BRIGED MP SEGAMBUT |
- PAS TAK PUNYA PAKAR STRATEGI DAN KEMPEN YG BAGUS
- JIKA PAKATAN MEMERINTAH:NAJIB AKAN DILANTIK JADI DUTA DI MONGGOLIA..?
- SETELAH HIZBUT TAHRIR KINI AL WASAT ITULAH IKHWAN
- USAH DILAYAN SERUAN NAJIB WAHAI PAKATAN RAKYAT
- PELAJAR CHINA BELASAH POLIS
- PAKATAN KETERLALUAN DALAM MENDEDAHKAN STRATEGINYA SEHINGGA DIDAHULUI MUSUHNYA
- PISANG ANEH YANG SEPATUTNYA JADI IMPIAN:BERGAMBAR
- SAPA TAK CAKAP UMNO KEJAM TAK TAHULA BETAPA BUTANYA DIA
- PLURALISME DAN TANTANGAN POLITIK DIMALAYSIA
| PAS TAK PUNYA PAKAR STRATEGI DAN KEMPEN YG BAGUS Posted: 20 Feb 2011 08:09 AM PST Tertinggal jauh di belakang kebijakan politik Umno untuk terus berkuasa, PAS lalu mengadakan konvensyen yang menekankan komitmen untuk mengupayakan bangsa Melayu. Dalam perebutan untuk memenangi hati orang-orang Melayu, Umno jauh ke hadapan meninggalkan PAS yang masih terkudik-kudik mencari kata dan bahasa. Keputusan pilihan raya 2008 sebenarnya adalah hasil pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003. Apabila persempadanan itu akhirnya menjadi senjata makan tuan, Umno tidak terus bangang tak tentu arah. Parti itu tidak mengambil masa yang lama untuk bergayut pada talian hayatnya - mengapi-apikan perkauman. Katalah apa pun, Umno tak kira. Ia tetap mengapi-apikan perkauman kerana ia tahu itulah satu-satunya talian hayat yang masih ada kepadanya. Dengan kesungguhan yang penuh seluruh, Umno memakaikan DAP dengan mata tersembul terbeliak dan lidah merah terjelir sehingga seluruh Melayu yang bongok menyangka DAP lebih berkuasa dari Allah Ta'ala untuk menghancurkan masa hadapan mereka. Umno berjaya menerajang Islam ke tepi dan mencacakkan dirinya sebagai "benteng" Melayu. Kalaulah saya pengkritik filem dan konvensyen PAS yang memfokuskan pengupayaan Melayu itu pula adalah sebuah filem, saya tak akan berpura-pura untuk mereka-reka cerita kononnya ia adalah sebuah filem yang hebat dan gempaq. Tobat lahum saya tak akan kata ia sebuh karya yang mempesona dan mampu menggoda keghairahan orang-orang Melayu untuk berkejar-kejar menikmatinya. Dengan yakin saya menyatakan bahawa filem bikinan Umno dengan segala api perkauman Melayu dan pengadunan unsur seram melalui hantu bernama DAP akan tetap menjadi filem box-office. Filem bikinan Umno bukan sahaja memukau perhatian Melayu dengan tema gempaq Melayu dan adunan unsur seramnya, para pemimpin Umno juga begitu kreatif dengan menyelitkan unsur-unsur lawak dalam filem bikinan parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu. Pelbagai akronim seperti NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara tetapi ada orang kata "Najib Kerja, Rosmah Arah"), MEB (Model Ekonomi Baru), MKRA (Bidang Keberhasilan Utama Kementerian), Pemandu (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan entah apa menatang lagi yang diperbodoh-bodoh dan ditertawakan oleh orang-orang Umno sendiri diselitkan sebagai bahan lawak jenaka yang menyebabkan orang Melayu jadi suka tak tentu hala. Mereka bukan tak tahu semua itu adalah raksaksa-raksaksa bulur yang begitu pelahap nak menghabiskan duit mereka, duit rakyat. Tetapi nak buat lagu mana, mereka terhibur sangat dengan unsur-unsur lawak jenaka yang diselitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam filem perkauman Umno itu. Orang Melayu tak dapat apa pun ketika pemimpin Umno, bini dan anak mereka bertambah kaya hasil pembikinan filem Umno yang penuh dengan gempaq, seram dan lawak itu. Bukan sahaja tak dapat apa. Malah bertambah susah dan sesak hidup mereka. Tetapi orang Melayu tak kisah itu semua. Mereka terhibur sangat dengan wayang Umno itu. Pada masa yang sama, PAS pula terus berada di tahap ketandusan imaginasi untuk menawan hati orang-orang Melayu. Mungkin orang PAS akan jerkah saya. Dah hang pandai sangat, hang buatlah! Assalamu'alaikum ya akhi mukhtaram, mai sat nak habaq. Pengkritik filem tak semestinya pandai membikin filem. Tapi derianya boleh menilai mana satu filem yang akan meletup di pawagam. Pengkritik bola tak semestinya pandai main bola. Tapi dia tau mana satu team kelas dunia dan mana satu tahap team estet ja. Nak habaq lagi, saya bukan apa-apa. Bukan pengkritik, bukan pengulas, bukan apa-apa pun. Saya hanya rakyat biasa yang ingin melihat negara ini boleh menjadi tempat tinggal yang tidak menderitakan anak cucu saya. Untuk mencapai cita-cita itu, kerja pertama saya ialah lawan Umno dulu. Sebabnya, parti itu adalah mudharat paling besar teramat besar kepada negara ini. Parti lain pula, kalau hampa pun jahat macam tu jugak, hampa pun aku lawan. Nak buat lagu mana, tak lawan ditawan (gambar di atas ihsan Malaysiakini). http://penarikbeca.blogspot.com/2011/02/filem-pas-tak-mampu-pecah-panggung.html |
| JIKA PAKATAN MEMERINTAH:NAJIB AKAN DILANTIK JADI DUTA DI MONGGOLIA..? Posted: 20 Feb 2011 06:20 AM PST : Siapa yang akan lari meninggalkan negara selepas pilhan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini. Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia. "Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu. "Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya. Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin. Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997. Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap. Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah. Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya. "Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh. Hadir sama dalam ceramah anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin, Adun Batu Maung, Abdul Malik Kasim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf. |
| SETELAH HIZBUT TAHRIR KINI AL WASAT ITULAH IKHWAN Posted: 20 Feb 2011 05:40 AM PST Pengadilan Mesir akhirnya memberikan izin untuk partai politik Islam moderat, Al-Wasat Al-Jadid, yang permohonan status hukumnya ditolak oleh pemerintah rezim Mubarak pada masa lalu. Al-Wasat didirikan pada tahun 1996 ketika sebuah faksi memisahkan diri dari Ikhwanul Muslimin untuk membentuk partai mereka sendiri. Partai ini mengadopsi platform sentris dan sesuai dengan Carnegie Endowment for International Peace "berusaha untuk menafsirkan prinsip-prinsip syariah Islam dengan cara yang konsisten dengan nilai-nilai sistem demokrasi liberal. Walaupun al-Wasat pendukung sistem politik yang kuat berlabuh dalam hukum Islam , namun mereka juga memandang prinsip syariah sebagai fleksibel dan kompatibel sepenuhnya dengan prinsip-prinsip pluralisme dan hak-hak kewarganegaraan yang sama. " Al-Wasat telah mengajukan status hukum sejak tahun 1996. Mereka memutuskan untuk litigasi pada tahun 2009 setelah pengadilan menolak permohonan mereka untuk kedua kalinya, dengan menyatakan bahwa partai tidak memiliki platform dan tidak memenuhi ketentuan yang diatur dalam undang-undang tentang partai politik |
| USAH DILAYAN SERUAN NAJIB WAHAI PAKATAN RAKYAT Posted: 20 Feb 2011 03:28 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar pembangkang yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan Kabinet bayangan mereka kepada rakyat. Namun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan Kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa. "Di Malaysia kita cuma ada Kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka," katanya semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau malam ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat. Perdana Menteri berkata pembangkang merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang, mereka hanya pandai membuat gambaran untuk menunjukkan yang mereka padu. "Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk Kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu," katanya. Najib juga mengajak rakyat supaya memerhatikan keadaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini semakin nazak akibat perpecahan yang sedang berlaku dari dalam parti itu. Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan Parlimennya. Secara berjenaka, Najib berkata, beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai "Parti Keluar Ramai-Ramai". Mengenai PAS pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata. Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1 Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju. — Bernama |
| Posted: 20 Feb 2011 01:27 AM PST KANGAR: Polis menahan sembilan penuntut antarabangsa dari dua institusi pengajian tinggi di Perlis dan Kedah kerana didakwa menimbulkan kekecohan serta membelasah seorang anggota polis di sebuah pusat karaoke di sini awal hari ini. Insiden jam 4 pagi itu menyebabkan dua penuntut terbabit dan seorang penduduk tempatan cedera. Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata kumpulan penuntut dari China yang dipercayai mabuk itu pada mulanya dikatakan mengganggu seorang wanita tempatan berketurunan Cina yang menyambut hari lahir di pusat karaoke itu. "Akibat gangguan itu, berlaku pergaduhan antara mereka dan penduduk tempatan dan anggota polis yang ditugaskan memantau keadaan di situ turut dibelasah dan mengalami cedera ringan," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, tujuh penuntut termasuk dua wanita itu adalah dari institusi pengajian di Perlis manakala dua lagi rakan mereka dari Kedah. - BERNAMA |
| PAKATAN KETERLALUAN DALAM MENDEDAHKAN STRATEGINYA SEHINGGA DIDAHULUI MUSUHNYA Posted: 19 Feb 2011 11:12 PM PST Walaupun dikecam hebat sebelum ini, tindakan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini dalam memberikan insentif-insentif kepada rakyat semakin melegitimasikan reformasi yang dijanji oleh Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Antara janji dalam 100-hari Pakatan Rakyat yang dikecam hebat oleh BN sebelum ini ialah pemberian insentif RM500 gaji tambahan bulanan kepada para guru sekiranya diberikan mandat untuk memerintah pada pilihanraya umum ke 13. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan janji Pakatan Rakyat kepada guru tersebut tidak realistik dan akan melingkupkan kewangan negara. Namun, kata Tuan Ibrahim, pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberikan ganjaran kepada 924 guru besar dari seluruh negara untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang telah membuktikan bahawa janji Pakatan rakyat kepada guru dapat dilaksanakan. "Dalam tawaran tersebut, Pakatan Rakyat menyedari betapa terabainya guru-guru yang dibebani tugas yang tidak setimpal dengan tugas, maka Pakatan Rakyat berjanji akan menaikan gaji mereka sebanyak RM500 sebulan. Keadaan ini mencemaskan BN kerana khuatir ribuan guru akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Maka, tindakan menaikkan taraf elaun kepada Guru Besar dan Pengetua adalah secara mengejut dan pencapaian prestasi 600 peratus adalah luar biasa. "Tindakan ini sekali lagi membuktikan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam tawaran merupakan perkara yang mampu dilaksanakan," ujar Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang. Terdahulu, Muhyiddin berkata seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan, yang merupakan pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus. Muhyiddin turut mengumumkan bahawa insentif yang bakal diberikan adalah di bawah inisiatif "Tawaran Baru" di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang diumumkan tahun lalu, yang bakal menyaksikan setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang. Di samping itu, Tuan Ibrahim turut menyifatkan bahawa tindakan Najib untuk merendahkan kadar tol dari RM 1.60 ke RM 1 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2, Lebuh Raya Baru Pantai, N-P-E, di Kampung Medan sebagai satu bukti lagi keresahan Barisan Nasional terhadap tawaran 100-hari Pakatan Rakyat walaupun sebelumnya kerajaan berulang kali menafikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga berhubung pelarasan kadar tol. "Bahkan PR yakin menjelang pilihanraya umum akan banyak lagi tawaran yang bertepatan dengan tawaran Buku Jingga akan diberikan kepada rakyat. Ini kemenangan permulaan kepada apa yang kita perjuangkan, manakala kemenangan berikutnya ialah kejayaan menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang," katanya. Dalam tawaran 100-harinya, Pakatan Rakyat telah berjanji untuk menghapuskan sistem tol dengan mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan. |
| PISANG ANEH YANG SEPATUTNYA JADI IMPIAN:BERGAMBAR Posted: 19 Feb 2011 07:20 PM PST |
| SAPA TAK CAKAP UMNO KEJAM TAK TAHULA BETAPA BUTANYA DIA Posted: 19 Feb 2011 05:34 PM PST Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib. Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik? Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah: i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu. Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah "sambung bayar" kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu "kaedah"nya memang berkesan. ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan. iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan "kaki racing", mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai "kaki racing" yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum. iv. 'Blacklist' hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan. Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara "tembak, tahan dan tulis saman" (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat. Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan. |
| PLURALISME DAN TANTANGAN POLITIK DIMALAYSIA Posted: 19 Feb 2011 03:56 PM PST — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengenalpasti kumpulan yang cuba menghidupkan fahaman pluralisme dan akan menggandakan pemantauan secara berterusan bagi memastikan fahaman itu tidak wujud di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan drastik itu perlu memandangkan fahaman tersebut mampu mengundang bahaya kepada kestabilan negara. Katanya tidak dinafikan ada kelompok-kelompok tertentu cuba menggerakkan fahaman tersebut di seluruh dunia dan Jakim akan mengambil tindakan segera bagi membanteras aktiviti itu. "Konsep pluralisme menyatakan semua agama adalah sama sedangkan di Malaysia agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama Islam mempunyai hak-hak keistimewaan dan fahaman pluralisme yang mahu menyamakan hak agama sama rata adalah tidak wajar. "Jakim, sebagaimana selalu saya tekankan, pemantauan dan pengintipan terhadap hal-hal yang berhubungan dengan pluralisme ni sentiasa kita teruskan. "Tidak sampai kepada serius tapi soal akidah ni kita tak nak sorang pun orang kita terjejas dan juga terganggu akidah dia, sebab akibat dari ajaran yang berlaku ni," katanya ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sungai Rotan di sini hari ini. Katanya apa yang dibimbangkan pluralisme ini akan dijadikan anutan baru dan ia perlu disekat kerana jika dibiarkan ia akan mengancam perpaduan kaum serta kekacauan yang menjurus kepada sensitiviti agama dan menjejaskan pemerintahan sesebuah negara. "Perdana Menteri juga mengingatkan kebimbangan bila kita meletakkan semua sama rata ia akan menyebabkan soal kekacauan dan sensitiviti agama. "Sekarang sudah mula berkembang anutan seperti ini dan lebih membimbangkan anutan ini daripada kelompok-kelompok yang mempunyai hubungan-hubungan besar... negara dan sebagainya, jadi kita nak segera membanterasnya dari peringkat awal lagi...dari peringkat akar umbi," katanya. — Bernama |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan