BRIGED MP SEGAMBUT |
- DIBALIK KISAH PEMBELOTAN PAJUDIN PKR SABAH?
- MAJLIS PRESIDEN UNTUK PKR SABAH
- SAFEE SALI AKAN BERMAIN KE INDONESIA
- Guan Eng: Pulau Pinang patut dapat RM5 bilion daripada Pusat
- KUBUR PKR DISABAH MEMBAHAYAKAN ?
- KEJAM:GAMBAR INI CERITAKAN SEGALANYA TENTANG POLIS MASA DEMO
- PELAJAR JUAL TUBUH NAK HIDUP SENANG:
- MAHU BALIK MALAYSIA DENGAN CEPAT? PELAJAR HARUS MENGAKU AHLI UMNO?
- KERAJAAN UMNO ADALAH KERAJAAN FIRAUN?
- WANITA HAMIL KENAL PASTI WAJAH POLIS YANG MEROMPAKNYA
- MENTERI PENGAJIAN TINGGI TIDAK LAYAK JADI MENTERI KARENA BODOH
| DIBALIK KISAH PEMBELOTAN PAJUDIN PKR SABAH? Posted: 06 Feb 2011 06:22 AM PST Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan bersungguh-sungguh menjelaskan soal berhubung peletakan jawatan Pajudin Nordin sebagai pengerusi perhubungan Sabah semalam. "(Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dijadual ke Sabah pagi ini. Ia tiada kena mengena dengan peletakan jawatan Pajudin kerana ia telah dirancang lama dahulu. "Lawatannya bertujuan menemui ketua cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan sementara pelantikan tajudin sebagai pengerusi perhubungan Sabah. Belum sempat membuat pengumuman, dia (Pajudin) letak jawatan. "Beliau (Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih pengerusi perhubungan Sabah daripada Pajudin untuk sementara, kemungkinan beberapa bulan sehingga semuanya disusun dengan baik," kata Anwar dalam sidang media yang padat dengan wartawan sehabisnya lawatan dua harinya di Sarawak hari ini. "Mungkin dia (Pajudin) rasa pembekuan itu tamparan yang hebat, jadi dia tinggalkan (parti)." Semalam, PKR Sabah yang dilihat sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno. Pajudin, 42, yang belum sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang semalam. Pajudin dilaporkan berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang didakwa tidak serius menangani masalah dan isu-isu berkaitan Sabah. |
| MAJLIS PRESIDEN UNTUK PKR SABAH Posted: 06 Feb 2011 04:59 AM PST PKR membentuk sebuah majlis presiden untuk menguruskan badan perhubungan negeri Sabah ekoran keputusan ketuanya yang baru, Pajudin Nordin keluar parti dan menyertai Umno semalam. Langkah itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cabang Sabah di Kota Kinabalu petang ini. Pagi tadi di Kuching, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pajudin kemungkinan memutuskan untuk keluar PKR dan menyertai Umno semalam kerana menganggap keputusan menggantikan beliau buat sementara sebagai satu tamparan ke atas kepimpinannya. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengakui memang ada keputusan untuk melantik Dr Wan Azizah menerajui badan perhubungan negeri Sabah buat sementara sehingga krisis semasa reda. PKR Sabah berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pajudin dilantik sebagai ketua negeri itu pada 10 Januari lalu. Pelantikannya dibantah 18 daripada 25 cabang PKR Sabah. Pajudin, 42, berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah. "Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan 'cakap tidak serupa bikin'. "Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti," kata Pajudin. |
| SAFEE SALI AKAN BERMAIN KE INDONESIA Posted: 06 Feb 2011 04:03 AM PST ![]() Pemain depan Timnas Malaysia, Safee Sali REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA - Pemain depan Timnas Malaysia, Safee Sali, akan segera bergabung dengan klub Liga Super Indonesia (LSI), Persib Bandung. Safee menyatakan dirinya akan meninggalkan Selangor FC pada akhir pekan ini. Sebelum bergabung dengan Persib, pemain berusia 27 tahun ini akan melaksanakan satu laga terakhirnya bersama Selangor FC di Kompetisi liga Malaysia, pada 12 Februari."Semuanya akan menjadi jelas saat Selangor FC memberi keterangan resmi soal masa depan saya, Senin nanti. Saya juga telah mendapat persetujuan dari keluarga terkait dengan langkah saya selanjutnya," kata Safee dikutip dari situs resmi aseanfootball.org, Ahad (6/2). Safee tampil mengesankan di Piala AFF 2010 lalu dengan mencetak lima gol dan merebut gelar pencetak gol terbanyak di turnamen ini. Sementara ofisial klub Persib telah beberapa kali berkunjung ke markas Selangor FC. Selangor FC akhirnya bersedia melepas Safee yang masih menyisakan kontrak hingga November 2011. Safee sendiri dijadwalkan dapat memperkuat Persib pada putaran kedua kompetisi LSI pada 7 Maret nanti. Persib Bandung sudah memiliki empat pemain asing. Mereka adalah penyerang Hilton Moreira (Brasil), Argentine Pablo Frances (Argentina), dan dua pemain Singapura yakni pemain tengah Shahril Ishak dan bek |
| Guan Eng: Pulau Pinang patut dapat RM5 bilion daripada Pusat Posted: 06 Feb 2011 02:41 AM PST PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoal kenyataan bekas Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa Pulau Pinang akan mendapat manfaat besar daripada Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA). "Ini kerana Pulau Pinang sendiri tidak mendapat walau satu pun daripada 19 Projek Permulaan (EPP) yang melibatkan RM67 billion dalam bentuk pelaburan, 35,000 peluang pekerjaan baru, serta peningkatan Pendapatan Kasar Negara sebanyak RM35 bilion," kata Guan Eng dalam kenyataan beliau hari ini. Tindakan tersebut, kata Guan Eng, adalah tidak adil, satu bentuk diskriminasi, serta tidak boleh diterima kerana dalam Malaysia hanya terdapat 13 buah negeri sahaja tidak termasuk Wilayah Persekutuan. Walaupun begitu, kerajaan Pulau Pinang akan tetap percaya kepada Dr Koh bahawa Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada 19 EPP tersebut, kata Guan Eng. "Berdasarkan pelaburan RM67 bilion tersebut, Pulau Pinang sepatutnya mendapat pulangan sekurang-kurangnya RM5 bilion berdasarkan perkadaran sebagai salah satu daripada 13 buah negeri yang terlibat. Dr Koh juga perlu memberikan butiran bila dan ke mana RM5 bilion tersebut akan diagihkan secepat mungkin," kata Guan Eng. Selain itu, Guan Eng juga mahu Kerajaan Pusat menjelaskan kos yang tinggi dalam mewujudkan peluang pekerjaan di bawah NKEA. "Kerajaan Pusat perlu menjelaskan sebab RM67 bilion dalam bentuk pelaburan hanya menghasilkan 35,000 pekerjaan ataupun RM2 juta untuk setiap pekerjaan," kata Guan Eng. "Jika dibanding dengan pelaburan swasta dalam dan luar negeri tahun 2010 sebanyak RM47,177 juta yang menghasilkan 97,319 pekerjaan atau kurang daripada RM500,000 setiap pekerjaan. Jurang yang sebegitu luas memerlukan penjelasan tentang jenis pekerjaan yang diwujudkan di bawah 19 EPP tersebut yang memerlukan RM2 juta untuk menghasilkan satu pekerjaan," kata Guan Eng. NKEA diuar-uarkan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Oktober lepas. |
| KUBUR PKR DISABAH MEMBAHAYAKAN ? Posted: 06 Feb 2011 12:59 AM PST ![]() Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersalaman dengan bekas Ketua Parti Keadilan Sabah Pajudin Nordin (kiri) sebagai simbolik beliau keluar dari PKR dan menyertai Umno di Rumah Rasmi Ketua Menteri Gaya. — Foto Bernama |
| KEJAM:GAMBAR INI CERITAKAN SEGALANYA TENTANG POLIS MASA DEMO Posted: 05 Feb 2011 10:57 PM PST jahat betul polisni..kat malaysia camni gak ker? |
| PELAJAR JUAL TUBUH NAK HIDUP SENANG: Posted: 05 Feb 2011 08:12 PM PST LALA... jadi pekerja sosial mudah. LIYANA... umpan gambar berahi di laman sosial seperti Tagged dan Facebook.KUALA LUMPUR: Mereka cantik, muda dan berpelajaran tinggi. Namun kerana mahukan kesenangan dengan cara mudah, segelintir gadis yang mendakwa graduan sanggup menjual tubuh, menawarkan khidmat urut dan menipu lelaki hidung belang. Itu haluan hidup gadis berkenaan bagi meraih pendapatan lima angka sebulan tanpa perlu bekerja keras berbanding bekas rakan sekuliah yang hanya mampu memperoleh antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan, bergantung kepada jenis pekerjaan. Gadis berkenaan licik mencari pelanggan dengan menggunakan kepandaian dan kepetahan dimiliki untuk mengikis wang dan menipu lelaki miang yang dahagakan belaian. Selepas mengesan aktiviti songsang mereka menerusi laman sosial, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki dan menemubual tiga graduan berkenaan bagi mengetahui punca mereka memilih jalan 'sesat' hingga mensia-siakan pengorbanan ibu bapa membiayai pelajaran ke menara gading. LALA, 24: "SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial. 'Pekerjaan' ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi. Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak. Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram. Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri," kata gadis berasal dari Kedah itu. BABY, 26: "SEBELUM ini saya pernah bergelar penari profesional dan kerap mengiringi pelbagai persembahan artis popular dalam dan luar negara. Walaupun bergelar graduan dalam bidang itu di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur, persaingan dan pendapatan diperoleh kurang memuaskan. Saya pernah bekerja beberapa tahun sebagai penari profesional. Namun gaji diberi cukup makan saja. Malah, terlalu banyak bil dan komitmen lain perlu diselesaikan. Selepas itu, saya diajak seorang rakan untuk menjalankan khidmat ini. Pada mulanya saya keberatan, namun selepas menerima gaji diberi, saya tidak berfikir panjang lagi. Usia seperti saya sekarang ini susah untuk mendapatkan pendapatan yang kadangkala melebihi lima angka. Jika saya bekerja di syarikat lain atau terus bekerja sebagai penari, mungkin 20 tahun lagi baru saya mendapat pendapatan sebanyak ini. Tidak cukup sekadar bekerja di pusat kesihatan atau spa sebagai gadis urut, saya turut menawarkan khidmat seks dengan menyewa bilik hotel sekitar ibu kota. Kegiatan ini dilakukan selepas pulang daripada kerja dan ia hanya dibuat apabila mendapat tempahan di sebelah malam. Jika di spa, saya tidak mendapat bayaran penuh. Jadi, untuk mendapatkan bayaran menarik, saya terpaksa melakukan kerja seperti ini. Bagaimanapun, bukan selalu saya menjalankan aktiviti ini. Jika ada tempahan, baru saya menyewa bilik hotel dan menanti pelanggan. Sekurang-kurangnya saya dapat mengumpul RM3,000 hingga RM4,000 dengan melakukan kerja luar terbabit. Jika dicampurkan dengan gaji bekerja di spa, paling sikitpun saya mampu memperoleh RM10,000 sebulan," kata anak jati Kuala Lumpur itu yang menamatkan pengajian di peringkat diploma tahun lalu. LIYANA, 25: "SAYA licik menipu ratusan lelaki dengan 'menjual' pelbagai gambar mengghairahkan di laman sosial seperti Tagged dan Facebook yang kononnya menawarkan khidmat seks kepada pelanggan. Menerusi profil dipaparkan, saya secara terang-terangan menawarkan khidmat urut, ringan-ringan, urut badan ke badan (b2b) selain khidmat seks. Bagaimanapun, semua tawaran itu adalah palsu untuk saya mendapat wang mudah. Senang saja untuk memperdayakan lelaki gatal yang dahagakan seks. Malah jika benar-benar mahukannya, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun saya walaupun tidak mengenali siapa saya. Sekurang-kurangnya, sehari saya mampu memperdaya lima atau enam lelaki. Sebelum berjumpa saya, mereka harus memasukkan RM100 atau RM150 ke dalam akaun. Namun selepas duit dimasukkan, saya menghilangkan diri atau memberi bermacam-macam alasan," katanya yang masih menganggur selepas menamatkan pengajian pertengahan tahun lalu. |
| MAHU BALIK MALAYSIA DENGAN CEPAT? PELAJAR HARUS MENGAKU AHLI UMNO? Posted: 05 Feb 2011 06:21 PM PST SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah. Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan. Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang. "Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir. "Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar," katanya dalam kenyataan kepada Media. Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu. "Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'. "Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini," katanya. Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik. "Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. "Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576," katanya. |
| KERAJAAN UMNO ADALAH KERAJAAN FIRAUN? Posted: 05 Feb 2011 03:59 PM PST KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan corak pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak menyerupai regim pemerintahan Firaun. Perbandingan itu dibuta, katanya berdasarkan tindak-tanduk kedua-dua pihak yang menggunakan kekuatan mereka dengan mengawal media kerajaan untuk mengekalkan kuasa. Beliau turut memetik Surah Az-Zukhruf ayat 54: "Maka Firaun perbodohkan kaumnya dan mereka mematuhinya". "(Ini) seperti yang dilakukan Mubarak dan BN dengan menguasai media," kata Khalid menerusi laman twitternya, tengah hari tadi. Kerajaan Umno BN baru-baru ini cuba meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan – mengikut jejak Hosni sebelum ini yang akhirnya memakan diri sendiri bila jutaan rakyat Mesir mengamuk di jalan raya. Hosni memerintah selama 30 tahun dan melaksanakan pelbagai dasar zalim terhadap rakyatnya lantas 'meletupkan bom jangka' yang sudah dipendam rakyat ketika era pemerintahannya. Mesir pada 25 Januari lepas digegarkan dengan jutaan rakyat turun ke jalan, tanda kebencian terhadap sikap angkuh Hosni yang tidak mempeduli hampir 40 peratus rakyatnya berada di paras kemiskinan. Di Malaysia, lebih 5,000 rakyat Malaysia semalam bangkit membantah campur tangan Amerika Syarikat dengan berhimpun di depan kedutaan Amerika sebagai tanda protes. |
| WANITA HAMIL KENAL PASTI WAJAH POLIS YANG MEROMPAKNYA Posted: 05 Feb 2011 01:13 PM PST Seorang pemilik kedai yang mendakwa ditampar dan dirompak oleh anggota polis berpakaian preman minggu lalu hari ini mengecam lima orang anggota pasukan itu yang didakwa melakukan perbuatan itu ke atasnya. Chow Soo Meng, 36, mengenalpasti anggota polis lelaki itu dalam satu kawad cam di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya pagi ini. Ibu kepada dua orang anak itu ditemani ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng. Polis turut merakam kenyataan wanita berkenaan dan juga kenyataan Lim. Lim ketika dihubungi berkata, Chow telah mengenalpasti lima anggota berkenaan yang didakwa memecah masuk ke dalam kedainya tanpa mengemukakan waran. Chow turut mengenalpasti pengawai polis yang didakwa menampar beliau dan juga seorang pegawai polis wanita, kata ahli parlimen DAP itu lagi. Anggota polis berkenaan sebelum ini didakwa mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut. Dalam laporan polisnya, anggota polis berkenaan didakwa telah mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin.Polis telah menafikan dakwaan merompak Chow ketika wanita itu ditahan di kedainya di Sungai buloh pada malam Isnin lalu. Satu kenyataan polis sebelum ini menyebut, anggota berkenaan merampas wang sebanyak RM15,900 untuk siasatan. Polis mengesyaki wang berkenaan diperolehi daripada sumber haram |
| MENTERI PENGAJIAN TINGGI TIDAK LAYAK JADI MENTERI KARENA BODOH Posted: 05 Feb 2011 10:55 AM PST Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khhspace="10"alid Nordin disifatkan menghina pelajar agama di Mesir apabila berkata pihak kementerian menghadapi kesulitan menghubungi pelajar bidang agama di Mesir disebabkan tidak berdaftar dengan kementerian. Kenyataan itu yang disiarkan dalam Akbar semalam bertajuk "Tiada Pilih Kasih Bawa Pulang Pelajar Dari Mesir" yang boleh disifatkan sebagai tidak benar dan berniat memburuk-burukkan pelajar pengajian bidang agama di Mesir. Demikian kata Setiausaha Alumni Kesatuan Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Ustaz Md. Asri Mat Daud dalam satu Kenyataan mereka hari ini. Menurut beliau, Kenyataan Khalid adalah tidak benar sama sekali kerana semua pelajar yang melamjutkan pelajaran di Mesir mestilah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka tidak boleh belajar sekiranya dokumen mereka tidak diuruskan oleh pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Tambahan pula, semua nama pelajar-pelajar yang berada di Mesir adalah di bawah pengetahuan persatuan pelajar di setiap negeri dan pihak mereka telah menghantar nama-nama tersebut kepada JPMK. Pelajar Malaysia pula mestilah memiliki kad pelajar daripada pihak JPMK setiap kali ingin berurusan dengan Jabatan Penuntut. Oleh itu, tidak timbul isu mereka yang tidak berdaftar tetapi apa yang pasti kesulitan yang dihadapi adalah kegagalan pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir melaksanakan tugas dengan baik dan mengabaikan urusan kebajikan pelajar sehinggalah keadaan menjadi kelam kabut apabila situasi getir seperti sekarang berlaku. Pihak Alumni KPKM mendesak agar menteri berkenaan tidak sewenang-wenang melemparkan tuduhan dan emnadikan perara tersebut sebagai alasan yang boleh mengesahkan lagi diskriminasi terhadap pelajar agama yang telah lama wujud. Sementara itu, Gerakan membantu pelajar Mesir (GETIR) Alumni KPKM terus memberikan bantuan kepada pelajar di Mesir. "Terkini, pengerusi GETIR Ustaz Zulkifli Yusuf telah berlepas dari lapangan terbang Kota Bharu menuju ke Mesir dengan kapal terbang Singapore Airlines untuk menyampaikan sumbangan ibu bapa kepada pelajar di sana khususnya yang berasal daripada Kelantan. "Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah menghantar bantuan kewangan sejumlah RM 120,000 melalui wakilnya ustaz Zulkifli Yaacob yang telah bertolak beberapa hari yang lepas," katanya . |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
"Lawatannya bertujuan menemui ketua cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan sementara pelantikan tajudin sebagai pengerusi perhubungan Sabah. Belum sempat membuat pengumuman, dia (Pajudin) letak jawatan. 

jahat betul polisni..kat malaysia camni gak ker?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan