Jumaat, 4 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Puak anti-Hosni sedia sertai demo ‘Jumaat, Hari Berundur

Posted: 04 Feb 2011 07:14 AM PST

Selepas sehingga 300 orang dipercayai terbunuh termasuk 13 orang sejak kelmarin, rakyat Mesir mula membuat persediaan untuk demonstrasi besar-besaran, "Jumaat, Hari Berundur" — pada hari ke-11 hari ini, mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dengan segera.
Beribu-ribu penunjuk perasaan membentuk sekatan di tengah ibu negara Mesir sambil melaungkan "Pergi, pergi, pergi".
Laporan stesen televisyen Arab Al-Jazeera berkata, penunjuk perasaan anti-Hosni kembali menguasai keadaan selepas dua hari berhadapan dengan serangan penyokong presiden itu.
Dipetik BBC melaporkan, perhimpunan hari ini yang diadakan pada hari Jumaat kedua sejak kebangkitan bermula minggu lalu dinamakan sebagai "Jumaat, Hari Berundur".
Sebahagian penunjuk perasaan tidur di atas jalan raya manakala sesetengahnya mengawal ketat Dataran Tahrir, nadi gerakan anti-Hosni.
Penganjur pula menyusun orang ramai untuk mengadakan perisai manusia dengan memeriksa identiti setiap penunjuk perasaan bagi mengelakkan penyokong Hosni mengganggu usaha mereka.
Tiada pertempuran antara kedua-dua puak awal pagi ini.
"Kami orang yang tidak berdosa. Kami mahu hidup aman," kata Magdy el-Sayed, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 35 tahun.
"Dan, sekarang dia (Hosni) hendak menggunakan apa lagi? Untuk mewujudkan ketegangan di kalangan kami. Tetapi kami berada di sini selama-lamanya.
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh sejak kelmarin, kata Kementerian Kesihatan Mesir.
Sehingga 300 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat, demikian menurut ketua Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay

Pasca-Hosni: Ikhwanul Muslimin kuasa tak boleh dipandang sepi

Posted: 04 Feb 2011 06:14 AM PST


February 04, 2011
Sebahagian daripada puak yang mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur segera. Demonstrasi masuk hari ke-11 hari ini. — Foto Reuters
ANALISIS, 4 Feb — Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu — antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir. Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin.
Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru.
Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas "perbuatan jenayah" mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.
"Hosni macam 'drakula'," kata Youssef Nada yang pernah bertindak sebagai 'menteri luar' pertubuhan itu dan kekal sebagai penasihat berpengaruh sehingga ke hari ini.
"Dia diktator tanpa belas kasihan dan telah membunuh ramai orang.
"Dia mesti dibicara dan perlu ditanggungjawabkan," kata beliau lagi.
Ikhwanul Muslimin, barisan pembangkang yang lebih tersusun di Mesir, menjadi sebahagian daripada arus perdana sosial negara itu sejak lewat 1920-an. Tetapi ia diharamkan oleh rejim Hosni. Ia diasaskan oleh Hassan al-Banna pada 1928.
Disebabkan pengharaman itu, Amerika Syarikat (AS) hanya mengadakan kontak dalam skala terhad dengan Ikhwanul Muslimin, demikian menurut Pengarah Program Asia Barat Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Jon Alterman.
Semalam, Naib Presiden Mesir Omar Suleiman berkata Ikhwanul Muslimin telah dipelawa untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan baru sebahagian daripada dialog kebangsaan dengan semua parti.
Alterman adalah antara sekumpulan penganalisis Asia Barat meminta White House awal minggu ini agar membincangkan keadaan di Mesir yang melalui perkembangan pantas sejak 10 hari lalu.
"White House tidak memberi perhatian dalam soal Ikhwanul Muslimin yang kelihatan terbuka dan sebahagian daripada politik Mesir," kata Alterman.
"Tiada kebimbangan bahawa sebarang penyertaan Ikhwanul Muslimin (dalam politik arus perdana) akan mengakhiri kepentingan AS di Mesir," katanya.
Sebaliknya, ada pandangan yang mengatakan kepentingan AS di Mesir mahukan kumpulan Islam itu memainkan peranan dalam politik yang vibran bersama pihak-pihak lain.
Alterman juga berkata, pentadbiran Obama juga faham yang rakyat Mesir turut berpandangan agama harus memainkan peranan dalam kehidupan rakyat sama ada mereka terikat dengan Ikhwanul Muslimin ataupun sebaliknya.
Oleh itu katanya, AS tidak harus mengetepikan Ikhwanul Muslimin hanya kerana mereka sebuah kumpulan Islam.
"White House juga ada pandangan bahawa politik Mesir perlu menggambarkan masyarakat Mesir," kata Alterman.
"(Perlu diterima bahawa) tindakan mengutamakan rejim sekular autoritarian tidak akan memenuhi kepentingan AS dalam jangka panjang, dan juga tidak akan memenuhi kepentingan Mesir sendiri," kata beliau.
Skala dan kepentingan detik-detik yang mekar di Mesir mengingatkan Revolusi Iran 1979, yang dibawa dalam rejim Islam.
Samer Shehata, seorang penolong profesor politik Arab di Universiti Georgetown berkata, banyak pihak membuat rumusan yang selari dengan era itu.
"Terlalu ramai di Kongres, dan sudah tentu juga di kalangan rakyat jelata, apabila mendengar politik Islam atau Ikhwanul Muslimin dan sebagainya, tiada fahaman (yang tepat).
"Mereka dengan cepat menganggap (ia sebagai badan yang ada kaitan) Al-Qaeda atau Hamas, malah Hizbullah. Dari segi fundamental, kumpulan ini jauh berbeza," kata Samer.
Katanya, berbanding Hamas Ikhwanul Muslimin tiada sayap tentera ataupun memiliki senjata dan mengecam keganasan sejak enam dekad lalu.
Bagaimanapun Leslie Gelb, presiden Majlis Hubungan Luar berkata tiada siapa yang boleh memastikan sama ada keadaan itu akan berubah jika pengharaman ke atas Ikhwanul Muslimin ditarik balik.
Ikhwanul Muslimin menekankan ia menyokong demokrasi dan kebebasan bersuara, tetapi ia juga anti-Israel dan menentang perjanjian damai Mesir-Israel.
"Kita tahu rekod dasar luar mereka," kata Gelb kata beliau dipetik media Barat.
Ikhwanul Muslimin pernah memainkan peranan menyokong bekas presiden Anwar Sadat yang ditembak mati ketika perarakan hari kemerdekaan dan beliau digantikan oleh Hosni pada 1981. Dengan berslogankan "Islam Adalah Penyelesaian", Ikhwanul Muslimin mahu mewujudkan sebuah negara berlandaskan undang-undang Islam.
Sebelum menyokong kepimpinan Anwar, pada 1966 kerajaan Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin utama Sayyid Qutb yang memberi tenaga baru kepada kumpulan ini dan ketika 1980-an, Ikhwanul Muslimin berusaha untuk menyertai politik arus perdana.
Pada pilihan raya 2000, Ikhwanul Muslimin memenangi 17 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat dan lima tahun kemudian menguasai 20 peratus kerusi yang ditandingkan, sekali gus mengejutkan Hosni.
Pada tahun lalu, usaha pemimpin-pemimpin Parti Demokratik Kebangsaan diterajui Hosni memulakan tindakan mengurangkan pengaruh pembangkang dalam pilihan raya Parlimen 2010 termasuklah kumpulan Islam ini.
Kesannya dikatakan berkait rapat dengan kebangkitan rakyat yang disaksikan hari ini. Dan, mereka menghitung hari-hari terakhir Hosni dan dunia negara maju termasuk termasuk AS tiada pilihan melainkan untuk berurusan dengan Ikhwanul Muslimin.

MEMANG BERBALOI

Posted: 04 Feb 2011 05:01 AM PST


SUAREZ meledak gol kedua Liverpool ketika menentang Stoke City pada aksi Liga Perdana England di Anfield, kelmarin. Liverpool menang 2-0.



LIVERPOOL – Penyokong Liverpool kini boleh melupakan penghijrahan Fernando Torres ke Chelsea.
Penggantinya, David Suarez sudah membuktikan
kehadirannya di Anfield adalah berbaloi dan dia mampu
menjalankan tugas yang ditinggalkan oleh Torres itu dengan baik.
Belum pun sampai 24 jam bertapak di 'kampung' barunya itu, dia sudah mencipta nama.
Ketika dimasukkan sebagai pemain gantian di separuh masa kedua pada aksi menentang Stoke City kelmarin, pemain yang baru dibeli dari Ajax Amsterdam itu terus mencatat nama sebagai penjaring bagi menghadiahkan kemenangan 2-0 kepada Liverpool.
Suarez menjaringkan gol kedua pada minit ke-79 selepas Raul Meireles membuka jaringan buat Liverpool pada minit ke-47.
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish percaya Suarez
mampu memberikan impak yang besar kepada skuad
kendaliannya itu dalam baki saingan Liga Perdana England musim ini.
Jaringan yang dilakukan Suarez itu sekali gus menebus kekecewaan yang dialami penyokong-penyokong skuad The Reds selepas bintang sensasi mereka, Fernando Torres berhijrah ke Chelsea.
Ternyata, nilai yang dibayar Liverpool berjumlah £22.6 juta (RM111.493 juta) untuk membawa masuk Suarez
dari Ajax Amsterdam, Isnin lalu benar-benar berbaloi apabila dia kini dianggap sebagai wira baru mereka.
Ekoran prestasi konsisten yang dipamerkan Suarez itu, dia dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds pada aksi pertemuan menentang Chelsea, Ahad ini.
Malah, Dalglish yakin penyerang antarabangsa Uruguay itu mampu sesuaikan diri dengan corak permainan di England dengan baik.
"Dia mendapat permit bekerja pada Selasa lalu dan hari ini (awal pagi semalam) dia terus beraksi dalam pasukan. Wajahnya cukup ceria sebaik berhijrah ke sini (Anfield), dan saya berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan kami," jelas Dalglish.

Rakyat Malaysia gesa AS tidak campur urusan Mesir

Posted: 04 Feb 2011 03:48 AM PST

Rakyat Malaysia mengadakan himpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini hari ini bagi melahirkan solidariti kepada rakyat Mesir sambil menggesa White House tidak campur tangan dalam kebangkitan rakyat negara itu, yang menggesa Presiden Hosni Mubarak berundur segera.
Kumpulan penyokong beberapa pertubuhan bukan kerajaan dengan diketuai pemimpin Pakatan Rakyat berarak dari masjid KLCC ke kawasan Kedutaan AS bagi menyampaikan pendirian itu.
Pemimpin-pemimpin itu termasuklah naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mereka membawa kain rentang "Kami bergerak bersama rakyat Mesir" dan "Turun Mubarak".
Himpunan itu diadakan selepas solat Jumaat tadi.
Di Mesir, demonstrasi rakyat itu masuk hari ke-11 hari ini dan mereka dijangka akan mengadakan perarakan yang dikenali sebagai "Hari Berundur" ke arah istana presiden di Kaherah.
Hosni sudah tiga dekad menerajui negara itu.
Dalam satu temu bual dengan ABC semalam, Hosni berkata beliau bersedia untuk berundur sekarang tetapi bimbang ia akan menyebabkan keadaan huru-hara di Mesir.
Pegawai-pegawai AS dan Mesir pula sedang mengadakan perbincangan untuk memaksa Hosni berundur segera.
Sebelum ini, Presiden AS Barack Obama menggesa Hosni bertindak ke arah perubahan dalam kerajaan dan mahu ia dilakukan sekarang.

RIBUAN IKUT DEMO DI KLCC

Posted: 04 Feb 2011 02:24 AM PST

Lebih 5000 rakyat hari ini berhimpun di hadapan Masjid As-Syakirin KLCC bagi menyertai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap campurtangan negara itu terhadap Mesir.

Himpunan tersebut yang telah memulakan perarakan mereka diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Turut serta dalam perarakan tersebut, pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain termasuk, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Suhaizan Kaiat dan shamsul Iskandar Mat Akin.

Ucapan pembakar semangat sebentar tadi turut disampaikan Mohamad Sabu yang mengecam Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.

Bilangan peserta kini makin bertambah apabila mereka yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

ikhwan tolak tawaran kuasa dijordan

Posted: 04 Feb 2011 12:47 AM PST

Raja Abdullah II, yang saat ini sedang berjuang untuk mencegah tumbuhnya ketidakpuasan rakyat terhadap dirinya, memperluas jangkauan politiknya pada hari Kamis kemarin (3/2) dengan bertemu dengan Ikhwanul Muslimin untuk pertama kalinya dalam hampir satu dekade. Ia juga menegaskan dalam sebuah pernyataan bahwa ia akan memerangi korupsi dan menumbuhkan dialog nasional yang lebih luas.

Pernyataan dari istana mengatakan, "Raja menegaskan kembali dalam pertemuan dengan delegasi dari Ikhwanul Muslimin dan Front Aksi Islam bahwa penting bagi mereka untuk bekerja sama untuk menekan reformasi politik yang akan meningkatkan peran warga dalam pengambilan keputusan. "
Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin, Zaki Bani Rsheid, mengatakan sebelumnya dalam sebuah wawancara di kantor Amman bahwa perdana menteri yang baru diangkat, Marouf al-Bakhit, telah menawarkan Ikhwan peran dalam pemerintahan, tetapi mereka menolaknya.
"Kami menolak karena kami ingin perdana menteri yang dipilih rakyat, bukan diangkat oleh raja, dan kami ingin pemilu yang nyata," katanya. "Kami bersedia menjadi mitra tetapi dalam suatu pemerintahan yang nyata."
Ikhwanul Muslimin diperkirakan memiliki dukungan dari 25 hingga 30 persen dari enam juta rakyat Yordania. Ikhwan Yordan direncanakan akan memimpin demonstrasi sederhana pada hari Jumat ini (4/2) menyerukan adanya langkah-langkah demokratis, meskipun sebagian warga yang lain yang telah mengambil bagian dalam minggu terakhir demo mengatakan mereka akan menahan diri dan mengevaluasi sifat dari pemerintahan yang baru.
Pada hari Selasa lalu, setelah berminggu-minggu unjuk rasa tingkat rendah yang menuntut perubahan di Yordania - dan setelah adanya pemberontakan yang membawa pergolakan politik ke Tunisia dan Mesir - Raja Abdullah memecat kabinetnya dan menunjuk perdana menteri Bakhit.
Abdullah, yang telah di atas takhta selama 12 tahun, jelas terguncang oleh kejadian di kawasan dan di negerinya sendiri. Dia telah melakukan kunjungan mengejutkan dalam beberapa hari terakhir ke daerah miskin dan desa-desa dan memberikan bantuan kepada keluarga miskin yang dia temui.
Pernyataan hari Kamis kemarin mengakui adanya kegagalan dalam upaya terbaru mewujudkan reformasi, dan Raja mengharapkan dengan pemerintah baru ini dirinya bisa memulai adanya dialog nasional.
Ia menambahkan bahwa undang-undang pemilu yang baru harus disusun akan menarik partai politik untuk ambil bagian dalam pemilihan dan semua isu negara harus dibicarakan secara terbuka dan ia berjanji hukuman berat bagi siapa pun yang terlibat dalam korupsi

PRESIDEN PAS TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI:PAS WAJAR CARI FIGUR BARU

Posted: 03 Feb 2011 11:20 PM PST

Mengenai Abdul Hadi kenapa saya lontar kritikan itu kerana dalam tilikkan saya dia kurang menyengat sebagai presiden. Dia tidak dapat menampilkan diri sebagai pemimpin Pas nombor satu yang berkemungkinan akan jadi perdana menteri. Hadi bukan presiden yang akan menjadi perdana menteri, beliau bukan bahan mentah. Dia juga selalu goyang dengan kenyataan dan pendiriannya yang beliau buat sendiri. Sata rasa tidak payah saya hurai di sini tetapi mereka yang sihat ingatan dapat mengingatinya satu persatu.
Kadang-kadang manusia ini bila dia hampir dengan seseorang menyebabkan matanya kehilangan manik untuk melihat kecacatan seseorang itu. Bagi saya menyanjungi ulamak dengan tidak menegur kesilapannya satu dosa besar.


http://msomelayu.blogspot.com/2011/02/balas-jaawab.html

Implikasi serantau revolusi Mesir

Posted: 03 Feb 2011 10:19 PM PST

Pemimpin Perancis, Napolean Bonaparte pernah berkata, "Mesir ialah negara paling penting di dunia," menjelaskan kepentingan negara Arab itu kepada kuasa-kuasa dunia semasa era empayar satu masa dulu.

Apapun yang mendasari pandangan Bonaparte itu, kepentingan Mesir di dunia dapat diperhatikan dan dirasakan pada masa ini, ketika negara itu sedang dalam proses melalui satu perubahan besar.

Kuasa-kuasa Israel, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Eropah, Turki dan Iran semuanya bakal terkesan sekiranya dan apabila perubahan yang benar-benar mengubah dasar negara Mesir berlaku.

Israel jelas sekali merupakan kuasa yang akan paling terkesan, disebabkan sempadan dan sejarah yang mengikat kedua-dua pemain penting Asia Barat itu.

Mesir kekal sebagai satu-satunya negara yang mampu berperang secara terus dengan Israel, seperti yang telah ditunjukkan oleh sejarah.

Apapun keputusan peperangan masa silam, faktor ini tetap dipandang berat oleh rejim Zionis itu.
Pada masa ini, Mesir yang masih di bawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak yang semakin terhakis keabsahannya, ialah faktor paling penting yang menjayakan kepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin.

Sempadan kecil Gaza dengan Mesir yang menjadi talian hayat rakyat Gaza dikawal oleh pihak berkuasa Mesir, menjadikan Kaherah sebagai satu kuasa yang berperanan besar dalam memberi kesan kepada situasi dan kondisi di Gaza.

Kaherah juga pada masa kini berada di pihak Barat melibatkan rundingan diwakili Fatah dengan Israel, satu peranan yang menjadi faktor penting sokongan AS.

Sejak sekurang-kurangnya 2009, dalam tempoh menuju pilihan raya parlimen dan pilihan raya presiden yang dinantikan di Mesir, pemerintahan Hosni menunjukkan tindakan-tindakan yang keras terhadap Gaza dan pembangkang terutama gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin.

Tindakan-tindakan pemerintah Mesir itu dibaca penentangnya sebagai usaha meminta sokonga daripada kuasa Barat, dengan menunjukkan kepentingannya memerangi gerakan Islam yang didakwa militan dan teroris, satu lagi kepentingan yang menjadi sebab penting dukungan kuasa-kuasa Barat selama ini.

Seperti rejim-rejim Arab lain, pemerintahan Hosni disokong kerana peranannya melawan kumpulan-kumpulan Islam yang didakwa ekstremis dan teroris (dengan isu hak asasi manusia dan demokrasi menjadi kurang penting berbanding memerangi "teroris.")

Hal tersebut menjelaskan satu bahagian besar sokongan kuasa-kuasa asing terhadap rejim Hosni, yang dibenarkan memerintah dengan kuku besi selama 30 tahun kini.

Di kedua-dua Tunisia dan Mesir, kebimbangan yang dilihat pada pihak Barat ialah kemungkinan gerakan Islam menjadi pemain penting dalam negara tersebut dalam era selepas revolusi.

Kenyataan William Hague, menteri luar Inggeris tentang kebimbangan "ekstremis mengambil alih" di Mesir memberi satu gambaran sentimen dunia Barat.

Seluruh dunia Barat bakal terkesan oleh perubahan fundamental Mesir, yang salah satunya ialah menjadikannya lebih bebas daripada rejim Hosni sekarang yang terhutang dengan kuasa asing.

Kuasa terbabit juga masih mempunyai ruang dan peluang untuk mengatur dan melaksana tindakan, dalam tempoh berlaku perubahan dan tempoh peralihan termasuk pilihan raya baharu dan pembentukan kerajaan selepas itu, tempoh yang paling kritikal untuk melihat perubahan bermakna terlaksana.

Bergantung kepada sikap pemerintah baharu, perubahan fundamental Mesir juga mampu mengubah kedudukan negara itu dalam dunia Arab.

Sekiranya peranan Mesir dalam politik serantau merosot, pakatan Kaherah-Riyadh akan terjejas, dan berkemungkinan meningkatkan pengaruh kuasa pesaing lain.

Perubahan ini sememangnya telah dirasakan dan dibimbangi oleh kedua-dua pusat kuasa dunia Arab itu.

Mesir mencapai puncak prestijnya dalam dunia Arab di bawah Presiden Jamal Abdel Nasser yang membawa fahaman penyatuan Arab atau pan-Arabisme.

Pada masa kini, Mesir bersama Arab Saudi dan juga Jordan berperanan sebagai pemimpin dan suara dunia Arab, dan pada tahap tertentu, mewakili dunia Islam.

Mesir dan Arab Saudi terutamanya merupakan negara dominan dalam Liga Arab dan seluruh politik Asia Barat.

Salah satu medan persaingan kuasa-kuasa tersebut ialah Lubnan, yang menyaksikan pakatan Syria-Iran mengukuhkan pengaruhnya.

Aliansi Damsyik-Tehran, yang paling berjaya dan paling bertahan dalam politik serantau Asia Barat ini berdepan pelbagai cabaran dalaman dan luaran tetapi masih bertahan sehingga kini, walaupun sekadar pada sebab-sebab pragmatik.

Sekiranya Mesir tidak lagi bersama Arab Saudi dalam aliansi menguasai dunia Arab, peningkatan pengaruh Syria dan Iran boleh dijangkakan, terutama melibatkan Lubnan.

Ini ditambah lagi dengan dasar luar baharu Turki yang mengukuhkan pengaruhnya melalui usaha-usaha diplomasi, dan pada masa sama meningkatkan hubungan baik dengan Iran dan negara-negara Arab.

Banyak tindakan kerajaan Turki kebelakangan ini - paling utama melibatkan Israel - juga menjadikannya popular di dunia Arab dan Islam, memberikan Ankara aset untuk menjadi kuasa serantau disegani.

Sekiranya perubahan besar yang mengubah haluan fundamental negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi berlaku, politik serantau dunia Arab bakal muncul dengan bentuk yang jauh berbeza.

Pusat kuasa dunia Arab yang berpaksi pada Mesir dan Arab Saudi mampu untuk beralih kepada kuasa lain iaitu Turki dan Iran bersama Syria, dengan dua yang dominan bukan kuasa Arab di Asia Barat.

Memandangkan perubahan-perubahan yang berpotensi tercetus akibat perkembangan di dunia Arab hari ini, boleh dijangka tentangan terhadap perubahan itu tidak akan memberi laluan mudah untuk kemungkinan itu berlaku.

Hal ini juga menunjukkan kuasa-kuasa serantau dan dunia mempunyai saham untuk memberi kesan kepada perubahan-perubahan itu, menjelaskan lagi apa yang pernah diucapkan oleh Bonaparte tentang kepentingan Mesir

ISU TANAH MELAYU DAN CHINA:APA PENDIRIAN NAJIB?

Posted: 03 Feb 2011 08:18 PM PST

Pakatan: Najib perlu respons isu 'Tanah Melayu' Mahathir

February 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Datuk Seri Najib Razak agar respons kepada kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini.
Malah mereka juga mahu perdana menteri menyatakan pendiriannnya mengenai isu itu sama ada beliau turut menerima kenyataan Dr Mahathir atau berpandangan sebaliknya.
Wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang yang dihubungi The Malaysian Insider berpendirian tegas kenyataan Dr Mahathir bercanggah dengan konsep 1 Malaysia sama sekali.
Pada satu wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu, Dr Mahathir (gambar) berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.
Bekas perdana menteri berkata nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.
Selain itu, Dr Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.
Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.
Sehubungan itu Dr Mahathir menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini.
Oleh itu tegas Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib tidak boleh berdiam diri dalam hal ini.
"Najib tidak boleh kekal berdiam diri dalam perkara, beliau perlu memberi respons kepada kenyataan Dr Mahathir.
"Penting untuk melihat apa pendirian yang hendak diambil oleh Najib, dan sama ada beliau bimbang dengan kesan sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir itu," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.
Naib presiden PAS itu menarik perhatian, pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan bekas perdana menteri itu berakhir dengan kerjaya politik singkat memandangkan Dr Mahathir tidak boleh menerima kritikan.
Merujuk kepada serangan Dr Mahathir terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahfuz mendakwa ahli politik veteran itu secara konsisten memperlihatkan bahawa beliau menentang dasar-dasar dibawa Najib seperti konsep 1 Malaysia.
Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.
"Kita dengan jelas boleh melihat bahawa Dr Mahathir tidak gembira dengan Najib. Najib di sebelah lain telah gagal untuk memahamkan rakyat tentang konsep 1 Malaysia.
"Jika Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima atau memahaminya, bagaimana rakyat jelata boleh memahami perkara itu?" kata Mahfuz.
Oleh itu kata beliau, PR tidak mengiktiraf atau menyokong sebarang pandangan yang tidak menghormati hak kaum-kaum lain dan yang tidak menyumbang kepada proses pembinaan negara.
Setiausaha publisiti DAP kebangsaan Tony Pua pula melabelkan Dr Mahathir sebagai 'supremacist' dengan berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong pandangan bekas presiden Umno itu.
"Kemungkinan Najib dan Mahathir harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia di mana adanya konsep 'supremacist' dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh nenek moyang kita.
"Najib perlu menjelaskan bagaimana konsep 1 Malaysia beliau secocok dengan pandangan dibawa Dr Mahathir," kata ahli Parlimen ini.
Dalam pada itu, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Dr Mahathir memperlihatkan "percanggahan" memandangkan beliau bukan sahaja bertindak bertentangan dengan konsep 1 Malaysia, tetapi juga gagasan "Bangsa Malaysia" yang diperkenalkan ketika era kepimpinannya.
"Apa yang beliau katakan itu penuh dengan percanggahan... ia bercanggah dengan gagasan Bangsa Malaysia (dibawa Dr Mahathir sendiri) dan juga 1 Malaysia," kata ahli Parlimen veteran ini.
Kata beliau, Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan rakyat yang komited kepada negara, kesemua negara bekerja menerusi platform yang sama.
Malah pada wacana itu, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif.
"Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.
"Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu," kata beliau.

HERO TAMIL DAN PERKASA

Posted: 03 Feb 2011 07:11 PM PST

PERKASA dan Hero Tamil?
T. Murugiah yang baru menyertai MIC dilihat cuba menjuarai isu ini.  Konon-konon cuba menjadi hero kepada masyarakat India.  Padahal isu ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 2005 lagi apabila Dr.Ranjit Singh Malhi, perunding buku mata pelajaran Sejarah Tingkatan Tiga, mempersoalkan beberapa kesilapan fakta sejarah dalam novel ini. 
T. Murugiah (gambar kiri) kelihatan sangat ghairah, beliau terus menunggangi MIC dan dilihat membawa isu ini dengan memberi tekanan kepada kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran agar menarik balik Interlok dari dijadikan teks sastera Sekolah Menengah.
Maka, pada 18 Januari lalu, sebuah dialog tertutup telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran yang melibatkan MIC, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), PENA, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ahli-ahli akademik yang lain dalam menangani polemik Interlok yang semakin bercelaru.
Penganalisis politik melihat tindakan "heroic" Murugiah sebagai mementingkan diri sendiri dengan mengetepikan "semangat musyawarah" BN dan mencacatkan gagasan 1Malaysia Najib!  Apakah tindakan beliau ini bertujuan untuk melobi agar MIC mencalonkan beliau dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang?
Apabila Interlok dibakar dan isu ini semakin panas; maka tangan kedua pula dilihat masuk campur.  PERKASA yang diketuai oleh Ibrahim Ali mengunjungi Abdullah Hussain.  Kunjungan ini adalah untuk memberi sokongan kepada Sasterawan Negara itu selain menyampaikan anugerah Jasa Pahlawan Perkasa kepada beliau.  Apakah ini sesuatu yang dijangkakan?  Siapa pula PERKASA yang tiba-tiba masuk campur-konon untuk membela sastera negara-Interlok dan Abdullah Hussain?  Jelas.  Tidak lain tidak bukan, menjaja sentimen perkauman!

demo mesir:ALBARADEI TIDAK ANGGAP ISRAEL MUSUH

Posted: 03 Feb 2011 04:05 PM PST

Pemimpin tokoh oposisi Mesir Muhammad ElBaradei telah berjanji bahwa Mesir tidak akan bermusuhan dengan Israel setelah Presiden Hosni Mubarak jatuh dari kekuasaannya.
"Tidak benar setelah Mesir menjadi lebih demokratis, akan menjadi bermusuhan dengan AS dan bermusuhan dengan Israel - Maksud saya, ini adalah dua kesimpulan yang salah dan hanya sebuah fiksi," kata ElBaradei kepada CBS News pada hari Rabu kemarin (2/2).
Sementara itu, Jaringan Internasional untuk Hak dan Pembangunan mengatakan bahwa tiga pesawat Israel telah mendarat di Kairo di Bandar Udara Internasional Mina pada hari Sabtu lalu, membawa peralatan senjata untuk digunakan dalam menyerang para demonstran anti Mubarak, seorang koresponden Press TV melaporkan.
Menurut laporan itu, pasukan keamanan Mesir menerima kargo dari tiga pesawat Israel, yang diduga membawa pasokan besar senjata terlarang untuk membubarkan demonstran anti Mubarak.
Israel juga memungkinkan Mesir untuk menyebarkan pasukannya ke Semenanjung Sinai meski adanya perjanjian bilateral, di mana Mesir hanya diperbolehkan menyebarkan pasukan polisi di wilayah tersebut.
Tel Aviv mengatakan langkah itu untuk membantu Kairo mencegah sebuah revolusi di Mesir, di mana ribuan orang telah memprotes rezim Mubarak selama sepuluh hari berturut-turut meskipun adanya peringatan dan penyebaran militer.(fq/prtv)

Tiada ulasan: