tentulah untuk menjamin keharmonian dalam hubungan antara masyarakat pelbagai agama di samping mempertahankan kesucian Islam," katanya.
Beliau berucap pada majlis Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin 2010 anjuran Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Hadir sama isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang; dan Pemangku Naib Canselor USM, Prof. Ahmad Shukri Mustapha Kamal.
Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyampaikan Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik kepada Dr. Munif Zarrirudin Fikri Nordin dari Universiti Malaya (UM) menerusi tesisnya bertajuk Bahasa Kepimpinan Rasulullah SAW-Analisis Wacana Khutbah Ghazawat al-Rasul.
Anugerah Tesis Sarjana Terbaik pula diberikan kepada Radieah Mohd. Nor dari USM menerusi tesisnya yang bertajuk Prinsip-Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam Dalam Mukadimah Ibn Khaldun.
Pemenang tesis Doktor Falsafah dan Sarjana menerima hadiah berupa medal emas, wang tunai dan sijil masing-masing bernilai RM15,000 dan RM10,000.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen menambah, sudah tiba masanya para sarjana Islam dalam pelbagai disiplin ilmu di universiti tempatan mengadakan usaha kolaborasi untuk mengkaji secara mendalam model politik Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang majmuk, makmur dan stabil.
Katanya, ini termasuk mencari formula asas yang mendatari kelangsungan sistem politik demokrasi negara ini yang menerima Islam sebagai agama Persekutuan.
Tambah beliau, persoalan lain yang perlu dilihat ialah bagaimana selama ini masyarakat berbilang agama, budaya dan keturunan dapat hidup secara bersama dan menghormati hak masing- masing.
Menurutnya, persoalannya adalah bagaimana kestabilan politik dipertahankan dalam keadaan masyarakat paling majmuk dan pilihan raya negara ini yang paling kompetitif di rantau ini.
"Saya percaya jawapan kepada persoalan-persoalan ini pastinya akan menemukan formula penting yang menjadi faktor kritikal segala pencapaian kita sebagai sebuah negara Islam yang majmuk dan demokratik.
"Formula inilah yang perlu kita pertahankan," katanya.

MENGAPA UMNO MASIH KECUT PERUT DENGAN PAKATAN YANGRAPUH?

Posted: 21 Feb 2011 09:35 PM PST

BANYAK rumours diperkatakan tentang tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal menjadi penentu masa depan Umno-Barisan Nasional.

Tempoh akhir bagi kerajaan Umno-BN yang mendapat mandat semula memerintah negara pada Mac 2008, hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Bermakna Umno-BN masih ada tempoh dua tahun lagi untuk menyempurnakan mandatnya.

Ada yang mengatakan PRU akan diadakan serentak dengan PRU Negeri Sarawak. Malah ada juga yang mengandaikan BN terpaksa mengadakan PRU tahun ini juga walaupun mandatnya masih jauh disebabkan keadaan ekonomi yang semakin meruncing.

Apa pun pandangan dan andaian terhadap PRU, wujud kerana Malaysia tidak mempunyai sistem pilihan raya yang terancang dan telus seperti negara-negara lain yang sudah menetapkan PRU mereka, setiap lima tahun sekali.

Tarikh PRU di Malaysia adalah hak eksklusif seorang Perdana Menteri. Hanya beliau sahaja yang mengetahui tarikh sebenarnya.

Tarikh PRU sebenarnya bergantung sejauhmana keyakinan Perdana Menteri, bahawa Umno-Barisan Nasional mampu untuk mendapat semula daripada rakyat.

PRU Mac 2008 memberi pengajaran yang cukup besar buat Umno-BN, menyedarkan mereka bahawa tiada lagi istilah dominasi politik terhadap rakyat.

Akibat daripada tercalarnya imej Umno-BN, maka selepas Mac 2008, BN cuba membuat perubahan dengan menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu, berundur untuk digantikkan dengan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Najib yang mengambil alih pemerintahan pada April 2009 cuba untuk membuat beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran dan politik negara.

Najib memperkenalkan program 1Malaysia, ETP dan sebagainya yang cuba diperlihatkan sebagai reformasi politik untuk memenangi semula hati rakyat.

Namun, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari dalaman Umno-BN, selepas hampir dua tahun berlalu, semua program yang dicanangkan Najib, masih tidak ada kesan yang positif untuk Umno-BN.

PRK bukan indikasi (bold)

Sedikit kesan positif, kononnya diperolehi daripada beberapa siri PRK yang dimenangi Umno-BN sejak akhir-akhir ini. Antaranya adalah Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Tenang.

Ada petunjuk yang sedikit menyedapkan hati Umno, iaitu sekitar 3 hingga 5 peratus pengundi Melayu, dikatakan sudah kembali kepada BN.

Oleh sebab itu, sejak selepas PRU 2008, Umno terus memainkan isu Melayu dan cuba untuk memprovok orang-orang Melayu, bahawa ketuanan mereka akan tercalar jika Pakatan Rakyat menguasai negara.

Provokasi dan memomokan Umno-BN ini nampaknya ada memberi sedikit kesan, kepada golongan muda dan middle-class yang dikatakan mula terpengaruh dan tergugat.

Namun selaku PM, Najib sedar bahawa PRK bukan indikasi sebenar, kekuatan Umno-BN sudah pulih atau mereka sudah diterima rakyat.

Sebaliknya, indikasi dari beberapa siri PRK juga menunjukkan bahawa pengundi Cina kekal menolak BN dan terus menyokong Pakatan Rakyat.

Najib menyedari bahawa kemenangan yang diperolehi pada PRK tersebut, hanyalah disebabkan lambakan wang dan projek. PRK mudah dikuasai dan dikawal Umno-BN kerana ia adalah lokasi yang kecil.

Tambahan pula seluruh jentera kerajaan dikerah membantu untuk memenangkan Umno-BN. Mereka boleh menang kerana mereka boleh memusatkan fokus.

Oleh sebab itu, dibenak fikiran Najib, apa yang Umno-BN lakukan untuk memenangi PRK, tidak boleh dilakukan ketika menghadapi PRU.

UMNO DALAM BAHAYA:MAHASISWA MULA BERANI MENOLAKNYA

Posted: 21 Feb 2011 08:07 PM PST

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

izzuddin hilmi leading the crowd of 200Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti.

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.
Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Dengan kemenangan itu, calon pro-M Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini turut menang.

Calon kerusi umum itu mendapat undi keenam tertinggi.
Keputusan itu diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.
Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.
UPM: Pro-M tumbang
Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.
NONEKumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.
Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.
Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.
Pro-M berkuasa di UKM
Di UKM, menurut jurucakap pro-M Ahmad Firdaus Ahmad Azam, berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan pada jam 12 tengah malam, kumpulan itu menang di 22 daripada 37 kerusi.
NONELawan mereka mendapat 15 kerusi, tambahnya.

Bagaimanapun, di luar tempat pengiraan, ratusan penyokong pro-M berkumpul bagi mendesak seorang pentadbir pilihan raya kampus meletakkan jawatan.

Mereka berkumpul sambil bersorak dan membawa kain rentang membantah tindakan universiti membenarkan dua calon pro-A bertanding walaupun didakwa tidak cukup syarat.
Pro-A menang di UTM
Di UTM, daripada keputusan yang diumumkan tengah malam ini, pro-A menang dengan mendapat 38 daripada 56 kerusi.

Pro-M mendapat 12 kerusi dan bebas 5. Satu kerusi tidak diketahui cenderung kepada pasukan mana.
USM: Pro-M bertapak tapi gagal berkuasa
Sementara itu di Universiti Sains Pulau Pinang, Pro-M berjaya meluaskan pengaruhnya meskipun gagal menguasai universiti tersebut.
NONEDaripada 39 kerusi yang dipertandingkan, mereka berjaya menawan 13 kerusi berbanding tiada yang dimenangi pada tahun lalu.
Pro-Aspirasi pula menang 24 kerusi manakala Bebas satu dan satu lagi kerusi menyaksikan pertandingan semula.

Tiada ulasan: