Sabtu, 12 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


APA BEZANYA UMNO DENGAN MUBARAK DIKTATOR ITU...

Posted: 12 Feb 2011 08:02 AM PST

Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.
Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.
Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.
Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.
Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.
Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

'Mesir and Medan Tahrir!' AMARAN BUAT BN UMNO

Posted: 12 Feb 2011 06:35 AM PST

'Mesir and Medan Tahrir!'

Justeru, jangan terkejut jika tiba-tiba atas arahan perdana menteri ataupun polis yang 'bebas', tiupan angin yang berwajib mungkin kembali mencantas 'lalang' lagi.

Namun kini, taktik sedemikian jauh sekali akan meredakan tentangan terhadap Najib dan BN, sebaliknya ia mungkin menyemarakkan api dalam sekam, membakar kebangkitan ala Mesir yang cuba dihindari pihak kerajaan.

Di zaman komunikasi segera dan alam maya internet, propaganda dan kawalan berita tidak lagi berkesan. Agak susah untuk pihak berkuasa menakutkan rakyat hanya dengan propaganda.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1Wujudnya rangkaian sosial juga memungkinkan rakyat untuk menjana kebangkitan di peringkat akar umbi, walaupun tanpa arahan pimpinan. Apatah lagi jika pimpinan mereka dipenjarakan, akan marak lagilah semangat kebangkitan.

Lebih-lebih lagi dengan rakyat yang dipaksa mengikat perut masa ekonomi gawat, dibayangi kroni korporat dan golongan elit BN yang masih hidup dalam kemewahan atas duit rakyat, situasi terkini memang agak rapuh sekali.

Jika ada lagi 'cantasan' lalang, ia mungkin menjadi percikan api yang menyalakan sekam amarah rakyat.

"Mesir dan medan Tahrir!" patut menjadi amaran kepada BN, dan juga laungan perjuangan rakyat. Ubah haluan sekarang, jika tidak mahu diubah landaan badai melintang.

GEMPAR:LAGI ADUN BN UMNO MENINGGAL DUNIA:AL FATEHAH..PRK LAGI

Posted: 12 Feb 2011 05:25 AM PST

– Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau, Pahang Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya petang tadi.
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

DATARAN MERDEKA AKAN DIPENUHI DEMO? ITU BILA ANWAR LARI KELUAR NEGARA HA HA HA..BERGAMBAR

Posted: 12 Feb 2011 03:19 AM PST

GMBAR PALING SPEKTAKULAR.....

Posted: 12 Feb 2011 02:14 AM PST

PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA

Posted: 12 Feb 2011 12:02 AM PST

Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat.
Pelajar berusia awal 20-an itu dikesan menggunakan laman web sosial di Internet untuk menjalankan kegiatannya dengan tujuan memperoleh wang mudah selain berniat mahu memporak-perandakan rumah tangga lelaki yang digoda.

Perkara terbabit didedahkan seorang ahli perniagaan wanita yang mengesan hubungan sulit suaminya dengan pelajar IPTA terlampau itu selepas menemui rakaman video gadis terbabit di dalam telefon bimbit suaminya.
Menurut wanita itu yang mahu dikenali sebagai Siti, 35, dia tidak menyangka pelajar terbabit menjual maruah diri dengan menghantar beberapa rakaman gambar bogel sendiri selain beberapa klip video yang menunjukkan aksi lucah.

"Saya melihat kiriman MMS bogel pelajar itu secara tidak sengaja ketika menyemak kandungan telefon bimbit suami. Tidak mahu perkara itu berlarutan, saya menghubungi pelajar itu untuk berbincang.

"Selepas didesak berulang kali, dia mengaku ia gambar bogel MMS dirinya, namun menafikan ada melakukan hubungan seks dengan suami saya," kata dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro.

Menurut Siti, pada mulanya pelajar terbabit memohon maaf dan menyangka suaminya bujang, namun itu semua hanya lakonan kerana selepas itu dia masih menghantar klip video aksi lucah dan SMS kepada suaminya.

"Saya menghubunginya sekali lagi meminta dia menghentikan semua perbuatan buruknya supaya tidak mengganggu hubungan rumah tangga kami.

Saya marah dia kerana tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah dan gambar bogel kepada lelaki yang hanya dikenali melalui laman sembang sedangkan mereka belum mempunyai ikatan sah," katanya.
Siti berkata, dia turut menakut-nakutkan gadis itu untuk menyebar gambar bogelnya di Internet.

"Selepas saya cakap macam itu baru dia merayu saya tidak berbuat demikian, selain berjanji akan memutuskan perhubungan dengan suami," katanya.

Menurut Siti, suaminya mendakwa kini gadis itu sudah tidak ada apa-apa hubungan dengannya kerana dia mempunyai lelaki lain sebagai pengganti.

Katanya, gadis terbabit dikatakan masih mengulangi tabiat sama dengan menghantar gambar bogelnya kepada teman lelaki barunya dengan tujuan untuk menggoda.

"Saya tak sangka pelajar berpendidikan tinggi dan berpenampilan baik dengan memakai tudung tergamak berkelakuan jijik seperti itu dengan sengaja mahu menghancurkan rumah tangga orang lain.

"Lebih saya kesal, dia pernah mengugut mahu membuat laporan polis dengan dakwaan saya mengganggunya dan cuba menyebarkan gambar bogelnya," kata Siti.

Ibu dua cahaya mata itu berkata, suaminya sudah meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan berkenaan.

"Ini satu pengajaran dan keburukan laman sembang sosial di Internet yang disalah gunakan bagi tujuan tidak bermoral apatah lagi membabitkan golongan remaja," katanya.

ANWAR SUDAH LARI KELUAR EGARA:NEGARA AKAN HURU HARA?

Posted: 11 Feb 2011 07:08 PM PST


Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.
"Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.
Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.
"Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya."katanya.

Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.
Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.
Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.
"Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.
Agendadaily difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.
"Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya.-11/2/2011

4 TITIK KELEMAHAN PAS YANG AKAN JADI SASARAN UMNO

Posted: 11 Feb 2011 06:10 PM PST

PASIR PUTEH, 11 Feb (Bernama) -- Umno Kelantan akan menekankan kepada empat aspek yang diyakini boleh menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Aspek tersebut ialah berhubung program gerak saraf, pendaftaran pemilih baru, jentera penerangan dan tarikan pengundi luar yang akan diperkuatkan lagi.

"Jika empat perkara ini diberi tumpuan khusus, tidak ada sebab BN tidak mampu memenangi Kelantan pada pilihan raya umum ini.

"Sebab itu kita adakan Konvensyen Umno ini bagi mencari kata sepakat bagaimana empat aspek ini boleh diperkasakan dan Alhamdulillah ia telah berjalan lancar dan menuju landasan yang tepat," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Umno Kelantan di sini yang dihadiri lebih 3,000 anggota parti pelbagai peringkat.

Beliau berkata anggota Umno Kelantan kini nampak begitu bersemangat terutama selepas pelancaran program Gelombang Merah baru-baru ini bagi memenangi lebih 23 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lebih tujuh kerusi Parlimen.

BN Kelantan kini menduduki tujuh kerusi daripada 45 kerusi DUN dan dua kerusi daripada 14 kerusi Parlimen.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata masalah bekalan air dan kebajikan rakyat di Kelantan akan diberi perhatian oleh Umno dalam usaha membantu rakyat.

-- BERNAMA

APA!! ANWAR LARI KELUAR NEGARA?..

Posted: 11 Feb 2011 04:03 PM PST



Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.
"Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.
Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.
"Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya."katanya.

Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.
Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.
Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.
"Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.
Agendadaily difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.
"Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya.-11/2/2011

DATO' GILA: ROGOL CUCU DIKANDANG LEMBU

Posted: 11 Feb 2011 10:35 AM PST


Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.
Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.
Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.
Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.
Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

BILA DUTA MALAYSIA MULA MENYANYI DANGDUT...

Posted: 11 Feb 2011 10:14 AM PST

a) -- Dalam satu lagi usaha merapatkan hubungan rakyat Malaysia dan Indonesia, Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan isteri, malam Khamis muncul dalam rancangan bual bicara popular Indonesia "Bukan Empat Mata" yang dihoskan pelawak terkenal Indonesia Mas Tukul Arwana di saluran Trans7.

Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan Datin Syarifah Ikhlas Syed Ismail Al-Jaffree ditampilkan untuk berkongsi pandangan bersama dua pasangan artis top Indonesia iaitu pengantin baru penyanyi Irwansyah dan Zaskia Sungkar serta pasangan kekasih Raffi Ahmad dan Yuni Shara, dalam program TV yang mendapat rating tinggi itu.

Rancangan siaran langsung selama dua jam itu dipenuhi dengan perbualan mengenai pesan kasih sayang yang disampaikan dalam suasana santai, penuh humor dan menghiburkan.

Syed Munshe Afzaruddin, yang tidak asing di Indonesia kerana pernah berkhidmat sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Medan dan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia beberapa tahun sebelum ini, turut mendendangkan sebuah lagu dangdut, secara harmoni dengan hos rancangan itu.

"Saya ingin mengambil peluang di rancangan TV untuk menunjukkan kepada rakyat Indonesia bahawa antara kita rakyat kedua-dua negara ini tidak ada perbezaan.

"Rakyat Malaysia dan Indonesia harus mengenali secara lebih dekat agar hubungan baik kedua-dua negara yang sedia terjalin dalam bidang politik dan ekonomi turut dinikmati di peringkat rakyat," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

-- BERNAMA

KUASA RAKYAT MALAYSIA BILA NAK DIGUNAKAN?

Posted: 11 Feb 2011 09:10 AM PST



Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 11 Feb: PAS yakin kuasa rakyat Mesir yang berada di kemuncak pada waktu ini, mampu mengubah lanskap politik negara teluk itu dalam masa terdekat.
Biarpun Presiden Mesir, Hosni Mubarak dalam ucapannya yang disiar televisyen negara itu semalam sekali lagi memberikan harapan palsu kepada rakyatnya, namun bantahan berterusan dari rakyat sekurang-kurangnya telah menekan Mubarak dan menggugat pengaruh Amerika Syarikat.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, bantahan rakyat sejak 28 Januari lalu bagai mimpi ngeri yang menjadi kenyataan kepada Amerika Syarikat sehingga mereka hilang arah.
Katanya, ianya boleh dibuktikan dengan beberapa kenyataan dari pemimpin negara barat itu yang dilihat 'flip-flop', ada ketikanya menggesa Mubarak kekal dan ada pula mahu presiden Mesir itu berundur segera.
"Saya yakin dengan kuasa rakyat Mesir dan Amerika sekarang sangat terkejut dengan fenomena kebangkitan besar-besaran rakyat Mesir ini.
"Mereka pun tidak dapat menentukan apa lagi yang akan berlaku.
"Saya percaya, Amerika tidak ada kekuatan lagi untuk mempertahan regim Mubarak yang ada ini," katanya.
Amerika Syarikat mempunyai tiga kepentingan utama di Mesir iaitu negara Israel, ekonomi (Peroleum dan Gas) dan ketenteraan.
Mereka bimbang, kejatuhan kerajaan regim dan jika diganti pihak lain, akan menjejaskan segala kepentingan yang telah dibina sejak berpuluh tahun dahulu.
Mubarak muncul melalui siaran televisyen seluruh negara dan berucap kepada rakyat yang membantahnya.
Rakyat yang sebelum ini diberitahu akan ada berita gembira tentang pengumuman pengunduran Mubarak, bagaimanapun kecewa apabila presiden yang dibantah itu memaklumkan akan terus berada di pejabat presiden sehingga pemilihan September depan.
Beliau juga memberitahu telah mengalihkan sebahagian kuasanya kepada Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman dan mengarahkan perlembagaan negara itu dipinda.
Berita itu bagaimanapun ditolak rakyat yang mahu bukan sahaja Mubarak, tetapi seluruh kerajaan regim berundur segera tanpa syarat.
"Media cuba gambarkan rakyat hanya tolak Mubarak.
"Rakyat Mesir sebenarnya bukan hanya tolak Mubarak, tetapi seluruh aparatus kerajaan regim itu," kata Syed Azman lagi.
Mengulas himpunan besar-besaran rakyat Mesir selepas Jumaat hari ini beliau berkata, rakyat Mesir sebenarnya sudah nekad, tidak akan berundur ke belakang lagi, sama ada menang dalam tuntutan ini ataupun mati syahid.
Dijangkakan 20 juta rakyat Mesir akan berhimpun selepas solat Jumaat hari ini dan akan berarak ke Istana Mubarak di Abdeen, Kaherah.
Difahamkan, Istana Presiden tersebut adalah kawasan larangan dan tidak pernah ada mana-mana pihak dibenar masuk ke istana itu sejak sekian lama pemerintahan regim.

Tiada ulasan: